14
Tel.: 088-272000 Faks: 088-212655 E-mel: [email protected] Bil. JBNS: NO.A/400-2146/A/Klt.3/( 31 ) Tarikh: 09 Oktober 2014 Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Setiausaha Tetap Kementerian Semua Ketua Jabatan Semua Pegawai Daerah Semua Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil Semua Bendahari Daerah PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BILANGAN 4 TAHUN 2014 JADUAL PEMBAYARAN SARAAN BULANAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI, ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (APDUN) DAN KETUA-KETUA MASYARAKAT (PHEANS) BAGI TAHUN 2015 1. TUJUAN Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk : 1.1 Mengumumkan tarikh pembayaran gaji dan elaun bulanan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri serta Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri, tarikh pembayaran pencen bulanan bagi mantan Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( APDUN ) dan tarikh pembayaran elaun tetap bulanan Ketua - Ketua Masyarakat ( PHEANS ) bagi tahun 2015. 1.2 Mengumumkan tarikh akhir penghantaran / penerimaan input saraan ( termasuk Sistem E - PAY A3 dan SISPEN ) bagi tahun 2015. 1.3 Mengumumkan tarikh pengembalian Baucar Bayaran Saraan JBN 14 ( PIN 1 / 2009 ) 1.4 Menjelaskan garis panduan penyediaan bayaran / potongan saraan yang dibuat melalui Sistem Gaji Pusat (SGP), Sistem Baucar Berasingan (SBB) dan Sistem Pencen (SISPEN). 1.5 Menjelaskan peraturan-peraturan lain yang berkaitan dengan bayaran/potongan saraan. 2. JADUAL PEMBAYARAN GAJI DAN ELAUN, PENCEN BULANAN DAN ELAUN TETAP BULANAN SERTA JADUAL PENGHANTARAN / PENERIMAAN INPUT SARAAN ( TERMASUK SISTEM E - PAY A3 DAN SISPEN ) BAGI TAHUN 2015. 2.1 Tarikh Pembayaran Saraan Bulanan bagi Tahun 2015 adalah seperti dalam Lampiran A. 2.2 Jadual Penghantaran Input Gaji dan Elaun termasuk Sistem E - Pay A3 bagi Tahun 2015 adalah seperti dalam Lampiran B. 2/.... JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan Jalan Tunku Abdul Rahman Beg Berkunci No. 2058 88595 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · diterima sebagai bukti bayaran yang telah dibuat. Jabatan adalah dinasihati untuk menyimpan rekod - rekod pembayaran dengan teratur

  • Upload
    vunhu

  • View
    346

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · diterima sebagai bukti bayaran yang telah dibuat. Jabatan adalah dinasihati untuk menyimpan rekod - rekod pembayaran dengan teratur

Tel.: 088-272000 Faks: 088-212655 E-mel: [email protected]

Bil. JBNS: NO.A/400-2146/A/Klt.3/( 31 )

Tarikh: 09 Oktober 2014

Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Setiausaha Tetap KementerianSemua Ketua JabatanSemua Pegawai DaerahSemua Penolong Pegawai Daerah, Daerah KecilSemua Bendahari Daerah

PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BILANGAN 4 TAHUN 2014JADUAL PEMBAYARAN SARAAN BULANAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI, ANGGOTAPENTADBIRAN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (APDUN) DAN KETUA-KETUA MASYARAKAT(PHEANS) BAGI TAHUN 2015

1. TUJUAN

Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk :

1.1 Mengumumkan tarikh pembayaran gaji dan elaun bulanan Anggota PerkhidmatanAwam Negeri serta Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri, tarikhpembayaran pencen bulanan bagi mantan Anggota Pentadbiran dan Ahli DewanUndangan Negeri ( APDUN ) dan tarikh pembayaran elaun tetap bulanan Ketua -Ketua Masyarakat ( PHEANS ) bagi tahun 2015.

1.2 Mengumumkan tarikh akhir penghantaran / penerimaan input saraan ( termasuk SistemE - PAY A3 dan SISPEN ) bagi tahun 2015.

1.3 Mengumumkan tarikh pengembalian Baucar Bayaran Saraan JBN 14 ( PIN 1 / 2009 )

1.4 Menjelaskan garis panduan penyediaan bayaran / potongan saraan yang dibuat melaluiSistem Gaji Pusat (SGP), Sistem Baucar Berasingan (SBB) dan Sistem Pencen (SISPEN).

1.5 Menjelaskan peraturan-peraturan lain yang berkaitan dengan bayaran/potongan saraan.

2. JADUAL PEMBAYARAN GAJI DAN ELAUN, PENCEN BULANAN DAN ELAUN TETAPBULANAN SERTA JADUAL PENGHANTARAN / PENERIMAAN INPUT SARAAN( TERMASUK SISTEM E - PAY A3 DAN SISPEN ) BAGI TAHUN 2015.

