Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    1/20

      i

    KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

    DAN KOPERASI (MECD)

    Lot 2G6, Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62100 Putrajaya Malaysia.

    Tel : 603 - 8880 5000Fax : 603 - 8880 5106

    Http://www.mecd.gov.my

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    2/20

     

    Menteri

    Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadratAllah s.w.t di atas segala limpah rahmat dan keizinanNya maka dapat saya

    memberikan sepatah dua kata dalam buku panduan perniagaan ini.

    Kita sedia maklum bahawa bidang perniagaan adalah merupakan satu sektorpenting dan amat diberi perhatian oleh Kerajaan terutamanya bagi PerusahaanKecil dan Sederhana (PKS). Dalam tempoh RMKe-8, bidang perniagaanmerupakan penyumbang utama kepada KDNK negara dan ia dijangka akanterus meningkat dalam RMKe-9 dan di masa-masa akan datang.

    Dalam usaha untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera, Kerajaan telahmenyediakan pelbagai dana dan program latihan keusahawanan bagi memberipeluang kepada pengusaha baru dan lama untuk menceburkan diri serta

    mengembangkan perniagaan.

    Sehubungan dengan itu, saya berpendapat usaha yang dijalankan oleh bahagianPerancangan dan Penilaian menerbitkan buku panduan perniagaan inimerupakan satu langkah untuk membantu dan mendorong orang ramaimelibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

    Akhir kata, saya amat berharap melalui penerbitan dan penyebaran bahan-bahan maklumat seperti ini, ia akan menjadi panduan agar ramai usahawan-usahawan bumiputera akan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mampuberdikari dan bersaing dalam pasaran semasa.

    Sekian, terima kasih serta wassalam,

    Yang Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin.

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    3/20

     

    Muka surat

    LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 1

    DASAR DAN PERATURAN KERAJAAN 2

    PROFIL PERNIAGAAN 3

    PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN 4

    PENGURUSAN PENGELUARAN 7

    PENGURUSAN TENAGA KERJA 8

    PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN 8

    PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN 11

    PENGURUSAN RISIKO 14

    FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN 15

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    4/20

    BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

    KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM____________________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

    1

      1 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

    PENGENALAN

    Perniagaan ikan hiasan dalam akuarium meliputi menjual dan membekal pelbagai jenis

    ikan hiasan dan peralatan memelihara ikan hiasan seperti akuarium,  filters, heaters  dan

    lain-lain aksesori kepada pelanggan. Pengusaha boleh juga mengembangkan perniagaan

    dengan membekal dan menyelenggarakan ikan hiasan dan akuarium kepada pelanggan

    mereka sama ada di rumah, premis-premis perniagaan atau di pejabat.

    POTENSI DAN MASA DEPAN PERNIAGAAN JUALAN IKAN HIASAN DALAM

    AKUARIUM.

    Pada masa kini, kecenderungan minat terhadap ikan hiasan semakin meningkat walaupun

    nilainya masih kecil. Kajian pengguna yang dilakukan di Perancis yang dikatakan boleh

    mewakili pengguna secara umum menunjukkan 9.6 peratus memiliki akuarium.

    Peningkatan isi rumah memiliki akuarium adalah 0.1 peratus setahun (Analisis Industri

    Ikan Hiasan, 2004). Selain daripada isi rumah, pengguna juga boleh terdiri dari institusi

    seperti pejabat-pejabat kerajaan dan swasta, sekolah atau Institut Pengajian Tinggi, tempat

    dan kemudahan awam seperti hospital, lapangan terbang, kompleks beli-belah, hotel dan

    restoran.

    MENGAPA MEMILIH PERNIAGAAN INI

    Faktor-faktor berikut perlu menjadi asas kepada usahawan dalam memberi pertimbangan

    untuk memilih perniagaan ini:

    Mempunyai potensi yang cerah untuk maju.

    Permintaan terhadap produk ikan hiasan yang memberangsangkan.

    Tidak memerlukan kos permulaan yang tinggi.

    Kemampuan untuk menjana keuntungan yang tinggi.

    Tidak memerlukan pengetahuan yang tinggi dan pengalaman yang mendalam.

    Namun, adalah suatu kelebihan kepada pengusaha yang mempunyai pengetahuan

    dan kemahiran yang mendalam mengenai perniagaan ini.

