Kajian Kepuasan Kerja Guru

  • Upload
    ziqri

  • View
    251

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    1/47

     

    PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS 

    JUDUL :

    PERANAN PENGURUSAN SEKOLAH DALAM MENINGKATKAN

    KEPUASAN KERJA GURU DI DAERAH KOTA TINGGI

    SESI PENGAJIAN : 2012/2013

    Saya AZHARI BIN ABDULLAH  No Metrik   MP111302 

    Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi

    Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

    1. 

    Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

    2. 

    Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.3.

     

    Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

    4. 

    **Sila tandakan ( 4 )

    SULIT

    (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan

    Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

    TERHAD

    (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

    organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

    TIDAK TERHAD

    Disahkan oleh

     __________________________________________ ____________________________________________

    (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

    Alamat Tetap:

     No391, Blok 19, Felda Air Tawar 1,81900 Kota Tinggi,

    Johor. DR. M.AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN   Nama Penyelia 

    Tarikh: ______________________ Tarikh: _____________________________

    CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

    ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

     berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini

     perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

     penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). 

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    2/47

     

    “Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

    adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

    Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran” 

    Tandatangan : ..…………………………………………. 

     Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN

    Tarikh :

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    3/47

     

    PERANAN PENGURUSAN SEKOLAH DALAM MENINGKATKAN KEPUASAN

    KERJA GURU DI DAERAH KOTA TINGGI

    AZHARI BIN ABDULLAH

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

    Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

    (Pengurusan dan Pentadbiran)

    Fakulti Pendidikan

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    2013

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    4/47

     

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    5/47

    ii

    “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan  

    yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya” 

    Tandatangan : …………………………….. 

     Nama Penuh : AZHARI BIN ABDULLAH

    Tarikh :

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    6/47

    iii

    DEDIKASI

     Buat isteri tersayang

     Asiah binti Mohd Uzir terima kasih kerana sanggup berkongsi cabaran

    meneruskan pengajian secara bersama. Buat anak-anak Muhammad Anas Aiman,

    Muhammad Nur Ariff, Nur Anis Athirah, Siti Aisyah Maisarah dan

    Muhammad Al Ajwad, jadikan usaha ini untuk kalian terus

    cemerlang dalam bidang pelajaran.

     Buat Muhammad Ali Imran, moga kita bertemu di syurga Allah.

     Buat Bonda Hjh Manisah bt Samion, ibu dan bapa mertua, ahli keluarga, terima

    kasih atas doa dan dorongan yang diberikan, sesungguhnya kalian amat bermakna

    buat kami.

     Juga

     Pihak pentadbir dan rakan-rakan Di SMK Adela yang

     sentiasa memberi sokongan serta rakan-rakan kuliah yang banyak membantu.

     Penyelia yang dihormati Dr. M. Al-Muz-zammil bin Yasin yang sentiasa memantau

     serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar dari masa ke semasa.

    Terima kasih kerana telah memberiku semangat untuk meneruskan jihad

     yang tiada penghujungnya.

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    7/47

    iv

    PENGHARGAAN

    Syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya

    menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna.

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga

    kepada penyelia saya, Dr. M. Al-Muz-zammil Bin Yasin yang tidak jemu

    memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dari permulaan sehinggalah

    selesai kajian ini. Tudak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada semua

     pensyarah UTM yang pernah mencurahkan bakti mereka di kelas Pesisir Kota

    Tinggi ini.

    Saya juga ingin mengucapkan terima kash kepada pihak pentadbir dan

    guru-guru yang sudi meluangkan masa untuk menjadi responden dalam

    kajian saya ini. Penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat

    sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan

     penyelidikan ini.

    Akhir sekali, kepada rakan seperjuangan yang telah bersama-sama

    mengharungi segala suka dan duka sepanjang proses pembelajaran ini.

    Semangat setia kawan dan keikhlasan membantu serta sedia berkongsi

    maklumat akan saya ingat buat selamanya.

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    8/47

    v

    ABSTRAK  

    Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji Peranan Pengurusan

    Sekolah Dalam Membantu Meningkatkan Kepuasan Kerja Guru Di Daerah

    Kota Tinggi. Kajian ini melibatkan sampel seramai 286 orang guru di lima

     buah sekolah menengah di daerah Kota Tinggi. Data dikumpul melalui soal

    selidik dan temubual. Temubual dalam bentuk kualitatif telah dijalankan ke

    atas empat orang guru dan semua pendapat daripada penemubual telah

    direkod dan dirakamkan oleh penyelidik melalui alat perakam. Data

    kuantitatif telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package

     For Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Sementara itu data kualitatif telah

    dinalisis menggunakan  proses “thematic”.  Analisis data mendapati bahawa

    tahap kepuasan kerja guru adalah pada tahap sederhana (min 3.61) dan pihak

     pengurusan telah membantu meningkatkan kepuasan kerja guru secara

     bersungguh-sungguh (min 4.08). Disamping itu, punca kepuasan guru di

    tahap sederhana juga telah dikenalpasti. Selanjutnya, peranan yang telah

    dimainkan oleh pihak pengurusan dalam meningkatkan kepuasan kerja guru

     juga telah dikemukakan dalam kajian ini.

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    9/47

    vi

    ABSTRACT 

    The purpose of this study was to identify the administrator roles in

    increasing job satisfaction among the teachers in the district of Kota Tinggi.

    The study involved a sample of 286 teachers in five secondary schools in the

    district of Kota Tinggi. The data were collected through questionnaires and

    interviews. Qualitative interviews were conducted with four teachers and all

    the interviewers, opinions were recorded by researcher. The quantitative data

    were analyzed by using Statistical Package for Social Sciences (SPSS)

    version16.0. Meanwhile the qualitative data were analysed using thematic

     process. Analysis of the data found that teacher’s job satisfaction at was

    moderate level (mean 3.61) and the management had helped to increase the

     job satisfaction seriously (mean 4.08). In addition, the cause of medium level

    satisfaction among teachers were identified. Furthermore, the role played by

    management in improving job satisfaction had also been presented in this

    study.

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    10/47

    vii

    KANDUNGAN

    BAB  PERKARA MUKA SURAT

    PENGESAHAN STATUS TESIS

    PENGESAHAN PENYELIA

    JUDUL

    PENGAKUAN iiDEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv 

    ABSTRAK v 

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI RAJAH xii

    SENARAI JADUAL xiii

      SENARAI SINGKATAN xv

      SENARAI SIMBOL xvi

    SENARAI LAMPIRAN xvii

    1.  PENDAHULUAN

    1.1 

    Pengenalan 1 

    1.2 

    Latar Belakang Masalah 3

    1.3 

    Pernyataan Masalah 13

    1.4 

    Objektif Kajian 15

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    11/47

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    12/47

    ix

    2.4.4 

    Dimensi Rakan Sekerja 34

    2.4.5 

    Dimensi Sifat Kerja 35

    2.5 

    Teori-Teori Kepuasan Kerja 35

    2.5.1 

    Teori Hierarki Keperluan Maslow 36

    2.5.2 

    Teori Dua Faktor Herzberg 39

    2.5.2.1 

    Faktor Pendorong 40

    2.5.2.2 Faktor Keperluan Hygine 40 

    2.5.3 

    Teori Jangkaan Vroom 42

    2.6 

    Kajian Lepas Berhubung Kepuasan Kerja 44

    2.7 

    Kesimpulan 47

    3.  METHODOLOGI KAJIAN

    3.1 

    Pengenalan 48

    3.2  Rekabentuk Kajian 48 

    3.3 

    Lokasi Kajian 50 

    3.4  Populasi & Sampel Kajian 51 

    3.4.1 

    Taburan Pengagihan Soal Selidik 54

    3.5 

    Instrumen Kajian 54

    3.5.1 

    Temu Bual 54 

    3.5.2 Soal Selidik 54 

    3.6 

    Pengumpulan Data 65 

    3.7 

    Keesahan dan Kebolehpercayaan 66 3.7.1

     

    Kesahan Instrumen 66

    3.7.2 

    Keboleh Percayaan Instrumen 67 

    3.8 

    Kajian Rintis 68 

    3.9 

    Analisis Data 69 

    3.10 

    Kesimpulan 73 

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    13/47

    x

    4.  ANALISIS DATA 

    4.1 

    Pengenalan 74

    4.2  Analisis Latar Belakang Rsponden 75

    4.2.1 

    Jantina 75

    4.2.2 Umur 76

    4.2.3  Bangsa 76

    4.2.4 Kelulusan 75

    4.2.5  Tempoh Perkhidmatan 78

    4.3 Analisis Persoalan Kajian 78

    4.3.1  Analisis Persoalan Kajian 1 78

    4.3.2  Analisis Persoalan Kajian 2 84

    4.3.3  Analisis Persoalan Kajian 3 92

    4.3.4 

    Analisis Persoalan Kajian 4 99

    4.4 Rumusan Dapatan Analisis Data 109

    4.4.1 Rumusan Data Kuantitat if 109

    4.4.2  Rumusan Data Kualitatif 110

    4.5 Kesimpulan 112

    5. 

    DAPATAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN

    5.1 

    Pengenalan 114

    5.2 

    Rumusan Kajian 114

    5.3 

    Perbincangan Hasil Kajian 116 5.3.1

     

    Maklumat Latar Belakang Responden 117

    5.3.2 

    Sejauh Mana Tahap Kepuasan Guru

    Di Sekolah Daerah Kota Tinggi ? 119

    5.3.3 

    Mengapa Kepuasan Kerja Guru

    Berada Di Tahap Sederhana? 120

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    14/47

    xi

    5.3.3.1 

    Dari Aspek Pengurusan 120

    5.3.3.2 

    Dari aspek Guru 123

    5.3.4 

    Sejauh Manakah Peranan Yang

    Dimainkan Oleh Pihak Pengurusan

    Sekolah Dalam Meningkatkan

    Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah? 128 

    5.3.5  Bagaimanakah Pengurusan Sekolah

    Boleh Membantu Meningkatkan

    Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah? 129 

    5.4  Cadangan Kajian Lanjutan 134 

    5.5  Penutup 135 

    RUJUKAN  137 

    LAMPIRAN  141

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    15/47

    xii

    SENARAI RAJAH

    NO RAJAH  TAJUK   MUKA SURAT 

    2.1 

    Teori Keperluan Maslow 37

    2.2 

    Kesan Faktor Motivasi Dan Hygiene

    Ke Atas Kepuasan Kerja 42

    2.3 Teori Jangkaan Vroom 43

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    16/47

    xiii

    SENARAI JADUAL

    NO JADUAL  TAJUK MUKA SURAT 

    3.1 Jumlah Sekolah & Guru Yang Terlibat 52

    3.2 Jadual Panduan Saiz Sampel Krejcie dan

    Morgan (1970) 53

    3.3 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 54

    3.4 Soalan Temu Bual 55

    3.5 Taburan Item bagi Soal Selidik 56

    3.6 Taburan Item Soal Selidik Kepuasan Guru 56

    3.7 Jadual Item Utama Daripada Temu Bual

    Ke Atas Responden 57

    3.8 Pembinaan Item Melalui Temu Bual (Bahagian C) 59

    3.9 Item-Item Baru Yang DiTerima Sebagai Soalan 63

    3.10 Skor Skala Likert Dalam Kajian 65

    3.11 Pemeringkatan kedudukan Item Berdasarkan Nilai

    Alpha Gronbach 67

    3.12 Analisis Pekali Kebolehpercayaan Alpha Gronbach

    Mengikut Item Soal Selidik Kajian Rintis

    (Alpha If Item Deleted) 68

    3.13 Item Soalan Asal Yang DiUbah Kepada Item

    Soalan Baru  69

    3.14 Tahap Pemeringkatan Min 70

    3.15 Proses Penganalisisan Data Kualitatif 71

    3.16 Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan

    Kajian 72

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    17/47

    xiv

    4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 76

    4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 76

    4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 77

    4.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan 77

    4.5 Taburan Responden Mengikut Tempoh

    Perkhidmatan 78

    4.6 Taburan Min Tahap Kepuasan Kerja Guru

    Sekolah Menengah di daerah Kota Tinggi 79

    4.7 Taburan Min Peranan Yang Di Mainkan Oleh

    Pihak Pengurusan Sekolah Dalam Meningkatkan

    Kepuasan Kerja Guru 92

    4.8 Rumusan Dapatan Kajian Kuantitatif

    Berdasarkan Persoalan Kajian 1dan 3 109

    4.9 Sebab-Sebab Kepuasan Kerja Guru Sederhana 110

    4.10 Peranan Pihak Pengurusan Dalam Meningkatkan

    Kepuasan Kerja Guru 111

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    18/47

    xv

    SENARAI SINGKATAN

    ETR : Expected Target Result

    EPRD : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

    Pendidikan

    ICT : Information and Communication Technology

    IPTA : Institusi Pengajian Tinggi Awam

    JPN : Jabatan Pendidikan Negeri

    KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia

    KWAPM : Kumpulan Wang Pelajar Miskin

    LINUS : Literacy and Numeracy Screaming

    MBMMBI : Memartabatkan Bahasa Malaysia dan

    Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

    G 1 : Guru / Responden Pertama

    G 2 : Guru / Responden Kedua

    G 3 : Guru / Responden Ketiga

    G 4 : Guru / Responden Keempat

    OTI : Operational Target Result

    PBSMI : Peperiksaan Berasaskan Sekolah

    PBSMI : Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

    Dalam Bahasa Inggeris

    PROTIM : Program Pemulihan 3 M

    P d P : Pengajaran dan Pembelajaran

    PBSM : Persatuan Bulan Sabit Merah

    SPSS : Statistical Package For The Social SciencesSSDM : Sistem Salah Laku Murid

    SPB : Sekolah Berasrama Penuh

    SBT : Sekolah Berprestasi Tinggi

    SKK : Sekolah Klauster Kecemerlangan

    TOV : Take Off Value

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    19/47

    xvi

    SENARAI SIMBOL

    % - Peratus

    F - Kekerapan

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    20/47

    xvii

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    A : Borang Soal Selidik 142

    B : Transkripsi Temubual Guru 1 146

    C : Transkripsi Temubual Guru 2 149

    D : Transkripsi Temubual Guru 3 153

    E : Transkripsi Temubual Guru 4 157

    F : Nilai Analisis Data Kajian Rintis 161

    G : Nilai Analisis Data Kajian Sebenar 171

    H : Surat Kebenaran UTM 186

    I : Surat Kebenaran EPRD 187

    J : Surat Kebenaran PPD 188

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    21/47

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    22/47

    2

    terhadap pekerjaannya terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatir. Penerimaan

    secara positif biasanya disebabkan perkara baik yang diterima oleh pekerja itu

    sehingga mendatangkan kepuasan kerja terhadap dirinya. Manakala penerimaan

    secara negatif pula adalah disebabkan perkara-perkara yang pada tanggapannya

    kurang baik pada dirinya sehingga mendatangkan perasaan ketidakpuasan dalam

    diri seseorang terhadap pekerjaan yang dilakukan.

    Manakala kepuasan kerja guru pula boleh ditakrifkan sebagai perasaan

    seseorang guru sama ada ia menyukai atau tidak menyukai terhadap pekerjaan

    yang dilakukan. Sekiranya seseorang guru menyukai pekerjaannya itu mereka

    akan menerima tugas tersebut dengan baik dan sekiranya mereka tidak menyukai

     pekerjaan itu maka mereka akan bertindak sebaliknya. Kesemua ini boleh

    diketahui dengan melihat kepada sejauh mana penerimaan atau penolakan

    seseorang guru terhadap aspek-aspek yang terdapat dalam pekerjaan mereka

    seperti tanggung jawab, tugas, hubungan dengan pentadbir dan hubungan dengan

    rakan sekerja serta sifat kerja itu sendiri. Dalam konteks ini kepuasan kerja guru

    ditunjukkan oleh sikapnya semasa mereka bekerja atau mengajar. Jika guru

     berasa puas dengan pekerjaannya maka mereka akan bekerja atau mengajar

    dengan lebih baik, sebaliknya jika guru tidak berpuas hati mereka akan bekerja

    dengan sambil lewa, kurang berdedikasi dan tidak bersemangat dalam apa juga

     pekerjaan yang dilakukan.

