Kebudayaan kelantan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bahasa malaysia tahun4

Citation preview

KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN NEGERIKELANTAN DARUL NAIM

IKON1.Perusahaan Batik

Negeri Kelantan kaya dengan hasil seni batik kerana batik merupakan pakaian tradisi bagi penduduk Kelantan. Tempat yang terkenal dengan perusahaan membuat batik antaranya yang dijalankan di Kampung Kota, Kampung Puteh dan Kampung Badang di Kota Bharu. Pengunjung boleh melawat kilang menghasilkan batik dan melihat sendiri keseluruhan proses penghasilan batik.

2.Songket

Songket merupakan pakaian tradisional melayu yang sentiasa dibanggakan oleh penduduk di negeri Kelantan. Songket diberi jolokan sebagai "Cloth of Gold". Selalunya pakaian songket ini dikhaskan untuk pihak diraja sahaja. Namun kini ia sudah biasa digunakan oleh orang ramai dalam melangsungkan perkahwinan atau menyambut apa-apa perayaan. Industri tenunan songket boleh didapati di sekitar Kampung Penambang, Kota Bharu.

4.Ukiran Kayu

Kraf tradisional yang dihasilkan daripada kayu yang berkualiti tinggi seperti cengal, jati dan merbau yang mana sering digunakan untuk membuat bot dan perabot. Di Kelantan, motif ukiran kayu biasanya berdasarkan tempat kraf itu digunakan. Motif kaligrafi kebanyakannya digunakan di masjid dan motif alam sekitar dibangunan istana dan golongan bangsawan. Semakin cantik dan menarik ukiran itu, semakin tinggi golongan masyarakat yang menggunakannya. Seni ukiran kayu ini begitu aktif dihasilkan di Kelantan terutamanya di sekitar Tumpat.

5.Rotan

Rotan digunakan untuk menghasilkan perabot dan bakul. Rotan boleh dijadikan sebagai kayu untuk membuat perabot apabila dipotong mengikut bahagian-bahagian tertentu. Rotan boleh diserikan dengan pelbagai warna dan boleh dibentuk dengan pelbagai rupa. Tambahan pula, bahagian luar rotan juga boleh menghasilkan anyaman. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Gelang Mas, Pasir Mas.

6.Tembikar

Tembikar merupakan salah satu kraftangan yang dihasilkan melalui tanah liat. Sejak dahulu lagi, tembikar sering digunakan untuk kegunaan sebagai upacara kematian dan keagamaan oleh masyarakat ulu di Sarawak. Pembuatan tembikar dihasilkan pada zaman Neolitik. Pelbagai artifak telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak. Kini, barangan tembikar telah menjadi ikon utama untuk perhiasan rumah. Ukiran di dinding pejabat, lampu tidur dan sebagainya telah diambil daripada seni ukiran tembikar. Terdapat dua tempat perusahaan yang terkenal di Kelantan iaitu, di Kampung Sribong, Kota Bharu dan Kampung Mambong, Kuala Krai. Masing-masing membuat barangan tembikar daripada tanah liat yang terpilih sahaja kerana untuk menjaga kualiti dan tahan lasak barangan tersebut.

7.Wau Bulan

Hakikatnya penduduk negeri Kelantan menjadikan permainan wau sebagai salah satu permainan tradisional semasa lapang. Layang-layang atau wau ini akan melayang-layang di udara setelah ia dinaikkan. Permainan ini biasanya dilangsungkan selepas musim menuai, iaitu setelah petani-petani mempunyai masa yang terluang untuk mencipta dan menghias wau mereka. Terdapat banyak jenis wau seperti "wau kucing" , "wau merak", "wau bulan" dan lain-lain lagi.Untuk mencipta wau, kemahiran yang tinggi serta kesabaran yang sepenuhnya diperlukan. Sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Cahaya Bulan, terdapat banyak kedai yang mengeluarkan dan menjual wau yang direka sendiri.