2.1 Tarikh Pembayaran Saraan Bulanan bagi Tahun 2015 adalah seperti dalam Lampiran A.

2.2 Jadual Penghantaran Input Gaji dan Elaun termasuk Sistem E - Pay A3 bagi Tahun2015 adalah seperti dalam Lampiran B.

2/....

JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAHWisma Kewangan

Jalan Tunku Abdul RahmanBeg Berkunci No. 205888595 Kota Kinabalu

Sabah, Malaysia

Page 2: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · diterima sebagai bukti bayaran yang telah dibuat. Jabatan adalah dinasihati untuk menyimpan rekod - rekod pembayaran dengan teratur

- 2 -

PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BIL. 4 TAHUN 2014 09 OKTOBER 2014

2.3 Jadual Tarikh Penutupan Perubahan / Pengemaskinian Input Gaji dan Elaun untukJabatan Kerja Raya, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perhutanan(Jabatan Mengakaun Sendiri ) bagi Tahun 2015 adalah seperti dalam Lampiran C.

Nota: Ketua Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS) adalah diminta untuk memastikanpenutupan perubahan / pengemaskinian Input dibuat tepat mengikut Jadualseperti di Lampiran C. Input gaji dan elaun hendaklah dihantar lebih awalsupaya pihak JPKN dapat memproses bayaran gaji melalui Sistem Gaji PusatJabatan Bendahari Negeri Sabah dengan lancar tanpa sebarang kelewatan.

2.4 Jadual Penghantaran Input Pencen (APDUN) (SISPEN) bagi Tahun 2015 adalah sepertidalam Lampiran D.

2.5 Jadual Penghantaran / Penerimaan Input Elaun Tetap Bulanan Ketua - ketua Masyarakat( PHEANS ) bagi Tahun 2015 adalah seperti dalam Lampiran E.

3. GARIS PANDUAN PENYEDIAAN BAYARAN/POTONGAN SARAAN BULANAN MELALUISISTEM GAJI PUSAT

Untuk memastikan input saraan bulanan dapat diproses dengan lancar dan dibayar mengikut jadual,Ketua Jabatan adalah diminta untuk mematuhi garis panduan seperti berikut:

3.1 Mengisi dengan betul dan lengkap, borang - borang perubahan / pengemaskinian ( inputmanual ) seperti Borang PAY-A1(Pin. 96), Borang PAY-A2(Pin.96), Borang PAY-A2.1(Pin.96),Borang PAY-A3(Pin.96) dan Sistem E-PAY A3. Ini termasuk nombor pekerja, nomborahli/rujukan KWSP, nombor rujukan cukai pendapatan dan penggunaan kod-kod komputerseperti kod bayaran, kod potongan, kod bank dan sebagainya.

Nota: Ketua Jabatan dinasihatkan supaya tidak menggunakan kod potongan gaji bagi

sebarang jenis potongan baru sekiranya kod Akaun Amanah bagi potongan tersebutbelum diwujudkan untuk Jabatannya. Untuk mendapatkan kod Akaun Amanahberkenaan, Ketua Jabatan hendaklah terlebih dahulu memohon daripada BahagianAkaun Pusat, Jabatan Bendahari Negeri.

Ketua Jabatan juga bertanggungjawab untuk memastikan kod yang digunakanuntuk bayaran gaji dan elaun anggota di bawah kawalan masing - masing adalahbetul dan mematuhi struktur kod akaun dalam Sistem Perakaunan KerajaanNegeri Sabah selaras dengan keperluan Sistem Belanjawan Ubahsuai ( MBS ).Senarai kod bayaran / potongan gaji yang dikemaskini boleh didapati di dalamlaman web Jabatan Bendahari Negeri Sabah.

3.2 Menghantar borang - borang perubahan / pengemaskinian saraan lengkap dengandokumen sokongan termasuk dokumen sokongan untuk Sistem E – PAY A3 keSeksyen Gaji dan Pencen pada atau selewat - lewatnya dua ( 2 ) hari selepas tarikhakhir penghantaran / penerimaan input saraan seperti di Lampiran B dan E.

Nota: Input saraan yang dihantar pada tarikh selain daripada tempoh yangdinyatakan di para 3.2 di atas tidak akan diterima kecuali bagi perkara sepertiyang dinyatakan dalam para 3.3. Input saraan dalam Sistem E-PAY A3 akan ditegurjika dokumen sokongan tidak dihantar mengikut tempoh yang ditetapkan di para 3.2di atas. Pemprosesan semula input yang mendapat teguran adalah seperti di para3.4.

3/....

