17
SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA, JALAN SJ 24, TAMAN SELAYANG JAYA, 68100 BATU CAVES, SELANGOR KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM 2015 TAJUK: ROKET AIR DIKELOLAKAN OLEH:

Kertas Kerja Program Innovasi Roket Air Docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas kerja

Citation preview

SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA, JALAN SJ 24, TAMAN SELAYANG JAYA,68100 BATU CAVES, SELANGOR

KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM 2015

TAJUK: ROKET AIR

DIKELOLAKAN OLEH: PERSATUAN SAINS & MATEMATIK SK SELAYANG JAYAKERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUMPERSATUAN SAINS & MATEMATIKSK SELAYANG JAYA, 68100 BATU CAVES, SLEANGORTAJUK: ROKET AIRPENGENALANSejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid di SK Selayang Jaya untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.

RASIONAL1. Melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.2. Merialisasikan hasrat, cita-cita dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadikan Kokurikulum sebagai pelengkap dalam kurikulum.3. Menyemarakkan minat ahli dalam kajian angkasa secara khususnya dan teknologi secara umumnya dan menggalakkan penyelidikan secara saintifik.4. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.

MATLAMAT1. Meningkatkan semangat dan kecintaan ahli kelab untuk mendalami ilmu dan teknologi angkasa. 2. Memberikan pendedahan kepada ahli aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan seharian.3. Memupuk dan mencungkil bakat, daya krativiti dan inovasi ahli. 4. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.

OBJEKTIF1. Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan Sains dan Teknologi.2. Menaiktaraf status kelab Matematik dan Sains SKSJ ke tahap cemerlang

SASARAN

Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 SK Selayang Jaya (mengikut Kelab & Persatuan masing-masing)

PERNYATAAN MASALAH

Antaranya ialah :

1. Kekurangan sumber/ kedai yang menjual roket air di pasaran. Murid berminat untuk bermain, namun ketiadaan kedai tertentu yang menjualnya.2. Murid tidak pernah mendapat pendedahan mengenai proses mereka cipta bahan.3. Murid tidak mengetahui barang yang sesuai dalam penghasilan roket yang baik.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK.Skop kajian ialah untuk mengguna pakai bahan sekitar yang terdapat dalam kawasan sekolah kerana pihak sekolah juga mahu menekankan konsep kitar semula.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEKAntara kepentingannya ialah:1. Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan produk berinovasi dan rekacipta melalui aktiviti persatuan.2. Membuka peluang serta menanam budaya berfikiran kreatif.3. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata pelajaran Sains (Teknologi).

ANGGARAN KOS PROJEKBilPendapatanRMBilPerbelanjaanRM

1Waran Peruntukan Program Inovasi450.001.Pelancar roket(4 x rm40)160.00

Kementerian Pendidikaan2.Masking tape20 x RM 1.50 30.00

Malaysia3.Pemberat ( Tanah Liat) 20 x RM 1.0020.00

4.Platik yang keras untuk membuat sirip roket (mounting board) 10 x RM 6.00

60.00

5.

6.Hadiah (Pertandingan Sasaran Terbaik)Tempat Pertama Hamper Tempat Kedua Hamper Tempat Ketiga Hamper Hadiah (Pertandingan Payung Terjun Terbaik)Tempat Pertama Hamper Tempat Kedua Hamper Tempat Ketiga Hamper

40.0030.0020.00

40.0030.0020.00

JUMLAH450.00JUMLAH 450.00

Kos anggaran untuk projek inovasi ini.*Untuk 10 kumpulan kecil.Bahan tambahan perlu dibawa oleh murid: Botol minuman plastik berukuran besar , 1.5 L (4) dan plastik sampah hitam (Kitar semula)

TINJAUAN DAN KAJIANDaripada tinjauan yang dijalankan, Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (PTPR) merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Angkasa dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Universiti Malaya. Ia telah berlangsung selama beberapa tahun bermula dari tahun 2003 sebagai projek perintis. Dalam pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dikehendaki mencipta model roket air yang sempurna menggunakan botol air minuman 1.5 liter. Penggunaan botol air minuman tesebut bertujuan mengurangkan daya geseran mudah untuk didekorasi dan lebih inovatif. Seterusnya, model roket air itu akan dilancarkan menggunakan alat pelancar roket bersama kombinasi tekanan air dan udara.KAEDAH PENYELIDIKANKaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyelidikan laman sesawang serta buku untuk penghasilan pelancar roket serta binaan asas roket air.

