13
PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV IPOH 24-29 JULAI 2017

IPOH - superb.perak.mysuperb.perak.my/docs/Peraturan_Am_SUPERB_210417.pdf · Karom - Campuran Lelaki/Wanita Bilangan Pemain SUKAN ... penentuan mata dilaksanakan sebagaimana ketetapan

  • Upload
    vancong

  • View
    268

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: IPOH - superb.perak.mysuperb.perak.my/docs/Peraturan_Am_SUPERB_210417.pdf · Karom - Campuran Lelaki/Wanita Bilangan Pemain SUKAN ... penentuan mata dilaksanakan sebagaimana ketetapan

PERATURAN AM

SUKAN DWI TAHUNAN

PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN

PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB)

KALI KE XIV

IPOH 24-29 JULAI 2017

Page 2: IPOH - superb.perak.mysuperb.perak.my/docs/Peraturan_Am_SUPERB_210417.pdf · Karom - Campuran Lelaki/Wanita Bilangan Pemain SUKAN ... penentuan mata dilaksanakan sebagaimana ketetapan

2 | S U P E R B X I V

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN

PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

PERATURAN AM

SUKAN DWI TAHUNAN PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN

PERBENDAHARAAN SEMALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV 2017 IPOH PERAK

DARUL RIDZUAN

Penganjuran

1. Sukan Perbendaharaan (SUPERB) Kali ke XIV, 2017 Ipoh ini akan dianjurkan

sepenuhnya oleh Pejabat Kewangan Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Sukan

Negeri Perak dan Persatuan-persatuan Sukan Negeri Perak.

2. Bagi maksud penganjuran, Pejabat Kewangan Negeri Perak akan menubuhkan

jawatankuasa-jawatankuasa seperti berikut:-

i. Sebuah Jawatankuasa Induk SUPERB yang dipengerusikan oleh

YB. Dato Pegawai Kewangan Negeri Perak dan dianggotai oleh YB. Pegawai-

Pegawai Kewangan Negeri atau wakil yang bertanggungjawab memutuskan

soal-soal dasar berkaitan penganjuran SUPERB XIV 2017, IPOH ini.

ii. Sebuah Jawatankuasa Kerja Penganjuran yang akan dipengerusikan oleh

Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Perak. Jawatankuasa ini akan

merancang dan melaksana semua program-program dan aktiviti SUPERB

XIV 2017, IPOH dan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang

bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kerja Penganjuran.

iii. Sebuah Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan. Jawatankuasa ini akan

dipengerusikan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri/wakil/Pengarah

Majlis Sukan Negeri Perak/Wakil dan dianggotai oleh ahlinya seramai

seramai (5) orang yang terdiri daripada wakil Jawatankuasa Kecil Teknikal

dan Pertandingan, Majlis Sukan Negeri Perak, Persatuan Sukan berkenaan

dan dua (2) wakil dari Pejabat Kewangan Negeri yang berkecuali sebagai Juri

Rayuan

3. Pejabat Kewangan Negeri Perak selaku tuan rumah SUPERB XIV 2017, IPOH adalah

bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan segala dasar yang telah diputuskan

oleh Jawatankuasa Induk dilaksanakan dengan sebaik-baiknya melalui gerak kerja dan

kerjasama yang jitu oleh Jawatankuasa Kerja Penganjuran serta Jawatankuasa-

Jawatankuasa Kecil yang berkaitan.

Page 3: IPOH - superb.perak.mysuperb.perak.my/docs/Peraturan_Am_SUPERB_210417.pdf · Karom - Campuran Lelaki/Wanita Bilangan Pemain SUKAN ... penentuan mata dilaksanakan sebagaimana ketetapan

3 | S U P E R B X I V

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN

PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

Tarikh Kejohanan

1. Temasya SUPERB XIV 2017, IPOH ini akan diadakan pada :

24 Julai - 29 Julai 2017

Jenis Sukan

1. Sukan-sukan yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut:-

Badminton - Campuran Lelaki/Wanita (Tiada acara terbuka beregu

lelaki yang dipertandingkan)

