29
i.Surat Khabar

Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
Page 2: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

i.Surat Khabar

Nama akhbar : Harian Metro

Tarikh : Sabtu , 25 Ogos 2011

Halaman :M/S 60

Ruangan :Bisnes

Page 3: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

ii . Internet

Alamat laman web : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahulu

iii.Orang Sumber

Page 4: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

1. Nama : Rohamiza binti Abdul Hamid

2. Umur :34 Tahun

3. No Kad Pengenalan:

4. Alamat : No. 93, Kampung Masjid Lama, Naka, 06350 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

5. Transkripsi perbualan:

a. Apakah keistimewaan bahulu ini?

b. Berapa orangkah pekerja yang bekerja dengan perusahaan ini?

c. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat bahulu?

d. Apakah peralatan yang digunakan untuk membuat bahulu?

e. Bagaimanakah cara bahulu dihasilkan?

f. Bagaimanakah langkah mengawal mutu?

g. Bagaimanakah dengan rangkaian pemasaran bahulu?

h. Apakah pengiktirafan atau sambutan daripada pengguna?

i. Adakah produk ini berkembang maju?

j. Apakah perancangan masa depan?

iv . Melawat tempat kajian

Page 5: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Nama Syarikat : Kantung Rezeki Enterprise

Alamat : Kantung Rezeki Enterprise,No.93,Kampung Masjid Lama,Naka,06350 Alor

Setar,Kedah.

Page 6: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
Page 7: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
Page 8: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Senarai Kandungan

ASPEK MUKA SURAT

Penghargaan

Objektif Kajian

Kaedah Kajian

Hasil Kajian

Rumusan

Lampiran

Rujukan

Penghargaan

Page 9: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya untuk

melaksanakan dan menyempurnakan kerja kursus Sejarah PMR 2012.Semua ini tidak dapat

disiapkan tanpa izin-Nya.

    

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengetua Sekolah

Menengah Agama al-Khairiah , Puan Hajjah Zalihah binti Haji Ibrahim kerana telah memberikan

kebenaran untuk kami menjalankan kerja kursus ini.

    

Jutaan terima kasih juga kepada guru sejarah saya iaitu Puan Sharifah binti Zainul kerana

telah banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan serta pendedahan untuk saya

melengkapkan kerja kursus PMR 2012.

    

Saya juga merakamkan penghargaan kepada orang sumber iaitu Puan Rohamiza binti Abdul

Hamid yang telah memberikan maklumat tentang produk tempatan yang dihasilkan olehnya iaitu

kuih bahulu.Tanpanya saya tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus sejarah ini.

    

Di samping itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas Muhammad

Badri bin Abdul Rani,Muhammad Faiz bin Abdul Halim dan Muhammad Zulhilman bin Abdul

Manas yang sanggup  berkongsi maklumat dan mengadakan perbincangan dari semasa ke

semasa dalam mengenalpasti fakta-fakta untuk dimasukkan dalam kerja kursus ini.

    

Akhir sekali, saya amat terhutang budi terhadap kedua insan tersayang iaitu ibu bapa saya

Mohd Nazri bin Talib dan Noraini binti Muhammad  yang banyak bekorban masa, tenaga dan

wang ringgit untuk saya menyempurnakan kerja kursus.

Page 10: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Objektif Kajian1. Kajian ini dilakukan secara amnya untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang

sahih.Ini akan membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul ,

jelas dan tepat.

2. Kajian ini dapat menambah ilmu pengetahuan saya tentang produk tempatan yang

terdapat di negara kita.

3. Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian

Rendah (PMR).

4. Kajian ini juga dapat menyedarkan orang Melayu akan kepentingan membeli barangan

buatan Malaysia agar wujud semangat cintakan negara.

Page 11: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

KAEDAH KAJIAN

1. Kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah internet. Bahan-bahan untuk kajian ini

saya perolehi daripada internet dengan melayari lama-laman web yang berkenaan dan

berkaitan dengan tajuk kajian.

