14
KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( KKS ) TEMA BERKONGSI KECERIAAN BERSAMA KOMUNITI PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANANTARIKH 26 MAC 2014 LOKASI DATARAN 3B 301, FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (PMFSSK) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( … · KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) 26 MAC 2014 3 PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN keusahawanan. Di samping itu, program ini …

  • Upload
    ngonhu

  • View
    565

  • Download
    21

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( … · KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) 26 MAC 2014 3 PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN keusahawanan. Di samping itu, program ini …

KERTAS KERJA

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( KKS )

TEMA

BERKONGSI KECERIAAN BERSAMA KOMUNITI

“PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN”

TARIKH

26 MAC 2014

LOKASI

DATARAN 3B 301, FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK),

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN

PERSATUAN MAHASISWA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (PMFSSK)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Page 2: KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( … · KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) 26 MAC 2014 3 PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN keusahawanan. Di samping itu, program ini …

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)

26 MAC 2014

2

PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN

KERTAS KERJA PROJEK

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Sebagai satu badan kepimpinan mahasiswa/i yang tertinggi dalam Fakulti Sains Sosial

& Kemanusiaan (FSSK) , Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Mahasiswa Fakulti

Sains Sosial & Kemanusiaan atau PMFSSK sesi 2013/2014 berbesar hati ingin

menganjurkan program KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS). Projek ini

diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar UKM terutamanya

pelajar gugusan Sains Sosial tentang kepentingan nilai-nilai keusahawanan disamping tidak

melupakan isu sosial. Projek ini dilihat selaras dengan inisiatif pihak fakulti dan universiti

untuk mengantarabangsakan pelajarnya di samping memberi gambaran dan cabaran sebenar

mengenai dunia luar dan tidak hanya menumpukan kepada kerjaya makan gaji selepas tamat

pengajian kelak. Projek ini turut berfungsi menyuntik semangat pelajar untuk mencabar diri

agar lebih maju ke hadapan seterusnya memperkasakan kemampuan diri sedia ada agar lebih

berketrampilan, berdisiplin dan berwawasan, seiring dengan usaha melahirkan pelajar minda

kelas pertama. Dengan adanya peluang program seperti ini, segala nilai yang bermanfaat

dapat diterap dan diaplikasi dalam diri pelajar.

Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan

serta bantuan kewangan bagi merealisasikan projek KARNIVAL KEUSAHAWANAN

SISWA (KKS) yang ingin dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan

Kemanusiaan (PMFSSK) .

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

2.1 Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan atau ringkasnya

PMFSSK merupakan badan kepimpinan pelajar tertinggi dalam Fakulti Sains Sosial

dan Kemanusiaan, UKM. Dahulunya, PMFSSK dikenali sebagai PRISSMA dan ia

telah ditukar ke PMFSSK pada sesi kepimpinan 2008/2009, bertujuan membentuk

imej baru kepada persatuan tersebut.

2.2 Menyedari betapa pentingnya program berteraskan ikatan siraturrahim dan mahu

mewujudkan pelajar minda kelas pertama, maka PMFSSK ingin mengambil inisiatif

untuk mengadakan satu program bentuk keusahawanan iaitu projek KARNIVAL

KEUSAHAWANAN SISWA (KKS). Program ini diadakan buat pertama kalinya,

bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar FSSK mengenai pengurusan berkesan

dan mengasah bakat kepimpinan dalam diri peserta melalui penganjuran program

Page 3: KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( … · KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) 26 MAC 2014 3 PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN keusahawanan. Di samping itu, program ini …

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)

26 MAC 2014

3

PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN

keusahawanan. Di samping itu, program ini turut membuka peluang kepada peserta

untuk berinteraksi dengan pelajar Fakulti lain agar ilmu dan pengalaman dapat

dikongsi bersama di peringkat antarabangsa dan global kelak.

