28
Romatech Agro Ternak ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN _________ MUKASURAT 1 Pendahuluan 2 2 Objektif Projek 3 3 Pengenalan 3 4 Kedudukan dan Lokasi Projek 5 5 Kemudahan Asas (Infrastruktur) 6 6 Kerja-Kerja Awal Tanah 7 7 Pagar Ladang 8 8 Kandang 8 9 Rumah Pekerja 9 10 Budget Ternakan Kambing 10 11 Makanan dan Minuman Ternakan 11 12 Penjagaan Kesihatan 14 13 Peralatan dan Kemudahan Lain 14 14 Kos Keseluruhan Projek 15 15 Rancangan Pentadbiran Dan Pengurusan 16 16 Carta Aliran Pentadbiran 17 17 Rancangan Operasi Ladang 18 18 Khidmat Nasihat Dan Perkhidmatan Veterinar 20 19 Kesan Terhadap Alam Sekitar 20 20 Rancangan Pemasaran 21 19 Penutup 23 20 Lampiran-lampiran Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 1/28

Kertas Kerja RAT Isi-1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

ISI KANDUNGAN

BAB KANDUNGAN _________

MUKASURAT

1 Pendahuluan 2

2 Objektif Projek 3

3 Pengenalan 3

4 Kedudukan dan Lokasi Projek 5

5 Kemudahan Asas (Infrastruktur) 6

6 Kerja-Kerja Awal Tanah 7

7 Pagar Ladang 8

8 Kandang 8

9 Rumah Pekerja 9

10 Budget Ternakan Kambing 10

11 Makanan dan Minuman Ternakan 11

12 Penjagaan Kesihatan 14

13 Peralatan dan Kemudahan Lain 14

14 Kos Keseluruhan Projek 15

15 Rancangan Pentadbiran Dan Pengurusan 16

16 Carta Aliran Pentadbiran 17

17 Rancangan Operasi Ladang 18

18 Khidmat Nasihat Dan Perkhidmatan Veterinar 20

19 Kesan Terhadap Alam Sekitar 20

20 Rancangan Pemasaran 21

19 Penutup 23

20 Lampiran-lampiran

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 1/23

Page 2: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

KERTAS KERJA PROJEK TERNAKAN KAMBING JAMNAPARI

DAN PEMBIAK-BAKAAN SECARA FIDLOT

ROMATECH AGRO TERNAK DI ALOR GAJAH, MELAKA

1.0PENDAHULUAN

Pada masa sekarang Prospek industri ternakan kambing di negara ini adalah amat cerah

memandangkan permintaan yang tinggi terhadap komoditi ini melebihi daripada jumlah

yang dapat dibekalkan di pasaran tempatan dan ianya meningkat dari tahun ke setahun.

Jadual 1 : Pengeluaran Dan Permintaan Daging Kambing

(Jadual

1: Sumber

-Jabatan Perkhidmatan Veterinar)

Ini ditambah pula dengan kesedaran orang ramai yang semakin tinggi terhadap kebaikan

dan khasiat daging kambing berbanding dengan daging ternakan yang lain.

Malahan ternakan kambing pada hari ini telah menjadi satu industri komersial yang

mendatangkan pulangan dan keuntungan yang lumayan sekiranya ianya diselia-uruskan

dengan cara yang baik disamping bantuan dan khidmat nasihat secara berterusan

daripada pihak kerajaan terutama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Berdasarkan ke atas keyakinan yang amat tinggi inilah, maka saya menyediakan kertas

kerja Projek Ternakan Kambing Jamnapari di Alor Gajah, Melaka.

2.0OBJEKTIF PROJEK

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 2/23

TAHUN 2003 2005 2010

Pengeluaran (MT) 1.30 1.50 4.30

Pemintaan (MT) 15.60 16.80 21.30

KSD (%) 8.33 8.93 10.23

Page 3: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

Objektif utama projek ini ialah untuk mengeluarkan semua hasil ternakan kambing yang

bermutu tinggi yang meliputi kambing hidup, kambing baka, daging dan susu kambing

serta baja kompos dari tinja kambing bagi pasaran tempatan (domestiK).

Ini akan dilakukan dengan amalan pengurusan ternakan yang baik disamping penjagaan

kesihatan dan pengawalan dari sebarang penyakit terhadap ternakan kambing.

3.0PENGENALAN

3.1 Profil Syarikat

Nama Syarikat : Romatech Agro Ternak

No. Pendaftaran : 001234567-M

Tarikh Pendaftaran : 26 Februari 2008

Tarikh Tamat Tempoh : 25 Februari 2009

Bentuk Perniagaan : Pemilikan Tunggal

Jenis Perniagaan : Memelihara Haiwan Ternakan dan Menjual Hasil

Ternakan.

Alamat Syarikat : Alamat Syarikat,

Alamat Syarikat

Alamat Ladang Ternakan: Alamat Ladang Ternakan,

78000 Alor Gajah, Melaka.

Nama Bank : Agro Bank

Nombor/Jenis Akaun : 1234-12524-1252585646

3.2 Profil Pemilik

Nama Pemilik : Nama Pemilik

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 3/23

Page 4: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

No. Kad Pengenalan : 680603-04-5139 (Baru) A0982531 (Lama)

Alamat 1 : Alamat Surat Menyurat,

Alamat Surat Menyurat.

