24
vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi ISI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI RAJAH xiv SENARAI SINGKATAN xv SENARAI LAMPIRAN xvi

ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT BORANG … filevii isi kandungan bab perkara muka surat borang pengesahan status tesis pengesahan penyelia judul i pengakuan ii dedikasi iii penghargaan

Embed Size (px)

Citation preview

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

viii

BAB

1

PERKARA

PENDAHULUAN

MUKA SURAT

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 10

1.6.2 Universiti Teknologi Malaysia 10

1.6.3 Bahagian Pendidikan Guru 10

1.6.4 Pelajar-pelajar yang Mengikuti Program

Perguruan

11

1.6.5 Ibu bapa, Guru dan Masyarakat 12

1.7 Skop Kajian 12

1.8 Batasan Kajian 12

1.9 Definisi Istilah 12

1.9.1 Profesion 12

1.9.2 Perguruan 13

1.9.3 Minat 14

1.9.4 Keluarga 14

1.9.5 Rakan Sebaya 15

1.9.6 Ganjaran 15

1.10 Penutup 15

ix

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Teori Pemilihan Kerjaya 18

2.3 Faktor Peribadi dengan Pemilihan Kursus 22

2.4 Faktor Pengaruh Orang Signifikan dengan

Pemilihan Kursus

24

2.5 Faktor Rakan Sebaya dan Keluarga 26

2.6 Faktor Kerja Itu Sendiri dengan Pemilihan Kursus 28

2.7 Faktor Gaji dan Cuti 30

2.8 Penutup 33

3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 34

3.2 Rekabentuk Kajian 35

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 36

3.3.1 Populasi Kajian

3.3.2 Sampel Kajian

36

36

3.4 Tempat Kajian 37

3.5 Instrumen Kajian 38

3.5.1 Bahagian A

3.5.2 Bahagian B

38

39

3.6 Kesahan Soal Selidik 41

3.7 Kajian Rintis 42

3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 43

3.9 Pengumpulan Data 45

3.10 Prosedur Kajian 45

3.11 Analisis Data 48

x

3.12 Penutup 50

4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 51

4.2 Analisis Bahagian A –Maklumat Demografi

Responden

52

4.2.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina

53

4.2.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Bangsa

54

4.2.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut

Umur

77

4.3 Analisis Bahagian B – Persoalan Kajian 54

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 55

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 58

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 61

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 64

4.4 Analisis Keseluruhan bagi Persoalan Kajian 68

4.5 Penutup 69

5

PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 70

5.2 Perbincangan 71

5.2.1 Perbincangan Faktor Peribadi dalam

Mempengaruhi Pemilihan Bidang Perguruan

72

xi

5.2.2 Perbincangan Faktor Luaran dalam

Mempengaruhi Pemilihan Bidang Perguruan

73

5.2.3 Perbincangan Faktor Profesion Peguruan

dalam Mempengaruhi Pemilihan Bidang

Perguruan

75

5.2.4 Perbincangan Faktor Ganjaran dalam

Mempengaruhi Pemilihan Bidang Perguruan

77

5.3 Rumusan 79

5.4 Cadangan Tindakan 81

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 82

5.6 Penutup 83

BIBLIOGRAFI

85

LAMPIRAN

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK JADUAL

MUKA SURAT

1.1 Statistik Terkini Jumlah Guru di Malaysia 4

3.1 Sampel Kajian 36

3.2

3.3

Pembahagian Item Bahagian A Latar Belakang Responden

Pembahagian Item Bahagian B Fakor yang mempengaruhi

Pemilihan Profesion Perguruan

39

39

3.4 Pemeringkatan Skala Likert 40

3.5 Pekali Alpha Cronbach 40

3.6 Keputusan Analisa Alpha Cronbach 44

3.8 Kriteria Menganalisis Data 49

3.9 Maklumbalas dan Skor Likert Item 50

3.10 Taburan min mengikut tahap 50

4.1 Taburan bilangan dan peratusan pelajar mengikut jantina 53

4.2 Taburan bilangan dan peratusan pelajar mengikut bangsa 53

4.3 Taburan bilangan dan peratusan pelajar mengikut umur 54

4.4 Taburan nilai peratusan, kekerapan dan min setiap item

bagi persoalan kajian 1

56

4.5 Taburan nilai peratusan, kekerapan dan min setiap item

bagi persoalan kajian 2

59

4.6 Taburan nilai peratusan, kekerapan dan min setiap item 62

xiii

bagi persoalan kajian 3

4.7 Taburan nilai peratusan, kekerapan dan min setiap item

bagi persoalan kajian 4

66

4.8 Ringkasan dapatan kajian faktor pemilihan profesion

perguruan

68

xiv

NO. RAJAH

SENARAI RAJAH

TAJUK RAJAH

MUKA SURAT

2.1 Hiraki Keperluan Abraham Maslow 21

3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 46

xv

SENARAI SINGKATAN

NO. SINGKATAN TAJUK SINGKATAN

FP - Fakulti Pendidikan

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package For Sosial Science

% Peratus

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK

A Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

B Kesahan Kandungan Soal Selidik

C Contoh Soal Selidik

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis

pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.

Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan

ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat (Dato’ Hj. Abdul Majid Omar,

2007). Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan

mencabar.

Profesion perguruan juga adalah satu bidang yang memberikan perkhidmatan

yang unik, tetap dan yang diperlukan oleh masyarakat. Hal ini adalah kerana individu

dalam profesion perguruan itu sahaja yang boleh memberi perkhidmatan dalam

bidangnya (Syarifah Alawiyah Alsagoff, 1987). Menurut Esah Sulaiman (2003: 3),

bidang perguruan atau pendidikan merupakan suatu profesion yang besar tanggungjawab

serta cabarannya. Menurut Noran Fauziah (1993), guru adalah golongan manusia yang

memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap

2

manusia. Sama ada sedar atau tidak, insan-insan yang bergelar guru pada hari ini terdiri

daripada golongan pendokong utama yang berusaha bagi merealisasikan tugas yang

bertujuan untuk mencapai hasrat murni negara.

Kerajaan Malaysia telah memberi sokongan sepenuhnya dalam memastikan

semua rakyat mendapat pendidikan sebaiknya tidak kira apa peringkat umur sekalipun

ke arah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu pengetahuan

dan kemahiran ke arah Wawasan 2020. Ini terkandung dalam cabaran No. 2 Wawasan

2020 iaitu melibatkan pembentukan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas dari segi

psikologi, selamat dan maju yang memiliki kepercayaan dan keyakinan dalam dirinya

sendiri, cukup kuat untuk menghadapi semua bentuk kesusahan sementara ia mengejar

kecemerlangan (Ungku A. Aziz, 1991). Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan

Pendidikan Teknikal atau JPTek telah terlibat secara langsung dalam memberikan

pendidikan berbentuk kemahiran kepada semua rakyat Malaysia bersama-sama industri

lain yang berkait rapat dengan bidang kemahiran dan pengetahuan.

Menurut Shahril @ Charil dan Habib (1999), melalui kebolehan, kemahiran dan

usaha rakyat barulah sesebuah negara boleh maju. Oleh itu, dalam usaha kerajaan

menuju ke arah Wawasan 2020, Kementerian Pendidikan mengambil beberapa tindakan

yang bertujuan untuk meningkatkan tenaga mahir. Untuk melaksanakan usaha ini ,maka

kerajaan perlu lebih ramai guru-guru terlatih dalam bidang Sains Teknikal dan

Vokasional. Penambahan bilangan guru Sains Teknikal dan Vokasional diperlukan

lanjutan daripada penambahan bilangan pelajar yang berminat dengan pelajaran

berkaitan serta dengan penawaran mata pelajaran Sains Teknikal di sekolah berasrama

penuh dan sekolah harian yang dipilih. Peningkatan bilangan pelajar ini berlaku

disebabkan perubahan tanggapan masyarakat, ibu bapa dan pelajar sendiri mengenai

kepentingan pekerjaan yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal serta

kepentingannya terhadap permintaan pasaran kerja yang ada kaitannya terhadap

3

keperluan untuk pembangunan ekonomi negara (Fong Chan Onn, 1994). Ini ditambah

dengan prospek yang cerah dalam pasaran kerja menyebabkan pendidikan Teknik dan

Vokasional menjadi pilihan pelajar selepas tahun 1990-an (Mohd Salleh, 2002).