2. Kaedah kajian perpustakaan. Saya mencari tajuk kajian daripada buku-buku ilmiah

yang saya pinjam dan perolehi daripada perpustakaan sekolah ini dan sekolah-sekolah

lain.

3. Kaedah temubual juga saya gunakan dalam kajian ini, iaitu saya menemubual orang

sumber berkenaan dengan produk tempatan.Orang sumber yang menjadi rujukan utama

saya semasa menyiapkan kajian ini.

4. Kaedah melawat tempat kajian.Saya telah melawat tempat kajian untuk memperoleh

maklumat yang diperlukan.Dengan kaedah ini saya dapat mengetahui bagaimana bahulu

dihasilkan.

Page 12: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
Page 13: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Maklumat Asas Produk Tempatan

Nama produk ini ialah Bahulu Tok Ngah.Bahulu Tok Ngah dikategorikan dalam produk

makanan tempatan.Pengusahanya ialah Puan Rohamiza binti Abdul Hamid.Kantung Rezeki

Enterprise merupakan syarikat tunggal yang dimiliki oleh Puan Rohamiza.Syarikat ini terletak di

Kampung Masjid Lama,Naka,06350 Alor Setar,Kedah Darul Aman.

Latar Belakang

Bahulu Tok Ngah diasaskan oleh Che Puan atau lebih dikenali sebagai Tok Ngah semenjak 30

tahun dahulu secara sambilan pada musim perayaan dan menerima tempahan pada majlis-majlis

keramaian.Resepi bahulu ini telah diwarisi oleh anaknya iaitu Puan Rohamiza.Pada

mulanya,bahulu ini dibuat secara tradisional.Namun demikian,memandangkan permintaan yang

sangat menggalakkan dan disukai ramai perusahaan ini telah di naik taraf dan dikomersialkan

menjadi lebih teratur dengan menggunakan mesin moden.

Namun semua itu tidak semudah yang disangka kerana ia memerlukan kos yang tinggi untuk

membeli mesin-mesin moden dan membangunkan bengkel membuat bahulu.Namun dengan

berkat usaha Puan Rohamiza dan suaminya,mereka berdua telah berjaya membangunkan bengkel

dengan wang simpanannya yang berjumlah sebanyak RM 40,000.Selain itu,Lembaga Pertubuhan

Peladang melalui PPK Naka telah memberi sokongan dan bimbingan untuk mengembangkan

perusahaan.

Syarikat ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mendapat lesen

perniagaan iaitu AS 0316099- T.Semua ini dilakukan bagi menjamin kepercayaan pengguna

Page 14: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

terhadap Bahulu Tok Ngah.Bahulu Tok Ngah sangat penting kerana masyarakat masa kini

mungkin akan melupakan makanan tradisional jika tiada sesiapa yang mengusahakan makanan

tradisional ini.

Bagi menarik minat pelanggan,Puan Rohamiza telah mempelbagaikan perisa bahulu seperti

Ros,Strawberry,Lemon,Madu,Coklat,Pandan,Keladi dan Manik Urai.Ia juga dihasilkan dalam

pelbagai bentuk seperti ikan hantaran (besar),ikan sederhana,ikan emas,udang dan gelugur.

Page 15: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Kaedah dan Cara Penghasilan

Untuk melancarkan dan mempercepatkan proses penghasilan bahulu,Puan Rohamiza telah

mengambil 2 orang pekerja.Selain itu,mesin yang moden seperti oven,flour mixer dan pengacau

telur digunakan untuk memudahkan peroses penghasilan bahulu.Bahan yang digunakan untuk

membuat bahulu adalah telur,gula dan tepung gandum.

Cara membuat bahulu:

1. Kacau telur dengan gula sehingga kedua-dua bahan menjadi sebati.

2. Kemudian,masukkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan tepung.

3. Kacau adunan sehingga sebati.

4. Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan.

