35

KANDUNGAN - Teratak Tioman · PDF file4.2 Pilihan Pokok Induk ... (pada harga RM2.40/kg ... Kandungan zat makanan bagi pitaya merah adalah seperti di Jadual 2. Tanaman ini mempunyai

Embed Size (px)

Citation preview

KANDUNGAN Pendahuluan …………………………………………………………… v

1. Pengenalan ………………………………………………………… 1

2. Botani ……………………………………………………………… 3

3. Keperluan Asas…………………………………………………….. 8

4. Amalan Kultura…………………………………………………….. 8

4.1 Penyediaan Bahan Tanaman…………………………………... 8

4.2 Pilihan Pokok Induk………………………………………….... 10

4.3 Penyediaan Kawasan Penanaman……………………………... 10

4.4 Jenis Junjung/tiang…………………………………………….. 11

4.5 Penanaman di ladang…………………………………………... 11

4.6 Cantasan……………………………………………………….. 12

4.7 Pembajaan……………………………………………………… 14

4.8 Pengurusan Air……………………………………………….... 15

4.9 Pengurusan Perosak………………………………………….... 15

4.10 Kawalan Rumpai………………………………………………. 17

5. Kematangan Dan Pengutipan Hasil………………………………..... 18

6. Pengendalian Lepas Tuai…………………………………………..... 19

7. Ekonomi Pengeluaran Dan Pemasaran…………………………….... 20

Rujukan………………………………………………………………….. 23

Lampiran 1 : Aliran Kewangan Tanaman Pitaya (Isi Merah)……….. 24

Lampiran 11 : Aliran Kewangan Tanaman Pitaya (pada harga

RM2.40/kg) …………………………………………... 25

Lampiran 111 : Aliran Kewangan Tanaman Pitaya (pada hasil

Kurang 25% setiap tahun) ………………………….....26

Penghargaan

v

PENDAHULUAN

Buku ini mengandungi teknologi tanaman secara pakej yang

disyorkan oleh Jabatan Pertanian terutamanya dari segi botani,

keperluan asas tanaman, amalan kultura, pengurusan perosak

tanaman, pengendalian hasil dan ekonomi pengeluaran bagi

tanaman pitaya.

Ia diterbitkan sebagai bahan rujukan utama kepada pegawai-

pegawai yang terlibat di dalam aktiviti khidmat nasihat dan

perundingan. Teknologi tanaman yang terdapat dalam buku ini

juga boleh diamalkan oleh pengusaha-pengusaha tanaman pitaya

dalam usaha untuk memajukan tanaman ini.

1. PENGENALAN

1.1 Pitaya, pitahaya, ‘dragon fruit’, atau buah naga adalah sejenis pokok kaktus yang

dikenali sebagai ‘nightblooming cactus’. Berasal dari Amerika Selatan, tanaman ini semakin hari semakin popular dibeberapa negara di Asia termasuk Malaysia. Terdapat pelbagai jenis/varieti, diantaranya yang buah berkulit merah dan isi berwarna putih, buah berkulit merah dan isi berwarna merah dan buah berkulit kuning dan isi berwarna putih.

1.2 Jenis yang mula popular di negara kita dibawa dari Kemboja dan isinya berwarna

putih. Kini jenis isi berwarna merah telah menarik minat pengusaha untuk menanam kerana rasanya lebih manis dari jenis isi berwarna putih. Jenis ini dikatakan hibrid dari Taiwan. Varieti yang kulitnya berwarna kuning masih belum ditanam secara komersial.

1.3 Anggaran keluasan tanaman pitaya sehingga kini adalah seperti di Jadual 1.

Mengikut data dari Bahagian Perangkaan Jabatan Pertanian bagi tahun 2002, jumlah keluasan ialah 47.3 hektar dan negeri utama yang ditanam dengan pitaya ialah Johor dan Perak. Keluasan tanaman ini didapati semakin meningkat terutama dikalangan pengusaha swasta dan individu. Sehingga tahun 2005 keluasan telah meningkat ke 435.8 hektar. Negeri pengeluar utama masih Johor diikuti oleh Melaka, Perak dan Pahang. Keluasan ini dijangkakan terus meningkat dengan bertambahnya minat pihak swasta dan individu untuk menanam, kerana tanaman ini didapati mudah diurus dan dikatakan mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang baik dan boleh diproses untuk menghasilkan pelbagai jenis produk.

1.4. Buah pitaya boleh dimakan segar dan diproses. Selain dari buah, bunga serta

tunas muda boleh juga dimakan dan mempunyai khasiat dan kegunaannya tersendiri. Buah pitaya boleh diproses kepada jus, tepung, teh dan sebagainya. Pati buah boleh digunakan sebagai asas pengeluaran produk perubatan, makanan dan minuman. Bijinya juga boleh dijadikan bahan campuran kepada biskut. Kandungan zat makanan bagi pitaya merah adalah seperti di Jadual 2.

Tanaman ini mempunyai kadar nutrisi yang tinggi dan dipercayai mempunyai

nilai perubatan tertentu. Rupa buah yang seolah-olah bersisik dan warnanya yang merah membuatkan kaum Cina menganggap ia seperti naga dan ia diguna sebagai buah untuk acara sembahan dan perayaan.

Setakat ini tanaman ini didapati tidak mempunyai masalah perosak utama dan

boleh diuruskan mengikut kaedah organik. Ini memberi peluang kepada pelabur untuk penanaman secara organik bagi memenuhi permintaan terhadap produk organik yang semakin meningkat.

1

Jadual 1 : Jumlah keluasan (ha) tanaman pitaya sehingga tahun 2005

Keluasan (ha)

Negeri

Th. 2002

Th. 2003

Th. 2004

Th. 2005

Johor Pahang Selangor Melaka Negeri Sembilan Perak Pulau Pinang Kedah Perlis Kelantan Terengganu Sabah Sarawak

33.9 2.8 - - -

10.6 - - - - - - -

42.1 13.3

- -

2.8 11.4

- - - - - - -

109.5 24.4 6.5 41.5 15.7 11.4 1.0 - - - - - -

196.0 39.1 18.0 59.9 19.1 46.5 22.1 17.8 0.3 7.8 9.2

Jumlah

47.3

69.6

210.0

435.8

Sumber: Jabatan Pertanian, 2006

Secara amnya pitaya ialah sejenis tanaman yang mudah diurus dan kos

pengurusannya tidak tinggi. Ini sesuai bagi petani separuh masa. Bagaimanapun kos awal iaitu kos benih, tiang dan para adalah tinggi.

