27

jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori
Page 2: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori
Page 3: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori
Page 4: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori
Page 5: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

Kandungan

LAMPIRAN A

GARIS PANDUAN

AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA

DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN

TEMPATAN

Page 6: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

Bil Perkara Muka Surat

1.0 Objektif 1

2.0 Skop 1

3.0 Definisi 1-2

4.0 Pengenalan 3

4.1 Prinsip Toksikologi 3-5

4.2 Kesan Bahan Kimia Terhadap Kesihatan 5-6

5.0 Konsep Pengurusan Bahan Kimia 6

5.1 Pembelian Bahan Kimia 7

5.2 Penerimaan Dan Pelabelan Bahan Kimia 7-8

5.3 Penyimpanan Bahan Kimia 9-10

5.4 Pengendalian Bahan Kimia 11-12

5.5 Pelupusan Bahan Kimia dan Bekas 13-15

5.6 Pelupusan Bekas Racun Perosak 15

6.0 Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kesihatan 15-16

7.0 Pemantauan Pendedahan Bahan Berbahaya Kepada Kesihatan 16

8.0 Penyimpanan Rekod Dan Latihan 16-17

9.0 Kecemasan Kimia 17

9.1 Percikan Bahan Kimia 17-18

9.2 Tumpahan Bahan Kimia 18

9.3 Kebakaran Bahan Kimia 19

10. Kesimpulan 19

Page 7: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

Singkatan

CSDS : Chemical Safety Data Sheet

MSDS : Material Safety Data Sheet

PPE : Personal Protection Equipment

HDPE : High Density Polyethylene

JKT : Jabatan Kerajaan Tempatan

KPKT : Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

PBT : Pihak Berkuasa Tempatan

Page 8: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

1

1.0 OBJEKTIF

Untuk memberi panduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam menguruskan

bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di tempat kerja.

Untuk mempromosikan amalan keselamatan dan kesihatan semasa

mengendalikan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di Pihak Berkuasa

Tempatan.

2.0 SKOP

Garis panduan ini terpakai kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia

yang menggunakan bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan.

3.0 DEFINISI

Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan kimia Berbahaya

2013) tafsiran “bahan kimia”: Bahan kimia yang dimaksudkan dalam panduan

ini adalah bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan iaitu mana-mana

bahan kimia yang:

o Disenaraikan dalam Jadual I atau II, Peraturan-Peraturan Keselamatan

dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan

Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000.

o Mempunyai mana-mana sifat yang dikategorikan dalam Jadual Pertama

(b) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(Pengelasan, Pelabelan, dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia

Berbahaya) 2013.

o Terdapat dalam tafsiran “racun makhluk perosak” di bawah seksyen 2,

Akta Racun Makhluk Perosak 1974. [Akta 149]

o Disenaraikan dalam Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Page 9: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

2

Kelengkapan Pelindung Diri (PPE) :- Fasa 2 Peraturan-Peraturan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan

Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000, apa-apa kelengkapan yang

dimaksudkan untuk dipakai atau dipegang oleh seseorang yang sedang bekerja

dan yang melindunginya terhadap satu atau lebih risiko kepada kesihatan atau

keselamatannya dan apa-apa aksesori tambahan yang direka bentuk untuk

memenuhi matlamat itu.

Risalah Data Keselamatan Kimia (CSDS/MSDS) :- Fasa 2 Peraturan-

Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard

Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000, ertinya suatu

dokumen yang mengandungi maklumat yang berkaitan dengan sesuatu bahan

kimia dan disediakan menurut Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia

Berbahaya) 2013.

Toksikologi :- Toksikologi adalah kajian dan pemahaman terhadap pengaruh

bahan kimia yang berinteraksi dengan sistem biologi dan menghasilkan kesan

sampingan. Toksikologi pekerjaan memfokuskan kepada penilaian terhadap

kesan berbahaya yang diperoleh oleh pekerja akibat pendedahan bahan kimia

berbahaya di tempat kerja. Pengetahuan toksikologi telah digunakan untuk

melindungi pekerja dari kesan yang merbahaya. Kesimpulannya, toksikologi

merupakan satu bidang saintifik tentang kajian racun yang memberi fokus

kepada kesan-kesan bahan kimia yang tidak diingini ke atas organisma hidup.

