26
KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK PEMBELAJARAN MASTERI DALAM TOPIK PECAHAN TINGKATAN 1 UMI BAIZURA BINTI ZULKAPLI Universiti Teknologi Malaysia

KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK PEMBELAJARAN

MASTERI DALAM TOPIK PECAHAN TINGKATAN 1

UMI BAIZURA BINTI ZULKAPLI

Universiti Teknologi Malaysia

Page 2: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

PSZ 19:16(Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS����

JUDUL : KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK

PEMBELAJARAN MASTERI DALAM TOPIK

PECAHAN TINGKATAN1

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya UMI BAIZURA BINTI ZULKAPLI

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

Tarikh : 13 Mei 2011 Tarikh : 13 Mei 2011 Catatan * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan

dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau

TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

(PSM).

(HURUF BESAR)

ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM

(NAMA PENYELIA) NO. 13 KAMPUNG SRI BUNTAR

28300 TRIANG

PAHANG

Page 3: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : …………………………………………….

Nama Penyelia : ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM

Tarikh : …………………………………………….

Page 4: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK PEMBELAJARAN

MASTERI DALAM TOPIK PECAHAN TINGKATAN 1

UMI BAIZURA BINTI ZULKAPLI

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2011

Page 5: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………..

Nama Penulis : UMI BAIZURA BINTI ZULKAPLI

Tarikh : 13 Mei 2011

Page 6: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat

juga akhirnya saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini sebagai memenuhi keperluan

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik).

Dikesempatan ini terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih

dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah yang telah membimbing dan

memberi tunjuk ajar kepada saya khasnya kepada En. Shahrin Bin Hashim selaku

Penyelia Projek Sarjana Muda saya ini. Segala ilmu, nasihat dan bimbingan yang

diberikan amatlah bermakna dan membantu saya dalam menyempurnakan Projek

Sarjana Muda sehingga selesai.

Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibu bapa saya serta

adik beradik saya kerana sentiasa memberi dorongan dan sokongan sepanjang saya

berada di sini. Terima kasih juga buat Puan Sabariah Binti Kasan dan Puan Nik Maznah

Binti Nik Abdullah diatas kesudian mereka melibatkan diri secara langsung dalam

menyempurnakan dan melengkapkan proses mendapatan dapatan kajian.

Terima Kasih juga diucapakan kepada semua pelajar SMK Seri Tangkak yang

juga telah terlibat dalam menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Sekalung

penghargaan turut saya tujukan kepada rakan seperjuangan serta kepada semua yang

terlibat kerana sudi memberikan kerjasama sepanjang saya menyiapkan projek ini.

Sekian, terima kasih.

Page 7: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

DEDIKASIDEDIKASIDEDIKASIDEDIKASI

Khas buat mak dan abah yang disayangi dan dirindui

Puan Eliza Binti Amiruddin & Encik Zulkapli Bin Mohd Yusof

Saudara-saudara kandungku yang disayangi

Mohd Nashrun Zulkapli, Umi Far-ain Zulkapli, Mohd Anuar Solihin Zulkapli, Umi

Noor Syafiqah Zulkapli & Muhammad Hadi Zulkapli

Istimewa buat

En. Shahrin Hashim serta semua pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar diri ini,

semua teman-teman seperjuangan di UTM & teman-teman baik.

sesungguhnya, berkat dan restu kalian, sokongan dan semangat yang diberikan

menguatkan lagi iktizam diri ini untuk terus berada pada tahap ini

terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan

semoga jasa kalian semua diberkati Allah S.W.T

Page 8: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan teknik Pembelajaran Masteri (PM)

terhadap pencapaian dan sikap murid apabila guru menggunakan PM dalam

pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Rekabentuk kajian ini berdasarkan kuasi

eksperimen dengan menggunakan ujian pra-ujian pos kepada sekumpulan murid

berpencapaian tinggi dan sekumpulan murid berpencapaian sederhana. Kajian ini telah

melibatkan seramai 29 orang murid yang berpencapaian tinggi dan 31 orang murid yang

berpencapaian sederhana daripada SMK Seri Tangkak. Ujian sikap dalam bentuk soal

selidik dan ujian pencapaian telah digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan data.

