28
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEKNIK, BANDAR ENSTEK, NILAI, NEGERI SEMBILAN _______________________________________________________________________ KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2015 Permainan Tradisional Warisan Budaya TEMPAT : PADANG DAN DEWAN SERBAGUNA INSTITUT PERGURUAN GURU KAMPUS TEKNIK ,BANDAR ENSTEK TARIKH : 29 MAC 2015 ANJURAN : PELAJAR PPG SEMESTER 8 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN MATEMATIK AMBILAN JUN 2011 DENGAN KERJASAMA : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN,

KERTAS KERJA KARNIVAL PPG 2015.docx

Embed Size (px)

Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEKNIK,BANDAR ENSTEK, NILAI, NEGERI SEMBILAN

_______________________________________________________________________

KERTAS KERJAKARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2015 Permainan Tradisional Warisan BudayaTEMPAT :PADANG DAN DEWAN SERBAGUNA INSTITUT PERGURUAN GURU KAMPUS TEKNIK ,BANDAR ENSTEK TARIKH :29 MAC 2015 ANJURAN :PELAJAR PPG SEMESTER 8 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN MATEMATIK AMBILAN JUN 2011DENGAN KERJASAMA :JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN,INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEKNIK

KERTAS KERJAKARNIVAL PERMAINAN TRADISIONALANJURAN PPG MATEMATIK SEMESTER 8 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEKNIK

1.0 PENDAHULUANMasyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Justeru, banyak permainan tradisional yang telah diperkenalkan oleh masyarakat terdahulu dan diturunkan kepada generasi-generasi seterusnya sehingga sekarang. Permainan Tradisional turut dikenali sebagai permainan rakyat. Sebilangan besar permainan tradisional masih lagi dimainkan sehingga kini. Antara permainan tradisional masyarakat Melayu yang masih lagi dimainkan sehingga kini adalah seperti gasing, congkak, wau, batu seremban, dan lain-lain.Pengurusan Karnival Permainan Tradisional ini merupakan sebahagian daripada kursus PJM3123E iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Selain daripada melatih para guru dalam bidang pengurusan sukan, karnival ini juga dapat memberi pengalaman dan juga panduan kepada setiap guru mengenai bidang pengurusan sukan, agar dapat menjadi panduan pada masa-masa akan datang. Selain itu, karnival ini turut bertujuan untuk memberi pengalaman dan pengenalan kepada guru mengenai permainan tradisional yang menjadi kebanggaan negara kita. Sekaligus, dapat mengangkat budaya permainan tradisional agar tidak lapuk ditelan zaman.

2.0 RASIONAL2.1 Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan salah satu aktiviti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk guru-guru Program Pensiswazahan Guru Semester 8, Ambilan Jun 2011. 2.2 Penganjuran karnival ini, diharap dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan. 2.3 Nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan dan kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli jawatankuasa dalam usaha untuk menjayakan karnival ini.2.4 Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam meyediakan para guru yang benar-benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. Daya ketahanan fizikal dan mental teruji melalui aktiviti sukan seperti pertandingan permainan tradisional ini yang memerlukan persediaan fizikal dan mental.

3.0 MATLAMAT PROGRAM KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONALAntara matlamat utama penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini adalah seperti yang berikut:3.1 Meningkatkan kemahiran sosial antara guru- guru.3.2 Meningkatkan semangat kerjasama, bertolak ansur dan saling tolong menolong dalam kalangan guru-guru.3.3 Mendedahkan pengalaman baharu kepada guru-guru mengenai ilmu pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan.3.4 Menyemai sikap menghargai permainan tradisional dalam kalangan guru-guru.3.5 Melahirkan individu yang sedia menghadapi cabaran.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONALAntara objektif penganjuran Karnival Permainan Tradisional adalah seperti yang berikut:4.1 Guru-guru dapat mengelola dan mengurus sesebuah pertandingan dengan baik dan sistematik.4.2 Guru-guru dapat mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari melalui kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan dengan menganjurkan Karnival Permainan Tradisional.4.3 Meningkatkan hubungan interpersonal antara guru-guru dengan pihak-pihak tertentu yang terlibat semasa pengelolaan Karnival Permainan Tradisional. 4.4 Mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat menyemarakkan semangat kerjasama, hormat menghormati dan menanam nilai-nilai murni dalam diri guru- guru .

