21
1 ADAT MERENTAS MASA 1 Oleh: Hajah Rashidah binti Haji Mohd. Hanifah Kementerian Hal Ehwal Ugama Makalah ini cuba melihat kepada peranan, ketahanan dan kelangsungan adat yang menjadi identiti dan budaya sesebuah bangsa terutama bangsa Melayu Brunei. Dalam Masyarakat Brunei adat terbahagi kepada dua: Adat Istiadat Diraja, yang dikenali juga sebagai Adat Istiadat Kebesaran Brunei dan Adat orang kebanyakan atau rakyat jelata dikenali sebagai adat resam. Setelah kedatangan Islam adat istiadat dan adat resam dalam masyarakat Brunei telah disesuaikan dan dijalin dengan kehendak syara’. Islam dalam Adat Istiadat Brunei terus dipelihara dan diperkukuh dengan kekuatandan kedaulatan Raja sehingga tercetusnya Falsafah Negara Melayu Islam Beraja. Konsep ini perlu ditanai dan dijaga dalam perlaksanaan adat Masyarakat Brunei kerana jalinan Islam dan adat itu membentuk konsep akhlak yang menjadi cerminan keperibadian dan keutuhan sesebuah masyarakat. Kepesatan dunia tanpa sempadan telah menjadi cabaran besar kepada kita untuk mempertahankan kelangsungan adat terutama bagi genarasi muda yang kelihatan telah keliru dan seolah-olah tidak mengetahui warisan adat budaya bangsa sendiri sehingga kita berdepan dengan banyak masalah seperti isu-isu sosial, moral dan akhlak. Diburukkan lagi dengan kealpaan kita menyemai dan memupuk secara berterusan jati diri dalam jiwa anak bangsa kita. Oleh itu agar kita tidak terus dipersalah dengan masalah ini, ada baiknya kita sama-sama berfikir, berusaha dan bertindak untuk menerapkan nilai-nilai adat yang menjadi pengawal dalam perlakuan anak-anak kita bagi menjaga dan memperkukuh survival bangsa. 1. Pengenalan Perkataan adat berasal daripada perkataan Arab ﻋﺎدة” yang bermaksud kebiasaan 2 . Apabila dijadikan istilah Melayu, ia telah diberi makna yang lebih luas dan mendalam sehingga secara tradisi ia dapat disamakan dengan maksud kebudayaan sebagaimana yang dijelaskan 1 Kertas Kerja ini dibentangkan dalam Persidangan Pakar Melayu Majlis Ilmu Perayaan Sambutan Hari Keputeraan ke-64 tahun, 14-16 Syaaban1431 bersamaan 26-28 Julai 2010. 2 Edward William Lane, an Arabic-English Lexicon, Beirut : Librairie Du Liban,(5), 1968, hlm. 2191.

Kertas Kerja_adat Merentas Masa

Embed Size (px)

Citation preview

  • 1

    ADAT MERENTAS MASA1

    Oleh:

    Hajah Rashidah binti Haji Mohd. Hanifah

    Kementerian Hal Ehwal Ugama

    Makalah ini cuba melihat kepada peranan, ketahanan dan

    kelangsungan adat yang menjadi identiti dan budaya sesebuah bangsa

    terutama bangsa Melayu Brunei. Dalam Masyarakat Brunei adat

    terbahagi kepada dua: Adat Istiadat Diraja, yang dikenali juga sebagai

    Adat Istiadat Kebesaran Brunei dan Adat orang kebanyakan atau rakyat

    jelata dikenali sebagai adat resam. Setelah kedatangan Islam adat

    istiadat dan adat resam dalam masyarakat Brunei telah disesuaikan dan

    dijalin dengan kehendak syara. Islam dalam Adat Istiadat Brunei terus

    dipelihara dan diperkukuh dengan kekuatandan kedaulatan Raja

    sehingga tercetusnya Falsafah Negara Melayu Islam Beraja. Konsep ini

    perlu ditanai dan dijaga dalam perlaksanaan adat Masyarakat Brunei

    kerana jalinan Islam dan adat itu membentuk konsep akhlak yang

    menjadi cerminan keperibadian dan keutuhan sesebuah masyarakat.

