Kerja Kursus Sejarah Ting 1

Embed Size (px)

Citation preview

Elemen 1: Mengumpul Fakta

Elemen 2: Merekod Fakta Sejarah

Elemen 3: Penerapan Unsur Patriotisme

Penghargaan

Saya berasa bangga kerana dapat menyiapkan kerja Kajian Sejarah ini pada waktu yang ditetapkan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Rodiah bt Hamzah dan Mohd Pauji bn Mohd Illias kerana turut membantu semasa saya melakukan kerja ini.Mereka juga turut memberi nasihat kepada saya dan memberi sokongan semasa saya melakukan kerja ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Sejarah saya iaitu Puan Salina bt Suparman kerana beliau telah memberi maklumat kepada saya dan memberi dorongan semasa saya melakukan kerja ini.

HASIL KAJIAN

Bagaimana Parameswara Mengasaskan MelakaKerajaan Majapahit

-Kerajaan ini diasaskan oleh Raden Wijaya yang menerima pengaruh Hindu Buddha. -Melaksanakan sistem pentadbiran berasaskan Undang-undang Manu. -Raja dibantu oleh Perdana Menteri dan empat orang menteri. -Mengamalkan konsep Devaraja. -Kegemilangan kerajaan Majapahit ialah semasa pemerintah Hayam Wuruk (Raja Senagara)yang dibantu oleh Perdana Menteri yang bernama Patih Gajah Mada. -Dikunjungi oleh pedagang dari Asia Tenggara,China,India,dan Timur Tengah. -Menjadi tempat perdagangan utama pada abad ke-15 Masihi. -Antara pelabuhan utamanya ialah Kataha (Kedah Tua)dan Temasik.

KesimpulanSejarah pembentukan kerajaan awal di Asia Tenggara membuktikan telah wujud kerajaan agung yang berasal daripada kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Sistem pentadbiran yang teratur membolehkan kerajaan ini menyediakan pelbagai kemudahan di pelabuhan seperti bekalan air,makanan,dan tempat tinggal.Kemudahan tersebut telah menarik minat pedagang asing untuk singgah dan berdagang. Kecekapan dan kemampuan pemimpinya mentadbir kerajaan dan empayar,serta sistem pentadbiran yang tersusun,telah berjaya mewujudkan suasana yang aman dan damai. Sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada rakyat juga dapat membantu kemajuan sesebuah negara.Kita sewajarnya berbangga dengan pencapaian kerajaan awal yang telah membuktikan kebolehannya dalam mengendalikan pelabuhan dan perdagang bertaraf dunia.Kita juga patut bersyukur kerana dikurniai tanah yang subur serta hasil pertanian yang baik. Berdasarkan sejarah pembentukan kerajaan awal yang telah kamu pelajari,ternyata keamanan,semangat bermasyarakat,kesetiaan serta bersatu padu,dan harmoni merupakan perkara penting dalam perintahan negara.Kebijasanaan pemimpin dalam menjalin hubungan dengan negara luar telah berjaya menarik kedatangan pedagang asing.Dalam bab berikutnya pula,akan dibincangkan aspek-aspek kebijasanaan pemimpin dan kesungguhan rakyat dalam membangunkan kerajaan Melaka.

Pengasasan Kesultanan

Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka -Kedatangan Parameswara

Asal Usul Nama Melaka -Berasal daripada Nama Pokok -Berasal daripada Istilah Arab

Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu Melaka -Sistem Pemerintahan yang teratur -Kemudahan Pelabuhan -Hubungan Diploma -Bantuan Orang Laut -Ikatan Konsep Daulat

Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu MelakaPara sejarawan bersetuju bahawa pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara. Melaka diasaskan oleh Parameswara pada sekitar tahun 1400. Selepas kejatuhan kerajaan Srivajaya yang berpusat di Palembang,muncul pula kerajaan Majapahit. Kerajaan ini telah berjaya menguasai kawasan -kawasan Srivajaya termasuk Palembang dan Temasik. Penguasaan Majapahit ditentang oleh raja Palembang dan puteranya,Parameswara. Parameswara berusaha membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit. Walau bagaimanapun ,raja Majapahit bertindak segera dengan menyerang Palembang. Parameswara bersama-sama dengan pengikutnya telah berundur ke Temasik. Di Temasik, Parameswara dan pengikutnya telah disambut baik oleh pemerintah Temasik iaitu Temagi.Temasik pada ketika itu berada di bawah naungan Siam. Parameswara dapat menjangka bahawa Temasik akan berkembang maju. Wawasan Parameswara ini adalah berdasarkan kedudukan Temasik yang strategik. Parameswara berusaha menuntut hak pertuanannya untuk menjadi pemerintah untuk Temasik kerana Temasik pernah menjadi naungannya. Setelah membunuh Temagi,Parameswara berusaha memajukan Temasik supaya kegemilangan kerajaan Srivajaya dapat di wujudkan semula. Pembunuhan Temagi oleh Parameswara menyebabkan kerajaan Siam ingin menuntut bela dan kerajaan Majapahit cuba untuk menaklukinya. Untuk mengelakkan serangan daripada kerajaan Siam dan Majapahit, Parameswara bersama-sama Orang Laut berpindah meninggalkan Temasik dan menuju ke Muar. Selepas tinggal di Muar, Parameswara bersama-sama dengan pengikutnya meneruskan perjalanan melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara. Mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan.Penduduknya terdiri daripada orang Melayu,Orang Laut,dan Orang Asli. Parameswara berpendapat bahawa kedudukan tempat tersebut amat baik kerana

berhampiran dengan laut yang menjadi tempat laluan kapal dagang. Bekalan air bersih juga mudah diperolehi. Selain itu , bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh dijadikan petunjuk bagi pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.Pokok bakau dan apiapi boleh dijadikan benteng pertahanan dan pelindung semula jadi. Anain monsun pula tidak menggangu kegiatan perdagangan kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin tersebut.

Asal Usul Nama MelakaBerasal daripada Nama Pokok

Pernahkah kamu melihat pelanduk dan pokok Melak? Untuk maklumat kamu, pelanduk dan pokok Melaka dikaitkan dengan sejarah asal usul nama Melaka. Menurut Sejarah Melayu,semasa Parameswara sedang berehat dibawah pokok Melaka, Parameswara telah melihat peristiwa pelanduk menendang anjing buruannya.Peristiwa itu di anggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing. Oleh itu Parameswara memilih tempat tersebut untuk mendirikan kerajaan. Parameswara memilih tempat tersebut sebagai Melaka bersempena dengan nama pokok Melaka tempat beliau berehat.

Berasal daripada Istilah Arab

Nama Melaka juga dikatakan berasal daripada perkataan Arab. Pedagang-pedagang Arab memanggil Melaka dengan nama Mulaqah yang bermaksud pertemuan. Selain itu Melaka juga di sebut sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala dagang.

Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu MelakaSebagai seorang pemimpin, Parameswara telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membangunkan negeri Melaka.

Sistem Pemerintah yang Teratur

Parameswara telah menyusun pentadbiran di Melaka supaya lebih teratur. Beliau telah melantik pembesa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal balairung seri,empat puluh orang bentara untuk menjalankan perintah raja, dan biduanda kecil untuk membawa alat-alat kebesaran diraja.

Kemudahan Pelabuhan

Parameswara bijak merancang dan gigih berusaha untuk memajukan Melaka melalui kegiatan perdagangan. Antara kemudahan yang disediakan ialah membaiki kapal, bekalan air bersih dan makanan, tenaga kerja serta tempat penginapan khusus untuk para pedagang daripada pelbagai bangsa. Semua kemudahan ini penting bagi membolehkan mereka datang berniaga di Melaka.

Kegemilangan MelakaA. Pentadbiran yang sistematik

Dalam bab ini kamu akan mempelajari kegemilangan Melaka dalam bidang pentadbiran,perdagangan,hubungan luar ,perkembangan agama Islam, kegiatan ilmu dan perluasan kuasa. Kegemilangan Melaka adalah hasil usaha gigih sultan dan pembesarnya. Rakyat juga turut berperanan berganding bahu membantu pemerintah membangunkan dan memajukan Melaka.