8. Wayang Kulit

Wayang Kulit merupakan sejenis permainan tradisi rakyat Kelantan yang diwarisi sejak turuntemurun. Pertunjukkan Wayang Kulit biasanya diadakan di bangsal atau panggung lengkap dengan kumpulan muzik serta patungpatung wayang kulit yang terdiri daripada pelbagai watak. Tok Dalang merupakan orang yang melakonkan atau menggerakkan patung-patung wayang kulit mengikut kisah cerita yang hendak dipertunjukkan. Wayang kulit dimainkan pada waktu malam di majlis-majlis keramaian atau pesta. Kisah cerita yang diriwayatkan dalam permainan wayang kulit asalnya adalah dari epik Hindu tetapi kini telah diubahsuai dengan kebudayaan melayu tempatan. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Kemasin, Bachok, Kampung Pasir Chetok, Pasir Mas, Kampung Laut 2, Tumpat, Kampung Setek, Kota Bharu, Kampung Sri Tanjong, Tumpat dan lain-lain lagi.

MAKANAN TRADISIONAL

Nasi KerabuNasi kerabu merupakan makanan yang paling popular di Kelantan. Nasi Kerabu mulanya berasal dari Thailand dan dikenali sebagai Khau Jam. Nasi Kerabu telah diadaptasikan di Kelantan dan penduduk di sini telah mengubah citarasa tumis dan bahan-bahan yang dijadikan sebagai sos. Hal demikian kerana mereka ingin memenuhi citarasa atau selera rakyat Kelantan.Nasi Kerabu atau Nasi Ulam dikenali sebagai nasi yang dimakan atau digaul bersama-sama dengan pelbagai jenis ulam, tumis, sambal ikan dan budu (sos ikan bilis). Disebabkan itu, makanan ini dipanggil kerabu. Antara ulam yang biasa digunakan oleh tukang masak ialah kacang panjang, mentimun, daun kesom, bunga kantan dan taugeh. Selain itu, nasi kerabu juga boleh dimakan bersama dengan telur masin, ikan goreng celup tepung, ikan bakar, daging bakar, ayam bakar, keropok dan bawang jeruk.Nasi Kerabu boleh didapati dalam pelbagai warna seperti Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam,Nasi Kerabu Kuning dan juga Nasi Kerabu Biru. Nasi Kerabu Putih terhasil dari nasi yang tidak diletakkan bahan semasa memasaknya. Nasi Kerabu Kuning terhasil daripada penggunaan kunyit yang di gaul bersama beras. Penggunaan herba na-dam menyebabkan nasi kerabu menjadi hitam manakala penggunaan Bunga Telang (Clitoria ternatea) pula menjadikan nasi itu seakan warna biru. Kebanyakkannya masyarakat disini lebih menggemari Nasi Kerabu Biru.

Nasi DagangNasi dagang dikatakan berasal dari Terengganu dan mempunyai sejarah asal usulnya yang tersendiri. Terdapat pelbagai cerita tentang sejarah nasi dagang. Antaranya ialah pada zaman dahulu, semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, setiap kampung akan mempersembahkan makanan istimewa mereka kepada sultan di istana. Kebetulan pada waktu itu orang-orang Bugis menyambut perayaan ini pada pertama kalinya. Orang-orang Bugis berpendapat bahawa mereka harus mengambil bahagian dalam upacara ini dan berhasrat ingin menyediakan sejenis hidangan yang dipanggil Burasak. Burasak merupakan ketupat yang dimakan bersama gulai ikan parang. Semasa penyediaan juadah ini, mereka mengalami masalah dan sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku iaitu sambutan Hari Raya jatuh lebih awal dari apa yang disangkakan. Bagi mengatasi masalah ini, mereka telah mengubah suai makanan iaitu dengan menggantikan ikan parang dengan ikan aya (tongkol) dan kebetulan sultan yang merasa juadah tersebut sangat menyukainya. Sultan bertitah bahawa baginda ingin nasi orang dagang ini dipersembahkan untuk santapan baginda. Bermulanya pada waktu itu, masyarakat telah memanggil juadah tersebut sebagai nasi dagang.Kebiasaannya nasi dagang dimakan bersama dengan acar timun. Perbezaan antara nasi dagang Terengganu dengan Kelantan ialah dari segi penggunaan beras. Masyarakat Kelantan lebih cenderung menggunakan beras perang manakala masyarakat Terengganu pula lebih suka menggunakan campuran beras pulut dengan beras biasa. Selain dari dijadikan sebagai juadah sarapan pagi, nasi dagang juga dijadikan hidangan utama semasa majlis perkahwinan.

