Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Lembah Pantai

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Lembah Pantai

    1/14

    . KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA 59200 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR. PROGRAM

    PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH MATEMATIK AMBILAN NOVEMBER 2008 SEMESTER 8

    TUGASAN PERANAN YANG BOLEH DIMAINKAN UNTUK MEMARTABATKAN PROFESYENKEGURUAN KE

    ARAH MENGINOVASIKAN KUALITI PENDIDIKAN UNTUK MENJAYAKAN WAWASAN PENDIDIKAN

    NEGARA EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASANAMA : ANNAKKELI A/P SONAMUTHUNOMBOR

    INDEX : 2008212360052TARIKH SERAHAN : 29.06.2012NAMA PENSYARAH : DR.RAJAGOPAL A/L

    PONNUSAMY

    2. ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan 2. Definisi Etika 3.0 Tatasusila profesion perguruan 4.0 Etika Guru

    Muslim 5.0 Ciri-ciri guru yang berkesan 6.0 Program pendidikan guru 7.0 Isu-isu berbangkit 8.0

    Cadangan 9.0 Penutup

    3. 1. PengenalanProfesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini

    bukanlahsemudah yang disangka - kerjanya separuh hari dan cutinya panjang. Sebagai arkiteksosial,

    guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar, bukan sekadar memberipendidikan dan

    menyampaikan ilmu. Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untukmerealisasikan transformasi

    pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justerukegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi

    dengan sempurna kerap dikaitkandengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara.Lebih

    daripada itu, guru juga perlu menjadi model utama kepada anak didiknya. Oleh itumereka perlu

    berjiwa besar. Bukan sembarangan orang layak menjadi guru. Hanyamereka yang luhur jiwa dan

    kental semangatnya yang sanggup mencurahkan baktiuntuk menjadi guru. Kecintaan terhadap

    profesion ini juga seharusnya bukan sekadarsecara luarannya sahaja, sebaliknya sifat keguruan itu

    perlu mendarah daging.Selain itu, guru sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam agenda

    sosial, politikdan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan

    selalunyadisalurkan melalui falsafah dan matlamat ( juga merupakan input ) yang

    perluditerjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan ko kurikulum.Falsafah

    Pendidikan Negara (PPN) pula memberikan matlamat yang jelas mengenaijenis manusia yang ingin

    dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insanharmoni dan seimbang perlu mendapat

    dukungan yang lebih bermakna supaya faktor

    4. perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagimemberi tindak

    balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepanicabaran zaman. Untuk

    menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak bolehterpencil dari arus pendidikan

    dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luarlingkungan jangan sampai menjadikan kita

    kehilangan jatidiri.Oleh yang demikian, bagi memastikan jatidiri guru terus utuh, seseorang guru

    haruslahmematuhi Etika Profesion Keguruan. Etika ini merupakan panduan tingkah laku

    yangmenjadi pegangan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Melalui etika inilahmasyarakat

    boleh menganilisis, menilai serta menentukan sama ada tingkah laku gurutelah mengikut peraturan

    yang ditetapkan atau sebaliknya. Melalui etika ini juga dapatmembantu guru menangani cabaran

    dalam dunia pendidikan yang begitu mencabardewasa ini.2.0 DEFINISI ETIKAEtika berasal dari

    perkataan Greek iaitu ethos dan ethikos. Ethos bererti sifat, watak,kebiasaan, tempat yang biasa,

    cara hidup atau budaya manakala ethikos pula ialahtatasusila, beradab atau kelakuan atau

    perbuatan yang baik. Menurut Thiroux (2001),etika merupakan teori yang berkaitan dengan

    tindakan, hujah dan tujuan yangmengarah kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan

    dengan fakta ataufizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kiratindakanatau tingkahlaku manusia. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu,bagaimana

  • 7/27/2019 Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Lembah Pantai

    2/14

    manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu, IsmailIbrahim (1995) menyebut,

    etika ialah sebagai proses pemikiran tentang baik dan buruk

    5. berkaitan perilaku seseorang. Etika juga merupakan suatu disiplin ilmu yang mengkajitentang

    moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yangbetul. Oleh itu etika

    memperkatakan tentang apa yang betul dan salah, perbuatan yangbaik dan buruk, perkara yang

    boleh dan tidak boleh dilakukan, yang patut dan tidakpatut serta yang berkaitan dengan

    tanggungjawab. Tegasnya, etika adalah sainsperlakuan atau behavioral science yang mengkaji

    tentang perlakuan manuisa dalammasyarakat, membuat tafsiran mengenai tingkahlaku mereka dan

    memberi panduancara-cara bertingkahlaku yang betul berdasarkan kepada piawaian etika atau

    moralmanusia serta masyarakatnya.Menurut Martin [1993], etika didefinisikan sebagai "the

    discipline which can act as theperformance index or reference for our control system". Oleh

    demikian, etika akanmemberikan batasan ataupun standard yang akan mengatur pergaulan

    manusiadidalam kelompok sosialnya. Dalam pengertiannya yang secara khusus dikaitkandengan seni

    pergaulan manusia, etika ini kemudian dirupakan dalam bentuk aturan(code) tertulis yang secara

    sistematik dibuat berdasarkan prinsip-prinsip moral yangada, dan pada saat yang diperlukan akan

    berfungsi sebagai alat untuk mengadili segalatindakan yang secara logika-rasional umum (common

    sense) dinilai menyimpang darikode etik Dengan demikian etika adalah refleksi dari apa yang disebut

    dengan "selfcontrol", kerana segalanya dibuat dan diterapkan untuk kepentingan sosial (profesi)

    itusendiri.Selain dari itu, kerana kelompok profesional merupakan kelompok yang

    berkemahiranyang diperolehi melalui proses pendidikan dan latihan yang berkualiti dan

    mempunyaistandard tinggi yang dalam menerapkan semua kemahirannya yang tinggi itu hanya

