9
_________________________________________________________________________________________ Bil. JBNS : JBNS No. A/400-2146/A/Klt.3( 37 ) TARIKH : 15 September 2008 Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Setiausaha Tetap Kementerian Semua Ketua Jabatan Semua Pegawai Daerah Semua Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil Semua Bendahari Daerah PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI BILANGAN 8 TAHUN 2008 JADUAL PEMBAYARAN SARAAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI, ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) SERTA PENCEN BULANAN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN ADUN BULANAN BAGI TAHUN 2009 1. TUJUAN Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk :- 1.1 Mengumumkan tarikh pembayaran gaji / saraan Anggota Pentadbiran Awam Negeri,Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pencen bulanan Anggota Pentadbiran dan ADUN bagi tahun 2009. 1.2 Mengumumkan tarikh akhir penghantaran / penerimaan borang-borang input pengemaskinian saraan / potongan ( termasuk borang e-PAY-A3 ) bagi tahun 2009. 1.3 Menjelaskan garis panduan penyediaan pembayaran saraan / potongan yang dibuat melalui Sistem Gaji Pusat (SGP) dan Sistem Baucar Berasingan (SBB). 1.4 Menjelaskan peraturan-peraturan lain yang berkaitan dengan pembayaran saraan / potongan. 2. JADUAL PEMBAYARAN GAJI DAN PENCEN BULANAN SERTA JADUAL PENGHANTARAN / PENERIMAAN BORANG-BORANG INPUT ( TERMASUK BORANG e-PAY-A3 ) BAGI TAHUN 2009 2.1 Tarikh Pembayaran Gaji dan Pencen Bulanan Bagi Tahun 2009 – Lampiran A. 2.2 Tarikh Akhir Penghantaran / Penerimaan Borang-Borang Input Pengemaskinian Saraan/ Potongan ( termasuk Borang e-PAY-A3) Bagi Tahun 2009 – Lampiran B. 2/…. Telefon : 088-272000 Faks : 088-212655 E-mail : [email protected] JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan Jalan Tunku Abdul Rahman Beg Berkunci No. 2058 88595 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma · PDF file1.2 Mengumumkan tarikh akhir penghantaran ... 3.4 Menyemak baucar bayaran saraan / potongan dan laporan-laporan ... Cik Cecilia Chang/Puan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma · PDF file1.2 Mengumumkan tarikh akhir penghantaran ... 3.4 Menyemak baucar bayaran saraan / potongan dan laporan-laporan ... Cik Cecilia Chang/Puan

_________________________________________________________________________________________

Bil. JBNS : JBNS No. A/400-2146/A/Klt.3( 37 )

TARIKH : 15 September 2008

Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Setiausaha Tetap KementerianSemua Ketua Jabatan Semua Pegawai DaerahSemua Penolong Pegawai Daerah, Daerah KecilSemua Bendahari Daerah

PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI BILANGAN 8 TAHUN 2008JADUAL PEMBAYARAN SARAAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI, ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) SERTA PENCEN BULANAN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN ADUN BULANAN BAGI TAHUN 2009

1. TUJUAN

Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk :-

1.1 Mengumumkan tarikh pembayaran gaji / saraan Anggota Pentadbiran Awam Negeri,Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pencen bulanan Anggota Pentadbiran dan ADUN bagi tahun 2009.

1.2 Mengumumkan tarikh akhir penghantaran / penerimaan borang-borang input pengemaskinian saraan / potongan ( termasuk borang e-PAY-A3 ) bagi tahun 2009.

1.3 Menjelaskan garis panduan penyediaan pembayaran saraan / potongan yang dibuat melalui Sistem Gaji Pusat (SGP) dan Sistem Baucar Berasingan (SBB).