    Kepesatan dunia tanpa sempadan telah menjadi cabaran besar kepada

    kita untuk mempertahankan kelangsungan adat terutama bagi genarasi

    muda yang kelihatan telah keliru dan seolah-olah tidak mengetahui

    warisan adat budaya bangsa sendiri sehingga kita berdepan dengan

    banyak masalah seperti isu-isu sosial, moral dan akhlak. Diburukkan

    lagi dengan kealpaan kita menyemai dan memupuk secara berterusan

    jati diri dalam jiwa anak bangsa kita. Oleh itu agar kita tidak terus

    dipersalah dengan masalah ini, ada baiknya kita sama-sama berfikir,

    berusaha dan bertindak untuk menerapkan nilai-nilai adat yang menjadi

    pengawal dalam perlakuan anak-anak kita bagi menjaga dan

    memperkukuh survival bangsa.

    1. Pengenalan

    Perkataan adat berasal daripada perkataan Arab yang

    bermaksud kebiasaan2. Apabila dijadikan istilah Melayu, ia telah diberi

    makna yang lebih luas dan mendalam sehingga secara tradisi ia dapat

    disamakan dengan maksud kebudayaan sebagaimana yang dijelaskan 1 Kertas Kerja ini dibentangkan dalam Persidangan Pakar Melayu Majlis Ilmu Perayaan Sambutan Hari Keputeraan ke-64 tahun, 14-16 Syaaban1431 bersamaan 26-28 Julai 2010. 2 Edward William Lane, an Arabic-English Lexicon, Beirut : Librairie Du Liban,(5), 1968, hlm. 2191.

  • 2

    oleh Edward B.Tylor dalam Primitive Culture 1871 bahawa

    kebudayaan adalah pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila,

    undang-undang, moral, adat resam dan apa juga kebolehan serta

    kebiasaan (tabiat) yang didapati oleh manusia sebagai ahli sesebuah

    masyarakat. Kenyataan ini selaras dengan titah Kebawah Duli Yang

    Maha Mulia Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

    Darussalam 3:

    Apa-apa yang merupakan kebudayaan itu adalah

    terkandung ke dalam pengertian adat

    diperistiadatkan. Brunei dalam soal ini ialah sebuah

    negara yang tua yang cukup indah dalam sejarahnya

    mempunyai adat istiadatnya yang rapus laila

    teratur

    Konsep adat dalam masyarakat Melayu selain membawa

    maksud istiadat atau upacara juga membawa maksud sebagai sistem

    sosial, kepercayaan dan perundangan4, sebagaimana A.J.N. Richards

    mengatakan: Colloquially, adat can mean law, fashion or personal and

    social behavior5.

    Adat juga dimaksudkan sebagai perbuatan di dalam hal ehwal

    kehidupan yang telah biasa dilakukan dan dipakai berulang-ulang

    sehingga ianya boleh dianggap sebagai aturan yang lazim dipakai6

    iaitu peraturan yang telah diamalkan turun-temurun di dalam sesuatu

    masyarakat, sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus

    dipatuhi 7. Menurut Surojo, adat adalah pencerminan daripada

    3 Negara Brunei Mempunyai Adat Istiadat yang Rapus dan Teratur dalam Pelita Brunei, 26 Jun 1968, hlm.1. 4 Norhalim Hj Ibrahim, Adat Pepatih perbezaan dan persamaan dengan adat Temenggong, Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1993, hlm. 5 Richards, A.N.J., Dayak adat law in the second division, Jabatab Cetak, 1963, hlm. 16. 6 Winstedt, R.O., Hindu survivals in Malay custom, JFMSM.21.(1), 1970, hlm. 8. 7 Kamus Dewan, edisi ke-3 , Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 7.

