4
Bil. JBNS: NO. A/100-4/345 Klt.6/(63) Tarikh: 18 Januari 2010 Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Setiausaha Tetap Kementerian Semua Ketua Jabatan Semua Pegawai Daerah Semua Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil Semua Bendahari Daerah PEKELILING BENDAHARI NEGERI SABAH BILANGAN 1 TAHUN 2010 PERATURAN PENYEDIAAN / PEMBAYARAN BAUCAR BAYARAN 1. TUJUAN 1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan peraturan pelaksanaan penyediaan dan pembayaran baucar bayaran. 2. NAMA ATAS BAUCAR 2.1 Sesuai dengan kehendak Arahan Perbendaharaan Bil.99 (f) dan (g) semua baucar bayaran yang disediakan/dibayar hendaklah dipastikan terdapat satu nama penerima sahaja melainkan terdapat kebenaran seperti yang ditetapkan oleh Arahan Perbendaharaan (A.P.). 2.2 Pejabat Pembayar berhak untuk menolak baucar bayaran yang bertentangan dengan A.P. dan tidak akan bertanggungjawab terhadap pembayaran yang dianggap tidak sahih dibawah A.P. dan peraturan semasa. 3. PEMBAYARAN DIBENARKAN 3.1 Kecuali bayaran bagi orang di tanggung yang berhak menerima Elaun Tanggungan (Dependence Allowance) selain dari penerima biasiswa sendiri dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri. 3.2 Penerima adalah pihak yang menandatangani kontrak dengan Kerajaan Negeri (Jabatan- Jabatan/ Kementerian-Kementerian Negeri) dan termasuk yang diarah oleh keputusan mahkamah (court order). ..2/- JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan Jalan Tunku Abdul Rahman Beg Berkunci No. 2058 88595 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Tel: 088-272000 Faks: 088-212655 E-mel: [email protected]

JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · 1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan peraturan pelaksanaan penyediaan dan pembayaran ... dengan kontrak tersebut,

  • Upload
    vukien

  • View
    274

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · 1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan peraturan pelaksanaan penyediaan dan pembayaran ... dengan kontrak tersebut,

Bil. JBNS: NO. A/100-4/345 Klt.6/(63)

Tarikh: 18 Januari 2010

Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Setiausaha Tetap KementerianSemua Ketua Jabatan Semua Pegawai DaerahSemua Penolong Pegawai Daerah, Daerah KecilSemua Bendahari Daerah

PEKELILING BENDAHARI NEGERI SABAH BILANGAN 1 TAHUN 2010PERATURAN PENYEDIAAN / PEMBAYARAN BAUCAR BAYARAN

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan peraturan pelaksanaan penyediaan dan pembayaran baucar bayaran.

2. NAMA ATAS BAUCAR

2.1 Sesuai dengan kehendak Arahan Perbendaharaan Bil.99 (f) dan (g) semua baucar bayaran yang disediakan/dibayar hendaklah dipastikan terdapat satu nama penerima sahaja melainkan terdapat kebenaran seperti yang ditetapkan oleh Arahan Perbendaharaan (A.P.).

2.2 Pejabat Pembayar berhak untuk menolak baucar bayaran yang bertentangan dengan A.P. dan tidak akan bertanggungjawab terhadap pembayaran yang dianggap tidak sahih dibawah A.P. dan peraturan semasa.

3. PEMBAYARAN DIBENARKAN

3.1 Kecuali bayaran bagi orang di tanggung yang berhak menerima Elaun Tanggungan (Dependence Allowance) selain dari penerima biasiswa sendiri dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.

3.2 Penerima adalah pihak yang menandatangani kontrak dengan Kerajaan Negeri (Jabatan-Jabatan/ Kementerian-Kementerian Negeri) dan termasuk yang diarah oleh keputusan mahkamah (court order).

..2/-

JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAHWisma Kewangan

Jalan Tunku Abdul RahmanBeg Berkunci No. 205888595 Kota Kinabalu,

Sabah, Malaysia

Tel: 088-272000 Faks: 088-212655 E-mel: [email protected]

Page 2: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · 1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan peraturan pelaksanaan penyediaan dan pembayaran ... dengan kontrak tersebut,

Muka Surat 2Pekeliling Bendahari Negeri Sabah Bilangan 01 Tahun 2010 18 Januari 2010

3.3 Penerima adalah pihak yang melaksanakan kerja / membekal dan memberi perkhidmatan melalui pengeluaran/kebenaran yang diiktiraf oleh kerajaan seperti Perintah Kerja Am (General Work Order), Pesanan Pembelian (Purchase Order) , Surat Tempahan Rasmi Kerajaan dan borang-borang atau dokumen-dokumen rasmi kerajaan.