5.0 MAKLUMAT PROGRAM KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL5.1 Nama Program: Karnival Permainan Tradisional 5.2 Tema Program: Permainan Tradisional Warisan Budaya5.3 Tarikh: 29 Mac 2015 ( Ahad )5.4 Masa: 8.00 pagi 1.00 petang55 Tempat: Padang dan Dewan Serbaguna IPGK Teknik 5.6 Jumlah Peserta: 80 orang KELASBIL

Matematik 120 orang

Matematik 219 orang

Matematik 319 orang

Matematik 422 orang

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL6.1 Ahli Jawatankuasa Induk Karnival Permainan TradisionalPENAUNGDR. MOHAMAD NOR BIN MOHAMAD TAIB Pengarah IPG Kampus Teknik PENASIHAT DR MALATHI A/P BALAKRISHNAN Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan PENSYARAH TERLIBATKELAS NAMA PENSYARAH

MATEMATIK 1EN. GHAZALI BIN ISMAIL

MATEMATIK 2EN. ROSLAN BIN KHALID

MATEMATIK 3PN.SAPIAH UYUNI BT MOHAMED YAACOB

MATEMATIK 4EN. MOHAMMAD BIN SEMAN

6.2 Ahli Jawatankuasa Kerja Karnival Permainan TradisionalPENGERUSI Noor Aziri bin Mohamad NoorNAIB PENGERUSIMohd Khairee bin Mohamad SETIAUSAHA Athiyyah Nasibah bt Abu BakarBENDAHARI Mazlizin bin Muhamad Idris

JAWATANKUASA KERJA :TEKNIKALHezliza bt Zainuddin ( K ) Haryani bt Abdul Mutalib Mazzura bt AbdullahNoraini Asra bt A Rahim

HADIAH DAN CENDERAMATA Noor Shafinaz bt Ab Rashid ( K ) Nur Amani bt Mohd Zin Zubaidah bt Mohd Noor Rosmawati bt Mohamad

JAMUAN Mariani bt Mohamad ( K )Nur Shima bt Ramly Siti HawaHalimaton Saadiah bt Abdullah SIARAYAMohamad Al Hafis bin Abidin ( K ) Noor Fazli bin Mohamad Arshad Nooreha bt JohariZakiah bt Abu Bakar

PERALATAN Khairul Asnizam bin M.Asral ( K ) Nor Faizal bin Che Daud Janet Anak Kuat @ Nurul Ain Jane bt Abdullah Noorsulizawati bt AbdullahZaizuriwati bt Baharuddin

KEBERSIHANSemua pelajar PPG MATEMATIK SEMESTER 8

DOKUMENTASI Ahmad Nazri bin Zainal ( K )Mohd Nizam bin IshakRone bin RobertMohd Azhar bin Abd Malek Azlan

PERTOLONGAN CEMAS Norehan bt Muhamad Non ( K ) Moliza bt Mat Yasin Natrah Hanim bt Mansor Zulmajdil Hafiz bin Che Mohd Zaki

BUKU PROGRAMOng Chai Ling ( K )Tan Leh KeanNoranisah bt Mohd Naim

SAMBUTAN & PERASMIAN PENUTUP Siti Hajar bt Ismail ( K )Wong Mok LanAnusiah A / P RamaluNik Zal Hisham bin Nik Kob Amirul Hafis bin Marodzi

JURUACARA MAJLIS Syahrizal Ahmadi bin Gapor Noraini bt Sarihin

7.0 TENTATIF PROGRAM KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

MASA AKTIVITITINDAKAN

8.00 amBerkumpul dan persiapan tempat Semua pelajar PPG Jun 2011

8.30 am-Taklimat ringkas untuk semua permainan dan peraturan .- Pendaftaran permainan tradisionalSemua pelajar PPG Jun 2011

