26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 188 Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah : Meningkatkan Semangat Patriotisme Murid Oleh, Wilbinah Bahoi SMK Tun Fuad Stephens Kiulu Tuaran, Beg Berkunci No.05, 89257 Tamparuli, Sabah. ABSTRAK Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah. Tujuan mata pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata pelajaran Sejarah diharap dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat patriotisme dan kesefahaman antarabangsa. Sejarah adalah mata pelajaran yang bermatlamat untuk menerapkan kemahiran menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah negara secara nasional. Selain itu mata pelajaran ini dapat mempertingkat daya pemikiran dan kematangan pelajar berasaskan pengalaman sejarah. Sejarah mendukung konsep penyelidikan, penyiasatan dan kajian sebab-musabab. Justeru pengajaran sejarah secara berkesan oleh guru adalah amat penting dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia yang memahami perjalanan pelbagai rentetan peristiwa dan seterusnya mengambil iktibar untuk meningkatkan jati diri dan semangat nasionalisme. Oleh itu, kajian telah dijalankan untuk meneliti kesan kaedah pengajaran menggunakan soalan Sejarah Kertas 3 Pentaksiran 2013 terhadap peningkatan semangat patriotrisme murid di SMK Tun Fuad Stephens Kiulu Tuaran. Kajian dilaksanakan di tingkatan 5 Sains pada tahun 2012 dan tingkatan 4 Perakaunan bermula tahun 2012 sehingga Mei 2013. Keputusan peperiksaan kendalian sekolah dan peperiksaan awam telah dijadikan penanda aras kepada keberhasilan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi dalam mata pelajaran Sejarah, selaras dengan peningkatan semangat patriotisme dalam kalangan murid. Kesimpulannya, pengenalan Sejarah Kertas 3 amat signifikan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan murid sesuai dengan keperluan semasa negara.

Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

188

Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah :

Meningkatkan Semangat Patriotisme Murid

Oleh, 

Wilbinah Bahoi 

SMK Tun Fuad Stephens Kiulu Tuaran, 

Beg Berkunci No.05, 89257 Tamparuli, Sabah. 

ABSTRAK

Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid

secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah. Tujuan mata pelajaran ini

diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan

jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata pelajaran Sejarah diharap

dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat patriotisme dan

kesefahaman antarabangsa. Sejarah adalah mata pelajaran yang bermatlamat untuk

menerapkan kemahiran menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah negara

secara nasional. Selain itu mata pelajaran ini dapat mempertingkat daya pemikiran dan

kematangan pelajar berasaskan pengalaman sejarah. Sejarah mendukung konsep

penyelidikan, penyiasatan dan kajian sebab-musabab. Justeru pengajaran sejarah

secara berkesan oleh guru adalah amat penting dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia

yang memahami perjalanan pelbagai rentetan peristiwa dan seterusnya mengambil

iktibar untuk meningkatkan jati diri dan semangat nasionalisme. Oleh itu, kajian telah

dijalankan untuk meneliti kesan kaedah pengajaran menggunakan soalan Sejarah

Kertas 3 Pentaksiran 2013 terhadap peningkatan semangat patriotrisme murid di SMK

Tun Fuad Stephens Kiulu Tuaran. Kajian dilaksanakan di tingkatan 5 Sains pada tahun

2012 dan tingkatan 4 Perakaunan bermula tahun 2012 sehingga Mei 2013. Keputusan

peperiksaan kendalian sekolah dan peperiksaan awam telah dijadikan penanda aras

kepada keberhasilan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi dalam

mata pelajaran Sejarah, selaras dengan peningkatan semangat patriotisme dalam

kalangan murid. Kesimpulannya, pengenalan Sejarah Kertas 3 amat signifikan untuk

meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan murid sesuai dengan keperluan

semasa negara.

Page 2: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

189

PENDAHULUAN

Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam

Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan

Dunia Putra bahawa Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam

peperiksaan peringkat SPM pada tahun 2013 dan mata pelajaran teras dalam Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR), telah menjadi sejarah baru dalam perkembangan

pendidikan di negara ini. Beliau yang juga Menteri Pelajaran pada ketika itu berkata,

ketika ini elemen sejarah diajar dalam mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah

rendah sebelum diterapkan sebagai mata pelajaran teras di bawah KSSR 2014. Perkara

yang lebih penting berkaitan pelajaran Sejarah ialah kalangan murid baik di sekolah

rendah mahupun di sekolah menengah, perlu memahami falsafah di sebalik mata

pelajaran itu yang bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai sejarah negara dan

hubungan antara kaum di negara ini. Mata pelajaran Sejarah adalah penting bagi

membina generasi yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan sedia

berkorban untuk negara.