Page 3: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · diterima sebagai bukti bayaran yang telah dibuat. Jabatan adalah dinasihati untuk menyimpan rekod - rekod pembayaran dengan teratur

- 3 -

PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BIL. 4 TAHUN 2014 09 OKTOBER 2014

3.3 Pemberhentian bayaran / potongan saraan bagi pegawai yang meletak jawatan,bersara, meninggal dunia dan dipecat boleh dibuat dengan menggunakan borangPAY – A3 ( Pin.96 ). Borang tersebut hendaklah dihantar bersama dokumen sokonganke Seksyen Gaji dan Pencen tidak lewat daripada 18 hari bekerja sebelum tarikhpembayaran saraan seperti dalam Lampiran A.

Nota: Arahan pemberhentian bayaran / potongan saraan yang lewat daripada tempohyang dinyatakan di para 3.3 di atas tidak akan diterima. Segala urusanberhubung dengan penahanan / kutipan balik bayaran / potongan saraandaripada pihak bank / agensi berkenaan adalah dibawah tanggungjawab KetuaJabatan. Bagi bayaran saraan melalui e-banking, Ketua Jabatan hendaklahmengemukakan surat arahan penahanan saraan terus kepada Seksyen Gajidan Pencen, Jabatan Bendahari Negeri Sabah selewat – lewat 3 hari berkerjasebelum tarikh pembayaran saraan seperti dalam Jadual. Surat arahanberkenaan hendaklah disalinkan kepada Cash Management – EMRO, AllianceBank Malaysia Berhad, Lot 84, 2nd Floor, Jalan Gaya, 88000 KotaKinabalu.

3.4 Menyemak dengan teliti dan memastikan semua input saraan adalah tepat, lengkapdan teratur sebelum menghantar ke Seksyen Gaji dan Pencen, Jabatan BendahariNegeri. Semua input yang mendapat teguran HANYA diterima untuk pemprosesansemula pada bulan berikutnya dan hendaklah dihantar mengikut jadual penghantaraninput pada bulan berkenaan. Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua inputyang dihantar ada tersenarai dalam Laporan Ringkasan Sistem E - PAY A3.

Nota: Untuk memastikan keteraturan Sistem Kawalan Dalaman di Seksyen Gaji danPencen, Jabatan Bendahari Negeri, teguran akan dibuat ke atas input yangtiada tersenarai dalam Laporan Ringkasan Sistem E - PAY A3. Senarai borang- borang perubahan / pengemaskinian ( input manual ) saraan hendaklah dibuatmenggunakan Borang SGP 11 ( dalam Pekeliling JBNS Bil. 8 Tahun 2011 ).Penghantaran input manual tanpa Borang SGP 11 tidak akan diterima.

3.5 Menyemak dengan teliti Baucar Bayaran Saraan dan laporan / penyata potongansebelum dijadualkan ke SISVOT dan menghantar kembali semua salinan asal yangtelah lengkap ditandatangani ke Seksyen Gaji dan Pencen, Jabatan Bendahari Negeriuntuk pembayaran selewat - lewatnya empat ( 4 ) hari sebelum tarikh pembayaransaraan. Jadual penghantaran kembali Baucar Bayaran Saraan adalah seperti diLampiran F. Ketua Jabatan adalah diingatkan untuk mematuhi sepenuhnya PekelilingJBNS Bil. 7 Tahun 2010 Para 3 bagi mengelak kelewatan pembayaran saraanbulanan. Kegagalan untuk menghantar kembali Baucar Bayaran Saraan akanmengakibatkan pembayaran gaji anggota melalui eBanking akan tertangguhsementara menunggu pengembalian Baucar Bayaran Saraan yang telah diambiltindakan sewajarnya. Ketua Jabatan akan bertanggungjawab sepenuhnya ke ataskelewatan pembayaran gaji anggotanya.

Nota: Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan secara bertulis ke Jabatan inidengan serta - merta jika terdapat sebarang kesilapan pada baucar / laporanberkenaan dan mengambil tindakan seperti yang dikehendaki di para 3.1.Ketua Jabatan juga dikehendaki membuat pengesahan bertulis jika berlakukehilangan salinan asal dokumen / laporan bayaran / potongan gaji.

4/....

Page 4: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · diterima sebagai bukti bayaran yang telah dibuat. Jabatan adalah dinasihati untuk menyimpan rekod - rekod pembayaran dengan teratur

- 4 -

PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BIL. 4 TAHUN 2014 09 OKTOBER 2014

4. GARIS PANDUAN PENYEDIAAN BAYARAN SARAAN BULANAN / HARIAN MELALUISISTEM BAUCAR BERASINGAN ( SBB )

4.1 Menyedia baucar bayaran am bagi saraan bulanan yang dibayar melalui SistemBaucar Berasingan (SBB) dengan tepat berserta dokumen sokongan yang lengkap,teratur dan jelas dan menghantar ke pejabat pembayar selewat - lewatnya tujuh (7)hari sebelum tarikh pembayaran seperti yang ditetapkan dalam Lampiran A.

