2
Bil. JBNS : (A) NO:100-4/345 Klt.6/(72) Tarikh : 23 April 2010 Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Setiausaha Tetap Kementerian Semua Ketua Jabatan Semua Pegawai Daerah Semua Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil Semua Bendahari Daerah Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan PEKELILING BENDAHARI NEGERI SABAH BILANGAN 4 TAHUN 2010 PEMBAYARAN CEK YANG MEMERLU PELEPASAN YANG KHUSUS 1. TUJUAN Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan tentang cara-cara penyediaan baucar bayaran bagi keadaan-keadaan tertentu bagi memudahkan semakan dan proses bayaran. 2. BAYARAN-BAYARAN KHUSUS Bagi menyelaraskan proses penyediaan baucar bayaran yang memerlukan tindakan- tindakan khusus seperti berikut: (i) Bayaran kepada penerima yang perlu pelepasan terlebih dahulu dari Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah terutama sekali bagi bayaran-bayaran yang berkaitan dengan keputusan mahkamah atau proses perundangan dan bayaran pampasan; (ii) Bayaran dibuat ke luar negeri yang memerlukan pembelian bank draf atau pemindahan telegraf dalam matawang asing; (iii) Bayaran yang memerlukan perhatian dan tindakan segera; dan (iv) Bayaran dalam bentuk cek dan bukan melalui perbankan elektronik (yang dibenarkan sahaja). Contoh bayaran kepada KWSP, Letrik, Telekom, MAXIS, Celcom dan Digi, termasuk MAS dan Air Asia. 3. CARA PENYEDIAAN BAUCAR Cara penyediaan adalah dengan menggunakan “cop” yang jelas dilihat bagi setiap bayaran dengan membubuh cop yang berkaitan pada muka depan baucar asal pada sebelah atas dengan dakwat merah. Contoh ayat pada cop bagi bayaran-bayaran di atas adalah seperti berikut: …2/- JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan Jalan Tunku Abdul Rahman Beg Berkunci No. 2058 88595 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Tel: 088-272000 Faks: 088-212655 E-mel: [email protected]

JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma …€¦ · Bil. JBNS : (A) NO:100-4/345 Klt.6/(72) Tarikh : 23 April 2010 Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Setiausaha Tetap Kementerian Semua

  • Upload
    lamnhan

  • View
    224

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma …€¦ · Bil. JBNS : (A) NO:100-4/345 Klt.6/(72) Tarikh : 23 April 2010 Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Setiausaha Tetap Kementerian Semua

Bil. JBNS : (A) NO:100-4/345 Klt.6/(72)

Tarikh : 23 April 2010

Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Setiausaha Tetap Kementerian Semua Ketua Jabatan Semua Pegawai DaerahSemua Penolong Pegawai Daerah, Daerah KecilSemua Bendahari Daerah

Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan

PEKELILING BENDAHARI NEGERI SABAH BILANGAN 4 TAHUN 2010PEMBAYARAN CEK YANG MEMERLU PELEPASAN YANG KHUSUS

1. TUJUAN

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan tentang cara-cara penyediaan baucar bayaran bagi keadaan-keadaan tertentu bagi memudahkan semakan dan proses bayaran.

2. BAYARAN-BAYARAN KHUSUS

Bagi menyelaraskan proses penyediaan baucar bayaran yang memerlukan tindakan-tindakan khusus seperti berikut:

(i) Bayaran kepada penerima yang perlu pelepasan terlebih dahulu dari Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah terutama sekali bagi bayaran-bayaran yang berkaitan dengan keputusan mahkamah atau proses perundangan dan bayaran pampasan;

(ii) Bayaran dibuat ke luar negeri yang memerlukan pembelian bank draf atau pemindahan telegraf dalam matawang asing;

(iii) Bayaran yang memerlukan perhatian dan tindakan segera; dan

(iv) Bayaran dalam bentuk cek dan bukan melalui perbankan elektronik (yang dibenarkan sahaja). Contoh bayaran kepada KWSP, Letrik, Telekom, MAXIS, Celcom dan Digi, termasuk MAS dan Air Asia.

3. CARA PENYEDIAAN BAUCAR

Cara penyediaan adalah dengan menggunakan “cop” yang jelas dilihat bagi setiap bayaran dengan membubuh cop yang berkaitan pada muka depan baucar asal pada sebelah atas dengan dakwat merah. Contoh ayat pada cop bagi bayaran-bayaran di atas adalah seperti berikut:

…2/-

JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAHWisma Kewangan

Jalan Tunku Abdul RahmanBeg Berkunci No. 205888595 Kota Kinabalu,

Sabah, Malaysia

Tel: 088-272000 Faks: 088-212655 E-mel: [email protected]

Page 2: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma …€¦ · Bil. JBNS : (A) NO:100-4/345 Klt.6/(72) Tarikh : 23 April 2010 Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Setiausaha Tetap Kementerian Semua

MUKASURAT 2RUJUKAN : (A) NO:100-4/345 Klt.6/(72)TARIKH : 23 April 2010

(i) “Cek Bayaran Melalui Peguam Negeri”(ii) “Bayaran Asing” atau “Foreign Payments”(iii) “SEGERA” atau ‘URGENT”(iv) “Bayaran Cek”

4. TARIKH KUATKUASA

Pekeliling ini berkuatkuasa mulai dari bulan Mei 2010. Walau bagaimanapun Jabatan/Kementerian yang sudah mempunyai cop sedemikian hendaklah menggunakannya dengan serta merta manakala yang belum hendaklah menulis dengan dakwat merah pada muka depan baucar sambil menunggu tempahan cop yang berkenaan dengan secapat mungkin.

5. PENUTUP

Sekiranya terdapat kemusykilan dalam pelaksanaan pekeliling ini, sila berhubung terus dengan Penolong Bendahari Negeri (PPP) melalui nombor telefon 088-252447 atau Akauntan Penyemakan Baucar melalui telefon 088-272670 untuk mendapatkan maklumat dan penjelasn lanjut.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH”

( CHUI NGET NGO )Bendahari Negeri

s.k.: Pengarah Jabatan Kerja RayaJalan Sembulan Peti Surat No. 12888592 KOTA KINABALU (u/p : Ketua Akauntan)

s.k.: Pengarah Jabatan Pertanian Menara Khidmat88632 KOTA KINABALU (u/p: Ketua Akauntan)

s.k.: Pengarah Jabatan Perhutanan Beg Berkunci No. 6890009 SANDAKAN (u/p : Ketua Akauntan)

s.k.: Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Beg Berkunci No. 204488576 KOTA KINABALU (u/p : Ketua Akauntan)

Akauntan Kanan/PPAkauntan/PB

BB/hr