    Kepuasan kerja amat penting dalam organisasi terutama kepada pihak

     pengurusan kerana aspek ini boleh menjadi faktor penentu kepada kelakuan

     pekerja samada mereka melakukan atau tidak. Hal ini bermakna sekiranya aspek

    kepuasan kerja guru sentiasa diberikan perhatian oleh pihak pengurusan maka

    dengan sendirinya keinginan para pekerjanya untuk melakukan kerja dengan

    lebih baik akan berlaku. Sebaliknya kegagalan pihak pengurusan dalam memberi

     perhatian dalam aspek ini akan menyebabkan kepuasan kerja guru-guru berada

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    23/47

    3

     pada tahap yang rendah dan memungkinkan mereka tidak melakukan sesuatu

    tugasan dengan baik dan berkesan. Jika keadaan seperti ini berlaku sudah

     pastinya akan memberikan impak yang kurang baik terhadap pekerjaannya.

    Adalah menjadi tanggung jawab semua pihak khususnya pihak

     pentadbiran untuk memberi perhatian yang serius dalam aspek kepuasan kerja

    guru-guru di sekolah. Ini adalah kerana guru-guru adalah agen perubahan utama

    di sekolah. Untuk melakukan dan menghasilkan sesuatu perubahan yang baik,

    terlebih dahulu aspek kepuasan kerja guru haruslah dipelihara agar ianya berada

     pada tahap yang terbaik. sepanjang masa. Usaha seperti ini haruslah dikekalkan

    untuk melahirkan modal insan yang berkarisma, cemerlang, berdaya saing dan

    mempunyai jati diri unggul serta berupaya menjadi ‘role model’ di masa hadapan.

    1.2 Latar Belakang Masalah 

    Sesunggguhnya dalam usaha untuk menjaga dan memelihara kepuasan

    kerja guru di negara ini pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Kementerian

    Pelajaran Malaysia supaya kepuasan kerja guru sentiasa berada di tahap yang

    terbaik sepanjang masa. Oleh kerana itu pihak Kementerian Pelajaran telah

    menyediakan pelbagai kemudahan frasarana dan imbuhan gaji yang jauh lebih

     baik berbanding suatu masa dahulu namun sebenarnya bukan satu perkara mudah

    untuk mempastikan kepuasan kerja guru sentiasa berada pada tahap yang tinggi

    sepanjang masa. Hal ini adalah kerana aspek kepuasan kerja ini sebenarnya

     bukan hanya lahir dari faktor dalaman diri seseorang (interensik) tetapi juga lahir

    dari faktor luaran (ekstrinsik) seseorang guru. Maka dengan itu sehingga kini

    aspek kepuasan kerja yang rendah di kalangan guru-guru masih terus menjadi

     bahan perbincangan di kalangan pengkaji-pengkaji sama ada dari dalam atau luar

    negara.

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    24/47

    4

    Untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan ramai modal

    insan yang berpendidikan dan berkualiti di masa hadapan maka aspek kepuasan

    kerja guru seharusnya diberi perhatian serius oleh pihak-pihak yang berkaitan

    dengan profesion perguruan di negara ini. Perkara ini amatlah penting bagi

    mempastikan agar kepuasan kerja guru sentiasa berada pada tahap yang tinggi

    kerana dengan adanya kepuasan kerja yang tinggi guru-guru akan lebih bersedia

    melakukan kerjanya dengan lebih bersemangat. Di samping itu guru-guru

     berkenaan juga akan sentiasa bersedia untuk melaksanakan segala tugas yang

    diamanahkan dengan penuh tanggung jawab dan berdedikasi. Sebaliknya jika

    kepuasan kerja guru-guru berada pada tahap yang rendah maka akan menjadikan

    mereka kurang bersemangat dan bersikap lesu dalam melaksanakan tugas yang

    diamanahkan (Ismail Mat Zin, komunikasi peribadi, 2 Febuari 2013).

    Antara isu yang sering dikaitkan dengan soal kepuasan kerja guru yang

    rendah di sekolah adalah mengenai masalah yang berkait dengan tugas guru itu

    sendiri. Pertama, punca kepuasan kerja guru yang rendah disebabkan guru-guru

    terpaksa melakukan kerja-kerja pengkeranian yang terlalu banyak . Kerja-kerja

    itu adalah seperti melengkapkan sistem fail sepertimana yaang diarahkan dalam

     perlaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS), menyimpan dan

    mengemaskini rekod peribadi pelajar, mencatat dan menulis minit mesyuarat,

    membuat kertas kerja program, membuat laporan setiap program, menyiap dan

    menghantar laporan ke pihak PPD dan JPN. Selain daripada itu guru-guru juga

    terpaksa mengisi borang maklumat dan melaporkan semua aktiviti murid dalam

    setiap kali perjumpaan ko kurikulum dan ko akademik. Hakikatnya tugas guru

     bukan hanya mengajar semata-mata, sebaliknya tugas guru pada hari ini adalah

    terlalu banyak. Selain mengajar, guru juga guru terpaksa mengendalikan pelbagai

    tugasan seperti menjalankan aktiviti kokurikulum, tugasan di bilik darjah, hal

    ehwal murid, pentadbiran, kerja-kerja pengkeranian serta beberapa kerja

    tambahan lain samaada secara langung atau tidak langsung.

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    25/47

    5

    Antara contoh kerja pengkeranian yang terpaksa dilakukan oleh oleh

    guru kelas adalah seperti melakukan kerja-kerja merekod dan menyimpan,

    mengemaskini dan melaporkan maklumat yang diperlukan oleh pihak sekolah.

    Ini termasuk Kad Kemajuan Murid, Buku Rekod Kedatangan Murid, Ujian

    Pentaksiran Pencapaian Murid (UPPM), Program Kesihatan Murid, urusan

    Perlaksanaan Program Headcount (Take Off Volue (TOV), Operational Target

    Result (OTI), Expected Targeted Result (ETR), Sistem Maklumat Murid (SMM),

    Biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Skim Pinjaman Buku Teks

    (SPBT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Program Susu

    Sekolah (PSS) dan sebagainya. Kesemua ini membuktikan bahawa kebanyakan

    guru-guru memang dibebani dengan tugas-tugas pengkeranian yang terlalu

     banyak sehinggakan dalam hal ini guru-guru tidak dapat menumpukan sepenuh

     perhatian terhadap tugas utama iaitu mengajar. Kesan daripada melakukan tugas-

    tugas pengkeranian yang banyak ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan

    seterusnya mengakibatkan kepuasan kerja yang rendah di kalangan guru-guru.

    Selain itu kepuasan kerja guru yang rendah juga adalah disebabkan oleh

    faktor terpaksa menanggung tugas yang terlalu banyak. Sebenarnya keadaan

    kepuasan kerja seseorang itu akan mula terjejas apabila seseorang guru itu

    terpaksa menanggung tugas-tugas sebagai guru yang semakin mencabar dan

     bertambah setiap hari. Hakikatnya pola pendidikan pada hari ini adalah jauh

     berbeza dengan pendidikan zaman dahulu. Jika dahulu tugas guru hanya

    mengajar dan mendidik semata-mata namun kini guru terpaksa berkorban banyak

    masa dan tenaga bukan sahaja mengajar di dalam kelas tetapi juga aktiviti luar

    kelas seperti sukan dan permainan, perkhemahan, menghadiri mesyuarat dan

    sebagainya. Tugas guru kini semakin rencam dan mencabar.

    Malah guru juga terpaksa melaksanakan pelbagai program dan dasar

    Kementerian seperti LINUS (Literacy and Numeracy Screening ), PROTIM

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    26/47

    6

    (Program Pemulihan 3M), Memartabatkan Bahasa Malaysia dan

    Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), PBS (Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah) dan lain-lain sehingga tidak memberi ruang kepada cikgu untuk berehat

    secukupnya. Hal yang demikian sekali lagi menunjukkan bahawa aspek

    kepuasan kerja guru sentiasa dibayangi oleh faktor beban tugas guru yang

    semakin banyak di sekolah. Dalam hal ini seseorang guru itu akan akan

    mendapat kepuasan biarpun dibebani tugas yang banyak sekiranya menganggap

    tugasan itu sebagai ‘panggilan‘ untuk menunaikan tanggungjawab melahirkan

    insan berguna pada masa depan walaupun pada hakikatnya terpaksa berkorban

    masa, tenaga dan wang ringgit.