Bidang ini juga merangkumi kajian tentang mekanisma rawatan dan kaedah-

kaedah pengesanan racun. [www.kimia.gov.my]

Pengurusan Bahan Kimia di Pihak Berkuasa Tempatan adalah meliputi

elemen pembelian, penerimaan dan pelabelan, penyimpanan, pengendalian, dan

pelupusan bahan kimia.

Page 10: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

3

Buangan Terjadual: Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Buangan Terjadual) 2005, ertinya apa-apa buangan yang termasuk dalam

kategori-kategori buangan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama.

Pemegang Lesen: Merujuk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, [Akta

127] pemegang lesen ertinya mana-mana orang yang dilesenkan oleh Ketua

Pengarah (Pihak berkuasa belesen) Seksyen 10 Akta 127.

Premis yang ditetapkan : Ertinya premis yang ditetapkan oleh Perintah Kualiti

Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Kemudahan Pengolahan dan

Pelupusan Buangan Terjadual) 1989 [P.U. (A) 140/1989]. Di bawah Akta 127,

“premis yang ditetapkan” ertinya sesuatu premis yang ditetapkan oleh menteri di

bawah Seksyen 18;

Page 11: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

4

4.0 PENGENALAN

Bahan kimia digunakan dalam pelbagai aktiviti di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

dalam aktiviti [meracun, membaja, membaiki kenderaan, mengecat kenderaan dan

bangunan dan pelbagai aktiviti lain]. Terdapat beberapa jenis bahan kimia yang boleh

membahayakan kesihatan manusia dan alam sekeliling sekiranya tidak diuruskan

dengan berkesan. Pendedahan kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan ini

boleh menyebabkan penyakit kanser, asma, penyakit kulit, keracunan sistemik,

keguguran dan kecacatan bayi dalam kandungan serta kekurangan kesuburan

manusia. Bahan kimia juga mempunyai sifat yang mudah meletup dan mudah terbakar

serta boleh menyebabkan insiden letupan dan kebakaran.

Pengurusan bahan kimia ini bertujuan untuk [memastikan kesempurnaan pembelian,

penerimaan, pelabelan, pengendalian, penyimpanan dan pelupusan bahan kimia

berbahaya kepada kesihatan diuruskan dengan baik]. Selain itu pengurusan bahan

kimia dijalankan bagi memastikan bahan kimia yang digunakan semasa bekerja dan

disimpan tidak mendatangkan risiko kesihatan pekerja akibat daripada pendedahan

terhadap bahan kimia.

4.1 PRINSIP TOKSIKOLOGI

Bahan kimia boleh memasuki tubuh badan manusia melalui beberapa cara kemasukan

iaitu:

4.1.1 Sedutan (Inhalation)

Bahan kimia di tempat kerja mempunyai potensi untuk tersebar ke udara dalam

[bentuk titisan, gas, wap atau kabus, yang apabila dihidu, memasuki

alveolus paru-paru dan mempunyai kapasiti untuk memasuki aliran darah].

(Rujuk Rajah 1)

Page 12: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

5

Rajah 1: Kemasukan Bahan Kimia Secara Inhalasi

4.1.2 Pemakanan (Ingestion)

Bahan kimia boleh memasuki tubuh melalui makanan atau minuman yang

tercemar dengan bahan kimia.

4.1.3 Sentuhan Kulit/ Serapan (Absorption)

Pekerja yang mengendalikan bahan kimia adalah berisiko terhadap penyerapan

kimia melalui kulit atau mata. Organik dan bahan kimia boleh menembusi kulit

kemudian masuk ke dalam dermis dan memasuki aliran darah.

a) Kemasukan kimia melalui kulit:

Kekeringan dan keretakan kulit yang disebabkan oleh sentuhan yang

kerap dengan detergen atau pelarut organik.

