21
Kertas kerja Program Penilaian Anugerah Tokoh NILAM 2014 KERTAS KERJA PROGRAM PENILAIAN ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH TUARAN TAHUN 2014 1. TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk memaklumkan kepada ahli Mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca Daerah Tuaran Untuk Tahun 2014, Bil 1/2014 berkaitan Program Penilaian Anugerah Tokoh NILAM peringkat daerah untuk tahun 2014. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Program NILAM merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. 2.2 Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 telah memaklumkan keputusan Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan Program Membina Tabiat Membaca secara terancang dan berterusan di sekolah-sekolah yang dikenali sebagai Program NILAM. 2.3 Untuk meningkatkan impak Program NILAM, sistem ganjaran dan penghargaan di peringkat sekolah, daerah, bahagian dan negeri diadakan. 2.4 Pada tahun 2008, kedua-dua peserta dari negeri Sabah telah dinobatkan sebagai Tokoh NILAM Kebangsaan bagi kategori sekolah menengah dan rendah iaitu Bessima Jamal PKG Tamparuli & PKG Tuaran 1

Kertas Kerja Nilam 2014

  • Upload
    zuli

  • View
    145

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perkongsian

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Nilam 2014

Kertas kerja Program Penilaian Anugerah Tokoh NILAM 2014

KERTAS KERJAPROGRAM PENILAIAN ANUGERAH

TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH TUARANTAHUN 2014

1. TUJUANKertas kerja ini bertujuan untuk memaklumkan kepada ahli Mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca Daerah Tuaran Untuk Tahun 2014, Bil 1/2014 berkaitan Program Penilaian Anugerah Tokoh NILAM peringkat daerah untuk tahun 2014.

2. LATAR BELAKANG2.1 Program NILAM merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat

membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya

ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia.

2.2 Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 telah memaklumkan keputusan Kementerian Pelajaran untuk

melaksanakan Program Membina Tabiat Membaca secara terancang dan berterusan di

sekolah-sekolah yang dikenali sebagai Program NILAM.

2.3 Untuk meningkatkan impak Program NILAM, sistem ganjaran dan penghargaan di peringkat

sekolah, daerah, bahagian dan negeri diadakan.

2.4 Pada tahun 2008, kedua-dua peserta dari negeri Sabah telah dinobatkan sebagai Tokoh NILAM Kebangsaan bagi kategori sekolah menengah dan rendah iaitu Bessima Jamal Dargham dari SMK. Lok Yuk, Likas, Kota Kinabalu dan Azmatun Samihah Bte Hassan dari

SK. Muhibbahraya, Tawau.

3. RASIONAL3.1 Pusat Kegiatan Guru, di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia mengadakan anugerah NILAM pada setiap tahun sejak tahun 2003. Sehubungan itu,

setiap daerah dikehendaki menghantar calon bagi empat kategori dari sekolah rendah dan

menengah.

3.2 Anugerah NILAM merupakan satu cara mengiktiraf usaha gigih murid menjalankan aktiviti

pembacaan. Pengiktirafan ini berdasarkan kriteria pembacaan yang terancang. Pengiktirafan

berdasarkan kriteria pembacaan yang berkualiti merupakan suatu usaha “bench-marking” untuk

PKG Tamparuli & PKG Tuaran 1

Page 2: Kertas Kerja Nilam 2014

Kertas kerja Program Penilaian Anugerah Tokoh NILAM 2014

menentukan kemahiran yang perlu ada pada pembaca bestari.

4 MATLAMATPemilihan Tokoh NILAM peringkat Daerah adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid

yang telah berjaya menjalankan Program NILAM dengan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan

seterusnya menjadi wakil yang benar-benar mantap dan berkemampuan bagi mewakili daerah Tuaran

ke pertandingan Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Bahagian Kota Kinabalu, Negeri dan seterusnya

peringkat Kebangsaan.

5. OBJEKTIFSelepas Program Pemilihan Anugerah Tokoh NILAM ini, adalah diharapkan sekolah-sekolah dapat :

5.1 Menggerakkan aktiviti-aktiviti galakan membaca.

5.2 Meningkatkan minat membaca yang berterusan.

5.3 Memantapkan Program NILAM.

5.4 Melahirkan dan mengenal pasti tokoh murid yang banyak membaca dan berketrampilan serta

mempunyai sifat kepimpinan.

