115
L atar B elakang  M asyarakat di  S abah

K1-Latar Belakang Masyarakat Di Sabah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Latar belakang Masyarakat di Sabah

Citation preview

latar belakang masyarakat di sabah

Latar Belakang Masyarakat di SabahEtnik Tempat Budaya

Disediakan oleh : Yii Nieng Ong Pengenalan Negeri Sabah mempunyai tidak kurang dari tiga puluh etnik suku kaum dan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kebudayaannya.

Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan.Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum.

Etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.

Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, agama, adat istiadat dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.KadazandusunKadazandusunKADAZANDUSUN merupakan kumpulan etnik (bumiputera)yang terbesar di Negeri Sabah.

Sebelum Sabah merdeka melalui Malaysia, masyarakat Kadazandusun dikenali sebagai Dusun, iaitu nama yang diberi oleh orang luar kepada mereka.Petani Perkhidmatan Pertanian moden Perniagaan Setelah mencapai kemerdekaan, mereka menggunakan nama"Kadazan"secara rasmi sebagai identiti mereka.

Tetapi, oleh 'kerana masih terdapat etnik dari pedalaman yang berpendirian mendukung identiti"Dusun", istilah "Kadazan" dan "Dusun"dipersatukan menjadi"Kadazandusun" untuk memupuk dan menyatupadukan semangat"kesatuan" di kalangan mereka

Kadazan Dusun Kadazandusun Penempatan Kadazandusun merupakan satu kelompok masyarakat etnik peribumi yang terbesar di Sabah yang dikenal juga sebagai suku kaum Dusun. Suku kaum Dusun ini sebahagian besarnya tinggal di Bahagian Pantai Barat, Pedalaman, dan PantaiTimur Sabah. Kelompok-kelompok Dusun tersebut terdiri daripada 12 suku yang dikenali sebagai suku Dusun Papar, Dusun Putatan, Dusun Penampang, Dusun Ranau, Dusun Lotud, Dusun Kiau, Dusun Rungus, Dusun Tagas, Dusun Tempasuk,Dusun Tambunan, Dusun Tatana, dan Dusun Tungku atau Begahak.Suku-suku kaum Dusun bermukim di kawasan yang berasingan serta menggunakan dialek yang berlainan, tetapi tidak timbul masalah kekangan dalam komunikasi antara satu suku dengan suku yang lain, lantaran ciri-ciri budaya yang dikongsiberdasarkan warisan bersama.

Terdapat suku kaum Dusun di Sabah yang dikenali dengan nama 'Kadazan'.

Pada mulanya 'Kadazan' turut diklasifikasi sebagai bangsa yang sama serumpun dengan 'Dusun'.

Apabila dimensi politik dilibatkan untuk mengelaskan suku-suku tersebut, keadaan menjadi tidak menentu. .

Bangsa Kadazan dan Dusun berkongsi bahasa dan budaya serupa, meskipundengan perbezaan dalamdialek. Hal yang membezakan bangsa Kadazan dan Dusun adalah disebabkan fakto kedudukan geografi tempat tinggal mereka.Ini mengambarkan bahawa bangsa Kadazandusun ini menghuni di kawasan bandar-bandar, yang terdapat kedai-kedai, pendek kata kaum Khadazandusun ialah bangsa "Dusun"yang hidup didalam bandar.

Dalam sebutan bahasa Malaysia ia disebut"Kekedaian" ataupun "Kekedazan" dalam bahasa dusun. Secara teorinya kaum ini sepatutnya hanya dipanggil bangsa "Dusun" dan bukannya Khadazandusun, memandangkan mereka ini adalah dari suku kaum yangsama

Banci pada tahun 1991 menunjukkan bahawa dari jumlah 1,8juta orang penduduk Sabah, terdapat 372;089 orang Kadazandusun.

Anggaran jumlah penduduk Kadazandusun padatahun1994 bertambah menjadi 433,600 orang, yang mana ianya terbahagi dalam dua kumpulan etnik iaitu Kadazandusun dan Murut.

Sebilangan besar darimereka terdapat di daerah Penampang, Putatan, Kawang, Papar, Kimanis, Bongawan, Beaufort, Kuala penyu, Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat. Pitas, LabukSugut, Paitan, Telupid, Ranau,Tambunan, Keningau, Tenom, Sook, Pensiangan dan Ulu Kinabatangan.Kebudayaan masyarakat KadazandusunHasil SeniPenghasilan seni tangan masyarakat Sabah bergantung pada sumber alam sekitar dan keperluan dari segi budaya. Sebagai contohnya, sirung. Sirung merupakan sejenis topi yang diperbuat dari rotan dan buluh. Topi ini diperlukan untuk melindungi diri dari panas dan hujan. Bentuk topi seseorang dapat menunjukkan asalan daerah seseorang itu. Seni anyaman seperti Mogah dan Dastar amat popular di kalangan kaum wanita.

Pada pandangan mereka, seseorang wanita itu akan dianggap tidak berjaya sekiranya anyaman mereka tidak menarik.Inavol adalah sejenis produk sulaman tangan yang dihasilkan di daerah Kudat. Bahan- bahannya terdiri daripada benang kapas yang berwarna- warni.

Inoval disulam dengan motif- motif etnik tempatan seperti binatang, buga dan corak manusia.

Inoval akan dipakai atau diberi sebagai tanda penghargaan seseorang bagi meraikan seseorang dan dipakai di leher.

Perayaan Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai )Pesta Kaamatan atau dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' disambut oleh kaum Kadazan Dusun sebagai meraikan tuaian yang terbaik.

Pesta ini biasanya disambut sepanjang bulan Mei.

Kemuncak Perayaan Keaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan.

Magavau pula adalah upacara kesyukuran yang penting dan dijalankan di sawah padi pada hari pertama malam bulan mengambang selepas menuai padi.Bobohizan akan membaca mantera dan seorang pahlawan dengan pakaian tradisi berjalan menghayun pedang untuk menghalau roh jahat.

Makanan seperti tapai dan nasi akan disajikan sebagai jamuan kepada roh.

Menurut kepercayaan orang kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada kinoingan yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa kepada sumber kehidupan dan kewujudan.

Mereka berpendapat bahawa padi adalah sumber kehidupan.

Ketika Pesta Keaamatan, penduduk akan mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari.

Minuman tapai 'arak beras' dihidangkan sebagai minuman istimewa dan para penduduk akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' yang bermaksud 'Selamat Hari Menuai,Tetapi,pada hari ini Pesta Kaamatan disambut adalah sebagai memperingati perayaan pesta yabg telah dirayakan sejak turun-temurun.Legenda , bacaan lisanLEGENDA TULISAN HILANGAda satu legenda yang dituturkan kaum Dayak Dusun di daerah Sabah secara turun temurun mengenai tulisan yang hilang.

Konon dahulu leluhur rumpun dayak dusunik pernah memiliki surat/buku yang mengandung perkataan Tuhan atau dalam bahasan dusunnyaMinamangun.