2

Jadual 2: Kandungan zat makanan bagi buah pitaya merah (setiap 100g bahagian yang boleh dimakan)

Zat makanan (unit/100g)

Pitaya merah

Air (g) 82.5-83.0 Protin (g) 0.159-0.229 Lemak (g) 0.21-0.61 Gentian (g) 0.7-0.9

Karotin (mg) 0.005-0.012 Kalsium (mg) 6.3-8.8 Fosporus (mg) 30.2-36.1

Besi (mg) 0.55-0.65 Vitamin B1 (mg) 0.028-0.043 Vitamin B2 (mg) 0.043-0.045 Vitamin B3 (mg) 0.297-0.43 Vitamin C (mg) 8.0-9.0 Thiamine (mg) 0.28-0.30 Riboflavin (mg) 0.043-0.044

Niacin (mg) 1.297-1.300 Abu (g) 0.28

Lain-lain (g) 0.54-0.68

Sumber : Taiwan Food Industry Development & Research Authorities Report code ’85-2537” 2. BOTANI

Nama saintifik : Hylocereus undatus (Haw.) Brit. & Rose Nama biasa : Pitaya, pitahaya, ‘dragon fruit’, buah naga Keluarga : Cactaceae

2.1 Pokok

Pitaya ialah sejenis tumbuhan kaktus yang memanjat. Pokoknya sukulen, berduri dan tidak berdaun (daun menyusut). Ia berpaut pada benda-benda yang berdekatan sebagai penyokong untuk memanjat.

3

2.2 Batang

Pada batang kaktus terdapat duri-duri yang dianggap sebagai daun yang telah diubahsuai. Batang pokok terdiri dari teras yang berwarna perang muda dan dibaluti bahagian kulit yang sukulen dan berwarna hijau. Keratan rentas batang bersegi tiga. Panjang ruas batang bergantung kepada kesuburan pokok dimana ruas batang pokok yang subur adalah lebih panjang.

2.3 Akar

Akar jenis ‘adventitius’ tumbuh dari batang pokok dan melekap kepada bahan sokongan seperti kayu dan konkrit simen supaya pokok tumbuh tegak. Akar juga berperanan sebagai akar sokong dimana ia tumbuh dari pangkal keratan dan menembusi tanah untuk sokongan mekanikal.

2.4 Bunga

Kudup bunga keluar dari segi batang pada bahagian atas duri. Bunga besar, berbentuk seperti loceng dan berukuran 35cm panjang dan 22.5cm lebar ketika kembang. Bunga dwiseks dan sendirian. Bilangan sepal dan ranggi tidak tetap dan tidak nyata dapat dibezakan antaranya dengan jelas. Warna dibahagian pangkal bunga hijau, bahagian tengah kuning kehijauan dan bahagian hujung putih. Bilangan stamen juga tidak tetap dan tumbuh secara berlingkar atau dalam beberapa kumpulan daripada hipantium. Filamen dan anther berwarna kuning. Ovarinya inferior, mempunyai banyak karpel, satu lokul, dengan ovul yang sangat banyak pada plasenta parietal, satu benang sari dan bilangan stigma sama banyak dengan karpel. Stigma berwarna kuning.

2.5 Pendebungaan Stigma mula keluar dari kelopak bunga pukul 9.00 malam dan bunga kembang

pukul 12.00 malam. Ia mengeluarkan aroma yang kuat dan mengeluarkan nektar. Bunga layu keesokannya. Pendebungaan berlaku secara silang ‘cross-pollination’ dibantu oleh haiwan/serangga seperti kelawar, kelulut dan lebah.

4

2.6 Pembentukan Buah Dua hari selepas antesis kelopak bunga menjadi layu dan mula kering dan boleh

dipotong. Ovari akan mula membesar dan buah matang 50-53 hari dari pengeluaran kudup bunga atau 31-34 hari selepas bunga kembang. Jika persenyawaan tidak berlaku keseluruhan bunga akan menjadi kuning, layu dan kering.

2.7 Buah Buah seperti berri dan berbentuk bulat lonjong dengan sari salut dikulit buah

membentuk seperti ‘sisik naga’. Kulit mudah dikupas serta mengeluarkan cecair yang warnanya melekat pada tangan. Isi berwarna putih atau merah, berair dan rasanya sedikit manis, manis atau manis sedikit masam. Kebiasaannya berat buat antara 250 – 600 g bergantung kepada jenis dan juga tahap pengurusan tanaman. Peratus gula dalam buah antara 17-21 % brix bagi buah yang masak.

2.8 Biji Biji jenis dicot, berwarna hitam, leper dan halus. Terdapat banyak biji di dalam isi

buah. Biji boleh digunakan untuk pembiakan tetapi pokok lambat matang dan tidak ‘true to type’. Endosperma sedikit atau tidak ada langsung.

5

Gambarajah 1: Bahagian-bahagian tanaman pitaya- batang, pokok, akar, bunga, buah, isi dan biji.

a. Batang

b. Pokok c. Akar

f. Bunga mekar

d. Kudup bunga e. Kudup bunga terbuka

i. Isi dan biji berwarna hitam g. Putik buah

h. Buah matang

6

2.9 Ciri-Ciri Varieti Komersial Terdapat dua varieti pitaya yang ditanam secara komersial iaitu jenis isi putih dan jenis isi merah. Ciri-ciri varieti berkenaan adalah seperti di Jadual 3 dan Gambarajah 2.

Jadual 3 : Ciri varieti komersial

Ciri-ciri

Varieti isi putih

Varieti isi merah

Gerigi batang

Berwarna perang

Berwarna hijau atau hijau sedikit perang

Warna sari salut

pada kudup bunga

Bahagian tepi sari salut

berwarna hijau

Bahagian tepi sari salut

berwarna merah keungguan

Warna isi

Putih

Merah

Sari salut/’Sisik buah’ pada buah

matang

Susunan jarang. Bentuk tirus dan

panjang

Susunan lebih rapat.

Bentuk lebar dan pendik

Saiz buah

Besar (500-800 gm)

Sederhana (300-500 gm)

Gambarajah 2 :Varieti pitaya yang ditanam secara komersial

Varieti kulit dan isi merah Varieti kulit merah dan isi putih

7

3. KEPERLUAN ASAS 3.1 Faktor Iklim

Berasal dari Amerika Selatan tanaman ini sesuai di iklim sederhana panas ke panas. Iklim tropika dengan purata suhu antara 25 – 30oC adalah sangat sesuai. Hujan antara 500 – 1500 mm dengan musim kering dan basah adalah diperlukan. Hujan yang berlebihan akan menyebabkan pokok kurang mengeluarkan bunga atau bunga yang keluar gugur atau menjadi busuk. Secara amnya tanaman ini boleh tahan kepada cuaca sederhana panas dan sederhana sejuk serta tanah yang kurang subur.

Walaupun tanaman pitaya memerlukan banyak cahaya matahari, pendedahan kepada cahaya yang terik boleh memudaratkan tanaman dimana dahan pokok dibahagian atas kanopi akan menjadi kuning. Ini mungkin kerana tanaman ini berasal dari hutan belantara yang teduh.

