22
Puteri Helena Yasmeen Tokoh Nilam Bahasa Inggeris Labuan 2020 Labuan, 9 Mac 2020 – Puteri Helena Yasmeen pelajar SMK Labuan telah berjaya meraih Tokoh Nilam Bahasa Inggeris Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2020. Anugerah Tokoh Nilam ini telah berlangsung pada 4 hingga 6 Mac 2020 di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, WP Labuan. Pertandingan ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid yang telah berjaya menjalankan Program Nilam dengan memenuhi kriteria yang ditetapkan selain memberi penghargaan atas usaha gigih murid dalam aktiviti pembacaan. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Anugerah Tokoh Nilam Bahasa Melayu (Sekolah Rendah dan Menengah) dan Anugerah Tokoh Nilam Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah dan Menengah) serta Folio terbaik Bahasa Melayu dan Bahasa Ingggeris (Sekolah Rendah dan Menengah). Puteri Helena dibimbing oleh Guru Perpustakaan Media (GPM) SMK Labuan Puan Maslina Arifin. Sementara itu, Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah mengucapkan terima kasih atas usaha kolaboratif antara GPM dengan Panitia Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu membantu persiapan peserta SMK Labuan. “Usaha ini juga untuk membentuk sikap murid untuk rajin membaca serta memupuk kebolehan murid berkomunikasi dengan yakin,” Encik Ismail Abdullah Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Encik Ag Marten bin Datuk Haji Abd Rahman.

Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

  • Upload
    others

  • View
    30

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

Puteri Helena Yasmeen Tokoh NilamBahasa Inggeris Labuan 2020

Labuan, 9 Mac 2020 – Puteri Helena Yasmeen pelajar SMK Labuan telahberjaya meraih Tokoh Nilam Bahasa Inggeris Peringkat WilayahPersekutuan Labuan Tahun 2020.

Anugerah Tokoh Nilam ini telah berlangsung pada 4 hingga 6 Mac 2020 diSektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, WP Labuan.

Pertandingan ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada muridyang telah berjaya menjalankan Program Nilam dengan memenuhi kriteriayang ditetapkan selain memberi penghargaan atas usaha gigih muriddalam aktiviti pembacaan.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah Anugerah Tokoh Nilam BahasaMelayu (Sekolah Rendah dan Menengah) dan Anugerah Tokoh Nilam BahasaInggeris (Sekolah Rendah dan Menengah) serta Folio terbaik BahasaMelayu dan Bahasa Ingggeris (Sekolah Rendah dan Menengah).

Puteri Helena dibimbing oleh Guru Perpustakaan Media (GPM) SMK LabuanPuan Maslina Arifin.

Sementara itu, Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah mengucapkan terimakasih atas usaha kolaboratif antara GPM dengan Panitia Bahasa Inggerisdan Bahasa Melayu membantu persiapan peserta SMK Labuan.

“Usaha ini juga untuk membentuk sikap murid untuk rajinmembaca serta memupuk kebolehan murid berkomunikasi denganyakin,” Encik Ismail Abdullah

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor SumberTeknologi Pendidikan, Encik Ag Marten bin Datuk Haji Abd Rahman.

Page 2: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

Beliau berharap kepada murid-murid agar aktiviti-aktiviti danpendedahan yang diberikan akan menjadikan mereka lebih berkeyakinanuntuk terus aktif dalam pembacaan serta mampu mempengaruhi danmemimpin murid-murid lain untuk sama-sama membaca.

Pertandingan peringkat kebangsaan akan diadakan di Sektor SumberTeknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Selangor pada 30 Mac hingga 1April depan.

Berita Oleh : SMK Labuan

Puteri Helena Yasmeen menerima anugerah Tokoh Nilam BI daripada EncikAg Marten

Kem Interaksi Pemimpin Muda AsahBakat Kepimpinan Murid-Murid SMKMutiara

Labuan, 9 Mac 2020 – SMK MUTIARA dengan kerjasama Persatuan BeliaHarmoni, UMSKAL telah berjaya melaksanakan Kem Interaksi Pemimpin Muda(KIPM) 3.0 pada 6 hingga 8 Mac 2020 yang lalu.

KIPM yang turut mendapat kerjasama daripada Pertumbuhan IKRAM Malaysiadan MAIWP telah menghimpunkan seramai 150 peserta yang terdiridaripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber(PSS) dan PembimbingRakan Sebaya (PRS).

Menurut Penyelaras Program, Ustazah Rohani binti Tali, kem kepimpinan3 hari ini telah dikelolakan sepenuhnya oleh Persatuan Belia Harmoni(PBH) Labuan yang terdiri daripada 40 mahasiswa dan mahasiswa daripadaUMSKAL sebagai fasilitator.

Page 3: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

Selain itu, seramai 10 orang guru SMK Mutiara terlibat dalammemastikan keselamatan dan kebajikan semua peserta terjaga.