Suatu waktu terjadilah hujan yang sangat lebat. Hujan ini turun berhari-hari sehingga terjadi banjir besar yang menenggelamkan bumi. Mereka pun berupaya berlarian kedataran tinggi. Sang kepala suku / woyoon memimpin masyarakatnya dalam banjir tersebut sambil menyimpan Surat Minamangun dengan hati-hati di dalam tali pinggangnya di bahagian belakang cawatnya. Pada mulanya, air hujan setinggi pergelangan kaki, kemudian sampai ke lutut mereka. Semakin lama mereka mengarungi banjir itu, air naik hingga kebahagian paha mereka, kemudian ke pinggang mereka. Tidak lama setelah itu banjir mencapai dada mereka dan sampai ke ketiak mereka.

Waktu itu mereka membopong bayi dan anak kecil di bahu mereka, dan akhirnya banjir sampai pula ke dagu mereka.

Ketika mereka piker mereka akan mati ternyata saat itulah mereka sudah tiba di dataran yang tinggi dan secara berangsur-angsur mereka dapat keluar dari banjir tersebut.

Mereka menetap dikawasan yang tinggi dan dekat dengan Gunung Kinabalu.

Tidak lama kemudian, suatu pertikaian terjadi.

Maka sang Woyoon membuka Surat Minamangun untuk membaca Firman Minamangun.

Malangnya, semua tulisan itu telah pudar kerana basah semasa banjir itu.

Penduduk disitu berseru kepada nama PenciptaKembalikan kata-kataMu sekali lagi.Namun Tuhan menjawab..Tidak, bukan sekarang. Tetapi suatu hari nanti, Aku akan mengirimkan orang berkulit putih dan berambut kuning untuk membawa kembali setiap perkataanKu kepada kamuMaka penduduk disitu mencuba mengingat-ingat kembali setiap perkataanya yang pernah tertulis didalam Surat Minamangun itu tetapi mereka tidak berhasil kerana mereka tidak pernah memberikan perhatian.

Pihak wanita telah keluar dan duduk di sawah dan berulang kali membaca beberapa kata-kata yang mereka fikir mereka ingat, namun begitu sukar dan mereka mulai meminta bantuan pelbagai roh.

Pihak laki-laki mencuba mengingat undang-undang yang terkandung dalam kata-kata itu, tetapi sukar dan kadangkala mereka perlu merujuk kaum wanita yang juga mencuba mengingat kata-kata tersebut.Dengan perubahan masa, mereka lupa cara untuk membaca dan menulis secara berangsur-angsur lupa kata-kata Minamangun.

Namun, wanita yang lebih tua telah mengajar wanita yang muda tentang rinait yang telah diturunkan secara linsan sejak beberapa generasi lalu Rinait adalah semacam pusi doa yang panjang kepada Tuhan dan mahluk Semawi tradisional yang diucapkan semasa upacara ritual.

Golongan laki-laki yang lebih tua mengajar golongan laki-laki yang lebih muda tentang adat yang berdasarkan undang-undang Minamangun.Menurut orang-orang tua kaum Dusunik Sabah, legenda ini menjelaskan banyak hal. Legenda ini menjelaskan mengapa kaum dusunik tidak lagi mempunyai sistem tulisan tradisional. Dan legenda ini menjelaskan asal usul upacara bobolian/bobohizan atau belian dan juga tentang adat. Dan legenda ini menyebabkan banyak kaum dusunik yang masuk agama Kristian.

Lagu atau nyanyian tradisonalMenurut sejarah, nyanyian etnik Dusun ini berasal daripada amalan mendodoi atau membuai bayi yang lazimnya dilakukan oleh wanita dewasa khususnya para ibu untuk menidurkan bayi.

Kata-kata yang diluahkan untuk menghiburkan atau mendodoi bayi ini mempunyai irama yang menarik. Dipercayai bahawa kata-kata dalam bentuk lagu ini mampu membantu bayi dalam mempercepatkan tumbesaran. Dipercayai juga bahawa seni nyanyian masyarakat Dusun berasal daripada mantera-mantera yang digunakan ketika upacara ritual. Dalam masyarakat Dusun, amalan-amalan pengucapan mantera dalam upacara ritual disebut sebagai Megendi. Ketika upacara ritual yang yang dikenali sebagai mengemburongoh, bobohizan yang berperanan sebagai pengendali upacara akan megendi. Melalui amalan megendi inilah seni nyanyian ini wujud kerana kata-kata ucapan atau mantera ini mempunyai irama yang agak unik. Namun demikian dewasa kini, irama dan lirik megendi ini telah diubah suai kepada irama yang lebih menarik dan lirik lagu yang sesuai dan bukan sahaja bertujuan untuk upacara ritual.Antara fungsi utama nyanyian ini adalah untuk mendodoikan bayi sebelum tidur.Lagu-lagu yang lazimnya digunakan dalam proses mendodoi adalah berbentuk nasihat dan larangan-larangan kepada perbuatan-perbuatan jahat. Lirik-lirik lagu yang baik boleh mensosialisasikan seorang anak yang baik.

Selain itu, seni nyanyian dalam masyarakat Dusun seringkali digunakan untuk memikat kekasih khasnya oleh kaum lelaki. Kaum lelaki akan menyanyikan lagu yang berbaur cinta bagi memikat dan menunjukkan isi hati mereka kepada wanita yang disukai. Mereka lazimnya akan menyanyikan dan menujukan lagu cinta ini ketika majlis keramaian atau masa-masa lapang ketika mereka berkumpul bersama. Di samping memikat, ia secara langsung bertujuan untuk memuji si gadis.Sekiranya si gadis bersetuju maka dia akan membalas lagu tersebut, sekiranya tidak dibalas maka ini bererti bahawa gadis tersebut tidak sudi atau sudah berpunya.Ketika hari-hari perayaan atau majlis-majlis keramaian, nyanyian ini mempunyai peranan yang amat penting sekali. Nyanyian akan dinyanyikan oleh orang ramai bagi memeriahkan suasana perayaan atau majlis. Malah terdapat beberapa lagu yang dominan dengan beberapa upacara perayaan atau majlis-majlis tertentu.Perasaan kagum dan kecintaan terhadap keindahan alam dan penghuninya seringkali diluahkan dan diekspresikan oleh masyarakat Dusun dalam bentuk nyanyian.Masyarakat Dusun amat terkenal dengan amalan gotong-royong dan konsep perkongsian sumber (sharing). Kerja-kerja sosial seperti membersihkan ladang atau kerja-kerja persediaan sebelum majlis perkahwinan akan dilakukan bersama-sama oleh penduduk kampung. Penyertaan orang-orang muda dalam kerja-kerja seperti ini adalah amat menggalakkan. Semasa melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut mereka akan menyanyi bersama-sama bagi memeriahkan suasana. Pada masa itu juga, golongan remaja yang belum berkahwin akan mencari peluang memikat gadis pujaan mereka dengan menujukan lagu kepada si gadis.Nyanyian turut digunakan dalam upacara ritual. Masyrakat Dusun amat sinonim dengan amalan-amalan ritual. Kehidupan mereka sarat dengan amalan-amalan tersebut kerana dipercayai penting dalam meneruskan kelangsungan hidup. Upacara-upacara ritual ini dilakukan bagi tujuan-tujuan tertentu seperti perubatan, memuja tuhan yakni tuhan tanaman, tuhan peperangan, tuhan keselamatan dan sebagainya. Ketika menjalankan upacara ritual tersebut, pengendali upacara ritual yakni Bobolizan akan megendi atau membaca mantera yang boleh disifatkan sebagai lagu untuk memanggil roh atau semangat.Selain itu juga, seni nyanyian ini berfungsi sebagai hiburan bagi masyarakat kamu Dusun. Bila adanya masa lapang, lazimnya mereka akan menyanyi untuk sekadar berhibur.Alat-alat muzik dan instrumenKebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atauseruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh.Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman,sejenis gentian pokok palma.

