4
1 KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD MERSING TAHUN 2015 PERATURAN PERTANDINGAN 1. MAKLUMAT PERTANDINGAN 1.1 Tarikh : 2 FEBRUARI 2015 (ISNIN) 1.2 Masa : 7.00 pagi hingga 1.00 petang 1.3 Tempat : SK LEMBAGA 2. PENGELOLAAN 2.1 Dianjurkan dan dikelolakan oleh MSSD Mersing. 3. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 3.1 Kejohanan ini dijalankan mengikut 3.1.1 Peraturan Olahraga Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) 2013/2014 , 3.1.2 Peraturan-Peraturan Am Yang Menguasai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Edisi 2014 3.1.3 Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri Johor 2015. 3.1.4 Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor 2015 3.1.5 Peraturan Pertandingan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Daerah Mersing Tahun 2015. 4. PENGESAHAN PENYERTAAN 4.1 Pengesahan penyertaan pasukan yang akan bertanding hendaklah dilakukan secara online TIDAK LEWAT atau PADA jam 12.30 tengahari 29 JANUARI 2015 (KHAMIS) 4.2 URL Sistem Pendaftaran Online : http://www.mssj.edu.my/daf_mg/rentas 4.3 Untuk ‘Username” dan “Password”, diedarkan semasa mesyuarat pengurus kejohanan. Jika hilang sila Whatsapp/Telegram (sahaja) di talian 013-9038612 (Faruze-SK Telok Lipat) untuk mendapatkan salinan pdf/jpeg Usernamedan passwordanda. 5. PENDAFTARAN PESERTA 5.1 Senarai nama peserta yang akan bertanding hendaklah didaftarkan secara online 5.2 Peserta hendaklah didaftarkan mengikut kategori lelaki atau perempuan dan peringkat umur yang layak disertainya. 5.3 Butiran peserta yang telah lengkap didaftarkan secara hendaklah dicetak dan hendaklah disahkan oleh Pengetua sekolah yang berkenaan berserta salinan kad pengenalan. 5.4 Peserta yang namanya tiada dalam borang pendaftaran rasmi pasukan tidak dibenarkan mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. 5.5 Setiap peserta tidak dibenarkan bertanding dalam mana-mana acara lain dalam kategorinya. 5.6 Setiap sekolah boleh mendaftarkan EMPAT orang peserta bagi setiap kategori dan peringkat umur. 5.7 Pihak pengelola berhak menolak mana-mana penyertaan yang maklumatnya tidak lengkap atau tidak mematuhi perkara-perkara sebagaimana peraturan 5.1 hingga 5.7. 6. JENIS PERTANDINGAN 6.1 Acara Individu 6.2 Acara Berpasukan 7. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN DAN JARAK PERTANDINGAN Kategori Peringkat Umur Bawah 18 Tahun 15 Tahun 12 Tahun Lelaki 8 km 6 km 4 km Perempuan 6 km 6 km 4 km 8. LALUAN PERTANDINGAN 8.1 Seperti di lampiran A

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD MERSING … Merentas Desa 2015.pdf · 5.4 Peserta yang namanya tiada dalam borang pendaftaran rasmi pasukan tidak ... 18.1 Juara keseluruhan merentas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD MERSING … Merentas Desa 2015.pdf · 5.4 Peserta yang namanya tiada dalam borang pendaftaran rasmi pasukan tidak ... 18.1 Juara keseluruhan merentas

1

KEJOHANAN MERENTAS DESA

MSSD MERSING

TAHUN 2015

PERATURAN PERTANDINGAN

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1 Tarikh : 2 FEBRUARI 2015 (ISNIN)

1.2 Masa : 7.00 pagi hingga 1.00 petang

1.3 Tempat : SK LEMBAGA

2. PENGELOLAAN

2.1 Dianjurkan dan dikelolakan oleh MSSD Mersing.

3. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

3.1 Kejohanan ini dijalankan mengikut

3.1.1 Peraturan Olahraga Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) 2013/2014 ,

3.1.2 Peraturan-Peraturan Am Yang Menguasai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Edisi

2014

3.1.3 Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri Johor 2015.

3.1.4 Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah

Johor 2015

3.1.5 Peraturan Pertandingan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Daerah

Mersing Tahun 2015.

4. PENGESAHAN PENYERTAAN

4.1 Pengesahan penyertaan pasukan yang akan bertanding hendaklah dilakukan secara online TIDAK LEWAT atau

PADA jam 12.30 tengahari 29 JANUARI 2015 (KHAMIS)

4.2 URL Sistem Pendaftaran Online : http://www.mssj.edu.my/daf_mg/rentas

4.3 Untuk ‘Username” dan “Password”, diedarkan semasa mesyuarat pengurus kejohanan. Jika hilang sila

Whatsapp/Telegram (sahaja) di talian 013-9038612 (Faruze-SK Telok Lipat) untuk mendapatkan salinan pdf/jpeg

“Username” dan “password” anda.