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    5/20

    BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

    KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM____________________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

    2

    Perniagaan adalah mudah untuk dikendalikan.

    Tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai. Bergantung pada saiz perniagaan

    yang diusahakan.

    Keupayaan mendapatkan peralatan dan bahan-bahan dengan mudah.

    Ramai usahawan sedia ada yang telah berjaya.

    2  DASAR DAN PERATURAN KERAJAAN

    POLISI DAN DASAR KERAJAAN

    Terdapat peraturan-peraturan dan akta tertentu yang perlu dipatuhi. Misalnya, terdapat

     jenis-jenis ikan yang dilarang dan terancam seperti spesies Piranha, spesies Jerung danlain-lain jenis ikan yang berbahaya dan dilarang. Manakala spesies-spesies ikan yang

    terancam terdiri daripada spesies-spesies ikan di bawah kumpulan paus, spesies ikan di

    bawah kumpulan lumba-lumba dan lain-lain. Pelanggaran peraturan/akta ini boleh

    dikenakan penalti seperti yang telah diperuntukkan dalam Akta Perikanan yang ditetapkan

    oleh Jabatan Perikanan Malaysia (JPM). Manakala bagi urusan eksport, mematuhi

    undang-undang yang ditetapkan oleh Convention on International Trade in Endangered

    Species (CITES) menjadi tanggungjawab pengusaha.

    PELESENAN

    Lesen yang diperlukan bagi memulakan perniagaan ikan hiasan ialah:

    Pendaftaran Perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

    Lesen/Permit/Surat Kuasa ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa Tempatan (Majlis

    Daerah, Majlis Perbandaran, Dewan Bandaraya).

    PERATURAN

    Peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan/penguasa tempatan antaranya ialah menjaga

    kebersihan kawasan perniagaan dan tidak mengganggu persekitaran sekeliling. Contohnya

    air lebihan basuhan tidak mengotorkan kawasan orang lalu-lalang serta tiada bauan yang

    tidak menyenangkan daripada premis.

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    6/20

    BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

    KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM____________________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

    3

    3 PROFIL PERNIAGAAN

    PERNIAGAAN ASAS JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM

    Perniagaan utama adalah menjual pelbagai jenis ikan hiasan di dalam akuarium yang

    terdiri daripada ikan air tawar dan ikan air masin.

    Ikan Air Tawar

    Terdapat pelbagai jenis ikan hiasan air tawar yang boleh dipelihara dalam

    akuarium. Antara ikan hiasan air tawar yang diminati di kalangan pelanggan

    termasuklah ikan Flower Horn, Carp,  Arowana, Goldfish, Gourami dan lain-lain

    lagi.

    Ikan Air Masin

    Memelihara ikan hiasan air masin adalah mengasyikkan kerana ia menampakkan

    keindahan fauna di dalam laut seperti kita berada di dalam lautan. Antara contoh

    ikan hiasan air masin yang menjadi pilihan pengguna ialah  Angelfish, Clown Fish,

    Cichlid  dan lain-lain.

    PERNIAGAAN SAMPINGAN JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM

    Selain daripada menjual pelbagai jenis ikan hiasan, biasanya pengusaha menyediakan

    produk-produk sampingan yang berkaitan dengan perniagaan untuk dijual seperti

    makanan ikan, ubat-ubatan untuk ikan hiasan serta akuarium dan peralatan untuk

    memelihara ikan hiasan.

    JENIS PERNIAGAAN YANG BERKAITAN DENGAN IKAN HIASAN

    Selain menjual set-set akuarium dan peralatan memelihara ikan hiasan dalam akuarium,

    menjual binatang peliharaan yang lain seperti tikus hamster , arnab, kucing, burung dan

     Iguana mampu menarik minat pelanggan dan membolehkan pelanggan membuat pilihan

    binatang peliharaan selain daripada memperoleh pendapatan tambahan.

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    7/20

    BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

    KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM____________________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

    4

      4  PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN

    Sebelum sesuatu perniagaan dijalankan, bakal pengusaha perlu mengetahui proses-proses

    bagi memulakan perniagaan. Proses-proses tersebut adalah seperti penubuhan perniagaan,

    pemilihan lokasi atau premis perniagaan, mendapatkan lesen serta pendaftaran sebagai

    pembekal sekiranya ingin menjadi pembekal kepada pihak Kerajaan ataupun swasta.