Ping Pong - Campuran Lelaki/Wanita (Tiada acara terbuka beregu

lelaki yang dipertandingkan)

Tenpin Bowling - Lelaki/Wanita MASTER dan VIP

Futsal - Lelaki

Golf - Jemputan

Dart - Campuran Lelaki/Wanita

Karom - Campuran Lelaki/Wanita

Bilangan Pemain

SUKAN

PEG GRED

29 KE ATAS TERBUKA VETERAN SIMPANAN

PEGAWAI

PASUKAN JUMLAH

L W L W L W L / W L / W

BADMINTON 2

3 3 2

5 2 17

GOLF

4

2 6

PING PONG 2

3 3 2

5 2 17

T.BOWLING 2 4 4

2 12

DART 1 7 2

2 2 14

KAROM 2 4 4

2 2 14

FUTSAL 1 3

1

5 2 12

*sebarang perubahan jumlah pemain akan dimaklumkan di dalam syarat-pertandingan mengikut sukan.

Page 4: IPOH - superb.perak.mysuperb.perak.my/docs/Peraturan_Am_SUPERB_210417.pdf · Karom - Campuran Lelaki/Wanita Bilangan Pemain SUKAN ... penentuan mata dilaksanakan sebagaimana ketetapan

4 | S U P E R B X I V

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN

PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

Penyertaan

1. Penyertaan di dalam SUPERB XIV 2017, IPOH ini terbuka kepada semua Pejabat -

Pejabat Kewangan Negeri-negeri di Malaysia.

2. Pejabat Kewangan Negeri Perak akan mengeluarkan surat jemputan penyertaan

kepada semua Pejabat-pejabat Kewangan Negeri di seluruh Malaysia.

Status Pemain/Anggota Perkhidmatan

i. Hanya anggota Pejabat Kewangan Negeri LAYAK menyertai Sukan SUPERB XIV

2017, IPOH.

ii. Anggota dari Jabatan & agensi di bawah Kerajaan Negeri yang lain adalah TIDAK

LAYAK menyertai Sukan SUPERB XIV 2017, IPOH ini.

iii. Anggota-anggota yang berkhidmat secara tetap dan kontrak sahaja layak untuk

menyertai Sukan SUPERB XIV 2017, IPOH ini. Bagaimanapun tarikh lantikan

kontrak hendaklah melebihi 6 bulan dari tarikh kejohanan.

iv. Had umur bagi kategori veteran ialah 45 tahun ke atas bagi lelaki

v. Had gred bagi peserta pegawai adalah juga tertakluk kepada jenis sukan yang

dipertandingkan tetapi tidak kurang dari Gred 29 dan ke atas.

vi. Mana-mana pemain yang sedang atau telah mewakili Negara pada tahun 2010 dan

selepasnya tidak layak bermain dalam sukan yang diwakilinya. Walau bagaimanapun

mereka dibenarkan untuk bermain di dalam lain-lain jenis sukan.

Yuran Penyertaan

i. Setiap kontingen Negeri yang mendaftar untuk menyertai SUPERB XIV 2017, IPOH

akan dikenakan bayaran Yuran Penyertaan berjumlah RM 3,000.00 (Ringgit

Malaysia Tiga Ribu sahaja). Yuran penyertaan ini hendaklah dibayar atas nama

Kelab Pejabat Kewangan Negeri Perak sebelum atau pada 30 Januari 2017.

ii. Yuran penyertaan ini akan dikenakan kepada semua kontinjen sama ada mereka

mengambil bahagian dalam semua jenis sukan atau sebahagian.

Page 5: IPOH - superb.perak.mysuperb.perak.my/docs/Peraturan_Am_SUPERB_210417.pdf · Karom - Campuran Lelaki/Wanita Bilangan Pemain SUKAN ... penentuan mata dilaksanakan sebagaimana ketetapan

5 | S U P E R B X I V

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN

PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

Pendaftaran

1. Setiap kontinjen hendaklah mendaftarkan nama pegawai dan pemain secara

online oleh Pejabat Kewangan Negeri masing-masing. Tarikh pendaftaran

secara online akan dibuka seperti ketetapan berikut:

BIL PERIHAL TARIKH BUKA TARIKH TUTUP

1

PENGESAHAN JENIS SUKAN

*1 FEBRUARI 2017 30 MAC 2017

2

PENDAFTARAN NAMA PEMAIN

*19 APRIL 2017 30 MEI 2017

*sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan.