9.00 am Aktiviti karnival permainan tradisional dimulakan. Semua pelajar PPG Jun 2011

11.00 am Rehat dan persiapan Majlis PenutupSemua pelajar PPG Jun 2011

11.30 pmMajlis Penutup-Ketibaan tetamu kehormat-Doa-Ucapan Pengerusi Program-Ucapan Ketua Jabatan PJK-Penyampaian hadiah dan cederahatiJawatankuasa hadiah Jawatankuasa sambutanJawatankuasa pengacara majlis

1.00 pm-Gotong-royong mengemas peralatan -Membuat Refleksi IndividuSemua pelajar PPG Jun 2011

8.0 PERANCANGAN PROGRAM KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL8.1 Senarai Permainan dan AJK Pengelola PermainanBILNAMA PERMAINANAJK PENGELOLA PERMAINAN

1Ketinting 1. Amiroh bt Ahmad2.Norshamshahida binti Mohd Abu Bakar3.Norjuliana binti Kamarudzaman

2Terompah Gergasi

1. Haslinda bt Mohd Jalil2. Siti Mariam bt Kemarulzaman3. Rosmaini bt Mohamed Nawi 4. Norehan bt Muhamad Non

3Konda Kondi

1.Siti Mastura bt Ghani2.Mohd Shahril Faizul bin Shafiee 3. Noor Hafizah bt Md Yusoh

4Baling Tin 1. Norhayattee bt Mohd Arshad 2.Shahirah bt Jamaluddin3. Asmahani bt Rashid

5Batu Seremban

1. Ermi Di yana Bt Mohd Ghazali2. Chee Yen Ying 3. Indrani A/P Palanniappan

6Tuju Selipar

1. Mazlizin bin Muhamad Idris2. Rozlina bt Mohamad3. Au Poh Yee4. Mardziana bt Che Awang

7Guli1. Hirdayati bt Jaafar 2.Rosidah Bt Zainal Abidin 3. Nor Hazila bt Mohamad

8 Sepak Raga 1. Nor Rohana bt Ismail2. Ezuanyryna bt Wahab 3. Shafinaz bt Mohd Taha

7.0 8.0 8.1 8.2 Peraturan Permainan ( Lampiran 1)- Berdasarkan kertas kerja kumpulan masing- masing8.3 Peraturan Pertandingan Peserta hendaklah mendaftar pada setiap permainan sebelum pertandingan dijalankan. Peserta perlu memakai pakaian sukan yang sesuai dan sopan. Sebarang pelanggaran undang-undang setiap permainan akan menyebabkan pembatalan penyertaan peserta daripada bertanding. Keputusan pengadil adalah muktamad.

9.0 Anggaran PerbelanjaanBILPERKARAHARGA/UNITJUMLAH

1.Peralatan dan bahanPerbelanjaan sendiri

2.a ) Hadiahb ) Pembalut Hadiah RM 5.00 x 24 RM 5.50 x 1RM120.00 RM 5.50

3. a ) Makanan b ) Air Mineral RM 5.00 x 85 RM 1.00 x 85

RM 425.00 RM 85.00

4.AJK Buku Program RM 0.40 x 80 RM 0.50 x 5

RM 32.00 RM 2.50

5.Tanda Nama RM 1.00 x 80RM 80.00

6.Cenderahati Pensyarah RM 10.00 x 5 RM 50.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 800.00

10.0 PENUTUPKesimpulannya, Karnival Permainan Tradisional ini adalah sebahagian daripada tugasan untuk kursus PJM3123E iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Program ini merupakan sebahagian latihan dan juga persediaan kepada setiap guru pelatih dalam menguruskan aktiviti-aktiviti sukan. Selain itu, karnival ini juga dapat memantapkan pengetahuan dan memberi pengalaman baharu kepada setiap guru. Diharapkan agar perancangan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama dan kesungguhan yang tinggi daripada setiap pihak adalah amat diperlukan demi untuk mendapatkan hasil yang membanggakan.Sekian, terima kasih.Disediakan oleh,