2.3 Projek KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) merupakan projek jangka

panjang yang dicadangkan pelaksanaan secara bersiri setiap tahun. Promosi jualan

dan slot bimbingan usahawan akan diadakan kepada warga Fakulti dan pelajar

warga universiti secara keseluruhannya. Selain itu, sub-sub projek KKS akan

diteruskan untuk jangka masa panjang.

3.0 MISI

Misi utama KKS adalah untuk menangani isu sosial dengan menggunakan pendekatan bisnes

dan menjadikan golongan muda sebagai sukarelawan utama supaya mereka dapat menjadi

orang yang membantu dalam meningkatkan ekonomi gologan yang kurang berupaya.

4.0 OBJEKTIF

a. Memberi latihan, kemahiran yang diperlukan oleh mahasiswa dan membantu mereka

meningkatkan taraf kehidupan mereka melalui perniagaan dan mereka akan berkongsi ilmu dalam

perniagaan dan pengalaman sebagai usahawan asli.

b. Memberi pendedahan kepada mahasiswa FSSK mengenai pengurusan berkesan dan mengasah

bakat kepimpinan dalam diri peserta melalui penganjuran program keusahawanan.

c. Memberi gambaran dan cabaran sebenar kepada pelajar mengenai dunia luar dan tidak hanya

menumpukan kepada kerjaya makan gaji selepas tamat pengajian kelak.

d. Melatih minda pelajar agar berfikiran kreatif, kritis dan profesional dalam meneroka

bidang keusahawanan global.

Page 4: KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( … · KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) 26 MAC 2014 3 PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN keusahawanan. Di samping itu, program ini …

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)

26 MAC 2014

4

PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN

5.0 RANCANGAN PEMASARAN

5.1 Pelanggan

Lokasi dan sasaran pasaran

Kawasan pasaran yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan meliputi kawasan Universiti

Kebangsaan Malaysia seperti di FEP,FSSK,FUU,FPI,FST dan lain-lain. Kawasan pasaran ini

dipilih kerana ramai pelanggan (pelajar) atau sasaran pelanggan berkunjung untuk

mendapatkan alatan keperluan atau barang kehendak bagi yang berkemampuan. Selain itu,

kemudahan fasiliti antara sebab kami memasarkan produk kami di kawasan ini.

Selain itu, kami juga mempunyai pelan untuk memberi peluang kepada usahawan siswa

memasarkan produk mereka di universiti lain dalam Malaysia dalam jangka masa panjang.

Anggaran bilangan pelanggan

Kami mensasarkan jualan kami kepada semua pelajar yang sering berkunjung ke FSSK sama

ada dengan tujuan pengkuliahan, perbincangan kumpulan dan lain-lain. Anggaran bilangan

pelajar pula adalah sekitar 300 hingga 400 orang sepanjang program berlangsung.

Ciri-ciri pelanggan :

1. PENGGUNA AKHIR

- Individu yang membeli dan menggunakan produk kami untuk kegunaan

peribadi atau ahli keluarga.

- Individu yang mempunyai lebihan pendapatan untuk mendapatkan produk

ini.

2. PENGGUNA FAKULTI

- Organisasi yang menggunakan atau membeli untuk tujuan operasi syarikat

atau dihadiahkan kepada pengguna akhir.

- Pihak Kedekanan Fakulti dan orang persendirian mendapatkan produk

KKS bagi tujuan cenderamata kepada pengguna lain.

5.2 Strategi Penetapan Harga

SPiNE mengenalpasti harga yang berpatutan berdasarkan kemampuan pengguna iaitu para

pelajar kami dan memastikan nilai yang dibayar oleh pembeli sebagai petukaran untuk

mendapatkan keberkesanan penggunaannya. Oleh itu, KKS memilih penetapan harga

berdasarkan harga produk baru iaitu harga penembusan. Harga penembusan ialah strategi

meletakkan harga permulaan pada tingkat harga yang rendah untuk menembusi pasaran yang

lebih luas. Melalui harga penembusan syarikat kami meletakan harga yang rendah iaitu

RM2.00. Dengan harga ini, kami berharap untuk mendapatkan kesetiaan pengguna terhadap

produk kami.