Instrumen soal selidik yang digunakan telah dibina dan diuji darjah

kebolehpercayaannya. Darjah kebolehpercayaan bagi instrumen yang digunakan ialah

0.85. Dapatan kajian dianalisis menggunakan Statistic Packages for Social Sciences

Version 15.0 for Windows (SPSS). Pencapaian murid bagi kedua-dua kumpulan telah

menunjukkan peningkatan setelah menerima rawatan. Minat dan keyakinan murid

terhadap matapelajaran matematik juga telah meningkat setelah menerima rawatan.

Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati terdapat perbezaan yang signifikan

antara pencapaian dan sikap pelajar dengan penggunaan teknik PM dalam proses

pembelajaran dan pengajaran.

Page 9: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

ABSTRACT

The aim of this study to explore the effectiveness of Mastery Learning techniques on the

achievement and attitudes when teachers use Mastery Learning techniques during

learning and teaching process in the classroom. This study based on a quasi

experimental study using pre-post test to a group of students with high achievement and

to a group of students with medium achievement. This study involve total of 29 students

that high achievement and 31 students that low achievement from SMK Seri Tangkak.

Attitude test in questionnaires and achievement test were used in this study to obtain

data. The instrument that was used in this study, were built and were tested tested the

degree of reliability. The Alpha Croncbach for the instrument in this study was 0.85.

The finding were analyzed using the Statistic Packages for Social Sciences Version 15.0

for Windows (SPSS) Students’ achievement for both groups showed improvement after

receiving treatment. Students’ interest and confidence towards mathematics have also

improved after receiving treatment. The finding generally found that Mastery Learning

is effective in improving student’s academic performance and changing students’

attitude towards learning mathematics for both group of students.

Page 10: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

HALAMAN JUDUL iii

HALAMAN PENGAKUAN iv

PENGHARGAAN v

DEDIKASI vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN NAMA xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

Page 11: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan dan Skop Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Pendekatan Pembelajaran 10

1.8.2 Kaedah Pembelajaran 10

1.8.3 Teknik Pembelajaran 10

1.8.4 Strategi Pembelajaran 11

1.8.5 Pembelajaran Masteri 11

1.8.6 Kuasi Eksperimen 11

1.8.7 Pecahan 11

1.8.8 Ujian Pra 12

1.8.9 Ujian Pos 12

1.8.10 Pelaksanaan 12

1.8.11 Keberkesanan 12

1.9 Penutup 13

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Sukatan Pelajaran Matematik KBSM 15