1.4 Menjelaskan peraturan-peraturan lain yang berkaitan dengan pembayaran saraan / potongan.

2. JADUAL PEMBAYARAN GAJI DAN PENCEN BULANAN SERTA JADUAL PENGHANTARAN / PENERIMAAN BORANG-BORANG INPUT ( TERMASUK BORANG e-PAY-A3 ) BAGI TAHUN 2009

2.1 Tarikh Pembayaran Gaji dan Pencen Bulanan Bagi Tahun 2009 – Lampiran A.

2.2 Tarikh Akhir Penghantaran / Penerimaan Borang-Borang Input Pengemaskinian Saraan/ Potongan ( termasuk Borang e-PAY-A3) Bagi Tahun 2009 – Lampiran B.

2/….

Telefon : 088-272000 Faks : 088-212655 E-mail : [email protected]

JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan

Jalan Tunku Abdul RahmanBeg Berkunci No. 205888595 Kota Kinabalu

Sabah, Malaysia

Page 2: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma · PDF file1.2 Mengumumkan tarikh akhir penghantaran ... 3.4 Menyemak baucar bayaran saraan / potongan dan laporan-laporan ... Cik Cecilia Chang/Puan

-2-

Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Bilangan 8 Tahun 2008 15 September 2008

3. GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PEMBAYARAN GAJI BULANAN

Untuk memastikan saraan / potongan bulanan dapat diproses dengan licin dan dibayar mengikut jadual, panduan-panduan seperti berikut hendaklah dipatuhi :-

3.1 Mengisi borang-borang input pengemaskinian seperti PAY-l1, PAY-l2 , PAY –l3, PAY-A1, PAY-A2, PAY-A2-1, PAY-A3 (Pin.06) dan PAY-P1, termasuk borang e-PAY-A3 dengan betul dan lengkap. Ini termasuklah penggunaan kod-kod komputer yang betul seperti kod bayaran, kod potongan, kod bank serta nombor pekerja, nombor ahli / rujukan KWSP, nombor rujukan cukai pendapatan dan sebagainya.

3.2 Menghantar borang-borang input tersebut (termasuk borang e-PAY-A3) lengkap dengan dokumen-dokumen penyokong pada atau sebelum tarikh akhir penghantaran/penerimaan borang input seperti di Lampiran B. Borang-borang input yang lewat diterima tidak akan diproses.

3.3 Menyemak dan membetulkan borang-borang input (termasuk borang e-PAY-A3) yang ditegur serta mengembalikan borang-borang tersebut dengan segera.

3.4 Menyemak baucar bayaran saraan / potongan dan laporan-laporan lain yang berkaitan dengan teliti sebelum menjadualkan ke dalam Buku Vot (SISVOT) dan mengemukakan semula untuk pembayaran. Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan dengan serta merta sebarang kesilapan termasuk juga maklumat yang tertinggal secara bertulis selain mengambil tindakan seperti yang dikehendaki di perenggan 3.1 diatas.

3.5 Menyediakan baucar bayaran saraan / potongan bulanan yang dibuat melalui SBB dengan betul dan lengkap termasuk pengisian Borang PAY-B ( PIN.96 ) dan menghantar dokumen-dokumen tersebut ke pejabat pembayar 7 hari sebelum tarikh pembayaran gaji bulanan.

3.6 Menyediakan baucar bayaran saraan harian anggota dengan kemas, tepat dan lengkap serta menghantar baucar tersebut pada awal minggu pertama bulan berikutnya.

4. PANDUAN-PANDUAN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PEMBAYARAN SARAAN

Ketua Jabatan diingatkan supaya mengambil perhatian sepenuhnya kepada peraturan-peraturan berikut supaya pengendalian pembayaran saraan dapat berjalan dengan licin dan teratur:-

4.1 Memaklumkan serta membuat pengemaskinian dengan menggunakan borang input tertentu bagi kakitangan yang gaji mereka dihentikan/ditangguhkan akibat pemberhentian kerja, peletakan jawatan, bersara, meninggal dunia, tindakan tatatertib atau sebagainya dengan serta merta.

4.2 Mendapatkan nombor ahli KWSP bagi anggota baru dengan segera serta memaklumkan melalui pengisian borang input untuk diproses pada bulan berikutnya.