3.2 Faktor Tanah Tanah yang mengandungi 10 – 30% pasir sangat sesuai. Tanah gembur pada

cerun kurang dari 6o dan bersaliran baik adalah sesuai.

Pitaya boleh ditanam di tanah tinggi jika langkah-langkah pemuliharaan tanah diambil kira. Ia boleh juga ditanam di tanah rendah, kecuali kawasan yang dilanda banjir/ dinaikki air atau bertakung air pada masa-masa tertentu. Tanaman ini boleh juga ditanam di kawasan sawah jika ianya ditanam di atas batas yang cukup tinggi dan akarnya tidak digenangi air. Sistem ‘furrow’ boleh digunakan di tanah sawah.

Ia juga boleh ditanam di tanah bris. Bagaimanapun penanaman di tanah pasir memerlukan lebih baja organik untuk membaikpulih tanah.

3.3 Kawasan Penanaman

Berasaskan peta agroiklim, kawasan yang sesuai untuk penanaman pitaya ialah sama seperti kebanyakan buah-buahan lain kecuali tanah terendam air dan tanah yang cerunnya melebihi 12o.

8

4. AMALAN KULTURA 4.1 Penyediaan Bahan Tanaman

Bahan tanaman dari keratan dahan pokok digunakan untuk pembiakkan kerana ia lebih cepat matang dan berbuah serta mengekalkan ciri pokok yang dipilih jika dibandingkan dengan bijibenih. Keratan dahan dipotong dengan setiap keratan sepanjang 15–22 cm. Dahan yang cukup matang dan telah mengeluarkan buah dan terasnya bersaiz lebih kurang sebesar batang pensel digunakan untuk pembiakan. Keratan diletak ditempat kering selama seminggu untuk membolehkan hujung keratan kering dan pulih dan untuk menggalakkan pengeluaran akar. Pengeringan hujung keratan juga dapat mengurangkan risiko dari jangkitan dan pereputan. Keratan boleh disemai ke dalam semaian pasir atau ke dalam polibeg bersaiz 12.5cm x 17.5cm yang mempunyai saliran yang baik dan diletak di bawah lindungan. Media yang digunakan dalam polibeg ialah satu bahagian pasir dan satu bahagian tanah. Keratan disiram sedikit sahaja untuk menggalakkan pengeluaran akar. Apabila akar telah terbentuk keratan boleh didedah kepada cahaya yang lebih dan diberi sedikit baja foliar supaya tunas keluar. Keratan yang telah berakar boleh dialih ke polibeg atau ditanam terus ke ladang. Bagi keratan yang disemai ke dalam polibeg ia boleh dialih ke ladang apabila mempunyai tunas sepanjang 10cm (dalam masa 4-6 minggu). Keratan yang baik boleh mengeluarkan buah seawal 7-8 bulan dan kebanyakan keratan boleh mengeluarkan buah dalam tempoh 1 tahun.

Gambarajah 3 : Persediaan bahan tanaman

a. Pokok induk c. Semaian

d. Anak benih b. Keratan

9

4.2 Pilihan Pokok Induk

Pokok induk yang sihat, produktif, mengeluarkan buah yang sederhana besar dan buah yang sedap biasanya dipilih untuk tujuan pembiakan.

4.3 Penyediaan Kawasan Penanaman

Asas penyediaan kawasan untuk penanaman pitaya adalah sama seperti penyediaan kawasan untuk penanaman pokok buah-buahan yang lain. Kawasan yang semak perlu dibersihkan dan dibajak bagi tanah mineral. Jika tanaman hendak ditanam di atas batas, batas tanaman disediakan menggunakan jentera pembajak dengan jarak antara batas sejauh 2.3m bagi pengurusan cara biasa dan 3.0m jika mekanisasi ladang hendak digunakan antara barisan tanaman. Penanaman di atas batas sesuai untuk kawasan yang rata dan agak rendah supaya air dapat disalir ke luar kawasan dengan cepat.

Tanah perlu dikapur untuk mengurangkan kemasamannya. Kadar yang biasa digunakan untuk tanah mineral ialah 2-3 tan/ha. Baja organik sebanyak 1.25 kg/pokok dan baja CIRP sebanyak 50g/pokok, digaul ke lubang tanaman sebelum kerja-kerja menanam dilakukan.

Tiang junjung dicacak ke dalam tanah sedalam 50-60cm dan tanah sekelilingnya dipadatkan supaya tidak tumbang. Jarak antara tiang ialah 2.5 m dalam baris dan 3.0 m antara baris bagi penanaman biasa (tanpa batas). Bagi penanaman di atas batas jarak antara tiang di atas batas ialah 2.0-2.5 m.

Tanah sekeliling pangkal tiang dinaikkan menjadi busut kecil bagi kaedah penanaman tanpa batas. Ini supaya pangkal pokok tidak terlalu lembab bagi mengelak dari serangan penyakit reput busuk.

Gambarajah 4 : Penyediaan kawasan penanaman

a. Tiang ditanam dan tanah dipangkal tiang dinaikkan menjadi busut kecil. Baja organik digaul dengan tanah di atas busut.

b. Para konkrit diletak di atas tiang.

10

4.4 Jenis Junjung/Tiang

Tiang simen konkrit berukuran 7.5cm x 7.5cm x 2.0m lebih sesuai digunakan berbanding dengan tiang kayu kerana ia tahan lama. Bancuhan konkrit ialah 1:3:4, 1:2:4 atau 1:3:3 (bahagian simen : bahagian pasir : bahagian batu). Saiz tetulang besi di dalam tiang ialah antara 5-7mm dan panjangnya lebih sedikit dari panjang tiang supaya para boleh disangkut ke atas tiang. Jika hendak dipasang dengan para konkrit, memadai dilebihkan sepanjang 10cm dari panjang tiang.

Para boleh dibuat dari simen konkrit yang mengandungi tetulang besi dan saiz para ialah 0.5m x 0.5m. Ia juga boleh dibuat dari batang besi yang dibalut dengan tiub plastik dan juga dari kayu keras.

Pokok pitaya boleh juga memanjat pokok kayu lain jika dahan pokok kayu dicantas dari masa ke semasa supaya pokok pitaya mendapat cukup cahaya dan udara. Sistem para secara trellis menggunakan dawai kasar/ ‘polypipe’ dan tiang besi/ kayu/ konkrit boleh juga digunakan. Pilihan yang sesuai ialah yang murah kosnya, tahan lama dan memudahkan tanaman diurus.

Gambarajah 5 : Jenis tiang dan para

a. Tiang konkrit b. Para konkrit

c. Para besi bersalut dengan tiub getah

d. Para ‘polypipe’

11

4.5 Penanaman Di Ladang

Bagi keratan/keratan berakar, lubang tanaman sedalam 5cm digali dan keratan

ditanam. Bagi anak pokok didalam polibeg, lubang sebesar polibeg digali dan pokok ditanam ke dalam lubang dan tanah dipadatkan. Tiga/ empat keratan/ anak benih ditanam keliling setiap tiang junjung.