Pendidikan berperanan sebagai pembentuk bangsa dan seterusnya kepada bangsa

dengan mengeluarkan tenaga manusia mahir, melahirkan insan harmonis, warga negara

yang cekap, berketrampilan, beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan, berfikiran

terbuka, kreatif dan inovatif, bijak mencari dan menggunakan maklumat yang diperoleh,

serta memiliki ciri-ciri seorang keusahawanan. Dengan erti kata lain, diharapkan

pendidikan mampu melahirkan seorang insan berketrampilan seperti yang dicitrakan

dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Bagi memperoleh sumber manusia berketrampilan, negara perlu melatih dan

membekalkan pendidik secukupnya. Selain daripada mencukupi, pendidik ini juga

hendaklah memiliki ciri-ciri yang diperlukan bagi membolehkan mereka melahirkan

sumber manusia yang berpengetahuan, berketrampilan, bersahsiah, berahklak mulia,

bersikap positif, dedikasi dan berdisplin. Malah, mereka juga berperanan penting dalam

membentuk masa depan anak-anak di samping ibu bapa. Mereka menjadi salah satu

pendorong utama dalam memotivasikan anak-anak bagi mencapai cita-cita mereka.

Apatah lagi pada zaman globalisasi yang penuh cabaran di mana ilmu tersebar luas dan

datang dari pelbagai punca, maka guru berperanan membimbing anak-anak memilih dan

mengasingkan antara ilmu yang baik dan ilmu yang patut dijauhi (Abdul Rafie Mahat

(2001)

Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi guru adalah tunjang kepada sistem

pendidikan. Mereka merupakan golongan pelaksana segala dasar dan matlamat yang

telah di tetapkan oleh pihak kerajaaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia.Seperti

mana yang ditegaskan dalam Forum Pendidikan di Pulau Pinang (Ibrahim, 2003), untuk

4

memperoleh anak bangsa yang berkualiti (berilmu, berketrampilan, berdisplin,

berahklak, inisiatif, inovatif, kreatif, ingin cemerlang serta berkemahiran), ianya

haruslah bermula daripada orang yang mendidik mereka iaitu guru. Jelaslah

menunjukkan keupayaan memperoleh anak bangsa yang berkualiti mestilah diperoleh

daripada guru yang cemerlang. Untuk memperoleh guru yang cemerlang pula mestilah

bertitik tolak daripada dalaman diri guru itu sendiri semasa mereka memilih profesion

perguruan ini sebagai kerjaya.

Jadual 1.1: Statistik terkini jumlah guru di Malaysia

Sekolah Lelaki Perempuan Jumlah

Rendah 71,393 163,261 234,654 Menengah 55,455 121,933 177,388 JUMLAH 126,848 285,194 412,042

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011)

1.2 Latar belakang Masalah

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia merupakan salah sebuah IPTA

tempatan yang menyediakan kursus pendidikan Teknikal dan Vokasional.Sejak

penubuhannya pada tahu 1993 hingga kini,UTM telah melahirkan ramai pendidik di

peringkat ijazah pertama dan lanjutan.Calon yang mengikuti kursus pendidikan ini

adalah yang berkelulusan dari Matrikulasi, Diploma,STPM atau setaraf

dengannya.Kemasukan pelajar yang ramai dalam bidang pendidikan menimbulkan

persoalan adakah ini menjadi petanda bahawa perguruan merupakan bidang yang

semakin diminati. Menurut Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan,

Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Zakaria Kasa (2010), ada beberapa faktor yang

membawa kepada pelajar lebih cenderung menjadi guru antaranya keistimewaan yang

5

mampu diperoleh apabila menjadi mahasiswa program pendidikan yang ditawarkan

institut pendidikan guru mahupun IPT awam.

Tokoh pendidik negara Tan Sri Ainuddin Wahid menyatakan orang sekarang

melihat tinggi rendah seseorang itu berdasarkan apa yang mereka miliki. Menurut

beliau kerana ganjaran yang menarik berbanding profesion yang lain, profesion

perguruan dijadikan Jaring Penyelamat untuk orang mencari kerja. Apabila mereka

tidak mendapat pekerjaan yang mereka idamkan mereka akan beralih kepada profesion

perguruan. (Utusan Malaysia, 28 Disember 1990). Apakah fenomena ini menunjukkan

mereka yang memilih profesion perguruan sebahagiannya bukanlah mereka yang

berminat atau bercita - cita menjadi guru? Menurut Azhar, 2007 Pesiden Kesatuan Guru-

guru Malaysia Barat, Dr Abdul Rahman Daud kemasukan yang tinggi di dalam

profesion perguruan adalah disebabkan pandangan sesetengah individu yang

menganggap kerjaya ini sebagai pilihan terakhir kepada golongan siswazah bagi mereka

yang gagal memperoleh sebarang pekerjaan.