5.5 Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti.

5.6 Melahirkan tokoh NILAM yang dapat mewakili Daerah Tuaran ke peringkat Bahagian, negeri

dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

6. ASAS-ASAS PELAKSANAAN

6.1 Penganjur Program : Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Tamparuli & Tuaran

6.2 Tarikh Pelaksanaan : 24 Februari 20146.2 Tempat : PKG Tamparuli6.3 Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 petang6.4 Sasaran : 1. SR – Pelajar Tahun 6

2. SM – Pelajar Tingkatan 56.5 Kategori : 1. Sekolah Rendah Luar Bandar

2. Sekolah Menengah Luar Bandar

7 KONSEPPemilihan Tokoh NILAM Daerah merupakan satu pengiktirafan kepada murid-murid yang telah

berusaha melibatkan diri dalam Program NILAM dari peringkat sekolah hingga ke peringkat negeri iaitu

bagi murid-murid yang telah berjaya di peringkat Jauhari NILAM. Pemenang-pemenang dikategorikan

PKG Tamparuli & PKG Tuaran 2

Page 3: Kertas Kerja Nilam 2014

Kertas kerja Program Penilaian Anugerah Tokoh NILAM 2014

kepada murid-murid :-

7.1 Sekolah Rendah Bandar7.2 Sekolah Rendah Luar Bandar7.3 Sekolah Menengah Bandar7.4 Sekolah Menengah Luar Bandar

Selain daripada itu, majlis juga akan mengiktiraf murid sebagai Tokoh NILAM Daerah. Empat orang

tokoh akan dipilih iaitu dua murid dari sekolah rendah dan dua dari sekolah menengah. Pemenang bagi

Tokoh NILAM Daerah mestilah mendapat markah minima 80% berdasarkan instrumen Pemilihan Tokoh

NILAM daerah.

8. KRITERIA PEMILIHANKriteria pemilihan adalah seperti berikut :

Tahap Jauhari8.1 Calon Tokoh NILAM Daerah hendaklah telah mencapai pengiktirafan NILAM dalam Tahap

Jauhari. Calon tersebut juga mesti terdiri daripada murid Tahun 6 dan Tingkatan 5 yang sudah

membaca lebih 360 buah buku dan ke atas bagi sekolah rendah atau 288 buah buku dan ke

atas bagi sekolah menengah serta telah membaca buku Bahasa Inggeris sebanyak 72 buah

bagi sekolah rendah dan 58 buah bagi sekolah menengah.

8.2 Dibuktikan dengan Buku Rekod Bacaan yang telah disahkan oleh pihak sekolah. Bagi murid

sekolah rendah perlu ada buku rekod bacaan dari Tahun 1 hingga Tahun 5, dan dari Tingkatan

1 hingga Tingkatan 4 bagi sekolah menengah.

8.3 Ada pencapaian dalam pertandingan aktiviti galakan membaca yang diceburi beserta dengan

dokumen sokongan atau sijil dan pencapaian akademik yang baik berdasarkan buku rekod

prestasi.

8.4 Calon-calon Tokoh NILAM daerah ada membaca buku-buku Karya Besar atau Karya Agung.8.5 Calon-calon Tokoh NILAM daerah mesti telah memperolehi sekurang-kurangnya 50 markah

dalam Tahap Rakan Pembaca.

Tokoh NILAM Daerah.Ditentukan melalui Ujian Bertulis dan Ujian Lisan yang akan diuji oleh panel hakim daerah /

jemputan berdasarkan instrumen Pemilihan Tokoh NILAM daerah. Penilaian dibuat dalam dua

bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ini bererti ada empat peserta akan

mewakili daerah ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu dua orang untuk Bahasa Malaysia

(Sekolah Rendah & Menengah) dan dua orang untuk Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah &

PKG Tamparuli & PKG Tuaran 3

Page 4: Kertas Kerja Nilam 2014

Kertas kerja Program Penilaian Anugerah Tokoh NILAM 2014

Menengah)

9. PELAKSANAANPPD menjalankan pemilihan di peringkat daerah. Kemudian menghantar calon-calon bagi empat

kategori ke bahagian / zon masing-masing mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Ketua bahagian /

zon pula akan membuat pemilihan Anugerah Tokoh NILAM di peringkat bahagian masing-masing.

