of 21 /21
KEPIMPINAN DAN GAYA KEPIMPINAN PJM3112 Tn. Hj Badaruddin b. Yeop

Kepimpinan Dan Gaya Kepimpinan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pjm

Text of Kepimpinan Dan Gaya Kepimpinan

  • KEPIMPINAN

    DAN

    GAYA KEPIMPINAN

    PJM3112

    Tn. Hj Badaruddin b. Yeop

  • KONSEP KEPIMPINAN

    Kebolehan memimpin merupakan satu petanda seseorang itu memiliki

    bakat untuk menjadi pengurus yang berkesan. Pengurus yang berkesan

    ialah pemimpin yang baik tetapi pemimpin yang baik tidak

    semestinya seorang pengurus yang baik.

  • PENGARUHPENERIMAAN

    STAF

    KUASA

    KEPIMPINANBERKESAN

  • KREDIBILITI

    KEMAHIRANKEMANUSIAAN

    LIABILITIDAN

    BERWIBAWA

    MOTIVASITINGGI

    BERPENGETAHUANDAN

    PINTAR

    SIHATFIZIKAL/MENTAL

    SIFATPEMIMPIN

  • 5Definisi Kepimpinan

    Kepimpinan adalah suatu proses menggerakkan sekumpulan manusia menuju kepada suatu yang telah ditetapkan melalui dorongan yang tidak memaksa. Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia untuk memenuhi kehendak jangka panjang.

  • 6Definisi Kepimpinan

    Kepimpinan melibatkan kebolehan

    mempengaruhi dan menyakinkan manusia di

    dalam dan di luar organisasi untuk bekerja

    dan membantu ke arah pencapaian

    matlamat organisasi (Lee Ong Kim).

  • 7Definisi Kepimpinan

    Kepimpinan ialah tingkahlaku individuapabila ia sedang mengarahkan aktivitikelompok ke arah matlamat yang dikongsibersama (Hemphill & Coons).

    Kepimpinan adalah pendayautamaan dan penyelenggaraan struktur dalam interaksi.

    (Stogdill).

  • 8Gaya Kepimpinan

    Gaya kepimpinan banyak bergantung kepada kepercayaan dan andaian seorang pemimpin terhadap orangorang yang ada

    di bawah organisasinya.

    Gaya Kepimpinan sebenarnya melibatkan perkara berikut:

  • 9Gaya Kepimpinan

    Berkait rapat dengan proses membuat keputusan

    Keadaan memilih atau memaksa

    Kepatuhan atau penentangan

    Lingkungan kuasa mengikut penerimaan

    Keberkesanan organisasi dan aktiviti

  • 10

    Gaya Kepimpinan

    Membina budaya kerja cemerlang

    Mewujudkan budaya ilmu

    Mewujudkan perancangan strategik

    Pembinaan pasukan / kolegialiti

    Pemimpin merupakan pengurus berkesan

  • 11

    Gaya Kepimpinan

    Demokratik

    Autokratik

    Laissez faire

  • 12

    Demokratik

    Mementingkan keputusan bersama

    Mengambil kira semua pandangan Majoriti

    Kritikan yang objektif

    Paling berkesan

  • Dasar dan keputusan mengenai sesuatu aktiviti adalah hasil daripada perbincangan

    Ketua membantu ahli membentuk matlamat dan alternatif sendiri

    Ketua sebagai pemudah cara

    Ketua bersikap objektif dan adil dalam memberi teguran, pujian dan kritikan.

    Matlamat ketua ialah ahli dapat memberi sumbangan yang optimum.

    Ketua memberi kebebasan kepada ahli

    ketua mementingkan peningkatan prestasi, pencapaian dan kesungguhan

    13

  • Kesan kepimpinan demokratik

    Ahli dapat membina disiplin

    Menggalakkan semangat kerjasama, hormat dan hubungan yang mesra

    Ahli lebih bermotivasi

    Ahli sentiasa bekerja keras walaupun semasa ketiadaan ketua.

    Semangat kekitaan yang tinggi

    Interaksi 2 hala14

  • 15

    Autokratik

    Kurang kepercayaan

    Bersifat kuku besi / tanpa soal

    Bersifat / menunggu arahan

    bergantung pada ganjaran

  • Pemimpin yang menentukan semua matlamat dan dasar mengenai aktiviti termasuk peraturan, prosedur dan teknik

    Melantik jawatankuasa dan menentukan tugas,masa dan tempat bagi sesuatu aktiviti.

    Orang bawahan tidak diberi peluang untuk memberi cadangan

    Hubungan sehala.

    Memberi pujian dan kritikan secara peribadi.

    16

  • Kesan kepimpinan autokratik

    Orang bawahan mempunyai motivasi rendah

    Orang bawahan bekerja sungguh-sungguh semasa ada ketua sahaja

    Interaksi sehala

    Orang bawahan terlalu bergantung kepada ketua

    Suasana tegang

    17

  • 18

    Laissez faire

    Tidak ada keyakinan diri

    Tidak menetapkan matlamat kumpulan

    Interaksi kurang

    Pengurusan lemah

  • Ketua memberi kebebasan sepenuhnya kpd ahli untuk membuat keputusan

    Ketua tidak membuat penilaian, tidak memberi pujian,kritikan, idea dan nasihat kecuali diminta oleh ahli

    Ketua tidak mementukan tugas dan tanggungjawab ahli

    Ketua tidak menekankan prestasi,pencapaian dan kecemerlangan ahli

    Ketua memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada ahli dan kadangkala ahli mengambil tugas ketua

    19

  • Kesan kepimpinan laissez-faire

    Wujud masalah disiplin

    Kualiti kerja sangat kurang

    Kadar motivasi kendiri sangat rendah

    Interaksi antara ketua dan ahli bebas atau tidak ada sempadan langsung.

    Semangat kekitaan sangat rendah.

    20

  • 21

    Kesimpulannya

    Kepimpinan suatu kemahiran hidup yang perlu untukmenjayakan sesuatu organisasi mengikut matlamatyang telah dirancangkan dengan mengambil kirafaktor-faktor yang berkaitan. Kecemerlangansesebuah organisasi adalah terletak kepadakeberkesanan kemahiran kepimpinan. Islam melihatkepimpinan adalah suatu amanah tuhan yang perludipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam seluruhaktiviti kehidupan manusia.