Keratan/ tunas pokok diikat ke tiang supaya ia memanjat tiang tersebut dan

tumbuh menegak dan memasuki ke dalam para yang disediakan. Dahan yang keluar dari bahagian atas para dibiarkan melempai di atas para tersebut.

Sungkupan dari jerami padi, sabut kelapa sawit dan sebagainya diletakkan

disekeliling pokok supaya pertumbuhan rumpai dipangkal pokok dapat dikawal. Pemberian sungkupan juga dapat mengawal kelembapan disekeliling pangkal pokok.

Gambarajah 6 : Peringkat pertumbuhan pokok pitaya

a. Keratan ditanam b. Tunas diikat ke tiang c. Tunas diasuh

tumbuh menegak hingga keparas para

d. Dahan pokok melempai di atas para

12

4.6 Cantasan

Tunas sisi yang keluar dari batang utama di bawah paras para dikutil/ dicantas supaya batang pokok cepat memanjang ke atas. Pembuangan tunas sisi ini diteruskan supaya batang utama tidak mempunyai sebarang tunas di bawah paras para.

Cantasan seterusnya ialah pemilihan dahan-dahan yang keluar di atas para tanaman. Sebagai panduan dalam tahun pertama dipilih empat dahan, tahun kedua dipilih lapan dahan dan untuk tahun ketiga dan seterus dikekalkan 10-12 dahan sepokok. Dahan-dahan yang sihat, subur dan kedudukannya seimbang di atas para dipilih. Bagi pokok dewasa, dahan lama/ tua dicantas kerana ia tidak produktif lagi. Jika dibiarkan ia akan menggunakan bahan makanan dan bersaing dengan dahan-dahan muda. Ini akan menjejaskan pengeluaran hasil. Sebagai panduan am, cantas dahan-dahan tua yang tidak produktif, dahan-dahan kecil yang tidak subur dan tinggalkan lebih kurang 50 dahan pada satu tiang. Kerja mencantas ini dibuat berterusan secara berjadual dan hanya sedikit dahan dibuang bagi satu-satu masa supaya hasil tidak terjejas. Cantasan juga dibuat mengikut keperluan semasa bagi membuang bahagian-bahagian yang diserang perosak/ penyakit supaya serangan tidak merebak.

Gambarajah 7 : Cantasan pokok pitaya

b. Cantasan dahan yang tidak diperlukan

c. Cantasan dahan tua yang tidak produktif

a. Cantasan tunas di batang pokok

d. Tunas baru keluar selepas

dicantas

13

4.7 Pembajaan

Baja dan air perlu mencukupi supaya pokok tumbuh dengan subur dan mengeluarkan banyak bunga dan buah. Pelbagai jenis baja digunakan oleh pengusaha tanaman pitaya dengan kadar, kekerapan dan kaedah membaja yang tertentu. Ada yang menggunakan baja organik, ada yang menggunakan baja organik dan butiran secara bergilir-gilir dan ada yang menggunakan baja cecair tertentu secara fertigasi. Namun tidak dipastikan kadar dan jenis baja yang paling sesuai untuk tanaman ini. Memandangkan kepada sifat tanaman pitaya yang berbuah sepanjang tahun, baja yang mudah terurai dan mudah diserap oleh tanaman adalah yang paling sesuai digunakan. Baja perlu diberi pada kekerapan yang kerap dan tidak terlalu banyak pada satu-satu masa. Pemberian baja foliar tertentu juga didapati dapat membantu memberi kesan segera kepada pertumbuhan tanaman. Pemberian baja juga bergantung kepada keadaan atau jenis tanah, dimana tanah yang mempunyai lebih kandungan pasir memerlukan lebih baja organik. Tanah yang rendah pHnya memerlukan lebih kapur dan sebaliknya. Sebagai panduan am, berikut ialah jadual pembajaan yang telah digunakan dan didapati boleh memberikan pertumbuhan pokok dan hasil yang baik.

Jadual 4 : Pembajaan pokok pitaya

Umur pk

(bln) Jenis baja Kadar

/rumpun Kekerapan

Pokok muda: 1-6 bln

7 bln dan seterusnya

NPK 15:15:15

Atau NPK 16:16:16 Organan

NPK 15:15:15 Atau NPK 16:16:16

Organan

100g

500g

200g

500g

2 bln sekali

2 bln sekali, berselang seli dengan baja kimia

2 bln sekali

2 bln sekali, berselang seli dengan baja kimia

Pokok berbuah:

Masa berbuah Selepas berbuah

NPK 13:13:21 Organan

NPK 15:15:15

Organan

300g 500g

300g 500g

Biasanya selang sebulan antara baja

untuk pembesaran dan baja untuk berbuah

14

Untuk meningkatkan mutu buah, baja tambahan seperti baja foliar yang tinggi kandungan kalium boleh digunakan. Baja boleh diberi secara menabur sekeliling pangkal pokok dan ditutup dengan sungkupan. Baja boleh juga diberi melalui sistem pengairan atau secara fertigasi. Untuk kaedah ini jenis baja yang sesuai dan mudah larut digunakan pada bancuhan tertentu mengikut perkembangan tanaman.

4.8 Pengurusan Air

Walaupun pokok pitaya adalah sejenis pokok kaktus, dari pengalaman pengusaha didapati pokok perlu disiram diperingkat awal penanaman supaya tunas yang keluar mempunyai ruas yang panjang dan cepat meninggi dan seterusnya cepat membentuk kanopi pokok. Bagaimanapun ada juga pengusaha yang hanya bergantung kepada air hujan. Untuk kaedah ini penanaman perlu dibuat sebelum musim hujan. Air juga diperlukan untuk pembesaran buah, bagaimanapun air yang berlebihan di musim hujan mengakibatkan pokok kurang mengeluarkan bunga dan buah. Pemberian air yang berlebihan juga boleh menyebabkan pangkal pokok menjadi lembut dan busuk. Sistem pengairan yang biasa digunakan oleh pengusaha ialah sistem renjis mini yang menggunakan kadar siraman air yang rendah atau sistem titis. Pada peringkat awal penanaman pokok disiram 2-3 hari sekali. Apabila akar kelihatan tumbuh pokok disiram 1-2 kali/minggu mengikut keadaan cuaca. Bagaimanapun pokok pitaya boleh juga bergantung kepada air embun dan air hujan untuk pertumbuhan. Perparitan yang sempurna sangat perlu di kawasan yang mendatar dan di kawasan yang agak rendah supaya air tidak bertakung dan cepat mengalir keluar ladang.

