Kajian Tindakan Peta Minda

  • View
    2.437

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kajian tindakan

Text of Kajian Tindakan Peta Minda

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

2

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)

SEMESTER MEI / 2013

HBEF2503

PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 BAGI MENGUASAI KONSEP SAINSTAJUK MENYIASAT ALAM BAHAN

NAME: NOOR RAZIFAH BT. ZAKARIAMATRICULATION NO: 801211075214001IDENTITY CARD NO.: 801211-07-5214TELEPHONE NO.: 012-3440 670E-MAIL : ifah670@gmail.comLEARNING CENTRE: KEDAH LEARNING CENTRE

ABSTRAKPenyelidikan tindakan ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan nota dalam bentuk peta minda dalam meningkatkan daya ingatan murid tahun 4 dalam topik Alam Bahan dan mengkaji peningkatan minat murid dalam penggunaan nota di dalam bentuk peta minda untuk membuat ulangkaji. Disamping itu penggunaan peta minda juga dapat meningkatkan minat dan motivasi murid dalam dalam mempelajari Sains. Selain itu, penyelidikan ini turut memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menambah baik amalan pengajaran saya dalam matapelajaran Sains. Responden bagi kajian ini melibatkan 40 murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani, yang terdiri daripada 40 murid lelaki. Murid akan diberi ujian pra untuk melihat tahap keupayaan mereka, ujian pos untuk melihat pencapaian selepas diberi rawatan (menggunakan peta minda). Hasil ujian pra menunjukkan pencapaian awal murid kedua-dua kumpulan. Hasil ujian pos menunjukkan pencapaian kumpulan selepas menggunakan peta minda. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Instrumen kajian adalah borang maklumat murid, ujian pra, ujian pos, dan soal selidik.Dapatan kajian menunjukkan pencapaian antara kumpulan pelajar yang diajar menggunakan peta minda dan kumpulan yang diajar menggunakan kaedah tradisional. Kajian juga akan menunjukkan persepsi murid terhadap peta minda. Mereka ingin belajar, suka mengikuti pelajaran sains, suka membuat latihan dan merasakan pelajaran sains amat menyeronokkan, mudah dan realistik. Dapatan menunjukkan kesediaan murid menggunakan peta minda dalam mempelajari sains, yakin serta mampu memanipulasi dan menggunakan peta minda dalam mengulangkaji pelajaran sains.

BAB 1PENGENALAN

Menurut Falsafah Pendidikan Sains Negara, Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif.

Rakyatnya haruslah mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Warganegara yang begini mampu menghadapi, menangani dan memberi sumbangan dalam kehidupan yang semakin berteraskan sains dan teknologi dan dipengaruhi oleh arus globalisasi yang dipesatkan oleh perkembangan dalam teknologi maklumat pada abad ke -21.

Ini sejajar dengan wawasan 2020, iaitu visi ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang maju. Bagi mencapai matlamat ini kurikulum sains menekankan penyepaduan antara pemerolehan pengetahuan, penguasana kemahiran dan pengamalan sikap saintifik dan nilai murni. Warganegara yang berbudaya sains dan teknologi mempunyai semangat ingin tahu dan ingin mencuba manakala strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains mengutamakan proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang pelajar ke tahap yang optimum. Aktiviti yang dirancangkan mestilah yang dapat mencetus pemikiran kritis dan kreatif murid.

Peta minda merupakan salah satu alat yang berfungsi seperti pemikiran visual yang dapat membantu murid mengorganisasi maklumat dengan berstruktur, memahami, mensintesis, ingat kembali dan juga menghasilkan idea-idea baru dengan mudah. Dalam kata lain, mengingat infomarsi maklumat melalui peta minda boleh membantu otak kita bekerja dengan lebih cepat (Bletsas, 2011).

Penggunaan peta minda juga dapat menyeimbangkan kedua-dua belah hemisfera otak dan tidak mementingkan penggunaan mana-mana satu hemisfera otak sahaja. Menurut Tony Buzen (2009), semua kanak-kanak minat kepada benda berwarna-warni dan suka melukis. Melukis peta minda adalah satu benda yang seronok bagi kanak-kanak. Apabila kanak-kanak gemar melukis peta minda, otak mereka juga akan berasa seronok dan suka terhadap peta minda tersebut.

Hasil jangka pendek yang boleh didapati adalah daya ingatan kanak-kanak akan bertambah baik dan mereka lebih gemar untuk mempelajari sesuatu benda. Penggunaan peta minda ini dapat ditingkatkan dengan menggunakan warna, gambar, kod dan dimensi untuk menambah elemen-elemen kreativiti murid itu sendiri. Penambahan elemen-elemen individu dalam peta minda dapat perkembangan kreativiti, memori dan khususnya peringatan maklumat seseorang.