2. Semua borang penyertaan yang lengkap dengan senarai nama pemain mestilah

disahkan dalam mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sehari

sebelum Kejohanan dimulakan.

Peraturan Teknikal/Format Pertandingan

1. Pejabat Kewangan Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak dan

Persatuan Sukan Negeri akan menetapkan format-format pertandingan bagi setiap

jenis sukan yang dipertandingkan di temasya Sukan SUPERB XIV 2017, IPOH ini.

Semua jenis sukan hendaklah selesai dipertandingkan mengikut tempoh

sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk, Sukan SUPERB XIV 2017, IPOH

ini.

2. Semua jenis sukan kecuali sukan Golf dan Tenpin Bowling akan diadakan secara liga

satu pusingan di peringkat awal. Pasukan akan diagihkan mengikut kumpulan

bergantung kepada jumlah pasukan yang bertanding. Pusingan Suku Akhir, Separuh

Akhir dan Akhir akan dilaksanakan secara kalah mati. Tiada pertandingan akan

diadakan bagi tempat ketiga dan keempat. Mana-mana pasukan yang tewas di

peringkat separuh akhir akan diberikan pingat Gangsa (Kecuali bagi acara Golf

dan Tenpin Bowling). Penentuan kumpulan akan di tentukan mengikut amalan

Persatuan Sukan Kebangsaan yang berkaitan.

3. Jawatankuasa Induk berhak untuk mengubahsuai format pertandingan dalam tujuan

melicinkan lagi perjalanan pertandingan serta mencakupi tempoh dan masa yang

telah ditetapkan.

Page 6: IPOH - superb.perak.mysuperb.perak.my/docs/Peraturan_Am_SUPERB_210417.pdf · Karom - Campuran Lelaki/Wanita Bilangan Pemain SUKAN ... penentuan mata dilaksanakan sebagaimana ketetapan

6 | S U P E R B X I V

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN

PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

4. Sistem Ranking atau “Seeded” (Pasukan Pilihan) akan digunakan bagi menentukan

pembahagian kumpulan.

5. Pasukan tuan rumah berhak untuk menentukan pilihan kumpulan.

6. Pemberian mata akan diberikan bagi perlawanan peringkat kumpulan seperti berikut:

Badminton, Ping- Pong,Futsal,Karom, Dart : Menang 3 mata, Seri 1 mata dan

Kalah 0 mata

7. Sekiranya 2 atau lebih pasukan terikat dengan mata yang sama maka kiraan

penentuan mata dilaksanakan sebagaimana ketetapan di dalam Peraturan

pertandingan bagi setiap jenis sukan.

Jadual Perlawanan

1. Jadual perlawanan bagi semua jenis sukan termasuk tarikh, masa dan tempat

pertandingan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Penganjuran, SUPERB XIV

2017, IPOH.

2. Sebarang perubahan jadual akan dimaklumkan kepada setiap kontinjen setelah

disahkan oleh Jawatankuasa Kerja Penganjuran ini.

Penangguhan

1. Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan / dijadualkan sama sekali

tidak boleh ditangguhkan atau diubah oleh mana-mana pasukan yang mengambil

bahagian.

2. Jawatankuasa Kerja Penganjuran diberikan kuasa mutlak untuk menangguhkan atau

mengubah sesuatu perlawanan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

3. Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan maka Jawatankuasa Kecil Teknikal &

Pertandingan hendaklah menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu serta

merta.

4. Setiap peserta dikehendaki berada di padang atau gelanggang perlawanan selewat-

lewatnya 20 minit sebelum perlawanan bermula. Kegagalan pasukan hadir dalam

tempoh 20 minit dari masa yang dijadualkan untuk memulakan perlawanan, maka

pasukan tersebut dianggap menarik diri dan kemenangan percuma akan diberikan

kepada pihak lawan dengan pemberian 3 mata.

