JARINGAN MAKLUMAT POS MALAYSIA frdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/ jemputan turut menghangatkan suasana di ... dihadiri oleh seluruh barisan kepimpinan Pos Malaysia. ... berlangsung

  • View
    222

  • Download
    3

Embed Size (px)

Text of JARINGAN MAKLUMAT POS MALAYSIA frdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/ jemputan turut menghangatkan...

  • MAJALAH RASMI POS MALAYSIA BERHADNO. KDN: PP14292/8/2006

    Bilangan 38 (keluaran 1/2011)Untuk edaran dalaman

    JARINGAN MAKLUMAT POS MALAYSIA BERHAD

  • Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Keadaan cuaca yang tidak menentu telah mengundang pelbagai bencana alam di seluruh dunia. Malaysia negara yang aman damai dan tenteram tidak ketinggalan terkena tempias apabila alam mula memberontak. Limpahan hujan yang mencurah turun tidak hentinya telah menghadirkan banjir yang telah menenggelami beberapa negeri. Johor antara yang menerima kesan yang teruk daripada banjir ini. Demi memastikan misi syarikat dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya dapat direalisasikan, Skuad Bencana Alam Pos Malaysia (SkuBA) yang belum dilancarkan secara rasminya telahpun menjalankan tugas pertama di Negeri Johor Darul Takzim ini. Bantuan yang dihulurkan diharap dapat meringankan beban mangsa terutamanya pelajar-pelajar sekolah.

    Tahun ini juga negeri Johor terpilih untuk menjadi tuan rumah majlis makan malam tahunan. Kegemilangan Arabian Night menjadi tema untuk malam gilang gemilang tersebut. Ke mana pula destinasi makan malam tahunan tahun hadapan? Nantikan saja.

    Salam mesra.

    NOTA

    KETUA PENGARANG

    3 Gempak

    @PosNet

    Halaman 3

    Perkhidmata

    n MAYBANK

    kini di Pejab

    at Pos!!

    Makan Malam

    Tahunan - A

    rabian Night

    Aznil riuhkan

    Pos Malaysia

    !!

    Man Juara Ra

    ja Lawak Mu

    sim Ke-5

    Ketua PengarangDato Rohaiza HashimKetua Kumpulan, Komunikasi Korporat & Penjagaan Pelanggan

    ISU 38

    Kandungan

    Dato Syed Faisal AlbarPengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif

    PenasihatYazli Muhamad Saleh

    Pengurus Kanan, Komunikasi Korporat

    Pengarang

    Azizul Izham PenolongPengurus,

    Komunikasi Korporat

    PerekaGrafik

    Ayob Ramli

    KomunikasiKorporat

    Mohd Rezuwan Mohd Noor Komunikasi Korporat

    ShahrilSafriKomunikasi Korporat

    JurugambarJurugambar

    Jurugambar

    Hazly DamanhuriPenolong KananPengurus, Komunikasi Korporat

    Penolong Pengarang

    Roslizamri Ghazali Penolong Eksekutif,KomunikasiKorporat

    Penulis

    Pada 14 Januari 2011 lalu, telah berlangsungnya satu Majlis Menandatangani Perjanjian dan Pelancaran Perkhidmatan Perkongsian Perbankan Bersama Maybank dan Pos Malaysia di Pejabat Pos Benut, Pontian, Johor Darul Takzim. Pelancaran Perkhidmatan Perkongsian Perbankan serta mesin ATM (Automatic Transfer Machine) ini telah memberi satu sinar baru dalam kehidupan seluruh penduduk di Benut kerana kini mereka tidak perlu lagi keluar dari Benut untuk melakukan transaksi perbankan.

    Perkhidmatan Perkongsian Perbankan ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat ke 400 buah pejabat pos terpilih termasuklah Sabah dan Sarawak. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti deposit tunai, aktiviti pengeluaran tunai, top-up mobile credit dan kad Touch N Go, serta perkhidmatan membuka akaun simpanan di kaunter pejabat pos.

    Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad bin Hj Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Merangkap Ahli Parlimen Pontian. Antara yang turut hadir menjayakan majlis tersebut adalah YBhg. Dato Sri Abdul Wahid Omar,Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Berhad, YBhg. Dato Syed Faisal Albar,Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif, Pos Malaysia Berhad, Pengurusan Kanan Pos Malaysia dan Maybank, Wakil-wakil media serta para penduduk di kawasan Benut, Pontian.

    Pendapat anda keutamaan kami.Kongsikan bersama kami segala pandangan dan cadangan anda ke:

    Team PosNetBahagian Komunikasi KorporatTingkat 34, Menara DayabumiJalan Sultan Hishamuddin50050 Kuala LumpurTel : 03-2267 2000Faks : 03-2274 5951e-mel : hazly@pos.com.my / yazli@pos.com.my

    16 Berita SBU &

    Negeri

    @PosNet

    22 Info@PosNe

    t

    24Penghargaa

    n

    @ PosN

    et

    21 Japeni

    @PosN

    et

  • Halaman 5Halaman 4

    Tanggal 10 Februari 2011 lalu, pihak Pos Malaysia Berhad

    tidak terkecuali menjalankan tanggungjawab sosialnya kepa

    da

    masyarakat yang memerlukan. Umum telah mengetahui,

    bahawa keadaan hujan lebat yang berpanjangan telah

    mengakibatkan Negeri Johor Darul Takzim sekali lagi

    mengalami banjir yang agak teruk. Atas dasar keprihatinan

    yang

    tinggi, Pos Malaysia telah tampil membantu melalui pasuka

    n

    Skuad Sukarelawan Bencana Alam Pos Malaysia (SkuBA), ya

    ng

    telah ditubuhkan pada akhir Disember 2010 lalu. Ahli-ahli

    sukarelawan ini juga terdiri daripada warga kerja Pos Mala

    ysia.

    SkuBA Pos Malaysia dengan kerjasama daripada Radio

    Televisyen Malaysia, guru-guru daripada Sekolah Kebangsa

    an

    Panchor, Muar, Angkatan Tentera, Polis Gerakan Am dan

    Pasukan Bomba & Penyelamat telah bersama-sama bergot

    ong-

    royong membersihkan kawasan sekolah tersebut akibat

    daripada banjir yang agak teruk tempoh hari. SkuBA juga

    turut bersama-sama dengan warga kerja Pos Malaysia Panch

    or,

    Muar untuk membersihkan Pejabat Pos Panchor yang turu

    t

    mengalami kerosakan daripada bencana alam itu.

  • Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor, Majlis Makan Malam Tahunan Pos Malaysia telah diadakan. Tarikh 31 Januari 2011 telah dipilih untuk majlis tersebut. Bertemakan Arabian Night telah menjadikan dewan tersebut pada malam itu bagaikan di sebuah Negara Arab dengan kehadiran warga kerja Pos Malaysia Johor dan sebahagian dari Melaka dan Negeri Sembilan yang tampil dengan busana indah bermotifkan Arabian. Perlbagai rona warna dan rekaan menjadikan mereka seperti wanita arab dan pak sheikh yang asli.

    Pada malam tersebut juga Dato Syed Faisal Albar telah melontarkan kehebatan vokal beliau dengan mendendangkan lagu Kamelia dari Sweet Charity. Kehebatan Dato Syed Faisal diteruskan dengan kemunculan artis jemputan pada malam itu penyanyi rock terkenal, Awie. Persembahan tarian gelek daripada penari-penari jemputan turut menghangatkan suasana di samping celoteh daripada pengacara dan pelawak terkenal Sharifah Shahira dan Nabil. Kemeriahan Majlis Makan Malam Tahunan ini akan diteruskan pada tahun hadapan di Negeri yang lain pula. Jumpa lagi tahun hadapan.