Pentadbiran yang sistematik

Raja /sultan

Raja/Sultan

Pembesar Berempat

Pembesar Berlapan

Pembesar Enam Belas

Pembesar Tiga Puluh Dua

Struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan

Sistem Pembesar Empat Lipatan

Bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka,Sultan Melaka telah mengadakan suatu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem ini boleh digambarkan seperti rajah di atas. Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini,sultan mengetuai teraju pemerintah. Baginda di bantu oleh empat orang pembesar yang di kenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana. Pembesar Berempat di bantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua. Pembesar-pembesar ini mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan dengan jujur dan bijaksana.

Sultan

Bendahara -Penasihat raja dalam bidang pentadbiran -Menteri utama -Ketua turus angkatan perang -Ketua hakim -Pemangku sultan gering atau keluar negara

Penghulu Bendahari -Pemungut hasil atau ufti -Ketua segala Bendahari -Ketua urusetia istana -Ketua segala Syahbandar

Temenggung -Ketua polis dan penjara -Penguasa bandar dan Kota Melaka -Protokol istana -Hakim di darat

Laksamana -Ketua angkatan laut -Pengawal peribadi raja -Ketua duta -Mengetuai utusan

Para pembesar bertanggungjawab menegakkan dan mempertahankan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka. Mereka juga telah melaksanakan tugas dengan jujur dan bijaksana sehingga menjadikan Melaka sebuah kerajaan yang gemilang. Sokongan padu dan taat setia daripada pembesar kepada sultan sangat penting untuk membina kerajaaj yang kuat dan maju. Untuk meningkatkan sokongan tersebut, sultan telah memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah, sungai atau pulau. Kawasan pentadbiran pembesar tersebut dipanggil kawasan pegangan.

Pembesar

Kawasan Pegangan

Bendahara Penghulu bendahari Temenggung Laksamana Hulubalang

Muar dan Bentan Sening Ujung dan Kampar Tiada kawasan pegangan Temasik Sungai Raya dan Siantan

Selain kawasan pegangan yang berada di bawah kuasa Pembesar Berempat ,sultan Melaka juga melantik pembesar lain seperti pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk memungut cukai. Kawasan memungut cukai ini di panggil kawasan pemakanan. Pada lazimnya pembesar-pembesar akan datang berhadap dan persembahkan ufti kawasannya kepada sultan. Kerajaan Melaka telah memperkenalkan sistem pentadbiran yang teratur. Sistem pentadbiran ini diikuti dan diwarisi oleh kerajaan Melayu yang lain di Semenanjung

Tanah Melayu. Sistem ini juga di jadikan panduan dan asas kepada pemerintah sekarang untuk mewujudkan sistem pentadbiran yang sistematik. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dengan sistem pentadbiran yang kita miliki, kerana tanpa sistem pentadbiran yang cekap, sudah tentu sesebuah kerajaan menjadi lemah.

B. Perluasan Kuasa

Cara cara Perluasan Kuasa

Melaka berjaya membentuk sebuah empayar yang agung melalui penaklukan, perkahwinan, dan kerelaan raja negeri lain untuk menjadi naungan Melaka. Bagi menjamin keselamatan , kemakmuran, dan keutuhan, kerajaan Melaka telah menakluki beberapa buah kerajaan. Antara kerajaan yang ditakluki oleh Melaka ialah Kampar dan Pahang. Kejayaan ini disebabkan oleh kebijasanaan sultan Melaka dalam mengatur strategi serta dibantu oleh askar yang berani dan sanggup berkorban. Terdapat juga pemerintahyang rela bernaung di bawah kerajaan Melaka. Antaranya ialah Jambi dan Lingga. Raja-raja yang berada di bawah naungan Melaka biasanya di tabalkan oleh sultan Melaka. Perluasan kuasa empayar Melaka juga dilakukan melalui perkahwinan. Putera dan puteri sultan Melaka akan dikahwinkan dengan putera dan puteri raja negeri lain seperti Pahang, Kelantan,dan Siak. Perkahwinan ini dapat mengukuhkan hubungan persaudaraan antara kedua-dua buah kerajaan. Kerajaan Melaka turut memberi bantuan kepada kerajaan lain yang menghadapi huru-hara dalam negeri. Kerajaan Melaka telah membantu raja Pasai,Sultan Zainal Abidin yang hendak digulingkan daripada takhta. Melaka juga turut membantu Pasai mengalahkan kerajaan Aru yang mengancam Pasai dan Melaka. Dengan itu, kekuasaan Melaka diakui oleh Pasai walaupun kedudukan Pasai dianggap setaraf dengan Melaka.

Kebijasanaan Pemimpin

Kejayaan Melaka membentu sebuah empayar yang luas disebabkan oleh kebijasanaan sultan dan pembesarnya. Usaha perluasan kuasa bermula semasa pemerintah Sultan Muzaffar Shah. Baginda berjaya menguasai Pahang ,Inderagiri,dan Kampar. Sultan Muzaffar Shah bertindak bijak dengan menghantar Tun Perak bagi menghadapi serangan Siam terhadap Melaka. Baginda jagu menjalin hubungan diplomatik dengan China. Melalui hubungan ini, kedudukan Melaka bukan sahaja diiktiraf oleh sebuah kuasa yang kuat seperti China, malahan oleh kerajaan lain di rantau ini. Sultan Muzaffar Shah juga bijak menyelesaikan perbalahan antara orang Melayu dengan orang India-Muslim di istana. Dengan itu, baginda dapat menumpukan usaha meluaskan kuasa kerana tidak menghadapi masalah dalam negeri. Selepas kemangkatan Sultan Muzaffar Shah, usaha perluasan kuasa telah diteruskan oleh pengganti baginda iaitu Sultan Mansor Shah. Baginda berjaya menguasai Bernam dan Perak di Semenanjung Tanah Melayu serta Siak di pantai Timur Sumatera. Dengan usaha baginda, Pahang,Kampar,dan Inderagiri berjaya dihalang daripada membebaskan diri daripada penguasaan Melaka. Selepas kemangkatan Sultan Mansor Shah, tampuk pemerintah kerajaan Melaka diterajui oleh Sultan Alauddin Riayat Shah. Baginda merupakan seorang pemimpin yang warak dan sangat mementingkan pentadbiran negara. Buku Sejarah Melayu menggambarkan Sultan Alauddin Shah sebagai seorang yang gagah.

Adapun akan Sultan Aluddin itu terlalu perkasa,(tiada berbagai)pada zaman itu W.G. Shallabear, Sejarah Melayu, halaman 171.

Sultan Alauddin Riayat Shah sangat mengambil berat tentang keamanan dan keselamatan dalam negeri. Baginda menyamar menjadi rakyat biasa untuk membanteras kejadian jenaya. Keamanan dalam negeri membolehkan baginda menumpukan sepenuh masa dan tenaga kepada usaha-usaha perluasan kuasa. Semasa hendak berperang dengan Aru,Sultan Alauddin Riayat Shah telah memilih hulubalang yang gagah dan berani seperti Laksamana Hang Tuah bagi menghadapi tentangan tersebut. Akhirnya, kerajaan Melayu Melaka memperoleh kemenangan dan Aru dapat dikuasai. Usaha memperluas kuasa kerajaan Melaka turut dibantu oleh pmbesar yang berwibawa dan cekap. Salah seorang pembesar tersebut ialah Bendahara Tun Perak. Semasa menjadi penghulu Klang, Tun Perak berjaya menghalang serangan Siam pada tahun 1445. Tun Perak mengarahkan pengikutnya membawa keluarga masing-masing berpindah ke Melaka. Ini dapat menaikkan semangat tenteranya untuk mempertahankan Melaka. Ketika Tun Perak menjadi Bendahara Melaka pada tahun 1456, Siam sekali lagi menyerang Melaka. Bendahara Tun Perak mengarahkan supaya askarnya menggunakan perahu kecil sebagai muslihat perang. Ini menyukarkan pihak Siam untuk mengejarnya. Mereka juga mengikat jamung di pokok bakau untuk mengelirukan tentera Siam seolah-olah Melaka mempunyai bilangan tentera yang ramai. Akhirnya, tentera Siam terpaksa berundur dan kembali ke Siam. Bendahara Tun Perak juga berjaya menguasai Pahang yang pada masa itu berada di bawah kekuasaan Siam. Bendahara Tun Perak sangat setia kepada sultan Melaka. Hal ini terbukti apabila Bendahara Tun Perak tidak menuntut bela apabila anaknya Tun Besar dibunuh oleh putera Sultan Mansor Shah, iaitu Raja Muhammad. Kata Bendahara Tun Perak,

Adat hamba Melayu tidak pernah derhaka, tetapi akan kita bertuankan seorang ini, janganlah. W.G.Shellabear(ed),Sejarah Melayu, halaman 123.

Bendahara Tun Perak hanya meminta supaya Sultan Mansor Shah tidak melantik Raja Muhammad menjadi pengganti sultan. Raja Muhammad kemudiannya dihantar ke Pahang dan menjadi raja di sana. Tindakan Tun Perak ini dapat mewujudkan keamanan dalam negeri serta mengekalkan kesetiaan rakyat Melaka. Ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang seperti berwawasan, mempunyai strategi dan bertindak bijak, serta taat setia kepada raja dan pemimpin negara boleh mewujudkan kegemilangan dan kekuatan sesebuah kerajaan. Perluasan kuasa memberi beberapa kesan terhadap kerajaan Melaka. Melalui dasar perluasan kuasa ini, Melaka menerima pelbgai ufti sama ada dalam bentuk wang, barangan atau ketenteraan. Dengan menguasai kerajaan di pantai timur Sumatera dan semua kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu, kerajaan Melaka dapat mengawal perairan Selat Melaka. Bekalan barangan juga sentiasa diperoleh daripada negeri jajahan dan naungan. Dasar perluasan kuasa juga telah membolehkan Melaka mengembangkan ajaran agama Islam ke kawasan yang dikuasainya. Dengan itu, agama Islam tersebar di Kepulauan Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif semasa saya menjalankan kajian ini ialah

1. Dapat mengumpul banyak maklumat tentang Asal Usul Nama Melaka. 2. Dapat mengetahui Bagaimana Parameswara Mengasaskan Melaka. 3. Dapat menghargai Kemerdekaan dan Kegemilangan Melaka.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang saya telah gunakan dalam melaksanakan kajian ini ialah:

1. Menganalisis dokumen. Saya telah menganalisis dokumen untuk mendapatkan maklumat tentang Bagaimana Parameswara Mengasaskan Melaka 2. Menemu bual / menemuramah. Saya telah menemu bual Cikgu Salina untuk mendapatkan maklumat tentang tajuk diatas. 3. Pemerhatian. Saya telah menyemak semula kerja-kerja ini supaya tiada kesalahan yang berlaku. Semoga cikgu boleh menerima hasil kerja saya.

LAMPIRAN1.Gambar

2. Peta

RumusanSaya bersyukur kerana telah dapat melaksanakan kajian sejarah ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari tentang Sejarah Negeri Melaka. Saya dapat mengetahui pentingnya nilai kesabaran, ketekunan dan rajin dalam membuat kerja folio ini. Kajian ini juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan antara murid dan guru. Saya harap kajian ini dapat dijadikan contoh dan dapat dipamerkan ditempat yang sesuai.

Rujukan

1. Buku Ahmad Fauzi bin Mohd. Basri, 2006, Sejarah Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

2. Internet Web http://www.Melaka.net/history2.htm

3.Orang Sumber Pn. Salina Suparman, guru sejarah tinkatan 1 SMK SERI DESA.

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6.

PERKARA Tajuk Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian 6.1 Bagaimana Parameswara mengasaskan Melaka 6.2 Asal-usul nama Melaka 6.3 Kegemilangan Melaka Rumusan Lampiran Rujukan

M/S

7. 8. 9.

Elemen 3

Penjajahan Portugis di Melaka boleh memupuk nilai murni di kalangan pelajar. Bincangkan:

Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan agama. Serta sistem pentadbiran yang teratur, kecekapan dan kemampuan pemimpin kerajaan Malaysia sehingga menjadi maju di mata dunia. Setiap warganegara perlu memahami dan menghayati sejarah supaya kita berbangga menjadi warganegara Malaysia dan bertanggungjawab mempertahankan Negara serta bersemangat setia Negara dan cintakan Negara ternyata keamanan, semangat bermasyarakat, kesetiaan serta bersatupadu dan harmoni merupakan perkara penting didalam sesebuah Negara yang berdaulat. Selain itu, boleh dijadikan pengajaran untuk panduan kita semua, supaya generasi kita dapat memupuk semangat patriotisme serta berbangga akan negara sendiri dan menghargaiserta memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara,bersemangat kekitaan.