    6. dapat dinilai dari dalam oleh rakan sejawat, sesama sendiri. Kehadiran organisasiprofesion dengan

    perangkat "built-in mechanism" berupa kode etik profesi dalam hal inijelas akan diperlukan untuk

    menjaga martabat serta kehormatan profesi, dan disisi lainmelindungi masyarakat dari segala

    bentuk penyimpangan maupun penyalah-gunaankeahlian (Wignjosoebroto, 1999).Oleh kerana itu

    dapatlah disimpulkan bahwa sebuah profesi hanya dapat memperolehkepercayaan dari masyarakat,

    apabila dalam diri para elit profesional tersebut adakesadaran kuat untuk mengindahkan etika

    profesi bila mereka ingin memberikan jasakepada masyarakat yang memerlukannya. Tanpa etika

    profesi, apa yang semuladikenal sebagai sebuah profesi yang terhormat akan jatuh menjadi sebuah

    pekerjaanpencarian nafkah biasa yang sedikitpun tidak diwarnai dengan nilai-nilai idealisme

    danujung-ujungnya akan berakhir dengan tidak-ada lagi respek maupun kepercayaan yangdiberikan

    kepada para golongan profesional ini.2.1 Etika Kerja Kementerian Pelajaran MalaysiaEtika Kerja

    Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayatiberdasarkan prinsip-prinsip berikut:-Niat yang betulPerlakuan yang baikPengerak ke arah kebaikanMemperkotakan apa yang

    dikatakanBerdisiplin dan beradabMenghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

    7. 2.2 NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA(KPM)Walaupun

    banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus EtikaKerja Kementerian

    Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu

    adalah:AmanahBenarBijaksanaBersyukurDedikasiIhklasPenyayang3.0 TATASUSILA PROFESION

    PERGURUANTatasusila profesion perguruan merupakan suatu garis panduan atau kod-

    kodtingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang menggelar dirinya sebagaipendidik

    dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tatasusila tersebut dibahagikan kepadaempat bidangtanggungjawab termasuklah pelajar, ibubapa, masyarakat dan negaradan juga rakan sejawat dan

  • 7/27/2019 Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Lembah Pantai

    3/14

    profesionnya sendiri.3.1 Tanggungjawab terhadap pelajar Lebih mengutamakan kebajikan dan

    keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa

    mengira faktor-faktor jasmani,mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

    8. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada merekayang berhak

    mengetahuinya. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau

    dalammatapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

    Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapatmemberikan contoh

    yang baik kepada pelajar. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,

    penyelidikan,lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar

    supayapengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.3.2 Tanggungjawab terhadap ibu

    bapa Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka. Berusaha

    mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusipendidikan dengan

    rumahtangga. Menganggap semua makumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai

    keadaanrumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akanmembocorkannya

    kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Memberikan maklumat kepada

    ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, danmenggunakan maklumat yang diterima daripada

    ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh

    kedudukan sosial danekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau

    melakukan sesuatu yang bolehmenjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga

    mereka.

    9. 3.3 Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara Mengelakkan diri daripada menyebarkan

    sesuatu ajaran yang boleh merosakkankepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang

    bertentangan denganRukun Negara. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh

    membantu danmembimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,

    bertanggungjawabdan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati

    perbezaankebudayaan, keturunan dan agama. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat

    dan memenuhi segalatanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup

    mengambilbahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Menggalakkan kerjasama dan

    persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusipendidikan dengan masyarakat. Memberi

    sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dankecendekiawanan

    masyarakat. Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat

    danmenjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.3.4 Tanggungjawab terhadap rakan sejawat

    dan profesion perguruan Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasanyang bolehmencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atauberbuat

    sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan

    yang boleh menjejaskan kecekapan kami

    10. sebagai guru. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan

    rajindan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dansosial.

    Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharudalam profesion

    perguruan. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik

    profesionperguruan. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.Guru yang dimaksudkan dalam

    konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkanpengetahuan di sesebuah institusi pendidikanperingkat rendah, menengah dan tinggi,termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran,

  • 7/27/2019 Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Lembah Pantai

    4/14

    organisasi dan penyeliaanpendidikan.4.0 Etika Guru MuslimEtika perguruan Islam belum dibuat

    secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai olehberbagai kalangan yang profesional. Namun

    sebagai percubaan awal hal ini bolehdiusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat

    ditokok tambah olehkhalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion

    keguruan .Antara yang boleh dirumuskan ialah:4.1 Tanggungjawab Terhadap Allah Etika guru muslim

    terhadap Allah ialah sepertiberikut: Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan

    keyakinan/keimanan kepada

    11. Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya. Sifat istiqamah,

    iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadiamalan harian. Guru Muslim

    mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah. Guru Muslim hendaklah prihatin

    untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam danberusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.

    Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya

    danmenyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya. Guru Muslim

    hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNyadengan membaca ayat-ayat

    Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.4.2 Tanggungjawab Terhadap Diri Guru muslim hendaklah

    memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspekfizikal, emosional, mental mahupun

    moral. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal. Memahami

    kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkandari segenap aspek.

    Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyakmungkin kepada Allah,

    masyarakat dan negara. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan

    kualitiprofesion sebagai seorang guru.

    12. 4.3 Tanggungjawab Terhadap IlmuGuru muslim hendaklah :Memastikan penguasaan ilmu

    takhassus secara mantap dan mendalam.Beriltizam dengan amanah ilmiah.Prihatin untuk

    mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.Sentiasa mengikuti perkembangan

    teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yangberkaitan.Dari semasa ke semasa guru Muslim

    hendaklah menelusuri sudut atau dimensispirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu

    pengetahuan.Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan

    keamananumat manusia sejagat.4.4 Tanggungjawab terhadap ProfesionSeorang guru tidaklah harus

    bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkansifat profesionnya dan yang mana

    menyebabkan kurang kepercayaan orang ramaiterhadap profesion perguruan.Dia tidaklah harus

    bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnyamaruah diri dan kehilangan

    amanah berhubung dengan kewangan.Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah

    menjalankannya denganjujur.Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya.Kepentingan parapelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti

    kepentinganmasyarakat, persatuan atau persendirian.

