15
ISU BERHUBUNG ETIKA KAUNSELING ETIKA KAUNSELING

Isu Transference

  • Upload
    nfaf82

  • View
    219

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Transference dan countertransference...

Citation preview

Page 1: Isu Transference

ISU BERHUBUNG ETIKA KAUNSELING

ETIKA KAUNSELING

Page 2: Isu Transference

PENGENALAN

Etika adalah merupakan satu garis panduan yang digunakan bagi membantu seseorang ahli profesional menjalankan tugasnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pada dasarnya istilah etika berasal daripada istilah Yunani iaitu “ethos” yang bermaksud hukum, adat resam, budi pekerti dan kebiasaan.

Page 3: Isu Transference

Etika memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas dan peranan dalam pekerjaan, matlamat utama etika digubal adalah untuk membimbing ke arah tahap profesional yang lebih tinggi (Francis, 2009). Etika dalam kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang ditekankan dalam bidang perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi mengukuhkan lagi tahap profesional mereka.

Page 4: Isu Transference

TRANSFERENCE

Merujuk kepada pemindahan perasaan,sikap,fantasi kepada ketua @ ahli berpunca dari reaksi terhadap orang signifikan dlm hidup ahli kelompok

Pindahan drpd klien kpd kaunselor (cinta, benci, marah, ketergantungan)

Melalui transference ahli mendapat wawasan bagaimana perkara lepas menghalang kehidupan sekarang

Ada juga yang mahukan layanan istimewa dr seorang ketua

Berlaku juga antara sesama ahli kelompok berkaitan dengan unfinished business

Page 5: Isu Transference

TINDAKAN KAUNSELOR

Secara etikanya,KS perlu berhati-hati dengan “transference” dan bertindak secara profesional semasa berhadapan dgn situasi ini

Bertindak secara genuine Kaunselor perlu menjalankan sesi kaunseling

menggunakan kemahiran bertanya,refleksi terhadap isi,memberikan perhatian kepada klien tersebut

Bagaimana kaunselor mengendalikan masalah ini mengikut etika sangat penting

Page 6: Isu Transference

CONTOH KES“Marissa memberitahu kepada anda bahawa dia kecewa dalam sesi kaunseling yang telah diikuti sebelum ini. Dia tidak pasti sama ada anda ambil berat atau tidak terhadap dirinya. Dia inginkan perhatian yang lebih istimewa berbanding dengan klien lain”

“Apa tindakan anda sebagai kaunselor apabila berhadapan dengan marissa”

Page 7: Isu Transference

COUNTERTRANSFERENCEPerasaan kaunselor dengan ahli

sehingga menganggu atau hilang objektif

Respon menyeronokkan seketika secara x sedar oleh kaunselor terhadap transference ahli kelompok

Perkara ini boleh menjejaskan penilaian kaunselor terhadap masalah serta diri klien yang mungkin akan menjadi penghalang mereka untuk membantu masalah klien

Page 8: Isu Transference

Pindahan timbal balas ini berlaku bila kaunselor dengan tidak disedari berinteraksi dengan klien seperti dia berinteraksi dengan orang-orang tertentu dalam hidupnya. Dalam situasi ini, kaunselor pula yang mempunyai anggapan yang salah terhadap klien. Pindahan timbal balas ini berlaku bila kaunselor merasa terancam oleh klien dan dia mengalami perasaan atau fikiran yang dia sendiri ingin jauhi.

Pindahan timbal balas adalah dianggap manifestasi keengganan kaunselor untuk mengetahui atau mengakui sesuatu tentang dirinya dan dia ingin membiarkan aspek itu terpendam. Dia harus menyedari hakikat ini dan berusaha untuk memahami dirinya dengan lebih jelas lagi supaya tidak mengganggu keberkesanannya sebagai seorang kaunselor.

Page 9: Isu Transference

CIRI-CIRI COUNTER TRANSFERENCE

- Melihat diri menjelma dlm diri sesetengah ahli

- Projeksi kpd ahli tingkah laku yang x diingini dan menganggap ahli sukar utk berubah

- Melakukan tingkah laku menggoda utk mendapat kesayangan dr sesetangah ahli

- Menolak klien (menganggap klien tidak memerlukan sesi)

Page 10: Isu Transference

TINDAKAN KAUNSELORKaunselor boleh mengatasi perasaan

pemindahan-balik ini dengan cara Membataskan sumber perasaan

pemindahan balik. Meminta bantuan kepada ahli lain. Berbincang dengan klien. “Alert” dengan perasaan Rujukan kepada kaunseling kelompok

Page 11: Isu Transference

Salah amalan bolehlah disamakan dengan amalan yang buruk/ tidak baik/ lemah.  Salah amalan boleh dianggap sebagai kegagalan untuk memberikan perkhidmatan profesional.  Salah amalan juga boleh dilihat dari perspektif undang-undang sebagai kecuaian profesional yang menyebabkan kemudaratan/ kecederaan/ injury atau kehilangan/loss kepada klien.

Salah amalan juga boleh ditakrifkan sebagai terapis menggunakan kaedah yang jauh terpisah dari amalan yang biasa diamalkan/konvensional ataupun gagal untuk bertindak dengan hati-hati dalam memenuhi tanggungjawab.

MALPRACTICE

Page 12: Isu Transference

Bagi menghindari tindakan undang-undang kerana salah amalan, terapis adalah digalakkan:

Untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada klien mereka dengan mengamalkan tahap melakukan sesuatu dengan hati yang ikhlas dan yang terbaik)

Dan prinsip non-maleficence (melakukan sesuatu yang tidak mudarat)

Page 13: Isu Transference

SALAH AMALAN BOLEH BERLAKU JIKA:

Prosedur yang digunakan oleh terapis diluar skop amalan profesional/amalan konvensional yang diterima;

Terapis menggunakan kaedah rawatan yang ia sendiri tidak terlatih di dalamnya/ tak ada kompetensi;

Terapis tidak menggunakan kaedah yang mungkin lebih berfaedah dan berkesan;

Terapis gagal memberi amaran/warning atau memaklumkan kepada pihak-pihak tertentu mengenai klien yang ganas;

Persetujuan termaklum tidak diperolehi daripada klien sebelum proses kaunseling dilaksanakan atau persetujuan termaklum tidak didokumentasikan;

Terapis tidak menjelaskan tentang natijah-natijah/risiko-risiko yang mungkin akan terhasil dr sesi kaunseling yang dijalankan

Page 14: Isu Transference

KESIMPULAN

Kaunselor perlu profesional sepanjang menjalankan sesi kaunseling dan berhati-hati melakukan sebarang

tindakan kepada klien. Tindakan yang dilakukan perlu mengikut kod etika

supaya klien percaya dan yakin dengan perkhidmatan kaunseling yang

disediakan pada masa kini

Page 15: Isu Transference