Nota: Jika baucar bayaran lewat dihantar atau mendapat teguran maka saraanbulanan yang dibayar melalui Sistem Baucar Berasingan tidak dapat dibayarmengikut jadual.

4.2 Menyedia baucar bayaran am bagi saraan harian dengan tepat berserta dengandokumen sokongan yang lengkap, teratur dan jelas dan menghantar ke pejabatpembayar pada minggu pertama bulan berikutnya.

4.3 Lanjutan kepada pembangunan Sistem Gaji Modul Baru oleh Jabatan PerkhidmatanKomputer Negeri ( JPKN ), borang PAY – B ( Pin.96 ) tidak perlu dikemukakan untukbayaran saraan bulanan melalui Sistem Baucar Berasingan. Walau bagaimanapun,bagi Jabatan Mengakaun Sendiri ( JMS ) semua bayaran saraan bulanan yang dibuatmelalui Sistem Baucar Berasingan masih kekal menggunakan borang PAY - B ( Pin.96 ).

5. GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PEMBAYARAN TUNGGAKAN / PELARASAN GAJI

5.1 Selain daripada surat - surat yang berkaitan, semua pembayaran tunggakan / pelarasangaji harus disokong dengan bukti bayaran yang telah dibuat. HANYA salinan slip gaji /e - slip gaji atau salinan baucar bayaran am atau Laporan Bayaran Saraan yangdicetak oleh Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri ( JPKN ) SAHAJA yang bolehditerima sebagai bukti bayaran yang telah dibuat. Jabatan adalah dinasihati untukmenyimpan rekod - rekod pembayaran dengan teratur bagi memudahkan pemprosesanbayaran tunggakan / pelarasan gaji.

5.2 Semua pembayaran tunggakan / pelarasan gaji hendaklah dibuat melalui Sistem E-PAY A3.

Nota: Perenggan 6.2.1 ( 3.5.2 ) dalam pekeliling Jabatan Bendahari Negeri SabahBil. 10 Tahun 2000 adalah dibatalkan.

5.3 Pembayaran tunggakan / pelarasan gaji melalui Sistem Baucar Berasingan ( SBB )hendaklah merujuk kepada pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Bilangan 5 Tahun1997, pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Bil. 10 Tahun 2000 perenggan 6.2.1( 3.5.1 ) dan pekeliling JBNS Bil. 8 Tahun 2013 perenggan 3 .

5.4 Sesalinan borang JBN 54 ( a ) / JBN 54 ( b ) hendaklah diberi kepada penerimasebagai rujukan apabila mengisi borang pengisytiharan pendapatan tahun lepas bagimaksud pengiraan cukai. Ini adalah kerana dibawah Sistem Belanjawan Ubahsuaisemua tunggakan saraan bagi tahun - tahun lepas adalah disatukan menggunakankod objek yang sama sebagai satu tahun tunggakan.

5/....

Page 5: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · diterima sebagai bukti bayaran yang telah dibuat. Jabatan adalah dinasihati untuk menyimpan rekod - rekod pembayaran dengan teratur

- 5 -

PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BIL. 4 TAHUN 2014 09 OKTOBER 2014

6. GARIS PANDUAN PENYEDIAAN BAYARAN / POTONGAN PENCEN DAN GANJARANAPDUN MELALUI SISTEM PERAKAUNAN PENCEN ( SISPEN) .

Untuk memastikan pembayaran pencen dan ganjaran mantan Anggota Pentadbiran dan AhliDewan Undangan Negeri adalah teratur, Ketua Jabatan diminta untuk mematuhi garispanduan berikut :

6.1 Mengisi lengkap borang - borang permohonan faedah persaraan dan / atau borang- borang permohonan faedah terbitan dengan tepat dan lengkap. Borang hendaklahdisokong dengan dokumen berkaitan seperti yang dikehendaki dalam borangberkenaan bagi membantu pejabat ini menyemak dan memproses bayaran denganlancar.

6.2 Mengemaskini data pesara / penerima pencen dalam Sistem Perakaunan Pencen( SISPEN ) menggunakan Borang Input Sistem Perakaunan Pencen denganmaklumat yang tepat dan disokong dengan dokumen berkaitan.

6.3 Mematuhi sepenuhnya arahan pengisian SURAT AKUAN PESARA MASIH HIDUP( BORANG PEN. 3 ) dan SURAT PENGESAHAN / AKUAN PENERIMA PENCENTERBITAN ( BORANG PEN. ( T ) 6) sepertimana yang dimaklumkan dalam suratJabatan ini rujukan A ( E – AGP ) PENCEN. 400 – 0 / 1 ( 1 ) bertarikh 05 Januari 2013.Ketua Jabatan hendaklah menahan pembayaran pencen sekiranya tidak menerimaborang ini daripada pesara / penerima pencen dalam tempoh yang ditetapkan.