Gong Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianyadigunakan dalam hampir kesemua upacara sosial.

Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat.Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menyeragamkan iramanya.

Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animisme, isyaratdan perayaan pesta-pesta menuai. Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal,bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Brunei.Togunggak Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak dikalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' diPenampang, idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta.Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh(tagunggak) buah,bergantung kepadasuku kaum. Muzik yang dikeluarkanmenyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofondi selaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.

BungkauAlat ini lazimnya ditemuidi kawasan-kawasan suku-kaum Dusun.Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari.Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik)Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah.SOMPOTON

Ianya dibuat daripada sebijibuah labu yang kering dengan lapan batangpaip buluh yang disusun dalam dua lapisan.Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untukmemperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan suku kaum Kadazandusun.

ENGKERURADiperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu menebuk.Gam kelulut digunakanuntuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celahbuluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsihanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut.Beberapa kepingan kecilplat buluh diletakkan padadasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian.Pakaian tradisionalMasyarakat Kadazan atau orang dusun merupakan penduduk majoriti Sabah.Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi Kadazan adalah sederhana berbeza dengan etnik lain.Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju lengan panjang), Souva (Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau toogot (Bengkung pinggang hitam), Siga (Penutup kepala), Tupi sinikat (Topi bulat).Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis :Sinuangga - baju blaus pendek dan leher berbetuk U dipakai oleh wanita muda.Sinompukung Blaus - dengan lengan dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh wanita pertengahan.Kihongon Blaus - dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritualAksesori yang dipakai seperti Himpogot (Tali pinggang), Titimbak (Pin rambut), Hamai (Rantai leher), Simbong (Subang), Paun Kerongsang Tarian tradisionalDalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosiobudaya kawasan tertentu. Kemuncak bagi memartabatkan warisan budaya suku kaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Keamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 mei setiap tahun. Dalam perayaan ini, berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan.

Antara acara yang biasanya menjadi tarikan dalam perayaan suku kaum kadazandusun ialah tarian kadazandusun.

Tarian kadazandusun mempunyai 32 jenis lagu tetapi berlainan dari segi etnik iaitu tarian sumayau, tarian limba, tarian sumazau dan banyak lagi.

Salah satu tarian yang dipersembahkan oleh kaum kadazan dusun ialah tarian sumazau.

Tarian ini dijalankan sempena musim menuai di Sabah.

Menurut lagenda, tarian ini dipersembahkan untuk memberi pemujaan semangat padi (bambaazon).

Tarian sumazau ini juga di persembahkan bersama dengan pertandingan Unduk Ngadau (Ratu cantik).

Tarian ini kebanyakan ditarikan oleh masyarakat pantai barat iaitu Tambunan, Ranau, Papar dan Kudat.Tarian ini ditarikan oleh perempuan dan lelaki, keunikan bagi tarian ini ditunjukkan melalui tumit bertemu tumit, ibu jari bertemu ibu jari bagi penari wanita.Pakaian wanita dipanggil seraung yang diletakkan di atas kepala dan bulu berwarna warni yg diletak di atas seraung dikenali sebagai senaundung. Bagi lelaki pula, mereka memakai sida di kepala dan disertakan dengan selendang atau skaf yang dikenali sebagai sandai

Etnik BajauMasyarakat BajauKaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Kaum Bajau kebanyakkannya beragama Islam dan berasal dari dua kumpulan etnik yang tidak jauh bezanya iaitu Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di pantai Barat. Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di Sabah. Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah.Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir di mana kegiatan utamanya ialah pelanunan serta penangkapan ikan. Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di Sabah. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi gelaran "Koboi Timur" atau "Koboi Sabah". Orang Bajau yang berada di sebelah pantai Barat Sabah kebanyakkannya menetap dari bahagian Kota Kinabalu sehingga ke Kota Belud. Bagi kaum Bajau yang berada di bahagian pantai Timur Sabah , mereka masih mengamalkan kehidupan tradisional seperti kegiatan menangkap ikan dan kaum Bajau di sini digelar Bajau Laut. Walaubagaimanapun orang-orang Bajau di bahagian Timur Sabah ini kebanyakkannya telah menetap di darat atau di perkampungan tepian pantai. Segelintir daripada mereka masih lagi tinggal dalam perahu yang merantau ke sana-sini iaituLepa. Kaum wanita Bajau juga terkenal dengan tenunan kain mereka iaitu Dastar yang disulam dengan kain berwarna merah, kuning, hijau, oren, emas dan putih.Di Sabah, 6 bahasa Bajau di gunakan dan semuanya berasal daripada keluarga Sama-Bajau. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada negara jiran. Bagi kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah, bahasa mereka dipinjam daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. Kaum Bajau pantai Barat Sabah pula mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu. Kaum Bajau bahagian ini telah bekerjasama dengan kaum Kadazandusun dari segi akitviti ekonomi, perdagangan, perhubungan sosial serta kebudayaan. Orang Bajau dikatakan telah menggunakan sistem Barter dalam aktiviti ekonomi mereka Bukan itu sahaja, pengaruh kebudayaan daripada kedua-dua kaum ini juga dapat dilhat dari segi kesenian material, muzik dan juga reka bentuk bangunan.Penempatan Di Sabah, mereka adalah nelayan yang tinggal di daerahemporna sementara di daerah Kota Belud, Papar dan Tuaran pula, mereka adalah nelayan, pesawah dan penternak serta bercucuk tanam. Bajauotaelud pula digelar Koboi Sabah mini

Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti sea gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut dan Pelayar Terunggul.Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Belud dan Papar.

Manakala Orang Bajau Pantaiimur pula menetap di sekitarudat,andakan, Lahad Datu,unak, Semporna dan Tawau.

Budaya masyarakat Bajau

Makanan Dari segi makanan,terdapat pelbagai jenis makanan.Antaranya ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh.Makanan tradisional kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesies,antaranya lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu.Kima di jadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau.

Selain itu,makanan tradisional putu pula adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim.

Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya.

Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali,sehingga warna kekuning-kuningan.Tarian tradisionalBudaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai dan Runsai.Tarian Limbai merupakan satu tarian tradisional suku kaum bajau Kota Belud.Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak kerumah pengantin perempuan.Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai,perarakan dihentikan buat sementara.,lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin.Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan ijab dan kabul.Tarian Limbai diiringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulin tangan,dua orang pemukul gendang,dua orang pemaian gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan lelaki naik ke rumah.Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka ]Selain tarian Limbai,Runsai juga merupakan tarian tradisional suku kaum Bajau di Kota Belud.Runsai selalu di tarikan di majlis perkahwinan pada sebelah malam.Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan orang penari termasuk dua wanita.Disertai dengan kalang.Pakaian tradisionalEtnik lelaki Bajau biasanya mengenakan baju tradisional yang dipanggil badu. Badu atau baju ini biasanya dipilih kain berwarna hijau. Baju ini dihiasi dengan butang betawi dibelahan hadapannya. Butang betawi juga ada kalanya digunakan untuk hiasan lengan baju. Lengan baju dibelah hingga ke siku memperlihatkan baju bahagian dalam yang berwarna kontra. Badu tradisi ini seperti biasa dipakai pada majlis perkahwinan.

Lelaki Bajau ini juga memakai topi yang dipanggil tanjak untuk hiasan kepala. Tanjak ini diperbuat daripada kain dastar yang telah dibentuk dan dipakai semasa majlis perkahwinan. Seperti wanita etnik ini, golongan lelaki juga memakai tali pinggang dipanggil ingkot pangkat. Mereka juga memakai kain selendang yang disulam sebagai hiasan. Selain itu mereka juga memakai puyut yang digunakan sebagai pengikat pinggang atau selempang (selendang).Kaum lelaki Bajau juga biasa menggunakan perhiasan yang dipanggil supu. Supu ini adalah perhiasan yang digunakan untuk menyimpan sigup atau rokok daun. Disebabkan kebanyakkan golongan lelaki Bajau ini pada zaman dahulu adalah pahlawan-pahlawan yang gagah, maka mereka juga menggunakan perhiasan berbentuk keris dan pida. Keris, pida dan parang panjang dianggap sebagai lambang kepahlawanan etnik berkenaan.Bagi wanita Bajau Kota Belud pula kebiasaanya mereka memakai baju yang dipanggil badu sipak. Baju ini diperbuat daripada kain satin yang terang, selalunya kuning. Sementara baju di bahagian dalam berwarna kontra. Lengan baju dilabuhkan dan dibelah hingga ke paras siku menampakkan lengan baju di bahagian dalam. Pada belahan baju dihiasi dengan butang betawi ini berasal daripada nama betawi atau Batavia (nama asal Jakarta). Adakalanya lengan baju juga akan dihiasi dengan butang yang sama. Baju ini dipakai untuk majlis perkahwinan.Semasa menghadiri majlis rasmi etnik wanita Bajau ini biasanya memakai baju yang dipanggil badu sampit. Badu sampit ini biasanya dipilih daripada kain jenis satin yang berwarna terang. Mereka juga akan memakai skirt panjang yang dipanggil olos berangkit. Skirt panjang ini digunakan untuk majlis perkahwinan. Kain skirt ini juga ditekat dengan benang warna yang bermotifkan bunga kapas atau pucuk rebung. Kaum wanita Bajau juga memakai suar atau seluar panjang berwarna putih yang digunakan untuk persembahan tarian. Selain itu mereka juga memakai selendang yang disangkutkan di bahu dan membawa sapu tangan atau puyut berumbai yang dihiasi bahagian tepinya dengan rumbai-rumbai.Busana tradisional etnik Bajau ini juga diperindahkan lagi dengan pemakaian barang perhiasan atau aksesori.Misalnya untuk hiasan bahagian leher, terdapat aksesori yang dipanggil mandapun. Hiasan ini dibentuk seakan kalung dibuat daripada kain baldu yang dihiasi dengan perak atau emas. Kebiasaannya ia dikalungkan di leher.Mereka juga memakai aksesori untuk bahagian kepala yang dipanggil serempak. Perhiasan ini biasanya kelihatan seolah-olah mahkota dan diperbuat daripada logam warna perak atau emas yang dihiasi dengan manik sebagai bentuk. Serempak ini diletakkan pada bahagian rambut yang telah dibentuk menjadi sanggul dan diikat dengan tali kain bagi mengetatkan.

Barang perhiasan lain yang turut dipakai wanita Bajau ini ialah galang yang diperbuat daripada perak. Mereka juga memakai subang atau anting-anting yang diperbuat daripada emas atau perak. Selain daripada itu mereka juga memakai tali pinggang yang dipanggil ingkot pangkat dan kebiasaannya pada zaman dahulu ia diperbuat daripada logam perak.Etnik MurutMasyarakat MurutKaum murut merupakan suku kaum ketiga terbesar.Perkataan Murut merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah.Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan.Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut Serundung.Kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang.Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan.Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain.

Sebagai satu kumpulan budaya, etnik Murut di Sabah dikenali kerana kekayaan, kebudayaan kebendaan mereka, busana tradisional yang beradun, kemahiran menganyam bakul dan tikar serta tarian yang lemah-gemalai.

Penempatan Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak.Termasuk Tenom,Rundum, Persiangan dan Keningau.Mereka tinggal di dalam rumah panjang.Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai.Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga.Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai.

Rumah panjang Murut diperbuat daripada bambu atau buluh serta daun kering dari pokok tertentu. Rumah panjang ini dibina dalam keadaan memanjang mengikut jumlah keluarga dalam suatu kampung atau khas untuk ketua kampung serta orang-orang penting. Kini rumah panjang orang Murut tidak lagi banyak dibina kerana peredaran zaman moden.Kebudayaan kaum MurutAgama dan KepercayaanTradisi kaum Murut merupakan antara yang teristimewa di Sabah dan amat terkenal.

Kebanyakkan daripada orang-orang suku kaum ini telah meninggalkan tradisi atau adat mereka kecuali segelintir daripada warga tua sahaja.

Masyarakat Murut mempercayai animisme. Mereka menggangap setiap benda dalam alam seperti batu, pokok, dan sungai mempunyai semangat yang mampu mempengaruhi kehidupan mereka. Semangat ini perlu dipuja supaya mereka dapat hidup dalam aman sejahtera. Gunung Antulai iaitu Gunung Aru atau Gunung Hantu dianggap sebagai tempat suci.Masyarakat Murut mempercayai Aki Kopuno sebagai kuasa yang mencipta segala-gala dalam dunia ini. Bagi masyarakat Murut, bomoh mereka boleh berhubung dengan kuasa ghaib yang dipanggil Babalian.Pakaian Tradisional Kaum MurutPenggunaan pakaian tradisional kaum Murut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa upacara-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula, pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan serta untuk acara-acara kebudayaan. Selain daripada itu, kadangkala juga pakaian tradisional boleh dipakai pengapit pengantin.Sehubungan itu, kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada juga sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu. Manakala, bagi kaum lelaki pula, pakaiannya lebih kepada kulit kayu.Pakaian tradisional kaum Murut bagi lelaki ialah dikenali dengan pakaian puputul yang diperbuat daripada kulit kayu. Babaru puputul dipotong mengikut kepanjangan fesyen jaket. Aba puputul pula, cawat sepanjang dua meter diperbuat daripada isi kayu. Tupi sinulatan ialah perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit kayu.