2.3 Pembelajaran Masteri 17

2.3.1 Modul Pembelajaran Masteri 18

2.3.2 Konsep Pembelajaran Masteri 19

2.4 Masalah Kefahaman Pelajar Terhadap Topik Pecahan 20

2.4.1 Rumusan Berkaitan Topik Pecahan 22

Page 12: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

2.5 Sorotan Kajian Pembelajaran Masteri 23

2.6 Hipotesis Kajian 25

2.7 Penutup 26

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.2.1 Proses Rawatan 30

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 31

3.4 Instrumen kajian 32

3.5 Kaedah Pengumpulan Data 34

3.6 Analisis Data 36

3.7 Kajian Rintis 38

3.8 Ringkasan 40

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 41

4.2 Analisis Data Latar Belakang Responden 42

4.3 Analisis Data Item-Item Persoalan Kajian 46

4.3.1 Tahap pencapaian bagi kumpulan murid

berpencapaian tinggi dalam ujian sebelum

dan selepas menggunakan pendekatan

Pembelajaran Masteri 46

4.3.2 Tahap pencapaian bagi kumpulan murid

Page 13: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

berpencapaian sederhana dalam ujian sebelum

dan selepas menggunakan pendekatan

Pembelajaran Masteri 51

4.3.3 Kumpulan murid berpencapaian tinggi

dan kumpulan murid berpencapaian

sederhana menunjukkan minat dalam

pembelajaran matematik setelah

menggunakan pendekatan pembelajaran

masteri? 56

4.3.4 Kaedah pembelajaran masteri berkesan

dalam meningkatkan keyakinan dan sikap

berdikari kumpulan murid berpencapaian

tinggi dan kumpulan murid berpencapaian

sederhana terhadap matematik 60

4.3.5 Pengujian Hipotesis 64

4.4 Ringkasan Keseluruhan Analisis Data

Persoalan Kajian 70

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 72

5.2 Rumusan 73

5.3 Perbincangan Hasil Kajian 74

5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 74

5.3.2 Perbincangan Tahap Pencapaian Murid Dalam

Topik Pecahan Setelah Menggunakan

Page 14: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

Pendekatan Pembelajaran Masteri 76

5.3.3 Perbincangan Minat Murid Terhadap

Pembelajaran Dan Pengajaran Yang Dilaksanakan

Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Masteri 78

5.3.4 Perbincangan Keberkesanan Pembelajaran

Masteri dalam Meningkatkan Keyakinan Dan

Sikap Berdikari 80

5.4 Cadangan Kepada Pihak Yang Berkenaan 82

5.5 Cadangan kajian Akan Datang 84

5.6 Kesimpulan 85

RUJUKAN 86

LAMPIRAN 90

Page 15: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pengkelasan tahap taburan pencapaian

murid berdasarkan analisis markah min 37

3.2 Pengkelasan tahap taburan minat dan

keyakinan serta sikap berdikari murid

berdasarkan analisis markah min 38

3.3 Pekali Alpha Cronbach 39

4.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden

Mengikut Jantina 42

4.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden

Mengikut Kumpulan Murid 43

4.3 Taburan Frekuensi dan Peratus Keputusan

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

Responden Mengikut Kumpulan Murid 43

4.4 Taburan Frekuensi dan Peratus Gred

Pencapaian Matematik dalam Peperiksaan

UPSR Responden Mengikut Kumpulan Murid 44

4.5 Taburan min dan sisihan piawai bagi setiap

item dalam ujian pencapaian bagi kumpulan murid

berpencapaian tinggi dalam ujian sebelum dan

selepas menggunakan pendekatan Pembelajaran

Masteri 46

4.6 Taburan frekuensi dan peratus perubahan

pencapaian yang diperolehi oleh kumpulan

murid berpencapaian tinggi dalam ujian sebelum

dan selepas menggunakan pendekatan

Pembelajaran Masteri 50

4.7 Taburan min dan sisihan piawai bagi setiap

item dalam ujian pencapaian bagi kumpulan murid

berpencapaian sederhana dalam ujian sebelum

dan selepas menggunakan pendekatan

Pembelajaran Masteri 51

4.8 Taburan frekuensi dan peratus perubahan

Page 16: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

pencapaian yang diperolehi oleh kumpulan

murid berpencapaian sederhana dalam ujian

sebelum dan selepas menggunakan pendekatan

Pembelajaran Masteri 54

4.9 Taburan min dan sisihan piawai bagi minat

kumpulan murid berpencapaian tinggi dan

kumpulan murid berpencapaian sederhana

dalam pembelajaran sebelum dan selepas

menggunakan pendekatan Pembelajaran Masteri 56

4.10 Taburan min dan sisihan piawai bagi keyakinan

dan sikap berdikari kumpulan murid berpencapaian

tinggi dan kumpulan murid berpencapaian

sederhana terhadap matematik sebelum dan selepas

menggunakan pendekatan Pembelajaran Masteri 60

4.11 Min dan nilai signifikan bagi perbezaan tahap

pencapaian murid dalam topik pecahan sebelum

dan selepas menggunakan pendekatan PM

terhadap kumpulan murid berpencapaian tinggi 64

4.12 Min dan nilai signifikan bagi perbezaan tahap

pencapaian murid dalam topik pecahan sebelum

dan selepas menggunakan pendekatan PM terhadap

kumpulan murid berpencapaian sederhana 65

4.13 Min dan nilai signifikan minat murid terhadap

matapelajaran matematik sebelum dan selepas

menggunakan pendekatan PM terhadap kumpulan

murid berpencapaian tinggi 66

4.14 Min dan nilai signifikan minat murid terhadap

matapelajaran matematik sebelum dan selepas

menggunakan pendekatan PM terhadap kumpulan

murid berpencapaian sederhana 67

4.15 Min dan nilai signifikan keyakinan dan sifat

berdikari murid terhadap matematik sebelum dan

selepas menggunakan pendekatan PM terhadap

kumpulan murid berpencapaian tinggi 68

4.16 Min dan nilai signifikan keyakinan dan sifat

berdikari murid terhadap matematik sebelum

dan selepas menggunakan pendekatan PM terhadap

kumpulan murid berpencapaian sederhana 69

4.17 Keseluruhan Analisis Data Persoalan Kajian 70

Page 17: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Modul Pembelajaran Masteri 18