6.4 Menghantar input bulanan ( semua salinan cetak yang berkaitan ) ke SeksyenGaji dan Pencen, Jabatan Bendahari Negeri selewat - lewatnya dua ( 2 ) hariselepas tarikh akhir penghantaran input seperti yang ditetapkan dalam JADUALPENGHANTARAN INPUT PENCEN ( Lampiran D ).

6.5 Menyemak dengan teliti Baucar Bayaran Saraan [ JBN.14 ( Pindaan 1 / 2009 ) ]dan laporan / penyata potongan sebelum dijadualkan ke SISVOT dan menghantarkembali semua salinan asal yang telah lengkap ditandatangani ke Seksyen Gajidan Pencen, Jabatan Bendahari Negeri selewat - lewatnya empat ( 4 ) hari sebelumtarikh pembayaran saraan.

6.6 Jabatan Bendahari Negeri hanya akan menghantar data bayaran pencen melaluie - banking selepas menerima kembali Baucar Bayaran Saraan. Oleh itu, KetuaJabatan hendaklah memastikan Baucar Bayaran Saraan yang telah dijadualkan keSISVOT dan telah lengkap ditandatangani dihantar kembali ke Seksyen Gaji danPencen, Jabatan Bendahari Negeri tidak lewat daripada tarikh yang ditetapkandalam JADUAL PENGHANTARAN KEMBALI BAUCAR BAYARAN SARAAN( Lampiran F ). Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke ataskelewatan pembayaran pencen kerana lewat menghantar kembali baucar bayaransaraan.

6.7 Mengambil tindakan sewajarnya dengan segera ke atas resit asal yang dikemukakanoleh Seksyen Gaji dan Pencen, Jabatan Bendahari Negeri Sabah berkenaan dengan bayaran pencen yang dikembalikan ke vot Jabatan kerana gagal dikreditkan ke akaun bank pesara / penerima pencen.

6/....

Page 6: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · diterima sebagai bukti bayaran yang telah dibuat. Jabatan adalah dinasihati untuk menyimpan rekod - rekod pembayaran dengan teratur

- 6 -

PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BIL. 4 TAHUN 2014 09 OKTOBER 2014

7. PANDUAN - PANDUAN LAIN BERKAITAN DENGAN PEMBAYARAN SARAAN

Ketua Jabatan adalah diingatkan supaya mengambil perhatian sepenuhnya kepadaperaturan – peraturan berikut :

7.1 Pembayaran saraan bulanan bagi anggota yang baru dilantik hendaklahdiaktifkan melalui Sistem Gaji Pusat selewat – lewatnya tiga ( 3 ) bulan selepastarikh penerimaan jawatan dengan mengisi lengkap dan mengemukakan BorangPAY – A1, Borang PAY - A2 serentak dengan Sistem E - PAY A3 dan disokongdengan dokumen yang lengkap.

7.2 Mengutip balik dengan segera saraan terlebih bayar mengikut Arahan Perbendaharaan 327.

7.3 Semua bayaran saraan melalui E – banking yang gagal dikreditkan ke akaunpenerima akan dikreditkan kembali ke vot jabatan berkenaan. Resit akan dikeluarkanuntuk rujukan dan tindakan jabatan berkaitan. Semua resit yang dikeluarkan olehSeksyen Gaji dan Pencen hendaklah dikreditkan ke vot yang berkenaan mengikutkawalan Kementerian / Jabatan masing - masing. Salinan asal resit tersebut hendaklahdikemukakan sebagai sokongan sekiranya pembayaran balik dilakukan.

7.4 Daftar Induk Gaji ( Payroll Master ) akan diserahkan kepada semua Kementerian /Jabatan pada bulan Januari 2015. Ketua Jabatan disaran supaya menyemak secaramenyeluruh semua butir - butir yang terdapat dalam Daftar Induk Gaji anggotadibawah kawalan masing – masing dan mengambil tindakan mengemaskini maklumat-maklumat yang perlu termasuklah butir - butir peribadi, perkhidmatan, akademik,bayaran saraan dan sebagainya.

Nota: Ketua Jabatan adalah diminta untuk memastikan nombor kad pengenalansemua anggota dibawah kawalan masing - masing di dalam Daftar Induk Gajiadalah kemaskini dengan menggunakan nombor kad pengenalan yangbaru (MYKAD).