Tajul (1995) menyatakan salah satu daripada ciri penting yang perlu ada pada

seseorang guru atau bakal guru ialah mereka mestilah mempunyai minat penuh terhadap

keseluruhan tugasnya, baik di sekolah ataupun dalam sebarang isu kemasyarakatan

ketika berada di luar sekolah. Mereka yang menjadi guru hanya kerana gaji ataupun

kerana tidak mendapat pekerjaan lain, perlulah segera mengubah sikap. Mereka perlulah

segera meminati bidang perguruan. Jika tidak mereka hanya menipu diri sendiri dan

masyarakat. Ini menunjukkan seseorang yang ingin menjadikan profesion perguruan

sebagai kerjaya mereka mestilah meminati profesion ini.

Pemilihan kerjaya perguruan oleh seseorang kemungkinan juga melibatkan

pengaruh dan dorongan daripada pihak ketiga iaitu keluarga, terutama ibu bapa dan juga

pengaruh rakan sebaya. Quek (1991), Hishammuddin (1995), Mat Khailil (2000) dan

6

Mohd.Aniza(2000) mendapati keluarga terutama ibubapa memang mempengaruhi

pemilihan kerjaya seseorang. Mereka juga menyatakan pengaruh ibubapa adalah lebih

dominan berbanding pengaruh rakan sebaya dalam soal pemilihan kerjaya seseorang.

Zuria (1998) menyatakan orang melamar kerja kerana adanya gaji tetapi gaji

tidak menimbulkan kepuasan kerja. Pada masa dahulu mereka yang memilih profesion

perguruan bukan kerana gaji yang lumayan tetapi keadaan kerja pada masa itu dianggap

sessuai dengan keperluan, nilai , falsafah hidup, ciri kerja separuh hari , ada cuti yang

panjang, mobiliti yang mudah, peluang mengasuh dan mendidik dan memberikan kasih

sayang. Ini menunjukkan ciri kerja separuh hari dan cuti yang panjang dianggap suatu

faktor yang menyebabkan kerjaya perguruan dipilih. Namun menurut Mohd Salleh

(1998) tugas guru tidak terhad kepada kepada waktu persekolahan sahaja, guru perlu

mengendalikan kegiatan kokurikulum seperti permainan dan persatuan serta lain - lain

aktiviti yang telah dirancang oleh pihak pentadbiran. Guru juga terpaksa membawa balik

kerja - kerja menyemak kerja pelajar, menyemak jawapan ujian dan peperiksaan, rekod -

rekod pelajar untuk disiapkan di rumah.

Hakikatnya guru tidaklah diperuntukkan cuti seperti mana cuti persekolahan.

Menurut Surat Pekeliling Iktisas Bil.5/1977 Kementerian Pendidikan menegaskan guru

adalah kakitangan kerajaan, maka semua guru tertakluk kepada Perentah Am Bab C

,perenggan 50 menyatakan

“Ketua jabatan boleh memanggil guru-guru menjalankan tugas selain daripada tugas-tugas biasa semasa percutian penggal sekolah.”

Manakala Surat Pekeliling Iktisas 1/1981 Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa

waktu tidak mengajar adalah masa bekerja bagi guru-guru dan pengetua boleh

mengarahkan guru menggunakan masa tersebut mengantikan guru yang tidak hadir,

membuat persediaan mengajar, memeriksa buku latihan dan lain-lain tugas yang

difikirkan perlu.

7

Tugas guru meliputi berbagai aspek, bukan hanya sekadar mengajar di bilik

darjah. Selain dari tugas hakiki tersebut guru ternyata memikul beban tugas yang

banyak. Mohd Fuad (1997) menyenaraikan tugas guru ialah mengajar, menguji, menilai,

membimbing dan memulihkan pelajar, juga menguruskan rekod pelajar, biasiswa, buku

teks, yuran, surat kepada ibubapa, disiplin, kecerian sekolah, panitia mata pelajaran ,

juga dalam gerak kerja kokurikulum seperti penasihat persatuan dan kelab, jurulatih,

pengangkutan dan jaminan keselamatan serta tugas perhubungan awam seperti

perbincangan dengan ibubapa, masyarakat dan juga agensi kerajaan swasta.