Luka atau calar di mana bahan kimia boleh masuk ke dalam badan.

b) Penyerapan melalui mata (Eye absorption)

Bahan kimia dalam bentuk cecair, wap, gas, aerosol dan kabus boleh memasuki

mata. Pelarut kimia seperti toluena boleh menembusi lapisan luar mata dan

boleh menyerap ke dalam aliran darah.

Page 13: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

6

4.1.4 Transplacenta

Ibu yang mengandung terdedah kepada bahan kimia yang mungkin boleh

dipindahkan kepada janin melalui plasenta.

4.1.5 Faktor-faktor Yang Memberi Kesan Ketoksikan

a) Kadar kemasukan (berapa cepat dos toksik dihantar) dan laluan

pendedahan memberi kesan kepada jumlah bahan memasuki badan

pekerja.

b) Faktor umur memberi kesan kepada proses pembaikan tisu.

c) Tahap kesihatan, keadaan fizikal dan cara hidup boleh memberi kesan

terhadap respon toksik. Penyakit sedia ada boleh meningkatkan sensitiviti

terhadap bahan kimia.

d) Faktor-faktor persekitaran seperti suhu dan tekanan boleh juga memberi

kesan kepada pendedahan bahan kimia kepada individu.

e) Kecenderungan genetik.

f) Jantina individu terdedah.

4.2 KESAN BAHAN KIMIA KEPADA KESIHATAN

4.2.1 Kesan-kesan Toksik Bahan Kimia

a) Secara amnya, dos bahan kimia dan pendedahan yang lebih lama yang

lebih tinggi akan menyebabkan lebih berbahaya.

b) Keracunan akut biasanya disebabkan oleh satu pendedahan besar

dengan penyerapan pantas bahan, contohnya keracunan karbon

monoksida atau sianida keracunan.

c) Keracunan yang kronik biasanya disebabkan oleh pendedahan

berpanjangan atau berulang kali kepada bahan kimia.

Page 14: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

7

d) Gejala mungkin tidak dialami serta-merta, contohnya keracunan merkuri

dan pendedahan terhadap racun perosak.

e) Kesan setempat merujuk kepada kesan bahan kimia di tempat yang

tersentuh yang mungkin contohnya kulit, membran mukus, saluran

pernafasan.

f) Kesan sistemik merujuk kepada pengedaran bahan kimia di seluruh

badan. Sebagai contoh, kesan terhadap gastrousus atau mata.

4.2.2 Kesan jangka pendek : Letih, sakit kepala, lemah anggota, tidak

bermaya, kulit menjadi gatal dan merah, rasa panas dan kudis, mata terasa gatal

dan pedih, sakit tekak, mulut melecur, muntah-muntah, hilang selera makan,

keluar air liur yang banyak, loya, sakit perut dan cirit birit, susah bernafas, batuk

dan sakit dada, kepala terasa pening, sakit dan pitam, sawan serta tidak

sedarkan diri dan kematian.

4.2.3 Kesan jangka panjang : Terdapat alahan pada kulit dan kerosakan pada

kuku. Terdapat beberapa racun perosak yang boleh menyebabkan barah seperti

racun makhluk perosak yang mengandungi bahan arsenic. Ada racun makhluk

perosak yang menyebabkan kemandulan.

5.0 KONSEP PENGURUSAN BAHAN KIMIA

Konsep Pengurusan Bahan Kimia dikenali sebagai konsep “dari buaian hingga ke liang

lahad” (cradle to grave). Konsep ini terbahagi kepada lima (5) iaitu:

i. pembelian bahan kimia;

ii. penerimaan dan pelabelan;

iii. penyimpanan bahan kimia;

iv. pengendalian bahan kimia; dan

v. pelupusan bahan kimia dan bekas.

Page 15: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

8

5.1 PEMBELIAN BAHAN KIMIA

5.1.1 Sebelum pembelian bahan kimia, PBT perlu mengetahui tujuan pembelian bahan

kimia yang bersesuaian dengan skop operasi atau keperluan semasa.