ISU YANG PERLU DI ATASI

Generasi muda kini, walaupun mempelajari Sejarah tetapi buta sejarah terutama

berkaitan negara sendiri. Mereka tidak memahami kontrak sosial yang tersirat dalam

Perlembagaan Negara sedangkan pemahaman dan penghayatan sejarah negara sangat

penting dalam pembinaan negara bangsa. Guru Sejarah mengharapkan murid yang celik

sejarah manakala hati dan jiwanya pula kental dengan semangat patriotisme.

Bagi mengatasi masalah ini, mata pelajaran Sejarah mestilah difahami dan

dihayati bukan dihafal seperti sekarang. Penghayatan Sejarah bertujuan untuk

membentuk jati diri rakyat negara ini yang berbilang kaum serta sebagai penerusan

kewujudan Malaysia sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke arah

mengekalkan kemerdekaan. Elemen memahami dan menghayati adalah sangat penting

dalam menerapkan kesedaran cinta kepada negara, mempunyai semangat patriotisme

dan mengeratkan hubungan kaum di negara ini. Nilai Sejarah negara yang penting,

mesti dihayati murid sehingga dewasa.

Oleh itu, bentuk soalan Kertas 3 SPM digunakan untuk menilai pemahaman

Sejarah dan patriotisme murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran,

Page 3: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

190

merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi isu tersebut. Kaedah pengajaran dan

pembelajaran Sejarah mesti berubah mengikut zaman dan keperluan isu semasa

negara.

CADANGAN MENGATASI ISU

Dalam mengatasi isu tersebut, guru Sejarah perlu menggunakan landasan

pemikiran ‘Haluan Kerja Pendidikan Negara : Prinsip Kerja X-PLUS - Merealisasikan

Agenda Transformasi Negara’. Yakni telah diperkenalkan oleh Dato’ Abdul Ghafar

Mahmud, Ketua pengarah Pelajaran Malaysia pada tahun 2010. Prinsip X-PLUS

bermatlamat memaksimumkan impak penyampaian perkhidmatan dalam bentuk

keberhasilan kerja aras cemerlang (eXcellence) berteraskan Pengetahuan, Latihan,

Usaha dan Semangat sepasukan.

Guru perlu menekankan prinsip yang keempat iaitu Usaha. Perlu diketahui

bahawa usaha berbeza dengan kerja. Usaha bermaksud berikhtiar seupaya mungkin

dengan menggunakan pelbagai sudut pemikiran, sumber dan kreativiti dan inovasi demi

menyempurnakan misi dan mencapai objektif. Usaha bermaksud ’go extra mile’ dan

mengutamakan matlamat dan objektif. Ukuran usaha ialah keberkesanan. Guru

perlu melihat sukatan pelajaran dari sudut pembelajaran. Demikian juga matlamat murid

menghadiri persekolahan. Murid ingin belajar dan berubah ke arah kemajuan, bukan

untuk membantu guru menghabiskan sukatan pelajaran.

Penerapan prinsip yang keempat dalam mengatasi isu yang timbul ini menuntut

guru memiliki kesungguhan berikhtiar, daya fikir yang berkembang dan merealisasikan

imaginasi melalui kreativiti guru, seterusnya matlamat dan objektif menjadi kenyataan.

Dengan merujuk Prinsip X-Plus yang keempat guru Sejarah perlu berusaha untuk

meningkatkan semangat patriotisme murid.

Antara usaha yang digunakan guru adalah menggunakan Kaedah Pengajaran

Sokratik (Socrates). Menurut Socrates, kaedah tersebut mengutamakan teknik

penyoalan yang bertujuan meningkatkan taraf pemikiran murid secara logik dari yang

belum diketahui kepada yang diketahui. Taraf pemikiran yang boleh dicapai adalah

bergantung kepada jenis soalan yang ditanya iaitu daripada peringkat rendah ke

peringkat tinggi. Jenis soalan adalah berbentuk peringatan, pemikiran, pertimbangan,

Page 4: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

191

mencipta dan kreatif. Sehubungan dengan itu, kaedah Socrates ini boleh diterapkan

dalam Kaedah Soalan Sejarah SPM Kertas 3 untuk digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Soalan Sejarah SPM Kertas 3 ini telah mula

dilaksanakan dalam kalangan murid tingkatan 4 dibeberapa buah sekolah menengah

terpilih yang dijadikan sebagai perintis sepanjang tahun 2011. Ia telah mula digunapakai

untuk murid tingkatan 4 di semua sekolah menengah seluruh negara bermula Januari

tahun 2012 selepas melalui beberapa penambahbaikan di sekolah - sekolah perintis tadi.