SENARAI SINGKATAN NAMA

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SMT - Sekolah Menengah Teknik

PM - Pembelajaran Masteri

Page 18: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Set Borang Selidik

B Surat Kelulusan Bahagaian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian

Pelajaran Malaysia

C Surat kelulusan Jabatan Pelajaran Malaysia Negeri

Johor

D Surat kelulusan mendapatkan maklumat daripada

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

E Borang Kesahan Instrumen

Page 19: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembelajaran Matematik pada masa kini dianggap sebagai salah satu

pembelajaran yang amat sukar dan membosankan dikalangan murid-murid. Ini adalah

kerana proses pembelajaran dan pengajaran pada masa sekarang lebih menekankan

kepada kesegeraan dalam menghabiskan silibus-silibus pembelajaran yang perlu diikuti

oleh setiap murid dalam satu masa. Ini menyebabkan murid-murid tidak berkesempatan

untuk menguasai sesuatu unit pembelajaran terlebih dahulu sebelum beralih kepada unit

pembelajaran yang baru. Hal ini secara tidak langsung telah membina jurang yang besar

antara murid dan matematik. Dengan ini, adalah penting untuk guru matematik

mempelbagaikan teknik pengajaran bersesuaian dengan topik yang diajar bagi memberi

Page 20: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

peluang kepada semua murid untuk belajar dan memahami matematik pada tahap

maksimum kemampuan diri mereka. Oleh yang demikian, guru-guru perlulah berusaha

bagi mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan bersesuaian

agar dapat membantu murid memahami dan menghayati setiap apa yang mereka

pelajari. Satu daripada pendekatan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru

matematik bagi memastikan murid-murid mereka menguasai setiap hasil pembelajaran

adalah dengan menggunakan pendekatan pembelajaran masteri. Menurut Bloom (1968),

Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang

berfokuskan kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Pembelajaran

Masteri ini direka berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid

boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan

sekiranya keadaan yang bersesuaian dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid

itu menguasai pembelajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pecahan merupakan salah satu topik yang terdapat di dalam silibus KBSM

Matematik tingkatan 1. Topik ini merupakan sambungan daripada topik pecahan KBSR

Matematik. Topik pecahan telah mula diperkenalkan kepada murid-murid semenjak

mereka di sekolah rendah lagi iaitu ketika mereka berada di tahun tiga. Walaupun telah

diperkenalkan semenjak diperingkat awal lagi tetapi masih terdapat ramai di antara

mereka tidak mampu untuk menguasai keseluruhan topik tersebut. Suhaida (2006)

mendapati masih terdapat konsep pecahan yang tidak dapat dikuasai oleh semua

peringkat umur murid antaranya ialah konsep pecahan setara dan konsep pecahan

Page 21: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

sebagai nombor. Kurangnya kefahaman terhadap sesuatu konsep dalam topik pecahan

ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pembelajaran murid apabila

mereka berada di peringkat pengajian yang seterusnya. Hal ini adalah kerana topik

pecahan merupakan topik yang agak penting kerana asas perpuluhan dan peratus

melibatkan pecahan. Malah topik-topik lain seperti ukuran panjang, timbang berat,

cecair dan isipadu, serta masa dan waktu juga ada melibatkan topik pecahan.

Murid-murid perlu dibantu agar mereka dapat menguasai ilmu asas berkaitan

pecahan dengan sepenuhnya. Penguasaan ini amatlah penting untuk membantu mereka

meningkatkan kefahaman dan menguasai pengetahuan berkaitan pecahan dengan lebih

baik. Pencapaian murid akan dapat dikekalkan dan dipertingkatkan apabila mereka

dapat menguasai kemahiran matematik dalam sesuatu unit pembelajaran secara

keseluruhannya sebelum meneruskan pembelajaran kepada unit yang seterusnya.