PERANCANGAN PROJEKProjek ini akan dilaksanakan seperti berikut:Setiap kali perjumpaan (Rabu waktu kokurikulum) Bil.AktivitiTarikh

1.Taklimat Aktiviti Pertandingan Roket Peringkat Sekolah

2.Bengkel Pembinaan Roket Air Sasaran (Best Target) 29 JULAI 2015

3.Bengkel Pembinaan Roket Air(Payung Terjun Terbaik (Best Parachute)) 5 OGOS 2015

4.Pertandingan Roket Air Sasaran (Best Target) dan Roket Payung Terjun Terbaik (Best Parachute) 12 OGOS 2015

KESIMPULANKesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Sains. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.

Disediakan oleh,Disemak oleh,

(RUBIATON NAEMAH BT HARINI)(MOHAMMAD SHAHHIR BIN SHAHRANI)Ketua Panitia Sains SKSJ Penolong Kanan Kurikulum SKSJ

Disahkan oleh,

(SITI MARIAM BINTI MOHAMMAD)Guru Besar SKSJ

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

PENAUNG: PN. SITI MARIAM BINTI MOHAMMAD Guru Besar SKSJ

PENGERUSI: EN. MOHAMMAD SHAHHIR BIN SHAHARANI Penolong Kanan Kurikulum SKSJ

NAIB PENGERUSI 1: PN. AZLINA BT OSMAN Penolong Kanan Kokurikulum SKSJ

NAIB PENGERUSI 2: EN. KARMIZAN BIN KARIM Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKSJ

NAIB PENGERUSI 3: PN. SULRAFTINAWATI BT SIBUROK Penolong Kanan PPKI SJSJ

SETIAUSAHA: PN. RUBIATON NAEMAH BT HARINI

PENYELARAS: EN. MOHD NIZAR BIN IDERIS

AHLI JAWATAN KUASA: 1) PANITIA SAINS 2) AHLI PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK

PENGENALANRoket air ialah roket yang menggunakan kuasa air dan udara untuk terbang.

STRUKTUR ASAS ROKET AIR

STRUKTUR ASAS ROKET AIR

PELANCARAN ROKET1. Masukkan air dalam roket.

2. Pastikan apabila roket dimasukkan pada pelancar, air lebih kurang 40% dari isipadu botol. Kalau lebih roket menjadi berat dan tak pergi tinggi.Pegang hujung roket (untuk pelancar tanpa kunci) atau kuncikan roket pada tapak pelancar.

3. Mulakan pam angin ke dalam pelancar roket. Jangan pam terlalu banyak angin , kerana boleh menyebabkan roket atau pelancar pecah.Pastikan tiada sesiapa berhampiran tapak pelancaran roket dan tempat roket dijangka akan jatuh.

4. Cuba dengan botol kecil dahulu 500ml sebelum mencuba dengan botol besar 1.5ml. Botol kecil boleh pergi setinggi 100 meter, sementara botol besar boleh pergi setinggi 200 meter.

PERTANDINGAN PELANCARAN ROKET PARACUT DAN ROKET SASARAN TERBUKASEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA TAHUN 2015

A. PERATURAN UMUM

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua Kelab dan Persatuan Sek. Keb. Selayang Jaya2. Setiap pasukan terdiri daripada empat (4) orang murid dan diiringi oleh seorang (1) guru pembimbing sahaja.3. Pertukaran peserta dalam pasukan adalah TIDAK dibenarkan.4. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori seperti berikut:a) Kateogri R2 - Sasaran Terbaik (Best Target)b) Kategori R3 - Payung Terjun Terbaik (Best Parachute)5. Model roket perlu siap dibina sebelum pertandingan dan boleh dibina semasa bengkel.6. Setiap pasukan perlu kreatif dalam rekaan kon muncung dan sirip roket air dengan hanya menggunakan bahan yang berasaskan plastik dan bahan lembut sahaja.7. Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja.8. Semua model roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja.9. Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis awal. 10. Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan.11. Pihak urusetia tidak bertanggugjawab ke atas sebarang kecederaan dan kehilangan yang disebabkan oleh kecuaian peserta dan guru.