Secara umum, Objektif Pentaksiran Sejarah SPM Kertas 3 mulai tahun 2013

adalah seperti berikut:

i. Mengetahui dan memahami istilah dalam sejarah Malaysia dan sejarah negara

luar

ii. mengetahui, memahami dan mengaplikasi konsep sejarah Malaysia dan sejarah

negara luar dalam kehidupan

iii. Mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menjana idea

tentang :

• kepentingan sejarah sebagai satu disiplin ilmu dalam kehidupan

• fakta sejarah Malaysia dan negara luar

• ciri kemasyarakatan dan kebudayaan masyarakat Malaysia

• sumbangan tokoh dalam memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan

pembangunan negara serta mempertahankan maruah bangsa

• nilai murni dalam kehidupan

• pengamalan semangat patriotik dalam mempertahankan kedaulatan,

kemerdekaan dan dan pembangunan negara

• perkembangan masyarakat dan negara dari sudut politik, ekonomi dan

sosial

• kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan

sumbangannya di peringkat antarabangsa

iv. Mengetahui, memahami dan mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah

untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan

Apabila Objektif Pentaksiran Sejarah SPM Kertas 3 tahun 2013 ini dapat dicapai

selepas proses pengajaran dan pembelajaran, maka diharapkan semangat patriotisme

murid berjaya dipupuk dan ditingkatkan.

Page 5: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

192

OBJEKTIF KAJIAN

1. Murid mengetahui, memahami dan menganalisis konsep sejarah Malaysia dan

sejarah negara luar dalam kehidupan

2. Murid mengaplikasi, menilai dan menjana idea daripada pelajaran sejarah untuk

mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan

3. Murid mempunyai semangat patriotisme unggul

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian adalah murid tingkatan 5 Sains tahun 2012 berjumlah

24 orang dan murid tingkatan 4 Perakaunan berjumlah 20 orang.

TEMPOH PELAKSANAAN

Tempoh kajian dilaksanakan:

1. Tingkatan 5 Sains bermula Jun sehingga Oktober 2012.

2. Tingkatan 4 Perakaunan bermula Jun 2012 sehingga Mei 2013.

PELAKSANAAN

Kaedah Soalan Kertas 3 telah dilaksanakan di tingkatan 5 Sains dan 4

Perakaunan bermula bulan Jun tahun 2012 selepas Pengumuman Timbalan Perdana

Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang

berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, bahawa Sejarah akan

dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan peringkat SPM pada tahun

2013. Meskipun tingkatan 5 Sains ini tidak terlibat dengan penambahbaikan dasar

tersebut, namun pelaksanaan Kaedah Soalan Kertas 3 tetap dijalankan bertujuan untuk

memupuk semangat patriotisme murid melalui mata pelajaran Sejarah. (Sila rujuk

Lampiran 2 untuk Unsur Patriotisme berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran KBSM)

Bentuk dan contoh soalan Sejarah SPM Kertas 3 mulai 2013, berdasarkan

Mesyuarat Penataran Format Baru Sejarah SPM 2013, adalah seperti dalam Jadual 1

yang berikut:

Page 6: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

193

TAJUK UMUM TUGASAN

Tajuk 7.2 (Bab 3 Tingkatan 4) - Tamadun Awal Asia Tenggara

Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

i. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti

buku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah, risalah, internet dan lain-lain.

ii. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku

ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.

iii. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.

SOALAN PADA HARI PEPERIKSAAN

Huraikan sejarah kegemilangan kerajaan awal di Asia Tenggara dan

menghubungkaitkannya dengan kegemilangan negara kita pada hari ini.

Peringatan: Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.

(Jadual 1)

FORMAT ASPEK PERINCIAN MARKAH

Pengenalan Memahami latar

belakang

1. Jelaskan latar belakang kemunculan

kerajaan awal di Asia Tenggara

5

Isi dan

Huraian

Memahami ciri

dan faktor

2. Huraikan ciri-ciri dan faktor

perkembangan kerajaan-kerajaan awal di

Asia Tenggara:

i. Kerajaan Agraria (15m)

ii. Kerajaan Maritim(15m)

30

Menganalisis 3. Jelaskan aspek saling kebergantungan

antara Kerajaan Agraria dan Kerajaan

Maritim

15

Mengaplikasi 4. Bagaimanakah kita memanfaatkan

kedudukan yang strategik di Nusantara

bagi kemajuan negara kita?