Nasi BerlaukNasi berlauk merupakan sajian utama bagi penduduk Kelantan terutamanya bagi para nelayan dan petani. Disebabkan mereka memerlukan tenaga untuk melakukan kerja nasi berlauk dihidangkan oleh para suri rumah sebelum mereka menjalankan tugas seharian mereka. Nasi berlauk ialah nasi putih atau kosong dihidangkan dengan gulai seperti gulai ayam, gulai ikan tongkol dan gulai itik. Kebiasaannya gulai ikan tingkol telah menjadi pilihan para suri rumah semasa menyediakan juadah tersebut.

Laksam

Laksam adalah satu lagi sajian kegemaran masyarakat Terengganu, diperbuat daripada tepung gandum dan tepung beras yang dikukus. Kuahnya diperbuat daripada isi ikan yang direbus, dipekatkan dan di campur santan.

Solok LadaJuga dikenali sebagai lada sumbat. Diperbuat daripada lada yang dibelah dua dan disumbat dengan inti. Inti solok lada dihasilkan daripada kelapa parut, isi ikan dan juga santan. Kebiasaannya lauk ini dimakan bersama dengan nasi kerabu.

Sambal Daging(Serunding Daging)Serunding dikatakan berasal dari negeri Kelantan dan banyak diusahakan secara tradisional di Kampung Laut, Jajahan Tumpat, Kelantan. Kini, Kampung Laut telah menjadi pusat pembuat serunding yang terbesar di Malaysia. Serunding merupakan sejenis masakan yang diperbuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Serunding dimasak dan dikacau tanpa henti sehingga menjadi kering. Antara serunding yang boleh didapati adalah serunding daging, ayam, ikan, udang dan ikan bilis. Ia adalah hidangan lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat melayu selalu membuat serunding terutamanya apabila ada lebihan daging qurban. Serunding boleh dimakan bersama nasi impit, ketupat nasi, ketupat daun palas dan lemang.

Budu

Budu atau sos ikan bilis merupakan pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan selatan Thailand.Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang. Iaitu mukim budu. Budu diproses daripada ikan bilis yang di peram sehingga hancur. Ia biasanya dijual di kedai dalam pembungkusan botol. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti mempelam, lada dan air perahan limau nipis.

JALA MAS

Jala Mas merupakan makanan diraja. Kuih Jala Mas dinamakan sempena bentuknya yang berjala dan berwarna kuning keemasan. Kuih ini dihasilkan dari campuran kuning telur dengan gula. Kuih ini berbentuk seperti mee yang lebih halus dan lembut yang diurai ke dalam air gula yang panas. Kuih jala emas selalunya digunakan sebagai hantaran perkahwinan.

Lompat Tikam

Terdapat dua lapisan bagi kuih ini lapisan tepung yang berwarna hijau dan lapisan santan. Kuih ini dimakan bersama dengan pulut dan air nisan atau gula kabung.

Buah Tanjung

Merupakan sejenis kuih yang membuat menggunakan telur yang bercampur tepung dan disira dalam air gula. Kuih ini berbentuk seperti titisan air dan berwarna kuning.

Akok

Juga dikenali sebagai akok Kelantan kerana mempunyai bau yang harum dan dibuat daripada telur dan gula merah.

PERMAINAN TRADISIONAL

Wau Bulan

Hakikatnya penduduk negeri Kelantan menjadikan permainan wau sebagai salah satu permainan tradisional semasa lapang. Layang-layang atau wau ini akan melayang-layang di udara setelah ia dinaikkan. Permainan ini biasanya dilangsungkan selepas musim menuai, iaitu setelah petani-petani mempunyai masa yang terluang untuk mencipta dan menghias wau mereka. Terdapat banyak jenis wau seperti "wau kucing" , "wau merak", "wau bulan" dan lain-lain lagi. Untuk mencipta wau, kemahiran yang tinggi serta kesabaran yang sepenuhnya diperlukan. Sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Cahaya Bulan, terdapat banyak kedai yang mengeluarkan dan menjual wau yang direka sendiri.