  • 3

    keperibadian sesuatu bangsa dan merupakan penjelmaan daripada

    jiwa sesuatu masyarakat dari abad ke abad.8

    Adat merupakan keseluruhan bentuk kelakuan yang diwarisi

    turun temurun oleh satu kumpulan.9 Peraturan adat ini mempunyai

    pertalian rapat dengan sistem nilai yang diamalkan dalam sesuatu

    masyarakat. Sistem nilai itu lahir daripada suatu konsep yang wujud

    dalam pemikiran sesuatu masyarakat. Daripada konsep nilai ini

    terciptalah suatu peraturan seperti adat dalam masyarakat Melayu

    yang bertujuan mengawal perlakuan anggota masyarakat demi

    mewujudkan keharmonian dan menjamin kesejahteraan anggotanya.10

    Perkataan merentas pula bermaksud lintang; garis; melalui;

    menempuh; memintas, melintas, merintis; merangkumi11. Sementara

    perkataan masa bermaksud waktu; ketika12.

    2. Istilah-istilah yang berkaitan dengan adat

    Masakini konsep dan pengertian adat hanya terbatas kepada

    istiadat atau upacara-upacara yang secara tradisi adalah bahagian

    kecil daripada seluruh pengertian asal konsep adat. Perkataan adat

    biasanya diiringi dengan perkataan istiadat atau resam, menjadi adat

    istiadat atau adat resam.13 Dalam buku Adat Istiadat Melayu

    diterangkan, perkataan istiadat bermaksud aturan yang beradat atau

    adat yang diaturkan untuk masa-masa yang tertentu sahaja. Aturan itu

    dipilih dan diambil daripada adat resam kemudian disusun dan diatur

    serta diiktiraf untuk diikuti dan diamalkan pada masa-masa tertentu

    8 Surujo, W., Pengantar dan asas-asas hukum adat,Gunung Agung, Jakarta, 1982, hlm. 1. 9 Jawawi Hj Ahmad, Brunei Darussalam Dalam Konteks Dunia Melayu dalam Dunia Melayu, kumpulan Kertas Kerja Seminar Dunia Melayu anjuran Universiti Utara Malaysia, 24-25 Januari 1988. 10 Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, hlm. 91. 11 Kamus Dewan, Edisi ke-3, 1996, hlm. 1129. 12 Ibid., hlm 862. 13 Zainal Kling, Prinsip adat dan pembangunan masyarakat dalam Negeri Sembilan : Gemuk dipupuk, segar bersiram, adat merentas zaman. Jawatankuasa Penyelidekan Budaya, Negeri Sembilan, 1994.

  • 4

    oleh sesuatu bangsa atau puak. Aturan tersebut kemudiannya menjadi

    hak kepunyaan mereka dan diwarisi oleh satu generasi ke satu

    generasi dan diikuti daripada satu masa ke suatu masa. Saad Shukry

    juga menyamakan maksud perkataan istiadat itu dengan perkataan

    upacara.14

    Perkataan resam dalam Kamus Dewan diberikan pengertian

    sebagai adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat.15

    Perkataan upacara pula bermaksud alat kerajaan atau tanda

    kebesaran seperti pedang, payung dan lain-lain (yang biasanya

    dikhaskan untuk raja) atau seluruh perbuatan yang dilakukan menurut

    peraturan dan istiadat tertentu.16

    Perkataan upacara juga bermaksud majlis yang diadakan

    menurut adat atau agama untuk sesuatu tujuan seperti memperingati

    sesuatu, penghormatan terhadap seseorang dan sebagainya.17

    Biasanya upacara tersebut diadakan sebagai simbol memperlihatkan

    peri pentingnya sesuatu peristiwa tertentu.

    Di samping istilah yang telah disebutkan di atas, adat juga

    mempunyai makna yang sama dengan urf. Perkataan urf yang

    digunakan dalam bahasa Melayu itu adalah dipinjam daripada

    perkataan " " atau "" yang berasal daripada perkataan Arab.18 Menurut Mustafa Ahmad Azzarqa, adat itu lebih umum

    manakala urf lebih khusus kerana semua urf adalah adat dan tidak

    semua adat adalah urf.

    Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa

    perkataan adat, urf, istiadat, resam dan upacara amat berkait maksud

    dan penggunaannya, sebab itu orang Melayu selalu menggunakan 14 Saad Shukry H. Muda (pnys), Kamus Adat Istiadat Melayu, Perterchong Publications, t.th., hlm. 72. 15 Kamus Dewan, Edis ke-3, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm. 960 & 1327. 16 Ibid., hlm. 1526. 17 Amran Kasimin, Adat Perkahwinan Melayu yang bukan daripada ajaran Islam, Dinie Publishing, Kuala Lumpur, 1993, hlm.vi. 18 Kamus Marbawi, t.th., hlm. 1.

  • 5

    perkataan adat istiadat yang sama ertinya dengan perkataan adat

    resam dan upacara yang merujuk kepada makna adat. Namun

    begitu, perkataan adat istiadat biasanya digunakan bagi upacara yang

    berkaitan dengan raja dan kerabatnya, manakala perkataan adat atau

    adat resam digunakan bagi rakyat jelata. Adapun perkataan urf,

    walaupun terdapat perbezaan dari segi umum dan khusus akan tetapi

    maksudnya tetap tidak berubah.

    3. Adat dalam masyarakat Brunei

    Dalam masyarakat Brunei Adat istiadat Brunei terbahagi kepada

    dua : Adat Istiadat Diraja Brunei dan Adat Istiadat Orang

    Kebanyakan.19 Adat istiadat yang melibatkan raja dan kerabatnya

    dinamakan Adat Istiadat Diraja atau Adat Istiadat Brunei. Oleh kerana

    terdapat pelbagai bentuk adat istiadat yang melibatkan raja dan kaum

    kerabatnya, maka adat istiadat itu secara umum disebut juga Adat

    Istiadat Kebesaran Brunei.

    Adat Istiadat Diraja Brunei mula diperkenalkan setelah Awang

    Alak Betatar memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Puteri

    Johor.20 Sejak itu Adat Istiadat Diraja Brunei telah disesuaikan dengan

    hukum Islam terutama dalam zaman pemerintahan Sultan Sharif Ali.21

    Adat istiadat ini terdiri daripada :

    i. Istiadat Berpuspa

    ii. Istiadat Pemasyhuran dan Pengisytiharan

    iii. Istiadat Mengurniakan Gelaran

    19 Prof Madya Dr Hj Ampuan Brahim bin Ampuan Hj Tengah, Adat Istiadat Brunei : antara Cabaran dan Identiti dalam Seminar Adat Istiadat Brunei, 31 Mac-1 April 2009. 20 Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd Jamil Al Sufri, Tarsilah Brunei : Sejarah Awal dan Perkembangan Islam , Jabatan Pusat Sejarah, Brunei, 1990, hlm. 58. 21 Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd Jamil Al Sufri, Tarsilah Brunei : Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran, Jabatan Pusat Sejarah, Brunei, 1997, hlm. 117.

  • 6

    iv. Istiadat Perkahwinan Diraja

    v. Istiadat Rampai-Rampaian22

    vi. Istiadat Keugamaan23

    Apa yang jelas ialah Adat Istiadat Diraja Brunei telah

    menghasilkan sosial kontrak antara Raja dan Rakyat kerana itu adat

    tanpa kepatuhan dan tanpa adab tidak akan lahir bangsa yang beradat

    istiadat.24

    Manakala Adat Istiadat Orang Kebanyakan antaranya adat

    sewaktu anak dilahirkan, bercukur, adat menjejakkan kaki ke tanah,

    adat meminang, adat akad nikah, adat bersanding, adat melenggang

    perut dan seumpamanya.

    4. Adat dan Agama

    Negara Brunei adalah sebuah Negara Islam yang

    mengamalkan hukum-hukum yang berpandukan al-Quran dan Hadith.