Page 5: KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( … · KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) 26 MAC 2014 3 PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN keusahawanan. Di samping itu, program ini …

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)

26 MAC 2014

5

PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN

Strategi harga penembusan ini dapat menggalakkan pembelian dengan lebih meluas

lagi untuk menembusi pasaran di Universiti. Ini boleh membantu KKS meningkatkan syer

pasaran dengan lebih besar kelak.

5.4 Konsep Promosi

KKS menggunakan promosi sebagai satu medium untuk mempromosi, menggalakkan, dan

meyakinkan pengguna supaya mencuba dan membeli produk KKS. Objektif utama promosi

KKS ialah untuk memyampaikan maklumat mengenai produk kami iaitu jenis produk, harga,

fungsi dan manfaat. Selain itu,promosi diharap dapat menstabilkan dan meningkatkan jualan,

memposisikan, serta membina imej KKS. KKS memilih promosi dari segi pengiklanan,

jualan peribadi dan promosi jualan yang akan diperkembangkan kepada Facebook, Twitter,

Vlog dan juga Youtube.

6.0 PRODUK JUALAN KKS

Page 6: KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( … · KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) 26 MAC 2014 3 PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN keusahawanan. Di samping itu, program ini …

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)

26 MAC 2014

6

PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN

7.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

8.0 PERANCANGAN PROGRAM KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA

Rujuk Lampiran B

Page 7: KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( … · KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) 26 MAC 2014 3 PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN keusahawanan. Di samping itu, program ini …

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)

26 MAC 2014

7

PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

10.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, dan urusan serta surat-menyurat, sila

hubungi:

Urusetia KKS,

Persatuan Mahasiswa FSSK,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi, Selangor.

(u/p : Nur Hazwani Bt Mohd Nadzir )

Tel. : +6017-4065764

Faks. : +603-89252836

Emel : [email protected]

11.0 PENUTUP

.

Projek perintis keusahawan sosial seperti KKS yang berbentuk satu organisasi diurus dan

ditadbir oleh pelajar gugusan sains sosial dibawah bimbingan dan pemerhatian dari HEJIM,

FSSK dan juga CESMED-UKM. Projek KKS ini akan melibatkan mahasiswa yang

berdedikasi dan berwawasan dalam bersama mewujudkan suatu peluang pembangunan yang

mapan dari segi sosial dan ekonomi buat masyarakat yang memerlukan. KKS dijangka

menjadi platform terbaik untuk pelajar gugusan sains sosial untuk mengasah dan

meningkatkan nilai dan kebolehpasaran mahasiswa.

Page 8: KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( … · KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) 26 MAC 2014 3 PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN keusahawanan. Di samping itu, program ini …

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)

26 MAC 2014

8

PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN

Page 9: KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( … · KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) 26 MAC 2014 3 PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN keusahawanan. Di samping itu, program ini …

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)

26 MAC 2014

9

PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

STUDENT-LED PEOPLE-IN-NEED ENTERPRISE (SPiNE)

Penaung

Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM

Penyelaras

Timbalan Pendaftar

Jabatan Perkhidmatan Pelajar

Penasihat Kehormat

Prof. Dr. Hazita Azman

Dekan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM

Penasihat I

Prof. Madya Dr. Tengku Nor Rizan Tengku Maasum

Ketua Jaringan Industri dan Masyarakat, FSSK, UKM

Pegawai Pemantau

En. Abdul Karim Osman

Penolong Pendaftar, FSSK, UKM

Pengerusi KKS

Wan Muhammad Hafiz bin Wan Izanatar (A140520)

Pengarah Urusan

Nur Hazwani Bt Mohd Nadzir (A145415)