7.5 Maklumat dalam Daftar Gaji Induk yang tidak tepat dan tidak selaras dengan maklumatdalam SM2 boleh mengakibatkan saraan terlebih atau terkurang bayar malahberkemungkinan data anggota berkenaan akan terkeluar daripada Sistem Gaji Pusat.Ini akan mengakibatkan gaji tidak dapat dibayar tepat pada tarikh pembayaransaraan. Sebarang butiran / maklumat mengenai pertukaran kakitangan, pemangkuan,penanggungan kerja, pertukaran jawatan, cuti belajar, cuti tanpa gaji, persaraan,perletakan jawatan, kematian, nama jawatan, gred jawatan, tarikh pergerakan gajitahunan, mata gaji serta lain - lain butiran berkaitan dengan perkhidmatan akansecara lansung memberi kesan kepada pembayaran gaji Anggota PerkhidmatanAwam. Oleh yang demikian, semua Ketua Jabatan hendaklah memastikanmaklumat dalam Daftar Gaji Induk dan SM2 anggota masing - masing adalahselaras dan sentiasa dikemaskini.

7.6 Untuk mengelak baucar bayaran ganjaran kontrak daripada ditegur, sila pastikanPelarasan Gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia yang berkuatkuasa pada01.01.2012, Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum – Maksimum di bawah SistemSaraan Malaysia yang berkuatkuasa pada 01.01.2013 dan Pemberian PemindahanGaji di bawah Sistem Saraan Malaysia berkuatkuasa pada 01.07.2013 telahdibuat dengan tepat dan teratur.

7/....

Page 7: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · diterima sebagai bukti bayaran yang telah dibuat. Jabatan adalah dinasihati untuk menyimpan rekod - rekod pembayaran dengan teratur

- 7 -

PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BIL. 4 TAHUN 2014 09 OKTOBER 2014

8. TARIKH AKHIR PENERIMAAN / PENGHANTARAN BAUCAR BAYARAN BERASINGANBERKAITAN DENGAN BAYARAN SARAAN TAHUN 2014

8.1 Bagi membolehkan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri menghantar Penyata CukaiPendapatan Tahunan ( C.P. 8c ) bagi maksud bayaran cukai kepada Lembaga HasilDalam Negeri pada awal tahun 2015, Jabatan Bendahari Negeri akan mengeluarkanPenyata Cukai Pendapatan Tahunan ( C.P 8c ) tahun 2014 pada atau sebelum 15Januari 2015. Oleh itu, semua baucar bayaran berasingan berkaitan saraan yangdibayar daripada peruntukan tahun 2014 hendaklah dikemukakan kepada JabatanBendahari Negeri pada atau sebelum 09 Disember 2014 kecuali baucar bayaransaraan harian.

8.2 Jabatan Mengakaun Sendiri ( JMS ) juga hendaklah memastikan Penyata CukaiPendapatan Tahunan untuk tahun 2014 dikeluarkan sebelum atau pada 15 Januari2015.

9. PENUTUP

Sekiranya terdapat kemusykilan dalam pelaksanaan pekeliling ini, sila berhubung terusdengan Seksyen Gaji dan Pencen, Jabatan Bendahari Negeri melalui nombor telefon 088-272000 atau 088 - 255628 untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut.

Sekian dan terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH ”

“ PROFESIONALISME, MESRA DAN PROGRESIF ”

BB/ACA/st

8/....

Page 8: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · diterima sebagai bukti bayaran yang telah dibuat. Jabatan adalah dinasihati untuk menyimpan rekod - rekod pembayaran dengan teratur

- 8 -

PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BIL. 4 TAHUN 2014 09 OKTOBER 2014

s.k PengarahJabatan Kerja RayaJalan SembulanPeti Surat 12888592 KOTA KINABALU

(u.p: Ketua Akauntan)

s.k PengarahJabatan PertanianWisma Pertanian88632 KOTA KINABALU

(u.p: Ketua Akauntan)

s.k PengarahJabatan PerhutananBeg Berkunci 8890009 SANDAKAN

(u.p: Ketua Akauntan)

s.k PengarahJabatan Tanah Dan UkurBeg Berkunci 204488576 KOTA KINABALU

(u.p: Ketua Akauntan)

s.k PengarahJabatan Perkhidmatan Komputer NegeriTingkat 1, Blok AWisma Kewangan88999 KOTA KINABALU

(u.p: Puan Hjh Kamariah AbasPuan Agnes LiangCik Elizabeth TaiPuan Rafidah Ali HassanEncik David Augustine)

Page 9: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · diterima sebagai bukti bayaran yang telah dibuat. Jabatan adalah dinasihati untuk menyimpan rekod - rekod pembayaran dengan teratur