“Sepanjang 3 hari ini, para peserta kem telah menjalanipelbagai aktiviti dalam membina jati diri kepimpinantermasuklah membina keperibadian mulia, perwatakan hebat dankomunikasi serta interaksi berkesan. Antara aktiviti yangtelah dijalankan ialah termasuklah Explorace 9 stesyen, sesiceramah Terlajak Laris dan sesi motivasi diri” Ustazah Rohanibinti Tali

Para peserta kem tetap bersemangat walaupun penat menjalani pelbagaiaktiviti yang mencabar mental dan fizikal.

Penceramah sedang berinteraksi dengan peserta program, murid-murid SMKMutiara

Salah seorang peserta, Adik Mohd Afiq Dzulfadli ketika ditemui berkatabeliau bersyukur kerana berpeluang menyertai KIPM kali ini. Adik MohdAfiq yang juga terpilih sebagai peserta terbaik lelaki menyifatkanaktiviti yang dilaksanakan telah berjaya meningkatkan keyakinandirinya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua murid SMKMutiara.

Peserta terbaik wanita pula disandang oleh Adik Nur Ain Haziqah bintiMohd Rashidin. Beliau begitu teruja kerana aktiviti-aktiviti yangditerapkan berjaya memberi pengalaman baharu kepada dirinya. Beliauturut berazam menggunakan segala pengalaman itu dalam melaksanakantugas-tugasnya sebagai Penolong Ketua Pengawas sekolah.

Majlis penutupan perasmian telah disempurnakan oleh Pengetua SMKMutiara, Encik Mohd Nizam bin Yasim. Dalam ucapannya, beliau telahmenyuntik semangat dan motivasi kepimpinan kepada para peserta denganmembawa contoh tokoh-tokoh yang telah berjaya menunjukkan dayakepimpinan yang tinggi dalam usia yang sangat muda.

Antaranya ialah Sultan Mohamed Al-Fateh yang ketika itu berusia 21tahun telah berjaya membuka Kota Constantinople yang dibatasi oleh

Page 4: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

pagar empat lapisan setinggi 25 kaki dan sepanjang 160 kaki. ManakalaUsamah bin Zaid pula telah dilantik sendiri oleh Baginda Rasulullahs.a.w sebagai panglima perang pada usia 18 Tahun.

“Sejarah telah membuktikan bahawa usia bukanlah penghalanguntuk menjadi pemimpin hebat. Seorang pemimpin mestimempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang baik.Ketokohan kepimpinan boleh diasuh dan digilap bukandilahirkan semata-mata” ujar beliau.

“Di zaman milinuem ini pula, dunia telah menyaksikan PerdanaMenteri termuda di dunia dari Austria, Sebastian Kurn yangberusia 32 tahun. Manakala Finland, sebuah negara terhebatdalam pendidikan pula dipimpin oleh seorang Perdana Menteriwanita, Sanna Marin yang berusia 34 tahun” tambah beliaulagi.

Salah seorang penceramah jemputan sedang memberi motivasi kepadamurid-murid SMK Mutiara

Beliau turut menyeru kepada semua peserta agar segala kemahiran danpengalaman yang diperolehi dijadikan sebagai azimat dan panduan dalammelaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pengawas sekolah.

Di akhir ucapan, Encik Mohd Nizam turut menzahirkan ucapan terimakasih dan menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada semua pihak yangterlibat dalam menjayakan KIPM 3.0 kali ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Dr. Muhammad ‘Ammar bin AbdulWahab, wakil Pertumbuhan IKRAM Malaysia, Mohd Nadzri bin Mohammad @Namli, Pengerusi Belia Harmoni Labuan, Puan Nurul Izzati binti AbdulRazak, Penyelaras Program dan Mohammad Azmi bin Abdul Ahmad, Pengarahprogram KIPM 3.0.

Berita Oleh : SMK Mutiara

Page 5: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

Encik Mohd Nizam menyampaikan hamper kepada peserta terbaik lelakiMohd Afiq Dzulfadli

Peserta terbaik perempuan Nur Ain Haziqah binti Mohd Rashidin

Mesyuarat PIBG SK Pekan Satu

Labuan, 08 MAC- Mesyuarat tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)SK Pekan Satu yang melibatkan semua warga SKPS diadakan di DewanC.U.N. PIBG merupakan salah satu wadah penting membantu pihak sekolahmeningkatkan kualiti pengurusan pendidikan meliputi sistem PdP dankemudahan prasarana di samping membina hubungan baik di antara pihaksekolah dengan ibu bapa. Perasmian majlis disempurnakan oleh PengarahPendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, EncikRaisin bin Saidin.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Guru Besar SKPS Puan AnitaShyamini A/P S Azman, Yang Dipertua (YDP) PIBG SK Pekan Satu EncikAzrul Rizhan bin Abd Rahman, Penolong Pengarah Unit Pendidikan SwastaSektor Pengurusan Sekolah JPWPL merangkap NYDP PIBG SKPS Puan Zalihabinti Mohd Salleh, Pegawai Cawangan Khas IPD W.P. Labuan merangkap PPSSKPS Asp. Mohd Sudirman Bin Abu, Ketua Kampung Gersik Saguking EncikOsman Kadir, 4 orang pentadbir SKPS, 10 orang Ajk Tertinggi PIBG, 85orang guru serta 400 orang ibu bapa.

