KERTAS KERJA ISRAK MIKRAJ 2015.docx

  • View
    100

  • Download
    8

Embed Size (px)

Text of KERTAS KERJA ISRAK MIKRAJ 2015.docx

1. PENDAHULUANBulan Rejab menggamit lagi. Pada bulan yang mulia ini, Allah Taala telah menjemput Rasulullah untuk menemui-Nya. Menyedari hakikat ini, maka program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran malam tersebut. Oleh itu, ia memberi peluang untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah Taala.

Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNYA (Nabi Muhammad saw) pada suatu malam hari, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqso, yang telah Kami berkati sekelilingnya, kerana hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat.(maksudayat 1, surah al-Isra)p

2. OBJEKTIF2.1. Dapat mengetahui pengertian Isra Mikraj.2.2. Dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa Isra Mikraj.2.3. Dapat beramal dan mengambil iktibar daripada peristiwa Isra Mikraj.2.4. Dapat memberikan maklumat tentang perjalanan Isra dan Mikraj nabi.2.5. Mengembalikan maklumattentang islam dalam diri para pelajar sebagai muslim.2.6. Para pelajar dapat menghayati ajaran nabi muhammad khususnya tentang solat.2.7. Menyemai kecintaan kepada Rasulullah S.A.W 2.8. Bersempena peristiwa Isra Mikraj yang terjadi pada bulan Rejab, program ini ingin menyingkap kisah perjalanan Isra Mikraj dan sirah kehidupan nabi.

3. RASIONALMajlis ini dirancang untuk mengingati peristiwa Isra Mikraj supaya semua warga sekolah dapat mengingati serta mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

4. PENGELOLAANMajlis Sambutan Isra Mikraj ini dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam dan dibantu oleh semua warga SK Yaacob Latif 2

5. MAKLUMAT PROGRAM5.1. TEMA: Solat Membentuk Insan Cemerlang 5.2. SASARAN : Semua warga sekolah5.3. TARIKH: Rabu, 27 Mei 2015 5.4. MASA: Bermula 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.5.5. TEMPAT: Dewan SK Yaacob Latif 2, Jalan Peel, 55100 Kuala Lumpur.5.6. KEWANGAN: Diperolehi daripada peruntukan Panitia dan sumbangan.

6. AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN ISRA MIKRAJ 2015

PENASIHAT:PUAN HAJAH SITI ZAINI BT HJ IDRIS (GURU BESAR)

PENGERUSI BERSAMA:ENCIK RAMACHANDRAN A/L KARUPPIAH (GPK TADBIR DAN KURIKULUM)

ENCIK MOHD FAIZUDDIN B MISWAN (GPK HEM)

PUAN ROHANIDA BT JOHARI (GPK KOKURIKULUM)

PENYELARAS:SITI FAZILAH BINTI NASIR

SETIAUSAHA:RUZANA BINTI AHMAD

BENDAHARI:ENCIK MUHD MAULIDI B. ABDULLAH

7. JAWATANKUASA KERJASAMBUTAN ISRA MIKRAJ 2015

JAWATANBIDANG TUGAS

PENYELARAS:Siti Fazilah Binti Nasir

1. Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, kewangan dan aktiviti.2. Memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan. 3. Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatankuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti.4. Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak yang berkenaan.5. Bertanggungjawab menentukan hala tuju program.

SETIAUSAHA:Ruzana Binti Ahmad

1. Penyediaan dokumentasi dan surat-menyurat 2. Menyediakan dan mengedarkan catatan pengurusan dan minit mesyuarat dan surat pentadbiran.3. Mengumpul semua maklumat bersama pengerusi merekodkan semua fail-fail menentukan tempat, untuk rujukan, masa, tarikh dan agenda4. Bertanggungjawab untuk mesyuarat 5. Menyediakan kertas kerja menyurat kepada pihak yang diperlukan oleh yang berkenaan program.6. Memanggil ahli dan menyusun dan jawatankuasa untuk menyediakan tempat dan bermesyuarat

BENDAHARI:Encik Muhd Maulidi B. Abdullah

1. Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk program.2. Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik program. 3. Menyimpan semua risit, baucer-baucer, buku rekod wang keluarbendahari masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. 4. Menjaga dan menguruskan harta benda bagi program dengan baik. 5. Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat. 6. Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi perlaksanaan program.

PENGACARA MAJLIS:1. Encik Mohd Azrul Izzat B Mokhtar1. Mengacara majlis ceramah dan keseluruhan majlis2. Menyerahkan salinan teks pengacaraan majlis untuk tujuan dokumentasi.