Alamat 2 : Alamat Tetap (jika berlainan),

Alamat Tetap (jika berlainan)

No. Telefon : 019-2222222

Umur : 40 Tahun

Kelulusan Akademik : SPM/Diploma/Ijazah/Master/PHD.

Kesihatan : Baik

Status : Berkahwin (3 orang anak)

Pekerjaan Sekarang : Jurutera (Swasta)

Pengalaman Menternak : Tiada

Kursus Pernah Dihadiri :

1. Kursus menternak Kambing, Teguh Ternak Sdn. Bhd., Meru, Klang,

Selangor pada 6hb~10hb Februari 2008.

2. Kursus Pemprosesan Makanan Ternakan, Abasada Industry Sdn. Bhd.,

Klang, Selangor pada 12hb~15hb Mac 2008.

3. Usahawan Gemilang, Maju Marketing, Perak pada 1hb~2hb April

2008.

4.0KEDUDUKAN DAN LOKASI PROJEK

4.1 Lokasi Tanah

Alamat Ladang.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 4/23

Page 5: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

4.2 Keluasan Tanah

2 1/2 ekar

4.3 Status Tanah

Milik sendiri

5.0KEMUDAHAN ASAS (INFRASTRUKTUR)

5.1 Sumber Air

5.1.1Sumber Air Bersih (Paip/Pili) akan digunakan bagi tujuan minuman

ternakan dan juga untuk kegunaan harian Pembantu Ladang. Oleh kerana

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 5/23

Page 6: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

tapak kawasan Ladang Ternakan yang dicadangkan terletak di tepi jalan

utama Alor Gajah-Machap, maka penyaluran bekalan air bersih melalui

paip utama di tepi jalan tersebut boleh dilakukan dan tidak memerlukan

kos yang tinggi.

5.1.2Permohonan untuk penyaluran bekalan air bersih akan dibuat terus

kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Syarikat Air Melaka Berhad

Tingkat 13 Graha Maju, Jalan Graha Maju,

75300 Melaka.

Tel : +606- 292 1758 / 59 / 60

Faks: +606- 281 9439

URL : http://samb.com.my

Anggaran kos memasukkan bekalan Air Paip = RM 1,000.00

5.1.3Bekalan Air Mentah akan diperolehi melalui anak sungai yang mengalir

melalui kawasan tapak ladang bagi tujuan penyiraman ke atas tanaman

rumput Napier. Satu kolam takungan akan dibina untuk menakung air

sebelum digunakan bagi tujuan penyiraman tanaman rumput Napier

tersebut. Ini akan dapat menjimatkan kos penggunaan air. Oleh itu,

sebuah pam air berenjin akan dibeli bagi tujuan mengepam air dari kolam

takungan tersebut untuk disalurkan ke kawasan tanaman rumput Napier.

Anggaran kos Pam Air Berenjin = RM 500.00

5.1.4Bekalan Air Alternatif dari dalam tanah juga dicadangkan untuk

digunakan terutamanya semasa kecemasan seperti bekalan air bersih

terputus, musim kemarau dan sebagainya. Ianya juga boleh digunakan

bagi tujuan minuman ternakan, kegunaan harian pekerja ladang dan

penyiraman tanaman rumput Napier. Secara tidak langsung ianya akan

dapat menjimatkan kos penggunaan air.

Anggaran kos Pam Air Bawah Tanah = RM 2,000.00

5.2 Bekalan Letrik

5.2.1Sumber bekalan letrik adalah daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ianya tidak menjadi masalah kerana talian kabel letrik telah sedia-ada

berhampiran dengan Ladang Ternakan. Meter Bekalan Letrik akan

ditempatkan di Rumah Pekerja. Sehubungan dengan itu, permohonan

akan dibuat kepada TNB.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 6/23

Page 7: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

Anggaran kos memasukkan bekalan letrik = RM 1,500.00

5.3 Jalan Perhubungan

Jalan keluar-masuk ke kawasan Ladang Ternakan yang dicadangkan adalah

terletak di tepi jalan utama. Oleh itu ladang ternakan ini tidak mempunyai

masalah perhubungan keluar-masuk ke kawasan ladang ternakan.

6.0KERJA-KERJA AWAL TANAH

6.1 Memandangkan tanah tersebut telah ditanam dengan pokok kelapa sawit,

maka sebahagian pokok yang terlibat dengan pembinaan kandang, tanaman

rumput Napier dan rumah pekerja dan jalan keluar-masuk akan ditebang.

Selebihnya akan dibiarkan untuk mengekalkan keadaan semulajadi kawasan

ladang tersebut dengan kehijauan. Kerja-kerja untuk menerangkan

(membersihkan) dan meratakan tanah akan dilakukan dengan menggunakan

jentera.

6.2 Kerja-kerja pembersihan kawasan ladang ternakan dijangka mengambil masa

selama lebih kurang 3 (tiga) hari.