4.9 Pengurusan Perosak

Kebanyakan pengusaha tanaman pitaya mendapati tanaman ini tidak mempunyai masalah perosak atau penyakit yang utama. Serangan jika terdapat dikatakan hanya sedikit dan memadai dikawal secara manual seperti dengan mencantas bahagian yang diserang. Dari tinjauan yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pertanian didapati terdapat beberapa jenis serangga perosak, serta kulat dan bakteria yang menyerang tanaman ini dan peratus serangan adalah rendah.

15

Diperingkat awal penanaman, siput adalah perosak yang akan memakan tunas-tunas yang baru keluar. Semut api juga akan merosakkan tunas-tunas pokok. Terdapat juga perosak seperti Dacus spp., Haptoncus spp., Planococcus spp. dan Hypomeces squamosus. Perosak lain ialah mamalia seperti burung dan tikus yang memakan buah pitaya.

Gambarajah 8 : Kerosakan pada tanaman pitaya

a. Kesan cahaya terik :

b. Penyakit pitaya :

c. Kesan seranggan serangga :

Reput lembut Keruping Pestalotia

16

Keadaan cuaca yang mempunyai kelembapan yang tinggi menyebabkan tanaman pitaya di Malaysia diserang beberapa jenis penyakit yang disebabkan oleh kulat dan bakteria. Seranggan penyakit yang dapat dikesan seperti keruping yang disebabkan oleh kulat Pestalotia, reput kering oleh kulat Phyllosticta concave dan Mycosphaerella spp., antraknos oleh kulat Colletotrichum spp., reput lembut oleh bakteria Erwinia caratovora dan reput batang oleh bakteria Helminthosporium cactivorum. Langkah kawalan penting yang boleh diambil oleh pengusaha sekiranya berlaku serangan penyakit adalah memusnahkan bahagian tanaman yang diserang. Penananam pitaya seeloknya dijalankan di kawasan yang tidak mempunyai kadar kelembapan yang tinggi kerana serangan kurang berlaku di kawasan yang mempunyai cuaca kering. Serangan dari mamalia dikawal dengan cara membalut buah. Bahan pembalut adalah dari beg plastik dan dari jaring plastik. Bagi memudahkan kerja memetik hasil, beg plastik yang berbeza warna digunakan mengikut tarikh membalut yang berbeza.

Gambarajah 9 : Pembalut buah

Buah dibalut dengan beg plastik

Buah dibalut dengan jaring plastik

4.10 Kawalan Rumpai

Sistem akar pitaya adalah cetek. Dengan itu penggunaan racun rumpai dipangkal pokok tidak digalakkan. Rumpai disekeliling pokok disyurkan dipotong/ dicabut. Amalan meletakkan bahan sungkupan/ kompos disekeliling pangkal tanaman juga dapat mengawal pertumbuhan rumpai disekeliling pokok.

Bagi kawasan diantara barisan tanaman, disyorkan rumpai dipotong setiap 1-2 bulan sekali mengikut keadaan cuaca. Bagi kawasan yang luas, racun rumpai seperti glufosinate ammonium boleh digunakan dengan berhati-hati supaya semburan tidak terkena pada pokok pitaya.

17

5 KEMATANGAN DAN PENGUTIPAN HASIL

mengeluarkan bunga seawal umur 7-8 bulan selepas ditanam. Bagaimanapun kebanyakan pokok berbuah pada umur satu tahun. Anggaran hasil

Jadual 5 : Anggaran hasil buah pitaya

Um (thn) (mt./ha)

5.1 Penghasilan Buah

Pokok pitaya boleh

dikeluarkan adalah seperti di Jadual 5.

ur pokok Hasil

1 2 3

4 dan seterusnya

8

0

16 25

5.2 Musim Buah

berbuah sepanjang tahun kecuali di musim hujan dimana pengeluaran buah akan merosot. Pengeluaran hasil didapati diikuti oleh peringkat

5.3 n Buah

ejenis buah yang bukan klimatrik iaitu tidak akan bertambah manis selepas dipetik. Dengan itu untuk mempastikan buah yang dipetik manis

dipetik diantara 50-53 ari dan dari bunga mekar ke buah boleh dipetik diantara 31-34 hari. Buah cukup

.4 Pengutipan Hasil

Pokok boleh

vegetatif selama dua minggu. Kematanga

Buah pitaya adalah s

dan sedap dimakan ia perlu dituai pada masa yang sesuai. Jangka masa dari pengeluaran kudup bunga ke buah boleh hmatang apabila semua kulit buah berwarna merah, kecuali sari salut/ sisik dibahagian hujung buah masih hijau sedikit.

5

18

Pengutipan hasil perlu dilakukan dalam tempoh lima hari supaya buah tidak merekah di pokok. Buah dipotong tangkainya dengan menggunakan pisau/

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

hari pada suhu bilik. Selepas tempoh ini

buah mula kecut dan isinya menjadi lembik. Jika disimpan di dalam peti sejuk ia

.2 Pemilihan/Mengred Buah

berat buah seperti panduan berikut.

Jadual 6 : Gred buah pitaya mengikut timbangan berat buah

Gred Berat buah (g)

gunting tanpa merosakkan kulit buah dan diisi ke dalam bakul plastik

6

Buah pitaya boleh disimpan selama 4-5

boleh tahan sehingga 10 hari.

6

Buah pitaya digred mengikut

A >450 B 300-450 C <300

Selain dari mengred buah mengikut berat buah, rupa buah juga penting. Kulit buah perlu bersih, licin, tiada kesan serangan oleh perosak dan sebarang

.3 Pembungkusan

luaran buah adalah untuk pasaran tempatan. Untuk pasaran sedemikian buah hanya disusun di dalam kotak kertas mengikut gred dan juga di

ah perlu dibalut dengan ‘styrofoam’ lembut dan disusun di alam kotak beralas dengan carikan kertas. Buah disusun dalam keadaan

kecederaan mekanikal.

6

Setakat ini penge

dalam bakul plastik. Untuk pasaran jauh budberbaring dan carikan kertas juga diletak antara buah-buah supaya ia tidak cedera semasa pengangkutan. Bilangan buah sekotak ialah antara 12-14 biji dengan berat 4kg/kotak.

19

Gambarajah 10 : Aktiviti pembungkusan buah pitaya

Buah disusun mengikut gred

6.4 Pengangkutan Dan Pasaran

Oleh kerana pengeluaran buah masih sedikit kebanyakkan pengusaha mengangkut buah ke tempat pemasaran menggunakan kenderaan pacuan 4 roda atau lori kecil. Produk biasa dihantar ke tempat jualan seperti di bandar-bandar besar dimana pembeli mempunyai daya beli yang tinggi. Harga runcit adalah antara RM6.00-10.00/kg bergantung kepada gred buah bagi buah jenis isi warna merah dan antara RM 4.00-8.00/kg bagi buah jenis isi warna putih. Kini usaha sedang dibuat oleh pengeksport tertentu untuk memasarkan produk ini ke luar Negara. Jika produk ini berjaya dipasarkan dengan harga yang kompetitif, masa hadapan tanaman ini dijangka semakin cerah. Buah pitaya juga telah diproses kepada produk hiliran seperti jus sebagai usaha untuk mengembangkan pasarannya.

