8
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG KOTA KINABALU, SABAH KERTAS KERJA PROJEK MENCERIAKAN KORIDOR BAHASA MELAYU _____________________________________________________ ____ TARIKH: 12 – 16 OKTOBER 2015 TEMPAT: LALUAN TANGGA KE TINGKAT 1 ANJURAN: PANITIA BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG KOTA KINABALU 1

Kertas Kerja Projek Menceriakan Sekolah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

INTERNSHIP - kertas kerja projek

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Projek Menceriakan Sekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANGKOTA KINABALU, SABAH

KERTAS KERJA

PROJEK MENCERIAKAN KORIDOR BAHASA MELAYU

_________________________________________________________

TARIKH: 12 – 16 OKTOBER 2015

TEMPAT: LALUAN TANGGA KE TINGKAT 1

ANJURAN:

PANITIA BAHASA MELAYU

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG KOTA KINABALU

DENGAN KERJASAMA:

GURU PELATIH IPG KAMPUS KENT

1

Page 2: Kertas Kerja Projek Menceriakan Sekolah

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke

arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah

yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga

sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum,

kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Projek

menceriakan kawasan sekolah ini merupakan projek yang sesuai untuk

mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif di sekolah.

Justeru itu, projek ini sangat sesuai dilaksanakan di sekolah agar suasana yang

ceria, kondusif dan bermutu dapat diwujudkan.

2.0 MATLAMATPrasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda

utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran

yang diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri

daripada guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Justeru itu, keceriaan

sekolah merupakan antara faktor major yang membantu dalam mewujudkan

persekitaran yang kondusif dan ceria.

3.0 OBJEKTIF

i. Menjadikan laluan tangga ke tingkat 1 bangunan sekolah sebagai satu

tempat tumpuan yang menarik bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu

yang berkunjung ke sekolah.

ii. Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui

oleh pihak sekolah untuk memenuhi syarat dalam program internship.

iii. Menyumbangkan tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap

sekolah.

iv. Memberikan pengalaman baharu kepada guru pelatih dalam pengurusan

keceriaan sekolah.

2

Page 3: Kertas Kerja Projek Menceriakan Sekolah

4.0 TARIKH PELAKSANAANTempoh :1 Minggu (12 – 16 Oktober 2012)

Tempat : Laluan Tangga ke Tingkat 1

5.0 MAKLUMAT PROJEKProjek menceriakan koridor Bahasa Melayu: Laluan Tangga Ke Tingkat 1

Bangunan Sekolah

- Menceriakan dinding dengan ilmu kebahasaan seperti berikut:

i. Peribahasa

ii. Kosa Kata

- Mural geometri

Gambar lokasi kawasan projek yang hendak dilaksanakan

3

Page 4: Kertas Kerja Projek Menceriakan Sekolah

6.0 AHLI JAWATANKUASA6.1 Jawatankuasa Induk

PenaungJaafar bin Hj. Othman

(Guru Besar)

PenasihatSarbanon Hj. Tahir (PK HEM)

Liza Ladat (PK KOKUM)

Siti Rukiah Abd Murad (PK Petang)

Penasihat ProjekRosemilah Hj. Tahir

Timbalan Penasihat ProjekNadirah Abdullah

SetiausahaFhenyius Duasin

4

Page 5: Kertas Kerja Projek Menceriakan Sekolah

AJK Pelaksana

Rosemilah Hj. Tahir

Mohd Affandy Abdullah

Saniah Ismail

Ag. Juri Boestaman

Haslina@Jamjirah Hussin

Fhenyius Duasin

Charlene Marieann Rukimin

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA PERINCIAN UNIT JUMLAH (RM)1. Kertas A4 berwarna RM 8.60 x 1 RM 8.60

2. Wallpaper RM 19.90 x 1 RM 19.90

3. Wallpaper glue RM 7.90 x 1 RM 7.90

4. Sticker RM 3.90 x 2 RM 7.80

5. PVC foam RM 8.90 x 2 RM 17.80

6. Tape RM 2.90 x 2 RM 5.80

7. Double tape RM 2.80 x 1 RM 2.80

Jumlah RM 70.60

5

Page 6: Kertas Kerja Projek Menceriakan Sekolah

8.0 PENUTUPProjek menceriakan kawasan sekolah ini merupakan projek yang amat sesuai

dilaksanakan di sekolah. Suasana sekolah yang ceria akan dapat menjamin

prestasi pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid dengan lebih

berkesan lagi. Diharapkan projek yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu

Sekolah Kebangsaan Bukit Padang ini dapat dijalankan dengan lancar dan

mendapat kerjasama daripada semua pihak. Semoga projek ini mendapat

kelulusan penuh daripada pihak tuan.

6

Page 7: Kertas Kerja Projek Menceriakan Sekolah

Disediakan oleh :

................................................( FHENYIUS DUASIN )Setiausaha, Panitia Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Bukit Padang.

Catatan :

Tarikh :

Disemak oleh :

..............................................( ROSEMILAH HJ. TAHIR )Ketua Panitia, Panitia Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Bukit Padang.

Catatan :

Tarikh :

Diluluskan oleh :

...............................................( JAAFAR HJ. OTHMAN )Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Bukit Padang

Catatan :

Tarikh :

7