    PENUBUHAN PERNIAGAAN

    Sebelum memulakan perniagaan, bakal pengusaha perlu menubuhkan syarikat terlebih

    dahulu. Faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh bakal pengusaha sebelum menubuhkan

    perniagaan adalah:

    Pemilihan Nama Perniagaan

    Jenis Perniagaan

    - Persendirian

    - Perkongsian 

    - Syarikat Sendirian Berhad 

    Prosedur Pendaftaran

    PEMILIHAN LOKASI/PREMIS

    Pemilihan lokasi perniagaan yang strategik mampu menjana perniagaan untuk

    berkembang maju. Lokasi perniagaan biasanya terletak di kawasan terbuka dan tempat

    tumpuan orang ramai seperti di kawasan komersial, kawasan perumahan malah ada juga

    di dalam kompleks membeli-belah. Beberapa faktor penting dalam pemilihan lokasi yang

    menyumbang kepada kejayaan perniagaan ialah:

    Ciri Demografi Penduduk Sekitar

    Pemerhatian ke atas faktor-faktor seperti latar belakang pengguna yang meliputi jantina,

    umur, bangsa, pekerjaan, taraf ekonomi, sosial, kepercayaan dan lain-lain.

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    8/20

    BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

    KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM____________________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

    5

    Persaingan

    Pengusaha yang ingin menceburi bidang perniagaan ikan hiasan perlu mengetahui

    persaingan yang akan dihadapi di kawasan yang dipilih. Pengusaha perlu mencari

    pelbagai alternatif bagi menghadapi persaingan yang wujud.

    Kemudahan Infrastruktur Asas Yang Diperlukan

    Kemudahan infrastruktur asas yang diperlukan oleh pengusaha juga memainkan peranan

    penting dalam menentukan pemilihan lokasi atau premis perniagaan. Sebagai contoh

    kemudahan jalan raya dan kemudahan utiliti seperti air dan elektrik.

    MENDAPATKAN LESEN/PERMIT

    Setelah pemilihan lokasi perniagaan dibuat, pengusaha perlu mendapatkan lesen

    perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan. Lesen perniagaan ini dikeluarkan oleh

    pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Tempatan, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah

    atau Dewan Bandaraya. Pengusaha perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan

    seperti memenuhi piawai keselamatan minimum premis perniagaan, tidak mengganggu

    ketenteraman awam dan sebagainya sebelum lesen perniagaan dikeluarkan.

    Sijil Kesihatan Ikan Dan Sijil Negara Asal

    Ikan Hiasan Yang Diimport atau yang hendak dieksport memerlukan Sijil Kesihatan dan

    Sijil Negara Asal serta sijil-sijil yang berkaitan. Bagi tujuan import atau eksport,

    pengusaha boleh memohon segala sijil tersebut dengan mengisi borang permohonan yang

    telah ditetapkan oleh Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan dan Kuarantin di bawah

    pengurusan Jabatan Perikanan.

    PENDAFTARAN SEBAGAI PEMBEKAL

    Kerajaan Dan Agensi Kerajaan

    Seandainya pengusaha hendak menjalankan perniagaan dengan membekalkan produk atau

    perkhidmatan ikan hiasan dalam akuarium kepada organisasi dalam agensi kerajaan, maka

    perlulah membuat pendaftaran di Kementerian Kewangan Malaysia seperti alamat berikut:

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    9/20

    BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

    KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM____________________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

    6

     

    Syarikat Swasta

    Pengusaha juga perlu mengetahui syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat swasta untuk

    mendapatkan peluang-peluang membekalkan produk dan perkhidmatan perniagaan. Ada

    sesetengah syarikat swasta mengehendaki mana-mana syarikat yang ingin bekerjasamamenjalankan urus niaga perlu mendaftar dengan syarikat mereka terlebih dahulu.

    PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN

    Pengusaha digalakkan menyedia rancangan perniagaan sebelum memulakan satu-satu

    perniagaan. Rancangan Perniagaan ini bertujuan:

    Membolehkan pengusaha melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan

    praktikal.

    Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.

    Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdaya maju atau

    sebaliknya.

    Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas

    bagi cadangan pembiayaan.

    Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.

    Kementerian Kewangan MalaysiaBahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan,

    Kompleks Kementerian Kewangan,

    Presint 2 , Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

    62592 Putrajaya.Tel : 03-88823000 Faks : 03-88823893/03-88823894

    Laman web: http://www.treasury.gov.my

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    10/20

    BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

    KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM____________________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

    7

      5 PENGURUSAN PENGELUARAN

    PERALATAN

    Jumlah peralatan yang diperlukan bagi memulakan perniagaan adalah berbeza mengikut

    saiz perniagaan. Walau bagaimanapun, keperluan peralatan asas adalah sama. Antara

    peralatan yang perlu ialah:

    Penapis (Filter )

    Alat Pemanas ( Heaters)

    Bebenang Penapis (Span)

    Pam Air

    Pam Udara

    Lampu Akuarium

    Akuarium/Tangki Kaca

    Kaki Akuarium

    Tangki Gentian Kaca ( fiberglass) 

    BAHAN-BAHAN

    Anak Ikan

    Ubat-Ubatan

    Makanan Ikan

    Rumpai Air/Tumbuhan Akuatik

    Batu Karang

    Lain-Lain Hiasan

    • Batuan kecil,

    • Poster pemandangan belakang,

    • dan lain-lain

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    11/20

    BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

    KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM____________________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

    8

      6 PENGURUSAN TENAGA KERJA

    Pekerja memainkan peranan penting dalam menggerakkan operasi perniagaan. Jenis dan

     jumlah pekerja bergantung kepada saiz perniagaan. Keperluan tenaga pekerja dalam

    perniagaan ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pengurusan dan pekerja am.

    Peruntukan perlu juga dibuat untuk gaji pekerja. Gaji pekerja yang kompetitif dengan

    pekerjaan yang dilakukan perlu diambil kira oleh pengusaha.

    KURSUS DAN LATIHAN

    Agensi-agensi kerajaan khususnya Jabatan Perikanan Malaysia ada menyediakan kursus-

    kursus persediaan usahawan di dalam industri penternakan ikan hiasan sama ada

    penternakan ikan hiasan air tawar atau ikan hiasan air masin. Pengusaha boleh

    mengikutinya sebagai sumber pengetahuan dan mempelajari teknik-teknik pembenihan

    ikan hiasan, teknik penyediaan makanan ikan hiasan, pengurusan kesihatan ikan hiasan

    dan lain-lain yang berkaitan dengan pemeliharaan ikan hiasan. Latihan teknikal seperti

    penyelenggaraan ikan-ikan hiasan, teknik penyelenggaraan akuarium, dan lain-lain boleh

    diberikan secara dalaman (on the job training)  oleh pengusaha sendiri kepada para

    pekerja.

    7 PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN

    Aspek pemasaran adalah sangat perlu dalam dunia perniagaan yang penuh dengan

    persaingan pada masa ini. Dua fasa utama dalam pemasaran ialah menyedia rancangan

    pemasaran yang mengandungi strategi dan taktik pemasaran yang dijangka memberi

    kelebihan kepada perniagaan. Fasa kedua ialah pelaksanaan rancangan yang telah

    disediakan.

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    12/20

    BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

    KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM____________________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

    9

    PASARAN

    Pasaran memfokuskan kepada dua aspek iaitu segmen pasaran dan saiz pasaran ikan

    hiasan.

    Segmen Pasaran

    Pasaran bagi perniagaan ikan hiasan dalam akuarium boleh dibahagikan kepada

    tiga segmen penting mengikut kumpulan pelanggan:

    • Individu

    • Swasta 

    • Jabatan kerajaan 

    Saiz Pasaran

    Saiz pasaran bagi perniagaan ikan hiasan dalam akuarium tidak dikaji secara

    khusus oleh mana-mana pihak. Namun begitu, perkembangan industri ikan hiasan

    dalam akuarium boleh dilihat daripada perkembangan semasa industri ikan hiasan

    secara keseluruhan.

    KEPERLUAN PELANGGAN

    Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh pengusaha dalam membuat sesuatu

    pemasaran produk seperti faktor harga, kualiti produk dan perkhidmatan yang disediakan.

