26
B.025 (B.M) Februari 2013 (120.) Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Laman Web : www.penerangan.gov.my Portal : pmr.penerangan.gov.my E-mel : [email protected] Diterbitkan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN JAYAKAN WAWASAN 2020

JAYAKAN WAWASAN 2020 - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1826/1/... · Mewujudkan masyarakat yang beretika dan bermoral tinggi. KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN

Embed Size (px)

Citation preview

B.025 (B.M) Februari 2013 (120.)

Jabatan Penerangan MalaysiaKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Laman Web : www.penerangan.gov.myPortal : pmr.penerangan.gov.my

E-mel : [email protected]

Diterbitkan oleh:Bahagian Penerbitan Dasar Negara

KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN

JAYAKAN WAWASAN 2020

Editor:

Siti Nur Fadzliana Ahmad FesolBahagian Penerbitan Dasar Negara

KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN

JAYAKAN WAWASAN 2020

LEGASI KEPIMPINAN HOLISTIK MENJANA KEPIMPINAN NEGARA

“Agenda transformasi memerlukan sokongan padu dari semua rakyat Malaysia dan

usaha bersungguh-sungguh serta berterusan daripada rakyat, sektor awam dan swasta.

Berbekalkan semangat 1Malaysia, matlamat Wawasan 2020 dapat dicapai”

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Pengenalan

Wawasan 2020 merupakan cetusan idea Tun Dr. Mahathir Mohamad. Idea itu lahir hasil dari kertas kerja bertajuk “Malaysia-Melangkah ke Hadapan” yang dibentangkan di Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991.

Wawasan 2020 bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 dengan acuan tersendiri.

Ia adalah kesinambungan daripada usaha pemimpin negara terdahulu bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju dalam segenap aspek kehidupan meliputi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

2

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

3

Tonggak Kepimpinan Negara

Bapa Kemerdekaan (juga Bapa Malaysia)Y.T.M TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ1957 – 1970

Bapa PembangunanTUN ABDUL RAZAK HAJI DATO’ HUSSEIN1970 – 1976

Bapa PerpaduanTUN HUSSEIN DATO’ ONN1976 – 1981

Bapa PemodenanTUN DR. MAHATHIR MOHAMAD1981 – 2003

Bapa Pembangunan Modal Insan TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI2003 – 2009

Bapa TransformasiDATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK2009 – kini

4 5

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

5

Sekilas PandangCabaran Hadapi Wawasan 2020

Apa Itu Wawasan 2020?––––––––––––––––––––––––––––––––––––

› Satu wawasan yang menentukan arah tujuan dan sasaran negara untuk mencapai tahap negara maju sepenuhnya dengan nilai-nilai positif yang tersendiri.

› Menetapkan satu jangka masa selama 30 tahun sebagai panduan untuk mencapai matlamat.

Mengapa Tahun 2020?––––––––––––––––––––––––––––––––––––

› Bagi menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan (globalisasi) dan persaingan yang pesat.

› Satu era pemisah pembangunan perindustrian dunia.

› Bersama dalam “Mega-Trend” - ditentukan oleh pembangunan sains, teknologi dan komunikasi.

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

76

›› Cabaran 1 Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang

mempunyai matlamat dikongsi bersama.

›› Cabaran 2 Mewujudkan masyarakat yang berjiwa

bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri.

›› Cabaran 3 Mewujudkan dan membangunkan masyarakat

demokratik yang matang.

›› Cabaran 4 Mewujudkan masyarakat yang beretika dan

bermoral tinggi.

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

›› Cabaran 5 Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak

ansur.

›› Cabaran 6 Mewujudkan masyarakat saintifik dan

progresif.

›› Cabaran 7 Mewujudkan masyarakat yang penyayang.

›› Cabaran 8 Memastikan ekonomi masyarakat yang

seimbang, di mana pengagihan kekayaan negara adalah adil dan saksama.

›› Cabaran 9 Mewujudkan masyarakat yang berjaya dengan

ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan kental sepenuhnya.

8 9

Pelan / Rancangan Pembangunan Sistematik Malaysia

Wawasan 2020 membabitkan enam Rancangan Malaysia seperti berikut:

RMK6 (1991 – 1995)

Teras utama RMK6 ia lah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang.

