32
Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3 Produk Tempatan Di Negara Kita

Kerja Kursus Sejarah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Citation preview

Page 1: Kerja Kursus Sejarah

Kerja Kursus

Sejarah

Tingkatan 3

Produk Tempatan

Di Negara Kita

Makanan Dodol

Page 2: Kerja Kursus Sejarah

BIODATA

N

ama : Muhammad Fitri Bin Abdul

Rashid

No. I/C : 970914-02-5085

Sekolah : Maktab Mahmud Alor Star

Guru : Pn. Zurah Binti Mohd. Kila

Page 3: Kerja Kursus Sejarah

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pengetua sekolah,

Ustaz Syafie B. Ismail yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja

kursus ini selepas waktu persekolahan.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru

sejarah saya, Puan Zurah Bt. Mohd.Kila kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk

ajar dalam menjalankan Kerja Kursus Sejarah.Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada kedua-kedua ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan bantuan untuk

saya menjalankan kerja kursus ini.

Page 4: Kerja Kursus Sejarah

OBJEKTIF KAJIAN

Memupuk semangat patriotisme dalam diri saya.

Untuk menambah ilmu pengetahuan tentang makanan tradisional dodol.

Untuk mengetahui asal-usul makanan tradisional seperti dodol.

Untuk mengetahui cara-cara membuat makanan tradisional.

KAEDAH KAJIAN

Page 5: Kerja Kursus Sejarah

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ialah

melalui pemerhatian, pembacaan buku- buku, majalah-majalah ilmiah, keratan akhbar dan juga

internet.

Page 6: Kerja Kursus Sejarah

1.0MAKLUMAT

HASILKAJIAN

Page 7: Kerja Kursus Sejarah

ASAS

PRODUK

1.1 Nama Produk

Produk dodol yang diusahakan terdiri daripada dua iaitu dodol hawa belimbing dan dodol

gula kabung. Dodol hawa diperbuat daripada belimbing yang sudah matang dan direbus hingga

kering dan dijemur selama beberapa hari. Dodol-dodol ini kemudiannya dibungkus dalam kotak

atau plastik.

Page 8: Kerja Kursus Sejarah

1.2 Kategori

Dodol dikategorikan dalam kategori makanan tradisional yang manis. Dodol sangat

terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan rumit. Ramai orang selalu mencuba

membuatnya.Tetapi tidak semua dapat menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Kini, dodol

telah mula dimodenkan. Kini perisa dodol dipelbagaikan seperti perisa durian dan sebagainya.

1.3 Nama Pengusaha

Dodol Halwa Belimbing dan Dodol Gula Kabung diusahakan oleh Sulaiman Yusof, 65

dan isterinya, Halimah Samsu, 63 , ibu kepada lima orang anak . Walaupun mereka sudah

berusia, mereka masih bergiat aktif dalam kegiatan ini.

Page 9: Kerja Kursus Sejarah

1.4 Lokasi

Dodol istimewa ini diusahakan di Taman Aman, Anak Bukit. Dodol ini digemari oleh

pelbagai bangsa di Malaysia.

Alamat : 932 Taman Aman, Anak Bukit 06550 Alor Setar, Kedah.

2.0 LATAR

Page 10: Kerja Kursus Sejarah

BELAKANG

2.1 Sejarah Kewujudan

Perusahaan dodol ini telah dimulakan secara kecil-kecilan pada tahun 1990. Ianya

dilakukan oleh Encik Sulaiman Bin Yusof bersama isterinya iaitu Halimah Bt. Samsu. Dodol

yang dikeluarkan pada skala kecil sahaja iaitu dijual di pasar malam dan permintaan daripada

penduduk kampung.

2.2 Punca Dan Jumlah Modal

Pada awal pengeluaran dodol, Encik Sulaiman Bin Yusof dan isterinya, Halimah Binti

Samsu menggunakan wang simpanannya di bank bagi memulakan perniagaan dan pengeluaran

dodol. Sekitar tahun 2009 beliau telah mendapatkan pinjaman daripada bank sebanyak

Page 11: Kerja Kursus Sejarah

RM10000.00 untuk membeli mesin yang lebih baik dan dapur.Beliau juga menggunakan wang

tersebut untuk membeli beberapa peralatan baru.

2.3 Kepentingan Produk

Produk ini dikeluarkan untuk memenuhi keperluan orang ramai untuk dihidangkan

semasa minum petang. Dodol juga diperlukan semasa hari perayaan sebagai hidangan kepada

tetamu juga pada majlis perkahwinan sebagai buah tangan kepada tetamu. Dodol juga dipasarkan

di kedai-kedai runcit di sekitar Anak Bukit.

2.4 Keistimewaan

Page 12: Kerja Kursus Sejarah

Dodol keluaran En.Sulaiman dan isterinya sangat istimewa . Dodol ini mempunyai rasa

yang enak dengan pelbagai perisa seperti perisa durian dan nangka. Rasanya yang lemak manis

dan teksturnya yang lembut menawan hati pelbagai golongan terutamanya golongan tua.

3.0 KAEDAH

DAN

Page 13: Kerja Kursus Sejarah

CARA

PENGHASILAN

3.1 Tenaga Kerja

Pada permulaannya, En.Sulaiman dan isterinya bekerja sendiri tanpa bantuan sesiapapun.

Selepas perniagaannya berkembang, beliau mengupah beberapa pekerja untuk membantunya.

3.2 Senarai Bahan

Page 14: Kerja Kursus Sejarah

Bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung

beras, gula pasir, gula Melaka dan garam.

3.3 Senarai Peralatan

Peralatan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada bakul, kuali besar,

penapis dan ayakan.