Anggaran kos Kerja Tanah = RM 1,500.00

7.0PAGAR LADANG

7.1 Keseluruhan kawasan ladang ternakan seluas 1 (satu) ekar ini akan dipagar

disekelilingnya bagi mengelakkan ternakan daripada keluar dari kawasan

penternakan dan menghalang ternakan-ternakan lain daripada memasuki

kawasan ladang ternakan ini. Pembinaan pagar kawat setinggi 4 kaki (3

lapisan) akan dibuat sebelum ternakan kambing dimasukkan ke dalam

kandang.

Anggaran kos memasang pagar = RM 4,000.00

8.0KANDANG

Pada peringkat permulaan operasi ladang ternakan ini, saya bercadang untuk membina

sebuah kandang yang bersaiz sederhana besar.

8.1 Kandang 1

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 7/23

Page 8: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

Sebuah kandang bertingkat setinggi 6 (enam) kaki akan dibina yang boleh

memuatkan sehingga 50 ekor kambing pada satu-satu masa. Disamping itu

juga, sebanyak 6 (enam) pen (petak) akan disediakan bagi tujuan pengasingan

ternakan seperti kambing bunting, kambing dara, kambing jantan, Kambing

Feral/Kampung, kambing yang sakit dan sebagainya.

KANDANG 1

Saiz : 24’ x 30’

Spesifikasi : Pen Utama : 10’ x 10’ x 3 unit

Pen Kedua : 9’ x 9’ x 2 unit

Pen Rawat : 6’ x 4’ x 3 unit

Petak Tengah : 5’ x 30’

Tinggi Kandang : 6’ (tiang 7 kaki)

Jenis Atap : Asbestos/zink/Bersilang

Tapak Kandang : Lepaan Simen dan Berlongkang.

Jenis Tiang Utama : Tetulang Bersimen (4”x4”x7’)

Kos pembinaan : 24’ x 30’ x RM18.00 = RM 12,960.00

Pembinaan Kandang 1 dijangka siap dalam tempoh 1 ~ 1 ½ bulan. Diantara

kelengkapan-kelengkapan lain yang akan terdapat di dalam kandang adalah

seperti berikut :-

Nipple Waterer – 5 (lima) unit (RM17.00 seunit)

Tangki Air – 1 (satu) unit

Stor/Ruang Penyimpanan Makanan – 1 (satu) unit

Anggaran Kos Pembinaan Kandang + Tenaga Buruh = RM 12,960.00

8.2 KANDANG 2

Pembinaan Kandang 2 yang lebih besar bersaiz 26’ x 100’ dan bersebelahan

dengan Kandang 1 yang boleh memuatkan diantara 150 ~ 200 ekor kambing

pada satu masa dirancang akan dibina dalam masa 1 (satu) tahun selepas

beroperasi bergantung kepada pulangan serta modal sedia ada.

9.0RUMAH PEKERJA

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 8/23

Page 9: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

9.1 Memandangkan ternakan kambing mempunyai nilai komersial yang tinggi dan

terdedah kepada kejadian kecurian dan sebagainya, maka pekerja ladang akan

tinggal di ladang ternakan pada sepanjang masa bagi mengelakkan kecurian.

9.2 Secara tidak langsung pekerja ladang dapat memantau dan mengambil

tindakan dengan segera terhadap kambing yang sakit, kambing yang hendak

melahirkan anak dan sebagainya.

9.3 Rumah Pekerja yang dicadangkan adalah berkeluasan 360 kaki persegi (18 kaki

x 20 kaki) dan mempunyai sebuah bilik tidur, bilik air, tandas, ruang dapur,

bekalan air bersih dan lektrik.

Anggaran kos rumah pekerja = RM 3,600.00

10.0 BUDGET TERNAKAN KAMBING

10.1 Saya bercadang pada peringkat permulaan projek untuk membeli sebanyak 10

ekor Kambing Induk Jamnapari (Cross) dan seekor Kambing Pejantan Jamnapari

Tulen bagi tujuan pembiakan kambing. Pembelian akan dibuat secara runding

terus dengan pembekal-pembekal baka kambing yang terdapat samada di

dalam ataupun di luar negeri Melaka.

1 ekor Baka Pejantan Tulen : 1 ekor x RM 3,000.00 = RM

3,000.00

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 9/23

Page 10: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

10 ekor Jamnapari Induk (Cross): 10 ekor x RM 650.00 = RM 6,500.00

Kos Pembelian Kambing Jamnapari = RM 9,500.00

10.2 Disamping itu juga saya bercadang untuk menternak kambing Feral atau

Kambing Kampung bagi tujuan mendapatkan pendapatan sampingan

sementara kambing utama boleh mengeluarkan hasil dan mendapat pulangan.

Kambing ini akan dijual selepas digemukkan di dalam masa 2 (dua) bulan dari

tarikh kemasukkan ke dalam kandang.