RMK7 (1996 – 2000)

Bertujuan membawa negara ke abad 21 secara berkesan. Rancangan ini dirangka berasaskan strategi-strategi baru bagi menangani cabaran dan perubahan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan ekonomi.

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

10 11

Sebelum itu, beberapa Rancangan Malaysia telah dijalankan di bawah kepimpinan terdahulu seperti berikut:

RMK1 (1966 – 1970)

Merupakan rancangan pembangunan ekonomi yang pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Objektif RMK1 adalah untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat, dan meninggikan taraf hidup penduduk di kawasan luar bandar terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

RMK2 (1971 – 1975)

Merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi dengan sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk menyusun semula masyarakat.

RMK8 (2001 – 2005)

Dasar dan strategi dalam tempoh RMK8 memberi tumpuan untuk mencapai pertumbuhan mapan dan berdaya tahan.

RMK9 (2006 – 2010)

Bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan dari krisis kewangan Asia dan kenaikan harga minyak.

RMK10 (2011 – 2015)

Mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan.

RMK11 (2016 – 2020)

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

12 13

RMK3 (1976 – 1980)

Masih memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang dilihat sebagai salah satu cara untuk merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar dan penduduk bandar.

RMK4 (1981 – 1985)

Pertanian diberi tumpuan untuk meningkatkan lagi daya pengeluarannya. Dasar Pertanian Negara (DPN) telah dilancarkan pada tahun 1984.

❶ RRJP 1 (1981 – 1990) RRJP1 menggariskan rangka sosio-ekonomi

yang menyeluruh bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Selain daripada menentukan matlamat utama mengenai pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, RRJP1 juga menggariskan dasar, strategi dan program bagi mencapai matlamat tersebut.

Melibatkan RMK2, RMK3, RMK4 dan RMK5.

❷ RRJP 2 (1991 – 2000) Berteraskan Dasar Pembangunan Nasional

(DPN) pengganti kepada DEB.

Merangkumi RMK6 dan RMK7.

Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) Malaysia bagi Menjayakan Wawasan 2020

Kesinambungan Dasar-dasar Utama ke Arah Mencapai Wawasan 2020

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

14 15

❸ Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP 3) (2001 – 2020)

Bertujuan untuk membina masyarakat yang berdaya tahan, bersatu, berasaskan pengetahuan, seimbang dari segi sosio-ekonomi dan bebas daripada kemiskinan. Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Sebelum dasar-dasar utama yang terangkum di bawah Wawasan 2020, kerajaan telah laksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971-1990.

Butiran DEB adalah seperti berikut:

› Satu rancangan ekonomi dan perpaduan negara dalam konteks masyarakat pelbagai kaum.

› DEB dicetuskan ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969.

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

16 17

› Serampang dua mata DEB: Merapatkan jurang dan membasmi

kemiskinan masyarakat. Menyusun semula masyarakat bagi

mengimbangi ketidakseimbangan ekonomi.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

› DPN telah dilancarkan ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Matlamat DPN adalah untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatupadu dan adil.

Dasar Pandang ke Timur

› Diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir pada 6 Februari 1982.

› Kerajaan akan mengkaji, menelit i dan memilih etika kerja dan cara pengurusan yang terbaik untuk diubahsuai dengan keadaan di Malaysia bagi meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi negara.

Dasar Penswastaan

› Dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir pada Mac 1983 untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan, meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja, menggalakkan pertumbuhan ekonomi, mengagihkan sumber secara cekap dan mempercepatkan pencapaian hasrat Dasar Ekonomi Baru.

Dasar Persyarikatan

› Dasar Persyarikatan Malaysia bertujuan menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam membangun ekonomi negara.

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

18 19

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam

› Bermatlamat untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain.

Dasar Pertanian Negara

› Telah dilancarkan pada tahun 1984. › Bermatlamat memaksimumkan pendapatan

daripada pertanian dan mempergiatkan semula sumbangan sektor itu kepada pembangunan ekonomi negara keseluruhannya.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

› Dilancarkan pada 1971 dan menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud serta mengekalkan identiti dalam kalangan dunia antarabangsa.