Manakala, pakaian tradisional kaum Murut bagi perempuan ialah pakaian mereka lebih terkenal dengan pakaian pinongkolo iaitu baju dan gaun yang panjang berwarna hitam yang dihiasi dengan manik-manik. Antara contoh lain bagi pakaian wanita untuk kaum Murut ialah pipirot, salupai, sinikot, rarangkol dan holong.

Tarian Tradisional Kaum MurutMasyarakat kaum Murut juga terkenal dengan Tarian Lansaran dan Tarian Mangunatip yang penuh tenaga. Kebanyakan upacara keramaian, tarian-tarian ini lazim ditarikan kerana muziknya rancak serta bersimbolik. Semasa pesta menuai diadakan, penari-penari kaum Murut ini akan membuat persembahan di Bandar-bandar sehingga menjadi suatu daya tarikan kepada para pelancong dalam dan luar Negara. Walaupun terdapat sedikit sebanyak unsur tarian ini telah diubah namun makna serta gaya tariannya masih tidak terjejas.Tarian Mangunatip misalnya mempamerkan unsur kegagahan yang ada dalam kaum Murut serta bertujuan untuk memujuk roh-roh nenek moyang mereka agar dapat menjaga mereka. Penari-penari tarian ini menyelitkan gugusan padi yang sudah dituai dan juga kepala mangsa pada pinggang mereka.Gaya tarian Mangunatip ini amat unik serta mempesonakan dimana lelaki yang memegang parang akan melompat ke atas bambu yang disusun selang-seli oleh penari-penari lelaki lain. Selepas itu, penari yang berada di atas itu akan dianggap sebagai seorang pemburu yang menggunakan penyumpit iaitu buluh yang dimasukkan sejenis sumpit untuk memecahkan belon yang disediakan. Alunan muzik daripada gendang kulit serta somputon akan mengawal rentak tarian ini.Di samping itu, Tarian Mangunatip ini mempunyai keunikan tersendiri.

Melalui nama tarian ini sudah menampakkan keunikan kerana mengekalkan identiti suku kaum Murut.

Oleh itu, setiap gerakan dalam sesuatu tarian mempunyai maksud tersirat. Tarian Mangunatip juga mempunyai makna disebalik sesuatu gerakan. Tarian yang lemah-gemalai membawa maksud kesopanan wanita dan pihak lelaki sebagai pelindung kepada wanita dalam kehidupan. Ketika melalui buluh pula, penari lelaki dan wanita akan berpasang-pasangan sambil berpegangan tangan menari melalui buluh tersebut. Hal ini menerangkan bahawa walau apa jua cabaran dan rintangan yang melanda, kedua-dua pasangan khasnya dalam institusi perkahwinan, kedua-dua pihak hendaklah berganding bahu menyelesaikan masalah dalam rumahtangga

Tarian Lansaran pula merupakan tarian yang agak bertenaga dan memenatkan. Tarian ini diadakan untuk tujuan menyambut hasil padi yang baik, perkahwinan dan sebagai menyambut tetamu. 2 hari berturut-turut.Para penari akan memijak lantai seolah-olah berspring dan selepas itu akan mempunyai rentak tersendiri. Tarian ini dapat mengeratkan perhubungan di antara kaum keluarga serta sahabat di samping menjadi suatu daya tarikan pelancong.Di samping itu, tarian lansaran ini juga boleh menjadi salah satu permainan tradisional bagi suku kaum Murut

Tarian Lansaran kaum MurutPerayaan Tradisional Kaum MurutHari Pesta Menuai dalam bahasa Murut ialah Orou Napangaan Nanantab. Walau bagaimanapun, nama sebenar perayaan selepas menuai bagi suku kaum Murut adalah Mansisia. Sebelum perayaan tersebut, setiap keluarga menyumbangkan beras kepada Ketua Masyarakat iaitu penghulu untuk dimasak sama ada dibuat tapai atau nasi. Mereka juga menyumbangkan wang untuk membeli lauk-pauk semasa perayaan. Apabila hari Mansisia menjelang, semua penduduk kampung akan menghadiri jamuan makan dan minum di Tulus iaitu rumah panjang atau di rumah Penghulu jika kampung berkenaan tidak mempunyai Tulus.Acara rasmi dalam perayaan tersebut adalah minum tapai yang dipanggil Pansisiaan. Semua penduduk kampung dikehendaki minum tapai tersebut sebagai adat tradisi. Dalam perayaan Mansisia semua penduduk kampung dapat menikmati hasil tuaian setiap keluarga memandangkan beras yang disumbangkan sebelumnya dicampur-gaulkan sebelum dimasak.Tujuan perayaan Mansisia ini adalah sebagai hari kesyukuran dan bersukaria. Hari tersebut juga dianggap sebagai hari Kelepasan Am bagi para petani. Biasanya perayaan tersebut dilengkapi dengan beberapa acara yang menarik seperti persembahan kebudayaan, minum tapai dan bermacam-macam lagi yang sesuai dengan suasana sambutan perayaan Mansisia.Di samping itu, responden mengatakan perayaan tradisi suku kaum Murut iaitu Orou Napangaan Nanantab hampir sama dengan perayaan tradisi suku kaum Kadazan Dusun iaitu Pesta KaamatanKaum BugisKaum BugisBugis Sabah sebenarnya bukan penduduk asal atau peribumi di Negeri Sabah. Majoriti Bugis di Sabahhari iniadalah Bugis Indonesia kerana mereka telah datang selepas kewujudan negara Indonesia yang merdeka selepas pada 17 Ogos 1945 iaitu akhir tahun 1960an, 1970an dan kemuncaknya ketika 1980an seterusnya berterusan sehinggalah ke hari ini. Mereka ini telah disemai dengan semangat cintakan tanah air mereka Indonesia dan mengamalkan budaya hidup Indonesia terlebih dahulu sebelum datang ke Malaysia. Sebab utama rakyat Indonesia ini dahulunya sanggup datang sejauh ini ke Malaysia adalah atas sebab faktor ekonomi yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik di Malaysia berbanding di tanah air mereka.Bugis Indonesia adalahberbezadengan masyarakat Melayu yang banyak di Tawau Ini kerana orang-orang Bugis asli dari Indonesia ini kurang gemar perkahwinan campur dengan masyarakat Melayu tempatan di Sabah. Sebaliknya mereka cenderung berkahwin dengan sesama sendiri (di kalangan Bugis Indonesia) dan hidup dengan mengamalkan cara hidup mereka sendiri iaitu adat resam dan budaya Bugis atau gaya hidup Indonesia. Mereka juga lebih suka bertutur dengan bahasa Bugis dan menggunakan loghat Bugis jika bertutur dalam bahasa Melayu.Mengikut analisis semasa komuniti Bugis di Sabah boleh dibahagikan kepada 3 bahagian. Pembahagian kumpulan etnik Bugis adalah seperti berikut :Melayu Bugis ( 10 % ), Bugis Bertaraf Wargenegara ( 30 % ) , Bugis Indonesia Bukan Bertaraf Warganegara ( 60 % ).