15

Menilai 5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan

kejayaan yang dicapai oleh negara setelah

memanfaatkan kedudukan yang strategik

di Nusantara?

10

Page 7: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

194

Mencipta /

Menjana idea

6. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh

Malaysia dalam memajukan negara?(5m)

Nyatakan Langkah-langkah untuk

mengatasi cabaran tersebut. (5m)

10

Menghayati nilai

murni, iktibar,

unsur

patriotisme

7. Nyatakan nilai murni, iktibar dan unsur

patriotisme daripada kemajuan kerajaan

awal yang boleh diterapkan demi kemajuan

negara kita.

10

Kesimpulan Rumusan 8. Rumusan

• Pengetahuan diperolehi

• Iktibar kepada diri, bangsa dan

negara

• Harapan untuk masa depan

ekonomi Malaysia yang lebih

cemerlang

5

Langkah 1

CARTA GANTT

Jadual carta gantt di bawah telah digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan

kajian mengikut masa yang telah ditetapkan.

Bi

l

Bulan /

Tahun

(Aktiviti)

Jun

201

2

Jul

201

2

Ogo

s

201

2

Sept

201

2

Okt

201

2

Jan

201

3

Feb

201

3

Apr

201

3

Mei

201

3

1 Menyerahkan

kertas

cadangan

kepada

Pengetua

X

2 Pembentanga

n kertas

cadangan

X

Page 8: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

195

peringkat

panitia

3 Pelaksanaan

Kaedah

Soalan

Sejarah

Kertas 3

X X X X X X X X X

4 Pelaksanaan

peperiksaan

X X

5 Pemprosesan

data

peperiksaan

X X

6 Merumus

data

7 Penulisan

Laporan

Kajian

X

8 Pemurnian

Kajian

X

9 Laporan

kajian kepada

Pengetua

X

Langkah 2

KAEDAH SOALAN SEJARAH KERTAS 3 DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Untuk melaksanakan Kaedah Soalan Kertas 3 semasa proses pengajaran dan

pembelajaran di kelas, saya telah mengubahsuai bentuk soalan tersebut menjadi bentuk

soalan yang lebih ringkas agar sesuai dengan tajuk pelajaran, dapat difahami dan

dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual kurikulum.

Page 9: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

196

Contoh tugasan bertulis berbentuk soalan kertas 3 yang dibuat oleh murid untuk

dilaksanakan di kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti dalam

Jadual 2 yang berikut:

(Jadual 2)

Soalan Bab ... Sub-Tajuk... Jawapan

Murid

1. Jelaskan latar belakang / maksud ...

2. Huraikan ciri-ciri / faktor / kesan ...

3. Jelaskan aspek ...

4. Bagaimanakah kita memanfaatkan ... untuk kemajuan negara

kita?

5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai

oleh negara setelah memanfaatkan ...

6. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam...

Nyatakan Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

7. Nyatakan nilai murni, iktibar dan unsur patriotisme yang

diperoleh daripada ... yang boleh diterapkan demi kemajuan negara

kita.

8. Rumusan

• Pengetahuan diperolehi

• Iktibar kepada diri, bangsa dan negara

• Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang

Langkah 2

CONTOH PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas : 5 Perakaunan

Masa : 7.00 pagi - 8.20 pagi

Subjek : Sejarah Tingkatan 5

Tajuk / Bab : 6 - Pengukuhan Negara Bangsa Malaysia

Sub-Tajuk : Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia -

i. Dalam Negara

Page 10: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

197

ii. Luar Negara

Hasil Pembelajaran:

Aras 2

2.3 Menjelaskan reaksi negara luar terhadap pembentukan Malaysia

Aras 3

3.1 Menganalisis usaha pemimpin negara menangani reaksi luar bagi mengekalkan

negara Malaysia yang berdaulat

Aktiviti :

1. Guru menjelaskan negara yang dikategori sebagai ‘Dalam Negara’ dan ‘Luar Negara’.

2. Murid menyatakan faktor-faktor wujud reaksi yang pelbagai dari negara-negara

terlibat.

3. Murid menjelaskan aspek / langkah-langkah yang diambil oleh pemimpin untuk

menangani reaksi luar bagi mengekalkan negara Malaysia yang berdaulat.