2.Gasing

Gasing memainkan peranan yang penting sebagai hiburan tradisi rakyat Kelantan. Terdapat dua jenis gasing yang biasanya dimainkan oleh masyarakat melayu iaitu Gasing Uri dan Gasing Pangkah. Gasing Uri dibuat daripada logam timah dan kayu merbau. Paksinya dibuat daripada besi. Manakala kepalanya dibuat dari tanduk kerbau supaya gasing itu lebih cantik. Di dalam pertandingan, gasing yang berpusing lebih lama akan dianggap sebagai menang. Manakala Gasing Pangkah pula diperbuat dari kayu keranji. Banyak tempat-tempat yang mengusahakanperusahaan ini seperti di Kampung Berlian Kok Pasir dan Kampung Ana Jal Besar di Tumpat, Kampung Gertak Kechupu di Kota Bharu, dan Kampung Kubang Telaga di Bachok dan lain-lain lagi.

3.Kertok

Kertok adalah salah satu hiburan tradisional masyarakat Melayu Kelantan. Asal-usul permainan Kertok bermula apabila ia digunakan oleh penanam padi bagi tujuan menghalau burung pada musim padi masak. Pada masa kini alat ini mempunyai fungsi yang utuh dan boleh dikatakan terkenal dalam masyarakat tradisi Kelantan yang rata-ratanya ialah masyarakat petani. Kertok dibuat dengan menggunakan kayu Merbau atau Nibong yang dilubangkan di tengah-tengahnya dan diisi pula dengan tempurung kelapa tua yang telah diproses. Buah kelapa tersebut dibelah dua dan diletakkan sekeping papan yang dibuat daripada kayu Nibong iaitu sejenis kayu keras yang tahan dipalu. Papan ini dikenali sebagai belira atau daun dan diikat dengan getah pada tiang yang terletak dibahagian atas kertok. Kadang-kadang kertok ini dihiasi dengan panji-panji yang berbagai corak dan warna serta lukisan yang menarik. Kertok dimainkan di majlis-majlis keramaian atau majlis rasmi menyambut Pembesar Negeri. Ia boleh dimainkan oleh dua orang atau berkumpulan. Sesebuah kumpulan mengandungi 12 hingga 24 peserta. Paluan Kertok juga mempunyai lagu-lagu tertentu seperti Ropok, Anjol, Kuncah Manis, Gadoh, Kudarambak, Kedogong dan lain-lain.Penduduk sekitar Kampung Petani, Sering, Kota Bharu, Kampung Serdang, Pasir Mas, Kampung Chica, Bachok, Kampung Tempoyak, Bachok dan Kampung Gelang Mas, Pasir Mas, ini amat popular dalam perusahaan membuat kertok.

4.Rebana Ubi

Rebana Ubi merupakan salah satu permainan tradisi masyarakat Melayu Kelantan yang telah mula dimainkan kira-kira 3 abad dahulu. Pada masa silam, Rebana Ubi merupakan permainan masa lapang yang biasanya dimainkan setiap kali tamatnya musim menuai. Cara permainannya ialah setiap rebana ubi akan dipukul oleh dua orang dan boleh dimainkan secara paluan atau dipukul dengan tangan sahaja. Cara pertandingan pula ialah di dalam pertandingan satu pasukan akan memukul enam rebana dengan jumlah anggota seramai 12 orang, iaitu dua orang bagi setiap satu rebana. Pelbagai rentak akan diperdengarkan. Sebuah lagu akan dimainkan secara rasmi selama dua minit dan setiap satu-satu pasukan akan bergilir-gilir bermain. Pemberian markah dalam pertandingan adalah bergantung kepada ketahanan rentak, irama dan ragam yang berlainan serta keseragaman paluan itu sendiri. Perusahaan ini boleh didapati seperti di Kampung Petani, Sering, Kampung Banggol, Gelang Mas, Kampung Paloh, Palebang, Kampung Gelong dan lain-lain lagi.5.Wayang Kulit

