14
vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA i PENGAKUAN PENULIS ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI SINGKATAN xi SENARAI RAJAH xii SENARAI LAMPIRAN xiii BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Rasional Projek 5 1.5 Objektif Projek 6 1.5.1 Objektif Perisian 6 1.6 Kepentingan Projek 7 1.7 Batasan/Skop Projek 7 1.8 Sasaran Pengguna 8

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL · PDF filePerisian PBK Motor AT 3.3 Model Rekabentuk Perisian 22 ... Mata Pelajaran Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 5 Bertajuk

  • Upload
    habao

  • View
    237

  • Download
    9

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL · PDF filePerisian PBK Motor AT 3.3 Model Rekabentuk Perisian 22 ... Mata Pelajaran Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 5 Bertajuk

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA i

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI SINGKATAN xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Rasional Projek 5

1.5 Objektif Projek 6

1.5.1 Objektif Perisian 6

1.6 Kepentingan Projek 7

1.7 Batasan/Skop Projek 7

1.8 Sasaran Pengguna 8

Page 2: KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL · PDF filePerisian PBK Motor AT 3.3 Model Rekabentuk Perisian 22 ... Mata Pelajaran Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 5 Bertajuk

viii

BAB 2 SOROTAN PENULIS

2.1 Pengenalan 9

2.2 Pengajaran Berbantukan Komputer 10

2.2.1 Definisi PBK 10

2.3 Jenis-Jenis PBK 10

2.3.1 Latih Tubi 11

2.3.2 Tutorial 11

2.3.3 Simulasi 11

2.3.4 Permainan Berpendidikan 12

2.3.5 Penyelesaian Masalah 12

2.4 Multimedia 12

2.4.1 Definisi Multimedia 12

2.5 Elemen–Elemen Utama Multimedia 13

2.5.1 Teks 13

2.5.2 Audio 14

2.5.3 Grafik 14

2.5.4 Video 15

2.5.5 Animasi 15

2.6 Keberkesanan Multimedia Dalam Pendidikan 15

2.7 Teori Pembelajaran Dan Aplikasinya Dalam 16

Perisian Multimedia

2.7.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme 17

(Tingkahlaku)

2.7.2 Teori Kognitivisme 17

2.7.3 Teori Konstruktivisme 18

2.8 Komponen Multimedia Dalam Pendidikan 19

2.9 Ringkasan 20

Page 3: KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL · PDF filePerisian PBK Motor AT 3.3 Model Rekabentuk Perisian 22 ... Mata Pelajaran Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 5 Bertajuk

ix

BAB 3 REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 21

3.2 Aplikasi Teori Pembelajaran 21

Konstruktivisme Dalam Reka Bentuk

Perisian PBK Motor AT

3.3 Model Rekabentuk Perisian 22

3.3.1 Menganalisa Pelajar 22

3.3.2 Menyatakan Objektif 23

3.3.3 Memilih Kaedah, Media dan 24

Bahan Pengajaran

3.3.4 Menggunakan Media dan 24

Bahan Pengajaran

3.3.5 Memerlukan Penglibatan Pelajar 24

3.3.6 Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian 24

3.4 Elemen-Elemen Pembangunan Perisian

Multimedia 25

3.4.1 Teks 25

3.4.2 Audio 26

3.4.3 Grafik 26

3.4.4 Animasi 26

3.4.5 Simulasi 27

3.4.6 Interaktiviti 27

3.5 Alat Pengarangan ( Autoring Tool ) 27

3.6 Perkakasan 27

3.6.1 Perkakasan 28

3.6.2 Perisian 28

3.6.3 Perkakasan Main Balik 29

3.7 Carta Alir Rekabentuk Perisian 29

3.7.1 Menu Utama 30

Page 4: KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL · PDF filePerisian PBK Motor AT 3.3 Model Rekabentuk Perisian 22 ... Mata Pelajaran Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 5 Bertajuk

