3
Bil. JBN (A)NO:100-4/345 Klt.6/(146) Tarikh: 03 September, 2012 Semua Setiausaha Tetap Kementerian Semua Ketua Jabatan Semua Pegawai Daerah Semua Penolong Pegawai Daerah/Daerah Kecil Semua Bendahari Daerah PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BILANGAN 7 TAHUN 2012 PENGGUNAAN BORANG PESANAN KERAJAAN – JBN 53 1. TUJUAN Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan semua Jabatan/Kementerian berkaitan dengan penggunaan Borang Pesanan Kerajaan JBN 53 yang baru untuk tujuan membuat pesanan kerja, bekalan dan juga perkhidmatan. 2. LATARBELAKANG Bersesuaian dengan keadaan semasa satu kajian telah dilaksanakan bagi menangani masalah yang sering dihadapi oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri apabila membuat pembelian atau melaksana kerja atau kedua-dua sekali sesuai dengan keperluan Arahan Perbendaharaan 176 (b), 177 dan A.P. 180, 181 (Edisi Tahun 1996). Persoalan borang pesanan mana yang perlu digunakan apabila terdapat perbelanjaan berkaitan dengan pembelian dan penyelenggaraan (kerja) pada masa yang sama boleh diselesaikan dengan penggunaan borang terbaru ini. Borang Pesanan Kerajaan JBN 53 akan merangkumi keperluan bagi Pesanan Pembelian (PP) dan Perintah Kerja Am (PKA) kedua-dua sekali atau bagi pembelian sahaja ataupun bagi kerja sahaja. Penggunaan Borang Pesanan Kerajaan JBN 53 yang baru ini telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui suratnya rujukan KEW100-32/2 Klt.3(37) bertarikh 29 Ogos, 2012. JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan Jalan Tunku Abdul Rahman Beg Berkunci No. 2058 88595 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Tel: 088-272000 Faks: 088-212655 E-mel: [email protected]

JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · PENGGUNAAN BORANG PESANAN KERAJAAN – JBN 53 1. TUJUAN Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan semua Jabatan/Kementerian

  • Upload
    dinhdan

  • View
    582

  • Download
    13

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · PENGGUNAAN BORANG PESANAN KERAJAAN – JBN 53 1. TUJUAN Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan semua Jabatan/Kementerian

Bil. JBN (A)NO:100-4/345 Klt.6/(146)

Tarikh: 03 September, 2012

Semua Setiausaha Tetap KementerianSemua Ketua JabatanSemua Pegawai DaerahSemua Penolong Pegawai Daerah/Daerah KecilSemua Bendahari Daerah

PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BILANGAN 7 TAHUN 2012PENGGUNAAN BORANG PESANAN KERAJAAN – JBN 53

1. TUJUAN

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan semua Jabatan/Kementerian berkaitan dengan penggunaan Borang Pesanan Kerajaan JBN 53 yang baru untuk tujuan membuat pesanan kerja, bekalan dan juga perkhidmatan.

2. LATARBELAKANG

Bersesuaian dengan keadaan semasa satu kajian telah dilaksanakan bagi menangani masalah yang sering dihadapi oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri apabila membuat pembelian atau melaksana kerja atau kedua-dua sekali sesuai dengan keperluan Arahan Perbendaharaan 176 (b), 177 dan A.P. 180, 181 (Edisi Tahun 1996). Persoalan borang pesanan mana yang perlu digunakan apabila terdapat perbelanjaan berkaitan dengan pembelian dan penyelenggaraan (kerja) pada masa yang sama boleh diselesaikan dengan penggunaan borang terbaru ini. Borang Pesanan Kerajaan JBN 53 akan merangkumi keperluan bagi Pesanan Pembelian (PP) dan Perintah Kerja Am (PKA) kedua-dua sekali atau bagi pembelian sahaja ataupun bagi kerja sahaja. Penggunaan Borang Pesanan Kerajaan JBN 53 yang baru ini telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui suratnya rujukan KEW100-32/2 Klt.3(37) bertarikh 29 Ogos, 2012.

JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAHWisma Kewangan

Jalan Tunku Abdul RahmanBeg Berkunci No. 205888595 Kota Kinabalu,

Sabah, Malaysia

Tel: 088-272000 Faks: 088-212655 E-mel: [email protected]

Page 2: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · PENGGUNAAN BORANG PESANAN KERAJAAN – JBN 53 1. TUJUAN Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan semua Jabatan/Kementerian

Mukasurat 2Ruj : JBN (A)NO:100-4/345 Klt.6/(146)Bertarikh : 03 September, 2012

3. PENGGUNAAN BORANG BARU

Borang Pesanan Kerajaan JBN 53 tidak bertujuan untuk mengganti borang Pesanan Pembelian (PP)/Local Purchase Order (LPO) dan Perintah Kerja Am (PKA)/General Work Order (GWO) yang masih boleh digunakan sehingga stoknya habis. Buat masa ini Jabatan boleh menggunakan borang ini sebagai pilihan bagi membuat pesanan tanpa menghadapi masalah yang disebutkan di atas.

Borang Pesanan Kerajaan JBN 53 boleh digunakan bagi urusan seperti pembelian terus, pembelian secara sebutharga/tender, pengendalian kursus secara pakej, pengendalian tugas rasmi secara pakej, tempahan tempat berkursus/seminar/mesyuarat, tempahan makan/minum bagi urusan rasmi da majlis atau perayaan rasmi, permintaan khidmat penceramah/perunding/konsultant. Pada umumnya kegunaan Borang Pesanan Kerajaan ini meliputi perolehan kerja, pembelian dan perkhidmatan yang dipinta oleh sesebuah Jabatan/Pejabat.

4. PENYELENGGARAAN DAFTAR BIL

Berdasarkan kepada Arahan Perbendaharaan 103 (b) penyelenggaraan Daftar Bil dalam urusan pemprosesan pembayaran perlu dilaksanakan sesuai dengan Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Bil. 10 Tahun 2002 bertarikh 30 September 2002 dan Bil. 2 Tahun 2011 bertarikh 25 Februari, 2011 yang mengehendaki semua bil dibayar dalam tempoh 14 hari dari ianya diterima seperti ditetapkan dalam A.P. 103 (a).

5. CARA PENGGUNAAN

Terdapat empat (4) salinan untuk setiap set Borang Pesanan Kerajaan JBN 53 yang terdiri daripada seperti berikut:-

Salinan Asal - Untuk menyokong invois dan baucar bayaran Salinan Kedua - Untuk disimpan oleh Pembekal/KontraktorSalinan Ketiga - Untuk diisikan oleh penerima barang-barang atau

kerja/perkhidmatan yang dilaksana kepadanya dan dikembalikan bersama pesanan asal kepada pemesan.

Salinan Keempat - Untuk ditinggalkan dalam Buku Pesanan

Sila ambil perhatian bahawa selain dari Baucar Bayaran, Pesanan Kerajaan dan Invois, dokumen-dokumen lain seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling-Pekeliling, Peraturan-Peraturan Kerajaan yang berkuatkuasa dan Garis Panduan

Page 3: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan … · PENGGUNAAN BORANG PESANAN KERAJAAN – JBN 53 1. TUJUAN Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan semua Jabatan/Kementerian

Mukasurat 3Ruj : JBN (A)NO:100-4/345 Klt.6/(146)Bertarikh : 03 September, 2012

Senarai Semak Baucar Bayaran perlu dikemukakan untuk maksud proses bayaran.

Borang ini boleh diperolehi daripada Jabatan Cetak Kerajaan.

6. TARIKH KUATKUASA

Pekeliling ini berkuatkuasa dengan serta merta. Sebarang pertanyaan mengenai pekeliling ini bolehlah berhubung dengan pegawai di talian 088-272883 atau 088-222866 untuk penjelasan.

7. Adalah diharapkan dengan adanya Borang Pesanan Kerajaan JBN 53 ianya dapat membantu semua pihak dalam melaksana tanggungjawab dengan licin dan teratur.

Sekian harap maklum dan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

(CHUI NGET NGO)Bendahari Negeri

s.k. Setiausaha Kerajaan NegeriJabatan Ketua MenteriTingkat 6, Wisma Innoprise88817 Kota Kinabalu

Pengarah Audit Negeri SabahJabatan Audit Negara, Cawangan Negeri SabahAras 4, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan SabahJalan UMS88450 Kota Kinabalu

BB/hr