Page 3: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma · PDF file1.2 Mengumumkan tarikh akhir penghantaran ... 3.4 Menyemak baucar bayaran saraan / potongan dan laporan-laporan ... Cik Cecilia Chang/Puan

- 3 -

Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 8 Tahun 2008 15 September 2008

4.3 Mengutip balik sebarang lebih bayaran akibat kelewatan pemberhentian kes-kes yang dinyatakan di perenggan 4.1 di atas dengan segera mengikut Arahan Perbendaharaan 327.

4.4 Semua resit yang dikeluarkan oleh Seksyen Gaji Dan Pencen akibat pembatalan, pembetulan atau penyelarasan gaji yang melibatkan vot-vot di bawah kawalan Jabatan, hendaklah diakaunkan (dikreditkan) ke vot Jabatan masing-masing.

4.5 Ketua Jabatan dinasihatkan supaya tidak menggunakan kod komputer bagi sebarang jenis potongan baru sekiranya kod akaun amanah bagi potongan tersebut belum diwujudkan untuk Jabatannya. ( Untuk mendapatkan kod akaun amanah tersebut, Ketua Jabatan hendaklah terlebih dahulu memohon daripada Bahagian Akaun Pusat, Jabatan Bendahari Negeri.)

4.6 Untuk mengelakkan pertambahan beban kerja penyediaan dan pemprosesan input bagi bayaran-bayaran tunggakan saraan serta mengelakkan daripada dikenakan denda bayaran dividen KWSP maka kerjasama adalah dipohon supaya semua pegawai yang terlibat dapat mempercepatkan pengeluaran Surat Akuan Pergerakan Gaji Tahunan - JPAN(SP)G1 (Pin. GEN.4), surat lantikan memangku, menanggung kerja dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

4.7 Semua baucar bayaran gaji hendaklah dikembalikan ke Seksyen Gaji dan Pencen selewat-lewatnya 2 hari bekerja sebelum tarikh pembayaran gaji.

5. PENGGUNAAN BORANG INPUT DAN SURAT AKUAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN YANG BARU

5.1 Didapati masih terdapat beberapa Kementerian/Jabatan menggunakan borang PAY-B dan Surat Akuan Pergerakan Gaji Tahunan yang lama dalam urusan pengemaskinian pembayaran saraan bulanan. Penggunaan dokumen yang lama ini mengakibatkan proses pengemaskinian ditolak memandangkan borang terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Cetak Kerajaan adalah seperti berikut :-

5.1.1 PAY-B (PIN.96).

5.1.2 Surat Akuan Pergerakan Gaji Tahunan - JPAN(S) G1 (Pin.GEN.4).

5.2 Untuk makluman senarai Kod yang terdapat di belakang Borang PAY - B (PIN.96) tidak lagi digunakan. Sila gunakan Senarai Kod Saraan/Potongan Dan Kod Bank Berkomputer yang diedarkan oleh Jabatan Bendahari Negeri melalui surat bilangan JBNS : Pekeliling JBNS Bil.1 / 2002 rujukan A/400-0/2146/A/Jld.2(50) bertarikh 10 Januari 2002 dan lain-lain Kod yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Page 4: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma · PDF file1.2 Mengumumkan tarikh akhir penghantaran ... 3.4 Menyemak baucar bayaran saraan / potongan dan laporan-laporan ... Cik Cecilia Chang/Puan

- 4 -

Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 8 Tahun 2008 15 September 2008

6. PERKARA-PERKARA LAIN

6.1. Mengemaskini Daftar Induk Gaji (Payroll Master)

6.1.1 Ketua Jabatan disarankan supaya menyemak secara menyeluruh Daftar Induk Gaji (Payroll Master) anggota di bawah kawalannya. Maklumat-maklumat anggota yang harus dikemaskini itu termasuklah butir-butir peribadi, perkhidmatan, akademik, bayaran saraan dan sebagainya .

6.1.2. Ketua Jabatan juga diminta untuk mengemaskini nombor kad pengenalan lama pekerja kepada nombor kad pengenalan baru dengan serta merta.