Suasana dewan C.U.N semasa majlis mesyuarat PIBG berlangsung

Encik Azrul Rizhan menyatakan mesyuarat ini menjadi satu wadah pentingkepada ibu bapa dan guru bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenaipendidikan murid-murid SKPS. “Mesyuarat ini juga membolehkan ibu bapadan guru berbincang bagi mengusahakan bagaimana menambah kewangansekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuanmempertingkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran” tambah beliaulagi.

Page 6: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

Tuan Raisin amat teruja dengan berlangsungnya program sebegini yangdapat membantu dalam memperkasakan lagi kerjasama antara pihak sekolahdengan ibu bapa khususnya. Beliau berkesempatan menyampaikan ucapan“Ibu bapa hendaklah sentiasa membantu para guru untuk mendidik murid-murid dengan cara menyemak buku latihan anak-anak serta mendorongmereka melakukan kerja rumah yang telah diberikan, perkara sebeginidilihat enteng oleh kita namun ianya merupakan langkah permulaan bagianak-anak mencapai kejayaan”. “Sesuai dengan wabak Covid-19 yang kinimenular, saya berpesan agar kita sentiasa menasihati anak-anak agarmenjaga kebersihan diri, salah satu mengamalkan mencuci tangan bagimengelak sebarang penyakit” tambahnya lagi.

Encik Isyamudin Noordin menerima sijil Waris Prihatin daripada TuanRaisin

Seterusnya Asp. Mohd Sudirman menegaskan agar para ibu bapa mematuhiperaturan sekolah kerana ibu bapa adalah cerminan kepada anak-anak.“Saya berpesan supaya ibu bapa menitikberatkan peraturan kepada anak-anak dan janganlah terlampau memanjakan anak-anak sehingga merekasewenang-wenangnya melakukan kesalahan tanpa rasa bersalah.”

Dalam ucapannya, Puan Anita Shyamini mengucapkan terima kasih dansyabas kepada hadirin dan AJK program kerana dapat melaksanakanprogram dengan cemerlang. “Pelbagai strategi PdP yang telah diterapkanoleh para guru kepada murid bagi memupuk minat pembelajaran dalam diriantaranya melalui kesenian yang mana murid SKPS mampu melukis potret,mencanting batik, mewarna dan sebagainya” tambahnya lagi. Beliau jugamenyeru ibu bapa untuk menyumbang kepada sekolah bagi merealisasikanhasrat untuk membeli Projektor LCD bagi murid-murid tahun 6 khususnyasupaya sesi PdP lebih berkesan seperti umum ketahui bahawa PdPmenggunakan ICT adalah cara yang terbaik pada era globalisasiini.Penyelaras program, Encik Muhamad Zafar bin Abu Bakar melahirkanrasa kesyukuran dan terima kasih kepada semua kerana majlis ini dapatdilangsungkan dengan jayanya. Tambahnya lagi, tanpa komitmen yangtinggi daripada semua pihak, maka program seumpama ini tidak mungkindapat dilaksanakan sepertimana yang diharapkan. Beliau juga berharapagar PIBG menjadikan majlis ini sebagai pemangkin semangat untuk terusberjaya pada masa hadapan.

Menandatangani Sijil Jalinan Kerjasama antara SKPS dengan PPS danKetua Kampung.

Page 7: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

SK Rancha-Rancha Sekolah PengelolaQiadi Junior Sekolah-Sekolah KPMPeringkat JPWPL Tahun 2020

Labuan, 7 Mac – Sekolah Kluster Kecemerlangan(SKK) SK Rancha-Rancha telah mengelola Kem Qiadi Junior Sekolah-sekolah KPMperingkat W.P Labuan bagi tahun 2020. Program yang berlangsung selama2 hariberturut-turut itu diadakan di Dewan Sri Kedayan, SK Sg Lada.

Programanjuran Sektor Pendidikan Islam (SPI) Jabatan Pendidikan W.P Labuan(JPWPL) dibawah unit Unit Pembangunan Adab dan Nilai (ADNI) disertai seramaiseramai 66 orangmurid yang terdiri dari pengawas sekolah dari 17 buah sekolah rendahdi W.P Labuan.Manakala, seramai 10 orang fasilitator dari kalangan Jurulatih UtamaADNI.

Pengisianprogram yang berlangsung selama dua hari ini ialah, sirah qiadiahiaitu sejarahpemimpin-pemimpin dari kalangan para sahabat baginda Rasulullah S.A.W,riadahqiadiah, galeri qiadi dan explorasi qiadi. Murid-murid sangat terujadangembira menyertai setiap aktiviti yang dijalankan.