.(ATHIYYAH NASIBAH BT ABU BAKAR )Setiausaha,Karnival Permainan Tradisional,PPG Unit Matematik Semester 8,IPG Kampus Teknik, Bandar Enstek,

Disemak oleh :

..........................................................(PUAN SAPIAH UYUNI BT MOHAMED YAACOB )Pensyarah,Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Teknik, Bandar Enstek,

Melalui:

.........................................................(DR MALATHI A/P BALAKRISHNAN)Ketua Jabatan,Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Teknik, Bandar Enstek,

Diluluskan oleh:

.........................................................( DR. MOHAMAD NOR BIN MOHAMAD TAIB ) Pengarah, IPG Kampus Teknik, Bandar Enstek,

LAMPIRAN 1 PERATURAN PERTANDINGAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONALPERMAINAN 1 : GULI Nama ahli kumpulan : 1. Hirdayati bt Jaafar 2.Rosidah Bt Zainal Abidin 3. Nor Hazila bt Mohamad1.0 Cara Permainan 1.1 Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua yang hampir dan seterusnya. 1.2 Pemain pertama akan menjentik atau melontar gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar untuk mendapatkan mata. Setiap pemain hanya dibenarkan melontar sekali sahaja. Seterusnya diikuti oleh pemain lain sehinggalah semua guli terkeluar daripada garisan bulatan. Sekiranya masih lagi terdapat guli di dalam bulatan maka pemain akan meneruskan giliran masing-masing untuk menjentik atau melontar guli sehingga semua guli terkeluar daripada garisan bulatan. 2.0 Peraturan Permainan2.1 Peserta tidak dibenarkan memotong giliran peserta lain dan juga menukar giliran dengan peserta lain. Setiap peserta hanya dibenarkan melontar sekali sahaja mengikut giliran masing-masing. Kiraan mata berdasarkan banyaknya bilangan guli yang terkeluar daripada garisan bulatan iaitu contohnya sebiji guli keluar dikira 1 mata. 2.2 Sekiranya guli yang dijentik atau dilontar pada sasaran guli dalam bulatan tidak keluar daripada garisan bulatan maka ia tidak dikira walaupun ia terkena. Syarat pertandingan guli ini ialah guli perlu keluar daripada garisan bulatan untuk mendapatkan mata.2.3 Masa pertandingan adalah selama 15 minit untuk setiap perlawanan.3.0 Cara Menentukan Kemenangan3.1 Sistem pertandingan adalah secara kalah mati

PERMAINAN 2 : SEPAK RAGANama ahli kumpulan : 1. Nor Rohana bt Ismail 2. Ezuanyryna bt Wahab 3. Shafinaz bt Mohd Taha1.0 Cara Permainan 1.1 Semua anggota badan kecuali tangan atau lengan boleh digunakan semasa pemain menerima atau menghantar bola. 1.2 Permainan dimulakan dengan lambungan bola tinggi melebihi paras kepala oleh pemain No. 1 kepada pemain No. 3, No. 4 atau No. 5 dengan melalui dan melintasi kawasan bulatan 2m. Pemain yang menerima bola tersebut hendaklah menyepak kepada pemain lain kecuali pemain No. 1. 1.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mengawal bola tidak melebihi daripada 3 sentuhan berturut-turut dan pada sentuhan ketiga, bola tersebut hendaklah dihantar kepada pemain yang lain. 1.4 Pindahan atau hantaran bola daripada seorang pemain kepada pemain yang laIn hendaklah melebihi paras kepala dengan melalui dan melintasi bulatan 2m. 1.5 Permainan diberhentikan apabila berlaku perkara-perkara batal atau tempoh masa bagi sesuatu pusingan mencukupi.