Timbalan Pengarah Urusan

Aisah Bt Husin (A145265)

Setiausaha

Nor Hazila Bt Mat Lazim (A145326)

Bendahari

Suhaniya A/P Kalaisilven (A145206)

Page 10: KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( … · KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) 26 MAC 2014 3 PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN keusahawanan. Di samping itu, program ini …

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)

26 MAC 2014

10

PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN

BARISAN EKSEKUTIF

EKSEKUTIF PENGELUARAN & PEMBUNGKUSAN

1) INTAN JUITA BINTI MENAN ( A145335)

2) NUR HAFIZAH BINTI RASID ( A145349)

3) NUR HAZWANI BINTI RAMLEE ( A145314)

4) NURULAFIZAH BINTI ISHAK ( A145385 )

5) NUR AZREEN BINTI RASHIDI (A145410 )

6) NUR IZZATI BINTI CHE RAMLI ( A145376 )

EKSEKUTIF PROMOSI DAN PEMASARAN

1) NURUL SYAFIZA BT RUSLI (A145275)

2) NUR NASIHA BINTI CHE SEMAN (A145259)

3) KHAIRUN NAFIFAH BT MASKURI (A145198)

4) NUR NINI FAUNAZ (A145189)

5) NUR AFI’QAH BINTI MOHD RAFE ( A145192 )

EKSEKUTIF PROTOKOL

1) MARSYA FAKHIRA BINTI MOHAMED FAHLAVEI (A145442)

2) FIDA EZZANI BT ISMAIL (A145435)

3) NAJIHAH BT MOHD NOOR (145465)

4) NUR AIN BINTI MOHD NAZRI ( A 141153 )

5) NOOR SULEEYA BINTI SULAIMAN ( A 141047 )

EKSEKUTIF PENGEDARAN & PENJUALAN

1) NUR AZIRA BT AHMAD SUPI (A145463)

2) NURUL SYAMIRA BINTI DZULKEPLE (A145251)

3) NURUL SHUHADA BINTI RASID (A145350)

4) MUHAMMAD NU’MAN BIN MOHD NASIR (A145169)

5) SITI HAJAR BINTI ABDULLAH ( A141105 )

6) NABEELAH BINTI RUSLI ( A146535 )

Page 11: KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( … · KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) 26 MAC 2014 3 PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN keusahawanan. Di samping itu, program ini …

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)

26 MAC 2014

11

PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN

EKSEKUTIF TUGAS-TUGAS KHAS

1) NURSUHADA BINTI NORDIN ( A145311)

2) HASNIZA BINTI ALIAS (A145313)

3) FARAH HANIM BT MAHMUD (A145182)

4) NOR ATIKAH ABDUL RAHIM ( A145437 )

5) AMNI MU’IZZAH BT AHMAD AZMY ( A 145552 )

6) SYAIDATUL FARA BT SAIDIN ( A145084 )

7) FATIN NABILA BT ZAILANI ( A145069 )

Fungsi Dan Tanggungjawab:

Chief Executive Officer

a) Membuat perancangan jangka masa panjang bagi syartikat dan produk.

b) Mengawasi, mengawal dan mengurus perjalanan operasi dan kewangan syarikat dari

semua aspek.

c) Membuat keputusan-keputusan untuk syarikat dan produk.

d) Memastikan proses pembuatan produk mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Bahagian Pemasaran

a) Terdiri daripada peserta sebagai kumpulan pemasaran.

b) Merangka program-program promosi yang bakal dijalankan di lingkungan kawasan

sasaran.

c) Menjalankan tinjauan terhadap pasaran serta mendapatkan maklum balas pengguna

terhadap kualiti produk.

d) Mencari pasaran-pasaran dan produk baru yang berpotensi untuk diperkenalkan

kepada pelanggan.

