Kertas Kerja Larian 1m1s

Embed Size (px)

Citation preview

1.0 PENDAHULUAN Kemajuan dalam bidang sukan menjadi semakin penting pada masa kini kerana ia mampu mewujudkan perpaduan sejagat, memupuk keamanan serta meningkatkan imej sesebuah negara. Bidang sukan jugamerupakan antara landasan terbaik dalam usaha membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang kukuh demi memastikan kelangsungan keutuhan sesebuah negara. Bagi memastikan matlamat tersebut dapat direalisasikan, bidang sukan perlu menyediakan peluang penyertaan dan penglibatan yang seluas-luasnya kepada golongan muda yang merupakan pewaris kepimpinan negara di masa hadapan. Kementerian Pelajaran sebagai organisasi yang terlibat secara langsung dalam pembangunan modal insannegara sentiasa komited dalam melakukan usaha berterusan bagi memupuk minat dan kecenderungan murid dalam bidang sukan. Justeru, usaha bagi menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah telah pun dimulakan melalui pelaksanaan dan pengukuhan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Ianya bertujuan untukmemastikan penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan di kalangan seluruh warga sekolah, serta mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan dari peringkat akar umbi. Ianya juga diharapkan dapat mewujudkan budaya persaingan yang sihat di kalangan murid-murid dan sekali gus membentuk satu persekitaran sosial yang kondusif untuk perkembangan mereka. Usaha sebegini tentunya memerlukan kerjasama padu semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan bidang pendidikan.

2.0 PENGENALAN Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

3.0 RASIONAL Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti matapelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani. Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara. Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

4.0 MATLAMAT Dalam jangka masa panjang, perlaksanaan larian serentak ini yang bertujuan menyokong dasar 1 Murid 1 Sukan ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Mencatat penyertaan larian serentak paling ramai seluruh Malaysia dalam Malaysia Book Of Record. 5.3 Meningkatkan kecergasan jasmani. 5.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni. 5.3 Memupuk perpaduan di antara kaum. 5.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid. 5.5 Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal. 5.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. 5.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

6.0 PELAKSANAAN 6.1 Tarikh 6.2 Hari 6.3 Masa : : : 2 Julai 2011 Sabtu 7.30 pagi hingga 11.00 pagi Padang SK. Taman Tun Dr. Ismail Jaya. 1.6 kilometer

6.4 Tempat : 6.5 Jarak :

Bil 1

Masa 7.30 pagi

Perkara Pelajar berkumpul di padang SK TTDI Jaya. Guru mengambil kedatangan murid-murid.

2 3 4 5 6 7

7.45 pagi 8.00 pagi 8.15 pagi 8.20 pagi 8.30 pagi 9.30 pagi

Ketibaan jemputan luar dan tetamu Sesi memanaskan badan dan senaman aerobic Melepaskan larian pelajar Tahap 1 Melepaskan larian pelajar Tahap 2 Melepaskan larian tetamu jemputan Semua peserta berkumpul semula di padang SK. TTDI Jaya.

8

10.00 pagi

Majlis penutup Bersurai

7.0 KUMPULAN SASARAN 7.1 Murid Tahun 1 : 7.2 Murid Tahun 2 : 7.3 Murid Tahun 3 : 7.4 Murid Tahun 4 : 7.5 Murid Tahun 5 : 7.6 Murid Tahun 6 : 7.7 Jemputan Luar : Waris dan keluarga pelajar Pihak PIBG Penduduk setempat Ikon sukan

8.0 PERSONALIA 8.1 Guru Besar 8.2 Guru PK Pentadbiran 8.3 Guru PK HEM 8.4 Guru PK Kokurikulum 8.5 Guru PK Petang 8.6 Setiausaha Sukan : Puan Hajah Mariah Binti Mahat : Puan Hajah Saaedah Binti Shahabudin : Puan Hajah Zaidah Binti Mustafa : Puan Salomah Binti Gaffar : Encik Mohd Jazid Bin Iman : Encik Shahril Anwar bin Ab. Rahim