Tafsirannya adalahMelayu Bugisialah masyarakat Melayu Tawau yang mempunyai darah Bugis namun tidak mengamalkan budaya Bugis dan tidak tahu bertutur dalam bahasa Bugis. Ini kerana mereka sudah bercampur melalui perkahwinan dengan keturunan Melayu yang lain seperti Tidung, Arab, Suluk dan Bajau. Jumlah mereka adalah sedikit dan sukar dikenalpasti Mereka juga hanya tahu bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Selain itu, mereka tidak ada hubungan keluarga dengan bangsa Bugis di Sulawesi selatan Golongan ini juga tidak pernah balik kampung.TafsiranBugis Bertaraf Wargenegarapula ialah kumpulan pendatang Indonesia yang dilahirkan di Sulawesi selatan dan datang ke Sabah semata-mata untuk bekerja di ladang-ladang. Kemudian mereka melahirkan anak-anak di sini yang kemudiannya mendapat pendidikan di sekolah sekolah kerajaan. mendapat taraf warganegara, penduduk tetap ataupun penduduk sementara. Sebab itulah golongan ini seringkali balik kampung Manakala tafsiranBugis Indonesia Bukan Wargenegarapula ialah golonganpekerja Indonesiayang berbangsa Bugis yang terlalu ramai terdapat di negeri Sabah.

Mereka ini bertaraf warganegara Indonesia dan bekerja secara sah di Sabah menggunakan pasport luar negara. Ramai yang sedang memohon taraf kerakyatan di Putrajaya.Kebanyakan komuniti Bugis di Sabah tertumpu di daerah Tawau hingga ke kawasan daerah sekitarnya seperti Kunak dan Lahad Datu.

Penempatan Orang Bugis Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.Sejarah kedatangan suku kaum Bugis di Sabah (Tawau khususnya) berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau. Adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi.Penempatan awal oleh suku kaum Bugis ini bermula di kawasan yang dikenali sebagai Ranggu. Ini bermakna suku kaum Bugis sudah pun menerokai kawasan Tawau dan menjadikan Ranggu sebagai salah satu destinasi untuk berulang-alik ke Indonesia.Mereka menjadi pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke ladang-ladang milik kerajaan British ketika itu.Kemudian seorang lagi bangsa Bugis dari kerabat diraja Bone bernama Petta Senong menetap di Sungai Imam, Bombalai. Usaha mereka ketika itu adalah sebagai orang upahan kepada Kerajaan Sulu untuk menghapuskan sebanyak mungkin lanun-lanun yang bergerak di perairan Laut Sulu, Borneo.Kemudian, beberapa kawasan baru terus diterokai oleh suku kaum Bugis dan kawasan yang termasuk dalam tapak pembangunan Bandar Tawau. Antara suku kaum Bugis yang terlibat dalam penerokaan bandar Tawau ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke, Wak Gempe dan Haji Osman.Budaya Bugis di SabahI La Galigo La- Galigo ialah tulisan-tulisan atau manuskrip panjang yang terhasil daripada cerita yang menjadi warisan nene moyang dalam masyarakat Bugis.Penyebaran ini diturunkan daripada satu generasi kepada satu geberasi yang lein melalui tradisi lisan dan tulisan. La Galigo bercerita tentang ratusan keturunan dewa yang hidup pada suatu masa selama 6 (enam) generasi turun temurun di berbagai kerajaan di sulawesi selatan dan daerah pulau-pulau disekitarnya. Naskah bersyair tersebut ditulis dalam bahasa bugis kuno dengan gaya bahasa sastra tinggi. Hingga memasuki abad ke 20 Masehi naskah la galigo secara luas diyakini oleh masyarakat bugis sebagai suatu alkitab yang sacral dan tidak boleh dibaca tanpa didahului upacara ritual tertentu.La Galigo adalah epik terpanjang dunia. Ia wujud sebelum epik Mahabharata. Ia mengandungi sebahagian besar puisi ditulis dalam bahasa bugis lama. Epik ini mengisahkan tentang kisah Sawerigading, seorang pahlawan yang gagah berani dan juga perantau. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ia penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walaubagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke 14.Cerita rakyat- mitos ikan sebelahCerita asal usul ikan sebelah adalah merujuk mitos pada masa dahulu di sebuah kampung yang menjadi tempat tinggal sepasang suami isteri.Suami merupakan seorang nelayan manakala isterinya pula sebagai seorang suri rumah tangga.Pada suatu hari, suami telah berpesan kepada isterinya supaya tidak keluar dari rumah.Walaubagaimanapun, isterinya tidak mendengar arahan suaminya dan keluar dari rumah.Sewaktu suaminya balik ke rumah dan dapati isterinya tidak berada di rumah, dia berasa sangat marah.Ketika dia ternampak isterinya, dia terus mengeluarkan parang dan mencederakan isterinya.

Isterinya cedera parah dan telah jatuh ke dalam laut.Pada masa itu, dia telah menjelma menjadi ikan sebelah kerana separuh badan telah hilang.Oleh itu, terdapat masyarakat Bugis yang tidak mahu makan ikan sebelah akibat percaya akan certa tersebut.

Lagu DodoiLagu ini digunakan untuk menidurkan anak.Si ibu akan menggunakan irama yang mendayu yang bernama Ya Be La Le untuk menidurkan anak mereka.Lagu tersebut mempunyai pelbagai versi mengikut loghat suku Bugis yang menyanyikannya.Jika orang Bugis Bone yang melagukannya, liriknya dapat diubah mengikut kesesuaian penyanyi. Terdapat versi yang dilagukan oleh kaum lelaki atau si ayah. Jika lelaki yang menyanyikan lagu tersebut, liriknya akan berubah dan nasihat yang disampaikan juga tidak sama.Alat muzikMasyarakat Bugis memiliki alat muzik yang terkenal yang dikenali sebagai kecapi. Alat muzik ini selalunya dimainkan oleh orang-orang tua dan diiringi lagu-lagu dalam Bahasa Bugis. Kecapi merupakan sejenis kordofon yang berbentuk tiang topang perahu atau hamper menyerupai sape.Ia hanya mempunyai dua tali yang diperbuat daripada tangsi.Orang Bugis juga memiliki alat muzik gambus yang dipanggil sebagai gambusu, gendang dan gong seperti yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Orang Bugis di Tawau gemar dan terkenal dengan alat muzik kategori membranofon yang dikenali sebagai gendrang /gendang.Ia diperbuat daripada kulit kambing atau kulit lembu yang diikat pada batang kayu nangka. Set gandrang meliputi gendang kecil yang dipanggil sebagai pemula muzik, gendang besar dan gong.Gong digunakan untuk mengiringi muzik gandrang.