6.1.3 Oleh kerana pembayaran gaji masakini adalah melalui e-banking, semua anggota adalah diingatkan supaya memaklumkan Seksyen Gaji dan Pencen, Jabatan Bendahari Negeri dengan segera melalui Ketua Jabatan masing-masing sekiranya telah menukar nombor akaun bank.

6.1.4 Pengemaskinian maklumat yang tersebut diperengan 6.1.1 , 6.1.2 dan 6.1.3 di atas hendaklah dibuat menggunakan borang seperti PAY-A1, PAY-A2; PAY A2.1; PAY-A3; dan PAY-P1 tertakluk kepada jenis pengemaskiniaan dan seterusnya menghantar borang input tersebut ke Jabatan Bendahari Negeri mengikut jadual di Lampiran B dalam pekeliling ini.

6.2. Ketua Jabatan Bertanggungjawab Memastikan Maklumat Dalam Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2) dikemaskini.

Semua Ketua Jabatan yang menggunakan Sistem e-PAY-A3 dalam pemprosesan data-data saraan / potongan bulanan hendaklah memberi keutamaan untuk mengemaskini maklumat dalam SM2 di Kementerian / Jabatan masing-masing. Sebarang butiran / maklumat mengenai pertukaran kakitangan, pemangkuan, penanggungan kerja, pertukaran jawatan, cuti belajar, cuti tanpa gaji, persaraan, perletakan jawatan, kematian, nama jawatan, gred, tarikh pergerakan gaji tahunan, mata gaji termasuk peringkat dan tangga gaji lain-lain butiran berkaitan dengan perkhidmatan akan secara langsung memberi kesan kepada pembayaran gaji Anggota Perkhidmatan Awam. Maklumat SM2 yang tidak tepat boleh mengakibatkan saraan lebih atau kurang dibayar atau data anggota awam berkenaan akan terkeluar dalam Sistem Gaji Pusat dan kemungkinan gaji tidak dapat dibayar tepat pada hari gaji.

Page 5: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma · PDF file1.2 Mengumumkan tarikh akhir penghantaran ... 3.4 Menyemak baucar bayaran saraan / potongan dan laporan-laporan ... Cik Cecilia Chang/Puan

- 5 –

Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 8 Tahun 2008 15 September 2008

6.3 Arahan Memberhentikan Bayaran Saraan /Potongan Gaji Yang Dibayar melalui Sistem Gaji Pusat (SGP) atau Pembatalan Cek Saraan / Potong Gaji Selepas Cek Bayaran Dikeluarkan.

6.3.1 Memandangkan Jabatan ini masih melaksanakan bayaran saraan anggota perkhidmatan awam bagi saraan yang dibayar melaluii Maybank Bhd, Bank Pertanian dan United Overseas Bank dan potongan kepada agensi dengan menggunakan satu cek sahaja, maka sebarang arahan dari Kementerian/Jabatan untuk menghentikan saraan / potongan kepada agensi bagi anggota berkenaan atas sebab-sebab tertentu selepas cek bayaran dikeluarkan hendaklah dihantar secara bertulis ke Seksyen Gaji Dan Pencen, Jabatan Bendahari Negeri tidak lewat dari 10 hari bekerja sebelum tarikh pembayaran saraan yang ditetapkan dalam jadual di Lampiran A.

6.3.2 Bagi arahan untuk menghentikan bayaran saraan /potongan kurang dari tempoh tersebut di perenggan 6.3.1 di atas hendaklah dibuat terus ke Bank/Agensi berkenaan dengan memberi maklumat yang lengkap dan sesalinan surat hendaklah dihantar ke Jabatan Bendahari Negeri.

6.4 Bayaran Saraan Melalui Akaun Bank Atau Institusi Kewangan

6.4.1 Pekeliling Kementerian Kewangan Bil. F.118/10/7 bertarikh 12 Mac 1993 menetapkan pembayaran gaji (saraan) bulanan untuk semua Anggota Perkhidmatan Awam (termasuk Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri) hendaklah dibuat melalui perkreditan ke Akaun Bank/Institusi Kewangan sahaja. Sila ambil perhatian bahawa saraan anggota yang dibayar secara tunai tidak dapat diproses atau ditukar secara automatik ke Akaun Bank selagi nombor akaun bank belum diberi ke Seksyen Gaji dan Pencen ,Jabatan Bendahari Negeri.