Sementara Asmah (1991) menyatakan bahawa seseorang guru memainkan

berbagai peranan di sekolah. Peranan guru adalah seperti pemberi maklumat pelajar dan

pengerak kurikulum, pendisiplin, penganti ibubapa, sebagai kaunselor dan pembimbing,

penasihat atau pengerak kegiatan kokurikulum, pembentuk peraturan sekolah, pembina

sahsiah, kadang kala sebagai jurutaip, kerani dan pekerja am dan juga sebagai pelajar.

Berdasarkan keadaan beban kerja, kebajikan dan gaji yang kurang menarik, waktu kerja

dan cuti yang tidak tetap dan kesukaran kerajaan dalam memenuhi tuntutan bagi

meningkatkan kedudukan profesion perguruan jelas sekali profesion ini tidak

menjanjikan sesuatu yang lebih baik berbanding profesion lain. Abd. Rahim (2002) pula

menyatakan walaupun terdapat pandangan negatif tentang profesion perguruan, tetapi

masih terdapat golongan yang memilih kerjaya ini kerana beberapa sebab tertentu.

1.3 Penyataan Masalah

Institusi ‘melahirkan’ guru telah membekalkan dan ‘melambak’ guru setiap

tahun ke pasaran. Namun, adakah setiap guru yang dipasarkan itu benar-benar bersedia

untuk mengharungi profesion ini. Profesion ini memerlukan tahap professional yang

tinggi untuk seorang guru itu benar-benar berwibawa. Persoalan yang boleh

8

dibangkitkan ialah apakah yang menyebabkan mereka ini memilih perguruan sebagai

kerjaya mereka. Merujuk kepada latar belakang masalah, jelas sekali profesion ini tidak

menjanjikan sesuatu yang lebih baik berbanding profesion lain. Namun masih ramai

pelajar yang memilih profesion perguruan sebagai kerjaya. Dari persoalan ini pengkaji

membuat keputusan untuk membuat kajian apakah faktor yang menyebabkan mereka

memilih profesion perguruan. Dari perbincangan di atas , pengkaji menetapkan faktor

yang terlibat dalam kajian ini ialah faktor peribadi, faktor pengaruh , faktor profesion

perguruan dan faktor ganjaran. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk

mengenalpasti faktor pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar tahun akhir

Fakulti Pendidikan, UTM.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti faktor peribadi dalam mempengaruhi pemilihan profesion

perguruan di kalangan pelajar.

ii. Mengenalpasti faktor luaran dalam mempengaruhi pemilihan profesion

perguruan di kalangan pelajar.

iii. Mengenalpasti faktor profesion perguruan dalam mempengaruhi pemilihan

profesion perguruan di kalangan pelajar.

iv. Mengenalpasti faktor ganjaran dalam mempengaruhi pemilihan profesion

perguruan di kalangan pelajar.

9

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, persoalan yang akan dikaji ialah:

i. Adakah faktor peribadi mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di

kalangan pelajar?

ii. Adakah faktor luaran mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di kalangan

pelajar?

iii. Adakah faktor profesion perguruan mempengaruhi pemilihan profesion

perguruan di kalangan pelajar?

iv. Adakah faktor ganjaran mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di

kalangan pelajar?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan diharap dapat memberikan maklumat yang baik dan

berguna kepada semua pihak terutamanya pihak yang terlibat secara langsung dalam

bidang pendidikan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, Universti Teknologi Malaysia

dan juga kepada bakal guru atau individu yang ingin menjadikan perguruan sebagai

kerjaya mereka.

10

1.6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia

Kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia tentang faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar memilih profesion

perguruan sebagai pilihan kerjaya mereka. Hasil daripada kajian ini juga boleh dijadikan

maklum balas kepada usaha Kementerian untuk mempertingkatkan lagi profesion ini

agar bakal pendidik mempunyai minat yang lebih mendalam serta lebih komited di

dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru.

1.6.2 Universiti Teknologi Malaysia

Dapatan kajian juga diharap memberikan maklum balas kepada pihak Universiti

Teknologi Malaysia dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti.Dari dapatan kajian

ini diharapkan pihak institusi dapat mengenalpasti calon-calon yang sesuai semasa

pemilihan pengambilan dilakukan. Ini untuk memastikan graduan institut ini adalah

mereka yang benar-benar mampu menjadi guru, bukan sahaja dari segi penguasaan ilmu

tetapi juga dari segi sikap dan komitmen terhadap profesion ini. Maklumat-maklumat

daripada hasil dapatan kajian amat berguna dalam membuat analisis serta penilaian

terhadap kemasukan pelajar-pelajar baru ke institusi.