    Sebagaimana yang dinyatakan dalam titah Kebawah Duli Yang Maha

    Mulia Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

    Darussalam:

    Ugama Islam adalah jaminan keselamatan untuk

    semua, yang tidak mengira apa jua warna kulit atau

    kaum... Ia juga telah berjaya pada menyediakan

    landasan yang kukuh lagi kuat untuk pembentukan

    Negara Brunei Darussalam yang bahagia lagi

    22 Istiadat Meluaran Diraja, Majlis Kesyukuran Sempena Baligh, Istiadat Berkhatan Diraja atau Istiadat Berkhatan dan Bertindek Puteri Diraja & Istiadat Khatamal Quran. 23 Istiadat Berdikir Maulud Nabi Muhammad saw, Majlis Bertedarus, Majlis Khatamal Quran, Majlis Ziarah Hari Raya Aidilfitri, Keberangkatan ke Makam Diraja dan ke Luba & Istiadat dalam sesuatu majlis am. 24 Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran Dr Haji Mohd Yusof bin Pengiran Haji Abd Rahim, Adat Istiadat Diraja Brunei Untuk Ketahanan Bangsa dalam Seminar Adat Istiadat Brunei, 31 Mac-1 April 2009, hlm.3.

  • 7

    sejahtera dengan segala isi di dalamnya25.kita

    adalah bersungguh-sungguh dalam mempraktikkan

    Islam sebagai cara hidup. Kita tingkatkan ibadat, dan

    sambil itu kita juga membangun, dan bahkan terus

    membangun dengan berlandaskan ajaran-ajaran

    Islam itu26

    Pelaksanaan konsep Melayu Islam Beraja telah menjadikan

    Islam sebagai sukat-sukat dan sumber rujukan yang unggul dalam

    sistem pentadbiran Negara khasnya dan amalan seharian amnya

    termasuk amalan beradat. Titah Kebawah Duli Yang maha Mulia

    Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei

    Darussalam 27:

    Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin serta

    limpah kurnia Allah Subhanahu wa Taala akan untuk

    selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara

    Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan

    demokratik bersendikan ajaran0ajaran agama Islam

    menurut Ahli Sunnah Waljamaah.

    Kenyataan ini selaras dengan matlamat Negara dalam

    menobatkan Melayu Islam Beraja sebagai falsafah dan ideologi yang

    melambangkan identiti bangsa, agama dan negara. Sebagaimana titah

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang

    Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sultan :

    konsep Melayu Islam Beraja ini sebenarnya bukan

    konsep baru, tetapi sudah lahir semenjak beberapa

    abad lagi. Ianya tidak lebih daripada menunjukkan

    25 Titah sempena Menyambut Awal Tahun Hijrah 1411. 26 Titah sempena Perasmian Pelancaran Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) pada 29 September 1991. 27 Petikan Titah Kemerdekaan yang diadakan di Taman Haji Omar Ali Saifuddien, Pengiytiharan Kemerdekaan Brunei, 1 Januari 1984.

  • 8

    bentuk dan corak sesebuah Kerajaan Brunei

    Darussalam yang tulen : Kerajaan Melayu Islam

    Beraja yang Bersultan atau Beraja. Dan sebagai

    sifatnya sebuah Kerajaan Islam, maka ia adalah yang

    terbaik dan yang terunggul serta paling adil untuk

    semua lapisan rakyat dan penduduk di negara ini

    samada mereka itu beragama Islam ataupun tidak.

    Unsur yang terpenting mendasari budaya Melayu ialah Islam.

    Pengaruh Islam tersebut begitu kuat sehingga istilah Melayu

    disinonimkan dengan Islam.28 Menurut Van Der Kroef, bahasa Melayu

    menerima pengaruh Islam dengan begitu kuat sekali, malah Melayu

    tanpa Islam diibaratkan sebagai diri tanpa nyawa.29 Ini jelas

    menunjukkan bahawa unsur-unsur yang terdapat dalam konsep

    Melayu Islam Beraja pernah menjadi suatu kehidupan tamadun orang

    Melayu di rantau ini. Tamadun Melayu adalah terbit dari pengolahan

    daya pemikiran orang-orang Melayu yang menghasilkan pemikiran

    agama sehingga melahirkan ulama-ulama terkenal, Islam, kebudayaan

    dan sebagainya.

    Oleh yang demikian, tidak hairanlah adat dan agama

    merupakan dua unsur yang kuat dipegang oleh orang Brunei. Kedua-

    duanya bagai mata rantai yang tidak boleh dipisahkan.30 Kenyataan ini

    juga dapat dilihat melalui kata-kata tradisi berikut :

    Pada adat,

    Menghilangkan yang buruk,

    Menimbulkan yang baik,

    Kata syara,

    Menyuruhkan berbuat baik,

    28 Hanapi Dollah, Ketidakseimbangan Dalam Budaya Melayu : Dari Primitip Kepada Pasca-Modenisme dalam Peradaban Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1995, hlm. 59. 29 Van Der Kroef, Indonesia in the World, Masa Baru, Bandung, 1965,hlm.70. 30 Prof. Madya Dr Haji Hashim bin Haji Abd. Hamid., Islam di Brunei Darussalam : Satu Analisis Sosio-Budaya., Jabatan Kesusateraan Melayu, Universiti Brunei Darussalam, 2003., hlm. 161.

  • 9

    Menegahkan berbuat jahat,

    Adat bersendikan hukum,

    Hukum bersendikan Kitabullah31

    Walaupun falsafah Melayu Islam Beraja adalah komponen yang

    bersatu dan bukan disatukan, tetapi Islam yang berada dalam

    komponen tersebut menjadi tonggak dan rujukan utama. Justeru itu,

    tradisi agung yang kita pegang selama ini yang berintegrasi dalam

    falsafah Melayu Islam Beraja itu tidak akan menjadi satu

    kesinambungan dan falsafah sosial, jika Islam hanya menjadi lapisan

    luar sahaja tanpa penghayatan yang jitu dan menyeluruh.

    5. Tautan Adat dengan Akhlak

    Merujuk kepada pengertian adat yang didefinisikan sebagai

    kebiasaan, tingkahlaku dan adat sopan, maka ia juga membawa

    pengertian etika yang bermaksud akhlak.32 Menurut al-Quran dan

    Hadith akhlak mempunyai 4 martabat ; Iman33, Islam34, Taqwa dan

    Ihsan35. Kempat-empat martabat ini berhubung rapat antara satu sama

    lain. Iman merupakan tapak bagi keseluruhan kehidupan. Rangka

    Islam dibina di atas tapak ini, taqwa mencakupi Iman dan Ihsan

    merupakan ikatan struktur yang paling tinggi. Ihsan tidak mempunyai

    teras untuk berdiri sendiri jika tidak ada Iman, Islam dan Taqwa.

    Pada dasarnya agama Islam diasaskan kepada aqidah, syariah

    dan akhlak. Sebagaimana hadith Nabi saw :

    31Ahmad b. Mohd. Ibrahim, Islam Customary Law/Malaysia dalam Intisari, Jilid II, No.2, hlm. 72. 32 Prof. Dr Ahmad Amin, Ethika (Ilmu Akhlak), Terjemahan, Bulan Bintang, Jakarta, 1977. 33 Keyakinan dan kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul-Rasul, Kitab-Kitab, Hari Kemudian dan Takdir Allah SWT. 34 Menyerah diri kepada kekuasaan Tuhan dengan tunduk kepada segala peraturan-peraturan-Nya. 35 Mengikhlaskan semua niat dan amal ibadat kita seluruhnya kepada Allah meskipun untuk kebahagiaan manusia dan masyarakat.

  • 10

    36

    Maksudnya :

    Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak

    (tingkahlaku) yang mulia.