Kambing Feral/Kampung : 10 ekor x RM 350.00 = RM 3,500.00

Kos Pembelian Kambing Feral/Kampung = RM 3,500.00

10.3 Jumlah ternakan kambing yang akan terdapat di dalam kandang pada masa

Ladang Ternakan memulakan operasinya adalah 31 ekor seperti berikut :-

JENIS KAMBINGJUMLAH(EKOR)

KOS(RM)

Jamnapari Pejantan 1 3,000.00

Jamnapari Induk (Cross) 10 6,500.00

Feral/Kampung 10 3,500.00

JUMLAH KESELURUHAN 21 13,000.00

Jadual 2 : Jumlah Ternakan Kambing Di Dalam Kandang

Jumlah Kos Pembelian Kambing = RM 13,000.00

11.0 MAKANAN DAN MINUMAN TERNAKAN

Pada masa sekarang, makanan ternakan kambing ini tidaklah mendatangkan masaalah

yang besar untuk disediakan walaupun harga makanan kambing (pellet) telah

menunjukkan peningkatan yang ketara sejak kebelakangan ini. Pelbagai alternatif lain

boleh digunakan bagi menampung pertambahan harga makanan ternakan dipasaran.

Menjadualkan pemakanan ternakan kambing secara teratur dan efektif akan dapat

mengurangkan kos pemakanan dan meningkatkan produktiviti berpandukan kepada

Keperluan Pemakanan Kambing seharian (Lihat Jadual 3)

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 10/23

Page 11: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

JENIS MAKANAN

KEPERLUAN(DARI BERAT

BADAN)

JUMLAH MAKANAN YANG PERLU (BERAT KAMBING 40 KG)

Pellet 2 % ~ 3 % 0.8 kg ~ 1.2 kg

Dedaun/Rumput

10 % 4 kg

Jadual 3: Keperluan Pemakanan Kambing

11.1 Rumput Potong

11.1.1 Saya bercadang untuk menggunakan kawasan seluas minima 1 ekar

bagi tujuan penanaman rumput “Napier” sebagai sumber makanan

kepada anak-anak kambing yang baru bercerai susu.

11.1.2 Benih (batang) rumput Napier akan dibeli daripada mana-mana

Pembekal benih (batang) rumput tersebut dengan anggaran harga

RM0.30 sebatang. Jumlah anggaran permulaan yang akan ditanam

adalah sebanyak 500 batang.

Kos menanam = RM 50.00

Kos membeli benih RM0.30 x 500 = RM 150.00

Anggaran kos keseluruhan = RM 200.00

11.1.3 Disamping itu juga, saya bercadang untuk mencari kawasan lain yang

lebih luas bagi tujuan penanaman rumput Napier ini. Antara alternatif

yang boleh digunakan ialah :-

Permohonan kepada Pengurus FELDA untuk guna-pakai tanah

“Reserve” FELDA di Kg. Baru Bukit Bulat, Alor Gajah, Melaka.

Menyewa tanah orang persendirian di sekitar kawasan

ladang.

11.2 Dedaun

11.2.1 Daun kelapa sawit merupakan sumber makanan berbentuk dedaun dan

serat yang akan diberikan ternakan kambing kerana ianya adalah

mudah di dapati. Tambahan pula, ladang ternakan yang dicadangkan ini

dikelilingi oleh tanaman kelapa sawit (estet). Oleh yang demikian, secara

tidak langsung ianya dapat menjimatkan kos pemakanan ternakan

kambing.

11.2.2 Selain daripada itu, dedaun seperti senduduk, balik angin, kekacang,

kemahang adalah mudah didapati kerana kawasan sekitar masih lagi

dilitupi dengan hutan dan belukar. Pemberian makanan berupa dedaun

ini adalah seperti Jadual 4 .

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 11/23

Page 12: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

11.3 Pellet Dan Konsentrat (Concentrate)

11.3.1 Pellet merupakan makanan berbentuk konsentrat yang amat penting di

dalam diet pemakanan ternakan kambing secara Fidlot ini. Pellet

mengandungi sumber-sumber Protein , Kabohidrat dan Lemak yang

amat diperlukan oleh kambing yang tidak terdapat (atau kurang) pada

rumput dan dedaun. Namun begitu memandangkan kos pellet yang

agak tinggi, maka pemberian pellet hendaklah secara berkhemah dan

berjadual bagi mengelakkan daripada mengalami kerugian.

11.3.2 Pellet akan diberikan pada sebelah pagi (Jadual 4). Ini adalah kerana

pellet memerlukan tempoh pencernaan yang lebih lama berbanding

dengan rumput atau dedaun. Ini juga dapat mengelakkan kambing

daripada mengalami cirit.

11.3.3 Saya bercadang untuk membuat satu rumusan (formula) makanan yang

sesuai serta menepati kehendak pemakanan yang berkhasiat dan

seimbang untuk bagi memastikan kambing mendapat nutrien yang

diperlukan.

11.3.4 Pemakanan pellet ini akan diasingkan mengikut katogeri ternakan

seperti induk yang menyusukan anak, anak yang baru putus susu dan

pengemukkan bagi tujuan penjualan.