    PAKEJ PERKHIDMATAN

    Pengusaha juga harus mempertimbangkan bagaimana untuk memperkenalkan

    perkhidmatan yang mampu menarik perhatian pelanggan bagi meningkatkan hasil jualan

    dan menguatkan hubungan dengan pelanggan sedia ada mahupun pelanggan baru.

    Pelbagai Pakej

    Antara pakej perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh pengusaha:

    • Perkhidmatan pembersihan akuarium di pejabat-pejabat atau rumah-rumah

    • Perkhidmatan penghantaran ikan hiasan kepada pelanggan

    • Pakej pembelian balik

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    13/20

    BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

    KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM____________________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

    10

    Perkhidmatan Selepas Jualan

    Bagi menjaga imej dan meningkatkan kepuasan pelanggan terhadap perniagaan,

    pengusaha boleh juga menyediakan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan

    seperti penghantaran ikan hiasan, akuarium atau peralatan kepada pelanggan.

    Khidmat Nasihat Kepada Pelanggan

    Pengetahuan mengenai ikan hiasan, keperluan dalam memelihara ikan hiasan

    seperti akuarium, peralatan, makanan, ubat-ubatan dan penyakit adalah perlu

    kepada pengusaha kerana maklumat-maklumat ini adalah penting kepada

    pelanggan sama ada yang baru mula memelihara ikan hiasan atau yang telah lama

    memiliki ikan hiasan.

    PENENTUAN HARGA

    Faktor Peletakan Harga

    Antara faktor yang diambil kira ialah dari segi jenis dan saiz ikan hiasan tersebut. Malah

    ada juga harga ikan hiasan ditentukan berdasarkan kecantikan corak dan warna pada

    badan ikan. Manakala pengusaha yang menjalankan urus niaga import dan eksport ikan

    hiasan, harga adalah berbeza di antara negara, bergantung pada jarak (kos pengangkutan),

    kos pengeluaran, kualiti ikan dan kadar pertukaran.

    Strategi Peletakan Harga

    Pengusaha boleh meletakkan harga mengikut:

    Harga Pasaran

    Harga yang ditetapkan pada kadar yang sama dengan harga yang terdapat di

    pasaran.

    Harga Premium

    Harga premium ialah harga yang diletakkan lebih tinggi daripada harga pasaran.

    Harga Rendah

    Pengusaha menjual produk dengan meletakkan harga yang lebih rendah daripada

    harga pasaran bagi produk yang mempunyai kualiti yang sama.

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    14/20

    BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

    KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM____________________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

    11

    PROMOSI

    Pengusaha mampu meningkatkan jualan dan mengeratkan hubungan dengan pelanggan

    melalui aktiviti promosi. Pengusaha boleh menggunakan pelbagai jenis promosi yang

    dirasakan sesuai sebagai suatu usaha untuk melariskan jualan produk ikan hiasan mereka

    seperti pengiklanan melalui media cetak dan elektronik serta penglibatan dalam

    ekspo/pameran yang berkaitan.

    JARINGAN/CAWANGAN

    Untuk berjaya dan mengembangkan perniagaannya sama ada di dalam atau keluar negara,

    para usahawan haruslah menjalin hubungan dengan pengusaha-pengusaha tempatan dan

    luar negara. Melalui jaringan juga, kos untuk membuka cawangan baru di pasaran baru

    dapat dikurangkan dan segala keperluan pasaran baru dapat diatasi bersama di samping

    berpeluang mempelajari teknik-teknik baru di dalam pemeliharaan, penjagaan, dan

    pemuliharaan ikan hiasan.

    8 PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN 

    Pengurusan kewangan melibatkan penyediaan anggaran belanjawan, penentuan sumber

    modal, pengurusan aliran tunai, pengurusan akaun dan pelaburan.

    MODAL PERMULAAN

    Modal permulaan yang diperlukan bergantung kepada beberapa faktor. Di antara faktor

    utama adalah saiz perniagaan. Peruntukan modal permulaan bergantung kepada besar atau

    kecilnya sesuatu perniagaan.