2 Peraturan Permainan ( Perkara perkara Batal ) 2.3 Tidak menyepak bola yang dilambung oleh pemain No. 1 sewaktu memulakan permainan. 2.2 Pindahan atau hantaran bola tidak melalui dan melintasi kawasan Bulatan 2m. 2.3 Menyepak atau menyentuh bola lebih dari 3 sentuhan berturut-turut. 2.4 Menerima bola yang baru dipindahkan. 2.5 Sebarang anggota badan menyentuh lantai diluar dari kawasan bulatan 6m atau di dalam kawasan bulatan 2m. 2.6 Bola jatuh ke atas lantai dan mengepit atau mematikan bola2.7 Bola melurut di sebarang anggota badan.

3 Cara Menentukan Kemenangan 3.1 Setiap satu sepakan atau sentuhan akan dikira 1 mata. 3.2 Mana-mana pasukan yang memperoleh mata paling tinggi hasil dari 3 pusingan akan dikira menang. 3.3 Jika mata kemenangan diperoleh sama, maka pasukan yang jumlah masa bermainnya lebih lama akan dikira sebagai pemenang. 3.4 Jika kaedah 3.3 masih sama, maka pasukan-pasukan berkenaan akan diberi peluang bermain masing-masing dengan 1 pusingan 5 minit. PERMAINAN 3 : KONDA KONDINama ahli kumpulan : 1. .Siti Mastura bt Ghani 2.Mohd Shahril Faizul bin Shafiee 3. Noor Hafizah bt Md Yusoh1.0 Cara Permainan 1.1 Hanya boleh dimainkan secara kumpulan sahaja. Sebaik-baiknya dimainkan dua kumpulan yang masing-masing mempunyai dua atau tiga orang pemain.1.2 Setiap pasukan harus mempunyai satu set alat permainan konda-kondi.1.3 .Hanya dua batang kayu yang berlainan saiz diperlukan.1.4 Setiap pemain termasuk pihak lawan tidak boleh mengacah ketika pemain pertama memulakan permainan.1.5 .Sekiranya pemain telah terbatal permainannya, kayu yang digunakan harus diberi kepada pihak lawan dengan baik. 2.0 Peraturan Permainan2.1 Jika kayu anak dapat disambut oleh penjaga. Pemain dikira mati 2.2 Jika kayu anak yang dilemparkan oleh penjaga mengena kayu ibu atau termasuk lubang, pemain pemain dikira mati dan permainan terpaksa diberhentikan.2.3 Pemain akan dikira mati apabila kayu anak jatuh di suatu tempat yang jaraknya dengan lubang tidak sampai satu ukuran kayu ibu.2.4 Pada peringkat ketiga, pemain tidak dapat memukul kayu anak sebanyak tiga kali, pemain seterusnya akan melakukan pukulan.2.5 Jika kayu anak terkena badan pemain, satu mata kiraan akan ditolak.2.6 Kumpulan penjaga dapat bermain selepas pemain akhir mati .

3.0 Cara Menentukan Kemenangan3.1 Mengukur jarak menggunakan panjang kayu anak dan setiap satu jarak di kira 1 mata.3.2 Mengikut ketahanan lama masa semasa bermain sebagai contoh masa ditetapkan sejam dan dalam masa sejam pasukan yang lama berada di posisi bermain akan di kira menang. PERMAINAN 4 : KETINGTING Nama ahli kumpulan : 1. Amiroh bt Ahmad 2. Nor Sham Shahida bt Mohd Abu Bakar 3. Norjuliana bt Kamarudzaman1.0 Cara Permainan 1.1 Giliran pemain akan ditentukan dengan melambung dadu. Pemain yang mendapat nombor yang banyak akan memulakan permainan.1.2 Pemain akan berdiri di tempat permulaan apabila mula bermain.1.3 Pemain mesti membuang kor ke dalam petak 1 dahulu. Petak yang ada kor kepunyaannya tidak boleh dipijak.1.4 Kemudian pemain akan meneruskan lompatan sebelah kaki sehingga dia pulang dan mengambil kor di petak 1.1.5 Seseorang pemain perlu menghabiskan permainan iaitu sehingga kor nya dibuang di petak 9.1.6 Pemain yang melanggar peraturan pemainan akan hilang giliran.(kaki atau tangan terpijak garisan,kor jatuh luar petak atau atas garisan dll)1.7 Selepas tamat semua pusingan, kini tibalah langkah memilih rumah.1.8 Pemain akan membaling kor ke dalam mana-mana petak dari tempat permulaan. Di mana jatuhnya kor, akan menjadi rumah pemain.1.9 Rumah pemain boleh dihias dengan corak mengikut citarasa pemain.