LAMPIRAN A

JADUAL PEMBAYARAN SARAAN BULANAN BAGI TAHUN 2015

BULAN

TARIKH PEMBAYARANGAJI ANGGOTA

PERKHIDMATAN AWAMNEGERI, ANGGOTAPENTADBIRAN DANADUN DAN TARIKH

PEMBAYARANPENCEN MANTAN

ANGGOTAPENTADBIRAN DAN

ADUN

TARIKH PEMBAYARANELAUN TETAP

BULANAN KETUA-KETUA MASYARAKAT

(PHEANS)

TARIKH PEM-BAYARAN GAJI

BULANAN MELALUISISTEM BAUCAR

BAYARAN BERASINGAN

HARI CUTI PERAYAAN

TARIKH HARI TARIKH HARI TARIKH HARI TARIKH HARI CATATAN

JANUARI 23.01.2015

JUMAAT 03.02.2015

SELASA 30.01.2015

JUMAAT

01.01.2015

03.01.2015

KHAMIS

SABTU

* * TAHUN BARU

* * HARI KEPUTERAANNABI MUHAMMAD S.A.W

FEBRUARI 12.02.2015

KHAMIS 03.03.2015

SELASA 27.02.2015

JUMAAT 19.02.2015-20.02.2015

KHAMIS &JUMAAT

* * TAHUN BARU CINA

MAC 25.03.2015

RABU 02.04.2015

KHAMIS 31.03.2015

SELASA

APRIL 24.04.2015

JUMAAT 06.05.2015

RABU 30.04.2015

KHAMIS 03.04.2015 JUMAAT * GOOD FRIDAY

MEI 25.05.2015

ISNIN 03.06.2015

RABU 29.05.2015

JUMAAT

01.05.2015

03.05.2015

30.05.2015-31.05.2015

JUMAAT

AHAD

SABTU & AHAD

* * HARI PEKERJA

* * HARI WESAK

* PESTA KAAMATAN

JUN 25.06.2015

KHAMIS 02.07.2015

KHAMIS 30.06.2015

SELASA 06.06.2015 SABTU* * HARI KEPUTERAAN

SERI PADUKA BAGINDAYANG DIPERTUAN

AGONG

JULAI 10.07.2015

JUMAAT 04.08.2015

SELASA 31.07.2015

JUMAAT 17.07.2015-18.07.2015

JUMAAT &SABTU

* *HARI RAYA PUASA

OGOS 25.08.2015

SELASA 02.09.2015

RABU 28.08.2015

JUMAAT 31.08.2015 ISNIN * *HARI KEBANGSAAN

SEPTEMBER

25.09.2015

JUMAAT 02.10.2015

JUMAAT 30.09.2015

RABU 16.09.2015

24.09.2015

RABU

KHAMIS

* *HARI MALAYSIA

* *HARI RAYA QURBAN

OKTOBER 23.10.2015

JUMAAT 03.11.2015 SELASA 30.10.2015

JUMAAT

03.10.2015

14.10.2015

SABTU

RABU

*HARI JADI YANG DIPERTUA NEGERI SABAH

* *AWAL MUHARAM

NOVEMBER

25.11.2015

RABU 02.12.2015

RABU 30.11.2015

ISNIN 10.11.2015 SELASA * *HARI DEEPAVALI

DISEMBER 18.12.2015

JUMAAT 05.01.2016

SELASA 31.12.2015

KHAMIS 24.12.2015

25.12.2015

KHAMIS

JUMAAT

* * HARI KEPUTERAANNABI MUHAMMAD S.A.W

* *HARI KRISMAS

* HARI KELEPASAN AM NEGERI** HARI KELEPASAN PERSEKUTUAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN

Page 10: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · diterima sebagai bukti bayaran yang telah dibuat. Jabatan adalah dinasihati untuk menyimpan rekod - rekod pembayaran dengan teratur

LAMPIRAN B

JADUAL PENGHANTARAN INPUT GAJI DAN ELAUN(TERMASUK SISTEM E-PAY A3 ) BAGI TAHUN 2015

BULAN

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN INPUT

TARIKH HARI

JANUARI 24.11.2014 ISNIN

FEBRUARI 17.12.2014 RABU

MAC 19.01.2015 ISNIN

APRIL 17.02.2015 SELASA

MEI 20.03.2015 JUMAAT

JUN 20.04.2015 ISNIN

JULAI 20.05.2015 RABU

OGOS 22.06.2015 ISNIN

SEPTEMBER 22.07.2015 RABU

OKTOBER 20.08.2015 KHAMIS

NOVEMBER 21.09.2015 ISNIN

DISEMBER 21.10.2015 RABU

Page 11: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · diterima sebagai bukti bayaran yang telah dibuat. Jabatan adalah dinasihati untuk menyimpan rekod - rekod pembayaran dengan teratur