    Selain beban tugas yang sedia ada, guru-guru juga terpaksa menanggung

     beban tugas rakan-rakan yang lain yang tidak hadir kerana mengmbil cuti sakit

    atau sebagainya. Tanggungan tugas tersebut terpaksa terus ditanggung apabila

    rakan mereka terpaksa menghadiri pelbagai kursus atau terlibat sebagai pegawai

    atau guru pengiring sesuatu kejohanan sukan yang biasanya mengambi masa

    selama tiga hingga lima hari. Malah yang lebih hebat lagi beban tugas yang

    terpaksa ditanggung oleh mereka adalah kerana terpaksa mengambil semua

    subjek yang ditinggalkan oleh rakan mereka yang mengambil cuti bersalin

    sehingga tiga bulan lamanya. Hal ini sebenarnya lebih dirasai bagi subjek khusus

    seperti Bahasa Inggeris ICT dan matematik tambahan yang sememangnya sukar

    untuk mencari guru ganti yang dimaksudkan. Dalam hal ini guru-guru bukan

    sahaja menggalas tugas rakan-rakan mereka tetapi juga terdedah kepada risiko

    untuk dipertanggung jawabkan sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang

    melibatkan pelajar-pelajarnya di bawah kawalannya. Menurut Yeop Hussin

    (2006) adalah menjadi tanggung jawab guru berada di dalam kelas pada setiap

    masa ataupun menyelia pelajar-pelajar sepanjang masa persekolahan mereka.

    Malah meninggalkan bilik darjah tanpa kawalan boleh mengakibatkan

    kemalangan berlaku dan mendedahkan sekolah kepada dakwaan di mahkamah.

    Apabila keadaan ini berlaku maka sebagai manusia biasa sudah pastilah soal

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    27/47

    7

    kepuasan kerja itu dengan sendirinya akan terjejas hasil kerana bebanan tugas

    yang terlalu banyak ditanggung oleh seseorang guru tersebut.

    Di samping itu isu kepuasan kerja guru di sekolah juga sentiasa wujud

    akibat daripada soal pengagihan tugas yang dikatakan tidak adil dan seimbang

    oleh sesetengah pihak. Ada ahli atau kakitangan merugut dan tidak berpuas hati.

    Ini kerana ada tugas yang terlalu banyak diberikan kepada sesetengah anggota

    sedangkan yang lain lebih mudah dan rengan. Sehingga kini masih kedengaran

    sikap pilih kasih dan sikap berat sebelah di dalam pembahagian tugas. Ada

    diantaranya terpaksa memegang terlalu banyak jawatan utama manakala rakan

    yang lain hanya memegang jawatankuasa kecil yang sedikit bilangannya.

    Antaranya adalah seperti menjadi guru penasihat kelab dan persatuan ko-

    kurikulum, ko- akademik dan kelab-kelab di bawah pentadbiran hal-ehwal murid

    (HEM). Tidak cukup dengan itu guru-guru berkenaan juga terpaksa memikul

    tanggung jawab badan sukarela lain seperti Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)

    dan Kelab Bilik Guru (KEBIRU) sekolah. Kesemua lantikan tersebut sebenarnya

    telah memberi satu gambaran tentang agihan tugas yang tidak adil sehingga

    menyebabkan guru tersebut sentiasa dalam keadaan tertekan sehingga

    menyebabkan kepuasan kerjanya berada pada tahap yang amat rendah.

    Hal ini diakui sendiri oleh seorang guru yang mengajar di salah sebuah

    sekolah di daerah Kota Tinggi. Dalam soal pengagihan tugas memang tidak

    dapat dinafikan bahawa kadang-kadang ia dilakukan secara tidak adil. Perkara ini

     boleh dibuktikan bahawa ada dikalangan guru-guru yang mendapat jumlah

    agihan tugas yang sedikit tetapi dalam masa yang sama terdapat pula di kalangan

    guru-guru yang mendapat jumlah agihan tugas yang agak banyak. Di samping itu

    dari segi pemberatan jawatan juga tidak sama misalnya ada di kalangan guru

    yang memegang sehingga 4 atau 5 jawatan kuasa tertinggi seperti guru penasihat

    kelab bola sepak, guru penasihat kelab pencegahan jenayah, guru penasihat

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    28/47

    8

     pasukan kadet polis pengerusi bilik guru atau setiausaha PIBG sedangkan pada

    masa yang sama terdapat pula di kalangan guru yang hanya sekadar memegang

    antara 2 atau 3 jawatan kuasa kecil seperti ahli jawatakuasa kelab badminton,

    ahli jawatan kuasa kelab kompang dan ahli jawatan kuasa pasukan PBSM

    (Hamizad Alias, komunikasi peribadi, 20 Febuari 2013).

    Di samping isu agihan tugas, aspek kepuasan kerja guru juga adalah

    disebabkan kegagalan pihak pengurusan sekolah memainkan peranannya untuk

    memberikan perhatian kepada soal pembangunan emosi berbanding aspek-aspek

    lain. Mengikut teori Maslow (1970) menyatakan keperluan manusia pada tahap

    dua ialah keselamatan (fizikal, emosi, pekerjaan). Ini menunjukkan betapa

     pentingnya pihak pengurusan sekolah memahami keperluan emosi dan perasaan

    guru-gurunya di sekolah. Dalam hal ini pihak pengurusan sekolah lebih

    memberikan peratian kepada soal-soal peningkatan akademik pelajar,

    kecemerlangan dalam bidang sukan dan juga kecemerlangan dalam aspek

     pembangunan sahsiah murid. Kesemua ini adalah lebih bertumpu kepada

    kebajikan ’client‘   iaitu pelajar itu sendiri. Manakala sangat sedikit tumpuan

    diberikan kepada emosi dan soal kebajikan guru dan kalau adapun ianya

    diserahkan kepada badan kebajikan guru di bawah pengurusan kelab bilik guru.

    Selebihnya jika keadaan terlalu kritikal pentadbir akan merujuk perkara tersebut

    kepada pihak kaunselor dari pihak PPD atau JPN untuk tindakan lanjut.

    Secara umumnya pihak pengurusan sekolah berpendapat bahawa semua

    masalah yang dihadapi oleh guru-gurunya dalam aspek kerjaya adalah sebagai

    asam garam untuk seseorang itu menjadi lebih matang dalam dunia pendidikan.

    Selagi seseorang guru itu mampu menjalankan tugas yang dipertanggung

     jawabkan selagi itulah pihak pentadbir beranggapan kepuasan kerja seseorang

    guru itu masih berada pada tahap sampurna dan tidak perlu dikaji secara

    mendalam atau diperbesar-besarkan.

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    29/47

    9

    Di samping itu terdapat juga rungutan mengenai sikap pentadbir yang

    amat kurang memberikan penghargaan terhadap guru-guru meskipun mereka

    telah menunjukkan atau melakukan sesuatu tugasan dengan jayanya. Sikap yang

    demikian ini sebenarnya akan memberikan kesan yang tidak baik terhadap tahap

    kepuasan guru-guru di tempat kerja mereka. Dalam hal ini guru-guru adalah

    disaran agar sentiasa bersikap ikhlas dalam setiap perbuatannya tidak kira di

    mana sahaja mereka bertugas samada di bandar, luar bandar ataupun kawasan

     pedalaman. Setiap tugasan yang dilaksanakan dengan penuh ikhlas pastinya akan

    mendapat kepuasan. Hakikatnya kepuasan melakukan sesuatu tidak boleh

    diterjemahkan dalam bentuk wang ringgit, penghargaan, pingat, anugerah, atau

     pujian daripada mana-mana pihak. Kepuasan dalam menjalankan tugas

    sebenarnya adalah hadiah paling berharga bagi setiap insan bergelar guru.

     Namun hakikatnya bukan semua pihak pengurusan di kebanyakan

    sekolah mempraktikkan sepertimana yang disarankan dalam teori keperluan

    Maslow (1970). Dalam hal ini kelemahan utama pihak pengurusan juga adalah

     berpunca dari sikap segelintir pengetua yang mengabaikan saranan dalam teori

    keperluan Maslow iatu keperluan penghargaan kendiri terhadap guru-guru di

     bawah jagaannya. Melalui temubual rengkas yang dilakukan oleh penyelidik

    dengan beberapa orang guru di sekolah ternyata perkara tersebut masih benar-

     benar wujud.

    Terdapat sebahagian kecil pengetua yang amat sukar mengucapkan

    terima kasih atau memberikan sijil penghargan serta meraikan kemenangan

     bersama di atas usaha-usaha yang dilakukan oleh guru-gurunya. Masih ramai di

    kalangan pengetua yang amat sukar ‘turun padang‘ bagi meninjau latihan sukan

    dan permainan pelajar-pelajar yang mewakili sekolah. Tidak ramai pengetua

    yang sanggup bersama-sama menyertai kem atau perkhemahan jati diri yang

    diadakan pada hujung minggu di luar kawasan sekolah. Apa yang guru-guru

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    30/47

    10

    terima ialah rungutan pengetua dalam majlis perhimpunan apabila pasukan

    sekolah kalah dalam pertandingan ataupun terdapat sedikit kecacatan dalam

    setiap program yang dijalankan oleh guru-guru (Syazani Yusof, komunikasi

     peribadi, 27 Febuari 2013).