7 EKONOMI PENGELUARAN DAN PEMASARAN 7.1 Kos Pengeluaran

Kos pengeluaran bagi satu hektar tanaman pitaya adalah seperti yang ditunjukkan dalam aliran wang tunai tanaman pitaya di Lampiran 1. Jumlah kos pengeluaran bagi tanaman pitaya boleh diasingkan kepada kos pembangunan, kos bahan input dan kos tenaga kerja. Bagi kos pembangunan, tanaman pitaya seluas satu hektar memerlukan sebanyak RM33,950.00 untuk tahun pertama dan 59% atau sebanyak RM19,950.00 dari kos tersebut adalah untuk pembelian tiang dan para tanaman.

Bagi kos bahan input, sebanyak RM190,492.75 adalah diperlukan bagi tempoh projek 20 tahun dan sebanyak RM23,408.00 dari kos tersebut adalah untuk pembelian bahan tanaman dalam tahun pertama.

20

Bagi kos tenaga kerja, sebanyak RM278,960.00 adalah diperlukan bagi tempoh projek 20 tahun berasaskan perkiraan upah seorang pekerja sebanyak RM625.00 sebulan dan kerja-kerja menanam tiang junjung, menanam pokok pitaya, membalut dan memetik buah dijalankan secara kontrak dan mengikut keperluan semasa.

Jumlah kos pengeluaran projek pitaya bagi sehektar ialah RM569,143.03 dan ini termasuk sebanyak 10% sebagai kos luar jangka.

7.2 Analisis Kewangan

Satu analisis kewangan tanaman pitaya seluas satu hektar bagi tempoh projek selama 20 tahun dijalankan dan keputusan analisis kewangan adalah seperti ditunjukkan dalam Lampiran 1. Analisis dibuat berasaskan anggaran jumlah pengeluaran 75% daripada jumlah pengeluaran yang diperolehi oleh pengusaha-pengusaha persendirian. Pengeluaran hasil secara ekonomik bermula dari tahun kedua selepas menanam. Penetapan harga jualan buah pitaya pada RM3.00 sekilogram adalah 50% lebih rendah daripada purata harga semasa di ladang. Berdasarkan kepada analisis kewangan yang dijalankan, Nilai Bersih Kini(NPV) ialah RM223,026.45 dan Nisbah Faedah Kos (B/C Ratio) adalah 1.93 pada kadar mendiskaun 10%. Kadar Pulangan Dalam (IRR) bagi projek ini ialah 40% dan tempoh pulang modal adalah pada tahun keempat. Keputusan analisis kewangan menunjukkan projek pitaya adalah menguntungkan kerana Nilai Bersih Kini adalah positif dan Nisbah Faedah Kos adalah melebihi satu. Ini juga menunjukkan bahawa setiap RM1.00 yang dilaburkan dalam projek ini boleh membawa keuntungan sebanyak RM1.93. Kadar Pulangan Dalam bagi projek ini sebanyak 40% adalah jauh lebih tinggi daripada kadar kos pinjaman modal untuk mengendalikan projek ini.

7.3 Analisis Kepekaan

Analisis-analisis kepekaan dijalankan bagi projek ini dengan andaian bahawa harga buah pitaya jatuh sebanyak 20% daripada RM3.00 kepada RM2.40 sekilogram dan pengeluaran hasil buah dikurangkan sebanya 25% bagi tempoh projek 20 tahun. Bagi analisis kepekaan kes pertama di mana harga buah pitaya diandaikan jatuh daripada RM3.00 kepada RM2.40 sekilogram, keputusan analisis kewangan menunjukkan projek ini masih menguntungkan dengan Nilai Bersih Kini (NPV) sebanyak RM130,680.78 dan Nisbah Faedah Kos (B/C Ratio) sebanyak 1.55 pada kadar mendiskaun 10%. Kadar Pulangan Dalam (IRR) adalah 29% dan tempoh pulang modal ialah pada tahun kelima. Lihat Lampiran 11.

21

Bagi analisis kepekaan kes kedua di mana pengeluaran hasil buah dikurangkan sebanyak 25% setiap tahun bagi tempoh 20 tahun projek, keputusan analisis kewangan menunjukkan projek ini juga menguntungkan dengan Nilai Bersih Kini (NPV) sebanyak RM107,594.36 dan Nisbah Faedah Kos (B/C Ratio) sebanyak 1.45 pada kadar mendiskaun 10%. Kadar Pulangan Dalam (IRR) adalah 26% dan tempoh pulang modal ialah pada tahun keenam. Lihat Lampiran 111. Dari analisis di atas penanaman tanaman pitaya didapati boleh memberikan keuntungan yang baik. Dengan itu penanaman boleh diperluaskan dan pasaran tanaman ini serta produk hiliran darinya perlu dikembangkan dan menembusi pasaran antarabangsa.

22

RUJUKAN :

1. Cerise Fruit (Malaysia) Sdn.Bhd. About pitaya. 2. Fuyit Sdn. Bhd.,(2002). Buah naga buah yang paling berkhasiat di abad 21. 3. Greenworld Agrosources,(2004). Kertas kerja cadangan membangunkan industri

perladangan dan pemprosesan tanaman pokok kaktus buah pitaya.

4. Indomedia,(2000). Dragon fruit buah kaktus eksotik.

5. Jabatan Pertanian,(2004). Laporan kemajuan petak pemerhatian tanaman pitaya di SPK Kg. Awah, Pahang, Pusat Pertanian Pulau Gadong, Melaka dan SPK Ayer Hitam, Johor.

6. Jabatan Pertanian,(2003). Perangkaan keluasan tanaman.

7. Jabatan Pertanian,(2004). Perangkaan keluasan tanaman.

8. Jabatan Pertanian,(2005). Perangkaan keluasan tanaman.

9. J/K Pasukan Petugas Projek MOA Inc. Buah Pitaya,(2004). Pelan

pembangunan/pelan bisnes projek pengeluaran buah pitaya mukim Durian Tunggal. Jabatan Pertanian Negeri Melaka.

10. Unit Perlindungan Tanaman Temerloh,(2004). Laporan bancian perosak dan

penyakit tanaman pitaya di daerah Temerloh 2004.