    13. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kirabangsa,

    agama atau kepercayaan.Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha

    membentuk tingkahlaku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.Dia

    haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.Dia haruslah mendidik dan

    mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajartidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa,

    agama, kepercayaan politik, tempat asalkeluarga, intelek, akademik dan status-status lain.Dia harus

    mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar danmemandu merekamemperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, dayacipta dan rohani.Dia harus

  • 7/27/2019 Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Lembah Pantai

    5/14

    menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenaidiri para pelajar tidak

    diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.Dia tidaklah harus bertingkah laku

    terhadap para pelajarnya begitu rupa yang bolehmembawa jatuhnya darjat profesion perguruan.Dia

    tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,masyarakat awam

    atau negara.Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya

    merekadapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.Dia tidaklah harus

    menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkankeyakinan diri para pelajarnya dan

    ibubapanya.Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik

    terhadappelajar.

    14. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untukpelajaran atau

    pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cutisekolah melainkan bayaran-

    bayaran yang disahkan.Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau

    pengajaranpersendirian.Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian

    terhadappara pelajarnya.Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para

    pelajar atauahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.Dia tidaklah harus

    menjatuhkan nama baik guru-guru lain.Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia

    haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).Dia tidaklah harus

    mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkannamanya untuk mendapatkan sesuatu

    pangkat dalam profesion perguruan.4.5 Tanggungjawab Terhadap PelajarGuru muslim hendaklah

    lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar darihal-hal lain.Bersikap adil terhadap

    setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,emosi, politik, ekonomi, sosial,

    keturunan dan agama.Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat

    memberikancontoh yang baik kepada pelajar.. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam

    kelas sendiri atau dalam mata-

    15. mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.Memelihara dan memperbaiki

    kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan danmenghadiri kursus ikhtisas, persidangan,

    mesyuarat atau seminar supaya pengajaranmencapai mutu yang setinggi-tingginya.4.6

    Tanggungjawab Terhadap Rakan SejawatGuru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada

    membuat sebarang kenyataan atauulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di

    hadapan pelajar atauibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang

    guru.Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai

    guru.Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin danbersungguh-

    sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.Sentiasa bersedia membantu rakan sejawatterutamanya mereka yang baru dalamprofesion perguruan.Sentiasa mengawasi diri supaya tidak

    mencemarkan nama baik profesion perguruan.4.7 Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan

    NegaraMengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkankepentingan

    pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangandengan Rukunegara.Memupuk

    dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu danmembimbing mereka untuk

    menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawabdan berguna, menghormati orang-orang

    yang lebih tua dan menghormati adanya

    16. perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.Menghormati masyarakat tempat mereka

    berkhidmat dan memenuhi segalatanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasasanggup mengambilbahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.Menggalakkan kerjasama dan

  • 7/27/2019 Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Lembah Pantai

    6/14

    persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusipendidikan dengan masyarakat.Memberi

    sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaandan kecendikiawanan

    masyarakat.Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat danmenjalani

    kehidupan harian dengan baik.4.8 Tanggungjawab Terhadap Ibu BapaMenghormati tanggungjawab

    utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama

    yang erat di antara institusipendidikan dengan rumahtangga.Menganggap semua maklumat yang

    diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaanrumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak

    akan membocorkannya kepadasesiapa kecuali kepada mereka yang berhak

    mengetahuinya.Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka,

    danmenggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan

    bijaksana.Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial

    danekonomi ibu bapa pelajar.Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan

    sesuatu yangboleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

    17. Kod etika keguruan Islam ini kalau benar-benar dipatuhi dan diamalkan akan

    membantukeberkesanan pangajaran guru. Perkataan keberkesanan pengajaran guru ini

    mungkinkabur pagi setengah pihak. Oleh itu ada baiknya kita menjelaskan maksud

    perkataantersebut. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan mencapai

    puncakmatlamat yang digariskan.5.0 CIRI-CIRI GURU YANG BERKESANPerbincangan mengenai ciri

    seseorang guru yang amat berkesan (highly effective)boleh dikategorikan kepada tiga aspek iaitu:

    Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan. Ciri mengajar yang memberikan hasil. Ciri intelek yang

    menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri.1. Ciri Peribadi: seorang yang bermatlamat

    (mission-driven) dan juga seorang yangasyik dalam pekerjaannya. Kedua , ianya bersikap positif dan

    real yakni yakin dalamapa pun yang dilakukan di samping sabar menerima kenyataan biar pun pahit

    untukditelan. Ketiganya ia merupakan seorang guru-pemimpin; di samping mengajar iajugamembimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dansiapa

    sahaja.2. Ciri Mengajar: seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek dengannya("with-it-

    ness") dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang murid-muridnya mestibuat. Ia juga mempunyai

    stail yang tersendiri, sesuai dengan semua keadaan danpersekitaran, nilai dan budaya, peraturan

    dan undang-undang. Ianya juga memilikikepakaran memotivasi serta kebekesanan dalam

    pengajaran dan pembelajaran.

    18. 3. Ciri Intelektual: seorang yang suka membaca buku, dan mempunyai mental lifeyang segar,

    berkembang dan bersifat self-actualization dengan minda yang sihat danterbuka, melihat alam dan

    kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh(banyak) di samping melihat,menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yangbanyak.Falsafah Pendidikan Negara (PPN)

    memberikan matlamat yang jelas mengenai jenismanusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita.

    Pendekatan melahirkan insan harmonidan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih

    bermakna supaya faktorperubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri.

    Bagimemberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepanicabaran

    zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak bolehterpencil dari arus

    pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luarlingkungan jangan sampai

    menjadikan kita kehilangan jatidiri.6.0 PROGRAM PENDIDIKAN GURUProgram pendidikan guru ialah

    satu program latihan praktik dan sistematik berasaskansekolah yang bersifat "developmental".