4. Murid menyatakan cara memanfaatkan pengalaman Sejarah tersebut dalam

memajukan negara Malaysia.

5. Murid menyatakan kejayaan yang telah diperolehi oleh Malaysia sejak dibentuk

sehingga hari ini.

6. Murid menyatakan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk memajukan Malaysia,

seterusnya menyatakan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut.

7. Murid memberi 3 contoh nilai murni, 3 iktibar dan 4 unsur patriotisme yang diperolehi

daripada ‘Reaksi Dalam Negara dan Luar Negara’ terhadap pembentukan Malaysia.

8. Murid memberi rumusan tentang pengetahuan yang diperolehi dan harapannya

terhadap masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.

Unsur Patriotisme:

Keranamu Malaysia

• Sedia berkorban

Kesepakatan untuk kestabilan negara

• Sentiasa bersatu padu

Page 11: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

198

Pengukuhan : Murid dapat menjawab soalan Sejarah yang diberi (minimum 4 fakta /

idea), dapat dibentangkan (lisan) oleh murid, dan tugasan bertulis itu dihantar sebaik

sahaja jadual pengajaran dan pembelajaran selesai.

Refleksi : -

Jawapan murid dalam aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran telah

diubahsuai kepada bentuk lisan, bertulis dan dilaksana berdasarkan individu atau

berkumpulan, mengikut aras kecerdasan murid dalam kelas tersebut. Soalan-soalan

tersebut adalah untuk menilai pencapaian Hasil Pembelajaran murid selepas pengajaran

dan pembelajaran selesai.

DAPATAN KAJIAN

PERBANDINGAN KEPUTUSAN TINGKATAN 5 SAINS 2012

Semester 2, 5 Sains 2012 SPM Sebenar, 5 Sains 2012

A+ 0 A+ 1

A 1 A 6

A- 3 A- 8

B+ 1 B+ 3

B 5 B 2

C+ 4 C+ 1

C 5 C 3

D 2 D 0

E 0 E 0

G 3 G 0

Bil. Ambil 24 Bil. Ambil 24

Bil. Gagal (Peratus) 3 (12.5 %) Bil.Gagal (Peratus) 0

Page 12: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

199

Bil. Lulus (Peratus) 21 (87.5 %) Bil. Lulus (Peratus) 24 (100%)

PERBANDINGAN KEPUTUSAN 4 PERAKAUNAN 2012 dan 5 PERAKAUNAN 2013

Semester 2, 4 Perakaunan 2012 Semester 1, 5 Perakaunan 2013

A+ 0 A+ 0

A 0 A 0

A- 0 A- 2

B+ 0 B+ 4

B 2 B 4

C+ 4 C+ 3

C 7 C 6

D 1 D 1

E 2 E 0

G 4 G 0

Bil. Ambil 20 Bil. Ambil 20

Bil. Gagal (Peratus) 4 ( 20 %) Bil. Gagal (Peratus) 0

Bil. Lulus (Peratus) 16 (80 %) Bil. Lulus (Peratus) 20 (100%)

Page 13: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

200

Berdasarkan pencapaian murid tingkatan 5 Sains dan tingkatan 4 / 5 Perakaunan, dapat

dilihat peningkatan prestasi dalam peperiksaan kendalian sekolah dan awam. (Sila rujuk

Lampiran 1 untuk lebih terperinci). Membuktikan bahawa murid dapat menjawab soalan-

soalan berbentuk KBKK (SPM 2012) dan soalan-soalan bentuk baru Sejarah Kertas 3

Pentaksiran 2013 dengan cemerlang.(Sila rujuk Lampiran 3 untuk contoh-contoh

soalan). Idea dan pendapat murid dalam memberi jawapan yang cemerlang hanya

dapat dijana oleh murid yang memiliki jati diri dan semangat patriotisme yang unggul.

Melalui pencapaian prestasi ini , membuktikan bahawa Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3

dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah dapat melahirkan murid yang

mindanya celik sejarah manakala hati dan jiwanya pula kental dengan semangat

patriotisme yang sedia berkorban untuk mempertahankan negara.

PENUTUP

Sejarah mempunyai idea dan konsep khusus. Pemahaman dan penghayatan

tentang idea dan konsep tersebut amat penting untuk menjadikan pengetahuan sejarah

relevan dan berguna dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran Sejarah adalah

pendukung utama pemupukan semangat patriotik. Dalam pengajaran dan

pembelajaran, penekanan perlu dibuat terhadap aspek patriotisme, nilai dan iktibar

melalui pengalaman sejarah untuk memupuk semangat setia negara, kebanggaan dan

peperibadian sebagai rakyat Malaysia.