5.1.2 Setiap permohonan pembelian bahan kimia yang baru perlu mendapatkan

Risalah Data Keselamatan Bahan Kimia (CSDS/MSDS) yang lengkap dari

pembekal/pengilang.

5.1.3 Pembelian terhadap bahan kimia yang kurang toksik perlu diutamakan.

5.1.4 PBT perlu mengenalpasti dan merekod semua bahan kimia berbahaya di tempat

kerja.

5.2 PENERIMAAN DAN PELABELAN BAHAN KIMIA

5.2.1 Semua bahan kimia yang diterima perlu mematuhi sepenuhnya keperluan

pembungkusan dan pelabelan mengikut perjanjian pembelian.

5.2.2 Bahan kimia diterima dalam keadaan baik, penutup tertutup rapat, tiada kesan

koyak atau bocor.

5.2.3 Bekas simpanan bahan kimia perlu dilabelkan dengan sempurna. ( Rujuk Rajah

2 dan Rajah 3 ).

5.2.4 Bahan kimia yang tidak mempunyai Risalah Data Keselamatan Kimia

(CSDS/MSDS) serta tidak dilabel dengan sempurna perlu dikembalikan

semula kepada pembekal/pengilang.

5.2.5 Sekiranya label telah pudar, rosak atau hilang semasa penerimaan dan dalam

simpanan, bahan kimia tersebut perlu dilabel semula.

Page 16: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

9

Rajah 2: Contoh Label Bahan Kimia

Rajah 3: Piktogram Simbol Bahan Kimia

Page 17: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

10

5.3 PENYIMPANAN BAHAN KIMIA

5.3.1 Bahan kimia yang boleh bertindak balas di antara satu sama lain hendaklah

disimpan secara berasingan.

5.3.2 Bekas bahan kimia di tempat simpanan mestilah bebas daripada kebocoran,

karat atau rosak serta disusun dengan teratur dan semua bahan kimia tersebut

perlu dilabel dengan sempurna.

5.3.3 Tempat simpanan bahan kimia mestilah mempunyai pengaliran udara yang

mencukupi untuk memastikan sebarang kebocoran wap yang berbahaya dapat

dielakkan.

5.3.4 Keperluan bagi stor penyimpanan Racun Makhluk Perosak.

i. Jarak stor penyimpanan racun hendaklah sekurang-kurangnya 30 meter

daripada rumah kediaman.

ii. Berbumbung, kering dan jauh dari punca air bagi mengelakkan risiko

pencemaran kepada punca air jika berlaku tumpahan.

iii. Mempunyai pengudaraan yang baik.

iv. Mempamerkan tanda amaran bahaya dan tanda stor racun/bahan kimia di

tempat yang mudah dilihat. ( Rujuk Rajah 4 )

v. Mempunyai baldi berisi bahan penyerap yang digunakan untuk mengawal

tumpahan bahan kimia seperti habuk kayu atau pasir dan sentiasa

diletakkan dalam atau luar stor. ( Rujuk Rajah 5 )

vi. Mempunyai label dalam keadaan sempurna bagi setiap bahan kimia.

vii. Menampal prosedur keselamatan dan menyimpan CSDS/MSDS

berdekatan stor. Prosedur tersebut mestilah mempunyai maklumat

penting sekiranya berlaku kecemasan dan kemalangan. ( Rujuk Rajah 6 )

Page 18: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

11

viii. Mempunyai alat pemadam api yang diluluskan oleh Jabatan Bomba dan

Penyelamat.

ix. Rak-rak yang terdapat di dalam stor hendaklah kalis air.

x. Mempunyai peti pertolongan cemas, emergency shower dan eye wash.

( Rujuk Rajah 7 ).

Rajah 4: Tanda Bahaya dan Rajah 5: Pasir/ Bahan penyerap Racun

Rajah 6: MSDS atau CSDS/MSDS Rajah 7: Emergency Shower

And Eye Wash

Page 19: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

12

5.4 PENGENDALIAN BAHAN KIMIA

5.4.1 Pengendali bahan kimia hendaklah mempunyai pengetahuan mengenai bahaya

bahan kimia yang dikendalikan.