Wayang Kulit merupakan sejenis permainan tradisi rakyat Kelantan yang diwarisi sejak turuntemurun. Pertunjukkan Wayang Kulit biasanya diadakan di bangsal atau panggung lengkap dengan kumpulan muzik serta patungpatung wayang kulit yang terdiri daripada pelbagai watak. Tok Dalang merupakan orang yang melakonkan atau menggerakkan patung-patung wayang kulit mengikut kisah cerita yang hendak dipertunjukkan. Wayang kulit dimainkan pada waktu malam di majlis-majlis keramaian atau pesta. Kisah cerita yang diriwayatkan dalam permainan wayang kulit asalnya adalah dari epik Hindu tetapi kini telah diubahsuai dengan kebudayaan melayu tempatan. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Kemasin, Bachok, Kampung Pasir Chetok, Pasir Mas, Kampung Laut 2, Tumpat, Kampung Setek, Kota Bharu, Kampung Sri Tanjong, Tumpat dan lain-lain lagi.

6.Sepak Bulu Ayam

Merupakan salah satu sukan rakyat yang biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan ini dimainkan dengan membuat bulatan dan biasanya pemain akan menggunakan kaki, buku lali dan kepala untuk bermain dan mengagih-agihkan kepada pemain yang lain dalam bulatan tersebut. Pemenang pula akan dikira mengikut kumpulan yang paling banyak dapat mengagihkan bulu ayam tersebut kepada setiap pemain dalam bulatan mereka.

7.Seni Silat Tari

Adalah seni mempertahankan diri bagi masyarakat melayu warisan paling berharga yang mana persembahannya diwarnai dengan kepelbagaian seni tarinya dan bunga tarinya. Perkataan silat itu sendiri menunjukan kesinambungan seni mempertahankan diri dengan ketangkasan dan kelembutan dalam pergerakan silat yang biasanya, dipersembahkan dalam majlis keramaian dan diiringi oleh paluan gendang tradisional dan keunikan alunan tiupan serunai.

8.Congkak

Perkataan congkak dipercayai bermula dari perkataan congak yang mana di dalam bahasa melayu lama bermaksud pengiraan menggunakan minda (mental calculation). Congkak mempunyai 14 lubang dan dibahagi kepada dua bahagian menjadi tujuh setiap bahagian dan ditambah satu lubang yang besar dikenali sebagai kampung untuk dua orang pemain. Setiap pemain akan mengawal dan mencongak ketujuh-tujuh lubang mereka untuk mendapat markah terbanyak dan pemenang dikira apabila bilangan guli atau buah yang terbanyak dalam lubang kampung mereka di akhir permainan nanti.

TEMPAT MENARIK1.Rantau Panjang

Merupakan tempat terkenal sebagai kawasan bebas cukai yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand yang terpisah dengan Sungai Golok. Rantau Panjang terletak kira-kira 40 km dari Kota Bharu iaitu kira-kira 45 minit. Kepelbagaian produk seperti pinggan-mangkuk, makanan, pakaian, kelengkapan rumah dan sebagainya boleh didapati dengan harga murah. Kompleks membeli belah ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam.

2.Pengkalan Kubor

Pengkalan Kubur dikenali sebagai pusat membeli-belah dan merupakan kawasan bebas cukai di Kelantan. Kawasan ini terletak kira-kira 35 km dari Kota Bharu. Kawasan ini sangat terkenal sebagai tempat menjual barangan yang berkualiti tinggi dan sentiasa menarik perhatian pengunjung tempatan dan juga pengunjung luar. Pengkalan Kubur merupakan bandar yang berada di sempadan Malaysia-Thailand. Merentasi Sungai Golok adalah kawasan Thai iaitu Tak Bai dalam wilayah Narathiwat.

3.Pasar Besar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah merupakan tempat menjual pelbagai jenis makanan termasuklah barangan keperluan harian. Pasar ini beroperasi seawal 7.00 pagi sehingga 6.00 petang. Apa yang menyebabkan pasar ini unik ialah pemandangan dalam pasar yang dilihat dari tingkat 3 dan para penjual dimonopoli oleh golongan perempuan.Pasar ini dinamakan sempena nama isteri Nabi Muhammad s.a.w. Pasar ini berbentuk segi 8. Kedudukan yang amat strategik di pusat Bandar Kota Bharu memudahkan para pengunjung untuk bertandang.