5. PENDAFTARAN PESERTA

5.1 Senarai nama peserta yang akan bertanding hendaklah didaftarkan secara online

5.2 Peserta hendaklah didaftarkan mengikut kategori lelaki atau perempuan dan peringkat umur yang layak disertainya.

5.3 Butiran peserta yang telah lengkap didaftarkan secara hendaklah dicetak dan hendaklah disahkan oleh Pengetua

sekolah yang berkenaan berserta salinan kad pengenalan.

5.4 Peserta yang namanya tiada dalam borang pendaftaran rasmi pasukan tidak dibenarkan mengambil bahagian di dalam

pertandingan ini.

5.5 Setiap peserta tidak dibenarkan bertanding dalam mana-mana acara lain dalam kategorinya.

5.6 Setiap sekolah boleh mendaftarkan EMPAT orang peserta bagi setiap kategori dan peringkat umur.

5.7 Pihak pengelola berhak menolak mana-mana penyertaan yang maklumatnya tidak lengkap atau tidak mematuhi

perkara-perkara sebagaimana peraturan 5.1 hingga 5.7.

6. JENIS PERTANDINGAN

6.1 Acara Individu

6.2 Acara Berpasukan

7. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN DAN JARAK PERTANDINGAN

Kategori Peringkat Umur Bawah

18 Tahun 15 Tahun 12 Tahun

Lelaki 8 km 6 km 4 km

Perempuan 6 km 6 km 4 km

8. LALUAN PERTANDINGAN

8.1 Seperti di lampiran A

Page 2: KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD MERSING … Merentas Desa 2015.pdf · 5.4 Peserta yang namanya tiada dalam borang pendaftaran rasmi pasukan tidak ... 18.1 Juara keseluruhan merentas

2

9. PENYERTAAN PERTANDINGAN

9.1 Setiap sekolah dibenarkan menghantar tidak melebihi

9.1.1 4 orang peserta bagi setiap acara.

9.1.2 1 pasukan sahaja bagi setiap acara berpasukan.

10. PENGENALAN DIRI PESERTA

10.1 Setiap peserta diwajibkan memakai huruf nombor pengenalan diri yang sama dalam Borang Pendaftaran Peserta yang

didaftarkan secara online untuk menyertai pertandingan.

10.2 Urusan penyediaan huruf nombor pengenalan diri peserta adalah merupakan tanggungjawab sekolah yang berkenaan.

10.3 Material yang digunakan untuk cetakan huruf nombor pengenalan diri peserta ialah kain atau plastik.

10.4 Hanya huruf nombor pengenalan diri peserta sahaja yang perlu dicetak.

10.5 Setiap peserta diwajibkan memakai satu huruf nombor pengenalan diri peserta di bahagian dada peserta dan satu lagi

di bahagian atas belakang peserta.

10.6 Setiap penjuru kain huruf nombor pengenalan diri peserta hendaklah disematkan ke baju peserta dengan ‘safety pin’.

10.7 Warna kain latar huruf nombor pengenalan diri peserta bagi adalah mengikut peringkat umur seperti berikut :

Bil Peringkat Umur Warna Kain

1 Kategori Lelaki Perempuan Bawah 18 Tahun Putih

2 Kategori Lelaki Perempuan Bawah 15 Tahun Kuning

3 Kategori Lelaki Perempuan Bawah 12 Tahun Merah Jambu

10.8 Ukuran kain huruf nombor pengenalan diri bagi setiap peserta adalah 26 sm x 15 sm.

10.9 Ukuran ketinggian cetakan huruf nombor pada kain tersebut adalah 12 sm dan lebar hurufnya 6 sm. Ketebalan huruf

nombor tersebut hendaklah 1.5 sm.

10.10 Warna cetakan huruf nombor pengenalan diri peserta pada kain nombor adalah warna hitam.

10.11 Huruf nombor pengenalan diri peserta yang diperuntukkan kepada pihak sekolah bagi setiap peringkat umur

adalah seperti di Lampiran B.

10.12 Cetakan hurufnya hendaklah selari melintang ke kanan dengan dimulai dengan huruf pengenalan sekolah dahulu

dan diikuti dengan nombor peserta.

10.13 Huruf nombor pengenalan diri ini digunakan untuk semua acara individu dan berpasukan.

10.14 Peserta dan pasukan yang tidak mematuhi peraturan huruf nombor pengenalan diri peserta tidak akan dibenarkan

masuk ke arena pertandingan dan bertanding.