    Kepuasan kerja yang rendah juga berpunca daripada kegagalan pihak

     pengurusan bertindak tegas terhadap guru-guru yang bermasalah sehingga

    menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan guru-guru lain di sekolah. Antara

    alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan mengapa tindakan tidak dibuat ke

    atas guru tersebut adalah kerana mereka sudah lakukan yang terbaik untuk

    menasihati tetapi langsung tiada perubahan sikap dari guru tersebut. Pihak

     pentadbir hanya sekadar berharap agar pihak PPD segera menukarkan guru

    tersebut ke sekolah lain dengan segera.

    Secara umumnya pendekatan yang diambil oleh pihak pengurusan

    sekolah itu seolah-olah memberikan lesen kepada guru berkenaan untuk

     bertindak sesuka hati dalam setiap sudut seperti mengambil ’medical leave‘  

    (MC), keluar masuk kawasan sekolah pada bila- bila masa, enggan masuk ‘relief‘

    dan meningalkan kelas tanpa sebab-sebab yang munasabah. Paling

    membimbangkan ialah perbuatan guru tersebut telahpun menjadi ikutan kepada

    guru-guru baru yang lain. Mereka beranggapan bahawa pihak pengurusan pasti

    tidak akan mengambil tindakan apa-apa tindakan sepertimana yang dilakukan

    oleh sebahagian guru ’senior‘   di sekolah tersebut. Jika keadaan ini berterusan

    sudah pasti kepuasan kerja guru yang lain akan jatuh pada tahap yang rendah

    kerana mereka beranggapan bahawa pihak pengetua sekolah seolah-olah

    mengamalkan sikap pilih bulu atau  ’double standard‘   terhadap guru-gurunya.

    Kesan dari salah tanggapan inilah yang akan mendatangkan masalah ketidak

     puasa hati guru-guru terhadap pihak pentadbiran di sekolah berkenaan (Jariah

    Hassan, komunikasi peribadi, 24 Febuari 2013).

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    31/47

    11

    Selain dari isu-isu yang telah dinyatakan, kepuasan kerja guru juga boleh

    dipengaruhi oleh masalah guru yang terpaksa mengajar bukan opsyen. Bagi

    guru-guru yang terpaksa mengajar subjek bukan opsyen yang sebenar, sering kali

    mereka berhadapan dengan masalah kurang keyakinan dan kurang pengetahuan

    terhadap apa yang diajarnya. Oleh sebab itulah ramai di kalangan guru-guru yang

     berkenaan cuba untuk memohon agar diberikan tugas mengajar mengikut subjek

    yang dipelajari semasa di universiti dahulu. Tetapi hakikatnya pihak pengurusan

    sekolah tidak mampu untuk melayan semua permintaan guru-guru

    memandangkan terdapat pelbagai masalah seperti kekurangan guru, jumlah guru

    ketidak seimbangan dari segi jumlah guru dan opsyen yang sepatutnya di terima.

    Maka dengan itu keluhan guru yang mengajar akan terus kedengaran

    sehinggakan dibimbangi akan menyebabkan kepuasan kerja guru berada di tahap

    yang rendah.

    Seterusnya kepuasan kerja guru yang rendah juga boleh disebabkan oleh

    kegagalan guru-guru untuk mencapai sasaran yang terlalu tinggi sebagaimana

    yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, PPD, atau JPN serta atau pihak lain

    yang berkepentingan. Bagi pihak pentadbir keputusan yang cemerlang pada

    setiap tahun tahun adalah penting bagi menunjukkan prestasi sekolah sentiasa

     berada pada tahap yang terbaik. Dengan prestasi yang membanggakan itu pihak

     pentadbir berharap sekolah berkenaan dapat diberi penganugerahan oleh pihak

    KPM misalnya mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi

    (SBT) ataupun Sekolah Klauster Kecemerlangan (SKK). Untuk memperolehi

    kejayaan itu semua guru terpaksa bekerja keras dan sekurang-kurangnya

     pencapaian peringkat sekolah mesti sentiasa mengatasi pencapaian peringkat

    daerah, negeri dan juga kebangsaan.

    Kebanyakan ibubapa mengharapkan anak-anaknya mendapat keputusan

    yang cemerlang bagi mempastikan anak-anak mereka kelak berjaya

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    32/47

    12

    menempatkan diri ke sekolah berasrama penuh atau memasuki Institut Pengajian

    Tinggi Awam (IPTA). Kegagalan guru-guru membawa pelajar-pelajarnya

    mencapai sasaran yanag ditetapkan (kejayaan cemerlang) menyebabkan guru-

    guru rasa bersalah. Walaupun guru-guru telah berusaha sehabis baik namun

    kejayaan tidak seperti yang diharapkan. Meskipun kegagalan ini tidak boleh

    diletakkan di bahu guru semata-mata namun pada hakikatnya gurulah yang

    sering menanggung akibatnya. Harapan yang terlalu tinggi dari pelbagai pihak

    seperti ibubapa, PIBG, masyarakat setempat dan pihak pengurusan samada di

     peringkat sekolah ataupun PPD dan JPN pasti akan membuatkan guru-guru rasa

    tertekan sehingga mempengaruhi tahap kepuasan kerja guru di sekolah. Ironinya

    guru-guru yang berada dalam situasi tertekan pastinya akan menyebabkan

    kepuasan kerja guru berada pada tahap yang rendah (Hazimah Sukar, komunikasi

     peribadi, 18 Febuari 2013).

    Sikap sesetengah pentadbir sekolah yang enggan mendengar dan

    mengambil kira permasalahan guru-guru juga dikatakan menjadi penyebab

    kepada isu kepuasan kerja guru berada di tahap yang rendah. Melalui temubual

    yang dijalankan oleh pengkaji mendapati masih terdapat di kalangan pihak

     pengurusan sekolah yang enggan mendengar pandangan dan pendapat guru-

    gurunya sebelum sesuatu agihan tugas dilaksanakan.

    Dari apa yang saya perhatikan di sekolah saya ialah amat jarang sekali

    kita dipanggil untuk berbincang mengenai tugas-tusas yang bakal diagihkan

    kepada guru-guru. Kebanyakan tugas yang diberi oleh pihak pengurusan ialah

    hasil dari pandangan pihak atasan sendiri dan kalau adapun, perbincangan hanya

    dibuat di kalangan pentadbir sahaja tanpa melibatkan orang bawahan. Sekiranya

    ada rungutan mengenai masalah di kalangan guru mengenai agihan tugas yang

    dijalankan, saya melihat pentadbir lebih gemar bersikap berdiam diri dan enggan

    melayan semua kerenah guru-gurunya kerana bimbang menjadi ikutan guru-guru

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    33/47

    13

    lain untuk cuba meminta ‘itu dan ini‘ daripada pentadbir. Saya juga melihat

     jarang sekali guru-guru seperti kami di bawa berbincang atau diminta pendapat

    dan pandangan guru-guru sebelum sesuatu agihan tugas ini dilakukan. Hal ini

    terjadi mungkin perntadbir berangapan bahawa mereka lebih senior dan

     berpengalaman jika dibandingkan dengan kebanyakan guru-guru baru seperti

    kami. Walaupun saya mengakui hakikat ini namun tidak salah sekiranya kami

     juga di beri peluang untu menyuarakan pendapat dan pandangan mengenai

    kesesuaian agihan tugas tersebut (Faizal Zakaria, komunikasi peribadi, 25

    Januari 2013).