x

BAB 4 ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 31

4.2 Pempakejan Dan Penstoran Perisian 31

4.3 Kandungan Perisian 32

4.3.1 Menu Utama 32

4.3.2 Menu Objektif 33

4.3.3 Menu Pengenalan 34

4.3.4 Menu Binaan 34

4.3.5 Menu Kendalian 35

4.3.6 Menu Litar Asas 36

4.3.7 Menu Penggunaan 36

4.3.8 Menu Latihan 37

4.3.9 Keluar 38

4.4 Penutup 39

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 40

5.2 Perbincangan 40

5.3 Rumusan 43

5.4 Cadangan 44

Rujukan 45

LAMPIRAN 48

Page 5: KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL · PDF filePerisian PBK Motor AT 3.3 Model Rekabentuk Perisian 22 ... Mata Pelajaran Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 5 Bertajuk

xiii

SENARAI SINGKATAN

ABM Alat bantuan mengajar

EAEL EU- Asia E-Learning

ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi

IT Imformation Technology

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

NITC Majlis Teknologi Maklumat Negara

PBK Pengajaran Berbantu Komputer

PLATO Programmed Logic for Automatic teaching Operation

Page 6: KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL · PDF filePerisian PBK Motor AT 3.3 Model Rekabentuk Perisian 22 ... Mata Pelajaran Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 5 Bertajuk

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta Alir Menu Utama 30

41 Paparan Memulakan Perisian 33

4.2 Paparan Pendaftaran Pengguna 33

4.3 Paparan Bahagian Objektif 33

4.4 Paparan Bahagian Pengenalan 34

4.5 Paparan Bahagian Kendalian 35

4.6 Paparan Bahagian Litar Asas 36

4.7 Paparan Bahagian Penggunaan 36

4.8 Paparan Bahagian Latihan 37

4.9 Paparan Keluar 38

Page 7: KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL · PDF filePerisian PBK Motor AT 3.3 Model Rekabentuk Perisian 22 ... Mata Pelajaran Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 5 Bertajuk

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPRAN TAJUK MUKA

SURAT

A Surat Pengesahan Menjalankan Pengujian 49

B Surat Pengesahan Guru Pakar 50

C Paparan PBK Motor AT 51

Page 8: KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL · PDF filePerisian PBK Motor AT 3.3 Model Rekabentuk Perisian 22 ... Mata Pelajaran Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 5 Bertajuk

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kehidupan kita pada zaman sekarang telah banyak dipengaruhi dengan

penggunaan komputer dan ia tidak boleh dinafikan lagi. Kerja-kerja manusia

seharian dalam menyelesaikan masalah seperti dalam bidang pengurusan,

pentadbiran, penyelidikan, penganalisisan, komunikasi, kawalan, perubatan dan tidak

ketinggalan juga dalam bidang pendidikan telah banyak dibantu dengan penggunaan

komputer. Oleh yang demikian proses yang susah menjadi lebih senang, mudah dan

cepat.

Pendidikan adalah merupakan salah satu perkara asas dalam membina

pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Sebuah negara yang maju dikaitkan

dengan tahap pencapaian yang tinggi dalam bidang pendidikannya. Oleh sebab itulah

negara kita khususnya memandang serius dengan memperbaiki mutu pendidikan agar

seimbang dengan keperluan masa kini bagi merealisasikan hasrat mewujudkan

sebuah negara yang maju.

Tahap kepintaran serta daya imaginasi para pelajar yang berbeza kadangkala

menyukarkan guru untuk memastikan pelajaran yang diajarkan diterima oleh para

pelajar. Menurut kajian Computer Technology Research (CTR, 1992), tingkah laku

seseorang pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbeza mengikut

pengalaman penggunaan pelbagai deria semasa belajar. Hasil kajian ini juga

Page 9: KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL · PDF filePerisian PBK Motor AT 3.3 Model Rekabentuk Perisian 22 ... Mata Pelajaran Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 5 Bertajuk

2

menyatakan peratusan perubahan tingkahlaku seseorang pelajar dalam P&P adalah

seperti berikut:

a. 20% daripada sesuatu yang mereka lihat.

b. 30% daripada sesuatu yang mereka dengar.

c. 50% daripada sesuatu yang mereka lihat dan dengar.

d. 80% daripada sesuatu yang mereka lihat, dengar dan buat serentak.