11. PAKAIAN PESERTA

11.1 Setiap peserta yang hendak bertanding diwajibkan berpakaian sukan yang lengkap dan memakai nombor pengenalan

diri.

11.2 Pakaian sukan yang dipakai hendaklah tidak jarang dan tidak menjolok mata terutamanya ketika dibasahi peluh atau

air.

11.3 Peserta hendaklah berpakaian kemas dan bersesuaian ketika majlis penyampaian hadiah diadakan.

12. MELAPORKAN DIRI UNTUK BERTANDING

12.1 Setiap peserta yang hendak bertanding perlu melaporkan diri kepada pihak Pengelola Peserta sekurang-kurangnya 20

minit sebelum acara berlangsung mengikut jadual pertandingan.

12.2 Peserta yang lewat melaporkan diri kepada Pengelola Peserta iaitu 15 minit sebelum acara dimulakan tidak akan

dibenarkan mengambil bahagian dan dianggap telah menarik diri.

12.3 Sebarang hebahan melalui alat PA Sistem untuk memanggil peserta melaporkan diri bagi acaranya tidak akan dibuat.

12.4 Hebahan hanya dibuat sekiranya terdapat sebarang pertukaran dalam susunan acara atau program.

12.5 Maklumat meminta peserta melaporkan diri bagi sesuatu acara akan hanya dibuat di khemah Pengelola Peserta.

13. PEMANASAN BADAN PESERTA

13.1 Peserta dibenarkan mengadakan aktiviti pemanasan badan hanya di tempat yang ditentukan oleh pihak pengelola

sahaja.

14. PENARIKAN DIRI , PERTUKARAN DAN PENGGANTIAN PESERTA

14.1 Sebarang pertukaran atau penggantian peserta tidak akan diterima selepas peserta didaftarkan oleh pihak Pengurus

Pasukan kepada pihak Urusetia Pengelola pada pagi hari pertandingan.

14.2 Sebarang penarikan diri peserta selepas pendaftaran adalah dalam keadaan tiada pengganti.

Page 3: KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD MERSING … Merentas Desa 2015.pdf · 5.4 Peserta yang namanya tiada dalam borang pendaftaran rasmi pasukan tidak ... 18.1 Juara keseluruhan merentas

3

15. TENTATIF PERTANDINGAN

07.00 pagi Semua peserta dan pegawai melaporkan diri.

07.50 pagi Aktiviti regangan dan memanaskan badan

08.20 pagi Larian bermula bagi peserta Perempuan 12 Tahun

08.40 pagi Larian bermula bagi peserta Lelaki 12 Tahun

09.00 pagi Larian bermula bagi peserta Perempuan Bawah 18 Tahun

09.20 pagi Larian bermula bagi peserta Perempuan Bawah 15 Tahun.

09.40 pagi Larian bermula bagi peserta Lelaki Bawah 15 Tahun

10.00 pagi Larian bermula bagi peserta Lelaki Bawah 18 Tahun.

11.00 pagi Upacara Penyampaian Hadiah

12.00 tgh Bersurai

16. HADIAH

16.1 Hadiah Acara Individu

16.1.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang yang mendapat tempat pertama hingga ke tempat ke sepuluh

bagi setiap kategori dan peringkat umur.

16.2 Hadiah Acara Berpasukan

16.2.1 Hadiah akan diberikan kepada pasukan yang mendapat Johan mengikut peringkat umur..

16.3 Hadiah Juara Keseluruhan

16.3.1 Hadiah kepada pasukan sekolah menengah sahaja..

17. PENENTUAN PEMENANG ACARA BERPASUKAN

17.1 Daripada empat orang peserta yang berlari , pencapaian terbaik tiga orang peserta yang menamatkan larian akan

diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan.

17.2 Pasukan yang mendapat agregat terendah akan diisytiharkan pemenang.

17.3 Jika berlaku seri , pencapaian pelari yang keempat yang menamatkan larian akan diambil kira untuk menentukan

pemenang.

18. PENENTUAN JUARA KESELURUHAN

18.1 Juara keseluruhan merentas desa adalah berdasarkan kepada jumlah agreget yang terendah yang dikumpulkan

daripada keempat-empat kategori yang dipertandingkan.

18.2 Sekiranya berlaku seri , pasukan yang mendapat bilangan johan berpasukan yang terbanyak akan dikira sebagai

pemenang.

18.3 Sekiranya masih berlaku seri , pasukan yang mendapat bilangan naib johan berpasukan yang terbanyak akan diambil

kira sebagai pemenang.

18.4 Sekiranya masih berlaku seri , pasukan yang mendapat bilangan tempat ketiga berpasukan yang terbanyak akan

diambil kira sebagai pemenang.