Dasar Perindustrian Negara

› Menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara dan ekonomi keseluruhannya.

› Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber-sumber asli negara.

› Meninggikan tahap penye l id ikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Dasar Pendidikan Kebangsaan

› Bertujuan untuk membentuk satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.

Projek-projek Utama yang Tercetus Hasil daripada Agenda Negara ke Arah Wawasan 2020

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

20 21

Jambatan Pulau Pinang–––––––––––––––––––––––––––––––––––– Merupakan jambatan terpanjang di Asia dan ketiga terpanjang di dunia telah dibina pada tahun 1980 – 1985. Ia menghubungkan Gelugor dan Seberang Prai, sepanjang 15.5 km.

Koridor Raya Multimedia (MSC) –––––––––––––––––––––––––––––––––––– Telah dirasmikan pada 29 Ogos 1995, semasa Majlis Pelancaran Putrajaya, pusat pentadbiran negara yang baru. MSC meliputi kawasan seluas 15km x 40km.

Projek Kereta Nasional Pertama, Proton SAGA –––––––––––––––––––––––––––––––––––– Proton Saga telah dilancarkan pada September 1985 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Era Tun Dr. Mahathir Mohamad

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

22 23

Motosikal Nasional Pertama - MODENAS KRISS 110–––––––––––––––––––––––––––––––––––– Pengeluaran pertamanya dibuat pada Januari 1996. Ia dikeluarkan oleh Motosikal & Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), dan merupakan projek usahasama DRB-Hicom, Kawasaki Heavy Industries, Khazanah Nasional dan Nossho Iwai. Menara Kuala Lumpur

–––––––––––––––––––––––––––––––––––– Dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir pada 1 Oktober 1996. Menara setinggi 421 meter di Bukit Nenas, Kuala Lumpur ini merupakan menara tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara. Ia juga merupakan menara ketiga tertinggi di dunia.

Menara Berkembar Petronas (KLCC)–––––––––––––––––––––––––––––––––––– Merupakan menara berkembar tertinggi di dunia pada ketika itu dan dirasmikan pada Disember 1996, dengan ketinggian 451.9 meter, bangunan berkembar dua ini mempunyai 88 tingkat dan disambungkan 170 meter dari paras jalan raya.

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

Pelancaran Satelit Pertama Malaysia MEASAT 1–––––––––––––––––––––––––––––––––––– Telah dilancarkan pada 13 Januari 1996 pada jam 7.10 pagi waktu Malaysia (8.10 malam waktu tempatan) di Kourou, French Guiana. Satelit tersebut berharga RM600 juta dan mampu bertahan selama 12 tahun.

24 25

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)–––––––––––––––––––––––––––––––––––– Sebuah lapangan terbang tercanggih di Asia ini dibina di Sepang, 50 km dari Kuala Lumpur. Dirasmikan pada 28 Jun 1998, lapangan terbang ini mempunyai menara kawalan tertinggi di dunia, dan sewaktu dalam pembinaan, ia merupakan tapak pembinaan lapangan terbang terbesar pernah dibuat.

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

Litar Antarabangsa Sepang –––––––––––––––––––––––––––––––––––– Malaysia buat kali pertama telah menganjurkan acara paling berprestij dalam sukan lumba motor iaitu Kejohanan Dunia Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang.

Sistem Transit Aliran Ringan (LRT)–––––––––––––––––––––––––––––––––––– Transit Aliran Ringan (Light Rail Transit) merupakan sistem pengangkutan bergerabak dalam bandar yang menggunakan kenderaan gerabak ringan untuk berkhidmat dalam sistem ini.

26 27

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

28 29

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan-Putrajaya–––––––––––––––––––––––––––––––––––– Putrajaya adalah bandar raya pintar dalam taman yang menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, mengambil alih peranan ini daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak 1999. Nama Putrajaya diambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra.

Putrajaya dibangunkan di sebuah kawasan bekas ladang kelapa sawit seluas 4,931 hektar yang terletak di tengah-tengah Koridor Pertumbuhan Selatan, yang membentuk sebahagian daripada Koridor Raya Multimedia (MSC).