    Modal Permulaan Minimum 

    Kos Permulaan minimum bagi memulakan perniagaan kedai jualan ikan hiasan dalam

    akuarium dianggarkan RM20,000. Berikut adalah contoh perbelanjaan semasa memulakan

    perniagaan kedai jualan ikan hiasan dalam akuarium bagi perniagaan bersaiz kecil:

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    15/20

    BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

    KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM____________________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

    12

    JADUAL

    CONTOH ANGGARAN KOS MINIMUM

    PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN

    Anggaran ini berdasarkan pengusaha menyediakan 15 akuarium berserta peralatan-

    peralatan lain dan bahan-bahan yang diperlukan.

    Modal Permulaan Sederhana

    Kos Permulaan sederhana dianggarkan antara RM20,000 sehingga RM50,000. Ini adalah

    bergantung pada kos-kos yang terlibat seperti penubuhan syarikat, deposit, sewa premis,

    deposit utiliti (telefon/air/elektrik), kos kelengkapan, persiapan premis, komputer dan lain-

    lain kos. Penggunaan komputer adalah untuk memudahkan pengurusan merekodkan

    maklumat-maklumat perniagaan.

    Modal Permulaan Tinggi

    Kos Permulaan perniagaan bersaiz besar adalah melebihi RM50,000. Modal yang

    diperlukan bergantung pada jumlah kelengkapan yang digunakan seperti saiz dan kuantiti

    akuarium, penapis, pemanas, pam air, tangki gentian kaca dan lain-lain peralatan serta

     jenis yang digunakan. Kebiasaannya, pengusaha bersaiz besar menjalankan aktiviti

    membekal kepada perniagaan lain dan ini memerlukan pengusaha mempunyai kenderaan

    bagi urusan penghantaran bekalan.

    Penubuhan syarikat - RM 70.00

    Deposit Sewa Premis - RM 1,000.00

    Deposit telefon/elektrik/air - RM 1,000.00

    Kos Kelengkapan: - RM15,000.00Peralatan

    Akuarium

    Penapis

    Pemanas

    Tangki fiberglass 

    Pam air

    Pam angin

    Bahan-bahan

    Ikan hiasan

    Makanan

    Ubat-ubatan

    Aksesori

    Persiapan Premis - RM 2,000.00Lain-lain kos - RM 930.00

    JUMLAH - RM20,000.00 

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    16/20

    BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

    KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM____________________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

    13

    MODAL PUSINGAN

    Modal pusingan adalah modal yang digunakan dalam membiayai perniagaan sebelum

    mendapat pulangan modal yang dilaburkan. Jumlah modal pusingan yang digunakan

    bergantung kepada jumlah jualan, kaedah bayaran, kemudahan kredit dan sebagainya.

    SUMBER KEWANGAN

    Pengusaha boleh memulakan perniagaan dengan menggunakan pelbagai sumber

    kewangan seperti berikut:

    Sumber persendirian sama ada daripada wang simpanan atau ahli keluarga.

    Bank-bank tempatan atau syarikat kewangan berlesen yang menyediakan

    kemudahan pinjaman dan overdraf.

    Perjanjian sewa beli peralatan dengan berhutang kepada syarikat kewangan.

    Kebiasaannya selama 3 hingga 5 tahun dan bayaran muka sebanyak 10% hingga

    25%.

    Skim bantuan perniagaan dari institusi badan berkanun untuk pengusaha-

    pengusaha baru seperti:

    a. Skim pinjaman TEKUN (TEKUN)

    b. Skim Usahawan Siswazah (SUS)

    c. Pembiayaan Secara Islam (MARA)

    KOS OPERASI 

    Kos operasi adalah kos-kos yang dikenakan atau diperlukan untuk dibayar bagi operasi

    perniagaan. kebiasaannya kos operasi yang terlibat dalam perniagaan ini ialah sewa

    premis, gaji dan upah pekerja, kos utiliti (air dan elektrik) dan kos telekomunikasi.

    HASIL JUALAN

    Pendapatan untuk perniagaan ini bergantung kepada dua hasil jualan iaitu hasil jualan

    daripada perniagaan utama dan hasil jualan daripada perniagaan sampingan lain.

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    17/20

    BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

    KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM____________________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

    14

    Perniagaan Utama

    Seperti yang difahami, perniagaan utama kedai ikan hiasan dalam akuarium adalah

    menjual produk ikan-ikan hiasan serta peralatan-peralatan lain seperti akuarium, pemanas

    dan bahan-bahan lain. Hasil jualan produk-produk ini dikira sebagai hasil pendapatan

    perniagaan utama.