11.3.5 Diantara bahan-bahan yang dikenalpasti mengandungi banyak sumber-

sumber Protein, Karbohidrat dan Mineral adalah Palm Kernel Cake (PKC),

Jagung, Hampas Soya, garam dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini akan

diadunkan (formula) mengikut keperluan pemakanan seharian kambing.

Anggaran kos Pallet/Konsentrat = RM 1,500.00 (Setahun)

11.4 Silaj (Silage)

11.4.1 Silaj merupakan salah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti

untuk ruminan yang mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput

segar dan hay (rumput kering). Oleh kerana silaj dapat dikeluarkan pada

sepanjang masa, maka proses pengeluarannya tidak bergantung kepada

keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj

seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan bahan-bahan

lain yang mudah diperolehi.

11.4.2 Pemprosesan Silaj akan dilakukan secara sendiri apabila terdapatnya

lebihan rumput yang telah dipotong dan sebagainya. Ia juga boleh

dibuat daripada bahan-bahan seperti batang jagung manis dan

sebagainya. Sebuah ladang pertanian jagung yang terletak berhampiran

dengan kawasan ladang ternakan telah dikenal pasti dapat

membekalkan batang jagung manis.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 12/23

Page 13: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

Secara amnya, saya menjangkakan bahawa Ladang Ternakan ini tidak mempunyai

masalah terhadap penyediaan makanan untuk ternakan. Sehubungan dengan itu saya

bercadang untuk menjadualkan pemberian makanan kepada ternakan kambing ini bagi

menghasilkan daging kambing yang bermutu tinggi.

JENIS NAMA MAKANAN MASA PEMBERIAN MAKAN

Pellet PKE/PKM/Soya Hull 8:00 ~ 9:00 pagi

Dedaun Daun Kelapa Sawit 2:00 ~ 3:00 petang

Rumput Rumput Napier 5:00 ~ 7:00 petang

Dedaun-2 Balik Angin, Senduduk DLL

6:00 ~ 7:00 petang (seminggu sekali)

Silaj Silaj 3 hari sekali (bergantung kepada stok)

Jadual 4 Keperluan Pemakanan Kambing

11.5 Minuman

Kandang ternakan kambing akan dilengkapkan dengan kemudahan paip air

minuman (Nipple Waterer) untuk ternakan kambing meminum air bersih. Oleh

itu sebuah tangki air akan dipasangkan di dalam kawasan kandang ternakan

yang mana bekalan air tersebut akan diambil daripada tangki air simpanan

utama. Sebanyak 4 (empat) unit nipple waterer akan dipasang di dalam

kandang ternakan.

Kos Paip Air Minuman = (dimasukkan dalam kos Pembinaan Kandang)

12.0 PENJAGAAN KESIHATAN

Penjagaan kesihatan ternakan kambing adalah sangat penting bagi menjauhkannya

daripada terkena penyakit seperti cirit, cacing, kutu, puru, kurap, ammonia (radang paru-

paru) dan sebagainya. Ia akan menyebabkan penternak terpaksa menyediakan ubat-

ubatan bagi merawat ternakan yang menghadapi penyakit sedemikian. Secara tidak

langsung ianya akan menyebabkan penternak terpaksa mengeluarkan kos ubat-ubatan

yang tinggi bagi merawat ternakan tersebut. Manakala kematian pula merupakan satu

kerugian yang mesti dielakkan oleh mana-mana penternak kambing.

Memandangkan penternakan yang saya rancangkan ini adalah secara fidlot, yang mana

kambing berada di dalam kandang pada sepanjang masa, maka masaalah penyakit dapat

dikurangkan dengan memastikan tahap kebersihan dan pemakanan ternakan adalah baik.

Penggunaan Probiotik (EM) akan dapat merencatkan pertumbuhan bakteria “patogen”

apabila ianya disemburkan pada kandang, lantai, tiang, bumbung dan kawasan sekitar.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 13/23

Page 14: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

Malahan boleh juga diberikan kepada kambing sebagai minuman selain penyemburan

terus pada ternakan dan tinja.

Disamping itu juga pemeriksaan kesihatan ternakan akan dilakukan sekurang-kurangnya

sekali di dalam tempoh seminggu disamping pemantauan secara harian oleh pekerja

ladang. Ubat-ubatan yang bersesuaian yang sering digunakan untuk penyakit seperti cirit,

kurap, vitamin dan sebagainya akan disediakan pada sepanjang masa.

Kos Pembelian Ubat-Ubatan = RM300.00

Pemotongan kuku kambing adalah mustahak dan perlu dilakukan bagi mengelakkan

kambing daripada menghadapi kesukaran untuk bergerak akibat kuku kaki yang panjang.

Alat pemotong khas perlu digunakan untuk memotong kuku kambing.

Kos Pembelian Pemotong Kuku = RM250.00

13.0 PERALATAN DAN KEMUDAHAN LAIN

13.1 Mesin Chopper (Pemotong)

13.1.1 Rumput Napier yang telah dipotong menggunakan sabit akan dikisar

kepada keratan yang lebih kecil dengan menggunakan Mesin Chopper

bagi memudahkan kambing memakan rumput tersebut di dalam

kandang.