11. USDA. Plant profile for Hylocereus undatus.

12. Wee Yong Geap,(2003). Dragon fruit buah-buahan yang berpotensi tinggi dalam masa yang akan datang.

23

p

Lampiran 1ALIRAN WANG TUNAI TANAMAN PITAYA (ISI MERAH)

Keluasan : 1.0 ha Bil.pokok/ha : 5320 Jarak Tanaman : 2.5m X 3m Bil. tiang/ha : 1330

Bil Perkara Harga/ Jumlah Tahununit 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

A Aliran Wang Masuk

1 Hasil (Kg/ha) * 449,000.00 0 8,000 16,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,0002 Jualan 3.00 1,347,000.00 0.00 24000.00 48000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00

Pendapatan Kasar 1,347,000.00 0.00 24000.00 48000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00

B Aliran Wang Keluara) Kos Pembangunan1 Penyediaan Tanah 2000.00 2000.002 Pagar 8000.00 5000.00 30003 Tiang dan para konkrik 15.00 19950.00 19950.004 Sistem pengairan 8000.00 5000.00 30005 Peralatan Ladang 10000.00 2000.00 2000.00 2000.000 2000.00 2000.00

Jumlah kecil (a) 47,950.00 33,950.00 0.00 0.00 0.00 2000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 8000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 2000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 2000.00

b) Kos bahan input/Sewa1 Benih (+ 10%) 4.00 23408.00 23408.002 Sewa Tanah @RM100/ha 2000.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.003 Diesel & eletrik 3000.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.004 Baja (butiran) 60575.00 1295.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00

@RM1040/tan 5 Baja organik (tahi ayam) 68343.75 4218.75 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00

@RM450/tan 6 Baja foliar 22.50 6480.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.007 Kapor @RM140/tan 7000.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.008 Racun rumpai & serangga 10000.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.009 Tali rafia 50.00 50.00

10 Pembalut buah @ RM1.20/ 2436.00 0.00 84.00 108.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.0011 Bakul buah 30.00 7200.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00

Jumlah kecil (b) 190492.75 30395.75 9003.00 8527.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00

c) Kos tenaga kerja1 1 pekerja tetap 143250.00 7500.00 7500.00 750.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00

@RM625/orang/bulan2 Upah kerja

- tanam tiang 1.00 1330.00 1330.00 - tanam pokok 0.25 1330.00 1330.00 -membalut buah 0.05 66600.00 0.00 1200.00 2400.00 3000.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 -petik buah 0.05 66450.00 0.00 900.00 1800.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00Jumlah kecil ('c) 278960.00 10160.00 9600.00 4950.00 14250.00 15000.00 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00

d) Jumlah Kos Pengeluaran 517402.75 74505.75 18603.00 13477.00 22601.00 25051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 31051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 25051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 25051.00e) 10% luar jangka 51740.28 7450.58 1860.30 1347.70 2260.10 2505.10 2305.100 2405.100 2355.100 2335.100 3105.100 2305.100 2405.100 2355.100 2335.100 2505.10 2305.10 2405.10 2355.10 2335.10 2505.10f) Jumlah kos pengeluaran + 569143.03 81956.33 20463.30 14824.70 24861.10 27556.10 25356.100 26456.100 25906.100 25686.100 34156.100 25356.100 26456.100 25906.100 25686.100 27556.10 25356.10 26456.10 25906.10 25686.10 27556.10

10% luar jangka

g) Baki wang tunai 777856.98 -81956.33 3536.70 33175.30 50138.90 47443.90 49643.900 48543.900 49093.900 49313.900 40843.900 49643.900 48543.900 49093.900 49313.900 47443.90 49643.90 48543.90 49093.90 49313.90 47443.90h) Wang tunai timbunan 6431927.90 -81956.33 -78419.63 -45244.33 4894.58 52338.48 101982.375 150526.275 199620.175 248934.075 289777.975 339421.875 387965.775 437059.675 486373.575 533817.48 583461.38 632005.28 681099.18 730413.08 777856.98

Nilai Bersih Kini (NPV)@10% RM $223,026.45 Kadar Pulangan Dalam (IRR) 40% Nisba Faedah Kos (B/C Ratio )@10% 1.93

page 24

Keluasan : 1.0 ha Bil.pokok/ha : 5320 Jarak Tanaman : 2.5m X 3m Bil. tiang/ha : 1330

Bil Perkara Harga/Jumlahunit 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

A Aliran Wang Masuk

1 Hasil (Kg/ha) * 449,000.00 0 8,000 16,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,0002 Jualan 2.40 1,077,600.00 0.00 19200.00 38400.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00

Pendapatan Kasar 1,077,600.00 0.00 19200.00 38400.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00

Ba) Kos Pembangunan1 Penyediaan Tanah 2000.00 2000.002 Pagar 8000.00 5000.00 30003 Tiang dan para konkrik 15.00 19950.00 19950.004 Sistem pengairan 8000.00 5000.00 30005 Peralatan Ladang 10000.00 2000.00 2000.00 2000.000 2000.00 2000.00

Jumlah kecil (a) 47,950.00 33,950.00 0.00 0.00 0.00 2000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 8000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 2000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 2000.00

b) Kos bahan input/Sewa1 Benih (+ 10%) 4.00 23408.00 23408.002 Sewa Tanah @RM100/ha 2000.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.003 Diesel & eletrik 3000.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.004 Baja (butiran) 60575.00 1295.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00

@RM1040/tan 5 Baja organik (tahi ayam) 68343.75 4218.75 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00

@RM450/tan 6 Baja foliar 22.50 6480.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.007 Kapor @RM140/tan 7000.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.008 Racun rumpai & serangga 10000.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.009 Tali rafia 50.00 50.00

10 Pembalut buah @ RM1.20 2436.00 0.00 84.00 108.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.0011 Bakul buah 30.00 7200.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00

Jumlah kecil (b) 190492.75 30395.75 9003.00 8527.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00

c) Kos tenaga kerja1 1 pekerja tetap 143250.00 7500.00 7500.00 750.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00

@RM625/orang/bulan2 Upah kerja

- tanam tiang 1.00 1330.00 1330.00 - tanam pokok 0.25 1330.00 1330.00 -membalut buah 0.05 66600.00 0.00 1200.00 2400.00 3000.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 -petik buah 0.05 66450.00 0.00 900.00 1800.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00Jumlah kecil ('c) 278960.00 10160.00 9600.00 4950.00 14250.00 15000.00 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00

d) Jumlah Kos Pengeluaran 517402.75 74505.75 18603.00 13477.00 22601.00 25051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 31051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 25051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 25051.00e) 10% luar jangka 51740.28 7450.58 1860.30 1347.70 2260.10 2505.10 2305.100 2405.100 2355.100 2335.100 3105.100 2305.100 2405.100 2355.100 2335.100 2505.10 2305.10 2405.10 2355.10 2335.10 2505.10f) Jumlah kos pengeluaran + 569143.03 81956.33 20463.30 14824.70 24861.10 27556.10 25356.100 26456.100 25906.100 25686.100 34156.100 25356.100 26456.100 25906.100 25686.100 27556.10 25356.10 26456.10 25906.10 25686.10 27556.10