BACAAN DOA:1. Encik Muhamad Maulidi B Abdullah1. Membaca Doa semasa majlis berlangsung.2. Menyerahkan salinan doa untuk tujuan dokumentasi.

AJK BUKU PROGRAM:1. Puan Ainna Izwah Bt Nasfuddin

1. Menyediakan draf kulit buku program untuk kelulusan Pengerusi sebelum cetakan2. Menerbit dan mencetak bahan-bahan bercetak untuk keperluan majlis

AJK HADIAH / CENDERAHATI: 1. Cik Munirah Bt Abd Mulok 2. Cik Nurliyana Bt Raanin3. Cik Nur Zufika Bt Rosdi

1. Mendapatkan persetujuan dan kelulusan Jawatankuasa Induk mengenai jenis hadiah 2. Menguruskan penyediaan cenderamata 3. Menguruskan urusan pemberian cenderamatan di pentas

AJK BACKDROP:1. Cik Ain Shahrina Bt Abu

1. Menyediakan draf backdrop untuk kelulusan Pengerusi sebelum cetakan2. Menyediakan backdrop semasa majlis.

AJK DOKUMENTASI:1. Puan Ruzana Bt Ahmad

1. Membuat back up recording majlis untuk tujuan penyediaan laporan 2. Menyediakan laporan lengkap persidangan dan memastikan ia dicetak

JURUKAMERA:1. Encik Mohd Zakee Isham B Abd Ghani

1. Menggunakan kamera atau video-video camera bagi merakamkan aktiviti atau projek.2. Menjadi jurukamera sepanjang sesuatu program berlangsung.

PA SISTEM/ ICT : 1. Encik Mohd Nadzri Bin A Razak2. Encik Muhamad Maulidi B Abdullah1. Menyediakan peralatan PA sistem dan ICT semasa ceramah dijalankan2. Bertugas untuk membantu penceramah dan menjaga kawalan slide penceramah agar teratur tanpa gagguan teknikal semasa majlis.

AJK MAKANAN:1. Puan Aslinawati Bt Asmone2. Puan Fatimah Bt Osman 3. Puan Safwan Bt Ismail1. Membuat tempahan dan memaklumkan jenis makanan serta jumlahnya. 2. Bertugas menyediakan hidangan jamuan makanan.3. Memastikan kebersihan tempat makan.

AJK PENYEDIAAN BAHAN KUIZ:1. Puan Siti Fazilah Binti Nasir

1. Menyediakan soalan kuiz2. Memastikan acara kuiz berjalan lancar.3. Menyediakan nama pemenang kuiz.

JAWATAN KUASA PERSIAPAN PENTAS & DEWAN:1. Puan Ziana Asfalinda Bt Othman2. Cik Nuridayu Bt Josely 3. Cik Ernytha Bungin4. Cik Hanisah Bt Norsuhaimi5. Cik Nur Adiba Bt Jefri1. Menyusun dan memastikan keceriaan dewan.2. Menyusun kerusi yang mencukupi untuk guru-guru.3. Menyediakan meja untuk penceramah.

8. TENTATIF PROGRAM7.40 pagi:Sessi menjawab soalan kuiz8.40 pagi: Sessi PdP10.00 pagi : Ucapan Pengerusi10.05 pagi:Bacaan Doa 10.10 pagi : Ucapan Guru Besar 10.15 pagi : Ceramah 12.00 tengahari : Bersurai

9. ANGGARAN BELANJAWANBil

Perkara

KuantitiJumlah

1Makanan MuridRM 4.50 x 48

RM 216.00

2Hadiah Kuiz RM 5.00 X 40RM 200.00

3Penceramah

RM 100 X 1RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 516.00

10. STRATEGIK

BILPERKARATARIKH

1Menyediakan kertas kerja dan membentangkannya24/04/2015

2Mengadakan mesyuarat perlantikan jawatankuasa05/05/2015

3Mesyuarat pelaporan dan semakan kerja19/05/2015

4Perlaksanaan program27/05/2015

5Laporan dan post mortem18/06/2015

11. PENUTUP

Mudah-mudahan program yang dianjurkan ini memberi kesan dalam meningkat jati diri murid terhadap nilai Islam yang dipamerkan melalui sirah Rasulullah s.a.w. serta meningkatkan kualiti solat supaya menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Disediakan oleh,Disemak oleh,

... (SITI FAZILAH BINTI NASIR)(MUNIRAH BT ABD MULOK)Penyelaras,Ketua Panitia,Sambutan Isra Mikraj 2015Pendidikan IslamSK Yaacob Latif 2SK Yaacob Latif 2.

Disahkan oleh;

7