2.0 Peraturan Permainan2.1 Kor pemain-pemain tidak boleh sama kerana boleh mengelirukan para pemain untuk membezakannya. 2.2. Semasa bermain, kor tidak boleh jatuh di luar petak, di atas garisan mana-mana petak dan di petak rumah pemain lain. 2.3 .Tangan dan kaki pemain tidak boleh terpijak garisan petak semasa melompat ataupun ketika mengambil semula kor mereka. 2.4.Pemain yang tidak mematuhi mana-mana peraturan di atas akan hilang satu pusingan. 2.5.Seseorang pemain diberikan 3 peluang sahaja apabila membuat pemilihan rumah. Pemain yang pertama memiliki rumah akan dikira pemenang.

PETUNJUK:pengadilpemain

Rajah 1 : Kedudukan Pemain Dan Pengadil

PERMAINAN 5 : BATU SEREMBANNama ahli kumpulan : 1. . Ermi Di yana Bt Mohd Ghazali 2. Chee Yen Ying 3. Indrani A/P Palanniappan1.0 Menentukan GiliranSebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki melambung duit syiling sebagai menentukan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. 2.0 Cara PermainanDalam bermain batu seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu sehinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

2.1 Buah SatuKesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan uah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan ke udara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada di udara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu,apabila telah disambut hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehinggalah kesemuah buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

2.2 Buah DuaCara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu,tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

2.3 Buah tigaBuah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua permain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.

2.4 Buah empatPemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

2.5 Buah LimaPada peringkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.

3.0 Mati PermainanSekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira sebagai mati ( permainan ditamatkan) dan pemainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

4.0 Peraturan Permainan4.1 Satu permainan tiga pusingan sahaja dan dijalankan secara kalah mati di manaempat kumpulan akan bertanding.4.2 Setiap satu permainan, seorang pengadil sahaja diperlukan duduk di tengah tengah. Permainan dalam satu bulatan dengan pemain diselang-selikan. Contoh Pemain kumpulan A diselangkan dengan pemain Kumpulan B4.3 Semasa bermain, pemain tidak dibenarkan bercakap atau bertanya kepada kepada pemain lain atau pengadil untuk mengetahui pemain telah mati di buah mana. 4.4 Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabila sesuatu kesilapan/kesalahan yang telah dilakukan.Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung permainannya diperingkat Ia telah melakukan kesalahan.4.5 Mana-mana peserta yang dapat memungut mata yang terbanyak dikira pemenang.

5.0 Pemberian Mata dan Penentu Kemenangan5.1 Mengikut sistem pertandingan kalah mati, dua pasukan yang bertembung hanya bertanding sebanyak 1 kali sahaja. Pasukan yang berjaya memperolehi mata yang paling tinggi dikira sebagai pemenang .

PERMAINAN 6 : BALING TIN Nama ahli kumpulan : 1. Norhayattee bt Mohd Arshad 2.Shahirah bt Jamaluddin 3. Asmahani bt Rashid