LAMPIRAN C

JADUAL TARIKH PENUTUPAN PERUBAHAN/PENGEMASKINIAN INPUTGAJI DAN ELAUN JABATAN KERJA RAYA, JABATAN TANAH DANUKUR, JABATAN PERTANIAN DAN JABATAN PERHUTANAN BAGI

TAHUN 2015

BULAN

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN INPUT

TARIKH HARI

JANUARI 02.01.2015 JUMAAT

FEBRUARI 22.01.2015 KHAMIS

MAC 05.03.2015 KHAMIS

APRIL 06.04.2015 ISNIN

MEI 05.05.2015 SELASA

JUN 05.06.2015 JUMAAT

JULAI 24.06.2015 JUMAAT

OGOS 05.08.2015 RABU

SEPTEMBER 03.09.2015 KHAMIS

OKTOBER 02.10.2015 JUMAAT

NOVEMBER 04.11.2015 RABU

DISEMBER 30.11.2015 ISNIN

Page 12: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · diterima sebagai bukti bayaran yang telah dibuat. Jabatan adalah dinasihati untuk menyimpan rekod - rekod pembayaran dengan teratur

LAMPIRAN D

JADUAL PENGHANTARAN INPUT PENCEN (APDUN) (SISPEN) BAGI TAHUN 2015

BULAN

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN INPUT

TARIKH HARI

JANUARI 12.12.2014 Jumaat

FEBRUARI 05.01.2015 Isnin

MAC 12.02.2015 Khamis

APRIL 17.03.2015 Selasa

MEI 15.04.2015 Rabu

JUN 18.05.2015 Isnin

JULAI 03.06.2015 Rabu

OGOS 16.07.2015 Khamis

SEPTEMBER 14.08.2015 Jumaat

OKTOBER 11.09.2015 Jumaat

NOVEMBER 16.10.2015 Jumaat

DISEMBER 11.11.2015 Rabu

Page 13: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · diterima sebagai bukti bayaran yang telah dibuat. Jabatan adalah dinasihati untuk menyimpan rekod - rekod pembayaran dengan teratur

LAMPIRAN E

JADUAL PENGHANTARAN INPUT ELAUN TETAP BULANAN KETUA-KETUA MASYARAKAT (PHEANS) BAGI TAHUN 2015

BULAN

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN INPUT

TARIKH HARI

JANUARI 26.12.2014 JUMAAT

FEBRUARI 26.01.2015 ISNIN

MAC 26.02.2015 KHAMIS

APRIL 26.03.2015 KHAMIS

MEI 27.04.2015 ISNIN

JUN 26.05.2015 SELASA

JULAI 25.06.2015 KHAMIS

OGOS 27.07.2015 ISNIN

SEPTEMBER 25.08.2015 SELASA

OKTOBER 25.09.2015 JUMAAT

NOVEMBER 27.10.2015 SELASA

DISEMBER 25.11.2015 RABU

Page 14: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · diterima sebagai bukti bayaran yang telah dibuat. Jabatan adalah dinasihati untuk menyimpan rekod - rekod pembayaran dengan teratur

LAMPIRAN F

JADUAL PENGHANTARAN KEMBALI BAUCAR BAYARAN SARAAN JBN.14 (PINDAAN 1/2009) BAGI TAHUN 2015

BULAN

BAYARAN GAJI DANELAUN

BAYARAN PENCEN BAYARAN ELAUNTETAP BULANAN

TARIKH HARI TARIKH HARI TARIKH HARI

JANUARI 19.01.2015 ISNIN 19.01.2015 ISNIN 30.01.2015 JUMAAT

FEBRUARI 06.02.2015 JUMAAT 06.02.2015 JUMAAT 27.02.2015 JUMAAT

MAC 19.03.2015 KHAMIS 19.03.2015 KHAMIS 30.03.2015 ISNIN

APRIL 20.04.2015 ISNIN 20.04.2015 ISNIN 30.04.2015 KHAMIS

MEI 19.05.2015 SELASA 19.05.2015 SELASA 29.05.2015 JUMAAT

JUN 19.06.2015 JUMAAT 19.06.2015 JUMAAT 30.06.2015 SELASA

JULAI 06.07.2015 ISNIN 06.07.2015 ISNIN 31.07.2015 JUMAAT

OGOS 19.08.2015 RABU 19.08.2015 RABU 28.08.2015 JUMAAT

SEPTEMBER 18.09.2015 JUMAAT 18.09.2015 JUMAAT 30.09.2015 ISNIN

OKTOBER 19.10.2015 ISNIN 19.10.2015 ISNIN 30.10.2015 JUMAAT

NOVEMBER 19.11.2015 KHAMIS 19.11.2015 KHAMIS 30.11.2015 ISNIN

DISEMBER 14.12.2015 ISNIN 14.12.2015 ISNIN 31.12.2015 KHAMIS