19. BANTAHAN

19.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan 147 KOAM, kecuali perkara-perkara berikut :

19.1.1 Jika masalah berkenaan dengan kelayakan ( status ) seseorang tidak dapat diselesaikan dengan

memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah

bantahan ( under protest ) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada Majlis Sukan Sekolah-

Sekolah Malaysia Daerah Mersing , Pejabat Pelajaran Daerah Mersing kelak.

19.2 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta

secara bertulis dan ditandatangani oleh pengurus pasukan serta tidak lewat daripada :

19.2.1 Lima belas minit ( 15 ) setelah keputusan rasmi diumumkan.

19.3 Setiap bantahan bertulis hendaklah dikemukakan kepada pihak Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya

bersama wang pertaruhan sebanyak RM 150.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Sahaja).

19.4 Wang pertaruhan bantahan akan dikembalikan kepada pihak yang mengemukakan bantahan sekiranya pihak juri

rayuan mendapati ia mempunyai asas bantahan yang kukuh dan boleh diterima.

19.5 Sekiranya bantahan tersebut ditolak oleh pihak juri rayuan , maka wang pertaruhan tersebut akan menjadi hak milik

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Daerah Mersing.

20. JURI RAYUAN

20.1 Juri rayuan adalah terdiri daripada :-

20.1.1 Pengerusi - Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.

Page 4: KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD MERSING … Merentas Desa 2015.pdf · 5.4 Peserta yang namanya tiada dalam borang pendaftaran rasmi pasukan tidak ... 18.1 Juara keseluruhan merentas

4

20.1.2 Setiausaha- Penyelia Sukan , Pejabat Pendidikan Daerah Mersing

20.1.3 Ahli - Pengerusi Teknik Balapan dan Padang MSSD Mersing

20.1.4 Ahli - 3 orang pengurus pasukan daripada pasukan-pasukan yang tidak terlibat.

20.1.5 Keputusan lembaga rayuan adalah muktamad.

21. LEMBAGA TATATERTIB PERTANDINGAN

21.1 Semua perkara tatatertib akan diputuskan oleh sebuah lembaga tatatertib yang terdiri daripada :-

21.1.1 Pengerusi - Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.

21.1.2 Setiausaha - Penyelia Sukan , Pejabat Pendidikan Daerah Mersing

21.1.3 Ahli - Pengerusi Teknik Balapan dan Padang MSSD Mersing

22. HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

22.1 Setiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan , tetapi Jawatankuasa Pengelola khasnya

Pengurus Kejohanan dengan persetujuan Pengerusi Teknik Balapan dan Padang MSSD Mersing berhak meminda

susunan acara sekiranya keadaan memerlukan.

22.2 Jika sekiranya berlaku sebarang pemindaan program , pihak pengurus-pengurus pasukan akan diberitahu secepat

mungkin.

22.3 Pihak Jawatankuasa Pengelola juga berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak dinyatakan secara jelas dalam

Peraturan Am Pertandingan Sukan Antara Sekolah-Sekolah Daerah Mersing , MSSJ atau undang-undang KOAM dan

keputusannya adalah muktamad.

23. HAL-HAL LAIN

23.1 Pihak pengelola akan menyediakan khemah atau tempat-tempat yang dikhaskan untuk peserta-peserta dan pegawai

yang terlibat sekiranya perlu.

23.2 Sesiapa yang tidak terlibat dalam kejohanan ini adalah dilarang keras daripada memasuki khemah-khemah atau

tempat-tempat khas tersebut sekiranya ada.

23.3 Tidak dibenarkan sesiapa sahaja masuk atau berada hampir dengan arena pertandingan kecuali pegawai-pegawai

teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian . Sekiranya ada , pegawai teknik berhak untuk

tidak meneruskan acara tersebut sehingga perkara tersebut di atasi atas dasar keadilan dan keselamatan peserta.

24. LIABILIITI

24.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola tidak boleh dipertanggungjawab di atas sebarang kehilangan barang-barang peribadi

dan pasukan kepunyaan pegawai atau peserta di tempat pertandingan sepanjang masa kejohanan berlangsung.

24.2 Pihak Jawatankuasa Pengelola juga tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kemalangan , kematian ,

kecacatan anggota atau sebarang kecederaan lain yang berlaku ke atas peserta atau pegawai semasa perjalanan pergi

dan balik ke tempat pertandingan dan juga semasa pertandingan diadakan.

24.3 Walau bagaimanapun pihak Jawatankuasa Pengelola akan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya untuk

mencegah berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

25. YURAN PENYERTAAN

25.1 Setiap pasukan dikenakan bayaran sebanyak RM 20 mengikut kategori dan peringkat umur.

Disediakan oleh

Pengerusi Teknik Balapan dan Padang

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah

Mersing

Tahun 2015