Menurut Zoraini (1994) pengunaan komputer akan menjadikan pelajar-

pelajar lebih kemahiran daya berfikir dan dapat meningkatkan pengetahuan mereka

dalam menyediakan diri dalam corak kehidupan di abad dua puluh satu.

Guru-guru juga perlu diberi latihan tentang kaedah pengajaran yang lebih

kreatif dengan cara menggunakan teknologi yang dibekalkan. Menurut Zoraini

(1993) guru-guru seharusnya peka dengan perkembangan teknologi maklumat yang

semakin berkembang pesat kearah peningkatan diri dan Profesionalisma. Institute

perguruan memainkan peranan penting dalam memberikan latihan kepada guru-guru

terlatih melalui kursus dalam perkhidmatan supaya guru-guru sentiasa dapat

meningkatkan mutu pendidikan dalam era teknologi maklumat yang globisasi.

Sehubungan dengan itu, para guru perlu bersedia dengan pengetahuan

komputer. Ini kerana jika suatu hari nanti kemudahan komputer diperkenalkan

sepenuhnya di sekolah-sekolah, ia tidak menjadi satu kejutan atau bebanan kepada

mereka.

1.2 Latarbelakang Masalah.

Dalam usaha meningkatkan lagi kualiti pendidikan, selain daripada

pengurusan yang cemerlang, kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga

perlulah bersesuaian dan dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar. Ini adalah

kerana tanpa kaedah yang sesuai objektif pelajaran agak sukar untuk dicapai. Di

samping itu juga alatan Bantu mengajar (ABM) perlulah bersesuaian dengan isi

Page 10: KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL · PDF filePerisian PBK Motor AT 3.3 Model Rekabentuk Perisian 22 ... Mata Pelajaran Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 5 Bertajuk

3

kandungan pelajaran. Salah satu kaedah yang dapat digunakan pada masa kini ialah

dengan menggunakan perisian multimedia dalam pendidikan atau lebih tepat lagi

adalah PBK. Dengan kemajuan IT, serta penggunaan ABM yang berkonsepkan

multimedia, tidaklah mustahil bagi guru untuk mengendalikan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih berkesan dalam mata pelajaran Motor Arus Terus kepada

para pelajar. Objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai

sekiranya kaedah yang digunakan tidak sesuai terutamanya dalam mata pelajaran

teknikal seperti Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Menurut Baharuddin, et. al. (2001), penggunaan ABM yang canggih atau

yang berbentuk eletronik jarang sekali digunakan. Memandangkan untuk

menghasilkan satu perisian ABM memerlukan masa dan tenaga yang ramai, guru

lebih cenderung kepada penggunaan papan tulis dengan kapur (Chalk and Talk) carta

atau poster dan contoh sebenar.

Para pelajar tidak dapat menggunakan kesemua panca-indera mereka di

dalam mengikuti proses P&P secara tradisi ini. Mereka hanya mendengar

penerangan yang diterangkan oleh guru di papan hitam sahaja. Apatah lagi terdapat

pelbagai subtajuk dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan

Elektronik ini. Motor Arus Terus (AT) merupakan salah satu subtajuk yang

dipelajari oleh pelajar-pelajar tersebut. Pelajar akan didedahkan dengan jenis motor,

bahagian utama motor AT, kendaliannya motor AT , litar asas motor AT dan

penggunaannya motor AT. Mata pelajaran ini yang berbentuk abstrak menyebabkan

para pelajar perlu mempunyai daya kefahaman dan daya imaginasi yang tinggi.