Kajian mengenai penggunaan kaedah peta minda didapati bahawa peta minda boleh menghasilkan mesej yang lebih mudah dan jelas sebagai rangsangan kepada murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran memilih, mengumpul, mentafsir dan menilai data merupakan kemahiran yang dihasratkan dalam kurikulum sains (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Ia selari dengan kaedah penggunaan peta minda ini di mana dalam fasa penerokaan pelajar akan memilih, mengumpul, mentafsir dan menilai data yang mereka perolehi. Kajian ini juga akan mengaitkan aspek kecerdasan pelbagai dalam pemilihan kumpulan pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid lebih berkesan.

PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Murid biasanya menghadapi masalah dalam mengingat fakta Sains dan ini menyebabkan minat murid dalam mempelajari Sains semakin merosot terutamanya murid yang berprestasi rendah dalam bidang akademik. Selain dari itu, biasanya tindakan guru di dalam pengajarannya yang sering menggunakan catatan nota baris demi baris dan muka surat demi muka surat (catatan bentuk linear) pada akhir pengajaran sebagai pengukuhan pengajaran menjadikan murid akan cepat berasa bosan dan sering melupakan isi pelajaran yang diajar.

Catatan berbentuk linear kebiasannya akan menggunakan satu warna sahaja dalam penulisan iaitu warna hitam menyebabkan murid berasa bosan ditambah dengan nota yang panjang lebar dan murid hanya mempelajari sebahagian kecil dari fakta yang mereka belajar. Selain dari itu, murid juga tidak berminat untuk mengulangkaji dengan pembacaan nota berbentuk linear yang mereka buat.

Kajian telah menunjukkan nisbah murid sains dan bukan sains telah merosot daripada 31: 69 pada tahun 1986 kepada 20 : 80 pada tahun 1993 (sains : bukan sains ). Ini bertentangan dengan matlamat dan wawasan 2020, di mana sasaran pendidikan sains ialah mewujudkan lebih ramai murid dalam jurusan sains sehingga mencapai 60 : 40. Harapan kerajaan untuk melahirkan sebuah masyarakat saintifik, progresif, inovatif tinggi serta maju dari segi sains dan teknologi menjelang 2020 merupakan satu tanda tanya kerana sikap murid yang berpendapat sains merupakan satu matapelajaran yang sukar difahami.

Penyertaan murid dalam aliran sains juga menjadi isu kerana peratusan murid dalam bidang sains di sekolah menampakkan satu trend menurun. Sekiranya ini dibiarkan maka timbullah masalah dalam arus pembangunan negara. Oleh itu penyelidik menggunakan pendekatan kaedah Peta Minda bagi meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran. Penggunaan Peta Minda ini dapat mengaitkan pengetahuan, aplikasi sains, kemahiran saintifik dan nilai-nilai murni secara bersepadu dalam P & P.

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif-objektf kajian yang ingin dicapai adalah seperti berikut :1. Memperkenalkan peta minda kepada murid sebagai alat bantu belajar yang baik dalam membuat catatan nota dan keberkesanannya.2. Meningkatkan daya ingatan murid dengan menggunakan peta minda dalam topik Alam Bahan ke atas murid yang berprestasi rendah dalam matapelajaran Sains.3. Mengkaji minat murid terhadap penggunaan nota peta minda dalam membuat ulangkaji.

PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah peta minda dapat dikenalkan kepada murid sebagai alat bantu belajar yang baik dalam membuat catatan nota? Adakah ia berkesan?2. Adakah penggunaan peta minda dapat meningkatkan daya ingatan murid dikalangan murid yang berprestasi rendah dalam topik Alam Bahan?3. Adakah peta minda dapat menimbulkan minat murid dalam membuat ulangkaji?

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian tentang penggunaan peta minda dalam pelbagai matapejaran telah banyak dijalankan di Negara kita. Pelbagai bentuk dan dapatan yang telah diperolehi dalam kajian ini untuk memantapkan penguasaan murid dalam mengingati fakta-fakta Sains. Kajian juga dapat membantu murid dalam mencari dan mengembangkan idea dalam fakta yang diberikan. Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat digunakan sebagai panduan kepada para guru dan murid di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka dan juga di harapkan ianya dapat membantu para pengkaji seterusnya dalam membuat penyelidikan yang lebih mendalam dan terperinci berkaitan dengan penggunaan peta minda ini.

Hasil kajian ini juga penting kepada murid yang berprestasi rendah dalam matapelajaran Sains. Kemungkinan faktir ini disebabkan oleh kaedah pengajaran guru secara trdisional dan membosankan. Dengan penggunaan kaedah peta minda yang memaparkan imej, warna, frasa, symbol serta garisan anak panah yang sesuai akan membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran yang dipelajari dan menghindarkan rasa bosan semasa pembelajaran.

Murid akan lebih mudah untuk mengingati isi pelajaran dan fakta kerana tidak perlu membaca ayat yang panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa dan sebagainya itu tidak terlalu absrtak berband