CEO

EKSEKUTIF PENGELUARAN&

PEMBUNGKUSAN

EKSEKUTIF PROMOSI &

PEMASARAN

EKSEKUTIF KEWANGAN &

SUMBER MANUSIA

EKSEKUTIF PENGEDARAN &

JUALAN

Page 12: KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( … · KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) 26 MAC 2014 3 PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN keusahawanan. Di samping itu, program ini …

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)

26 MAC 2014

12

PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN

e) Mewujudkan dan merangka satu sistem di mana pelanggan dan syarikat dapat

menjalinkan suatu hubungan yang berkekalan.

Bahagian Pengeluaran

a) Terdiri daripada peserta akan mendapatkan produk daripada mana-mana pihak.

b) Merupakan kumpulan yang menghasilkan dan memastikan pengeluaran kesemua

produk adalah mengikut jadual yang ditetapkan.

c) Memastikan kualiti produk sentiasa dalam kawalan dan berada pada tahap yang

terbaik.

d) Memastikan kesemua peralatan dan kelengkapan sentiasa diselenggara dengan baik

dan selamat digunakan

Bahagian Jualan

a) Memastikan susun atur barang-barang jualan dikedai sentiasa mencukupi dan

memenuhi kehendak pelanggan apabila diminta.

b) Memastikan jualan dapat mencapai sasaran.

c) Pastikan barang jualan tidak mengalami sebarang kecacatan apabila diserahkan

kepada pelanggan.

d) Memastikan kepuasan setiap pelanggan yang menggunakan produk syarikat.

Page 13: KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( … · KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) 26 MAC 2014 3 PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN keusahawanan. Di samping itu, program ini …

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)

26 MAC 2014

13

PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN

PERJALANAN AKTIVITI

LAMPIRAN B

PERANCANGAN PROGRAM KKS, FSSK

HARI JUALAN PRODUK KKS, FSSK 2014

26 MAC 2014 ( RABU )

MASA PERKARA TEMPAT

9.00 a.m-10..00 a.m

Pendaftaran ajk dan peserta

- Ucapan alu-aluan oleh Ketua Projek

Karnival Keusahawanan Siswa (KKS)

DEWAN KULIAH

3B 301 dan

DATARAN 3B 301,

FSSK, UKM.

10.00 a.m-4.00 p.m

- Gerai jualan mula beroperasi

- Kunjungan VIP ke gerai jualan

- Cabutan bertuah

10.00 a.m-10.40 a.m

10.40 a.m-11.00 a.m

1.Slot “ Pitching for Business ” oleh

Prof. Madya Datin Dr. Norizan Abdul

Razak

(Penyelaras CESMED FSSK, UKM)

-sesi soal jawab

11.30 a.m -12.10 p.m

12.10 p.m-12.30.p.m

2.Slot “ Jom Jana Pendapatan secara

Online” oleh Saudara Khairul Nazmi

Ahayat

(Usahawan Internet berjaya)

-sesi soal jawab

*Tentatif program adalah tertakhluk pada pindaan.

Page 14: KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( … · KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) 26 MAC 2014 3 PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN keusahawanan. Di samping itu, program ini …

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS)

26 MAC 2014

14

PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN

LAMPIRAN C

ANGGARAN BELANJAWAN

PROGRAM KKS, FSSK, UKM

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM

1. Pengurusan

Bayaran penceramah

Pakaian peserta RM 35.00 x 35 orang

500

1225

2. Promosi dan Publisiti

Helaian edaran & banner ( RM 300.00 )

Buku Program ( RM 16.00 x 5 orang )

380

3. Jamuan

VIP - RM 20.00 x 5 orang ( RM 100.00 )

Peserta – RM 15.00 x 35 orang ( RM 525.00 )

100

525

4. Perhubungan/ Pengangkutan

-pengurusan program

200

5. Cenderamata Penghargaan

Penceramah - RM 50.00 x 2 orang

100

6.

Bayaran gerai jualan - RM 100.00 x 20

2000

7. Rencam 200

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 5230