6.5 Penyediaan Baucar Bayaran Ganjaran Kontrak

Untuk mengelak baucar bayaran Ganjaran Kontrak ditegur, sila pastikan Pelarasan Kenaikan Gaji 10% Sistem Saraan Baru (SSB) yang berkuatkuasa pada 01.01.2000 dan Pelarasan Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuatkuasa pada 01.11.2002 telah dibuat dengan tepat dan teratur.

Page 6: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma · PDF file1.2 Mengumumkan tarikh akhir penghantaran ... 3.4 Menyemak baucar bayaran saraan / potongan dan laporan-laporan ... Cik Cecilia Chang/Puan

- 6 -

Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 8 Tahun 2008 15 Setember 2008

7. KAEDAH MEMPROSES BAYARAN TUNGGAKAN / PELARASAN SARAAN KE SISTEM GAJI PUSAT DAN PEMBAYARAN TUNGGAKAN MELALUI SISTEM BAUCAR BERASINGAN

Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bil. 5 Tahun 1997 dan Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Bil. 10 Tahun 2000 dalam perenggan 6.2 adalah dirujuk berhubung perkara diatas.

8. TARIKH AKHIR PENERIMAAN / PENGHANTARAN BAUCAR BAYARAN BERASINGAN BERKAITAN DENGAN BAYARAN SARAAN TAHUN 2008 SEBELUM ATAU PADA 10 DISEMBER 2008

8.1 Jabatan Bendahari Negeri akan mengeluarkan Penyata Cukai Pendapatan Tahunan (Penyata C.P. 8c) tahun 2008 pada atau sebelum 15 Januari 2009, yang perlu dihantar oleh Anggota Perkhidmatan Awam bagi maksud bayaran Cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri pada awal tahun 2009. Justeru itu, semua baucar bayaran berasingan berkaitan saraan yang dibayar daripada peruntukan tahun 2008 hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Bendahari Negeri pada atau sebelum 10 Disember 2008 kecuali baucar bayaran saraan harian.

8.2 Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS) juga hendaklah memastikan Penyata Cukai Pendapatan Tahunan untuk tahun 2008 dikeluarkan sebelum atau pada 15 Januari 2009.

9. PENUTUP

Sekiranya terdapat kemusykilan dalam pelaksanaan pekeliling ini, sila berhubung terus dengan Seksyen Gaji Dan Pencen, Jabatan Bendahari Negeri melalui nombor telefon 088 272000 atau 088 255628 untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut.

Sekian dan terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH CEKAP DAN AMANAH"

(CHUI NGET NGO) Bendahari Negeri

BB/ACA/jl

Page 7: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma · PDF file1.2 Mengumumkan tarikh akhir penghantaran ... 3.4 Menyemak baucar bayaran saraan / potongan dan laporan-laporan ... Cik Cecilia Chang/Puan

- 7 -

Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 8 Tahun 2008 15 September 2008

s.k. PengarahJabatan Kerja RayaJalan SembulanPeti Surat 12888592 KOTA KINABALU

(u.p: Ketua Akauntan – Encik Ag.Hashim Hj.Yusof))

s.k. PengarahJabatan PertanianMenara Khidmat88632 KOTA KINABALU

(u.p: Ketua Akauntan – Encik Rusdin Riman)

s.k. PengarahJabatan PerhutananBeg Berkunci 6890009 SANDAKAN

(u.p: Ketua Akauntan – Encik Denis Mijin)

s.k. PengarahJabatan Tanah Dan UkurBeg Berkunci 204488576 KOTA KINABALU

(u.p : Ketua Akauntan – Encik Robin Wong)

s.k. PengarahJabatan Perkhidmatan Komputer NegeriTingkat 1, Blok AWiisma Kewangan88999 KOTA KINABALU