Chew Choon Kian (2004) dalam tesisnya juga merujuk kepada Okey (1978),

yang mana masalah keciciran pelajar adalah disebabkan beberapa faktor :

I. Bahan pengajaran yang kurang sesuai

II. Organisasi kandungan pembelajaran yang kurang terancang

III. Persekitaran bilik darjah yang kurang menggalakkan

IV. Ketidakpelbagaian dalam kaedah pengajaran yang diamalkan oleh guru.

Page 11: KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL · PDF filePerisian PBK Motor AT 3.3 Model Rekabentuk Perisian 22 ... Mata Pelajaran Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 5 Bertajuk

4

Peratusan kelulusan pelajar aliran teknik dan vokasional yang mengambil

mata pelajaran ini menunjukkan pencapaian yang kurang memuaskan iaitu pada

tahun 2002 hanya 8.9 peratus pelajar sahaja lulus peringkat cemerlang, manakala

65.3 peratus sahaja pelajar lulus peringkat kepujian dan 24.3 peratus sahaja pelajar

mendapat peringkat lulus. Pada tahun 2003, hanya 9.5 peratus pelajar sahaja lulus

peringkat cemerlang, manakala 69.9 peratus sahaja pelajar lulus peringkat kepujian

dan 19.4 peratus sahaja pelajar mendapat peringkat lulus. (Analisa Peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia, 2003).

Permasalahan yang dihadapi oleh guru ialah bagaimana hendak

menggambarkan Litar jenis motor AT kepada pelajar. Menurut laporan prestasi

SPM 2003, kebanyakan pelajar menjawab dengan betul pada angker dan belitan

motor, sebaliknya tidak menjawab atau salah dalam menjawab perbezaan litar jenis

motor AT. Pada kebiasaannya pelajar akan diberi penerangan tentang kendalian

sistem dan jenis – jenis litar ini dengan bantuan gambar rajah. Walau bagaimanapun

perbezaan jenis litar motor AT ini tidak dapat diperlihatkan dengan jelas kepada

pelajar.

Perkara yamg diterangkan di atas adalah antara permasalahan yang timbul

dari kaedah pembelajaran yang digunakan sekarang untuk subtajuk motorAT.

walaupun terdapat kemudahan komputer di sekolah-sekolah, kaedah pengajaran dan

pembelajaran menggunakan teknologi multimedia (PBK) masih tidak dijalankan

secara menyeluruh terutamanya dalam matapelajaran teknik dan vokasional. Ini

mungkin disebabkan oleh ketiadaan perisian untuk mata pelajaran ini yang

disediakan oleh kementerian.

Dalam matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

khususnya tajuk Motor A.T, sudah tentu sukar menyediakan satu set situasi

kendalian sesuatu sistem motor. Kekurangan bahan pengajaran bagi matapelajaran

ini di sekolah-sekolah menyukarkan guru untuk menjelaskan konsep sesuatu sistem

dalam motor tesebut.

Page 12: KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL · PDF filePerisian PBK Motor AT 3.3 Model Rekabentuk Perisian 22 ... Mata Pelajaran Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 5 Bertajuk

5

Melalui penggunaan perisian pembelajaran yang menarik serta menepati

kehendak kurikulum sistem pendidikan negara akan dapat merubah sistem

pendidikan yang sedia ada dalam mencapai maklumat tanpa sempadan yang

memberi impak yang besar dalam proses P&P ini. Perubahan akan berlaku selaras

dengan perkembangan dan pembangunan bahan pengajaran berbentuk perisian

komputer dalam berbagai media untuk menjadikannya lebih menarik, tersusun,

merangsang serta mencabar.

1.3 Pernyataan Masalah

Para pelajar sukar untuk memahami dan mengikuti mata pelajaran Pengajian

Elektrik Dan Elektronik, topik Motor A.T yang berbentuk abstrak sekiranya

diajarkan menggunakan kaedah secara konvensional iaitu kaedah “ chalk and talk”,

maka perisian PBK yang sesuai perlulah diwujudkan, pernyataan masalah ini adalah

hasil perbincangan di antara pembangun perisian dengan Guru Pakar Kursus

Elektrik. (Rujuk Lampiran B).