Pemenang pertama bagi setiap kategori (4 kategori) sahaja akan dihantar ke peringkat negeri sebagai

calon Tokoh NILAM Negeri tujuh hari sebelum penilaian.

Borang pencalonan iaitu borang BTPNSBH/PSP-NILAM 01 yang telah diisi dengan lengkap dan

disahkan oleh Guru Besar / Pengetua bersama surat penghantar dari Pegawai Pendidikan Daerah

(Ketua Zon) atau Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru hendaklah sampai kepada pihak

Urus setia Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Kota Kinabalu, selewat-lewatnya pada 31 Januari 2014.

10. SYARAT PENYERTAAN.i. Setiap sekolah dikehendaki menghantar maksimum 1 orang calon BM dan 1 orang calon

BI sahaja bagi setiap kategori.

ii. Calon / pelajar hendaklah pelajar yang sah di sekolah berkenaan dengan mempunyai No.

Daftar sekolah.

iii. Calon / pelajar mestilah mempunyai jumlah kehadiran yang baik dan tiada rekod disiplin di

sekolah.

iv. Calon / pelajar hendaklah seorang Warganegara dan mempunyai Sijil Kelahiran atau Kad

Pengenalan yang sahih.

v. Calon / pelajar hendaklah melengkapkan semua dokumen yang diperlukan berserta

gambar berukuran paspot.

11. KEWANGANMajlis ini memerlukan peruntukan yang mencukupi untuk memastikan penganugerahan berjalan lancar.

Cadangan perbelanjaan adalah seperti berikut :

11.1 Perbelanjaan Piala / Trofi, dan sijil penyertaan dibiayai oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tuaran.

11.2 Perbelanjaan makan & minum Peserta dan AJK, bahan/peralatan, Back drop, banner serta

kemudahan penginapan akan diuruskan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tuaran. Untuk

Jamuan Majlis Penutupan, akan diurus oleh Pusat Kegiatan Guru Tamparuli & Tuaran.

11.3 Perbelanjaan pengangkutan untuk calon dan guru pengiring adalah tanggungan sekolah masing-masing.

11.4 Perbelanjaan mengurus Program Anugerah Tokoh NILAM akan ditanggung oleh PPD serta

PKG Tamparuli & PKG Tuaran 4

Page 5: Kertas Kerja Nilam 2014

Kertas kerja Program Penilaian Anugerah Tokoh NILAM 2014

sumbangan daripada Persatuan Pengetua Sekolah Menengah & Majlis Guru Besar Sekolah

Rendah Daerah Tuaran.

11.5 Cetakan sijil, buku aturcara dan Tag Nama akan diuruskan oleh Pusat Kegiatan Guru Tamparuli & Tuaran.

12. ANGGARAN PERBELANJAAN PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH TUARAN 2014

12.1 Hadiah Piala.i. Kategori SR – 6 buah (RM320.00) PPD

BAHASA MALAYSIAJohan (RM57.00),

Naib Johan (RM53.00),

Ketiga (RM50.00).

BAHASA INGGERISJohan (RM57.00),

Naib Johan (RM53.00),

Ketiga (RM50.00).

ii. Kategori SM – 6 Buah (RM320.00) PPD

BAHASA MALAYSIAJohan (RM57.00),

Naib Johan (RM53.00),

Ketiga (RM50.00).

BAHASA INGGERISJohan (RM57.00),

Naib Johan (RM53.00),

Ketiga (RM50.00).

12.2 Sijil.i. Kategori SR – 150 keping - 75 Sekolah x 2 peserta

ii. Kategori SM – 20 Keping - 10 sekolah x 2 peserta

iii. Sijil Penghargaan (AJK) - 40 keping

iv. Sijil Panel Hakim - 10 keping

v. Sijil Tokoh NILAM - 8 Keping

228 keping x RM1.50 = (RM342.00) PKG

12.3 Cenderamata.i. Panel Hakim – 10 orang x RM12.00 (RM120.00) PKG

PKG Tamparuli & PKG Tuaran 5

Page 6: Kertas Kerja Nilam 2014

Kertas kerja Program Penilaian Anugerah Tokoh NILAM 2014

ii. Pegawai Perasmi – 1 orang (RM45.00) PKG

12.4 Keperluan Pengurusan.i. Tali Tag Nama (RM20.00) PKG

ii. Plastik Tag Nama (RM20.00) PKG

iii. Kertas Jawapan 1 rim (RM15.00) PKG

iv. Ink Printer (warna) – 2 unit (RM38.00 x 2 = RM76.00) PKG

v. Makan dan Minum ( 0 orang ) (RM810.00) PPD

a. Peserta = 50 orang

b. AJK = 30 orang

c. Hakim = 10 Orang

vi. Cetakkan buku aturcara = (RM100.00) PKG

vi. Banner 4” x 12” = (RM200.00) PPD

Perbelanjaan yang ditanggung oleh PPD = RM1285.00Perbelanjaan yang ditanggung oleh PKG = RM540.00

