kertas kerja SC1.docx

  • View
    19

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

KM 7.75 JALAN KLUANGKARUNG BERKUNCI 52483000 BATU PAHATJOHOR

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)AMBILAN FEBRUARI 2012

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

CADANGAN KERTAS KERJAKARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2014

Permainan Tradisional Warisan Kita

TEMPAT:Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

TARIKH:26 September 2014

ANJURAN:Guru PPG Opsyen Sains 1

1.PENDAHULUAN

Subjek PJM3123E Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan adalah merupakan subjek elektif bagi Kumpulan Pengajian PPG SCE. Pada semester enam ini, kerja kursus yang perlu dilaksanakan adalah berkaitan dengan penganjuran sebuah karnival yang dinamakan Karnival Permainan Tradisional. Penganjuran karnival sebegini adalah merangkumi segenap pengendalian bermula daripada peringkat perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaan. Karnival Permainan Tradisional ini hanya melibatkan kumpulan guru PPG Pengajian Sains 1 untuk menyertainya. Karnival ini akan mengetengahkan tema Permainan Tradisional Warisan Kita.Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja.

2.RASIONAL

2.1Menepati pro forma PJM3123E iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani bagi amali pelaksanaan Karnival Permainan Tradisional.

2.2Meningkatkan pengalaman, keyakinan dan kecekapan guru-guru terlatih mengenai prosedur mengurus dan mengendalikan sukan dan permainan dengan betul.2.3Dapat mengeratkan sillaturrahim dan perpaduan dalam kalangan guru-guru ppg kumpulan Sains 1 dengan penyertaan dalam acara permainan tradisional yang dianjurkan.

3.MATLAMAT

Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat dibanggakan. Menyedari bahawa permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman, diharapkan dengan penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini dapat memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang kita, supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.Perancangan dan pelaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini dengan jayanya membuktikan guru-guru PPG Kohort 2, Kumpulan Sains 1 merupakan guru yang berdisiplin, berdaya saing, komited dan efisien dalam kerjayanya.

4.OBJEKTIF

4.1Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta pentadbiran untuk penganjuran acara ataupun pertandingan.

4.2Meluaskan pendedahan serta pengalaman kepada guru-guru terlatih untuk mengendalikan sebarang aktiviti yang dianjurkan di peringkat sekolah.

4.3Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional yang dilaksanakan.

4.4Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri setiap peserta.

4.5Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim peserta melalui penglibatan dalam aktiviti atau acara yang disertai.

4.6Menggalakkan penglibatan secara aktif guru-guru terlatih dalam menyertai aktiviti yang dijalankan.

4.7Mempertingkat daya keyakinan serta percaya pada kemampuan diri.

4.8Memberi peluang kepada guru terlatih untuk mempelajari serta mengenali permainan tradisional melalui keseronokan dalam permainan tersebut.

4.9Menyemai nilai-nilai murni serta etika melalui penglibatan dalam program yang dilaksanakan.

5.KUMPULAN SASARAN

5.1Guru PPG Opsyen Sains 1: 19 orang

6.MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM

6.1 Nama Program: Karnival Permainan Tradisional 20146.2 Tema Program: Permainan Tradisional Warisan Kita6.3 Penganjur: PPG SCE16.4 Tarikh : 26 September 20146.5 Tempat: Gimnasium IPGTHO6.6 Masa: 8.00 am 12.00 pm6.7 Peserta yang Terlibat : 19 orang

7.0AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT : EN MOHD HANAPIAH BIN KHAMIS

PENGERUSI : MOHD GHAZALI BIN MOHAMED (Ketua Opsyen PPG Kohort 2 SCE1)SETIAUSAHA : NORAINI BINTI ABD RAHIM

PEN. SETIAUSAHA:HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI

BENDAHARI : MARIA BINTI SUPIAN

AHLI JAWATANKUASA:

a)URUS SETIADAN PROTOKOL: FARAHIYAH BINTI MOHAMED RAMLYHASWANI BINTI ZAKARIAH

b)SIARAYA:NOORLIZAH BINTI BAHARIHALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI

c)PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL: MOHD NIZAM BIN MALIKIMOHD FAHMI BIN SAIFMOHD NADZRI @ SAM BIN DAGANG

d)PUBLISITI DAN DOKUMENTASI:FADZLIYATON BINTI MUSTAFFARFAEZAH BINTI ABU BAKAR

e)HADIAH DAN JAMUAN:NOR ASIKIN BINTI HUSSIENNOOR FADILLA EZANI BINTI MOHD RODZI f)KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN: MAZLINA BINTI IBRAHIMNOR ZAIMAH BINTI RAMAN

g)PERALATAN DAN KELENGKAPAN:HAZLIN BINTI HAMDANANIDA BINTI SUJAKARLINA BINTI RAWOP

8.0SENARAI TUGAS DAN SPESIFIKASI JAWATANKUASA

JAWATANSKOP KERJA / TUGASAN

PENGERUSI Pengetuai semua pengurusan program Mempengerusikan mesyuarat Meneliti dan memastikan segala keputusan mesyuarat diperolehi Menjadi rujukan setiap ahli jawatankuasa kecil program Memantau dan menyelaras tugas-tugas ahli jawatankuasa kecil Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke semasa