    Berdasarkan pernyataan-pernyatan di atas ternyata memahami dan

    menitik beratkan aspek kepuasan kerja amatlah penting bagi sesuatu oraganisasi

    seperti sekolah. Daripada semua isu yang telah diketengahkan ternyata aspek

    kepuasan kerja guru masih lagi menjadi isu hangat yang sering digembar-

    gemburkan oleh kebanyakan warga pendidik di sekolah. Sehubungan dengan itu

    semua pihak perlulah memberikan keutamaan kepada aspek kepuasan kerja guru

    di sekolah bagi mempastikan golongan pendidik di negara ini sentiasa berada

    dalam kondusi yang paling sesuai dalam menjalankan tugas yang terbaik ke arah

    melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berdaya

    maju di masa hadapan.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Kepuasan kerja guru wajar diberi perhatian oleh semua pihak yang

    terlibat dalam dunia pendidikan khususnya di negara ini. Keghairahan dalam

    melaksanakan dasar-dasar kementerian yang pelbagai ke arah menjadikan

    sekolah sebagai tempat untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam

    semua aspek telah menyebabkan segelintir pentadbir sekolah mula

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    34/47

    14

    meminggirkan soal kepuasan kerja guru secara tidak sengaja. Untuk itu pihak

     pengurusan sekolah seharusnya lebih peka akan perkara-perkara yang boleh

    meningkatkan kepuasan kerja guru di sekolah. Pihak pengurusan juga harus

    sentiasa menimbangkan soal-soal perumahan, insentif, galakan untuk kenaikan

     pangkat kakitangannya. Disamping itu pihak pengurusan juga perlu sentiasa

    memikirkan latihan yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi kerja dalam

    memberi kepuasan kerja serta mengamalkan teknik-teknik kepimpinan dan

    motivasi mesra.

    Bagi mempastikan kepuasan kerja guru berada pada tahap yang tinggi

     pada setiap masa, pemimpin sekolah seharusnaya perlu memiliki kepakaran

    dalam menjaga kebajikan guru-gurunya. Namun sehingga kajian ini dilakukan

    masih terdapat banyak suara-suara yang menyuarakan tentang masalah-masalah

    guru yang belum diatasi dengan baik antaranya mengenai tugas-tugas

     pengkeranian yang semakin banyak, tugas guru yang semakin mencabar,

    masalah guru yang mengajar bukan opsyen, kebajikan guru yang belum dipenuhi

    dan juga kegagalan guru dalam mencapai matlamat yang disasarkan oleh pihak

     pengurusan sekolah.

    Walaupun usaha-usaha telah dan sedang giat dijalankan ke arah

    memastikan kepuasan kerja guru berada pada tahap yang terbaik namun

    hakikatnya masih wujud masalah-masalah lain yang dikatakan berpunca dari

     pihak pentadbir itu sendiri antaranya mengenai agihan tugas guru yang tidak

    seimbang, kurangnya penghargaan yang diberi kepada guru-guru, keengganan

     pentadbir mendengar masalah guru dan kegagalan pentadbir bertindak tegas

    terhadap guru yang bermasalah.

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    35/47

    15

    Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahi sejauh mana tahap kepuasan

    kerja guru di sekolah-sekolah yang dikaji serta mengetahui bagaimana dan

    sejauh mana pihak pengurusan sekolah meningkatkan kepuasan kerja guru di

    sekolah. Pengkaji merasakan kajian ini begitu penting bagi memberikan

    gambaran keseluruhan tentang kepuasan kerja guru di daerah Kota Tinggi,

    Johor. Meskipun menyedari hakikat bahawa terdapat banyak kajian yang

     berkaitan dengan kepuasan kerja guru telah dilakukan di negara ini namun pada

    hakikatnya belum ada kajian dilakukan terhadap guru-guru sekolah menengah di

    daerah ini. Bagi penyelidik kajian ini begitu unik kerana menggunakan kedua-

    dua kaedah kuantitatif dan kulaitataif secara serentak.

    1.4 Objektif Kajian

    Kajian ini adalah bertujuan untuk:

    i.  Mengetahui tahap kepuasan kerja guru di sekolah, di daerah Kota Tinggi.

    ii.  Mengenal pasti apakah punca kepuasan kerja guru di sekolah berada di

    tahap sederhana.

    iii.  Mengetahui sejauh mana peranan yang dimainkan oleh pihak pengurusan

    sekolah dalam usaha meningkatkan kepuasan kerja guru di sekolah.

    iv.  Mengetahui bagaimana pengurusan sekolah boleh membantu

    meningkatkan kepuasan kerja guru di sekolah.

    1.5 Persoalan Kajian

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    36/47

    16

    Kajian ini adalah bertujuan untuk mencari jawapan kepada beberapa

     persoalan di bawah:

    i. 

    Sejauh manakah tahap kepuasan kerja guru di sekolah di daerah Kota

    Tinggi?

    ii.  Mengapakah kepuasan kerja guru di sekolah berada di tahap sederhana?

    iii.  Sejauh manakah peranan yang dimainkan oleh pihak pengurusan sekolah

    dalam meningkatkan kepuasan kerja guru di sekolah?

    iv. 

    Bagaimanakah pengurusan sekolah boleh membantu meningkatkan

    kepuasan kerja guru di sekolah?

    1.6 Kepentingan Kajian

    Melalui kajian ini, kita akan dapat mengetahui sejauh mana tahap

    kepuasan kerja guru di sekolah di daerah Kota Tinggi. Dengan mengetahui tahap

    kepuasan kerja guru kita dapat mengetahui pula bagaimana tahap kualiti

     perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang guru itu. Sekiranya tahap kepuasan

    kerja tinggi maka perkhidmatan yang diberikan adalah baik, sebaliknya

    sekiranya tahap kepuasan kerja rendah maka dibimbangi perkhidmatan yang

    diberikan juga adalah kurang berkualiti. Selain itu melalui kajian ini juga kita

    akan mengetahui apakah faktor-faktor yang menyebabkan kepuasan kerja guru di

    sekolah rendah. Dengan adanya faktor-faktor tersebut maka mudahlah bagi pihak

     pengurusan sekolah khususnya mencari jalan dan menyusun strategi untuk

    mengatasi masalah tersebut.

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    37/47

    17

    Kajian ini juga akan membantu kita mengetahui bagaimana pengurusan

     boleh membantu meningkatkan kepuasan kepuasan kerja guru di sekolah. Di

    samping itu melalui kajian ini juga kita dapat mengetahui sejauh mana peranan

    yang dimainkan oleh pihak pengurusan sekolah dalam usaha meningkatkan

    kepuasan kerja guru di sekolah. Kedua-dua maklumat ini penting bagi

    mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang usaha-usaha yang telah dan

     bakal dilaksanakan bagi memastikan tahap kepuasan kerja guru sentiasa berada

    di tahap yang terbaik sepanjang masa.

    Selain itu kajian ini dijalankan sebagai panduan dan rujukan kepada

    mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan iaitu pihak Kementerian

    Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah dan

     pihak-pihak lain yang terlibat dalam dunia pendidikan. Dengan adanya kajian ini,

    ianya sedikit sebanyak membantu untuk kita melihat dengan lebih jelas lagi

    senario kepuasan kerja guru yang berlaku di sekolah menengah di daerah Kota

    Tinggi. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini boleh dijadikan rujukan

    untuk membantu meningkatkan kepuasan kerja guru oleh pihak-pihak berkenaan

    sebagaimana berikut:

    1.6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia

    Hasil kajian ini akan dapat memberikan gambaran secara umum kepada

     pihak kementerian mengenai tahap kepuasan kerja yang dihadapi oleh guru-guru

    khususnya di daerah Kota Tinggi, Johor. Dapatan daripada kajian ini kelak boleh

    dijadikan sebagai asas pertimbangan untuk mempastikan semua dasar-dasar yang

     bakal wujudkan kelak agar tidak meminggirkan terus aspek kepuasan kerja guru

    di negara ini. Selain itu melalui kajian ini juga pihak kementerian juga boleh

    memikirkan semula cadangan atau pandangan para responden dalam membuat

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    38/47

    18

     penambah-baikan ke arah meningkatkan kepuasan kerja guru di sekolah.

    Walaupun menyedari agak mustahil bagi pihak kementerian untuk menerima

    semua cadangan dan pandangan dari responden tetapi setidak-tidaknya perhatian

    yang diberikan oleh pihak kementerian boleh dianggap sebagai satu kejayan

    dalam usaha meningkatkan kepuasan kerja guru di negara ini.

    1.6.2 Jabatan Pelajaran Negeri

    Bagi pihak JPN pula hasil kajian ini juga akan dapat memberikan

    gambaran mengenai tahap kepuasan kerja guru-guru di negeri ini. Setelah

    gambaran ini diperolehi usaha-usaha perlulah dilakukan ke arah peningkatan

    tahap kepuasan kerja guru-guru antaranya ialah merangka kursus-kursus yang

     bersesuaian dan menjurus kepada aspek kepuasan kerja guru. Sehubungan

    dengan itu pihak Jabatan juga perlu menggunakan dapatan kajian ini bagi

    memikirkan semula program-program baru yang bakal dilancarkan pada masa

    akan datang. Adalah diharapkan agar semua program yang bakal dilaksanakan

    nanti perlulah mengambil kira aspek kemanusian agar soal kepuasan kerja guru

    sentiasa diberikan perhatian serius.