Majlis penutupan yang berlangsung pada hari kedua telah dihadiri olehPengarah Pendidikan JPWPL, Raisin bin Saidin. Turut hadir KetuaPenolong Pengarah SPI JPWPL, Ustaz Mohd Syahir bin Mohd Yusof danPenolong Pengarah ADNI, Ustaz Sharum bin Samlan, Guru Besar SK Rancha-Rancha, Norinnie binti Kassim dan Guru Besar SK Sg.Lada, Maidan binDali.

Page 8: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

RAISIN (tiga dari kiri) bersama peserta dan guru pengiring SKRR yangtelah menyertai program tersebut.

Raisinberkata program qiadi sebagai suntikan ilmu kepimpinan supaya lebihbersahsiahtinggi, taat kepada Allah SWT dan memantapkan pengurusan disiplin.Programseperti ini dapat melatih murid menjadi pemimpin kecil dalamperspektif Islam.

Sharumdalam ucapannya berkata” syabas dan tahniah kepada panitia PendidikanIslamSKRR khasnya dan kepada warga kerja SKRR amnya kerana berjaya menjadipengelolaqiadi junior 2020 dengan jayanya”. Seramai 45 orang AJK pengelola dariSKRancha-Rancha. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada 17 oranggurupengiring dari penyelaras ADNI setiap sekolah.

Norinnieberkata, peranan pemimpin kecil cukup besar di peringkat sekolah dalammemikulamanah diberikan bukan sahaja dalam membentuk disiplin malahpembentukan jatidiri yang positif sebagai pemimpin.

Seterusnya, majlis penyampaian sijil kepada peserta dan gurupengiring. Aqil Zafran bin Mohamed Fadli dari SK Sg.Bedaun sebagaiPeserta Mithali Lelaki, manakala Ilysa Zuleika binti Hafizi dari SKBukit Kallam sebagai peserta mithali perempuan. Majlis diakhiri dengansesi fotografi beramai-ramai.

Aqil Zafran bin Mohamed Fadli dari SK Sg.Bedaun sebagai PesertaMithali Lelaki.

Ilysa Zuleika binti Hafizi dari SK Bukit Kallam sebagai Peserta

Page 9: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

Mithali Perempuan.

Rumah Kenyalang Juara BaruKejohanan Olahraga SMK Labuan 2020

Labuan, 2 Mac 2020 – Persaingan perebutan juara antara Rumah Kenyalangdan Rumah Rajawali dalam Kejohanan Olahraga SMK Labuan Kali Ke 60Tahun 2020 berlangsung sengit.

Dengan pungutan 23 emas, 13 perak, 12 gangsa, akhirnya Rumah Kenyalangdiistiharkan sebagai juara baru meninggalkan Rumah Rajawali denganpungutan 21 emas, 10 perak dan 22 gangsa.

Tempat ke-tiga dan ke-empat masing-masing diraih oleh Rumah Garuda (13emas, 19 perak, 16 gangsa) dan Rumah Merak (7 emas, 21 perak, 13gangsa).

Kali terakhir Rumah Kenyalang menjuarai Kejohanan Olahraga SMK Labuanialah pada tahun 2014.

Lebih manis, atlit Rumah Kenyalang, Muhammad Hanis Syazwan dinobatkansebagai Olahragawan Lelaki 18 Tahun dengan unggul memenangi pingatemas 100 meter lari berpagar, memecahkan rekod kejohanan 200 meterlari berpagar, dan pingat perak dalam acara lompat kijang.

Naib Johan Keseluruhan Rumah Rajawali

Mavis Yong Xiao Yee dari Rumah Merak pula dinobatkan sebagaiOlahragawati Perempuan 18 Tahun dengan memenangi pingat emas dalamacara 100 meter, 400 meter (rekod baharu kejohanan), 3000 meter danpingat perak dalam acara 4 x 100 meter.

Page 10: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

Rumah Rajawali menguasai gelaran olahragawan Lelaki dan Perempuan 15Tahun melalui Elvinsius Romanus Rely dan Zukrina Azra Zainudin.

Elvinus memenangi pingat emas dalam acara lompat jauh, lompat kijang,800 meter, 4 x 400 meter dan 4 x 100 meter.

Zukrina pula memenangi pingat emas lompat jauh, lompat kijang, 400meter, 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter.

Muhamad Hanis Olahragawan Lelaki 18 Tahun

Elvinsius (Olahragawan L15) dan Zukrina Azra (Olahragawati P15)

Kejohanan ini berlangsung pada 28 dan 29 Februari di Kompleks SukanLabuan, dirasmikan oleh Dato’ Sri Haji Amir bin Haji Hussien,Pengerusi Perbadanan Labuan, merangkap Bapa Angkat Korporat SMKLabuan.

Dato’ Sri Haji Amir berkata bidang sukan merupakan antara platformterbaik untuk melahirkan murid-murid yang cergas fizikal dan mental.

“ Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripadapelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot, sarafdan emosi, sukan juga mampu membentuk seorang murid yangcergas, patuh dengan aturan ”.