JUMLAH BESAR RM1825.00

13 CADANGAN JADUAL AKTIVITI PENILAIAN ANUGERAH TOKOH NILAM DAERAH UNTUK TAHUN 2014Rujuk Lampiran

14 BENTUK PENILAIAN ANUGERAH TOKOH NILAM DAERAHPenilaian bagi Pemilihan Anugerah Tokoh NILAM Daerah merangkumi 5 aspek iaitu :-

14.1 Pengesanan Kemahiran Membaca (25%)

14.2 Pengesanan Penghayatan Dan Apresiasi Pembacaan (25%)

14.3 Pengesanan Pengetahuan (20%)

14.4 Pengesanan Kebestarian (20%)

14.5 Penulisan – Pengesanan Kemahiran Memberikan Pendapat/Ulasan (10%)

Jumlah markah keseluruhan ialah 100%

15. PANEL HAKIM PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH

PKG Tamparuli & PKG Tuaran 6

Page 7: Kertas Kerja Nilam 2014

Kertas kerja Program Penilaian Anugerah Tokoh NILAM 2014

Hakim-hakim yang akan dipilih terdiri daripada golongan profesional dan berkelayakan serta ada

pengetahuan tinggi dalam bidang bahasa.

15.1 Pengesanan kebestarian

15.2 Pengesanan penghayatan

15.3 Pengesanan kemahiran membaca SR

15.4 Penulisan

15.5 Pengesanan pengetahuan

15.6 Pengesanan kemahiran membaca SM

16. PENUTUPKejayaan melaksanakan program ini akan dapat menyemarakkan lagi Program NILAM di semua

sekolah dalam daerah Tuaran khususnya dalam gerakan tabiat membaca.

JAWATANKUASA PENGELOLA PROGRAM PENILAIAN ANUGERAH TOKOH NILAM

PERINGKAT DAERAH TUARAN TAHUN 2014

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En. Justinus SabinPegawai Teknologi Pendidikan PTPB Kota Kinabalu

Pengerusi : Pn. Tah Nia Binti Haji JamanPegawai Pendidikan Daerah Tuaran

Tim Pengerusi : Pn. Winnie UlutPenolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pengurusan Akademik

Setiausaha : En. Rodymond G OmarPegawai Teknologi Pendidikan, PKG Tamparuli

Bendahari : Unit Akaun PPD Tuaran

PKG Tamparuli & PKG Tuaran 7

Page 8: Kertas Kerja Nilam 2014

Kertas kerja Program Penilaian Anugerah Tokoh NILAM 2014

AJK : Semua PPPD, PPD TuaranSemua Pengetua & Guru Besar Daerah TuaranSemua Guru Perpustakaan Dan Media / Guru Penyelaras PSS.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Pn. Tah Nia Binti Hj. Jaman

Timb. Pengerusi : En. Shamiun Bin Salleh

Naib Pengerusi 1 : En. Rodymond G Omar (PKG Tamparuli)

Setiausaha 1 : Cik Badriah Hj. Epin (SK. ST James)

Setiausaha 2 : Pn. Hanimah Muslen (SK. Bantayan)

Penyelaras : Cik Ratna Tamin (PTPB Kota Kinabalu)

Bendahari : Pn. Sharifah Thani (PPD Tuaran)

Floor Manager : Pn. Kasmah Binti Hj. Bakar (PPD Tuaran)

Urus setia / PendaftaranEn. Abdul Rahman Bin Senang - SK. GayangPn. Nuridah Madin - SK. Pekan TuaranPn. Rosita Matsaidin - SMK. Sri NangkaCik Badriah Hj. Epin - SK. ST. James TenghilanPn. Nor Azwati Mat Nawi - SM. ST. JohnEn. Mabry Miller Mike Ikol - PKG TamparuliPn. Mariah Derum - SK Tinambak Pn. Nexcy Sauki - SMK TenghilanCik Jamiati Mantair - SK Linungkuan