Para pelajar juga sukar untuk mengambarkan gambaran sebenar konsep

motor A.T jika hanya melihat daripada lukisan di papan kapur sahaja dan sekiranya

dibina satu perisian yang sesuai maka teori motor A.T dapat ditunjukkan secara jelas

dan menarik.

1.4 Rasional Projek.

Rasional projek pembinaan perisian PBK bertajuk “Motor Arus Terus”

adalah untuk melihat lebih dekat bagaimana. Perbezaan litar di dalam sistem motor

AT yang sudah tentu tidak dapat dilihat dengan hanya melihat fizikal (luaran) motor

sahaja.

Page 13: KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL · PDF filePerisian PBK Motor AT 3.3 Model Rekabentuk Perisian 22 ... Mata Pelajaran Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 5 Bertajuk

6

Dengan adanya perisian PBK “Motor Arus Terus” ini yang dilengkapi

pelbagai media (multimedia) penyampai dalam penghasilannya bukan sahaja dapat

memudahkan pengajaran guru bahkan pelajar juga dapat meneroka sendiri

bagaimana sistem ini berfungsi. Dengan kata lain P&P dapat dilakukan dengan lebih

mudah dan berkesan.

1.5 Objektif Projek

Perisian PBK yang dibangunkan akan menggunakan pelbagai media

penyampai: teks, grafik, audio, video dan animasi. Pembelajaran akan menggunakan

kaedah tutorial, di mana di dalamnya mengandungi segmen set induksi,

pembelajaran dan latihan.

Objektif rekabentuk perisian untuk:

I. Membangunkan perisian multimedia pembelajaran berbantu komputer

(PBK) Mata Pelajaran Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

Tingkatan 5 Bertajuk Motor Arus Terus (A.T).

1.5.1 Objektif Perisian

Objektif pembangunan perisian pengajaran Berbantu Komputer (PBK)

bertajuk “ Motor Arus Terus” adalah supaya pelajar/pengguna dapat :

I. Menyatakan tujuan dan fungsi motor arus terus (AT)

II. Mengenalpasti komponen yang terlibat dalam Motor AT.

III. Memperihalkan prinsip kendalian Motor AT.

IV. Mengenalpasti jenis litar asas Motor AT

Page 14: KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL · PDF filePerisian PBK Motor AT 3.3 Model Rekabentuk Perisian 22 ... Mata Pelajaran Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 5 Bertajuk

7

1.6 Kepentingan Projek

Tujuan projek perisian multimedia ini dibina adalah berdasarkan tanggapan

bahawa sistem pendidikan pada abad ke-21 akan mengalami satu revolusi yang

ketara berbanding dengan sistem yang sedang diaplikasikan. Perisian multimedia

juga mempunyai pelbagai kepentingan sama ada kepada pelajar mahupun guru yang

mengajar mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Perisian

multimedia yang dibina ini dijangka akan dapat :

I. Membantu dalam proses P&P supaya lebih berkesan.

II. Mempelbagai serta memberi pilihan kaedah penyampaian dalam

proses P&P di dalam bilik darjah.

III. Membantu pelajar sebagai sumber inspirasi dan motivasi bagi

menarik minat terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik serta kandungan yang hendak disampaikan.

IV. Diguna pakai sebagai panduan kepada pembinaan perisian multimedia

yang lain

V. Boleh dijadikan sumber rujukan alternatif semasa membuat ulangkaji

pelajaran.

VI. Boleh digunakan oleh pelajar secara aktif dan dapat menarik minat

serta bermotivasi.

VII. Boleh digunakan oleh pelajar pada bila-bila masa dan di mana-mana

sahaja pelajar berada.