Page 7: IPOH - superb.perak.mysuperb.perak.my/docs/Peraturan_Am_SUPERB_210417.pdf · Karom - Campuran Lelaki/Wanita Bilangan Pemain SUKAN ... penentuan mata dilaksanakan sebagaimana ketetapan

7 | S U P E R B X I V

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN

PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

Perlawanan yang Ditunda /Dihentikan/Kemenangan Percuma

Perlawanan akan ditunda atau diberhentikan sekiranya:

1. Sekiranya pengadil berpendapat perlawanan tidak boleh diteruskan dan perlu

ditangguhkan atas sebab-sebab di luar jangkaan atau bencana atau atas faktor

keselamatan atau sebab-sebab teknikal maka Jawatankuasa Kecil Teknikal dan

Pertandingan Sukan SUPERB XIV 2017, IPOH akan membuat keputusan dan

keputusan tersebut adalah muktamad.

2. Sekiranya Pengadil memberhentikan perlawanan atas sikap pegawai atau pemain

sesebuah pasukan yang gagal mengawal emosi, maka kemenangan akan diberikan

kepada pasukan lawan dan ia tidak dikategorikan sebagai perlawanan tertangguh.

Jawatankuasa Kerja Penganjuran akan mengemukakan laporan kepada Pihak

Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Kewangan berkenaan untuk tindakan

tatatertib.

Menarik Diri

Menarik diri dalam mana-mana perlawanan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pasukan-

pasukan akan dianggap menarik diri dari kejohanan di dalam keadaan-keadaan seperti

berikut:

1. Jika pasukan tidak melaporkan diri untuk satu perlawanan atau gagal menurunkan

bilangan minimum pemain pada permulaan permainan yang telah dijadualkan kecuali

atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Jawatankuasa Kecil Teknikal dan

Pertandingan Sukan SUPERB XIV 2017, IPOH

2. Kemenangan percuma akan diberikan jika:

2.1 Pasukan enggan meneruskan permainan atau meninggalkan

padang/gelanggang sebelum tamat masa perlawanan.

2.2 Jika pasukan gagal menamatkan jadual perlawanan dalam pertandingan

tanpa mendapat persetujuan Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan

Sukan SUPERB XIV 2017, IPOH.

Page 8: IPOH - superb.perak.mysuperb.perak.my/docs/Peraturan_Am_SUPERB_210417.pdf · Karom - Campuran Lelaki/Wanita Bilangan Pemain SUKAN ... penentuan mata dilaksanakan sebagaimana ketetapan

8 | S U P E R B X I V

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN

PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

Kemudahan

1. Jawatankuasa Kerja Penganjuran Sukan ini hanya bertanggungjawab menyediakan

kemudahan asas yang berkaitan dengan penganjuran SUPERB XIV 2017, IPOH.

Keperluan Kontinjen termasuk makan dan minum, penginapan dan pengangkutan

adalah di bawah tanggungjawab kontinjen masing-masing.

2. Kontinjen atau pasukan adalah bertanggungjawab menyediakan pakaian, peralatan

serta kelengkapan para peserta seperti jersi, kasut, raket dan sebagainya.

3. Setiap pasukan kecuali golf dan tenpin bowling hendaklah menyediakan sekurang-

kurangnya 2 set jersi yang berlainan warna bagi mengelakkan warna jersi yang

serupa semasa perlawanan.

Pegawai Teknikal, Pegawai Pertandingan dan Pengadil

1. Pejabat Kewangan Negeri Perak akan bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri

Perak dan bertanggungjawab melantik pegawai-pegawai teknikal, pegawai

pertandingan serta pengadil atau hakim berdasarkan cadangan dari pihak Persatuan

Sukan Negeri.

2. Pihak penganjur acara sukan ini akan memastikan pengadil-pengadil atau hakim

yang bertugas adalah terdiri dari mereka-mereka yang bertauliah, profesional atau

berpengalaman dalam sesuatu acara sukan.

3. Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan akan menyediakan pembantu

pengadil dan penjaga garisan untuk semua acara pertandingan.

4. Pejabat Kewangan Negeri Perak melalui Jawatankuasa Kecil Teknikal dan

Pertandingan akan melantik dengan rasminya seorang Pengerusi Pertandingan dan

Pengurus Pertandingan daripada kalangan ahli persatuan sukan yang terlibat.

Pengurus Pertandingan adalah bertanggungjawab untuk memastikan segala

persiapan Teknikal dan Pertandingan dilaksanakan mengikut Peraturan Am dan

Peraturan Pertandingan Sukan berkaitan serta panduan-panduan yang ditetapkan

oleh Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing dengan kerjasama

Jawatankuasa Kerja Penganjuran.

5. Pejabat Kewangan Negeri Perak melalui Jawatankuasa Kecil Teknikal dan

Pertandingan adalah bertanggungjawab melantik seorang atau lebih Pegawai

Teknikal bagi sukan-sukan yang dipertandingkan. Tanggungjawab pegawai teknikal

tersebut adalah sebagaimana berikut:

Page 9: IPOH - superb.perak.mysuperb.perak.my/docs/Peraturan_Am_SUPERB_210417.pdf · Karom - Campuran Lelaki/Wanita Bilangan Pemain SUKAN ... penentuan mata dilaksanakan sebagaimana ketetapan

9 | S U P E R B X I V

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN

PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

Melantik pegawai-pegawai teknikal dan hakim/pengadil kejohanan SUPERB

XIV 2017, IPOH.

Melawat dan mengesahkan lokasi dan tempat pertandingan sesuai untuk

digunakan bagi tujuan pertandingan SUPERB XIV 2017, IPOH.

Menyedia, menyemak dan mengesahkan jadual-jadual perlawanan bagi

SUPERB XIV 2017, IPOH.

Menentukan semua perlawanan diadakan mengikut peraturan/jadual

pertandingan yang telah ditetapkan.

Menentukan jadual tugas, pegawai-pegawai pertandingan seperti hakim,

pengadil, penjaga garisan yang dilantik untuk mengadili perlawanan yang

telah diaturkan sebagaimana jadual pertandingan.

Pegawai, Pemain Simpanan dan Penyokong

1. Hanya pegawai dan pemain simpanan sesebuah pasukan yang bertanding pada

sesuatu masa sahaja dibenarkan untuk berada di kawasan bangku simpanan.

2. Pegawai pasukan yang berada di bangku simpanan hendaklah sentiasa mengawal

tingkah laku mereka, bersopan dan bertanggungjawab.

3. Penyokong setiap pasukan hendaklah berada di tempat atau kawasan yang

di tentukan oleh Jawatankuasa Kerja Penganjuran melalui Jawatankuasa Kecil

Teknikal dan Pertandingan.

4. Pegawai pasukan dan pemain yang duduk di bangku simpanan serta penyokong

sama sekali dilarang melakukan perkara-perkara seperti berikut:

Memasuki padang permainan tanpa kebenaran pengadil;

Melakukan provokasi sama ada dengan perkataan mahupun perbuatan,

mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan atau isyarat lucah

kepada pegawai pasukan, pemain atau pegawai perlawanan;

Membantah keputusan pengadil sama ada dengan perkataan, perbuatan atau

niat yang boleh menimbulkan keresahan dan kekacauan penonton;

Merokok di kawasan bangku simpanan atau kawasan teknikal;

Merosakkan peralatan bangku simpanan atau melakukan perkara-perkara

yang boleh merosakkan bangku simpanan dan kawasan teknikal serta

sebarang peralatan penganjuran sukan; dan

Membaling atau melontar sebarang objek ke dalam padang permainan.