Panel Hakim En. Makmur Ibak - PPD TuaranEn. Mohd. Azlan Umpai - PKG Kota KinabaluPn. Francisca Slyvester - PKG PenampangEn. Junaidi Adam - BTPN SabahEn. Stephen Apok - IPG Kent, TuaranEn. Rodymond G. Omar - PKG TamparuliEn. Mabry Miller Mike Ikol - PKG TamparuliPn. Jalilah Sabin - SK Bantayan

Penilai Dokumen

En. Mabry Miller Mike Ikol - PKG TamparuliPn. Stlea G. Thomas - SK Lingga BaruEn. Erwandy Bongkihoi - SK Laputong

PKG Tamparuli & PKG Tuaran 8

Page 9: Kertas Kerja Nilam 2014

Kertas kerja Program Penilaian Anugerah Tokoh NILAM 2014

En. Kanchan News - SK KayangatEn. Asrie Sabli - SK Sambah

Penilai Karangan En. Hawang Eyong (BM/SR) - SK GiokPn. Fatimah Indera (BM/SM) - SM ST James TenghilanPn. Mariah Derum (BM/SR) - SK TinambakPn. Georgina Sipin (BI/SR) - SK BawangEn. Eric Melvin Yunus (BI/SM) - SMK Tun Fuad Stephen

Buku AturcaraMakmur Ibak - PPD TuaranRodymond G Omar - PKG Tamparuli

Pengurus Hadiah & SijilPn. Jaidah Hj Saidun - SK Pekan TamparuliPn. Anne Jeffry Kihob - SMK. TamparuliPn. Hanimah Muslen - SK BantayanPn. Jamilah Ensin - SK Kapa

Juruacara MajlisPn. Siti Bothly Md. Yusuf - SK. PukakPn. Saadiah A. Salim - SK SaradanPn. Roimi Joseph - SK Pekan Tenghilan

AJK Makanan & Minuman Cik Norhayati Shafie - SMK. BadinPn. Sarifah Kulu - SMK Sungai DamitPn. Mariny @ Marny Jairis - SK TaginamburPn. Lucy Faridah - SK TomisPn. Annah Binty - SK TopokonPn. Munirah Binti Mazelan - SK Togop

Pengurus Teknikal & DokumentasiEn. Mitchel Christie - PKG TuaranEn. Mohd. Aizat Bin Ahmad Zam-Zam - SMK. TamparuliEn. Mohd. Fuad Bin Othman - SK. ST. JohnEn. Johan Singh - SK. LinungkuanEn. Majrin Sumar - SK KelawatPn. Emiliana Binti Ali Aziz - PKG Tamparuli

Bacaan DoaUstaz Ahzri Ahmad - PPD TuaranEn. Asrie Sabli - SK Sambah

Pengurus PesertaEn. Norjaip Hj. Daip - SK. PenimbawanCik Aerene Gabriel - SMK. Sri NangkaPn. Irene Taisin - SK. ST. JohnPn. Meillonie Lumbidau - SMK. Pekan TelipokPn. Maskata Maidin - SK. TinambakPn. Miflin Gulimas - SMK Sungai DamitCik Lim Pey Ying - SJK(C) ST. PhilipCik Diana - SM ST James Tenghilan

PKG Tamparuli & PKG Tuaran 9

Page 10: Kertas Kerja Nilam 2014

Kertas kerja Program Penilaian Anugerah Tokoh NILAM 2014

Pengurus Persembahan En. Rodymond G Omar - PKG TamparuliEn. Amir Anwar Bin Abd Malik - Persembahan MultimediaSK. Lingga Baru - Persembahan BAMBU

Pengurus Tempahan Piala & CenderamataEn. Abdul Rahman Bin. Senang - SK. Gayang

P.A SistemEn. Khairil Izwan - SMK. BadinEn. Jeffry Sumping - SK. Pekan Kiulu

BannerEn. Makmur Ibak - PPD TuaranEn. Rodymond G Omar - PKG Tamparuli

Sambutan & ProtokolPn. Masini Suman - SK. Lok YukCik Hadiah Riping - SK. Pekan TelipokPn. Maisim Sapinggar - SK. NongkoludAJK Tertinggi