“ Secara tidak langsung membentuk seorang atlet yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan ”.Dato’ Sri Haji Amir bin Haji Hussien.

Page 11: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

Gambar kenangan bersama guru-guru SMK Labuan

Sementara itu, Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah menzahirkanpenghargaan kepada PIBG sekolah di atas bantuan membiayai sebahagiankos penganjuran kejohanan. Begitu juga sumbangan yang diberikan olehbekas murid-murid tingkatan 5 SMK Labuan yang banyak membantu guru-guru dalam jawatankuasa teknikal.

Encik Ismail berharap SMK Labuan dapat memberi cabaran hebat dalamKejohanan Olahraga MSSWPL yang akan berlangsung pada 9-13 Mac 2020.Sasaran SMK Labuan sekurang-kurangnya tempat kedua keseluruhan.

Turut hadir, YDP PIBG SMK Labuan, Tuan Haji Md Yusof Haji Chuchu danPenolong Kanan Kokurikulum, Encik Cheah Teong Aik.

Berita Oleh : SMK Labuan

Kontinjen Rumah Garuda

Kontinjen Rumah Merak

Olahragawati Perempuan 18 Tahun Mavis Yong Xiao Yee

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada sukarelawan yang terdiridaripada bekas murid-murid SMK Labuan

Cikgu Hasriah Sidik (Ketua Guru Rumah Kenyalang – 2 dari kanan)gembira bersama guru-guru dan ahli-ahli Rumah Kenyalang

Page 12: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

Pengarah Pendidikan W.P LabuanMerasmikan Bilik Rehat Guru SkRancha-Rancha

Labuan 1 Mac – Pengarah Pendidikan W.P Labuan, Encik Raisin bin Saidintelah merasmikan bilik rehat “Rest & Relax” untuk guru-guru SKK SKRancha-Rancha. Bilik ini diwujudkan bagi memberikan keselesaan dankeceriaan kepada guru.

Guru Besar, Norinnie bintiKassim berkata, sekolah mengambil inisiatif itu selaras dengan dasarKementerian Pendidikan (KPM) yang menyarankan pihak sekolah mewujudkanruangrehat kepada warga guru.

“Bilik rehat ini dapatdigunakan guru yang mempunyai masa lapang setelah selesai menjalankanprosespengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Bilik rehat yang diusahakan oleh Kelab Staff SK Rancha-Rancha telahberjaya menyiapkan bilik rehat yang selesa untuk guru sekolah ini.Pengerusi Kelab Staff, Laidin bin Saipin berkata “kami bergotong-royong menyediakan bilik itu, menggubah dan menghias bilik agarkelihatan kemas serta ceria sepanjang masa”.

Bilik rehat guru “rest & relax” SK Rancha-Rancha

Raisin berkata berkata bilikrehat yang kondusif dan ceria mampu menyuntik semangat guru agar gigihbekerjamendidik anak bangsa sehingga berjaya.

“Tahniah saya ucapkankepada warga SK Rancha-Rancha kerana dapat menyediakan bilik rehatguru yang

Page 13: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

kondusif dan ceria. Dengan adanya bilik rehat ini, guru dapatmengeratkanhubungan silaturahim, mesra kawan dan saling rasa hormat dengan rakansejawat,” katanya.

Perasmian bilik tersebut sempena mesyuarat agung PIBG SK Rancha-Ranchayang berlangsung di Dewan terbuka SK Rancha-Rancha. Seramai 202 orangibu bapa dan guru hadir pada mesyuarat tersebut. Turut hadir penolongkanan pentadbiran, Midah binti Yusop, penolong kanan HEM, Shawal binAbd Rahman, penolong kanan ko-kurikulum, Zulkipli bin Pabin danpenolong kanan KPKP, Rodhy Edward Anak Edward Jalin.

Raisin (tengah) bergambar kenangan bersama ibu bapa yang hadirmesyuarat agung PIBG

Tertib acara diteruskan lagi dengan taklimatkesihatan oleh Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG),DrMohammad Hamim Mohammad Hanifah, dan seterusnya taklimat keselamatanmurid olehpegawai perhubungan polis sekolah, ASP Sukvinderjeet Singh A/L ChananSingh dantaklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBD) oleh Guru Besar,Norinnie bintiKassim dan taklimat Inklusif & Zero Reject Policy oleh PenolongPengarah,Sektor Pendidikan Khas, JPNWPL, Noraini binti Hj Sabudin. Turut hadir,pegawaiangkat sekolah, Zaliha binti Mohd Salleh dan ibu angkat sekolah, DatinHjh DygPungut binti Abd Jalil. Mesyuarat telahmembentangkan aktiviti dan perbelanjaan tahun 2019/20 dan usul ibubapayangtelah diedar melalui “Google form”.

SMK Labuan Cipta Hatrik Johan

Page 14: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

Keseluruhan Catur MSSWPL 2020

Labuan, 1 Mac 2020 – SMK Labuan mencipta hatrik Kejohanan Catur MajlisSukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWPL) 2020, setelahmenjadi johan keseluruhan 3 tahun berturut-turut bermula tahun 2018.