Page 10: IPOH - superb.perak.mysuperb.perak.my/docs/Peraturan_Am_SUPERB_210417.pdf · Karom - Campuran Lelaki/Wanita Bilangan Pemain SUKAN ... penentuan mata dilaksanakan sebagaimana ketetapan

10 | S U P E R B X I V

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN

PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

Rayuan dan Bantahan

1. Sebarang rayuan atau bantahan berkaitan dengan sesuatu perkara boleh dibuat

oleh Ketua Kontinjen/Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Jawatankuasa

Rayuan dan Bantahan dalam tempoh tidak lebih 30 minit atau berdasarkan

peruntukan masa mengikut jenis pertandingan, sebagaimana yang ditetapkan oleh

peraturan sukan masing-masing selepas tamat sesuatu perlawanan dengan

disertakan wang tunai sebanyak RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja)

sebagai wang pemprosesan.

2. Wang pemprosesan tersebut tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hasil

kepada Jawatankuasa Kerja Penganjuran SUPERB XIV 2017, IPOH tidak kira sama

ada rayuan atau bantahan adalah munasabah atau tidak atau sama ada ia diterima

atau ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan.

3. Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan

muktamad.

4. Bantahan berkaitan status pemain hanya boleh dibuat pada mesyuarat

pengurus-pengurus pasukan sahaja dengan memberikan pembuktian yang

kukuh. Sebarang bantahan berkaitan status pemain yang dibuat selepas

mesyuarat tersebut tidak akan dilayan. Pihak yang membantah perlulah

mengemukakan bukti bertulis berkenaan status pemain yang diragui kepada

Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan semasa bantahan dibuat.

5. Bantahan terhadap keputusan mengenai perkara-perkara berkaitan teknikal yang

diputuskan oleh pengadil atau hakim adalah tidak dibenarkan. Segala keputusan

Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan SUPERB XIV 2017, IPOH adalah muktamad.

6. Sebarang perubahan jadual akan dimaklumkan kepada setiap kontinjen setelah

disahkan oleh Jawatankuasa Kerja Penganjuran.

Page 11: IPOH - superb.perak.mysuperb.perak.my/docs/Peraturan_Am_SUPERB_210417.pdf · Karom - Campuran Lelaki/Wanita Bilangan Pemain SUKAN ... penentuan mata dilaksanakan sebagaimana ketetapan

11 | S U P E R B X I V

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN

PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

Juri Rayuan/Bantahan

1. Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan SUPERB XIV 2017, IPOH akan membuat

keputusan muktamad berkaitan masalah-masalah berhubung dengan SUPERB XIV

2017, IPOH terutama bantahan-bantahan yang dikemukakan oleh kontinjen..

2. Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan SUPERB XIV 2017, IPOH boleh melantik

ahlinya seramai (5) orang daripada Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan,

Majlis Sukan Negeri Perak, Persatuan Sukan berkenaan dan dua (2) wakil dari

Pejabat Kewangan Negeri yang berkecuali sebagai Juri Rayuan. Pengerusi Juri

Rayuan hendaklah Pengerusi Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan SUPERB XIV

2017, IPOH atau wakilnya. Ketua Kontinjen atau wakilnya boleh mengemukakan

soalan atau bantahan secara bertulis dengan mengemukakan bukti kepada

Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan ini. Selain daripada itu, Jawatankuasa Juri

Rayuan dan Bantahan boleh mencampuri mana-mana perkara yang bukan teknikal

yang di luar bidang kuasa Jawatankuasa Juri Rayuan dan Bantahan yang ditubuhkan

oleh tiap-tiap sukan.

3. Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan berhak mendapatkan maklumat-maklumat dan

mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang akan dibincangkan untuk

membuat keputusan.

4. Keputusan Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan ini adalah muktamad

Hadiah dan Penentuan Juara

1. Hadiah-hadiah yang akan disediakan oleh Jawatankuasa Kerja Penganjuran

SUPERB XIV 2017, IPOH adalah sebagaimana berikut:-

BIL SUKAN PINGAT

EMAS PERAK GANGSA

1 BADMINTON 1(17) 1(17) 2(17)

2 PING PONG 1(17) 1(17) 2(17)

3 TENPIN BOWLING* 1(12) 1(12) 1(12)

4 GOLF

5 KAROM 1(14) 1(14) 2(14)

6 DART 1(14) 1(14) 2(14)

7 FUTSAL* 1(12) 1(12) 2(12)

* Hadiah sampingan juga akan disediakan bagi acara Tenpin Bowling dan Futsal

Page 12: IPOH - superb.perak.mysuperb.perak.my/docs/Peraturan_Am_SUPERB_210417.pdf · Karom - Campuran Lelaki/Wanita Bilangan Pemain SUKAN ... penentuan mata dilaksanakan sebagaimana ketetapan