B. SYARAT-SYARAT PERTANDINGANSYARAT KATEGORI R2 SASARAN TERBAIK (BEST TARGET)1. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang akan jatuh pada sasaran yang ditetapkan.2. Jarak sasaran, x dari tapak pelancar akan ditetapkan oleh panel hakim pada hari pertandingan iaitu di antara 50m dan 100m.3. Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh pada sasaran, setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol, tekanan udara dan sudut roket.4. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi.5. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja.6. Jarak roket air yang jatuh dalam bulatan sasaran akan dinilai dan markah akan ditentukan berdasarkan jarak terdekat roket air dari sasaran (bulls-eye).7. Roket air yang jatuh di luar bulatan sasaran adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan).8. Hanya percubaan terbaik sahaja akan diambil kira dalam pengiraan markah johan keseluruhan.9. Sekiranya roket air berpecah kepada dua (2) bahagian selepas pelancaran, percubaan tersebut adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan).10. Gambarajah berikut menunjukkan pelan tapak pelancaran dan zon sasaran.

SYARAT KATEGORI R3 - PAYUNG TERJUN TERBAIK (BEST PARACHUTE)1. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang dilengkapi payung terjun dan catatan masa roket di udara akan diambil.2. Payung terjun mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket air.3. Komponen utama roket air harus jatuh bersama payung terjun ke permukaan Bumi.4. Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol dan tekanan udara.5. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi.6. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja.7. Masa akan mula diambil semasa roket air dilancarkan sehingga ianya:i. Jatuh ke permukaan tanah; atauii. Tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atauiii. Hilang dari pemerhatian para hakim; atauiv. Berada di udara melebihi 15 minit.

JAWATAN KUASA PENGELOLAPERTANDINGAN PELANCARAN ROKET PARACUTDAN ROKET SASARAN TERBUKASEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYATAHUN 2015

SENARAI TUGAS JAWATANKUASABILJAWATAN KUASA BIDANG TUGAS

1JK PENDAFTARAN Menguruskan pendaftaran peserta.

2JK URUSETIA Memastikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar. Memastikan urusetia sentiasa bersama ketika diperlukan di padang.

2JK JURI HAKIM Menjadi hakim bagi mencatat jarak sasaran dan catatan masa pendaratan payung terjun.

3JK KAWALAN /DISIPLIN Memastikan keselamatan peserta pertandingan daripada gangguan pelajar yang tidak terlibat. Memastikan pelajar yang tidak terlibat tiada berkeliaran di padang sekolah.

4JK SIJIL/ CENDERAHATI Menyediakan sijil untuk peserta. Memastikan sijil-sijil disampaikan kepada peserta semasa majlis penutup. Membeli hadiah hamper kepada 6 kumpulan mengikut kedudukan markah. Mengatur majlis penyampaian sijil/cenderahati kepada pemenang/peserta.

5JK SIARAYA DAN ALATAN Menyediakan & mengendalikan alatan siaraya sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

6JK DOKUMENTASI/ FOTOGRAFI Memastikan setiap program yang dilaksanakan di ambil gambar/rakam untuk di dokumentasikan.

JAWATAN KUASA PENGELOLAPERTANDINGAN PELANCARAN ROKET PARACUT DAN ROKET SASARAN TERBUKA SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYATAHUN 2015

PENGERUSI : PN. SITI MARIAM BINTI MOHAMMAD (Guru Besar SK Selayang Jaya)NAIB PENGERUSI : PN. AZLINA BINTI OTHMAN (GPK Kokurikulum)SETIAUSAHA : _____________________________________

AHLI JAWATAN KUASA KECIL :

BIL TUGAS NAMA GURU

1JK BUKU PROGRAM/JEMPUTAN

2JK URUSETIA/PENDAFTARAN/JURI HAKIM

3JK KAWALAN /DISIPLIN

4JK SIJIL/ CENDERAHATI

5JK KEBAJIKAN/ PERTOLONGAN CEMAS

6JK SIARAYA DAN ALATAN

7JK DOKUMENTASI/ FOTOGRAFI

8JK MAJLIS PENUTUP

Penyelaras Pertandingan:

BILAKTIVITI/PERTANDINGANPEGAWAI BERTUGAS

1Pertandingan Sasaran Roket Terbaik (Best Target).

2Pertandingan Payung Terjun Terbaik (Best Parachute).