Kejohanan Catur MSSWPL 2020 telah berlangsung di Dewan SK Layang-Layangan pada 25 hingga 28 Februari lalu.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah SektorPembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Labuan, Tuan Haji Abdul Rahmanbin Ahmad.

SMK Labuan muncul johan berpasukan bagi kategori Lelaki 18 tahun,Perempuan 18 tahun, Lelaki 15 tahun dan naib johan berpasukan bagikategoriPerempuan 15 tahun.

SMK Labuan menyapu bersih kategori Lelaki 18 tahun dengan Wong Wei Jiedinobatkan sebagai johan, Lim Chee Yong naib johan dan Wong Wei Hao ditempat ketiga.

Tuan Haji Abdul Rahman menyampaikan Trofi Johan Berpasukan L18 kepadaCikgu Masyitah Musa

Edison Lau Wei Chun meraih johan bagi kategori Lelaki 15 tahun,manakala Connie Lam Poh Yi dan Celine Tan Xing Er masing-masing meraihnaib johan dan ketiga kategori Perempuan 18 tahun.

Guru Penasihat Pasukan Catur SMK Labuan, Cikgu Cheah Teong Aik, CikguMasyitah Binti Musa, Cikgu Rubaizah Binti Basir dan Cikgu Liaw ChiaChiun.

Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah mengucapkan syabas dantahniah kepada pasukan catur SMK Labuan di atas kejayaan yang

Page 15: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

membanggakan ini dan berharap pasukan akan lebih gigih berlatih untukpersiapan kejohanan peringkat kebangsaan kelak.

“Kejayaan ini adalah berkat daripada usaha Kelab Catur SMKLyang aktif melaksanakan Klinik Catur peringkat sekolah secarakonsisten utk memastikan sentiasa ada pemain pelapis untukkejohanan-kejohanan akan datang.” Encik Ismail Abdullah

Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dijangkaakan diadakan pada 14 hingga 20 Mac 2020, di Kuala Lumpur.

Berita Oleh : SMK Labuan

SMK Labuan Johan Berpasukan L15 , Cikgu Rubaizah Basir menerima trofikemenangan

Johan Berpasukan P18

Tuan Haji Abdul Rahman menyampaikan Trofi Johan Keseluruhan kepada EnCheah Teong Aik (PK Kokurikulum SMKL)

PIBG aktif bangun sahsiah sekolahpacu murid

Labuan, 29 Februari – Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru dengankerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah telah mengadakanMesyuaratAgung PIBG kali ke-16 bagi tahun 2020. Keaktifanaktiviti sekolah boleh diukur melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan

Page 16: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

Guru(PIBG) seiring dengan keperluan sekolah, guru dan pembangunan murid.Programini telah dirasmikan oleh Puan Zaliha binti Mohd Salleh selaku pegawaiangkatSekolah Kebangsaan Tanjung Aru.

Seramai 151 orangibu bapa dan guru telah menghadiri Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.PIBG merupakanbadan yang sah ditubuhkan sebagai penghubung antara ibu bapa, guru,sekolah,masyarakat dan murid. Komitmen, kerjasama dan sumbangan pelbagai pihakberkepentingan seperti masyarakat, ibu bapa, murid dan guru amatpenting dalammemantapkan kecemerlangan murid selaku individu yang mampu menyumbangdanmemajukan masyarakat. Pencapaian murid lebih bermakna apabila keluargamerekajuga turut berperanan dan membabitkan diri dalam kejayaan anak-anakmereka.

Perkongsian Hala Tuju Sekolah Tahun 2020 yang disampaikan oleh PnFaridah Binti Amit, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru, WPLabuan pada 29 Februari 2020 dalam Mesyuarat PIBG Sekolah KebangsaanTanjung Aru kali 16 menggariskan 6 teras yang perlu dicapai antaranyapemantapan Pengurusan Sumber Manusia, Pemantapan Pengurusan Kewangandan Aset, Pemantapan Pengurusan Kurikulum, Pemantapan Pengurusan HalEhwal Murid, Pemantapan Pengurusan Kokurikulum dan PemantapanPengurusan PIBG dan Komuniti Setempat. Dalam pernyataannya, Guru Besarmenekankan bahawa 6 teras ini hanya akan dapat dicapai jika pihaksekolah dan ibubapa serta penjaga saling bekerjasama demi kemanjadiananak-anak di sekolah ini.

Puan Zaliha menerima cendera kenangan daripada En Kepli.(Dari kiri Puan Dhia, Puan Rositah, En. Kepli, Puan Zaliha, PuanFaridah, dan En. Irham).

Page 17: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

“CREATE THE FUTURE BY THE PAST” –Meniup Semangat Juang Calon SPM SMKMutiara

Labuan, 27 Feb 2020 – Bagi memastikan calon-calon SPM SMK Mutiara 2020bersemangat dan bersedia seawal mungkin, pihak sekolah telahmenganjurkan sesi pertemuan Pengetua bersama calon-calon SPM sekolahini pada Rabu lepas.