Pendekatan Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang dibincangkan dalam kajian ini adalah satu eksperimen, cadangan

dan usaha rintis untuk meningkatkan patriotisme dalam kalangan murid dalam

kehidupan masa kini dan akan datang sebagai generasi yang bakal memimpin masa

depan negara.

Perkara penting dalam menyampaikan mata pelajaran Sejarah adalah

pengalaman dan ilmu pengetahuan guru yang dapat memberikan gambaran jelas

kepada murid mengenai perkara yang berlaku ketika itu dan bijak mengaitkannya

dengan keadaan sekarang. Kita tidak mahu murid yang lulus cemerlang mendapat A+

Page 14: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

201

dalam mata pelajaran Sejarah tetapi tidak memahami, menghayati dan menggunakan

pengetahuan Sejarah dalam kehidupan pada masa depan.

Sesungguhnya, sejarah negara pada masa akan datang terletak kepada

keputusan generasi sekarang yang mampu memahami dan menghayati sejarah masa

lampau. Sejarah adalah ilmu pengetahuan yang mengandungi fakta yang benar, ilmu

pengetahuan yang dapat memandu hidup dan menjadi pedoman masyarakat Malaysia

untuk menerajui masa depan yang cemerlang.

RUJUKAN

Jemaah Nazir (2007). Panduan Pengurusan dan Pengajaran Sejarah. Putrajaya:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

__________________(Bil.80/Januari 2011). Majalah PENDIDIK. Kelana Jaya: Widad

Publication Sdn. Bhd.

__________________(2011).HALUAN KERJA PENDIDIKAN Merealisasikan

Agenda Transformasi Negara.Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Covey Stephen R., (Penterjemah Adlie Syamsudin Samsudin).(2010). (Edisi Bahasa

Melayu) The Leader In Me. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Masariah Binti Mispari (April 2010). Koleksi Pedagogi Pengajaran dan

Pembelajaran Sejarah. Majlis Guru Cemerlang Sejarah Cawangan Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur.

Page 15: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

202

_________________ (2010). Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Utusan

Publications & Distributors Sdn.Bhd Kuala Lumpur.

Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah (2003). Kurikulum Bersepadu sekolah