Busana Tradisional BugisBaju BodoBaju Bodo ialah sejenis baju yang pendek yang hanya dipakai oleh golongan wanita bersama dengan kain sutera.Baju tersebut diperbuat daripada kain yang sangat nipis manakala pada masa kini pula, ia telah berubah dan menggunakan kain sutera Bugis.Pada masa dahulu, warna pakaian akan menandakan fasa kehidupan atau tingkat usia seseorang perempuan.Kini baju Bodo hanya dipakai pengantin dan pengiringnya dalam upacara perkahwinan.Kain VeilWanita Bugis di Sabah mempunyai keunikan tersendiri sewaktu meraikan keramaian, seperti kenduri perkahwinan atau menyambut hari raya.Mereka sering tampil dengan kelainan dan golongan generasi tua komuniti Bugis sering mengenakan pakaian yang dijahit dengan menggunakan kain Veil. Kain ini akan dijahit fesyen baju kebaya pendek atau panjang.Biasanya, baju tersebut akan digayakan dengan kain sabbe sebagai pelengkap gaya.Aksesori Pengantin

Nama Kenyataan Mahkota - BandoSebagai pelengkap kepada pakaian wanita BugisSanggul - kondeDigunakan oleh wanita yang tidak memakai tudung untuk mencantikkan rambut.Gelang panjang tenggoro tedongDiperbuat daripada aluminium berwarna perak dan diukir dengan motif bunga.Anting-anting - bangkaraDigantung pada telinga untuk menyerikan pengantin.Perhiasan rantai geno ma buleTerdiri daripada Sembilan pecahan bunga yang disusun untuk menyerikan busana.Tarian tradisional Tari pelangi - tarian pabbakkanna lajina atau biasa disebut tari meminta hujan.Tari Paduppa Bosara - tarian yang mengambarkan kedatangan tetamu Bugis sebagai tanda kesyukuran dan kehormatan.Tari Pattennung - tarian adat yang menggambarkan perempuan-perempuan yang sedang menenun benang menjadi kain. Melambangkan kesabaran dan ketekunan perempuan-perempuan Bugis. Tari Pajoge dan Tari Anak Masari; tarian ini dilakukan oleh calabai (waria), namun jenis tarian ini sulit sekali ditemukan bahkan dikategorikan telah punah. Jenis tarian yang lain adalah tari Pangayo, tari Passassa, tari Pagalung, dan tari PabbatteTarian tradisional Jenis TarianPernyataanTari pelangitarian pabbakkanna lajina atau biasa disebut tari meminta hujan.

Tari Paduppa Bosaratarian yang mengambarkan kedatangan tetamu Bugis sebagai tanda kesyukuran dan kehormatan.

Tari Pattennungtarian adat yang menggambarkan perempuan-perempuan yang sedang menenun benang menjadi kain. Melambangkan kesabaran dan ketekunan perempuan-perempuan Bugis.Tari Pajoge dan Tari Anak Masaritarian ini dilakukan oleh calabai (waria), namun jenis tarian ini sulit sekali ditemukan bahkan dikategorikan telah punah.PermainanBeberapa permainan khas yang sering dijumpai di masyarakat Bugis : Mallogo, Mappadendang, Magasing, Mattoajang (ayunan), getong-getong, Marraga, Mappasajang (layang-layang), MalonggakEtnik BisayaPengenalanAsal usul nama Bisaya adalah daripada perkataan Bisai-yah yang diucapkan oleh Sultan Brunei.Bisai (bahasa Brunei) cantik

Maksud Bisai-yahKeindahan perkampungan etnik Bisaya dan keelokan paras rupa orang-orang Bisaya yang begitu dikagumi oleh Sultan dan pembesar Brunei yang melawat ke kawasan perkampungan orang Bisaya pada masa itu.Berdasarkan kajian bahasa dan budaya etnik ini, terdapat penerimaan umum bahawa etnik Bisaya di Sabah adalah daripada kelompol etnik Dusun yang merupkan penduduk terawal di Borneo. Kajian linguistik terhadap bahasa Bisaya adalah daripada kelompok bahasa Dusun.PetempatanEtnik Bisaya mendiami di daerah pedalaman Sabah khususnya di daerah Beaufort, Kuala Penyu, Menumbok, Sipitang, dan Wilayah Persekutuan Labuan.TahunBilangan Etnik19217,092 orang 197013,998 orang198020,000 orangMasa kiniLebih kurang 50,000 orangDi daerah Beaufort, etnik Bisaya mendiami kawasan Klias dan tebing Sungai Padas.Kawasan Klias : Kampung Kebatu, Kukut, Kabidang, Takuli, Landayan, Malabau, Pilajau, Kota Klias, Klias Kecil, Laba, Kakuro, Rancangan Petempatan Klias dan Nukahan.Kawasan tebing Sungai Padas : kawasan Kampung Malalugus, Luagan, Beringin, Gadong, Kepawa, Mempagar, Limbawang, Pintas, Lupak, Batandok, Lukut, Silaun, Kebulu, Kadingan, Kuridak, Garama, Patani, Lawa, Kabajang, Lago, Suasa, Jabang, Mentuludd, Bangkalalak dan Padas Damit .

Kuala Penyu : Kampung Parit, Kerukan, Kekappor, Berangkok dan Mansud.Menumbok : Kilugus, Siaun, Sinapokan, Malikai dan pekan Menumbok.Sipitang : Sindumin, Mesapol dan sebagai komuniti kecil di perkampungan lain.Kawasan yang bercampur gaul dengan etnik lain : Kota Kinabalu, Wilayah Persekutuan Labuan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Sandakan, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Kota Belud, Ranau, Tenom dan Papar.Budaya Etnik Bisaya1. Tarian Tradisi BisayaTarian tradisi yang melambangkan identiti budaya etnik Bisaya Sabah dapat dikesan pada awal tahun 1960 (selepas Sabah mencapai kemerdekaan).Penubuhan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (1977) berusaha untuk memelihara seni budaya Bisaya dan menonjolkannya dalam pelbagai kegiatan kebudayaan serta majlis keramaian.

