JABATAN BENDAHARI NEGERI Telefon : 088-257111 ??PELAKSANAAN SISTEM KEWANGAN BENDAHARI DAERAH ... Modul Pungutan Hasil/Penerimaan ii) ... Malaysia - 2 -

  • Published on
    06-Feb-2018

  • View
    224

  • Download
    3

Embed Size (px)

Transcript

  • __________________________________________________________________________________RUJ: JBN No. (A)100-43/4405/05

    Tarikh: 01 Ogos 2005

    Setiausaha Kerajaan Negeri

    Semua Setiausaha Tetap

    Semua Ketua Jabatan

    Semua Pegawai Daerah

    Semua Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil

    PEKELILING JBNS BIL. 8 /2005PELAKSANAAN SISTEM KEWANGAN BENDAHARI DAERAH (SISWANG)DI PEJABAT BENDAHARI DAERAH

    1.0 TUJUAN

    Pekeliling ini adalah untuk memaklumkan mengenai pelaksanaan Sistem Kewangan BendahariDaerah (SISWANG) di semua pejabat Bendahari Daerah.

    2.0 LATARBELAKANG RINGKAS SISWANG

    SISWANG dibangunkan berasaskan ICT untuk menggantikan kaedah manual dalampengurusan perakaunan dan kewangan di semua Pejabat Bendahari Daerah. Objektif sistemini adalah untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan perakaunan dan kewangan dalammemproses transaksi bayaran/terimaan, mengakaun Akaun Awam dan meningkatkan kualitipenyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Sistem ini merangkumi beberapa modulseperti berikut:

    i) Modul Pungutan Hasil/Penerimaanii) Modul Pendaftaran dan Pertanyaan Baucariii) Modul Pembayaraniv) Modul Mencetak Laporan Akaunv) Modul Mencetak Cekvi) Modul Penyesuaian Akaun Bankvii) Modul Penutupan Akaun Harian/Bulananviii) Modul Penghantaran Akaun Harian/Bulanan ke Akaun Utama Jabatan Bendahari

    Negeri melalui Sabahnet/Internet 2/-

    Telefon : 088-257111Faks : 088-212655E-mail : bn.jbn@sabah.gov.my

    JABATAN BENDAHARI NEGERIWisma KewanganBeg Berkunci No. 205888595 Kota KinabaluSabah, Malaysia

  • - 2 -

    Pekeliling JBNS Bil. 8/ 2005 1 Ogos 2005

    Sistem ini boleh menerima transaksi bagi baucar-baucar yang disediakan melaluiSistem Buku Vot dan Baucar Bersepadu (SISVOT) yang dimuatturun melalui disketyang dikemukakan oleh Jabatan-Jabatan. Data-data transaksi dari baucar SISVOTakan melalui proses penyemakan, pengelompokkan sehinggalah cek dicetak oleh sistem.

    Penutupan Akaun Harian/Bulanan dibuat secara automatik oleh sistem dan data penutupanakaun harian/bulanan dihantar ke komputer Akaun Utama Ibu Pejabat JBN melalui Sabahnetmenggunakan program FTP (file transfer protocol). Proses ini dapat mempercepatkanpenghantaran akaun dan penutupan Akaun Kerajaan Negeri.

    3.0 PELAKSANAAN SISTEM

    Dalam Fasa pertama SISWANG telah mula dilaksanakan pada pertengahan tahun 2003 oleh 5Bendahari Daerah iaitu Kota Belud, Papar, Beaufort ,Tuaran dan Penampang.

    Dalam Fasa kedua, 17 Bendahari Daerah (lihat Lampiran A) telah melaksanakan SISWANGmulai 1 Julai 2005.

    4.0 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

    Ketua Jabatan perlu memastikan semua baucar SISVOT yang dihantar ke Pejabat BendahariDaerah berkenaan disertakan dengan disket yang mengandungi butiran lengkap mengenaitransaksi baucar berkenaan. Penghantaran disket ke Pejabat Bendahari Daerah hendaklahmematuhi prosedur berikut:

    (i) Mencatat rujukan fail baru dan nombor larian pada disket bagi setiap penghantaran ;(ii) Menyertakan satu lampiran rujukan butiran fail;(iii) Memasukkan disket dalam sampul surat tertutup serta dibubuh nama dan alamat

    Jabatan penghantar;(iv) Disket dihantar hanya oleh pegawai yang dibenarkan sahaja.

    Disket yang gagal dibaca atau tidak dapat dimuatturun semasa pendaftaran oleh sistem akandikembalikan kepada pejabat berkenaan untuk penjanaan semula proses pemindahan data kedisket. Peraturan ini telah digariskan dalam Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Bil 4/Tahun2003 Kaedah penghantaran Disket SISVOT ke kaunter Jabatan Bendahari Negeri Sabah,Bendahari Daerah dan Jabatan Mengakaun Sendiri.

  • - 3 -

    Pekeliling JBNS Bil. 8/ 2005 1 Ogos 2005

    5.0 PENUTUP

    Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai pelaksanaan sistemini sila berhubung dengan Akauntan, Seksyen Pembangunan Sistem Maklumat danPerakaunan, Jabatan Bendahari Negeri pada talian 088-257111 samb. 3120 atau 3139 atauemel: Feeley.Bachee@sabah.gov.my.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

    (CHUI NGET NGO)Bendahari Negeri

    s.k. PengarahJabatan Audit NegaraCawangan SabahTingkat 7, Rumah PersekutuanKOTA KINABALU, SABAH

    ASHA/FB/cc.

  • LAMPIRAN A

    Senarai Pejabat Bendahari Daerah yang mengguna SISWANGmulai 1 Julai 2005 Fasa Dua (Akhir)

    Bil. Bendahari Daerah

    1. Beluran

    2. Keningau

    3. Kinabatangan

    4. Kota Marudu

    5. Kuala Penyu

    6. Kudat

    7. Kunak

    8. Lahad Datu

    9. Nabawan

    10. Pitas

    11. Ranau

    12. Sandakan

    13. Semporna

    14. Sipitang

    15. Tambunan

    16. Tawau

    17. Tenom

Recommended

View more >