    1.6.3 Pejabat Pelajaran Daerah

    Bagi pihak pejabat pelajaran daerah pula hasil kajian ini diharap dapat

    membantu usaha-usaha ke arah meningkatkan aspek kepuasan kerja guru di

    daerah masing-masing. Sesungguhnya perkara ini perlu diberi perhatian serius

    oleh mereka kerana sebahagian besar sekolah-sekolah yang berada di daerah

    tersebut adalah berbeza samada yang terletak di bandar, luar bandar dan kawasan

     pedalaman. Perbezaan lokasi ini sudah pastilah akan mempengaruhi kepuasan

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    39/47

    19

    kerja guru terutama bagi mereka yang ditempatkan di sekolah-sekolah yang

     bukan menjadi pilihan mereka. Untuk itu hasil kajian ini akan membantu pihak

    Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru-guru yang berhadapan dengan

    masalah kepuasan kerja yang rendah dengan membuat beberapa program seperti

    Program Kunjung Bantu dan bantuan khidmat kaunseling. Melalui program

    tersebut beberapa pegawai dari PPD akan hadir bagi mendengar permasalahan

    guru serta berusaha mencari kaedah terbaik bagi membantu meningkatkan

    kepuasan kerja guru di sekolah-sekolah yang berkenaan.

    1.6.4 Pengurusan Sekolah

    Hasil dapatan kajian ini dijangka akan dapat memberi gambaran kepada

     pihak pentadbir khususnya pengetua mengenai tahap kepuasan kerja yang

    dihadapi oleh guru-gurunya. Setiap tugasan yang hendak diberi seharusnya telah

    dibuat sedikit penelitian samada tugas yang diberi itu sesuai atau tidak dengan

    kemampuan seseorang. Pembahagian tugas yang adil perlu dilakukan bagi

    mengelakkan salah faham mengapa seseorang itu terlalu banyak memegang

    sesuatu jawatan berbanding rakan mereka yang lain. Apa yang dibimbangkan

    ialah mereka yang terlalu banyak memegang jawatan bukan sahaja akan

    menganggu tugas-tugas rutin malah menganggu masa rehat sehingga

    menimbulkan rasa tidak puas hati. Jika keadaan ini terus berlaku sudah pastinya

    kepuasan kerja guru berkenaan akan menjadi rendah dan boleh menjejaskan

     prestasi pengajaran dan pembelajaran. Adalah disarankan agar pihak pentadbir

    sentiasa peka dengan pengagihan tugas dan kepakaran guru-gurunya sebelum

    ianya dilakukan.

    1.6.5 Guru-Guru 

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    40/47

    20

    Hasil dapatan kajian ini dapatlah membantu guru-guru untuk mengenal

     pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja guru di sekolah. Adalah

    diharapkan setelah mereka mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan

    kepuasan kerja seseorang itu rendah atau tinggi maka mereka hendaklah bersedia

    lebih awal dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi dunia pendidikan yang

    semakin mencabar. Pada umumnya semua guru berkehendakkan suasana kerja

    yang selesa dan ceria namun hakikatnya dalam dunia pekerjaan yang sebenar

    mereka akan terpaksa berhadapan dengan dunia pendidikan yang penuh dengan

    cabaran dan tidak seindah apa yang dibayangkan sebelumnya.

    Untuk itu semua guru seharusnya mampu menyerap tekanan kerja yang

     berlebihan kelak agar kepuasan kerja mereka akan sentiasa pada tahap terbaik.

    Jika ada diantara mereka yang menghadapi masalah akibat terlalu banyak beban

    tugas sehingga mempengaruhi kepuasan kerjanya maka rakan-rakan sejawat

     perlulah memberi dorongan dan semangat sertá membantu mereka agar aspek

    kepuasan kerja ini tidak dipinggirkan. Malah mereka juga perlulah melatih diri

    ke arah pemikiran yang positif agar mereka sentiasa berada dalam keadaan

    tenang dalam apa jua keadaaan. Sehubungan dengan itu jika mereka berhadapan

    dengan perasaan tidak puas hati, kecewa dan sebagainya mereka haruslah

     berusaha menyelesaikan perkara tersebut melalui perbincangan yang sihat.

    1.6.6 Pihak Pihak Lain Yang Berkenaan. 

    Adalah diharapkan kajian ini dapat memberikan gambaran khusus kepada

    masyarakat umum dan kesatuan pekerja misalnya Kesatuan Perkhidmatan

    Pendidikan Kebangsaan (KPPK) yang lantang menyuarakan tuntutan terhadap

    kebajikan ahli-ahlinya. Ini bermakna jika kesatuan-kesatuan pekerja ini

    mengetahui dengan jelas tahap kepuasan kerja ahli-ahlinya yang rendah serta

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    41/47

    21

    tidak terbela maka menjadi tanggung jawab mereka untuk berusaha membantu

    menyuarakan masalah tersebut kepada pihak kementerian melalui rundingan

    yang sering diadakan.

    Oleh kerana itu apabila pihak kesatuan sekerja terpaksa menolak atau

    menerima sesuatu dasar yang diperkenalkan oleh pihak kementerian maka

    dengan sendirinya dapatlah menangkis dakwaan masyarakat umum bahawa

    kononnya kerjaya sebagai guru adalah kerjaya yang paling mudah dan terlalu

     banyak keistemewaan yang diberikan oleh kerajaan. Sesungguhnya apa yang

     pihak kesatuan lakukan adalah semata-mata untuk menjaga kebajikan ahli-ahli di

     bawah naungannya. 

    1.7  Batasan Kajian

    Kajian ini hanya dijalankan ke atas guru-guru yang yang berkhidmat di

    sekolah menengah di daerah Kota Tinggi, Johor sahaja. Kesemua sekolah ini

    dipilih adalah kerana sekolah-sekolah ini adalah terletak di dalam daerah di

    mana pengkaji berkhidmat dan ini memberikan kemudahan bagi pengkaji

    menjalankan kajian samada melalui kaedah soal selidik ataupun kaedah

    temubual.

    Kajian yang dijalankan hanya bertumpu kepada soal kepuasan kerja guru-

    guru dan perkara-perkara yang berkait dengannya. Oleh kerana itu soal-selidik

    yang dijalankan hanyalah terhadap guru-guru sahaja. Pihak pentadbir tidak

    terlibat dalam kajian ini. Data-data yang diperolehi adalah berdasarkan soal

    selidik dan temubual yang dijalankan ke atas guru-guru yang terlibat dalam

    kajian ini sahaja.

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    42/47

    22

    Oleh kerana kajian ini hanya dijalankan ke atas guru-guru yang sedang

     berkhidmat di sekolah menengah di daerah Kota Tinggi sahaja dan tidak

    melibatkan guru-guru dari sekolah rendah dan dari sekolah-sekolah di daerah

    lain maka data yang diperolehi ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua

    sekolah di daerah lain ataupun negeri Johor secara keseluruhannya.

    1.8 Definisi Istilah 

    1.8.1 Tahap

    Menurut Kamus Dewan (2010), “tahap“ bermaksud  peringkat atau tahap.

    Keadaan ini menunjukkan kedudukan sesuatu perkara misalnya samada berada di

    atas atau di bawah. Dalam kajian ini peringkat atau tahap bermaksud tempat atau

    keadaan di mana guru-guru di sekolah telah berada atau merasai sesuatu kesan

    dari pengalaman pekerjannya. Keadaan yang dirasai, peringkat atau tahap yang

    di fokuskan di sini ialah berkait dengan soal kepuasan kerja guru sekolah

    menengah yang mungkin berada pada tahap kepuasan yang tinggi, sederhana

    ataupun rendah.