    Program ini membolehkan guru pelatihmembina, menguasai, dan mengukuhkan ilmu profesional

    keguruan untuk menjadi gurupermulaan yang berkesan.Namun begitu, kualiti pengajaran dan

  • 7/27/2019 Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Lembah Pantai

    7/14

    pembelajaran sesebuah sekolah banyakbergantung kepada kualiti gurunya. Kelayakan dan

    keprofesionalan guru menentukankualiti program. Mack (1975) mengatakan ciri-ciri personaliti guru

    dan setakat manalatihan profesionali yang dimiliki adalah menyumbang kepada kebolehannya. Ciri-

    ciripersonaliti guru termasuklah: mempunyai kematangan, menghormati pelajar dan ibu

    19. bapa, berkeyakinan, fleksibel, suka belajar, perawakan baik, fizikal yang sesuai,beretika dan

    mempunyai latihan yang cukup. Guru-guru perlu mendapat latihanprofessional untuk memahami

    bagaimana murid-murid berkembang dan belajar.Guru yang berkualiti dilihat dari segi hubungan

    erat yang berjaya diwujudkan denganpelajar, kemampuannya mengembangkan program dan

    merancang aktiviti,kejayaannya mewujudkan komunikasi yang baik dengan ibu bapa dan rakan

    sejawatyang lain dan kemahirannya dalam pentadbiran dan perkembangan professional.Guruyang

    baik ialah guru yang efektif. Guru yang efektif merupakan guru yang berkemahiranserta dapat

    meningkatkan hasil pembelajaran pelajar. Kemahiran yang ada pada gurutidak lahir begitu sahaja. Ia

    perlu dipupuk dan dibajai melalui latihan yang sistematiksebelum melibatkan diri di dalam profesion

    perguruan. Latihan adalah penting bagiseseorang guru sekolah bagi mencapai kemahiran, kecekapan

    serta keberkesanan didalam perlaksanaan tugas. Sebagaimana apa yang dinyatakan oleh Yu- Wei Lin

    danSpodek (1992) iaitu latihan berfungsi meningkatkan kualiti pengajaran guru sekolah.Walau

    bagaimanapun selain latihan yang diikuti minat yang mendalam terhadap kerjayajuga membantu

    keberkesanan pengajaran seseorang guru prasekolah. Motivasi jugamerupakan faktor penting yang

    boleh meningkatkan kualiti guru-guru prasekolah keranaia akan menaikkan semangat untuk

    berusaha dan mencapai matlamat yang hendakdicapai.Penglibatan sekolah dalam melaksanakan

    program ini dapat mewujudkan jalinan

    20. hubungan kerjasama antara Universiti dan sekolah, memupuk rasa tanggungjawabbersama, rasa

    kesepunyaan (ownership) dan mengukuhkan konsep "partnership" bagimembantu perkembangan

    profesionalisme.Dalam melaksanakan program pendidikan guru ini, bimbingan dan latihan

    lebihdiutamakan daripada penilaian. Jalinan kerjasama dan perkongsian pengalaman sertakepakaran

    antara Universiti dan sekolah, yang menjadi teras pelaksanaan praktikumdapat membantu

    perkembangan sekolah terutamanya dari segi peningkatan ikhtisasguru pelatih.Komponen utama

    yang perlu ada dalam program pendidikan guru ialah:(a)pengajaran dan pengalaman di bilik

    darjah,(b)pengajaran dan pengalaman luar bilikdarjah, dan(c)pembentukan ciri sahsiah yang sesuai

    dengan profesion keguruan.6.1 Objektif Program Pendidikan GuruProgram pendidikan guru

    memberi peluang kepada guru pelatih mengenal secara lebihdekat peranan dan fungsi guru dan

    pengelolaan serta pengurusan sebenar bilik darjah.Secara khusus, program ini memberi peluang

    kepada guru pelatih belajar: tentang tugas dan tanggungjawab asas keguruan. mengenal pasti danmemahami murid-murid yang mempunyai perbezaan individu danmerancang persediaan pengajaran

    bagi memenuhi keperluan individu tersebut. mengamal dan mencuba kaedah pengajaran mata

    pelajaran serta menilai kerja muridseperti yang telah dipelajari di dalam kursus. menilai kelebihan

    dan kelemahan kesan-kesan pengajaran dan pembelajaran. prosedur dan teknik pengelolaan

    kurikulum dan kokurikulum mempraktikkan etika keguruan.

    21. sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. mengamalkan, mengubah suai dan mencuba

    teori-teori dan metodologi pengajaranberasaskan keseluruhan ilmu keguruan dan disiplin

    pengkhususan. menganalisis perbezaan-perbezaan pelajar dan menghubungkan isu-isu disiplin

    dangerak laku serta berusaha mengatasi masalah yang dihadapi. membina daya usaha, kreativiti,kepekaan dan keyakinan diri serta sikap yang lebihpositif dalam suasana pengajaran dan

  • 7/27/2019 Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Lembah Pantai

    8/14

    pembelajaran yang berbeza. mengalami proses sosialisasi di dalam masyarakat sekolah supaya

    dapat berfungsisecara positif dalam bidang perguruan. melibatkan diri secara aktif dalam

    pengelolaan kokurikulum sekolah dan mencubapendekatan-pendekatan yang sesuai dan inovatif.6.2

    Guru Sebagai PenyelidikPenyelidikan dalam konteks globalisasi ini menekankan kepada

    pembentukan satubudaya kolaboratif, kerjasama, perkongsian dan penyayang dalam masyarakat.

    Disamping itu, penglibatan yang meluas dalam proses penyelidikan akan menimbulkansense of

    ownership di kalangan semua pihak guruyang terlibat dalam penyelidikantersebut. Setiap pihak

    yang terlibat akan lebih terbuka dalam memberikan kerjasamadan maklumat yang diperlukan.

    Pandangan di atas menunjukkan bahawa gurumemerlukan trdisi penyelidikan yang sesuai dengan

    teori dan amalan mereka yangdapat menyumbang terhadap peningkatan kepada kemahiran

    menyelesaikan masalah.Satu tradisi penyelidikan yang berkembang dalam kemasyarakatan perlu di

    cuba dan di

    22. bangunkan. Organisasi, firma dan kilang-kilang, tempat kerja, rumahtangga dansekolah adalah

    merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori sosial dankemasyarakatan. Perwakilan

    seperti NGO, key personal, wakil dari organisasi, surirumah, ketua tempat kediaman, adalah

    sebenarnya dikelilingi oleh sumber-sumber danbahan yang kaya yang boleh dijadikan bahan

    penyelidikan.Stenhouse (1975) berpendapat bahawa jika guru hendaklah merealisasikan

    aspirasinegara mereka, adalah perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai

    penyelidik.Penyelidikan perlu dijadikan sebagai salah satu tugas utama masyarakat.