Sesi pertemuan yang bermula jam 1.30 pm di Dewan Semarak sekolah initelah dianjurkan oleh Unit Akademik sekolah yang dipimpin olehPenolong Kanan Pentadbiran , Puan Siti Aminah Binti Zakaria.

Menurut Puan Siti Aminah, terdapat seramai 145 calon SPM pada tahunini yang melibatkan 21 mata pelajaran. “Sebahagian Besar merekamengambil maksimum 9 mata pelajaran termasuk mata pelajaran elektif”katanya.

Tujuan utama pertemuan ini ialah untuk membimbing calon-calon SPM 2020sebelum mereka membuat keputusan terakhir mendaftar mata pelajaranyang akan diambil. Sesi pendaftaran mata pelajaran SPM bermula 1 Macdan berakhir pada 31 Mac 2020.

“Sebahagian daripada mereka keliru dengan keperluan dankepentingan sesuatu mata pelajaran sehingga ada yang memohonuntuk menggugurkan mata pelajaran tertentu” jelasnya lagi.

Sesi pertemuan dimanfaatkan dengan ucapan oleh Pengetua sekolah, EncikMohd Nizam bin Yasim. Dalam ucapannya beliau telah mengimbau sejarahZaman kegemilangan Tanah Melayu masa lalu sebelum kedatangan penjajahyang memerintah Tanah Melayu selama lebih 500 tahun. Tanah Melayusebelum tahun 1500 berada dalam zaman kegemilangan iaitu sebelumMelaka jatuh ke tangan Portugis.

“Kejatuhan empayar Melaka pada tahun 1511 adalah kesilapan

Page 18: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

bangsa kita sendiri yang mengkhianati amanah kerana dorongankebendaan. Ini telah menyebabkan hasil mahsul negara telahdijarah dengan rakus oleh Portugis, Belanda, British danJepun sehinggalah kita berjaya mencapai kemerdekaan padatahun 1957”. katanya.

Encik Mohd Nizam mengimbau sejarah Zaman Kegemilangan Tanah Melayu

Beliau menjelaskan bahawa usaha keras, kerjasama dan kesetiaan kepadapemimpin adalah elemen-elemen yang akan membawa kejayaan kepadasesuatu bangsa dan negara. Siam adalah contoh sebuah negara yangrakyatnya amat menghormati Pemimpin sehingga berjaya mengekalkannegara daripada dijajah oleh kuasa-kuasa luar.

“Begitu juga peranan kita sebagai seorang murid. Kitaseharusnya sanggup berusaha gigih untuk belajar dan sentiasamenunjukkan rasa hormat kepada guru-guru yang telah berusahamendidik kita tanpa mengira penat dan lelah”, tegasnya lagi.

Selain itu, Encik Mohd Nizam turut menyatakan bahawa dunia pendidikandan pekerjaan sekarang berubah dengan begitu drastik dan menuntutkeupayaan kita mengaplikasi kemahiran Komunikasi, kolaboratif,berfikiran kritikal dan kreatif secara bersungguh-sungguh dalammenangani cabaran. Kemahiran-kemahiran ini perlu diterapkan di dalamsetiap sesi pembelajaran dan Pengajaran di dalam bilik darjah selarasdengan Pendidikan Abad ke-21.

“Sebahagian pekerjaan yang ada pada hari ini akan lenyapdalam masa 5 atau 10 tahun akan datang. Peluang-peluang kerjabaharu akan muncul menuntut kemahiran yang berbeza dari hariini. Justeru kita mesti menguasai pelbagai kemahiran hari iniwalaupun kita rasa sesuatu mata pelajaran itu sukar danmencabar” tegasnya lagi.

Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Siti Aminah Zakaria turut menyeruagar semua calon SPM 2020 dapat membuat keputusan yang bijak dalammendaftar setiap mata pelajaran kerana ia mampu mempengaruhi hala tuju

Page 19: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

pendidikan mereka di peringkat lepasan menengah.

“Pemilihan mata pelajaran yang sesuai mengikut pakej yangbetul adalah sangat penting untuk menyambung pembelajaran keperingkat yang lebih tinggi.”ujar beliau lagi.

Dalam perjumpaan ini, Penolong Kanan Kokurikulum Encik JostelenLamibai turut mengambil peluang menyedarkan murid-murid tingkatan 5tentang kepentingan pencapaian dalam kokurikulum.

Beliau mengingatkan calon SPM supaya sentiasa mengemas kini kadpelaporan kokurikulum dan mengambil peluang menyertai sebarangaktiviti kerana penyertaan mereka akan menyumbang kepada markah PAJSK.

Majlis yang tamat pada jam 4 petang turut dihadiri oleh Encik JostelenLamibai, Puan Nurul Syazwanie Mohd Zaid, Ustazah Hjh Roshidah bintiSaad dan Encik Mohd Kamil.