    Perniagaan Lain-Lain

    Manakala perniagaan yang dijalankan seperti menjual haiwan peliharaan lain seperti

    burung, ayam, kucing, tikus hamster   dan lain-lain serta penjualan barang-barang seperti

    peralatan memancing, sangkar burung dan lain-lain yang tidak berkaitan dengan ikan

    hiasan merupakan hasil jualan sampingan daripada perniagaan utama.

    ANALISIS KEWANGAN 

    Analisis kewangan melibatkan penilaian kedudukan kewangan sesebuah perniagaan untuk

    masa lepas, kini dan akan datang. Objektif utama ialah menentukan kelemahan serta

    kekuatan perniagaan. Untuk keberkesanan, pengusaha harus menyediakan penyata-

    penyata kewangan asas seperti penyata pendapatan dan kunci kira-kira bagi mengetahui

    Titik Pulang Modal (TPM) yang diperlukan dalam menjana keuntungan yang diharapkan.

    9 PENGURUSAN RISIKO

    Setiap perniagaan berhadapan dengan risiko. Risiko yang dihadapi kadangkala begitu

    tinggi dan kadangkala rendah bergantung kepada bidang yang diceburi. Begitu juga

    dengan perniagaan ikan hiasan. Antara risiko yang dikenal pasti ialah:

    Pemilikan Dan Penjualan Ikan Hiasan Dilarang Dan Dilindungi

    Pengusaha perlu peka dengan perubahan atau penggubalan undang-undang

    berkenaan pemilikan dan penjualan ikan hiasan dilarang dan dilindungi bagi

    mengelakkan daripada risiko dikenakan tindakan atau denda bersabit perkara

    berikut.

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    18/20

    BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

    KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM____________________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

    15

    Pasaran

    Segala perubahan di dalam pasaran seperti perubahan ekonomi, persaingan, industri

    ikan hiasan, dan perubahan dalam industri lain yang berkaitan serta pelanggan

    merupakan risiko dalam pasaran yang perlu diambil perhatian oleh pengusaha untuk

    mengekalkan kedudukan dalam pasaran dan meningkatkan hasil jualan.

    Penyakit Ikan Hiasan

    Risiko penyakit mungkin akan menyebabkan kematian kepada ikan hiasan dan

    membawa kerugian kepada pengusaha. Pemantauan dan tindakan awal perlu diambil

    segera oleh pengusaha bagi mengurangkan risiko tersebut.

    Kewangan

    Perniagaan ini melibatkan aliran tunai yang tinggi. Namun begitu terdapat juga

    urusan yang dijalankan secara kredit. Ini memerlukan kawalan kredit dan kutipan

    hutang harus diurus dengan baik bagi mengelakkan risiko hutang lapuk.

    10 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN

    Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai sebarang penyebab utama menyumbang

    kepada keuntungan dan berterusannya sesebuah perniagaan. Faktor-faktor kejayaan boleh

    dipecahkan kepada dua kategori utama iaitu faktor yang berkait dengan ciri-ciri usahawan

    dan faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri perniagaan itu sendiri.

    Ciri - Ciri Usahawan

    Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau keperibadian seseorang semasa

    mengurus sesebuah perniagaan. Komponen utama dalam ciri-ciri keusahawanan adalah

    seperti sikap dan tingkah laku, kemahiran dan pengetahuan.

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    19/20

    BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

    KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM____________________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

    16

    Ciri-Ciri Perniagaan

    Setiap perniagaan pada dasarnya adalah berbeza dari segi sifat dan ciri-cirinya. Ciri-ciri

    dominan bagi sebuah perniagaan yang berjaya dipecahkan kepada empat kategori utama

    iaitu produk, premis, tenaga kerja dan imej perniagaan.

  • 8/17/2019 Kedai Jualan Ikan Hiasan Dalam Akuarium

    20/20

     

    KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

    DAN KOPERASI (MECD)

    Lot 2G6, Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62100 Putrajaya Malaysia.

    Tel : 603 - 8880 5000Fax : 603 - 8880 5106

    Http://www.mecd.gov.my