    Pendidikanmenjalankan penyelidikan perlu diberi kapada gurusupaya aspirasi negara untukmembina

    insan yang mempunyai kemahiran meneroka jati diri terbena secara intrinsik.Donald Schon (1983)

    yang menyarankan perubahan amalan gurudari berbentuktechnical rationality kepada reflective

    rationality yang menekankan amalan refleksisebagai asas perkembangan profesional.Schon

    mengemukakan konsep reflection-in-action dan knowing-in-action sebagai proses penyelidikanyang menjadi saluran untukperkembangan ilmu profesional dan peningkatan profesional. Konsep

    reflection-in-action dan knowing-in-action membawa maksud refleksi yang dilakukan

    semasaseseorang itu melakukan sesuatu untuk mempastikan apa yang dilakukan itu

    berkesanataupun mungkin persepsi yang baru diperolehi bagi membaiki amalan. Keadaan inibanyak

    berlaku semasa guru mengajar misalnya guru sentiasa (sama ada secara sedaratau tidak) membuat

    refleksi ke atas pengajaran yang sedang mereka jalankan. Prosesini sebenarnya memerlukan

    seseorang itu mengesan maklumat dan menganalisismaklumat bagi membuat keputusan yang

    pantas bagi membaiki amalannya secara

    23. berterusan.Elliott (1993) menekankan betapa perlunya refleksi yang sistematik sebagai carauntukmempertingkatkan mutu keputusan dan tindakan profesional yang dibuat oleh

    seorangpengkaji Elliott telah mengutarakan paradigma sains praktikal yang merangkuamikonsep

    guru sebagai penyelidik dan pengamal refleksi. Proses ini melibatkanpenyelidikan tindakan dan

    inkuiri tindakan. Bagi Elliott, perubahan pendidikan perluberlandaskan inkuiri yang sistematik.Dari

    pandangan-pandangan di atas, jelaslah bahawa penglibatan guru sebagaipenyelidik ini perlu

    diperkembangkan. Penglibatan pakar-pakar penyelidik dalammembimbing guru untuk melakukan

    penyelidikan secara berterusan boleh membentukbudaya menyelidik dan reflektif. Budaya ini

    memungkinkan suara dan pandangan wakilguru didengar dan diambil perhatian oleh pihak pembuat

    dasar dan pihak-pihak yangberkepentingan dalam pendidikan. Ini sekurang-kurangnya dapat

    menigkatkankeyakinan dan self-esteem guruBudaya menyelidik juga didapati telah dapat

    menigkatkan keberkesanan guru yangseterusnya dapat menyumbangkan kepada kualiti pendidikan.

  • 7/27/2019 Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Lembah Pantai

    9/14

    Dalam kontekspendemokrasian penyelidikan konsep guru sebagai penyelidik ini akan

    mulaberakarumbi di kalangan guru di negara ini. Penglibatan guru dalam penyelidikanterutama

    penyelidikan tindakan perlu dijadikan amalan harian.

    24. Pembudayaan penyelidikan yang menyeluruh adalah perlu supaya penyelidikan dapatdijadikan

    sebagai amalan yang boleh membantu dalam membuat keputusan sertatindakan yang lebih baik.

    Penyelidikan bukanlah cara yang boleh menyelesaikansesuatu masalah, tetapi penyelidikan dapat

    membantu dalam melihat masalah secaralebih terancang dan sistematik supaya penyelesaian

    kepada masalah itu dapat dibuatdengan lebih berkesnn. Untuk membolehkan penyelidikan memberi

    sumbangan yangberkesan dalam meningkatkan kualiti pendidikan gurudi setiap peringkat,

    metodologi,proses dan dapatan penyelidikan perlu dapat difahami dan digunakan sebaik-

    baiknyaoleh pelbagai pihak yang terlibat dan berkepentingan.7.0 ISU-ISU BERBANGKIT7.1 ISU

    DISIPLINSejauh manakah guru-guru di sekolah sedar akan etika keguruan seperti yang tercetakdi

    dalam Buku Rekod Pengajaran (Tatasusila Profesion Perguruan, Malaysia) ?Walaupun

    Pengetua/Guru Besar dan guru memegang Buku Rekod Pengajaran danmerekodkan rancangan

    pengajaran mereka tiap-tiap hari, tetapi adakah merekamembaca dengan teliti dan memahami

    Tatasusila Profesion Perguruan , Malaysia yangmerupakan garis panduan kod etika perguruan?

    Berapa peratuskah Pengetua/GuruBesar dan guru-guru seluruh Malaysia yang memahami kod etika

    ini dan betul-betulmengamalkannya?Menurut Dr. Mohammed Sani (2001) dalam menggariskan sifat

    dan kualiti peribadiseseorang guru, di antaranya termasuklah sifat bertanggungjawab, mempuyai

    25. keyakinan diri, mempuyai daya kepimpinan dan menghayati nilai keagamaan dan nilaimurni

    melalui program tarbiyah ruhiyyah yang berterusan. Menurut Rohaty (2002), guruperlu memahami

    dan menghayati etika dan profesion keguruan supaya dianggapprofessional. Malangnya terdapat

    juga segolongan guru dan Pengetua/Guru Besaryang seolah-olah telah terlupa tentang kewujudan

    kod etika keguruan, dan salah satufaktor yang menyebabkan kejadian ini berlaku ialah faktor

    materialistik. Menurut Dr.Tajul Ariffin (1997), tugas mendidik sekarang telah dicemari dengan

    kegilaan guru untukmencari kekayaan, kemegahan dan pangkat. Ini menyebabkan guru

    menggunakanlebih banyak masa untuk kepentingan sendiri ke arah perkara-perkara tesebut

    daripadamemberi tumpuan kepada perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Ini jelas

    sekalimenjejas etika dan profesion keguruan. Sebagai kesan sampingannya, pada masa kinitelah

    berlaku kes-kes salah guna kuasa dan salah laku serta jenayah yang melibatkanpengurus sekolah

    atau/dan guru-guru sekolah.Menurut Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah, Zulqarnain