Pendekatan pembelajaran masteri adalah pendekatan pembelajaran yang bersesuaian

dalam membantu murid menguasai setiap unit pembelajaran yang diikuti. Ini adalah

kerana pendekatan masteri adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

memastikan semua murid menguasai unit pembelajaran yang diikuti terlebih dahulu

sebelum beralih kepada unit pembelajaran yang seterusnya. (Baharom Mohamad, 2010)

Proses pembelajaran yang disertakan dengan minat dan keyakinan yang tinggi

akan dapat membantu murid untuk lebih berusaha bagi mencapai kejayaan. Hal ini

adalah kerana pembelajaran itu merupakan aktiviti yang melibatkan tindak balas antara

mental, fizikal dan rohani kepada diri murid-murid. Menurut Shahabuddin, Dr.

Rohizani, dan Mohd. Zohir (2003), pembelajaran adalah proses yang dapat mengubah

sikap dan tingkah laku murid secara berterusan yang dapat mendorong mereka untuk

memajukan diri sendiri hasil daripada ilmu dan kemahiran yang diperolehi. Oleh yang

demikian keinginan dan minat terhadap pembelajaran matematik adalah antara elemen

Page 22: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

penting yang perlu dipupuk dalam diri murid-murid bagi membantu mereka untuk

mencapai kemajuan.

Selain itu, sesuatu pembelajaran itu adalah berkesan apabila terdapatnya

perubahan daripada tidak minat kepada minat terhadap sesuatu perkara itu. Ini adalah

kerana telah berlakunya proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkah laku

terhadap diri seseorang. Minat terhadap pembelajaran matematik dikalangan murid-

murid adalah amat penting bagi meningkatkan keinginan dan motivasi mereka untuk

terus menerokai ilmu dan pengetahuan matematik yang ada. Sesuatu pembelajaran itu

akan dapat memberi kesan dalam mengubah tingkahlaku dalaman dan luaran seseorang

disamping dapat membantu seseorang untuk menjadi lebih sempurna dengan nilai-nilai

yang baik dalam diri mereka. (Noor Azulida, 2003)

Semasa pengkaji menjalani latihan mengajar selama 3 bulan di SMK Seri

Tangkak pengkaji telah mendapati kebanyakkan murid-murid telah menunjukkan

penurunan minat dan keyakinan mereka terhadap matapelajaran matematik. Sepanjang

pemerhatian semasa pengkaji di sana didapati murid-murid kurang yakin dengan

kemampuan diri mereka dan berasa takut untuk mengaplikasikan ilmu matematik yang

telah dipelajari sebelum itu. Apabila pengkaji berkesempatan untuk mendekati mereka

didapati hal ini terjadi kerana kurangnya penguasaan dan pemahaman dalam

pembelajaran sebelumnya menyebabkan murid itu sendiri berasa kurang yakin untuk

menggunakan semula pengetahuan yang telah dipelajari dalam pembelajaran seterusnya.

Hal ini juga secara tidak langsung telah menyebabkan minat dan keyakinan murid

terhadap matematik akan terus menunjukkan penurunan kesan daripada proses

pembelajaran dan pengajaran yang diikuti sebelumnya adalah tidak berkualiti.

Page 23: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

Mempelajari konsep dan kemahiran matematik merupakan satu proses

pembelajaran dan pengajaran yang aktif. Apabila seseorang murid berjaya

menyelesaikan masalah dan faham tentang apa yang telah mereka pelajari, mereka akan

merasa yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam mempelajari matematik. Selain itu,

Noraini Idris (2002) menyatakan bahawa murid juga akan terdedah kepada berfikiran

secara matematik dengan membuat penyemakan semula bagi menetukan dan memilih

strategi penyelesaian yang bersesuaian dalam menyelesaikan masalah matematik yang

diperolehi.