3.4 PERUBAHAN DALAM SISVOT

3.4.1 Nama penerima yang sepatutnya dimasukkan dalam ruang Nama Penerima pada baucar bayaran bagi Para 3.1, 3.2 dan 3.3 diatas hendaklah yang akan menerima cek bayaran dan ianya adalah bersamaan dengan “Nama atas cek”. Ruang bagi Nama atas cek by default ada lah Nama Penerima atau sebaliknya.

Contoh 1: En. Ramlee adalah pemegang Biasiswa Negeri Sabah yang mahu Bayaran Elaun Tanggungan dibayar kepada isteri nya Pn. Salamah. Nama Pn. Salamah hendaklah dibubuh dalam ruang “Nama Penerima” yang by default adalah nama dicatat dalam cek (“Nama atas cek”). Manakala rujukan surat/kuasa hendaklah dibubuhkan dalam ruang “Perihal”.

Contoh 2: Kontraktor Asal (main contractor) Syarikat A mewakilkan Syarikat B melalui “Deed of Assignment” untuk melaksanakan kerja. Dalam kes ini bayaran hendaklah dibuat kepada Syrikat B dimana namanya dibubuhkan dalam ruang “Nama Penerima”, manakala rujukan kuasa hendaklah dimasukkan dalam ruang “Perihal” bersama Nama Kontraktor Asal dan Nombor Kontrak.

4. PEMBAYARAN TIDAK TERATUR

4.1 Pembayaran kepada pihak ketiga sebagai “Penerima” bayaran adalah tidak dibenarkan. Umpamanya nama pihak yang tiada kaitan dengan kontrak yang ditandatangani oleh pihak Kerajaan. Sekiranya firma/perseorangan yang telah menandatangani kontrak dengan Kerajaan berhutang dengan Bank/Institusi/Agensi/Perseorangan yang tidak berkaitan dengan kontrak tersebut, maka perkara ini adalah diluar kontrak dan tidak kena-mengena dengan pihak Kerajaan dan Kerajaan tidak seharusnya membuat bayaran kepada pihak ketiga ini.

5. PERKARA-PERKARA LAIN

5.1 PENGESAHAN TIADA GAJI TERTUNGGAK (BAYARAN KONTRAK)

5.1.1 Selain dari pengesahan dibuat dimuka salinan asal baucar bayaran pengesahan boleh juga dibuat pada lampiran berasingan.

..3/-

Page 3: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · 1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan peraturan pelaksanaan penyediaan dan pembayaran ... dengan kontrak tersebut,

Muka Surat 3Pekeliling Bendahari Negeri Sabah Bilangan 01 Tahun 2010 18 Januari 2010

5.2 PENGESAHAN MENGENAI NAMA DAN NOMBOR AKAUN BANK

5.2.1 Pengesahan mengenai nama dan nombor akaun bank boleh dibuat melalui salah satu daripada berikut:

(i) Lampiran C,(ii) Surat pengesahan dari firma berkaitan,(iii) Invois firma yang tercatat nama dan nombor akaun bank.

Nota: Surat Pekeliling Bil. 3/2009 rujukan JBNS No. A(D-APP)400-14/1/(116) bertarikh 22 Mei 2009 ada kaitan 6. TARIKH KUATKUASA

Suarat pekeliling ini berkuatkuasa dengan serta merta.

7. PENUTUP

Sekiranya terdapat kemusykilan dalam pelaksanaan pekeliling ini, sila berhubung terus dengan Penolong Bendahari Negeri (PPP) melalui nombor telefon 088 252447 atau Akauntan Penyemakan Baucar 088 272670 untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut.

Sekian dan terima kasih.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH , CEKAP DAN AMANAH ”

(CHUI NGET NGO) Bendahari Negeri

s.k. PengarahJabatan Kerja RayaJalan SembulanPeti Surat 12888592 KOTA KINABALU(u.p: Ketua Akauntan )

s.k. PengarahJabatan PertanianMenara Khidmat88632 KOTA KINABALU (u.p: Ketua Akauntan )

..4/-

Page 4: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · 1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan peraturan pelaksanaan penyediaan dan pembayaran ... dengan kontrak tersebut,

Muka Surat 4Pekeliling Bendahari Negeri Sabah Bilangan 01 Tahun 2010 18 Januari 2010

s.k. PengarahJabatan PerhutananBeg Berkunci 6890009 SANDAKAN(u.p: Ketua Akauntan )

s.k. PengarahJabatan Tanah Dan Ukur

Beg Berkunci 204488576 KOTA KINABALU(u.p : Ketua Akauntan )

BB/hr