5.4.2 Pengendali bahan kimia hendaklah memastikan bahan kimia mempunyai label

dan membaca label sebelum menggunakan bahan kimia.

5.4.3 Pengendali bahan kimia hendaklah mematuhi arahan kerja selamat dalam

mengendalikan bahan kimia.

5.4.4 Pengendali bahan kimia perlu menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE)

bersesuaian dengan bahan kimia yang dikendalikan. Pihak PBT perlu

mengadakan dan melaksanakan tatacara tentang pengeluaran,

penyelenggaraan, pemeriksaan dan latihan dalam penggunaan PPE.

Penggunaan dan pemilihan PPE yang bersesuaian hendaklah merujuk kepada

Garis Panduan Penggunaan Peralatan Perlindungan Diri, Jabatan Keselamatan

dan Kesihatan Pekerjaan.

5.4.5 PBT hendaklah memastikan setiap pegawai yang terlibat dengan pengendalian

bahan kimia dibuat pengawasan perubatan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Ini adalah keperluan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

5.4.6.4PBT perlu menyediakan kemudahan bilik persalinan untuk pengendali

bahan kimia yang dilengkapi:

a) Locker individu ( Rujuk Rajah 8 )

b) Kabinet peralatan perlindungan diri (PPE)

c) Bilik mandi ( Rujuk Rajah 9 )

d) Mesin basuh ( Rujuk Rajah 10 )

Page 20: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

13

Rajah 8 : Kemudahan locker individu Rajah 9 :Kemudahan bilik mandi

Rajah 10 : Kemudahan mesin basuh

Page 21: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

14

5.5 PELUPUSAN BAHAN KIMIA

5.5.1. PBT perlu menyenaraikan semua jenis sisa buangan terjadual yang terhasil

daripada operasi yang dijalankan oleh PBT seperti bahan kimia, bekas-bekas

bahan kimia dan lain-lain dengan merujuk kepada Jadual Pertama Peraturan-

Peraturan Alam Sekeliling ( Buangan Terjadual ) 2005.

5.5.2 PBT perlu mengetahui kriteria bahan kimia dan buangan terjadual yang perlu

dilupuskan:

i.Bahan kimia yang tertumpah.

ii.Bahan kimia yang tidak berlabel.

iii. Bahan yang telah tamat tempoh gunanya.

iv.Bahan yang menghasilkan sisa yang reaktif dan beracun hasil tindak

balas kimia.

v.Sisa bahan kimia cecair.

vi.Sisa bahan kimia pepejal.

vii.Tumpahan minyak

viii.Lain-lain buangan terjadual.

5.5.2 PBT perlu memberitahu ke Jabatan Alam Sekitar dengan menggunakan Jadual

Kedua Peraturan-Peraturan Alam Sekeliling ( Buangan Terjadual ) 2005 dalam

masa 30 hari dari hasil buangan tersebut dikeluarkan.

5.5.3 PBT perlu menyediakan inventori bulanan mengenai pengeluaran buangan

terjadual bagi memastikan kuantiti buangan terjadual dikemaskini dari semasa ke

semasa dengan menggunakan Jadual Kelima peraturan yang sama.

5.5.4 PBT perlu menyimpan rekod inventori buangan terjadual dalam tempoh 3 tahun

dari tarikh buangan dihasilkan.

Page 22: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

15

5.5.5 Pelupusan bahan kimia dan buangan terjadual bermula dengan pengasingan

dan pengumpulannya. Pengasingan sisa kimia dan buangan terjadual juga

membantu mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti letupan

atau kebakaran ketika kerja pelupusan dilakukan.

5.5.6 Bahan kimia yang tidak serasi perlu diasingkan bagi mengelakkan berlakunya

tindakbalas dengan merujuk kepada Jadual Keempat Peraturan-Peraturan Alam

Sekeliling ( Buangan Terjadual ) 2005.