9.0 Jawatankuasa Induk Pelaksana Program Pengerusi Puan Hajah Mariah Binti Mahat (Guru Besar) Timbalan Pengerusi Puan Hajah Salomah Binti Abd Ghafar (PK Kokurikulum) Naib Pengerusi Pn. Hajah Saaedah Binti Shahabudin (PK Kurikulum) Pn. Hajah Zaidah Binti Mustafa (PK Hem) En. Mohd Jazid Bin Iman (PK Petang) Penyelaras Program En. Mohd Azad Huzaini Bin Yusof Penolong Penyelaras Program En. Shahril Anwar bin Ab. Rahim

Setiausaha En. Mohd Azad Huzaini Bin Yusof Penolong Setiausaha Puan Noeralina Binti Arifin

Bi l 1

Jawatankuasa dan Ahli Jawatankuasa Pengerusi Majlis: En. Ahmad Tarmizi Bin Mohd Pn. Nur Izma Liza Binti Mohd Suhood

Bidang Tugas

Mengacarakan majlis dan memastikan majlis berjalan mengikut perjalanan majlis yang telah ditetapkan

2

Bacaan Doa : Ustaz Azahari Bin Asmungin Mengendalikan bacaan doa sebelum memulakan majlis

3

Sesi Memanaskan Badan: Encik Saiful Amri Bin Sailan Cik Sasirekha a/p Kadasamy Mengendalikan sesi memanaskan badan dan regangan otot sebelum larian bermula.

4

Buku Program/Broucher : Menyiap dan menyediakan buku program/broucher bersesuaian dengan majlis. Mengedarkan buku program/broucher kepada guru.

Cik Siti Aminah Binti Ahmad Pn. Khaizulni Binti Mohamed Pn Salmiah Binti Mohamed Sithick Pn Azlin Binti Mohd Rosdi 5 Jurugambar : Wan Arisi bin Wan Hassan En Hanis Bin Ibrahim

Mengambil gambar sepanjang berlangsungnya majlis.

Rakaman video : En Mohd Firdaus bin Zulkifli

Merekod rakaman video sepanjang berlangsungnya majlis.

Dokumentasi: Puan Rozanna Binti Junid Puan Sharinahanim Binti Abd Majid Menyediakan laporan sepanjang mejlis berlangsung.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 10.1 Cenderahati kepada tetamu VIP 10.2 Minuman peserta 10.3 Alatan teknikal 10.4 Banner JUMLAH - RM 50.00 - RM300.00 - RM100.00 - RM100.00 RM550.00

11.0 SUMBER KEWANGAN 11.1 PIBG Sek Keb Taman Tun Dr. Ismail Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor RM300 11.2 Peruntukan daripada Unit Kokurikulum JUMLAH - RM300 RM600.00

13.0 PENUTUP Semoga program yang akan dijalankan ini akan mampu memberi kesedaran dan maklumat yang penting kepada para pelajar mengenai kepentingan menjaga kebersihan gigi dan mulut. Selain itu, melalui program ini juga diharapkan agar para pelajar mengetahui cara-cara yang tepat untuk mengekalkan tahap kebersihan gigi agar sentiasa dalam keadaan yang baik.Cara penjagaan yang dimaksudkan adalah dari aspek teknik-teknik menggosok gigi serta pengambilan makanan yang sesuai untuk kesihatan gigi. Program ini adalah juga bertujuan untuk mengekalkan tahap kesihatan diri pelajar dan mengamalkan gaya hidup sihat kerana otak yang cerdas berada di dalam badan yang sihat serta cergas. Apabila tahap kesihatan diri pelajar berada dalam keadaan yang baik,tahap kecerdasan minda akan meningkat seterusnya memberikan kesan yang amat positif terhadap diri dan pelajaran mereka.