12 | S U P E R B X I V

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN

PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

2. Piala pusingan khusus untuk juara keseluruhan akan disediakan. Penentuan juara

keseluruhan akan dibuat berdasarkan pungutan pingat terbanyak. Sekiranya pungutan

pingat emas sama oleh dua (2) atau lebih kontinjen penentuan juara akan dibuat

berdasarkan jumlah Pingat Perak dan pingat-pingat lain yang dimenangi.

3. Pejabat Kewangan Negeri Perak berhak untuk menambah atau mengurangkan

hadiah yang ditawarkan bergantung kepada perubahan format pertandingan bagi setiap

acara yang dipertandingkan.

Ganti Rugi

1. Pejabat Kewangan Negeri Perak, Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Penganjuran

SUPERB XIV 2017, IPOH, pegawai dan petugas tidak akan bertanggungjawab di

atas sebarang kemalangan atau kecelakaan sama ada ia melibatkan jiwa mahupun

fizikal yang mungkin berlaku kepada mana-mana individu yang terlibat di dalam

SUPERB XIV 2017, IPOH sepanjang temasya ini berlangsung.

2. Semua kontinjen yang mengambil bahagian adalah dinasihatkan untuk mengambil

perlindungan insurans masing-masing bagi menjaga hal-ehwal keselamatan dan

kebajikan peserta masing-masing.

Lain-lain

1. Pejabat Kewangan Negeri hendaklah menentukan warna tema masing-masing dan

berlainan di antara kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian.

2. Jawatankuasa Kerja Penganjuran SUPERB XIV 2017, IPOH berhak meminda

sebarang peraturan yang tercatat dan mengambil atau membuat keputusan

kepada sebarang perkara yang tidak berbangkit dan yang tidak tercatat dalam

peraturan am.

3. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Induk atau Jawatankuasa Kerja

Penganjuran SUPERB XIV 2017, IPOH adalah muktamad.

4. Sebarang keputusan yang dibuat semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi setiap

jenis sukan adalah muktamad dan tidak boleh dibantah selagi ia tidak bercanggah

dengan Peraturan Am SUPERB XIV 2017, IPOH serta keputusan Jawatankuasa

Kerja Penganjuran SUPERB XIV 2017, IPOH.

Page 13: IPOH - superb.perak.mysuperb.perak.my/docs/Peraturan_Am_SUPERB_210417.pdf · Karom - Campuran Lelaki/Wanita Bilangan Pemain SUKAN ... penentuan mata dilaksanakan sebagaimana ketetapan

13 | S U P E R B X I V

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN

PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

5. Jawatankuasa Kerja Penganjuran SUPERB XIV 2017, IPOH juga mempunyai kuasa

mutlak untuk memeriksa kelayakan peserta-peserta yang didaftarkan pada bila-bila

masa. Sekiranya terdapat peserta yang tidak layak menyertai sukan ini sebagaimana

tercatat di dalam Peraturan Am dan Peraturan Pertandingan maka penyertaan

peserta terbabit akan dibatalkan. Jika peserta itu mewakili pasukan maka

kemenangan pasukan itu akan dibatalkan. Sekiranya ia bermain dalam acara individu

maka kemenangan dalam acara tersebut akan dibatalkan. Sebarang kemenangan

pingat juga akan dibatalkan.

6. Semua peraturan yang terkandung di dalam peraturan ini adalah terpakai untuk

semua acara sukan yang dipertandingkan kecuali terdapat sebarang penyataan yang

jelas serta terperinci di dalam peraturan pertandingan bagi setiap jenis sukan yang

dipertandingkan.

7. Mana-mana perkara yang tidak diperuntukkan di dalam peraturan ini akan ditentukan

oleh Jawatankuasa Kerja Penganjuran dan keputusan tersebut