Berita Oleh : SMK Mutiara

Calon-calon SPM SMK Mutiara Tahun 2020

SK Sungai Lada Ungguli Johan BolaJaring MSSWPL 2 Kali Berturut-turutTAHUN 2020 Pedas Berhabis!

Labuan, 27 Feb 2020 – Sekolah Kebangsaan Sungai Lada merangkulgelaran Johan 2 kali berturut-turut dalam Kejohanan Bola Jaring,Majlis Sukan Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MSSWPL) tahun2020.

Page 20: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

Mengimbas kembali sejarah lampau, Sekolah Kebangsaan SungaiLada merupakan pesaing utama dalam sukan bola jaring dalam era 80-andan 90-an.SK Sungai Lada pernah mendapat Naib Johan(2015), Johan(2016), tempatketiga(2017), Naib Johan(2018) dan Johan (2019). Sukan Bola Jaringdipilihsebagai sukan kebitaraan buat SK Sungai Lada.

Barisan pemain bola jaring SK Sungai Lada : DianaEmylia Binti Ali, Nou’r Zahirah Binti Mukti, Nur Fatin Farhana BintiMd Sakri,Siti Norhalis Binti Ortiz, Claire Ivony Jimeno, Claire Ivory Jimeno,HeryssaHazell Binti Hermon, Nur Sorfina Safwah Binti Sanusi, Siti FadiyahBinti MohdSyaifudin Duakim dan Azimah Fauzana Binti Abd Rauf.

Pasukan SKSungai Lada dibarisi Pengurus Pasukan Siti Aliza Binti Ag. Emran,MohammadHanafi Bin Salim (jurulatih), Noranisah Binti Junaidi(jurulatih),Tracy Jipiu(pegawaifisioterapi),Federica S. Inansul (pegawai teknikal), Siti Safiah(gurupengiring) dan Aida(guru pengiring).

Pertandingan bermula pada 17 Februari dan Pertandingan akhir telahdiadakan pada 19 Februari 2020 bagi kategori sekolah rendah.Penyampaian hadiah telah dibuat di Dewan Arena Bukit Kuda pada 27Februari 2020(Khamis).

FINAL : Sesi bergambar antara pasukan SK Lubok Temiang dengan pasukanSK Sungai Lada perlawanan akhir MSSWPL

Majlis penyampaian hadiahbola jaring telah disempurnakan oleh Encik Abdul Rahman bin Ahmad,TimbalanPengarah Sektor Pembangunan Murid. Turut hadir Encik Asbola @Hasbollah binAmit, Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Encik Ag. Rozlan binManan,Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun dan Encik Rosli Mohd Ali, GuruBesar SK

Page 21: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

Bukit Kalam.

Pemain terbaik kategori sekolah rendah diungguli oleh NurSorfina Safwah, SK Sungai Lada sebagai pemain tengah terbaik, ClaireIvonyJimeno juga dari SK Sungai Lada dipilih sebagai penjaring terbaik.Adik ClaireIvory Jimeno telah merangkul dua kategori iaitu pemain pertahananterbaik danpemain terbaik.

Berikut adalah keputusan SKSL sepanjang perlawanan bolajaring MSSWPL :

1 SKSL vs SKPP 13 – 0 Perlawanan dalam Kumpulan A2 SKSL vs SKB 11- 0 Perlawanan dalam Kumpulan A3 SKSL vs SKKRR 13- 1 Perlawanan dalam Kumpulan A4 SKSL vs SKSB 13 – 2 SUKU AKHIR5 SKSL vs SKBK 16 -1 SEPARUH AKHIR6 SKSL vs SKLT 16 – 2 PERLAWANAN AKHIR

“Pemilihan pemain bola jaring dan jadual latihan intensiftelah dibuat sejak awal bulan Januari 2020. Perlawanan persahabatanjuga dibuatdengan beberapa buah sekolah yang berdekatan untuk mengenalpastikelemahan dan memperkuatkanpasukan sebelum kejohanan sebenar.” kata Pengurus Pasukan Siti AlizaBinti AgEmran.

Guru Besar Encik Maidan Dali amat gembira mengucapkan tahniahkepada pasukan bola jaring dan usaha semua guru penasihat di atasusahamembantu mengekalkan juara bola jaring MSSWPL buat kali keduaberturut-turut.

Jurulatih pasukan bola jaring Mohammad Hanafi Bin Salim dan NoranisahBinti Junaidi juga menambah mengucapkan terima kasih kepada ibubapayang memberikan kerjasama dan menghantar pemain ke sekolah untukmenjalani latihan intensif pada setiap petang. Ini secara tidaklangsung menyuntik semangat terhadap pasukan bola jaring SKSL.

Page 22: Kem Interaksi Pemimpin Muda Asah Bakat Kepimpinan Murid

JOHAN : Pasukan Bola Jaring SKSL bergambar dengan Guru Besar EncikMaidan Dali, pentadbir, jurulatih dan guru penasihat.

SKSL PEDAS BERHABISSSS!