    Hassandalam pembentangan kertas kerja yang bertajuk Jenayah Rasuah Salah Guna Kuasadan

    Penyelewengan Dalam Pengurusan Sekolah pada Seminar KepengetuaanKebangsaan Ke-3 di InstitutPengetua Universiti Malaya, Mac 2004, beliau telahmengatakan bahawa pengurus sekolah

    menyedari peruntukan undang-undangmengenai penyalahgunaan kuasa itu, ``Tetapi mereka dengan

    sengaja melakukannya,. Menurut beliau, kes-kes sedemikian didapati bertambah setiap tahun, dan

    ini telahmenunjukkan peningkatan dalam kes penyalah gunaan kuasa oleh pihak berkenaan.``Namun

    begitu ada juga pengurus sekolah yang tidak tahu perbuatan mereka itu

    26. menyalahi peraturan, katanya.Dalam pembentangan kertas kerja tersebut, belaiu telah memberi

    contoh kes-kes yangtidak beretika yang berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia seperti berikut:1.

    Contoh Kes Suapana. Guru Jasmani menerima wang daripada kontraktor didorong bahawa

    beliaumeluluskan pembelian alat sukan.b. Pengetua sekeluarga menerima tiket kapal terbang secarapercuma untukmelancung ke luar negeri dari syarakat buku yang menjual buku di sekolah

  • 7/27/2019 Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Lembah Pantai

    10/14

  • 7/27/2019 Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Lembah Pantai

    11/14

    GURUIsu profesion guru juga sering dikaitkan dengan latihan mengajar. Persoalan sepertibagaimana

    pihak universiti, maktab, Kementerian Pelajaran dapat menguruskanprogam latihan mengajar bagi

    guru pelatih dengan cara lebih berkesan? Latihanmengajar bagi bakal guru adalah pendidikan awal

    dalam hidup pendidik. Pengetahuanakademik tidak cukup untuk menjadi seorang guru, pengalaman

    dan amali praktikalmenentukan kejayaan seseorang guru. Keberkesanan penyampaian

    pengetahuanadalah hasil sebenar kerja mereka. Keberkesanan pengajaran guru bergantung

    kepadakonsep guru sebagai berikut:Agen mangkin dalam pertumbuhan dan perkembangan

    pelajar.Fasilitator dalam pembelajaran pelajar.Penggerak kepada usaha pelajar.Pembimbing dan

    model.Pembuat keputusan dalam penggunaan peluang ada untuk kebajikan pelajar.Latihan

    mengajar memberi peluang bagi guru menggunakan teori dan prinsip-prinsippendidikan dalam

    situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di samping

    30. meningkatkan keyakinan diri untuk mengurus bilik darjah. Keseluruhan jangka masalatihan

    mengajar lebih kurang 12 minggu, waktu mengajar antara 8 hingga 10 waktuseminggu. Tumpuan

    khusus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilikdarjah mengikut opsyen guru pelatih itu.

    Terdapat beberapa kelemahan dalam programlatihan pengajar:Kemahiran profesional belum

    mantapLatihan mengajar menekankan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran,sedangkan

    tuntutan profesion perguruan lebih daripada itu kerana guru menghadapibanyak tekanan sosial

    seperti masalah berkaitan dengan disiplin, tuntutan ibu bapa danmasyarakat yang mementingkan

    pencapaian akademik cemerlang.Kekurangan bimbingan dan tunjuk ajarGuru pelatih diselia antara 5

    hingga 8 kali semasa latihan mengajar. Penyeliaan dibuatuntuk menilai kecekapan guru mengajar

    dan respons dari pelajar di dalam matapelajaran. Sebagai perbandingan, latihan profesion

    kedoktoran, doktor perlu menjalanihousemanship selama setahun. Semasa menjalankan

    housemanship, doctor pelatihadalah di bawah pegawasan doktor pakar. Selepas itu, doktor tersebut

    perlu mendapatpengiktirafan dan mendaftar dengan persatuannya untuk latihan dan seterusnyaterikatdengan tatasusila profesion kedoktoran di bawah pengawasan persatuan perubatan.Jangka

    masa latihan yang singkatSalah satu ciri profesion ialah latihan ahli-ahlinya memakan masa panjang

    dan seragam

    31. di semua institusi pengajian. Tempoh latihan perguruan berubah mengikut institusi

    danpermintaan tenaga manusia. Misalnya, tempoh masa perguruan di maktab berkurangdari tiga

    tahun ke dua setengah tahun. Program diploma pendidikan di universitimengambil masa 9 bulan

    termasuk latihan mengajar. Jangka masa terlalu singkatmenyebabkan calon tidak didedah kepada

    suasana sebenar di sekolah dengan masayang cukup.7.2.1 Kekurangan latihan pendidikan guru

    dalam perkhidmatanPendidikan guru dalam perkhidmatan adalah pendidikan terancang danberterusanuntuk membantu guru yang sedang berkhidmat bagi mengemaskini pengetahuan

    dankemahiran profesional mengenai pendekatan dan penemuan mutakhir untukmembolehkan

    mereka menjalankan tugas dengan efektif.Pendidikan guru dalam perkhidmatan sentiasa

    menekankan strategi pengajaran baruterutamanya apabila sesuatu kurikulum baru diperkenalkan

    untuk dilaksanakan olehguru. Program ini membantu guru menjalankan tugas, mempertingkatkan

    kebolehanmengajar dan mendalami pengetahuan dan pengalaman guru. Di samping itu, sijil

    ataudiploma yang dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan membantu para gurumelanjutkan

    pelajaran ke universiti, kenaikan pangkat atau gaji.Mengikut kajian Dr Mohammed Sani Bin Ibrahim

    (1992), hanya seramai 1,485 orangguru iaitu 0.83 % daripada jumlah guru di Malaysia pada 30 Jun

    1989 seramai 178,666guru yang berpeluang mengikuti program pendidikan guru dalam

  • 7/27/2019 Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Lembah Pantai

    12/14

    perkhidmatan. Punca-punca minoriti guru yang menghadiri program adalah:Bilangan kursus yang

    ditawarkan dan bilangan peserta yang diambil adalah terhad.