Dalam melahirkan murid yang dapat berfikir secara matematik sikap berdikari

pelajar terhadap matematik perlulah ada. Murid yang berdikari adalah murid yang

sentiasa mencari pengetahuan baru dalam matematik, berani meneroka kemahiran

matematik dengan kemampuan sendiri, tidak mudah putus asa dalam menyelesaikan

sesuatu masalah matematik, pandai mengaplikasikan kemahiran-kemahiran matemtik

yang dipelajari untuk kegunaan akan datang serta dapat mengasah minda untuk berfikir

secara matematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Aktiviti

pembelajaran sama ada dalam bentuk kurikulum mahupun kokurikulum antara guru dan

murid perlulah merangkumi aspek ilmu dan kemahiran agar perkembangan ilmu,

perkembangan kemahiran belajar dan perkembangan kemahiran generik dapat

diterapkan dalam diri murid-murid.

1.3 Pernyataan Masalah

Page 24: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat keberkesanan pembelajaran masteri

yang dilaksanakan kepada dua kumpulan murid tingkatan 1 yang telah dipilih iaitu

kepada sekumpulan murid berpencapaian tinggi dan sekumpulan murid berpencapaian

sederhana. Kedua-dua kumpulan murid tersebut akan mengikuti proses pembelajaran

dan pengajaran bagi topik pecahan dengan menggunakan pendekatan pembelajaran

masteri. Beberapa ciri keberkesaan pembelajaran masteri yang akan dilihat oleh

pengkaji dalam kajian ini selepas proses pembelajaran masteri selesai dilaksanakan

terhadap kedua-dua kumpulan murid tersebut. Sesuatu pembelajaran itu adalah berkesan

apabila murid dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam situasi yang

baru. Murid akan dapat mengesan dan mengetahui gaya / teknik pembelajaran yang

bersesuaian dengan diri mereka setelah melalui satu proses pembelajaran masteri yang

berkesan. Perubahan tingkah laku yang lebih baik dalam diri pelajar juga menunjukkan

sesuatu pembelajaran itu berkesan. Secara jelasnya keberkesanan pembelajaran masteri

itu dapat dikenal pasti apabila pelajar mengalami peningkataan pencapaian dalam

peperiksaan / ujian penilaian yang diambil. Kajian ini secara tidak langsung adalah

bertujuan untuk membantu kumpulan murid yang terlibat agar dapat meningkatkan

kefahaman mereka terhadap topik pecahan dan meningkatkan pencapaian matematik

murid-murid selain dapat memupuk minat, keyakianan dan sikap berdikari mereka

dalam mempelajari matematik.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan menggunaan pendekatan

pembelajaran masteri dalam topik Pecahan Tingkatan 1. Kajian ini juga bertujuan untuk

Page 25: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

mengetahui pencapaian dan sikap pelajar terhadap matematik apabila melaksanakan

pembelajaran masteri bagi topik tersebut. Secara lebih khusus objektif kajian ini adalah

untuk:

i. Mengenal pasti tahap pencapaian murid dalam topik pecahan setelah

menggunakan pendekatan pembelajaran masteri terhadap kumpulan

murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid berpencapaian

sederhana.

ii. Mengenal pasti minat murid terhadap pembelajaran dan pengajaran yang

dilaksanakan menggunakan pendekatan pembelajaran masteri terhadap

kumpulan murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid

berpencapaian sederhana.

iii. Mengenal pasti keberkesanan pendekatan pembelajaran masteri terhadap

kumpulan murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid

berpencapaian sederhana dalam meningkatkan keyakinan dan sikap

berdikari murid terhadap matematik.

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah tahap pencapaian bagi kumpulan murid berpencapaian tinggi dalam

ujian sebelum dan selepas menggunakan pendekatan pembelajaran masteri?

Page 26: KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK · PDF filekeberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan 1 umi baizura binti zulkapli universiti teknologi malaysia

2. Apakah tahap pencapaian bagi kumpulan murid berpencapaian sederhana dalam

ujian sebelum dan selepas menggunakan pendekatan pembelajaran masteri?

3. Adakah kumpulan murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid

berpencapaian sederhana menunjukkan minat dalam pembelajaran matematik

setelah menggunakan pendekatan pembelajaran masteri.

4. Adakah kaedah pembelajaran masteri berkesan dalam meningkatkan keyakinan

dan sikap berdikari kumpulan murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid

berpencapaian sederhana terhadap matematik.