13.1.2 Mesin Chopper ini juga akan diperlukan untuk tujuan membuat Silaj.

13.1.3 Oleh itu, sebuah Mesin Chopper berkuasa 1~2 Kuasa Kuda berenjin

Diesal akan dibeli.

Anggaran harga Mesin Pengisar Rumput = RM 3,000.00

13.2 Tangki Menyimpan Air

Saya bercadang untuk membeli sebuah tangki simpanan air bagi tujuan

penyimpanan air bersih sebagai persediaan sekiranya berlaku gangguan

bekalan air bersih daripada Syarikat Bekalan Air.

Anggaran harga Tangki Simpanan Air = RM 500.00

14.0 KOS KESELURUHAN PROJEK

NO. PERKARA KOS (RM) KEUTAMAAN

1 Bekalan Air Paip 1,000.00 1,000.00

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 14/23

Page 15: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

2 Pam Air Berenjin 500.00

3 Pam Air Bawah Tanah 2,000.00

4 Bekalan Letrik 1,500.00 1,500.00

5 Kerja Tanah 1,500.00 1,500.00

6 Pagar Ladang 4,000.00 4,000.00

7 Kandang 12,960.00 12,960.00

8 Rumah Pekerja 3,600.00 3,600.00

9 Pembelian Kambing 13,000.00 13,000.00

10 Benih dan Penanaman Napier 200.00 200.00

11 Pellet 125.00 125.00

12 Ubat-ubatan 300.00 300.00

13 Alat Pemotong Kuku 250.00

14 Mesin Chopper 3,000.00

15 Tangki Air 500.00 500.00

JUMLAH KESELURUHAN (RM) 44,130.00 38,685.00

15.0 RANCANGAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

PENTADBIRAN & PEMASARAN

Pengurus : Nama Pemilik

No. Kad Pengenalan : xxxx-xx-xxxx

Alamat : Alamat Pemilik.

Telefon : 019-2222222

Tugas : Bertanggungjawab sepenuh terhadap pentadbiran syarikat

Mengadakan pemasaran

PERAKAUNAN

Jumlah Kakitangan : 1 orang

Juru akaun : Juru-akaun1 (Sendiri/Isteri/Suami)

No. K/P : xxxxx-xx-xxxx

Alamat : Alamat Juru akaun

Telefon : 06-5555555

Tugas : Bertanggung jawab sepenuhnya terhadap akaun syarikat.

PERLADANGAN

Jumlah Kakitangan : 2 orang

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 15/23

Page 16: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

Penyelia Ladang : Penyelia Ladang (Pemilik)

No. K/P : xxxxx-xx-xxxx

Alamat : Alamat Penyelia Ladang.

Telefon : 06-5555555

Tugas : Bertanggung jawab sepenuhnya terhadap ladang.

Mentadbir urus perjalanan ladang ternakan

Memeriksa dan memastikan tahap kesihatan ternakan.

Pekerja Ladang : Pekerja1

No. K/P : xxxx-xx-xxxx

Alamat : Alamat Pekerja Ladang.

Telefon : 019-1111111

Tugas : Tinggal di dalam Ladang Ternakan.

Memberi makan kepada ternakan.

Merekodkan ternakan.

Memberi rawatan awal kepada ternakan yang sakit.

Mengasingkan ternakan yang bermasalah.

16.0 CARTA ALIRAN PENTADBIRAN

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 16/23

Page 17: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

17.0 RANCANGAN OPERASI LADANG

Oleh kerana penternakan yang dijalankan di Ladang Ternakan ini adalah secara Fidlot,

maka kesemua kambing akan diasingkan mengikut ketegori yang ditetapkan seperti di

dalam Jadual 5 di bawah ini. Tujuan utama pengasingan ini adalah :-

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 17/23

ROMATECH AGRO TERNAKROMATECH AGRO TERNAK

PELADANGANPELADANGAN PEMASARANPEMASARAN

* PENYELIA LADANG *Nama

* PENYELIA LADANG *Nama

* PEKERJA LADANG *Nama

* PEKERJA LADANG *Nama

* PEMASARAN *Nama

KAMAROL

* PEMASARAN *Nama

KAMAROL

PERAKAUNANPERAKAUNAN

* KIRA-KIRA *Nama

* KIRA-KIRA *Nama

Page 18: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

1. Memudahkan pengurusan setiap ketegori kambing.

2. Merancang pembiakan kambing Jamnapari dengan lebih teratur dan sistematik.

JENIS TERNAKAN NO. KANDANG

Jamnapari Induk (Cross) 1-1A

Jamnapari Pejantan 1-3A

Kambing Feral/Kampung 1-2A

Jadual 5 : Penempatan Kambing

17.1 Pengurusan Kambing Bunting (4-5 bulan)

17.1.1 Kambing yang bunting sehingga 4 bulan akan diasingkan di dalam

kandang khas sehingga melahirkan anak.

17.1.2 Rumput segar dan Konsentrat akan diberikan setiap hari bagi

memastikan kesihatan Induk berada pada tahap yang tinggi dan secara

tidak langsung ianya akan dapat menghasilkan baka anak kambing

yang sihat dan bermutu tinggi.