    32. Sistem pemilihan peserta kursus tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihakpenganjur.

    Menurut pegawai kanan di Kementerian Pendidikan dan pengetua maktabperguruan bahawa

    pengetua cenderung mencalonkan guru bermasalah manakala guruyang berprestasi baik diminta

    terus mengajar di sekolah untuk memastikan prosespengajaran dan pembelajaran pelajar tidak

    terjejas dan keputusan peperiksaan sekolahdapat dikawal dan dipertingkatkan. Jabatan Pendidikan

    Negeri juga tidak menyokongkebanyakan pemohonan guru yang dicalonkan oleh pengetua. Masalah

    mendapatcalon yang sesuai menyebabkan berlakunya guru-guru pernah mengikuti kursus

    dipilihsemula untuk berkhusus.Maklumat mengenai kursus tidak sampai ke pengetahuan guru dan

    ini menyebabkanramai guru tidak boleh memohon untuk mengikutinya.7.3 ISU CALON GURUAntara

    calon-calon yang menawarkan dirinya menjadi guru ada yang terdiri daripadagolongan tidak

    berminat terhadap profesion guru, oleh kerana memerlukan pekerjaandan merupakan pilihan

    terakhir mereka selepas gagal memasuki program lain. Malaysiadilandar dengan banjir siswazah

    akibat daripada dasar pendemokrasian pendidikandibawa oleh Dasar Ekonomi Baru. Peluang-

    peluang pekerjaan yang berkurangan akibatkemerosotan ekonomi menyebabkan pengangguran

    segolongan besar siswazah, makasebahagian mereka telah diserapkan ke profesion

    perguruan.Kriteria bercorak akademik digunakan dalam pemilihan calon perguruan

    tanpamenitikberatkan sikap, aptitude atau kecenderungan dan personaliti disertai dengan

    33. iltizam untuk berjaya merupakan faktor penentu sama ada seseorang itu menjadi gurubaik atau

    sebaliknya. Profesion perguruan dan skim perkhidmatan pendidikan masihbelum menandingi

    profesion-profesion lain seperti peguaman, perniagaan, perakuanandan kedoktoran yang menarik

    pelajar terbaik. Misalnya, syarat umum kemasukanuniversiti adalah lulus SPM dengan kepujian BM

    termasuk lulus ujian lisan, mendapatsekurang-kurangnya gred E bagi Pengajian Am, gred E bagi dua

    mata pelajaran lainbagi calon dari STPM.Isu tentang kelulusan akademik guru bukan sahaja menarik

    minat orang ramai diMalaysia sahaja. Laporan dari Amerika tentang keadaan kurang memuaskan

    bagikeupayaan akademik (scholastic aptitude) di kalangan pelajar berminat menjadi guru.Kebolehan

    intelektual bakal-bakal guru didapati jauh lebih rendah daripada kebolehankebanyakan pelajar yang

    mengkhusus dalam bidang lain seperti kejuruteraan danperubatan. Justeru itu, pendidikan hanya

    dapat menarik pelajar-pelajar yang kurangkebolehan dalam bidang akademik. Untuk menaikkan imej

    penguruan di AmerikaSyarikat, syarat kelulusan akademik memasuki bidang perguruan dinaikkan

    dari CGPA2.00 ke 2.5 (Laman dan Reeves, 1983). Kajian-kajian seterusnya menunjukkan

    latarbelakang akademik pelajar pendidikan perguruan sama baik dengan latar belakangakademikpelajar dalam bidang lain (Fisher dan Reldman, 1985; Book, Freeman danBrousseou,

    1985).Gambaran yang jelas telah menunjukkan kelulusan akademik calon pendidikan

    kurangdaripada pelajar yang mengikuti pengajian perubatan, kejuruteraan dan undang-

    34. undang. Walau bagaimanapun, untuk menjadi guru baik, kelulusan akademik semata-mata tidak

    dapat menjadi ukuran, banyak sifat lain seperti dedikasi, sabar, akhlak baikadalah sangat

    penting.Perlukah temuduga lebih ketat bagi pemilihan calon program pendidikan

    diadakan?Keberkesanan guru bergantung kepada latihan yang diterima dan keperibadian. Calonyang

    tidak berminat, dan menganggap guru sebagai satu pekerjaan tidak dapat menjadiseorang guru yang

    baik. Kredibiliti guru bergantung kepada:Nilai sikap motivasifaktor personalitifaktor aspirasidedikasi,komitmen dan kepuasan diperolehi.sikap penyayang terhadap kanak-kanak dan bercita-cita

  • 7/27/2019 Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Lembah Pantai

    13/14

    mengeksploitasi potensimereka sepenuhnya.8.0 CADANGANDisarankan beberapa tindakan yang

    boleh diambil bagi meningkatkan nilai etika dankualiti profesion perguruan dalam sistem pendidikan

    di negara ini, diantaranya sepertiberikut :Topik Etika dan Profesion Keguruan dengan berpandu

    kepada Tatasusila ProfesionPerguruan, Malaysia yang tercatat dalam Buku Rekod Pengajaran,

    dimasukkan kedalam agenda Mesyuarat Pertama Tahunan dan apabila adanya guru baru yang

    35. melapor ke sekolah untuk mengingatkan guru-guru tentang kod etika perguruan yangharus

    dipatuhi. Dengan membuat demikian, pengetua dan guru besar juga akansentiasa mengingati

    wujudnya kod etika yang harus dipatuhi dalam pengurusansekolah. Selain daripada itu, juga

    pamerkan Tatasusila Profesion Perguruan dalam BilikGuru supaya ianya dapat dibaca oleh seluruh

    masyarakat sekolah agar guru akansentiasa sedar akan kod etika profesion keguruan.Laksanakan

    program peningkatan profesionalisme guruMelalui program berkenaan membolehkan guru sekolah

    terbabit bekerjasama denganpensyarah maktab perguruan mengusahakan program yang dikenal

    pasti berdasarkankeperluan masing-masing, seperti membina bahan pengajaran dan

    pembelajaran(P&P), kursus padagogi dan motivasi serta meningkatkan profesionalisme guru.3.