4.Bazar Buluh Kubu

Bazar Buluh Kubu terletak bersebelahan denganPasar Besar Siti Khadijah dan Istana Balai Besar. Ia mempunyai 4 aras dan satu aras bawah khusus untuk meletak kenderaan. Selain menjual pakaian, batik, songket, makanan dan barangan dapur, beranika barang perhiasan seperti perak, tembaga dan barangan ukiran kayu juga boleh didapati di sini. Medan Selera pula terletak di tingkat paling atas. Terdapat juga beberapa Salon kecantikan di Bazar ini. Kebiasaanya perniagaan di sini begitu sibuk pada waktu tengahari dan petang. Konsep bazar ini ialah pasar terbuka dengan pemandangan yang menarik dan juga pengunjung dapat memperolehi harga yang berpatutan. Bazar ini dibuka setiap hari bermula jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.Bazar Buluh Kubu, Kota Bharu merupakan Bazar yang pertama seumpamanya yang dibina di Negeri Kelantan. Bazar ini dibina oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pada tahun 1980. Bazar ini merupakan produk yang wajib dikunjungi oleh Pelancong yang datang ke Kelantan.

4.Bukit Bunga

Bukit Bunga merupakan kampung yang bersempadan dengan Malaysia-Thailand. Bukit Bunga terletak 30 km dari Tanah Merah sekiranya melalui Lebuhraya Timur Barat. Deretan kedai yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan pasti menggamit naluri para pelancong untuk membeli-belah di sini. Untuk sampai di sini perjalanan akan mengambil masa kira-kira dua jam dari Kota Bharu. Ianya beroperasi dari 9.00 pagi hingga 7.00 malam memandangkan laluan ini adalah antara laluan utama jalanraya ke Utara.

6.Bazar Tok Guru

Bazar Tok Guru adalah sebuah bazar yang baru siap dibina dan dirasmikan sendiri oleh Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan pada bulan Julai 2011. Bazar ini antara lokasi pusat membeli belah di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Selain menjual pelbagai aneka pakaian siap, batik dan songket, makanan tempatan seperti keropok dan dodol juga ada dijual di sini. Setiap pengunjung yang biasa bertandang ke Kelantan sudah pasti mengenali Bazar Tok Guru kerana kedudukannya yang berhampiran Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan yang mana memudahkan para pelancong untuk mendapatkan maklumat tentang pelancongan di Negeri Kelantan.

7.KB BazarKB Bazar merupakan lokasi perniagaan yang baru di Kota Bharu. KB Bazar terletak dilokasi perniagaan yang strategik bagi Bumiputera. Ianya terletak di Jalan Hamzah, bersebelahan KB Mall. Antara barangan yang ditawarkan termasuklah batik, barangan perak, perabot rumah, pakaian dan barangan antik yang dihasilkan sendiri oleh rakyat Kelantan.8.Wakaf Che Yeh

Untuk menikmati bagaimana masyarakat Kelantan berniaga pada waktu malam, para pelancong boleh mengunjungi pasar malam Wakaf Che Yeh. Ia adalah merupakan pasar malam terbesar di Pantai Timur. Uniknya lokasi ini ialah kerana ia beroperasi dari siang hinggalah ke malam malah hingga ke lewat pagi. Barang-barang yang dijual di sini terdiri daripada barangan tempatan dan yang diimport dari Thailand seperti pakaian, barangan perhiasan dan keperluan harian serta makanan.

REKA BENTUK RUMAH

Di Negeri Kelantan terdapat 2 jenis rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Bujang dan Rumah Tiang 12. Rumah jenis ini mengandungi 12 tiang utama pada rumah ibu, 6 tiang serambi dan 6 tiang panjang. Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang dengan tabir layar. Pada pinggir tabir layarnya terdapat papan pemeleh atau tumpu kasau iaitu sepasang pemeleh ibu dan sepasang pemeleh serambi.Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu bangunan rumah ibu yang mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan rumah dapur. Bangunan rumah tengah dan rumah dapur bebilik atau bersekat.