Terdapat 2 jenis tarian :Tarian Liliput

(a) Tarian LiliputMaksud : berkeliling atau mengelilingi sesuatuGerak tari yang dipersembahkan penari seakan-akan mengelilingi sesuatu objek di kawasan tarian.Dibentuk berasaskan amalan perubatan tradisional menerusi acara yang digelar barasik (satu kaedah pemujaan semangat ke atas pesakit dan menghalau gangguan makhluk halus dengan mempersembahkan hidangan atau jamuan kepada makhluk halus dan mendapatkan khidmat seorang bomoh (babalian).Tarian ini melibatkan 8 orang penari yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan.Penari-penari akan membawa kain yang berwarna kuning, merah dan hijau sebesar sapu tangan yang diikat pada pergelangan tangan (mencontohi babalian yang menggunakan kain selendang untuk dikibarkan semasa menyeru makhluk halus.)Baju tradisi adalah berwarna hitam sama dengan warna pakaian babalian.Alat muzik yang digunakan adalah muzik kulintangan.Tarian Tumutu

(b) Tarian TumutuBerkait rapat dengan kegiatan ekonomi khususnya kegiatan penanaman padi.Tumutu bermaksud menumbuk padi yang bersempena dengan aktiviti menumbuk padi secara beramai-ramai selepas selesainya kerja menuai padi.Persembahan tarian melibatkan 4 orang penari lelaki dan 4 orang penari perempuan.Penara lelaki akan membawa lesung dan menari sambil membawa alu (peralatan untuk menumbuk padi) manakala penari perempuan membawa nyiru untuk menampi padi.Melibatkan pergerakan sebagai simbol kegiatan menanam, menuai, menumbuk dan menampi padi.Tarian ini melambangkan cara hidup dan kegiatan ekonomi nenek moyang mereka pada zaman dahulu.

Nyiru2. Seni Muzik Tradisi(a) KulintanganMerupakan khazanah kebanggaan bagi etbik Bisaya.Terdapat kumpulan kulintangan yang terdiri daripada pelbagai kategori, iaitu kumpulan daripada golongan lelaki, wanita, remaja dan kanak-kanak.Kehebatan etnik Bisaya memainkan muzik kulintangan menyebabkan daerah Beaufort menjadi tempat penganjuran Pesta Kulintangan Peringkat Negeri Sabah bermula sejak tahun 2007.

(b) MangalangCara orang kampung menunjukkan kehebatan menumbuk padi dengan menggunakan lesung yang mempunyai tiga lubang.(c) GambangDiperbuat daripada kayu, besi dan buluh.

Masyarakat Brunei PengenalanDikatakan sejarah migrasi orang Brunei ke Sabah bermula semasa pemerintahan Sultan Brunei ke-5 iaitu Sultan Volkiah (1485-1524).Kewujudan orang Brunei di Sabah juga sering dikaitkan dengan sejarah kerajaan Kesultanan Melayu Brunei kerana sejarah Sabah adalah sebahagian daripada sejarah kerajaan Brunei tradisi sevbelum bermulanya penjajahan British pada 1881.PetempatanMendiami Residensi Pantai Barat terutamna di kawasan pinggir pantai yang menganjur dari daerah Tuaran (bahagian utara) sehingga ke daerah Sipitang (bahagian selatan).

Beberapa buah daerah yang didiami oleh orang Brunei : Sipitang, Weston, Menumbok, Kuala Penyu, Kota Klias, Membakut, Bongawan, Kimanis, Benoni, Papar, Tuaran, Kudat dan juga termasuk di Pulau Labuan.Budaya1. Alat Muzik2. TarianTarian Adai-adaiDitarikan oleh pasangan lelaki dan perempuan.Menggambarkan aktiviti dan kehidupan nelayan serta petani.Mengisahkan kumpulan nelayan pergi menangkap ikan di laut manakala golongan wanita pula menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk membantu mengutip hasil tangkapan yang akan diperoleh.Tarian Adai-Adai

3. Permainan TradisiMasyarakat IranunPengenalanDikenali sebagai pelayar yang handal (mahir dan tangkas dalam dunia kelautan) kerana sebahagian besar petempatan masyarakat Iranun terletak di kawasan yang berhampiran dengan pantai.Perkataan Iranun merujuk makna berkasih-kasihan.Akar kata ranun : kasih sayangDitambah vokal [i] : bererti dikasihiKesimpulannya, Iranun merujuk nilai kasih sayang yang mengikat tali kekitaan, memanjangkan semangat persaudaraan menerusi perlakuan bekerjasama, bertolongan, saling memvantu dan menjunjung prinbsip gotong-royong.

Terdapat satu keramat pegangan bagi masyarakat Iranun iaitu :Semangat satu bangsa,kita bangsa Iranun.PetempatanLebih tertumpu di kawasan pesisir Pantai Timur dan Pantai Barat Sabah.Masyarakat Iranun gemar tertumpu berdekatan dengan pantai dan kuala-kuala sungai serta membina rumah secara rapat antara satu sama lain kerana mereka mempunyai ikatan hubungan sosial yang rapat dan erat.Kegiatan ekonomi : bertani dan menangkap ikan.Masyarakat Iranun mendominasi :

Pantai TimurPantai BaratKawasan TungkuLahad DatuKawasan Kudat Kota Belud (kawasan petempatan majoriti masyarakat Iranun)BudayaMasyarakat SulukPengenalanEtnik Suluk berasal dari Kepulauan Sulu. Kerajaan Brunei telah menghadiahkan Sultan Sulu wilayah jajahannya di Borneo Utara (Sabah) kerana berjaya membantu Sultan Brunei menamatkan perang saudara yang berlarutan selama 10 tahun.Juga dikenali sebagai orang laut kerana gaya hidup yang gemar akan pelayaran dan juga bermula dengan pekerjaan sebagai nelayan dan mengambil hasil laut.PetempatanUmumnya etnik Suluk bertumpu di kawasan Pantai Timur di Sabah seperti Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Juga tinggal di kawasan Kota Kinabalu seperti Tuaran, Penampang dan daerah Kkudat.Budaya

Bibliografi Saidul Nornis Hj. Mahali. 2012. Bajau Pantai Barat. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.Jacqueline Pugh Kitingani. 2012. KadazanDusun. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.Kntayya Mariappan dan Paul Porodong, 2012. Murut & Pelbagai Etnik Kecil Lain di Sabah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.Daya Sansalu. 2008. Kadazandusun di Sabah: Pendidikan dan Proses Pemodenan 1881-1967. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Rosnah Ismail Abdul Halim Othman. 1999. Kualiti Keluarga Kadazandusun: satu wawancara Kumpulan berfokus. Kuala Lumpur: Affluent Master Sdn. Bhd.Asmiaty Arnat. 2012. Bugis Sabah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.G.C Woolley. 2004. The Timogun Muruts of Sabah. Kota Kinabalu: Natural History Publication (Borneo).Suraya Sintang. 2007. Sejarah dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.P. S. Shim. 2007. Inland People of Sabah. Kota Kinabalu: Borneo Cultural Heritage Publisher.Shamsiah Sabaruddin. 1993. Tarian-tarian Penduduk Sabah dan Sarawak. Kuala Lumpur: Pustaka Bukti Wira.Haji. Ismail Haji Bungsu. 1995. Warna Budaya. Sabah: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah.Pengenalan kepada negeri Sabah. Dimuat turun pada 18 Januari, 2014 dari http://www.sabah.edu.my/kds/kebudayaandisabah.htmMeneroka budaya etnik Sabah. Dimuat turun pada 18 Januari, 2014 dari http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Horizon&pg=ho_03.htm