    1.8.2 Kepuasan Kerja

    Menurut Kamus Dewan (2010) “k epuasan“  bermaksud  perihal puas,

    kelegaan, kenikmatan dan kesenangan. Dalam kajian ini kepuasan bermaksud

     perasaan puas hati terhadap apa yang dirasai dan dinikmati oleh seseorang yang

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    43/47

    23

     bergelar guru terhadap pekerjaannya di sekolah. Ini bermakna seseorang itu juga

    akan berasa gembira serta suka dengan apa yang diperolehi dalam alam

     pekerjaannya. Dalam kajian ini kepuasan seseorang guru itu akan diukur dari

     pelbagai sudut seperti mengapa dan sejauh mana, alat ukur yang digunakan dan

     peranan pengurusan sekolah menangani masalah tersebut.

    Kerja pula bermaksud “usaha“  (kegiatan, urusan) yang bertujuan untuk

    menghasilkan, menyelesaikan dan menyediakan sesuatu. Dalam kajian ini kerja

     bermaksud melakukan tugasan atau amanah yang telah dipertanggung jawabkan

    kepadannya. Dan sebagai seorang yang bergelar guru antara kerja yang perlu

    dilakukan ialah mengajar, mendidik, membimbing dan sebagainya dalam semua

    aspek seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan psikososial. Walau

     bagaimanapun semua pekerjaan yang dilakukan ini adalah tertakluk kepada

     peratururan dan etika kerja yang perlu dipatuhi sebagai seorang pegawai

     perkhidmatan pendidikan.

    1.8.3 Guru

    Menurut Kamus Dewan (2010) “guru“ bermaksud orang yang mengajar,

     pendidik, pengajar, dan pengasuh. Ini bermakna guru bukan sahaja orang yang

    mengajar dan mendidik di sekolah tetapi juga mereka yang mereka yang

    mengasuh di luar kawasan sekolah.

    Dalam kajian ini guru bermaksud tenaga pengajar atau pendidik sekolah

    yang telah dilantik dan disahkan dalam jawatannya oleh Pihak Kemeterian

    Pendidikan Malaysia. Kumpulan guru ini pula juga adalah terdiri dari mereka

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    44/47

    24

    yang mengajar di sekolah-sekolah yang bernaung dan diselia oleh pihak

    Kemanterian Pelajaran Malaysia.

    18.4 Sekolah Menengah

    Menurut Kamus Dewan (2010) “sekolah“  bermaksud tempat untuk

     belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Dalam kajian ini

    sekolah bermaksud institusi di mana berlakunya proses pengajaran dan

     pembelajaran yang dilakukan oleh guru-guru terhadap pelajar-pelajarnya.

    Sekolah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah sekolah-sekolah menengah

     bantuan kerajaan yang mempunyai guru-guru yang dibayar gaji oleh kerajaan

    dan mempunyai sukatan pelajaran dan peraturan-peraturan yang dikendalikan

    oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kesemua sekolah ini akan di ketuai

    oleh seorang pengetua dan guru-guru yang berkelayakan dan diberi

     pengiktirafan untuk menjalankan proses P d P terhadap pelajar-pelajarnyang

    terdiri dari remaja yang berusia 13 –  19 tahun.

    “Menengah“ bermaksud menuju (menghala) ke tengah, pergi ke tengah.

    Selain itu ia juga bermaksud yang di tengah-tengah, sedang tidak besar dan tidak

    kecil. Dalam kajian ini menengah bermaksud institusi sekolah yang peringkatnya

    antara sekolah rendah dan pusat pengajian tinggi (kolej, universiti dan

    sebagainya). Dalam institusi ini pelajar-pelajarnya adalah terdiri dari mereka

    yang berumur antara 13 –  19 tahun (Tingkatan satu hingga tingkatan enam atas).

    Oleh kerana itu kesemua individu berkenaan masih bergelar pelajar maka mereka

    dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan sekolah sepertimana yang digariskan

    oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    45/47

    25

    1.8.5 Sederhana

    Menurut Kamus Dewan (2010) “sederhana“ bermaksud tidak lebih dan

    tidak kurang, biasa, pertengahan dan sedang. Selain itu sederhana juga membawa

    maksud tidak banyak selok-beloknya, tidak sulit dan mudah.

    Dalam kajian ini sederhana dimaksudkan sebagai suatu kedudukan atau

    tahap di mana ianya terletak di bahagian pertengahan, tidak terlalu sangat baik

    atau terlalu sangat lemah. Dalam konteks kajian ini kepuasan kerja yang

    sederhana bermaksud aspek kepuasan kerja guru berkenaan terletak di bahagian

     pertengahan serta cenderung kepada kurang memuaskan. Hal ini bermakna

    masih banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan kepuasan

    kerja guru meningkat ke tahap yang tinggi.

    1.8.6 Pihak Pengurusan

    Menurut Kamus Dewan (2010) “ pihak “ bermaksud belah, sisi atau salah

    satu daripada dua kum pulan yang berlawanan. Manakala “ pengurusan“ pula

     bermaksud perihal kerja dan mengurus sesuatu, perihal mengurus sama ada di

    dalam syarikat, badan perniagaan, organisasi dan sebagainya

    Dalam kajian ini pihak pengurusan yang dimaksudkan ialah mereka yang

    terlibat secara langsung dalam bidang pengurusan adalah seperti pengetua, guru

     penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan hal ehwal murid, guru

     penolong kanan ko-kurikulum dan guru kanan mata pelajaran atau ketua bidang.

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    46/47

    26

    Pada dasarnya mereka ini adalah guru-guru yang dilantik sama ada oleh pihak

     jabatan atau secara lantikan dalaman sekolah.

    1.8.7 Meningkatkan

    Menurut Kamus Dewan (2010) “meningkatkan“  bermaksud

    meninggikan kedudukan atau taraf seseorang atau kedudukan. Selain itu ia juga

    membawa maksud membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat, dan

    mengangkat diri.

    Dalam kajian ini meningkatkan yang dimaksudkan adalah sebarang usaha

    yang dilakukan untuk meningkatkan sesuatu ke tahap yang lebih baik lagi.

    Dalam konteks kajian ini ialah sebarang usaha yang dilakukan oleh pihak

     pengurusan sekolah dan pihak-pihak lain yang berkenaan ke arah meningkatkan

    kepuasan kerja guru ke tahap yang lebih baik lagi.

    1.8.8 Peranan

    Menurut Kamus Dewan (2010) “ peranan“ bermaksud pemain sandiwara,

     pelawak atau bahagian serta tugas-tugas yang dilakukan oleh seseorang.

    Dalam kajian ini peranan yang dimaksudkan ialah usaha-usaha yang

    dilakukan untuk menjadikan sesuatu itu bertambah baik. Dalam konteks kajian

    ini peranan dimaksudkan ialah fungsi-fungsi yang dilakukan oleh pihak

     pengurusan sekolah dalam meningkatkan kepuasan kerja guru di sekolah.

  • 8/17/2019 Kajian Kepuasan Kerja Guru

    47/47

    27

    1.9 Kesimpulan

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa pada ketika cabaran yang

    diterima oleh guru-guru di sekolah adalah jauh lebih hebat berbanding suatu

    ketika dulu. Oleh kerana itu semua guru sentiasa diingatkan agar sentiasa

     bersedia sepanjang masa. Ketahanan mental, fizikal dan spritual amat-amat

    diperlukan bagi berhadapan dengan dunia pendidikan yang semakin mencabar.

    Kesemua ini adalah untuk mempastikan guru-guru sentiasa bersemangat waja

    dalam usaha mendidik anak bangsa menjadi modal insan yang berilmu,

     berakhlak dan mempunyai sahsiah berkualiti bagi meneruskan kesinambungan

    kecemerlangan bangsa Malaysia yang dikagumi di peringkat antarabangsa.

    Akan tetapi kesemua hasrat murni ini akan terjejas sekiranya guru-guru

    tidak dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti akibat daripada gangguan

    kepuasan kerja yang agak rendah manakala pihak pengurusan pula dilihat seolah-

    oleh tidak memainkan peranan untuk menangani permasalahan tersebut. Secara

    keseluruhannya kajian ini diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah

    kepuasan kerja guru di sekolah. Oleh yang demikian, penyelidik amat berminat

    untuk meninjau punca mengapa kepuasan kerja guru disekolah rendah, serta

    melihat keberkesanan instrumen yang dibangunkan. Selain itu kajian ini juga

    adalah untuk melihat bagaimana dan sejauh mana pihak pengurusan sekolah

     berusaha untuk meningkatkan kepuasan kerja guru di sekolah. Adalah menjadi

    harapan agar kajian ini dapat membantu semua pihak melihat dengan lebih jelas

    lagi isu kepuasan kerja guru di sekolah menengah di daerah Kota Tinggi.