SETIAUSAHA Menyediakan kertas kerja program Menguruskan hal-hal surat menyurat Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat Menyediakan laporan aktiviti yang telah dijalankan Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat dijalankan Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dan Pengerusi dari masa ke semasa

PEN. SETIAUSAHA Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas yang diberi Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dan Pengerusi dari masa kesemasa

BENDAHARI Bertanggungjawab dalam semua urusan berkaitan dengan kewangan program Membuat catatan sebarang pengaliran wang keluar dan masuk Menyediakan laporan Penyata Kira-Kira Program Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dan Pengerusi dari masa ke semasa

JAWATANSKOP KERJA / TUGASAN

URUSETIA DAN PROTOKOL Merancang, mengatur dan menentukan kedudukan pasukan-pasukan Menentukan kedudukan VVIP Menyambut VVIP dan tetamu dan mempersilakan duduk di tempat yang telah ditetapkan Menyediakan dan menyematkan rozet Mengurus Istiadat majlis penutupan Menyediakan juruacara penutupan Menyediakan juri rayuan

SIARAYA Menyediakan PA system Menyediakan juru acara pertandingan Membuat pengumuman acara, nama peserta dan saringan Mengumumkan keputusan acara

PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL Membuat tempahan untuk menggunakan tempat Temasya Memeriksa dan menentukan keadaan kawasan Menyediakan peralatan yang diperlukan bagi setiap acara Menyediakan keperluan untuk hakim dan lain-lain pegawai sukan Menyediakan jadual tugasan dan mengadakan taklimat kepada pegawai-pegawai sukan Memastikan acara-acara sukan yang dipertandingkan berjalan lancar. Menguruskan boring-borang penyertaan

PUBLISITI DAN DOKUMENTASI Menyediakan jadual pertandingan Merakamkan gambar disepanjang Temasya untuk didokumentasikan. Mencatatkan laporan dan keputusan di setiap pertandingan. Menyediakan dan mengumpulkan laporan aktiviti untuk didokumentasikan.

JAWATANSKOP KERJA / TUGASAN

HADIAH DAN JAMUAN

Mencari dan menempah hadiah untuk setiap acara pertandingan seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat AJK. Menyemak bilangan hadiah Memastikan hadiah dan cenderamata diletakkan di tempat yang sesuai. Menyediakan keperluan-keperluan lain seperti dulang dan alas meja. Mengiringi acara penyampaian hadiah Memesan menu untuk jamuan Menghidang dan menghias jamuan untuk VIP. Memastikan kebersihan peralatan dan makanan yang disediakan. Mengemas tempat jamuan setelah majlis berakhir.

PERSEDIAAN TEMPAT, KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN Menyediakan tempat sebelum dan selepas pertandingan. Memastikan kebersihan dan keselamatan lokasi pertandingan semasa dan selepas acara berakhir. Menyediakan kotak pertolongan cemas Memberikan rawatan awal kepada peserta yang cedera

PERALATAN DAN KELENGKAPAN Mendapatkan senarai peralatan yang diperlukan dari jawatankuasa kecil pertandingan Mendapatkan / Meminjamkan peralatan tersebut daripada pihak-pihak tertentu Mengemas dan memulangkan peralatan tersebut selepas selesai pertandingan dalam keadaan selamat dan sempurna.

9.0PEMBAHAGIAN TUGASAN MENGIKUT ACARA PERMAINAN TRADISIONAL YANG DIPERTANDINGKAN:

ACARAAHLI JAWATANKUASA

SUMPITMOHD NIZAM BIN MALIKINOOR FADILLA EZANI BT MOHD RODZIMAZLINA BT. IBRAHIMHAZLIN BINTI HAMDANFARAHIYAH BTE MOHAMED RAMLYFADZLIYATON BTE MUSTAFFAR

GALAH PANJANGMOHD GHAZALI BIN MOHAMEDHALIMATUN SAADIAH BT RAMLIFAEZAH BINTI ABU BAKARARLINA BINTI RAWOPNOR ZAIMAH BT RAMANANIDA BTE SUJAKMOHD NADZRI @ SAM BIN DAGANG

SEPAK RAGA BULATANMOHD FAHMI BIN SAIFHASWANI BTE ZAKARIAHMARIA BINTI SUPIANNOORLIZAH BT BAHARINOR ASIKIN BT HUSSIENNORAINI BINTI ABD RAHIM

10.0BUTIRAN PERMAINAN

10.1SEPAK RAGA BULATAN

1. PENGENALANPermainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini adalah bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah

2. PERATURAN SEPAK RAGA BULAT

1. Permainan dimainkan