(u.p : Cik Cecilia Chang/Puan Chia Pit Hah/Cik Elizabeth Tai/ Cik Rafidah Ali Hassan / Encik David Augustine) )

Page 8: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma · PDF file1.2 Mengumumkan tarikh akhir penghantaran ... 3.4 Menyemak baucar bayaran saraan / potongan dan laporan-laporan ... Cik Cecilia Chang/Puan

LAMPIRAN A

JADUAL PEMBAYARAN GAJI DAN PENCEN BULANAN BAGI TAHUN 2009

TAHUN

TARIKH PEMBAYARAN GAJI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM, ANGGOTA PENTADBIRAN, ADUN DAN PENCEN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN

ADUN2009 INSTITUSI KEWANGAN/ BENDAHARI DAERAH TIDAK

ADA KEMUDAHAN BANK

BULANTARIKH HARI

JANUARI 19.01.2009ISNIN

FEBRUARI 25.02.2009 RABU

MAC 25.03.2009 RABUAPRIL 24.04.2009 JUMAAT

MEI 22.05.2009 JUMAAT

JUN 25.06.2009KHAMIS

JULAI 24.07.2009 JUMAAT

OGOS 25.08.2009 SELASA

SEPTEMBER 14.09.2009ISNIN

OKTOBER 23.10.2009 JUMAAT

NOVEMBER 25.11.2009 RABU

DISEMBER 16.12.2009

RABU

HARI CUTI PERAYAAN

TARIKH HARI CATATAN01.01.2009

26.01.2009-27.01.2009KHAMIS

ISNIN & SELASAHARI TAHUN BARU

TAHUN BARU CINA ( 2 HARI ) - - -

09.03.2009 ISNIN HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W

10.04.2009 JUMAAT HARI GOOD FRIDAY

01.05.200909.05.2009

30.05.2009-31.05.2009

JUMAATSABTU

SABTU & AHAD

HARI PEKERJAHARI WESAK ( HARI BUDDHA )PESTA KAAMATAN ( 2 HARI )

06.06.2009 SABTU HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDAYANG DIPERTUAN AGONG

- - -

31.08.2009 ISNIN HARI KEBANGSAAN

16.09.2009

20.09.2009-21.09.2009

RABU

AHAD & ISNIN

HARI MALAYSIA DAN HARI JADI T.Y.T YANGDI-PERTUA NEGERI SABAH

HARI RAYA PUASA * ( 2 HARI )17.10.2009 SABTU HARI DEEPAVALI

27.11.2009 JUMAAT HARI RAYA QURBAN

18.12.200925.12.2009 JUMAAT

JUMAATAWAL MUHARAM(MAAL HIJRAH)1431H

HARI KRISMAS

* Tertakluk kepada perubahan

Page 9: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma · PDF file1.2 Mengumumkan tarikh akhir penghantaran ... 3.4 Menyemak baucar bayaran saraan / potongan dan laporan-laporan ... Cik Cecilia Chang/Puan

LAMPIRAN B

JADUAL PENGHANTARAN / PENERIMAAN BORANG INPUT (TERMASUK BORANG e-PAY-A3) BAGI TAHUN 2009

INPUT SARAAN / POTONGAN UNTUK

BULAN

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN/PENERIMAANBORANG INPUT PENGEMASKINIAN TERMASUK BORANG e-PAY-A3

( BAYARAN GAJI BULANAN / TUNGGAKAN SARAAN )

TARIKH HARI

JANUARI

FEBRUARI

MAC

APRIL

MEI

JUN

JULAI

OGOS

SEPTEMBER

OKTOBER

NOVEMBER

DISEMBER

24.11.2008

05.01.2009

03.02.2009

04.03.2009

31.03.2009

05.05.2009

04.06.2009

06.07.2009

23.07.2009

28.08.2009

06.10.2009

26.10.2009

RABU

ISNIN

SELASA

RABU

SELASA

SELASA

KHAMIS

ISNIN

KHAMIS

JUMAAT

SELASA

ISNIN