Menengah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lampiran 1

SENARAI NAMA MURID DAN PENCAPAIAN

TINGKATAN 5 SAINS 2012

Semester 2, 2012 SPM Sebenar 2012

Bil Nama Murid Markah Gred Gred

1 Alexander Celestinus 60 C+ B

2 Anne Peturus 62 C+ A

3 Axie Minora Sikinor 79 A- A

4 Azreel Moontin 33 G C+

5 Eronna Petrus 80 A A+

6 Esther Sualan 52 C B+

7 Graziani Rendy John 66 B A-

8 Harnyice Amin 60 C+ A-

9 Jannefer Maratin 71 B+ A-

10 Jasck Joel 45 D C

11 JE Myzone Welfred 29 G C

Page 16: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

203

12 Jelenek Ladium 37 G B

13 Jonathan Lois Justin 53 C C

14 Joviana Juanis 50 C B+

15 Jusila Kaling 67 B A

16 Laura Lucius 58 C A

17 Lidwina Madato 66 B B+

18 Lydia Ongui 75 A- A

19 Marcella Gohun 65 B A-

20 Ned Deon Barantau 64 C+ A-

21 Shahnen Toibit 46 D A

22 Valleries Yakong 66 B A-

23 Wellareckson Jiliuh 52 C A-

24 Yusli Jaffar 75 A- A-

SENARAI NAMA MURID DAN PENCAPAIAN

TINGKATAN 4 / 5 Perakaunan 2012 / 2013

Semester 2, 2012 Semester 1, 2013

Bil. Nama Murid Markah Gred Markah Gred

1 Alexmean Diun 57 C 55 C

2 Alychiana Pazon 66 B 75 A-

3 Andy Maxwell 52 C 63 C+

4 Avyclarina Junis 49 D 68 B

5 Elvatasha Felicity Gopining 63 C+ 63 C+

6 Glendalyn Johnny 65 C+ 73 B+

7 Indamelagarina Bindamin 43 E 60 C+

8 Joebit Daesif 44 E 58 C

9 Joerdent Juanis 51 C 70 B+

10 Lorina Lopius 57 C 68 B

Page 17: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

204

11 Lydora Maratin 62 C+ 65 B

12 Michwell Rezza Christopher 29 G 58 C

13 Natashya Josinie 66 B 78 A-

14 Ooi Yee Cheng Ching 62 C+ 73 B+

15 Raymond Luis 54 C 65 B

16 Roscyelyne Helin 34 G TH TH

17 Setiben Suani 60 C+ 55 C

18 Sherilviana Jukilin 56 C 70 B+

19 Sterry Lositim 28 G 58 C

20 Wiccie Michael 40 E 58 C

21 Mohd. Azreen Alwi Belum daftar masuk 45 D

MARKAH RUJUKAN SMK TUN FUAD STEPHENS KIULU

Berdasarkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS),

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bermula tahun 2010

GRED MARKAH

A+ 90 - 100

A 80 - 89

A- 75 - 79

B+ 70 -74

B 65 - 69

C+ 60 - 64

C 55 - 59

D 50 - 54

E 40 - 49

Page 18: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

205

G 0 - 39

Lampiran 2

Unsur Patriotisme

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah (KBSM)

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

1. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia

o menghormati raja dan pemimpin negara

o menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara

o menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan jata

negara)

o menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara

o menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

o berbangga dengan sejarah negara

2. Bersemangat Setia Negara

Page 19: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

206

o cinta akan bangsa dan negara

o taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara

o sedia berkorban untuk bangsa dan negara

o berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara

o peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara

o bersyukur sebagai warganegara Malaysia

3. Bersemangat Kekitaan

o bersatu-padu dan berharmoni

o bertolak-ansur dan bertoleransi

o bekerjasama dan tolong-menolong

o hormat menghormati

o bersefahaman dan bermuafakat

o muhibah atau semangat bermasyarakat

4. Berdisiplin

o berakhlak dan berbudi mulia

o mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara

o mematuhi peraturan dan undang-undang

o berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi

o bertindak wajar

o bersifat amanah dan jujur

o berlaku adil dan bertimbang rasa

5. Berusaha Dan Produktif

o rajin dan gigih

o berdikari

o tabah menghadapi cabaran

Page 20: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

207

o menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan

o berganding bahu membangunkan negara

o berilmu dan berketrampilan

Lampiran 3

Contoh soalan tingkatan 5 Sains

i. Kertas 2 Bahagian B Semester 2, 2012

BAHAGIAN B

[60 Markah]

JAWAB TIGA SOALAN SAHAJA

1. Jadual berikut berkaitan dengan Piagam Madinah

Tarikh Peristiwa

622 Masihi Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah? 628 Masihi Perjanjian Hudaibiyah dimeterai antara pihak Islam dengan orang Arab Quraisy. 630 Masihi Nabi Muhammad s.a.w. berjaya menguasai semula Kota Makkah.

a. Huraikan sebab-sebab yang membawa kepada pembukaan semula kota Makkah.

( 6 markah ) b. Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w berjaya membuka semula kota Makkah?

Page 21: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

208

( 6 markah ) c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan kepentingan pembukaan semula

kota Makkah kepada dunia Islam. ( 8 markah )

2. Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu telah memperkenankan beberapa unsur baru

dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan.

a. Terangkan pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu. (12 markah )

b. Kekukuhan institusi kesultanan adalah berasaskan kepada pegangan orang Melayu terhadap konsep daulat. Buktikan pernyataan tersebut. ( 4 markah )

c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah cara untuk mengukuhkan konsep daulat? ( 4 markah )

3. Rajah berikut berkaitan gerakan nasionalisme.

Gerakan nasionalisme

Usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.

a. Nyatakan ciri-ciri perkembangan nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara.

(5 markah)

b. Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina.

(7 markah)

c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara? (8 markah)

Page 22: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

209

4. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan melalui pilihan raya.

a. Jelaskan sistem pilihan raya di Malaysia.

(9 markah)

b. Nyatakan proses pilihan raya yang dijalankan di negara kita.

(6 markah)

c. Sebagai seorang warganegara Malaysia, apakah syarat yang melayakkan anda mengundi dalam pilihan raya? (5 markah)

5. Rajah berikut menunjukkan dasar pembangunan sosial yang turut memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan negara.

a. Terangkan kepentingan Rukun Negara dalam usaha mencapai perpaduan negara.