3.4 Proses Pembuatan

Page 15: Kerja Kursus Sejarah

Bancuh tepung beras dan tepung pulut dengan santan.Setelah itu, tapis dengan kuali

besi.Masak gula Melaka dengan sedikit air dan daun pandan.Apabila sudah larut, masukkan ke

dalam adunan tepung tadi. Dengan menggunakan api yang perlahan jerangkan adunan ini sambil

dikacau dan apabila setengah masak, masukkan pati santan dan terus kacau sehingga masak.

Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan ke dalam kuali yang

besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang

dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian

bawahnya. Oleh itu, dodol hendaklah dikacau secara bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang

baik. Dodol yang dimasak mengambil masa yang agak lama iaitu lebih kurang empat jam kerana

sekiranya kurang dari empat jam dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Selepas dua jam

dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut

akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.

Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar

dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat. Akhir sekali, dodol tersebut

hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa

yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat. Selepas itu, dodol tersebut

bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-

hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.

Page 16: Kerja Kursus Sejarah

4.0

PERKEMBANGAN

Page 17: Kerja Kursus Sejarah

PRODUK

4.1 Rangkaian Pemasaran

En. Sulaiman dan isterinya telah membuat pemasaran di sekitar negeri Perlis serta

menyertai karnival anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia dan Pameran Pertanian,

Hortikultur dan Agro Perlancongan. Selain memasarkan produk yang dihasilkan secara terus

kepada pengguna, beliau turut menjualnya di pasar tani, pekan sehari dan secara tempahan.

Page 18: Kerja Kursus Sejarah

4.2 Sambutan Daripada Pengguna

Dodol ini mendapat sambutan hangat dan makanan ini digemari oleh berbilang kaum

selain daripada kaum Melayu. Permintaan akan menjadi lebih meningkat sehingga sesetengah

tempahan terpaksa ditolak ketika menjelang perayaan dan musim cuti.

4.3 Kemajuan Yang Dicapai

Setelah mengusahakan dodol selama beberapa tahun, En.Sulaiman dan isterinya telah

berjaya dalam perusahaannya.Seiring dengan teknologi tinggi beliau telah membeli tiga buah

kawah berteknologi tinggi. Malah beliau terpaksa menyediakan 300 kilogram bagi memenuhi

permintaan pelanggannya yang meningkat dua hingga tiga kali ganda. En. Sulaiman dan

isterinya menjual dodol dengan harga RM30.00 sekilogram. En. Sulaiman memperoleh

pendapatan sebanyak RM3000.00 sebulan.

Page 19: Kerja Kursus Sejarah

4.4 Cabaran Dan Masalah Yang Dihadapi

Walaupun sudah menjangkau umur 60-an, En. Sulaiman dan isterinya begitu

bersemangat mengusahakan dodol gula kabung di rumahnya. Selain itu, beliau mempunyai

beberapa pesaing yang telah lama bertapak dalam bidang pembuatan kuih-muih tradisional.

Masalah tenaga kerja merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh En.Sulaiman. Hal ini

menyebabkan beberapa tempahan terpaksa ditolak.

RUMUSAN

Selepas menjalankan kajian ini saya rasa bersyukur menjadi warganegara Malaysia kerana

keunikan dan kepelbagaian makanan yang terdapat di negara yang tercinta ini. Setelah

melakukan beberapa kajian tentang dodol, barulah saya mengetahui bahawa makanan Malaysia

juga setaraf dengan makanan antarabangsa. Saya juga telah menambah pengetahuan tentang

dodol dengan lebih mendalam. Bahan-bahan dan cara pembuatan juga telah disimpan di dalam

kotak penyimpanan maklumat saya. Dahulunya, saya agak memandang remeh makanan

Page 20: Kerja Kursus Sejarah

tradisional Malaysia. Namun kini, saya berasa amat bangga dengan makanan tradisional

Malaysia. Bak kata pepatah “ tak kenal maka tak cinta ” Sedarlah wahai rakyat Malaysia bahwa

Malaysia juga mempunyai keunikan tersendiri dan mampu berdiri standing dengan negara-

negara maju di luar sana. Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya memartabatkan

makanan tradisional Malaysia dan memperkenalkannya ke seluruh pelusuk dunia.Akhir kalam,

berbanggalah dengan produk hasil keluaran Malaysia.

LAMPIRAN

GAMBAR

Page 21: Kerja Kursus Sejarah
Page 22: Kerja Kursus Sejarah

PETA

Page 23: Kerja Kursus Sejarah

RUJUKAN

Buku Ilmiah

Saya telah memuatkan beberapa isi yang terdapat dalam buku-buku ilmiah seperti buku Sri

Kebudayaan Masyarakat Malaysia, Sri Penemuan Sejarah, Pakaian dan Makanan,Ensiklopedia

Sejarah dan Kebudayaan Melayu.

Majalah

Saya juga mengambil fakta-fakta yang terdapat di dalam majalah-majalah mingguan.

Page 24: Kerja Kursus Sejarah

Antara majalah-majalah tersebut ialah Majalah Saji dan juga Majalah Data Niaga.

Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Dodol

Orang Sumber

Cikgu Zurah, seorang guru dari Maktab Mahmud Alor Setar.

ELEMEN

Page 25: Kerja Kursus Sejarah

3

Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan

elektronik, keperluan rumah dan perhiasan sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti

makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan

mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah

mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnya. Mungkin

sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan

keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan

sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama,

semangat cinta akan negara mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di

negara ini bagi kepentingan bersama. Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat

yang bersatu padu. Oleh itu, kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu

membangunkan negara di samping menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini hingga mencapai

matlamat yang diharapkan.

Page 26: Kerja Kursus Sejarah