Cyberjaya–––––––––––––––––––––––––––––––––––– Upacara perasmian Cyberjaya telah diadakan pada Mei 1997 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tujuan dan tema utama dalam pembangunan Cyberjaya seperti berikut:

› Pusat multimedia terkemuka yang akan menarik dunia multimedia bertaraf antarabangsa dan syarikat-syarikat IT;

› Canggih dalam infrastruktur bersepadu dan terkini; dan

› Mewujudkan sistem pengangkutan yang cekap dengan sistem pengangkutan awam diperluaskan.

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

30 31

Kempen Bersih, Cekap dan Amanah –––––––––––––––––––––––––––––––––––– Telah dilancarkan pada tahun 1982 sebagai satu dasar yang menjadi amalan kepada semua di negara ini. Pembangunan dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung besar kepada sikap yang positif serta bermoral tinggi pengurusan-pengurusan pekerjaan, pentadbiran dan rakyat secara keseluruhannya.

Slogan Malaysia Boleh! –––––––––––––––––––––––––––––––––––– Malaysia Boleh! Merupakan kata-kata keramat Tun Dr. Mahathir. Berpegang kepada slogan inilah, maka beberapa rekod dunia telah dicipta oleh negara kita.

Sukan Komanwel (SUKOM) –––––––––––––––––––––––––––––––––––– Semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, beberapa acara yang berprestij seperti Sukan Komanwel (SUKOM) pada tahun 1998 dan acara dwitahunan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA), telah dilangsungkan di Malaysia.

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

32 33

Koridor PembangunanLima koridor pembangunan telah dilancarkan di bawah RMK9 bagi merancakkan lagi pembangunan ekonomi negara oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

❶ Iskandar Malaysia, dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor.

❷ Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern Corridor Economic Region) atau NCER merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia yang membabitkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak.

❸ Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region) atau ECER merupakan wilayah pembangunan ekonomi yang dirasmikan pada 29 Oktober 2007. ECER melibatkan tiga buah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta daerah Mersing di Johor. Luas kawasan yang terlibat ialah 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan 3.9 juta penduduk.

Era Tun Abdullah Ahmad Badawi

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

❺ Koridor Pembangunan Sabah (SDC) telah dilancarkan di Pelabuhan Kontena, Teluk Sepangar, Kota Kinabalu, Sabah pada 29 Januari 2008. Tempoh pelaksanaan SDC ialah dari 2008 – 2025 meliputi seluruh kawasan dan penduduk Sabah.

❼ Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) telah dirasmikan di Bintulu Waterfront Prominade. SCORE terletak di wilayah tengah Sarawak merentasi kawasan sepanjang 320 kilometer dan meliputi kawasan seluas 70,000 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk 607,800 orang.

Pelan Integriti Nasional Telah dilancarkan pada 23 April 2004 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Minda Kelas PertamaPembangunan modal insan bermindakan kelas pertama perlu diberi keutamaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju beridentitikan diri sendiri.

“Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan”. Demikian antara ungkapan penting Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan RMK9.

34 35

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mula mengambil alih kepimpinan Malaysia pada 3 April 2009. Beliau meneruskan agenda negara untuk mencapai Wawasan 2020 dengan memperkenalkan

beberapa program transformasi seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial.

Gagasan 1Malaysia › Gagasan 1Malaysia mendukung slogan

“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Matlamat 1Malaysia adalah untuk memperkukuhkan agenda nasional dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Transformasi Pacu Agenda Wawasan 2020

GAGASAN 1MALAYSIARakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Program Transformasi Kerajaan

Program Transformasi Ekonomi

Program Transformasi Politik

Program Transformasi Sosial

Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11

36 37

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

› Gagasan 1Malaysia mempunyai tiga teras:

❶ Perpaduan (Penerimaan, Prinsip Kenegaraan dan Keadilan Sosial)

❷ Penerapan empat Nilai Murni:

3. Lapan Nilai Aspirasi

Rendah hati Hormat-menghormati

BersederhanaBerbudiBahasa

38 39

Budaya Berprestasi Tinggi

Budaya Ketepatan❷

Budaya Ilmu

Integriti

Ketabahan

Kesetiaan

Kebijaksanaan

Budaya Inovasi

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

Program Transformasi Kerajaan (GTP) GTP diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009 bertujuan untuk memperkukuhkan sistem penyampaian kerajaan supaya menjadi lebih efisyen.