5.5.7 Pegawai bertanggungjawab perlu meletakkan sisa kimia ke dalam tempat khas

berlabel dan hendaklah disimpan di tempat yang selamat atau tempat

penyimpanan sisa yang telah dikenalpasti sehingga langkah pelupusan

dijalankan. Sisa kimia perlu dielakkan daripada terdedah kepada haba atau api

5.5.8 Bekas sisa bahan kimia mestilah dalam keadaan baik semasa digunakan dan

mestilah diperiksa setiap minggu untuk memastikan tiada kebocoran atau

tindakbalas antara bekas dan sisa.

5.5.9 Bekas yang mengandungi buangan terjadual mestilah dilabel dengan jelas

mengikut pengkelasan yang telah ditetapkan dan ditandakan dengan kod

buangan terjadual seperti Jadual Ketiga peraturan yang sama.

5.5.10 Buangan terjadual hendaklah distorkan dalam bekas-bekas yang sesuai, tahan

lasak dan boleh mencegah dari tertumpah atau kebocoran buangan terjadual ke

alam sekeliling.

5.5.11 Bekas-bekas yang mengandungi buangan terjadual hendaklah sentiasa ditutup

sepanjang penstoran kecuali apabila perlu menambah atau mengeluarkan

buangan terjadual.

5.5.12 Kawasan-kawasan bagi penstoran bekas-bekas itu hendaklah direka bentuk,

dibina dan disenggara dengan secukupnya mengikut garis panduan yang telah

ditetapkan untuk mencegah pertumpahan dan kebocoran buangan terjadual ke

Page 23: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

16

persekitaran. Buangan terjadual boleh distorkan selama 180 hari atau kurang

dengan syarat kuantiti buangan terjadual tidak melebihi 20 tan metrik.

5.5.13 Pelupusan hendaklah dilakukan di premis yang telah ditetapkan untuk dan

kontraktor pengangkutan mestilah mempunyai kemudahan yang telah

dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

5.6 PELUPUSAN BEKAS RACUN PEROSAK

Terdapat beberapa pilihan untuk melupuskan bekas-bekas racun makhluk perosak,

iaitu:

i. Dihantar ke pusat pelupusan sisa kimia yang diluluskan oleh Jabatan

Alam Sekitar.

ii. Dikembalikan kepada pengeluar.

iii. Kitar semula: bekas-bekas racun makluk perosak jenis High Density

Polyethylene (HDPE) perlu dibilas 3 kali dan ditebuk untuk dikitar semula

sekiranya ada kemudahan program kitar semula (bekas-bekas yang telah

dibilas 3 kali dan ditebuk boleh dihantar ke pusat pengumpulan sementara

yang diwujudkan di kawasan berhampiran).

6.0 PENAKSIRAN RISIKO BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN

6.1 Penaksiran risiko bahan kimia berbahaya kepada kesihatan hendaklah

dijalankan untuk mengetahui kemungkinan risiko kepada seseorang pekerja

akibat daripada pendedahan kepada bahan kimia. (Peraturan 9, Peraturan-

peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard

Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan)

Page 24: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

17

6.2 PBT hendaklah melaksanakan semua langkah kawalan yang perlu bagi

mengurangkan tahap pendedahan kakitangan kepada bahan kimia berbahaya

kepada kesihatan di bawah had pendedahan yang dibenarkan.

7.0 PEMANTAUAN PENDEDAHAN KEPADA BAHAN KIMIA BERBAHAYA

KEPADA KESIHATAN

7.1 Pemantauan pendedahan perlu dijalankan sekiranya penaksiran risiko bahan

kimia berbahaya kepada kesihatan menunjukkan ada keperluan untuk

menjalankannya.

7.2 PBT perlu memastikan pendedahan kakitangan kepada bahan kimia berbahaya

kepada kesihatan dipantau mengikut kaedah pemantauan dan penganalisaan

yang diluluskan.

7.3 Pemantauan pendedahan hendaklah dijalankan oleh Juruteknik Higen yang

berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

7.4 Laporan penaksiran hendaklah diselenggara dengan teratur dan baik untuk

tempoh tidak kurang dari 30 tahun.