Pengurus HakimEn. Justinus Sabin - PTPB Kota KinabaluEn. Mabry Miller Mike Ikol - PKG TamparuliEn. Rodymond G Omar - PKG Tamparuli

Persiapan Dewan & PentasEn. Majrin Sumar - SK. KelawatEn. Riduan Hj. Hamit - Sk. Tiong Perungusan

PKG Tamparuli & PKG Tuaran 10

Page 11: Kertas Kerja Nilam 2014

Kertas kerja Program Penilaian Anugerah Tokoh NILAM 2014

17 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA

17.1 Jawatankuasa Pengurus dan Penyelaras Peserta 1. Memberi tunjuk arah kepada semua peserta dan guru pengiring ke asrama, makan dan

minum serta lokasi bagi setiap aktiviti yang dijalankan. 2. Menyelaras kehadiran peserta bagi setiap aktiviti.

3. Mengurus keperluan aktiviti ( fail,alat tulis dan buku nota )4. Sebagai pegawai perhubungan.

17.2 Jawatankuasa Pendaftaran1. Menyediakan buku pendaftaran.2. Mengurus pendaftaran peserta.3. Memberi penerangan kepada peserta semasa mendaftar.4. Memberi tag nama dan fail kepada peserta.

17.3 Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti1. Memastikan aktiviti Khemah Membaca, Anugerah NILAM dan Jejak

Maklumat berjalan lancar. 2. Memastikan tempat aktiviti kondusif dan sedia untuk diguna.3. Mengurus dan menghubungi penceramah bagi setiap aktiviti.

17.4 Jawatankuasa Makanan dan MinumanA. Sepanjang Aktiviti1. Mengurus makan dan minum guru pengiring dan peserta sepanjang aktiviti dijalankan.2. Memastikan penyediaan makanan guru pengiring dan peserta disediakan mengikut

jadual.3. Memastikan makanan dan minuman mencukupi untuk guru pengiring dan peserta.

B. Semasa Majlis Penutupan1. Mengurus penyediaan makan dan minum semasa majlis penutupan.2. Menyediakan tempat jamuan.3. Memastikan jamuan berjalan lancar dan diawasi.4. Menyediakan minuman ringan ( mineral water untuk VIP )5. Memastikan tempat jamuan dibersihkan sebelum dan selepas jamuan.

17.5 Jawatankuasa Penghakiman Anugerah NILAM1. Mengirim surat kepada pihak sekolah untuk memohon panel

penilai.2. Menyedia dan mengirim surat jemputan kepada penilai yang

dicadangkan.3. memastikan instrumen penilaian disediakan dan mencukupi.

PKG Tamparuli & PKG Tuaran 11

Page 12: Kertas Kerja Nilam 2014

Kertas kerja Program Penilaian Anugerah Tokoh NILAM 2014

17.6 Jawatankuasa Teknikal dan Dokumentasi1. Merakam aktiviti Anugerah NILAM bermula semasa pendaftaran hingga majlis selesai.2. Mengurus penyediaan, pemasangan dan keselamatan peralatan teknikal dan PA

System semasa majlis penutupan. 3. Memastikan semua peralatan mencukupi dan berfungsi dengan baik.4. Sentiasa bersedia sepanjang aktiviti dan majlis.5. Mengambil video dan gambar pegun peserta dan guru pengiring.6. Menyiapkan CD dokumentasi.

17.7 Jawatankuasa Pengurus Sijil dan Hadiah 1. Menyediakan sijil penyertaan dan pemenang untuk peserta.2. Menyediakan sijil penghargaan.3. Mendapatkan tandatangan PPD bagi sijil-sijil yang disediakan.4. Membeli cenderahati untuk perasmi dan penilai.5. Membeli trofi untuk penerima anugerah Tokoh NILAM.

17.8 Jawatankuasa Pengurus Penyampaian Cenderahati, Hadiah dan Sijil1. Mengurus penyampaian hadiah, sijil dan cenderahati semasa majlis penutupan.2. Menyediakan peralatan dan keperluan penyampaian hadiah sepanjang majlis.3. Berhubung dengan juruacara untuk menyelaras penyampaian hadiah, sijil dan cenderahati.4. memastikan penetapan laluan atau ’floor plan’ semasa

penyampaian hadiah dan cenderahati.