17.2 Pengurusan Anak Kambing

17.2.1 Anak-anak kambing yang baru lahir akan dibiarkan bersama-sama

dengan ibunya selama 8 ~ 12 jam untuk penyusuan kolustrum.

17.2.2 Selepas 2 bulan anak kambing akan diasingkan daripada induknya dan

di tempatkan di dalam pen yang lain bagi menjalani proses Cerai Susu.

Makanan seperti dedaun (rumput) dan konsentrat (terkawal) akan

diberikan secara sedikit-sedikit bagi membiasakan anak kambing

dengan pemakanan yang baru. Cara demikian akan dapat mengelakkan

gangguan (stress) terhadap pertumbuhan dan peningkatan berat badan

anak kambing yang baru mengalami proses cerai susu ini. Anak kambing

akan dibiarkan makan dengan sendirinya di dalam palung makanan

yang disediakan di dalam pen tersebut.

17.3 Pengurusan Kambing Dewasa dan Kambing Dara

17.3.1 Anak kambing yang telah meningkat dewasa dan berumur 4~6 bulan

akan diasingkan di dalam 2 kandang yang berlainan mengikut jantina

masing-masing bagi mengelakkan daripada berlakunya perkahwinan

sesama beradik (inbreeding). Ini dapat mengelakkan hasil anak kambing

yang berbadan kecil dan kurang cergas.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 18/23

Page 19: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

17.3.2 Anak kambing jantan yang ingin dijadikan baka akan dinilai dari segi

fizikal seperti bentuk muka, telinga, kepala, bentuk badan, kaki dan

sebagainya. Ianya akan diasingkan dan dijaga dengan baik dari segi

pemakanan dan kesihatan. Kambing jantan dewasa akan hanya

dikahwinkan apabila telah berumur 1 tahun dan ke atas.

17.3.3 Anak kambing betina yang ingin dijadikan induk pula akan dinilai sama

seperti anak kambing jantan termasuk mempunyai bentuk ambing

(kantung susu) yang besar dan sihat.

17.3.4 Manakala anak kambing yang tidak mempunyai ciri-ciri di atas akan

dijual atau digemukkan terlebih dahulu sebelum dijual. Pada

kebiasaannya anak kambing yang telah berumur 6 bulan hingga 1 tahun

dengan berat badan 20kg~25kg adalah sesuai dijual kerana faktor umur

dan berat badan akan mempengaruhi harga kambing tersebut.

Kajian saintifik telah membuktikan bahawa perkahwinanan kambing sesama kufu dari

satu keluarga (in-breeding) adalah TIDAK DIGALAKKAN kerana ianya akan

menghasilkan baka/anak kambing yang berbadan lebih kecil, kurang cergas dan

terdapat juga kes di mana berlaku kecacatan fizikal terhadap anak kambing yang

dilahirkan itu.

Perkahwinan satu kufu :-

1. Bapa dan anak betinanya

2. Adik-beradik

3. Anak jantan dan induk (ibunya)

18.0 KHIDMAT NASIHAT DAN PERKHIDMATAN VETERINAR

Saya akan mendapat khidmat nasihat dan bantuan teknikal yang berterusan dari Jabatan

Perkhidmatan Veterinar Daerah Alor Gajah berhubung berhubung dengan :-

18.1 Khidmat nasihat dan bimbingan.

18.2 Perkhidmatan rawatan dan kesihatan ternakan.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 19/23

Page 20: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

18.3 Khidmat nasihat pemakanan ternakan kambing.

18.4 Khidmat kawalan mutu ternakan kambing.

18.5 Pemasaran ternakan kambing.

19.0 KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Projek ini dijangka tidak akan mendatangkan masalah kepada masyarakat sekeliling

kerana ianya agak jauh dari penempatan penduduk sedia ada.

Sistem kumbahan tinja daripada kandang ternakan akan di rekabentuk supaya sisa

tinja ternakan tidak akan terus mengalir ke taliair yang sedia ada seterusnya ke

sungai yang berdekatan. Memandangkan tapak asas kandang dibuat dengan lepaan

simen, maka kesemua tinja ternakan kambing akan dikumpulkan dan dijadikan

sebagai baja kompos dan akan dikomersialkan. Secara tidak langsung ianya akan

dapat mendatangkan hasil sampingan.

Disamping itu juga, penggunaan air untuk tujuan pembersihan kandang ternakan

akan diminimumkan bagi mengelakkan sisa-sisa kumbahan daripada mencemari

alam sekitar.

Oleh itu kesan terhadap alam sekitar dijangkakan hampir tiada untuk menjalankan

projek ternakan kambing ini kerana penternakan yang akan dijalankan di sini adalah

secara effisyen dan menitik beratkan penjagaan alam sekitar.