(9 markah)

Page 23: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

210

b. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. (7 markah)

c. Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang diambil untuk menjadikan sukan sebagai alat perpaduan di negara kita? (4 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

ii. Kertas 2 Bahagian B SPM, 2012

Contoh soalan tingkatan 4 / 5 Perakaunan

i. Kertas 3 Semester 2, 2012

SMK TUN FUAD STEPHENS KIULU TUARAN PEPERIKSAAN SEMESTER 2, 2012 

  

SEJARAH Kertas 3 Tiga Jam 

 ________________________________________________________________________  Tajuk Umum Tugasan (Diedarkan 6 minggu sebelum hari peperiksaan):  

Page 24: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

211

Merujuk Tema 9 Huraian Sukatan pelajaran dan Buku Teks Sejarah  Tingkatan 4 Bab 10.  Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:  i. Membuat  rujukan  untuk mengumpul maklumat  daripada  pelbagai  sumber  seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain‐lain.  ii. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.  iii. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan. Dasar British Terhadap Ekonomi Negara dan Kesannya.  (Merujuk Tema 9 Huraian Sukatan pelajaran dan Buku Teks Sejarah  Tingkatan 4 Bab 10)   SOALAN (Pada hari peperiksaan): Dasar British berkaitan ekonomi telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap negara kita. Bincangkan. Peringatan: Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah. 

Perincian  Markah Penuh 

 1. Pengenalan Jelaskan secara ringkas tentang: ‐Latar belakang ekonomi negara sebelum kedatangan British  (ekonomi tradisional) 

    5 markah 

 2. Dasar‐dasar British Berkaitan Ekonomi Terangkan dasar‐dasar yang telah diperkenalkan oleh British berkaitan ekonomi di negara kita. ‐Ekonomi Dagangan (22 markah) ‐Dasar British terhadap pertanian (8 markah) 

     30 markah 

 3. Kesan Dasar Ekonomi British Terangkan kesan dasar yang telah diperkenalkan oleh British berkaitan ekonomi. 

   15 markah 

 4.  Langkah  Ke  arah Matlamat Malaysia  sebagai  Kegiatan  Ekonomi Antarabangsa Cadangkan langkah‐langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kegiatan ekonomi antarabangsa. 

    15 markah 

Page 25: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

212

 5. Kejayaan Malaysia Dalam Kegiatan Ekonomi Antarabangsa Berdasarkan pengetahuan anda,  jelaskan kejayaan yang  telah dicapai oleh negara kita dalam kegiatan ekonomi di peringkat antarabangsa. 

   10 markah 

 6. Cabaran dan Langkah Menghadapi Cabaran Di abad Ke‐21 ‐Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke‐21 bagi menjamin kemakmuran negara (5 markah) ‐Nyatakan langkah‐langkah untuk mengatasi cabaran di atas  (5 markah) 

    10 markah 

 7. Nilai‐nilai Murni Daripada Perkembangan Ekonomi Negara Nyatakan nilai‐nilai murni atau iktibar yang diperoleh daripada perkembangan ekonomi negara. 

  10 markah 

 8. Rumusan ‐Pengetahuan yang diperoleh ‐Iktibar kepada diri, bangsa dan negara ‐Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang 

    5 markah 

  

ii. Kertas 3 Semester 1, 2013

SOALAN (Pada hari peperiksaan): Penubuhan negara bangsa Malaysia yang berdaulat telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran. Walau bagaimanapun, segala rintangan dan cabaran itu telah dapat diatasi sehingga Malaysia berjaya menjadi sebuah negara yang berkembang pesat dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Huraikan Sejarah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat sehingga kini. Peringatan: Jawapan calon hendaklah berdasarkan aspek-aspek yang berikut: FORMAT PERINCIAN MARKAH

PENUH Pengenalan

1. Nyatakan idea cadangan pembentukan Malaysia

5 markah

Isi dan Huraian

2. Memahami cadangan pembentukan Malaysia

i. Huraikan sebab‐sebab  pembentukan Malaysia  (15 markah) ii. Huraikan reaksi pembentukan Malaysia  

30 markah

Page 26: Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam ... · Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 190 merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

213

(15 markah) 3. Jelaskan langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia.

15 markah

4. Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pelajar untuk menjayakan konsep 1 Malaysia.

15 markah

5. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kejayaan yang boleh dibanggakan telah dicapai oleh Malaysia sehingga kini.

10 markah

6. Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia        dalam memajukan negara. (5 markah) ii. Nyatakan langkah‐langkah untuk mengatasi        cabaran di atas. (5 markah) 

10 markah

7. Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar/ patriotisme daripada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

10 markah

Rumusan 8. Rumusan

i. Pengetahuan yang diperolehi ii. Iktibar kepada diri, bangsa dan negara

iii. Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang

5 markah