17.9 Jawatankuasa Penyediaan Tag Nama dan Buku Aturcara1. Mengurus dan menyediakan tag nama untuk guru pengiring dan

peserta Anugerah NILAM.2. Menyediakan buku aturcara untuk majlis penutupan.

17.10 Jawatankuasa Jemputan

1. Menyediakan jemputan kepada Perasmi.2. Menjemput pihak-pihak yang berkenaan untuk majlis penutupan. 3. Mendapatkan maklumbalas tentang kehadiran jemputan.4. Mendapatkan maklumbalas tentang kehadiran murid sekolah yang dijemput.5. Memaklumkan nama dan jumlah kehadiran kepada

jawatankuasa Pengurus Tempat, dan Jamuan. 6. Menjemput sekolah-sekolah ke majlis perasmian penutupan.

17.11 Jawatankuasa Pengurus Tempat1. Mengurus dan menyediakan tempat untuk Majlis Penutupan Anugerah NILAM Peringkat Daerah.2. Menyediakan kerusi untuk VIP.3. Menyediakan kerusi untuk majlis perasmian mencukupi.4. Menyediakan bunga dan perhiasan sepanjang majlis.5. Melabel kerusi untuk para jemputan mengikut keutamaan.

17.12 Jawatankuasa Penyediaan Mulitmedia dan Gimik 1. Mengurus penyediaan tayangan multimedia semasa majlis

PKG Tamparuli & PKG Tuaran 12

Page 13: Kertas Kerja Nilam 2014

Kertas kerja Program Penilaian Anugerah Tokoh NILAM 2014

penutupan.2. Menyediakan peralatan dan komputer semasa majlis penutupan.3. Menyediakan satu bentuk gimik untuk perasmian penutupan.

17.13 Jawatankuasa Backdrop dan hiasan pentas

1. Menyediakan backdrop untuk majlis penutupan.2. Mendapatkan pokok-pokok bunga dan menghias bahagian pentas.

17.14 Jawatankuasa Protokol dan Sambutan1. Menyediakan petugas penunjuk tempat duduk semasa majlis

perasmian.2. Memastikan majlis berjalan mengikut protokol rasmi kerajaan.3. Mengagihkan buku aturcara kepada para jemputan dan Jemputan khas.4. Menyediakan Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.5. Mengurus aktiviti sambutan di luar seperti bunga manggar dan

kompang.

17.15 Jawatankuasa Persembahan1. Menyelaras dan menyediakan persembahan untuk majlis

perasmian penutupan.2. Menjemput ke sekolah-sekolah yang terpilih untuk membuat

persembahan.3. Menentukan bentuk persembahan yang difikirkan sesuai.

17.16 Jawatankuasa Floor Manager

1. Memastikan segala persediaan dan susun atur di tempat majlis berjalan dengan lancar.

2. Mendapatkan senarai semak tugasan dari semua ketua AJK.

17.17 Jawatankuasa Juruacara 1. Mempengerusikan majlis. 2. Mendapatkan aturcara/ringkasan aktiviti untuk rujukan juruacara.

3. Mengedit skrip juruacara.

17.18 Jawatankuasa Bacaan Doa1. Menyediakan dan mengedit teks bacaan doa sebelum majlis bermula.

PKG Tamparuli & PKG Tuaran 13

Page 14: Kertas Kerja Nilam 2014

Kertas kerja Program Penilaian Anugerah Tokoh NILAM 2014

18. ATUR CARA MAJLIS PENANGGUHAN

Jam 11.30 Pagi : Peserta Mengambil Tempat

Jam 11.40 Petang : Doa

Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku

Jam 12.00 TgHari: Ucapan Alu-aluan Oleh :En. Rodymond G Omar, Pegawai Teknologi PendidikanPusat Kegiatan Guru Tamparuli

: Ucapan Perasmian Penangguhan :Pn. Tah Nia Binti Haji Jaman, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Merangkap Timbalan Pengerusi Pemilihan Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Daerah Tuaran 2014.

: Gimik Anugerah NILAM

: Penyampaian Cenderahati Perasmi

: Tayangan Multimedia NILAM

: Persembahan

: Penyampaian Cenderahatikepada Panel Penilai / Hakim

: Penyampaian Sijil Penyertaan

: Penyampaian Hadiah Anugerah Tokoh NILAMPeringkat Daerah Tuaran 2014

: Sesi bergambar

: Jamuan

: Bersurai

PKG Tamparuli & PKG Tuaran 14