20.0 RANCANGAN PEMASARAN

Pada asasnya, pengeluaran hasil ternakan kambing akan di jual di pasaran tempatan

Negeri Melaka terutamanya sekitar Bandar Alor Gajah. Walaubagaimanapun,

pemasaran luar Negeri Melaka adalah bergantung kepada permintaan dan stok

bekalan sedia ada. Diantara prospek pemasaran adalah seperti berikut :-

20.1 Penjualan

20.1.1Jualan Terus Kepada Pembeli

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 20/23

Page 21: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

Menjual ternakan hidup secara runding-terus dengan pembeli yang

datang sendiri ke ladang ternakan. Disamping itu juga, mengadakan

program dan promosi Aqiqah dan korban dengan menawarkan

potongan harga secara berpatutan.

20.1.2Pasar Besar

Memandangkan bilangan penjual hasil ternakan kambing di Pasar

Besar Alor Gajah masih lagi kecil bilangannya, maka saya yakin

bahawa penjualan hasil kambing seperti susu dan daging boleh

dilakukan di Pasar Alor Gajah. Pada peringkat awal, penjualannya

boleh dilakukan dengan kekerapan 1 (satu) minggu sekali. Khidmat

agen atau penjual daging akan diperlukan.

20.1.3Restoran-Restoran

Memandangkan pertumbuhan restoran-restoran terutamanya restoran

mamak semakin bertambah banyak di kawasan sekitar, maka

permintaan terhadap daging kambing juga semakin bertambah. Oleh

itu saya bercadang untuk memasarkan daging kambing segar di

restoran-restoran.

20.1.4Pasar Tani/Pasar Minggu

Terdapat pasar tani dan pasar minggu Alor Gajah yang terkenal dan

sering dikunjungi oleh ramai pelanggan. Oleh itu penjualan semua

hasil ternakan kambing dijangka tidak mendatangkan masalah. Antara

hasil yang dapat dijual adalah :-

Daging kambing segar.

Susu Kambing.

Baja kompos dari tinja kambing yang telah dipaketkan.

Pada peringkat permulaan, saya mensasarkan penjualan hasil kambing ke

pasar tani ataupun pasar minggu sekitar daerah Alor Gajah dengan kekerapan

1 (satu) minggu sekali sahaja.

20.2 Jalinan Perhubungan Antara Penternak-Penternak Lain

20.2.1Hubungan Pemasaran Setempat

Saya bercadang untuk mengadakan rakaian (networking) Hubungan

Pemasaran diantara penternak-penternak sedia-ada di sekitar Negeri

Melaka terutamanya Alor Gajah, Jasin dan Tampin bagi mendapatkan

bekalan sekiranya berlaku masalah kekurangan bekalan kambing di

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 21/23

Page 22: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

ladang masing-masing bagi memastikan permintaan pasaran

setempat tidak terganggu.

20.2.2Hubungan Pemasaran Luar

Hubungan Pemasaran dengan penternak-penternak di luar Negeri

Melaka juga secara tidak langsung akan dapat membantu

melebarkan lagi sempadan pemasaran dan perkongsian ilmu

pengetahuan serta pengalaman disamping memahami

permasalahan yang dihadapi oleh penternak-penternak lain.

20.2.3Pemasaran Secara ON-LINE

Mengujudkan sebuah laman web yang akan digunakan sebagai salah

satu agen ataupun media pengiklanan dalam mempromosikan

produk Ladang Ternakan Romatech Agro Ternak ini kepada

pelanggan-pelanggan dan penternak-penternak yang lain.

Jualan ternakan dan baka kambing juga boleh dan akan dipromosikan di dalam

laman web ini.

Laman web yang dicadangkan http://romatechagroternak.blogspot.com

21.0 PENUTUP

Adalah dijangkakan bahawa Cadangan Projek Ternakan Kambing Romatech Agro

Ternak ini sangat berdaya maju dan menguntungkan memandangkan permintaan

yang tinggi terhadap daging dan hasil kambing pada masa sekarang.

Pada masa sekarang pengeluaran daging dan hasil kambing dalam negara adalah

terlalu rendah iaitu sekitar 12% berbanding dengan permintaan yang semakin

meningkat. Oleh itu Projek Penternakan Romatech Agro Ternak ini juga akan dapat

membantu kerajaan dalam meningkatkan kuantiti pengeluaran daging dan hasil

kambing negara yang bermutu tinggi.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 22/23

Page 23: Kertas Kerja RAT Isi-1

Romatech Agro Ternak

Projek ternakan kambing ini juga akan memerlukan beberapa orang pekerja di

kawasan ladang ternakan. Oleh itu ianya juga dapat memberi peluang pekerjaan

kepada beberapa orang penduduk setempat yang akan diambil bekerja di dalam

Projek Ternakan Kambing ini.

Dengan mengamalkan Penternakan Baik (APB) dan Good Animal Husbandary

Practice (GAHP), saya percaya Ladang Ternakan Romatech Agro Ternak ini mampu

menghasilkan produk hasil ternakan kambing yang bermutu tinggi selaras dengan

hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Hab Halal Makanan

Sedunia.

Akhirnya, saya menyakini bahawa Ladang Ternakan Romatech Agro Ternak ini

mampu bergerak dengan lebih jauh ke hadapan seiring dengan beberapa

penternak lain yang telah berjaya.

**************** SEKIAN. TERIMA KASIH ****************

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing Muka Surat : 23/23