  • Pos Malaysia melalui PostMe.com.my bekerjasama dengan pengacara terkenal, Aznil Haji Nawawi dan radio Era FM menerusi program Aznil Riuhkan Pos Malaysia bersama Ray & Haniff bagi mengutip dana yang akan disalurkan kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia. Melalui segmen Riuh Pagi Di Era yang ke udara dari pukul 6 pagi sehingga 10 pagi, Aznil membuat liputan secara langsung melalui radio ERA dari 10 Pejabat Pos terpilih di sekitar Semenanjung Malaysia bermula 14 Feb sehingga 25 Februari 2011 yang lalu.

    Selain daripada sumbangan, pengunjung berpeluang membeli barangan edisi terhad seperti setem dan poskad yang memaparkan wajah Aznil keluaran khas Pos Malaysia yang turut akan disalurkan kepada yayasan tersebut.

    Sambutan yang diterima oleh pengunjung amat menggalakkan. Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan pejabat pos yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan kepada kru penerbitan dan kakitangan PostMe.com.my. Cawangan Pejabat Pos tersebut ialah Pejabat Pos Gombak, Pejabat Pos Besar Melaka, Pejabat Pos Besar Johor Bahru, Pejabat Pos Seremban, Pejabat Pos Mydin Subang, Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, Pejabat Pos Kelana Jaya, Pejabat Pos Besar Shah Alam, Pejabat Pos Besar Ipoh dan Pejabat Pos Bukit Mertajam.

    Halaman 11Halaman 10

  • BAYAR SAMAN TRAFIKDI POS MALAYSIA

    Seluruh warga kerja Pos Malaysia di Ibu Pejabat Pos Malaysia Kuala Lumpur serta NMPH, Shah Alam telah berkumpul untuk sama-sama mendengar taklimat dan pesanan dari Pengerusi Pos Malaysia Berhad, Tan Sri Dato Seri (Dr. )Aseh Che Mat Majlis yang berlangsung pada 4 Mac 2011 itu turut dihadiri oleh seluruh barisan kepimpinan Pos Malaysia.

    PDRM dan Pos Malaysia kini semakin sinonim. Dengan kemudahan rangkaian yang begitu banyak di seluruh Malaysia, Pos Malaysia kini menjadi ejen kepada PDRM untuk pembayaran saman. Bersempena dengan itu, bertempat di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, telah diadakan satu Majlis Menandatangani Perjanjian dan Pelancaran Bayaran Saman Trafik di Kaunter Pos Malaysia, pada 3 Mac 2011 lalu. Ia telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tan Sri Dato Seri (Dr. )Aseh Che Mat, Pengerusi Pos Malaysia dan Datuk Hussin Hj. Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia. Hadir sama pada majlis tersebut adalah dan Dato Hj Solah Mat Hasan, Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

    Halaman 13Halaman 12

    TAKLIMAT PENGERUSI

    Penyampaian Bingkai Koleksi Khas Setem Piala Aff Cup Kepada Sultan Pahang

    Bersempena kunjungan hormat Prsiden FIFA, Joseph S. Blatter di Istana Hinggap negeri Pahang, pada 17 Mac 2011 lalu, Pos Malaysia telah mempersembahkan cendera kenangan kepada KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustaain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah, berbentuk koleksi khas setem Juara Piala AFF Suzuki 2010 sebagai penghormatan kepada baginda yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Semoga pasukan Malaysia akan terus mencipta sejarah di arena sukan bola sepak dunia.

  • KONVENSYEN KUALITI

    INVESTORSBRIEFINGTaklimat untuk para pelabur telah diadakan di One World Hotel Petaling Jaya pada 4 Mac 2011. Taklimat telah disampaikan oleh Dato Syed Faisal Albar dengan dihadiri oleh para pelabur yang ingin tahu tentang perkembangan semasa Pos Malaysia Berhad.

    Pada 4 dan 5 Mac 2011 lalu, ber

Recommended

View more >