Dua objektif GTP

❶ Mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat.

❷ Memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatupadu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua.

Bagi memastikan semua rancangan pembangunan negara berjalan lancar, kesemua pelan tindakan PTK akan berpaksikan kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri ditugaskan untuk memacu inisiatif GTP ini.

Tujuh NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi kerajaan dan ianya adalah:

Mengurangkan Jenayah. Membanteras Rasuah. Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar. Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi

Rumah berpendapatan rendah. Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar

Bandar. Mempertingkatkan Pengangkutan Awam

Bandar. Mengurangkan Kos Sara Hidup.

40 41

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

42 43

Program Transformasi Ekonomi (ETP) ETP diperkenalkan oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. Ia didokong oleh Model Baru Ekonomi (MBE), pembangunan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan pelaksanaan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS).

Model Baru Ekonomi (MBE) › MBE bertujuan melonjakkan Malaysia ke

arah negara berpendapatan tinggi sejajar dengan matlamat Wawasan 2020 dan ia telah dilancarkan pada 30 Mac 2010.

› Berteraskan ekonomi berpendapatan tinggi, kemampanan dan keterangkuman.

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) › Minyak, gas dan tenaga

› Minyak sawit

› Perkhidmatan kewangan

› Pelancongan

› Perkhidmatan perniagaan

› Elektronik dan elektrikal

› Pemborongan dan peruncitan

› Pendidikan

› Penjagaan kesihatan

› Kandungan dan infrastruktur komunikasi

› Pertanian

› Greater Kuala Lumpur

44 45

8 Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) IPS 1 Menyuburkan kembali sektor swasta.

IPS 2 Membangunkan tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing.

IPS 3 Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing.

IPS 4 Mengukuhkan sektor awam.

IPS 5 Tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran.

IPS 6 Membina infrastruktur berasaskan pengetahuan.

IPS 7 Meningkatkan sumber pertumbuhan.

IPS 8 Memastikan kebolehmampanan pertumbuhan.

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

Impak Pelaksanaan ETP:› Setakat ini kerajaan telah membangunkan

sebanyak 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP) yang telah diumumkan kerajaan.

› Ekonomi terus berkembang pada kadar sederhana (melebihi 5%).

› Peningkatan hasil kerajaan membolehkan kekayaan diagih kepada rakyat. Contohnya, seperti BR1M, TR1MA, BB1M dan lain-lain lagi.

Program Transformasi Politik (PTP) Transformasi undang-undang bertujuan untuk membuka ruang demokrasi yang lebih matang serta menegakkan prinsip kebebasan dan keadilan. Antara transformasi undang-undang yang telah dilaksanakan kerajaan adalah seperti berikut:

› ISA akan digantikan dengan dua undang-undang baru - mewujudkan perseimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam.

46 47

› Pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 diluluskan Dewan Rakyat tanpa sebarang pindaan.

› Pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933.› Pembebasan kesemua 125 individu yang

ditahan mengikut akta itu dengan serta-merta manakala lebih 200 waran yang belum diserahkan dibatalkan.

› Kerajaan membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata.

› Usul untuk memansuhkan tiga Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1966, 1969 dan 1977.

› Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik.

KESINAMBUNGAN KEPIMPINANJAYAKAN WAWASAN 2020

Program Transformasi Sosial (STP) STP bertujuan untuk mengukuhkan nilai-nilai teras, budaya kerja dan sikap dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, ia akan membangunkan satu masyarakat yang berdaya tahan, kompetitif, inovatif dan kreatif yang seterusnya dapat membangunkan sebuah negara yang boleh menyesuaikan diri kepada perubahan dan cabaran ekonomi dunia dan persekitaran sosial.

48 49

Penutup

Cita-cita dan matlamat negara digarap dengan strategi dan berwawasan. Amanah dan harapan yang dipikul adalah amat besar sekali. Di samping peranan penting kerajaan, rakyat juga perlu menilai dan memperbaiki diri, cara bekerja, cara berfikir, cara bertindak dan cara melihat hasil kerja. Semoga Malaysia terus aman, maju dan makmur di bawah legasi kepimpinan terunggul negara.

Produk-produk Transformasi