1.0 Cara Permainan dan Peraturan Permainan 1.1 Objektif permainan adalah menyerang, bertahan dan membina semula kubu tin.Bilangan peserta dalam satu pasukan mesti tidak melebihi daripada sepuluh orang .Dua kumpulan akan bermain dalam tiap satu perlawanan.1.2 Satu kumpulan akan bertindak sebagai penyerang, mana kala satu kumpulan yang lain akan bertahan dan berusaha menyusun semula kubu tin.1.3 Pasukan bertahan mesti menjatuhkan kubu tin dan membinanya semula,manakala pasukan penyerang akan mematikan servis/pergerakan pihak bertahan.1.4 Setiap peserta pasukan bertahan hanya diberi peluang sebanyak 3 kali balingan bola sahaja.1.5 Semasa pasukan bertahan membuat balingan untuk menjatuhkan kubu tin, pasukan penyerang dikehendaki berada di belakang kawasan susunan tin.1.6 Sekiranya kesemua peserta bertahan gagal menjatuhkan kubu tin, pasukan penyerang akan mengambil alih perlawanan.1.7 Setiap pasukan bertahan diberikan masa 5 minit sahaja untuk membina kubu tin. Sekiranya kubu tin berjaya dibina dalam masa 5 minit itu, maka pasukan bertahan mendapat 1 mata. Jumlah pemain dalam pasukan bertahan yang masih hidup juga akan direkodkan.1.8 Setelah tempoh 5 minit selesai, wisel dibunyikan. Sekiranya kubu tin masih belum dibina, maka pasukan bertahan tidak mendapat mata.Namun bilangan pemain pasukan ini yang masih hidup perlu direkodkan.1.9 Kemudian,perlawanan diteruskan dengan pasukan penyerang pula mengambil tempat sebagai pasukan bertahan.Langkah vii dan vii diulangi.Sekiranya terdapat kumpulan yang mempunyai mata yang sama, maka jumlah peserta pasukan bertahan yang masih hidup semasa perlawanan akan diambil kira. Pasukan yang mempunyai jumlah tertinggi peserta bertahan yang masih hidup, maka pasukan itu akan dinobatkan sebagai pemenang.

PERMAINAN7 : TUJU SELIPAR Nama ahli kumpulan : 1. Mazlizin bin Muhamad Idris 2. Rozlina bt Mohamad 3. Au Poh Yee 4. Mardziana bt Che Awang

1.0 Cara Permainan dan Peraturan Permainan1.1 Setiap unit dikehendaki menghantar enam orang peserta; campur lelaki dan perempuan.1.2 Permainan dimainkan oleh dua kumpulan secara serentak.1.3 Ketua kumpulan daripada kumpulan pertama akan memulakan permainan dengan cara membaling bola ke arah selipar yang disusun. Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan kesemua selipar. 1.4 Pemain kedua daripada kumpulan pertama akan menyambung permainan dengan melontar bola bagi menjatuhkan baki selipar yang tinggal.1.5 Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan lawan akan berusaha mematikan kumpulan pertama tadi dengan membaling selipar ke anggota badan pemain tersebut kecuali bahagian kepala.1.6 Pada masa yang sama, pemain kumpulan pertama akan berusaha menyusun selipar seperti sebelumnya.1.7 Satu mata akan diberikan jika kumpulan pertama berjaya menyusun selipar seperti sebelumnya.1.8 Jika kesemua pemain dalam kumpulan pertama dapat dimatikan, pihak lawan akan memulakan semula permainan seperti awalnya.

PERMAINAN 8 : TEROMPAH GERGASI Nama ahli kumpulan : 1. Haslinda bt Mohd Jalil 2. Siti Mariam bt Kemarulzaman 3. Rosmaini bt Mohamed Nawi 4. Norehan bt Muhamad Non

1.0 Cara Permainan dan Peraturan Permainan1.1 Setiap pasukan dikehendaki untuk memakai sepasang terompah gergasi yang telah disediakan.1.2 Apabila wisel dibunyikan, setiap pasukan akan mula melangkah mengikut kreativiti pasukan masing-masing sama ada secara berlari atau berjalan.1.3 Setiap pasukan dikehendaki melangkah sehingga ke garisan penamat yang telah disediakan 1.4 Setiap pasukan perlu memastikan terompah melepasi garisan penamat bagi setiap larian 1.5 Pemenang akan dikira aberdasarkan pasukan yang terawal menamatkan permainan1.6 Setiap pasukan diingatkan agar terompah gergasi mereka tidak melebihi garisan permulaan sebelum wisel dibunyikan .

50 mSkitel Peserta Garisan mula & tamat

PELAN TAPAK PERMAINAN

Petunjuk :