    Memberi bimbingan profesional berterusan kepada guru, sekaligus menaikkanprestasi pelajar di

    kawasan pedalaman dalam pelbagai aspek, bertepatan matlamatmempertingkatkan akses, ekuiti

    serta kualiti pendidikan dan strategi memperkasakansekolah kebangsaan.4. Kualiti pengajaran dan

    pembelajaran guru di padalaman perlu ditangani denganmelaksanakan strategi berbeza daripada

    guru lain. Geografical isolation perlu dipecahbagi mengurangkan jurang perbezaan pendidikan

    antara kawasan pedalaman, luarbandar dan bandar

    36. 5. Guru perlu menyusun dan menentukan keutamaan kerja mereka sendiri. Dalam halini

    Omardin Ashaari (1996) menyatakan dalam teori moden, kaedah yang palingberkesan untuk

    mencapai matlamat bukan dengan menggunakan kuasa (autokratik)tetapi dengan memenuhi hasrat

    dan keperluan individu, di mana pihak pentadbiransentiasa mengambil daya usaha untuk

    memotivasikan guru dan kakitangan sekolah.6. Pembangunan Profesionalisme Melalui Pengurusan

    IlmuSecara jelasnya, pengurusan ilmu sebenarnya mendorong kita untuk

    meningkatkanprofsionalisme dengan memberikan yang terbaik melalui konsep pengurusan

    ilmudengan menekankn konsep perkongsian, mencari maklumat yang baru. Maklumat iniseterusnya

    akan digunakan untuk perkembangan profesionalisme pendidik. Fullan danHargreaves (1992)

    menjelaskan bahawa konsep `collaberative di dalam pekerjaanakan memberikan lebih pendekatan

    untuk menjadikan pendidik lebih profesionalismeterutama di kalangan mereka yang baru

    berkhidmat serta langkah-langkah yangdijalankan oleh Fullan dan Hargreaves merupakan cadangan

    yang sama dengankonsep pengurusan ilmu ialah:a. Menggalakkan kerjasama di kalangan pendidikberkaitan dengan projek danpembangunan pelajar.b. Sering bertukar pendapat,kerjasama di dalam

    seminar, mesyuarat, atau perjumpaanyang diadakan oleh pihak sekolah bagi tujuan pembangunan

    profesionalisme pendidik.c. Bermatlamatkan kejayaan. Pendidik bekerjasama menjalankan idea yang

    diciptauntuk mencapai matlamat mereka.

    37. d. Menganjurkan perjumpaan secra tetap bertujuan berbincang mengenai masalahpelajar.

    Mereka sentiasa bertukar pendapat, meneliti semula penilaian dan pencapaianpelajar, dan

    menggunakan kesempatan untuk membina alat bantu mengajar.9.0 PENUTUPKesederan kepada

    etika dalam memartabatkan profesion perguruan perlu datang daripengalaman guru-guru sebagai

    pendidik itu sendiri. Nilai etika dan gaya profesionalkeguruan perlu diterapkan dalam organisasipengurusan guru dan aspek pedagogikeguruan agar matlamat pengajaran dan pembelajaran (P&P)

  • 7/27/2019 Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Lembah Pantai

    14/14

    dapat dimanfaatkankepada pelajar. Nilai etika dan gaya ini haruslah di pupuk dalam program

    pendidikanguru lagi agar mereka dapat mengetahui lebih mendalam tentang objektif

    sebenarmenjadi seorang pendidik. Guru perlu memastikan pencapaian matlamat dan objektifdasar

    pendidikan, guru juga perlu berdepan dengan tanggapan dan persepsi pelajardan masyarakat yang

    pelbagai terhadap etika dan profesion keguruan.

    38. RUJUKANBook, C.L, Freeman, D.J.& Brousseau B. 1985. Comparing academic backgroundsand

    career aspirations of education and non-education majors. Journal of TeacherEducation,

    vol.36(No.3): 27 30Berita Harian Online.

    http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.2.1Berita Harian Online.

    http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.23Berita Harian Online.

    http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.37Berita Harian Online.

    http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.57Berita Harian Online.

    http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.63Donald Schon (1983) A guide to

    innovation in education. Ann Arbor, ISR: University ofMichigan.Fisher, R.E.and Feldman, M.E. 1985.

    Some answers about the quality of teachereducation students. Journal of Teacher Education,

    vol.36(No.3): 37-40.Fullan, M & Hargreaves, A. 1992. Whats Worth Fighting for in your School?

    Togetherfor Improvement. Buckingham : Open University.Mack. (1975) Dalam Rohaty Mohd Majzub.

    2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran DanKualiti. Penerbit Universiti Kebangsaan

    Malaysia.Mohammed Sani Bin Ibrahim. 1992. Satu penilaian terhadap pendidikan guru

    dalamperkhidmatan di Malaysia dan implikasinya untuk masa depan. Tesis Doktor Falsafah.Universiti

    Kebangsaan Malaysia.Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar

    Bakti Sdn.Bhd.

    39. Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran Dan Kualiti. PenerbitUniversiti

    Kebangsaan Malaysia.Stenhouse (1975) Professional Ethics In Teaching: Towarda The Development

    Of ACode Of Practise. Journal of Education, 0305764X, Jun 2000, Vol. 30, Issue 2.Academic Search

    Premier.Suprihadi dan Soehartono (1982) Comparing academic backgrounds and careeraspirations

    of education and non-education majors. Journal of Teacher Education,vol.36(No.3): 27 30Thiroux

    J.P. 2001. Ethics, Theory and Practice (7th Edition). New Jersey : Prentice Hall.Yu-Mei Lin dan Spodek.

    (1992). Early Childhood Teacher Preparation In Taiwan. EarlyChild Development and Care Journal,

    78, 95-109.