5. Akhir sekali,masukkan acuan ke dalam oven.

6. Tunggu sehingga 10 minit untuk dihidangkan.

Untuk menjamin kualiti dan mutu produk,kebersihan bengkel membuat bahulu dijaga

rapi.Selain itu,Puan Rohamiza juga telah menjalani kursus yang dianjurkan oleh Jabatan

Kesihatan agar produk bersih dan tahan lama.Bahulu juga dipek dengan kemas agar bahulu tidak

lemau.

Page 16: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Perkembangan Produk

Rangkaian pemasaran Bahulu Tok Ngah sekitar kawasan utara iaitu negeri Kedah,Perlis,Pulau

Pinang dan utara Perak.Melalui sokongan daripada pengguna dan Lembaga Pertubuhan

Ladang,Bahulu Tok Ngah diberi peluang menyertai aktiviti promosi dikarnival-karnival

usahawan dan program sua rasa TV9.Setakat ini,pendapatan bulanan hasil penjualan bahulu

mencecah RM 6,000 memandangkan Bahulu Tok Ngah mendapat sambutan yang menggalakkan

dan terkenal di merata tempat.

Beberapa masalah dan cabaran yang perlu dihadapi oleh Puan Rohamiza untuk berada pada

tahap ini.Antaranya ialah,modal yang besar untuk membeli peralatan moden seperti oven,flour

mixer dan lain-lain lagi.Selain itu,persaingan dari segi pasaran juga merupakan satu cabaran

besar dalam dunia perniagaan.

Puan Rohamiza telah merancang untuk mengembangkan perusahaan bahulu.Beliau ingin

melebarkan sayap perusahaan ini keseluruh semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan

Sarawak.Selain itu,beliau juga bercadang untuk membeli peralatan yang lebih canggih dan

moden agar bahulu lebih berkualiti dan tahan lama.Beliau juga ingin menambah lagi bilangan

pekerja kerana itu akan memudahkan lagi urusan perniagaan.Kata beliau ‘jika usaha berterusan

Allah akan mengadili,jika doa dipanjatkan Insyaallah semua ini akan terjadi’.

Page 17: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Rumusan

Konklusinya,negara kita yang sudah 55 tahun mengecapi nikmat merdeka sudah mampu

bangun sebagai sebuah negra yang aman dan rakyatnya sedang menikmati arus

kemajuan.Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berasa bangga kerana masyarakat majmuk telah

memberi peluang dan ruang kepada kita untuk hidup bersama-sama.Kepelbagaian sumber

ekonomi seperti industri kecil dan sederhana,industri desa daan sebagainya telah berjaya

mengeluarkan ramai dalam kalangan rakyat dari kepompong kemiskinan.

Selain itu,kita dapat mengamalkan semangat setia negara dalam diri setiap

individu.Seharusnya kita berasa bangga dengan keupayaan pemimpin negara yang

bertanggungjawab menjaga keharmonian negara dan menjaga kemakmuran negara.Pelbagai

kemudahan telah disediakan kepada mereka yang mahu memajukan diri dan keluarga sama ada

di sektor pertanian,perniagaan,industri dan sebagainya.Peluang pendidikan yang luas

membolehkan semua rakyat menikmati erti kemajuan.

Akhir sekali,sebagai rakyat Malaysia,kita perlu berusaha dan produktif dalam membangunkan

negara,keharmonian dan kekayaan negara.

Page 18: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
Page 19: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Gambar

Page 20: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
Page 21: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
Page 22: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Fakta Nutrisi Makanan

Page 23: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Peta Negeri Kedah

Page 24: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
Page 25: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Peta ke Padang Terap

Produk Makanan Tempatan Lain

Page 26: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Dodol Kopi

Rempeyek Kerepek Ubi Kayu

Popia Simpul Kasih Serunding

Page 27: Kerja Kursus Sejarah PMR 2012