KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of

  • View
    220

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of

  • KEBOLEHAN PELAJAR BIOLOGI MENJAWAB SOALAN ESEI KONSEP

    ABSTRAK DENGAN TEKNIK VISUALISASI MENTAL

    Roszelina Abd. Rahman Kolej Matrikulasi Perak

    Kementerian Pelajaran Malaysia Maria Salih

    Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Abstract

    The study is aimed to increase the percentage of students scoring full marks in abstract concept type essay questions. The objectives of the study is to train the students to produce a correct and appropriate mental visualization of the abstract concept of acrosomal reaction and to use this technique to increase their understanding. Forty three second semester Biology students from the Perak Matriculation College were selected via purposive sampling. Survey was collected from the Biology quiz 3. The data showed that 56% of the students were not able to fulfill the requirements of the essay question. Although the quiz was simple, they still failed to answer it well. After a consultation session with them, the problems were identified among others, the difficulty to ‘see’ the process of acrosomal reaction, to remember the details of the topic and to picturize the abstract concept. Apart from this, the students were confused and find it difficult to understand the requirement of the essay question. Hence, mental visualization technique is used to learn the processes in the abstract concept of Reproduction and Development. The data collected from the post test and semi structured interviews

    Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 1 / 2012

    55

  • Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 1 / 2012

    56

    showed that the students’ marks by increased 70%. The students that obtained full marks increased by 14%. The researcher believes that the mental visualization technique gave a significant increase in the ability of the students to answer abstract concept type essay questions.

    Keywords Essay question, abstract concept, mental visualization technique, biology students, acrosomal reaction.

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan meningkat peratus pelajar untuk mendapat markah penuh dalam soalan esei berbentuk konsep abstrak. Objektif khusus kajian ini adalah melatih pelajar menghasilkan visualisasi mental yang tepat dan bersesuaian bagi menggambarkan konsep abstrak “acrosomal reaction” serta melatih mereka menggunakan teknik ini untuk meningkatkan kefahaman. Sampel yang dipilih adalah seramai 43 orang pelajar Matrikulasi Biologi semester 2 Kolej Matrikulasi Perak. Tinjauan awal telah diperoleh daripada keputusan pelajar dalam kuiz 3 Biologi. Hasil dapatan mendapati 56% pelajar tidak berjaya memenuhi kehendak soalan esei jenis konsep abstrak dengan baik. Walaupun soalan yang dikemukakan dalam kuiz adalah mudah dan ringkas, pelajar tetap gagal menjawabnya dengan baik. Setelah menjalankan konsultasi bersama pelajar, beberapa masalah yang dihadapi mereka dikenalpasti. Antaranya ialah kesukaran pelajar untuk ‘melihat’ apa yang berlaku semasa “acrosomal reaction”, tidak dapat mengingat butiran topik yang dipelajari serta tidak dapat menggambarkan konsep yang dipelajari semasa ulangkaji. Selain daripada itu, pelajar keliru dan tidak tahu teknik belajar yang sesuai untuk mereka menjawab kerana tidak memahami soalan. Justeru, teknik visualisasi mental diguna untuk mengajar konsep abstrak dalam topik “Reproduction and Development”. Data kajian telah dikumpul melalui dokumen pasca ujian dan temubual separa struktur. Hasil kajian menunjukkan peningkatan markah pelajar yang ketara iaitu sebanyak 70%. Peningkatan pelajar yang mendapat markah penuh adalah sebanyak 14%. Justeru itu, penyelidik yakin bahawa teknik ini dapat membantu dalam meningkatkan kebolehan pelajar menjawab soalan esei berbentuk konsep abstrak dengan lebih baik.

    Kata kunci soalan esei, konsep abstrak, pelajar biologi, teknik visualisasi mental, tindakbalas akrosom

  • Kebolehan Pelajar Biologi Menjawab Soalan Esei Konsep Abstrak... 55-77

    57

    PENDAHULUAN

    Pengenalan

    Kurikulum Sains sentiasa melalui proses transformasi ke arah perkembangan pendidikan global dan ini selari dengan Falsafah Pendidikan Malaysia (FPM) (Rohaida, 1997). Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang berlandaskan kepada FPM menekankan kemahiran berfikir merentas kurikulum. Kemahiran berfikir ini berfokus kepada aspek pernyataan idea, fikiran dan pendapat dengan jelas, objektif dan kreatif (Zol Azlan, 2000). Justeru itu, kemahiran ini membolehkan pelajar memanipulasi dan mentransformasi informasi dari dalam fikiran masing-masing.

    Refleksi Masalah Sewaktu menyemak kuiz 3 pelajar Biologi pada awal Februari yang lalu, penyelidik mendapati keputusan mereka agak mengecewakan berbanding dengan markah yang diperoleh dari kuiz-kuiz yang terdahulu terutamanya bagi soalan esei. Adakah soalan kuiz yang diberikan berbentuk esei atau pun pelajar mempunyai masalah memahami topik Reproduction and Development? Soalan kuiz yang diberikan ialah, “Explain the process of acrosomal reaction”. Berdasarkan kepada aras taksonomi kognitif Bloom, soalan ini merupakan soalan aras rendah (Bloom, Englehart, Furst, Hill & Krathwohl,1992). Aras ini menguji tahap kefahaman pelajar daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain atau dalam erti kata lain, boleh menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri. Oleh yang demikian, penyelidik telah membuat analisis mengenai kebolehan pelajar menjawab soalan esei berbentuk konsep abstrak secara kuantitatif dan kualitatif. Data kualitatif mendapati peratusan pelajar yang gagal mencapai markah penuh (julat 1-5 markah) bagi soalan esei ialah 56%. Hanya 44% daripada 43 orang pelajar mendapat markah penuh (5 markah). Seterusnya, penyelidik telah bertemu dengan pelajar yang gagal mencapai markah penuh untuk mengetahui punca kegagalan ini.

    Antara masalah yang dihadapi pelajar ialah mereka tidak dapat ‘melihat’ atau menggambarkan konsep abstrak dalam topik tersebut. Mereka juga sukar untuk mengingati butiran maklumat serta fakta bagi konsep abstrak yang dipelajari semasa mengulangkaji pelajaran. Maka, jalan singkat bagi pelajar ini adalah dengan menghafal fakta-fakta dan

  • Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 1 / 2012

    58

    butiran maklumat tanpa memahami konsep abstrak ini. Tambahan lagi, mereka akui mempunyai kesukaran untuk memahami kehendak soalan esei sebegini. Dapatan ini sejajar dengan kajian yang telah dilakukan oleh Maria (2002) bahawa konsep abstrak Sains merupakan satu topik yang sukar untuk dipelajari kerana sukar untuk ‘melihat’ konsep abstrak. Lim (2003) pula menambah bahawa kemungkinan konsep sebegini sukar kerana isi kandungan tersebut dibebani dengan kandungan beban kognitif yang terlalu tinggi.

    Pernyataan Masalah Hasil daripada refleksi yang telah dibuat penyelidik melakukan satu intervensi dalam pelajaran dan pembelajaran pelajar. Tambahan pula, daripada laporan kerja calon dan kertas soalan peperiksaan semester Program Matrikulasi (PSPM) pada tahun yang lepas telah melaporkan bahawa soalan bagi topik “Reproduction and Development” ini merupakan soalan wajib yang perlu dijawab oleh calon. Penyelidik telah menjalankan satu intervensi dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik visualisasi mental bagi membantu pelajar untuk ‘melihat’ dengan lebih jelas konsep dan proses abstrak yang berlaku. Ini adalah kerana sekiranya pelajar terus menghafal, mereka akan gagal untuk memahami isi kandungan dalam subjek Biologi. Tambahan lagi, hafalan teks akan menyebabkan pelajar pasif, tidak konstruktivis dan sangat terkurung dalam frasa pembentukkan ayat (Nachiappan, Ramlah & Abdul Aziz, 2008; Roszelina, 2011). Perkara ini sering berlaku dalam ujian atau peperiksaan apabila pelajar diminta untuk menghurai dan menerangkan sesuatu konsep dengan lebih terperinci.

    Perasaan gementar yang dialami pelajar semasa menjalani ujian dan peperiksaan menyebabkan mereka mudah terlupa konsep yang telah dihafal (Nachiappan, Ramlah & Abdul Aziz, 2008). Lupaan ini terhasil kerana pelajar gagal memberi tumpuan di dalam kelas. Ini merencatkan penerimaan informasi yang diproses melalui deria daftar dan memori jangka panjang. Kemungkinan ini berlaku kerana kesan daripada kegagalan menghasilkan visualisasi mental semasa pembelajaran. Dalam jangka masa panjang, pelajar akan menganggap Biologi sebagai matapelajaran yang susah dipelajari, difahami dan untuk lulus. Persepsi sebegini membuatkan pelajar hilang semangat dan motivasi belajar Biologi.

  • Kebolehan Pelajar Biologi Menjawab Soalan Esei Konsep Abstrak... 55-77

    59

    FOKUS KAJIAN Walaupun penyelidik telah berjaya mengesan banyak masalah yang dihadapi pelajar dalam mempelajari konsep abstrak, namun penyelidik hanya memfokuskan kajian ini kepada kebolehan pelajar untuk menghasilkan visualisasi mental yang tepat dan sesuai bagi konsep abstrak yang ditanya dalam soalan esei. Visualisasi mental ini perlu dibimbing dengan cara yang betul oleh guru. Ini adalah kerana gambaran di fikiran mereka yang terhasil semasa pembelajaran bercampur aduk, berbagai-bagai dan tidak menjurus kepada kehendak dan kata kunci soalan. Kecelaruan dalam menghasil visualisasi mental ini boleh menyebabkan pelajar keliru dan tidak dapat menepati kehendak soalan.

    OBJEKTIF KAJIAN Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan peratusan pelajar untuk mencapai markah penuh dalam soalan esei mengenai konsep abstrak. Berikut adalah objektif khusus kajian ini:

    a. Meningkatkan peratusan pelajar yang boleh menjawab soalan esei men