1.6.3 Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberikan

maklumat kepada pihak Kementerian, terutamanya Bahagian Pengambilan Guru bagi

11

memantapkan lagi kriteria pemilihan calon yang memohon bidang perguruan agar

mereka yang terpilih adalah mereka yang benar - benar berkeupayaan dan bersungguh -

sungguh ingin menjadi pendidik. Calon-calon yang terpilih juga perlulah mempunyai

minat, berkaliber serta bertanggungjawab di dalam memikul tugasnya.Pengkaji juga

berharap agar langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia di dalam melahirkan lebih ramai lagi bakal guru yang berwibawa

serta berdedikasi tinggi.

Dapatan kajian juga diharap memberi maklumat tentang langkah yang wajar

diambil oleh Kementerian Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan Bahagian

Pendidikan Guru dan pihak sekolah untuk merancang tindakan susulan seperti kursus

motivasi, kesedaran dan program - program pembangunan staf yang bersesuaian dalam

memberi dorongan serta mengekalkan minat dan mempertingkatkan kemahiran

guru dan seterusnya membantu usaha meningkatkan tahap profesionalisma bidang

perguruan.

1.6.4 Pelajar-pelajar Yang Mengikuti Program Perguruan

Hasil daripada kajian ini diharap agar dapat memberi gambaran tentang faktor-

faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia dalam

memilih kerjaya perguruan sebagai kerjaya pilihan mereka.

12

1.6.5 Ibu Bapa, Guru dan Masyarakat

Dapatan ini diharap dapat menjadi panduan kepada ibu bapa, guru-guru dan

masyarakat dalam membantu memberikan panduan dalam pemilihan kerjaya kepada

pelajar. Kesedaran untuk membantu membina dorongan dan minat remaja dalam

memilih bidang kerjaya amat penting supaya pemilihan kerjaya yang dibuat adalah

tepat.

1.7 Skop Kajian

Kajian dijalankan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pemilihan

profesion perguruan di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM. Aspek

yang akan dikaji ialah faktor peribadi, faktor luaran, faktor pengaruh profesion

perguruan dan akhir sekali ialah faktor ganjaran. Seramai 118 orang pelajar tahun 4 bagi

program Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Fakulti

Pendidikan UTM dipilih sebagai sampel kajian.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian untuk

mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendaki bagi mencapai objektif kajian ini.

Ketepatan dapatan kajian ini bergantung kepada kejujuran responden semasa menjawab

13

semua soalan yang diberi. Hanya pelajar tahun 4 Fakulti Pendidikan di UTM yang

mengambil pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran

Hidup) sahaja terlibat dalam kajian ini disebabkan kekangan masa dan kewangan.

1.9 Definisi Istilah

Definisi istilah atau konsep yang diterangkan dalam bahagian ini adalah

berdasarkan kesesuaian kajian yang dijalankan Terdapat beberapa istilah yang perlu

dijelaskan bagi menerangkan dengan lebih tepat menurut kehendak dan keperluan yang

akan dibincangkan dalam kajian ini.

1.9.1 Profesion

Menurut Dictionary of Education (1973) profesion ialah satu pekerjaan yang

dihormati dan mempunyai reputasi yang baik disebabkan oleh sumbangannya kepada

masyarakat. Ia memerlukan pengetahuan yang khusus dan sistematik serta tempoh

akademik yang panjang.

14

1.9.2 Perguruan

Menurut Kamus Dewan (1996) perguruan adalah sekolah, tempat, perkara yang

berkaitan dengan guru.

1.9.3 Minat

Menurut Kamus Dewan (1996) minat didefinisikan sebagai keinginan (kesukaan,

kecenderungan) kepada sesuatu. Sharifah Alwiyah (1984) pula menyatakan minat adalah

daya pengerak atau kecenderungan seseorang untuk memberi perhatian kepada

seseorang, sesuatu benda atau kegiatan. Dalam konteks kajian ini minat yang

dimaksudkan ialah minat terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan profesion atau

kerjaya perguruan.

1.9.4 Keluarga

Menurut Kamus Dewan (1996), keluarga ialah suatu kumpulan dari keturunan

yang sama atau kaum kerabat yang mempunyai pertalian. Dalam kajian pengkaji

memfokuskan pengaruh keluarga adalah pengaruh ibubapa serta adik- beradik yang

dikira mempunyai hubungan yang rapat dengan responden.