10% luar jangka

g) Baki wang tunai 508456.98 -81956.33 -1263.30 23575.30 35138.90 32443.90 34643.900 33543.900 34093.900 34313.900 25843.900 34643.900 33543.900 34093.900 34313.900 32443.90 34643.90 33543.90 34093.90 34313.90 32443.90h) Wang tunai timbunan 3872927.90 -81956.33 -83219.63 -59644.33 -24505.43 7938.48 42582.375 76126.275 110220.175 144534.075 170377.975 205021.875 238565.775 272659.675 306973.575 339417.48 374061.38 407605.28 441699.18 476013.08 508456.98

Nilai Bersih Kini (NPV)@10% RM $130,680.78 Kadar Pulangan Dalam (IRR) 29% Nisba Faedah Kos (B/C Ratio )@10% 1.55 Tempoh Pulang Modal 5 tahun

page 25

Lampiran 11ALIRAN WANG TUNAI TANAMAN PITAYA (ISI MERAH)

Tahun

Aliran Wang Keluar

(pada harga RM2.40/kg)

Keluasan : 1.0 ha Bil.pokok/ha : 5320 Jarak Tanaman : 2.5m X 3m Bil. tiang/ha : 1330

Bil Perkara Harga/Jumlahunit 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

A Aliran Wang Masuk

1 Hasil (Kg/ha) * 336,750.00 0 6,000 12,000 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,7502 Jualan 3.00 1,010,250.00 0.00 18000.00 36000.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00

Pendapatan Kasar 1,010,250.00 0.00 18000.00 36000.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00

Ba) Kos Pembangunan1 Penyediaan Tanah 2000.00 2000.002 Pagar 8000.00 5000.00 30003 Tiang dan para konkrik 15.00 19950.00 19950.004 Sistem pengairan 8000.00 5000.00 30005 Peralatan Ladang 10000.00 2000.00 2000.00 2000.000 2000.00 2000.00

Jumlah kecil (a) 47,950.00 33,950.00 0.00 0.00 0.00 2000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 8000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 2000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 2000.00

b) Kos bahan input/Sewa1 Benih (+ 10%) 4.00 23408.00 23408.002 Sewa Tanah @RM100/ha 2000.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.003 Diesel & eletrik 3000.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.004 Baja (butiran) 60575.00 1295.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00

@RM1040/tan 5 Baja organik (tahi ayam) 68343.75 4218.75 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00

@RM450/tan 6 Baja foliar 22.50 6480.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.007 Kapor @RM140/tan 7000.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.008 Racun rumpai & serangga 10000.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.009 Tali rafia 50.00 50.00

10 Pembalut buah @ RM1.20/p 2436.00 0.00 84.00 108.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.0011 Bakul buah 30.00 7200.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00

Jumlah kecil (b) 190492.75 30395.75 9003.00 8527.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00

c) Kos tenaga kerja1 1 pekerja tetap 143250.00 7500.00 7500.00 750.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00

@RM625/orang/bulan2 Upah kerja

- tanam tiang 1.00 1330.00 1330.00 - tanam pokok 0.25 1330.00 1330.00 -membalut buah 0.05 66600.00 0.00 1200.00 2400.00 3000.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 -petik buah 0.05 66450.00 0.00 900.00 1800.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00Jumlah kecil ('c) 278960.00 10160.00 9600.00 4950.00 14250.00 15000.00 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00

d) Jumlah Kos Pengeluaran 517402.75 74505.75 18603.00 13477.00 22601.00 25051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 31051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 25051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 25051.00e) 10% luar jangka 51740.28 7450.58 1860.30 1347.70 2260.10 2505.10 2305.100 2405.100 2355.100 2335.100 3105.100 2305.100 2405.100 2355.100 2335.100 2505.10 2305.10 2405.10 2355.10 2335.10 2505.10f) Jumlah kos pengeluaran + 569143.03 81956.33 20463.30 14824.70 24861.10 27556.10 25356.100 26456.100 25906.100 25686.100 34156.100 25356.100 26456.100 25906.100 25686.100 27556.10 25356.10 26456.10 25906.10 25686.10 27556.10

10% luar jangka

g) Baki wang tunai 441106.98 -81956.33 -2463.30 21175.30 31388.90 28693.90 30893.900 29793.900 30343.900 30563.900 22093.900 30893.900 29793.900 30343.900 30563.900 28693.90 30893.90 29793.90 30343.90 30563.90 28693.90h) Wang tunai timbunan 3233177.90 -81956.33 -84419.63 -63244.33 -31855.43 -3161.52 27732.375 57526.275 87870.175 118434.075 140527.975 171421.875 201215.775 231559.675 262123.575 290817.48 321711.38 351505.28 381849.18 412413.08 441106.98

Nilai Bersih Kini (NPV)@10% RM $107,594.36 Kadar Pulangan Dalam (IRR) 26% Nisba Faedah Kos (B/C Ratio )@10% 1.45 Tempoh Pulang Modal 6 tahun

page 26

Lampiran 111ALIRAN WANG TUNAI TANAMAN PITAYA (ISI MERAH)

Tahun

Aliran Wang Keluar

(pada hasil kurang 25% setiap tahun)

GAMBAR – GAMBAR PITAYA SEMASA LAWATAN KE LADANG PITAYA DI KERDAU , TEMERLOH PADA 30 APRIL 2003

PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih ditujukan kepada semua ahli kumpulan yang telah menyediakan pakej ini. Ahli kumpulan terdiri dari pegawai-pegawai dari Bahagian Buah-Buahan Melaka, Johor dan Pahang iaitu Pn. Hjh. Kamariah Bt. Hj. Ismail (Ketua), Pn. Abesah Bt. Ali, Tn. Hj. Esa Bin Kasmore, En. Mhd. Yusof Bin Jurimi, En. Bakhtiar Bin Md. Yusuf dan En. Abd. Rahim Bin Awang. Wakil dari Bahagian Pengurusan Tanah dan Pengurusan Perosak ialah Tn. Hj. Zulkifli Bin Ahmad, En. Rozali Bin Deraman dan En. Khairuddin Bin Ahmad. Kepada En. Tan Hoe Hing dan wakil-wakil dari Bahagian Teknikal Ibu Pejabat, terima kasih di atas sumbangan idea dan komen dalam penyediaan pakej teknologi ini. Terima kasih juga ditujukan kepada En. Chan Tong Seng yang telah membantu membuat analisis kewangan bagi pakej ini. Terima kasih juga kepada pengusaha-pengusaha tanaman pitaya yang telah memberi maklumat mengenai tanaman pitaya dan berkongsi pengalaman mereka mengenai tanaman ini.