Kepentingan Dan Kesan Guru Menghadiri Kursus

Embed Size (px)

Citation preview

KEPENTINGAN DAN KESAN GURU MENGHADIRI KURSUS/LATIHAN DALAM PERKIDMATAN (LDP)

Oleh: Zafyed

Pengenalan Guru merupakan tunjang dan pelaksana paling utama bagi menjayakan reformasi pendidikan selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara. Ornstein dan Miller (1980), guru diberi tanggungjawab oleh masyarakat untuk mendidik anak-anak ke arah kedewasaan. Realiti ini bermaksud bahawa guru sebagai agen sosial perlu dibentuk sebelum mereka dapat membentuk orang lain.

Justeru itu, perkembangan profesional guru tidak boleh diabaikan. Bantuan dan sokongan perlu diberi kepada guru-guru untuk mengekalkan mereka supaya sentiasa berada dalam keadaan yang kemaskini dengan iklim pendidikan. Namun hakikatnya, banyak perubahan yang telah berlaku dalam pendekatan pengajaran pembelajaran, tetapi masih ramai guru yang tidak mengetahui atau sengaja tidak mengetahui akan perubahan ini.

Apa itu LDP? Sesebuah latihan atau kursus yang dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan staf profesional dan sokongan selaras dengan dasar Latihan Kebangsaan Kerajaan.

Bentuk-bentuk LDP kelas dan kursus konferen bengkel mesyuarat staf kerja berkomuniti bacaan profesional konferen individual trip lapangan

perkhemahan pengalaman kerja pertukaran guru penyelidikan penulisan profesional kerja profesional Kesatuan pengalaman budaya

melawat dan tunjuk cara kerja komuniti kesatuan.

Mengapa Perlu LDP Profesion perguruan sebagai mana profesion lain adalah terdedah kepada perubahan semasa. Perubahan ini menyebabkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasai suatu ketika dulu tidak lagi relevan pada masa sekarang dan masa akan datang. Ramaiah (1992) menyatakan bahawa kursus dan latihan perguruan asas di maktab-maktab dan universiti-universiti tidak dapat melengkapkan para guru dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk melaksanakan projek, program dan kurikulum baru kerana pembaharuan dan perubahan yang berterusan. Oleh sebab itu, LDP sangat diperlukan bagi menangani perubahan ini.

Kepentingan LDP Memperbaiki prestasi kemahiran kerja secara kumpulan dan individu; Memperbanyakkan pengalaman seseorang guru untuk perkembangan kerjaya dan juga untuk tujuan naik pangkat; Membentuk pengetahuan profesional; Meningkatkan pendidikan guru secara peribadi; Menyediakan guru untuk menghadapi perubahan; dan Untuk menjelaskan dasar sekolah atau jabatan.

Faktor-faktor keberkesanan LDP keperluan guru terhadap program. model latihan yang berkesan. tempoh dan masa latihan. fasilitator dan pendekatan pembelajaran. sokongan pihak pengurusan. melaksanakan penilaian program latihan

Kesan LDP terhadap guru Peningkatan Pengetahuan Dan Kemahiran Mengajar - Kajian terhadap keberkesanan program LDP dalam meningkatkan aspek-aspek kemahiran mengajar guru telah dilakukan oleh KPM (1999). Hasil kajian menunjukkan bahawa objektif program berkaitan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam aspek perancangan pengajaran dan aspek proses pengajaran dan pembelajaran hampir tercapai sepenuhnya. Manakala bagi aspek peningkatan pengetahuan dan kemahiran guru dan aspek pengurusan kelas dan aspek penilaian pula adalah kurang daripada dua aspek di atas.

Perubahan Sikap Dan Keyakinan - Dalam satu kajian lain, Ecoff (1992) telah membentuk dan melaksanakan program LDP ke atas enam orang guru sekolah rendah yang mempunyai kadar putus asa yang tinggi kerana kurang pengetahuan dalam mengendalikan pelajar bermasalah. Setelah mengikuti program LDP, dapatan menunjukkan bahawa kadar putus asa mereka telah menurun. Mereka berasa lebih tenang dan lebih berminat untuk meneruskan usaha mereka dalam menangani masalah pendidikan pelajar bermasalah.

Contoh LDP- 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme di IPGM Malaysia Kursus-kursus yang ditawarkan - Pengayaan dalam Pendidikan Bahasa Melayu (SR) - Teater dalam Pendidikan Bahasa Melayu (SR) - Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SR) - Pendidikan Khas Disleksia (SR) - Media dalam Pend. Islam (SR) - Creative Teaching in Mathematics (SR)

-

Syarat dan Kelayakan Am Pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun. Sijil SPM Ijazah/Diploma Perguruan/Sijil Perguruan Asas yang diiktiraf. Sedang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia. Telah disahkan jawatan. Tidak mengikuti LDP lain atau PJJ. Tidak terlibat dalam aktiviti yang akan mengganggu kehadiran. Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib. Umur tidak lebih daripada 50 tahun.

Rumusan Secara umumnya, program LDP yang dilaksanakan tertakluk kepada faktor-faktor tertentu untuk mempastikan keberkesanannya. Selain itu, daripada tinjauan ke atas penyelidikan pengkaji terdahulu, ratarata mereka bersependapat bahawa program LDP berkesan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru