12
Bahagian A [ 75 markah ] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini. 1. (a ) Perbualan di bawah berkaitan mesyuarat pengurusan jualan di sebuah syarikat telekomunikasi. Berdasarkan maklumat di atas, terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh syarikat tersebut? [5 markah] (b ) Maklumat di bawah ini berkaitan dengan ciri ekonomi Negara Y. (i ) Apa yang hendak dikeluarkan [3 markah] 1 Pada pandangan ahli mesyuarat, antara model telefon pintar Model S2 dengan Model S4, yang manakah perlu ditingkatkan jumlah jualannya? Saya berpendapat kita patut memilih Model S4 berbanding Model S2 kerana ia lebih mesra pengguna. Namun kita menghadapi beberapa masalah yang perlu diselesaikan. Firma bebas bersaing berlandaskan syariat islam Untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan

Kertas 2.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas 2.docx

Bahagian A[ 75 markah ]

Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini.

1. (a) Perbualan di bawah berkaitan mesyuarat pengurusan jualan di sebuah syarikat telekomunikasi.

Berdasarkan maklumat di atas, terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh syarikat tersebut?

[5 markah]

(b) Maklumat di bawah ini berkaitan dengan ciri ekonomi Negara Y.

(i) Apa yang hendak dikeluarkan [3 markah](ii) Bagaimana hendak dikeluarkan [3 markah](iii) Untuk siapa dikeluarkan. [3 markah]

(c) Gambar yang berikut berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengajaran dalam sebuah kelas.

1

Pada pandangan ahli mesyuarat, antara model telefon pintar Model S2 dengan Model S4, yang manakah perlu ditingkatkan jumlah jualannya?

Saya berpendapat kita patut memilih Model S4 berbanding Model S2 kerana ia lebih

mesra pengguna. Namun kita menghadapi beberapa masalah yang perlu diselesaikan.

Firma bebas bersaing berlandaskan syariat islam Untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat

Page 2: Kertas 2.docx

Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil supaya individu dapat mengelak dari berhutang. [5 markah]

(d) Perbualan berikut adalah antara guru dan pelajar tentang pelaburan.

CikguAzri :

Azwan :

CikguAzri :

Dari sudut ekonomi, ada pelbagai cara pelaburan yang boleh dipilih oleh individu untuk menambah pendapatan masa depan.Melalui tabungan juga kita boleh mendapat pulangan, kan cikgu!Ya Azwan, tetapi pulangan untuk pelaburan adalah lebih tinggi

Terangkan cara-cara pelaburan yang dimaksudkan oleh Cikgu Azri.[6 markah]

2. (a) Berikut adalah perbualan antara dua orang rakan.

Terangkan peranan unit ekonomi yang terdapat dalam perbualan ini.[4 markah]

(b) Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan keluk permintaan bagi barang Z

2

Ani : Ana, jom kita pergi ke kedai X? Mesin basuh kita tu dah lama, kita beli yang automatik 12kg? Baru boleh banyak membasuh.

Ana : Ani, kau tak ingat ke? Bil elektrik bulan ini belum bayar lagi. Duit kita hanya cukup untuk membayar bil sahaja. Tunggu la bonus bulan hadapan, baru kita beli mesin basuh yang baru.

Page 3: Kertas 2.docx

Bezakan perubahan kuantiti barang tersebut bagi kedua-kedua rajah di atas[6 markah]

(c) Jadual di bawah ini menunjukkan fungsi pengeluaran jangka pendek bagi sebuah firma.

Bilangan Buruh ( Orang )

Jumlah Keluaran ( Unit )

Keluaran Purata ( Unit )

Keluaran Sut ( Unit )

0 0 - -1 100 100 1002 220 110 1203 360 120 1404 P 122.5 R5 540 108 506 580 Q 407 580 82.8 08 560 67.5 - 20

(i) Kira nilai P, Q, dan R. [3 markah]

(ii) Jelaskan hubungan antara output dengan keluaran purata dan keluaran sut pada bilangan buruh yang berikut:

Bilangan buruh 0 – 3 orang [3 markah] Bilangan buruh 3 – 6 orang [3 markah]

(d) Jadual di bawah menunjukkan penawaran Firma Bexton

Harga (RM) Kuantiti ditawar (unit)40 6030 40

3

Page 4: Kertas 2.docx

(i) Hitung nilai keanjalan harga penawaran bagi barang yang dikeluarkan oleh Firma Bexton jika harga menurun daripada RM40 kepada RM30.Gunakan rumus:

[2 markah]

(ii) Adakah anda bersetuju Firma Bexton menawarkan barang pertanian? Beri tiga alasan.

[4 markah]

3. (a) Jadual menunjukkan kuantiti biskut yang ditawarkan bagi 2 buah firma dan permintaan pasaran bagi biskut tersebut.

Harga (RM)

Kuantiti ditawarkan (kg) Permintaan pasaran (kg)Firma A Firma B

5 20 35 8010 P 45 7515 40 55 55

(i) Hitungkan nilai P jika harga keseimbangan ialah RM10 [2 markah]

(ii) Huraikan keadaan pasaran pada tingkat harga RM15 [4 markah]

(b) Berikut merupakan perbualan di antara En. Kassim ,pengarah di Syarikat Perabot Bagus Sdn. Bhd. dan Nadia seorang kerani di syarikat perabot tersebut.

En. Kassim : Nadia, saya harap kenaikan gaji baru yang diberi dapat meringankan kos sara hidup keluarga awak

Nadia : Ya, En. Kassim , syukurlah dengan gaji RM 2000 itu , saya ingat hendak membeli meja makan yang baru dari syarikat ini.

En. Kassim : Elok juga tu, beli la meja makan yang baru sampai semalam , harga hanya RM600 tetapi berkualiti.

Nadia : Saya pun hendak pilih yang itu.

Lakarkan rajah aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor tersebut.[7 markah]

(c) Gambar 1 dan 2 menunjukkan logo bagi dua buah bank yang terkenal di Malaysia.

4

Page 5: Kertas 2.docx

Gambar 1

Gambar 2

(i) Apakah sistem perbankan yang diamalkan oleh kedua-dua bank tersebut ?[2 markah]

(ii) Bandingkan ciri-ciri sistem perbankan yang dinyatakan di 3 (c)(i).[5 markah]

4. (a)

Pada penghujung tahun 2014, negara kita dikejutkan dengan sebuah bencana alam yang sungguh dasyat. Banyak kediaman, premis perniagaan dan harta benda yang musnah dan akan menyebabkan berlakunya banyak kerugian dan seterusnya akan menyebabkan kegiatan ekonomi yang tidak kukuh.

Berdasarkan kepada pengetahuan ilmu ekonomi anda, jelaskan tiga sumbangan institusi kewangan bukan bank kepada pembangunan ekonomi negara selepas tragedi bencana alam tersebut.

[6 markah]

(b)

Huraikan tiga kesan akibat perubahan struktur ekonomi negara.[6 markah]

5

Perubahan struktur ekonomi negara daripada sektor utama kepada sektor kedua dan seterusnya kepada sektor ketiga memberikan beberapa kesan yang positf terhadap negara kita.

Page 6: Kertas 2.docx

(c) Jadual dibawah menunjukkan sumber hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2013.Hasil Kerajaan Peratus (%)

Hasil bukan cukai 26.9

Hasil cukai langsung

56.5

X 16.6

Apakah X. Terangkan tiga jenis hasil kerajaan yang diperolehi daripada sumber X [6 markah]

(d) Jadual dibawah menunjukkan sumber pinjaman kerajaan.

Sumber Pinjaman RM juta

Bil Perbendaharaan 4 320

Sijil Pelaburan 88 711

Pinjaman Pasaran 10 096

Kredit Pembekal -

Sekuriti Kerajaan 260 993

Pinjaman Projek 7 357

(i) Hitung pinjaman kerajaan daripada sumber luar negara. (1 markah)(ii) Bagaimanakah cara Kerajaan Persekutuan mendapat pinjaman

dari luar negara.(6 markah)

5. (a) Gambar di bawah menunjukkan hubungan dagangan yang baik antara Malaysia dengan sebuah negara.

Terangkan kepentingan hubungan dagangan tersebut kepada Malaysia.[8 markah]

6

ImportEksport

Page 7: Kertas 2.docx

(b) Jadual di bawah menunjukkan nilai eksport nampak dan import nampak Malaysia dengan rakan dagangan utama bagi tahun 2014.

Rakan Dagangan

Dagangan RM/juta JumlahRM/Juta

China Eksport 52,601 116,989Import 64,388

Singapura Eksport 62,752 113,500Import 50,748

Jepun Eksport 48,121 80,254Import 32,133

USA Eksport 36,176 66,776Import 30,600

Jerman Eksport 10,688 23,610Import 12,922

Jumlah 401,129Sumber: Ubah suai daripada Bank Negara

Malaysia Laporan Ekonomi 2013/2014

Hitung imbangan dagangan dalam RM juta [ 4 markah]

(c)

(i) Apakah sekatan perdagangan yang terlibat dalam maklumat di atas[1 markah]

(ii) Jelaskan tiga keburukan sekatan di atas.[6 markah]

(d) Berikut adalah perbualan antara ibu dan anaknya yang menuntut di Amerika Syarikat.

Anak : Ibu, saya akan pulang ke Malaysia pada hujung bulan ini. Ada apakah yang ibu ingin saya belikan.Ibu : Boleh belikan ibu sebuah beg tangan jenama Coach yang berharga RM1 500. Anak : Baik ibu. Saya akan carikan.

(i) Sekiranya kadar pertukaran antara USD dan Ringgit Malaysia adalah seperti berikut : USD 1 = RM3.65Berapakah nilai beg tangan tersebut di sana?

[2 markah]

7

Kota Bharu - Sebuah lori kontena yang membawa masuk 10 000 guni beras daripada negara Thailand telah ditahan oleh pihak UPP di Rantau Panjang kerana membawa muatan beras siam melebihi had yang dibenarkan.

Page 8: Kertas 2.docx

(ii) “Kerajaan Malaysia telah mengurangkan penghantaran pelajarnya ke luar negara. Sebaliknya usaha giat dilakukan untuk menarik lebih ramai pelajar luar menyambung pelajaran di Malaysia. “

Berdasarkan situasi ini sahaja apakah kesan tindakan ini kepada kadar pertukaran ringgit Malaysia

[4 markah]

Bahagian B[25 markah]

Soalan ini wajib dijawab.

Encik Ali Redha ialah seorang usahawan bumiputera yang mengeluarkan output pakaian sukan untuk pasaran tempatan dan sebanyak 20 peratus keluarannya adalah dieksport ke negara-negara ASEAN. Kini beliau mempunyai dua buah kilang yang mengkhusus dalam pengeluaran pakaian sukan di Batu Berendam dan Johor Bahru. Berikut ialah maklumat kos pengeluaran kilang Encik Ali Redha di Batu Berendam pada bulan Januari 2015.

Output (helai) Kos tetap (RM) Kos berubah (RM)

15 00030 00050 00090 000

150 000

10 00010 00010 00010 00010 000

8 00018 00040 00080 000

100 000

Pada bulan April 2015, syarikat Encik Ali Redha bercadang untuk mengeluarkan kasut sukan berjenama ‘munshi’ yang akan menelan perbelanjaan sebanyak RM500 000. Encik Ali Redha telah mengemukakan kertas cadangan beliau kepada ahli lembaga yang lain agar syarikat dapat menguasai 15 peratus daripada pasaran kasut sukan tempatan dalam tempoh 3 tahun yang akan datang. Namun, hasrat Encik Ali Redha tidak tercapai akibat daripada masalah ekonomi yang dihadapi oleh syarikat.

Pada bulan Jun 2015, bersempena dengan temasya Sukan SEA yang berlangsung di negara Singapura, Encik Ali Redha telah mengambil tindakan untuk menaikkan harga pakaian sukan syarikatnya sebanyak 10 peratus dengan pekali keanjalan harga permintaan ialah 2.5. Selain itu, syarikat Encik Ali Redha juga ingin membuat pinjaman yang bernilai RM1 juta daripada sebuah institusi kewangan tempatan untuk membesarkan saiz pengeluaran syarikatnya di Johor Bahru pada bulan Disember 2015. Ini ekoran daripada hasrat syarikat untuk meningkatkan penguasaan pasaran Eropah dan menikmati pelbagai kebaikan hasil daripada hubungan baik Malaysia dengan Kesatuan Eropah.

6. Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut :

(a) (i) Berapakah jumlah kos dan kos purata bagi output 90 000 helai pakaian sukan?

[2 markah]

8

Page 9: Kertas 2.docx

(ii) Senaraikan 3 dokumen yang digunakan dalam kegiatan eksport dengan negara-negara ASEAN tersebut.

[3 markah](b) Jelaskan cara penyelesaian masalah ekonomi yang dihadapi oleh

syarikat Encik Ali Redha.[6 markah]

(c) (i) Setujukah anda dengan tindakan yang diambil oleh Encik Ali Redha untuk meningkatkan harga pakaian sukan?

[1 markah](ii) Beri alasan untuk menyokong jawapan anda di 6 (c)

(i)[3 markah]

(d) (i) Kenal pasti institusi kewangan yang sesuai untuk memberikan pinjaman yang diperlukan oleh syarikat Encik Ali Redha.

[1 markah](ii) Jelaskan pinjaman yang sesuai untuk syarikat Encik Ali Redha.

[3 markah]

(e) Terangkan maksud pernyataan “menikmati pelbagai kebaikan hasil daripada hubungan baik Malaysia dengan Kesatuan Eropah”.

[6 markah]

9