8.0 PENYIMPANAN REKOD DAN LATIHAN

Data kakitangan yang terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia

berbahaya perlu diadakan untuk membolehkan mereka mengetahui:

8.1 Risiko kepada kesihatan yang terhasil daripada pendedahan bahan kimia

8.2 Langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil tindakan segera.

8.3 Latihan berkaitan pengurusan bahan kimia.

a) Sekurang-kurangnya sekali dalam 2 tahun.

Page 25: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

18

b) Jika terdapat perubahan dalam maklumat tentang bahaya bahan kimia

berbahaya kepada kesihatan, amalan kerja selamat atau langkah-langkah

kawalan.

9.0 KECEMASAN KIMIA MELIBATKAN BAHAN KIMIA BOLEH TERJADI AKIBAT

PERKARA-PERKARA SEPERTI BERIKUT:

i. Percikan bahan kimia

ii. Tumpahan bahan kimia

iii. Kebakaran bahan kimia

9.1 PERCIKAN BAHAN KIMIA

9.1.1 Percikan Bahan Kimia Kepada Mata

1. Kekalkan mata dalam keadaan terbuka.

2. Bilas dengan air yang bersih atau “normal saline” (Sodium klorida 0.9%).

3. Basuh dengan air secara berterusan sekurang-kurangnya 10-20 minit.

4. Tanggalkan kanta pelekap sekiranya ada.

5. Jangan gosok mata.

6. Jangan guna sebarang ubat titis mata sehingga dirawat oleh pegawai perubatan.

7. Dapatkan rawatan dengan segera.

8. Catatkan nama bahan kimia yang terkena pada mata untuk memudahkan

rawatan oleh pegawai perubatan.

Page 26: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

19

9.1.2 Percikan Bahan Kimia Pada Kulit

1. Tenangkan diri.

2. Tanggalkan segera pakaian yang tercemar.

3. Bilas dengan segera bahan kimia menggunakan pancuran hujan keselamatan

(safety shower).

4. Biarkan air sejuk mengalir berterusan di bahagian yang terkena sekurang-

kurangnya 15 minit.

5. Jangan guna apa-apa krim, losyen atau sebarang bahan peneutralan.

6. Jangan alihkan mangsa kecuali mangsa tersebut berdekatan dengan sebarang

bahaya.

7. Catatkan nama bahan kimia yang terkena pada kulit untuk memudahkan rawatan

oleh pegawai perubatan.

9.2 TUMPAHAN BAHAN KIMIA

Insiden melibatkan tumpahan bahan kimia

Maklumkan kepada individu yang berada berdekatan tentang tumpahan tersebut.

Asingkan kawasan yang terlibat dengan menggunakan sawar-sawar (barrier

tape).

Penilaian semula prosedur pembersihan tumpahan yang disyorkan

CSDS/MSDS.

Keluarkan kit kecemasan tumpahan bahan kimia.

Memakai pakaian perlindungan (PPE) yang sesuai.

Mengawal tumpahan daripada merebak (absorbant).

Sapu atau sodok bahan yang tersebut dan masukkan ke dalam bekas plastik

tebal.

Labelkan bekas tersebut.

Lupuskan PPE tersebut ke dalam “chemical resistant bag”

Page 27: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Garis_Panduan... · (Buangan Terjadual) 2005, ertinya a pa -apa buangan yang termasuk dalam kategori-kategori

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BAHAN KIMIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

20

9.3 KEBAKARAN BAHAN KIMIA

Insiden melibatkan kebakaran bahan kimia

9.3.1 Kebakaran

Maklumkan kepada individu yang berada berdekatan dan pengungsian

bangunan jika perlu.

Kenal pasti bahan kimia yang terlibat.

Gunakan alat pemadam api yang bersesuaian.

Hubungi BOMBA atau pihak yang berkenaan.

10. KESIMPULAN

Pengurusan bahan kimia adalah penting bagi memastikan kesempurnaan pembelian,

penerimaan, pelabelan, pengendalian dan penyimpanan bahan kimia serta bahan

berbahaya diuruskan dengan baik.