    Maksud hadith ini selaras dan bertepatan dengan titah Kebawah

    Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-

    Pertuan Negara Brunei Darussalam Sultan 37:

    Sebagai bangsa Melayu, kewajipan kita

    memelayukan segala tingkahlaku dan perangai kita

    dengan sopan santun, hormat-menghormati, kasih

    sayang terhadap kanak-kanak, belas kasihan kepada

    orang-orang lemah dan orang-orang tua

    Kemudian sifat-sifat kemelayuan Brunei itu,

    tergambar atau terpapar pula pada pakaiannya, pada

    cara pergaulannya, cara berfikir dan

    bertindaknya.Kita orang-orang Melayu dan orang-

    orang Islam, adalah dikehendaki supaya beradab dan

    berakhlak dengan akhlak Melayu dan Islam.

    Dalam usaha kerajaan untuk memantapkan akhlak dan jati diri

    golongan belia, Kementerian Pendidikan telah mengatur langkah yang

    bijak dengan menjadikan pelajaran agama sebagai matapelajaran

    teras di semua sekolah-sekolah peringkat negara, begitu juga langkah

    Kementerian Hal Ehwal Ugama yang menjadikan persekolahan ugama

    wajib bagi kanak-kanak berugama Islam yang berumur 7 tahun untuk

    memastikan generasi akan datang dilengkapi dengan pengetahuan

    agama yang menjadi teras kepada pembangunan model insan yang

    sempurna.38 Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

    36 Hadith riwayat Malik. 37 Titah sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad saw pada 1 Oktober 1990. 38 Rancangan Strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama 2010-2014, 2010, hlm. 16.

  • 11

    Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

    Sultan 39:

    Kita tidak mahu sepuluh tahun akan datang, tiba-tiba

    kedengaran suara bahawa belia-belia Brunei tidak

    pandai membaca al-Quran. Sama halnya seperti kita

    pernah dikejutkan oleh kenyataan-kenyataan yang

    generasi baru orang-orang Melayu tidak pandai lagi

    menulis dan membaca jawi.

    Sehubungan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama juga telah

    merancang untuk mengadakan Islamic Hub (Pusat Islam) iaitu satu

    konsep pembangunan infrastruktur, masjid, sekolah ugama, dan

    pelbagai perkhidmatan Islam dibina dalam satu kawasan, bertujuan

    untuk mengimarahkan masjid yang peranannya bukan saja sebagai

    tempat ibadah tetapi juga sebagai pusat kegiatan agama, dakwah dan

    kemasyarakatan. Inisiatif ini secara tidak langsung akan menanamkan

    budaya mesra masjid di kalangan orang Islam khususnya para belia di

    samping dapat menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia.

    Bidalan orang Melayu Hidup dikandung adat, mati dikandung

    tanah adalah bertepatan dan seiring dengan apa yang telah

    diamalkan di dalam masyarakat Brunei, bahkan seseorang yang tidak

    beradat dianggap orang yang tidak berakhlak atau tidak beradab

    kerana adat dan adab melambangkan identiti bangsa dan budaya

    sesebuah masyarakat. Bahkan adab dalam konteks adat bukan saja

    terlihat dalam berbudi bahasa, berawar galat, tidak meracak dan tidak

    capi-capi dan seumpamanya malah adab juga tetap dijaga dalam

    perbahasan, perdebatan dan bersoal jawab. Dengan ini adat dapat

    39 Titah di Majlis Pertandingan Membaca Kitab Suci al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan pada 23 November 1995.

  • 12

    mewujudkan suasana harmoni dan pendidikan moral yang tinggi di

    samping mengawal kebudayaan bangsa.40

    Adat dan akhlak juga disebut sebagai tatasusila. Tatasusila

    orang Melayu terbahagi kepada tiga bahagian 41:

    Pertama : Tatasusila dalam bernegara iaitu mematuhi undang-

    undang dan menghormati pemimpin. Pernyataan ini bertepatan

    dengan Adat Istiadat Diraja Brunei yang menyatakan bahawa Raja

    adalah untuk rakyat dan rakyat adalah untuk Raja. Kenyataan ini

    menggambarkan bahawa Negara Brunei adalah berdiri dengan

    persatuan dan perpaduan hati rakyat yang telah menyerahkan kuasa

    diri masing-masing kepada Raja untuk menjadi hak Negara

    berdasarkan Raja tidak boleh zalim dan Rakyat tidak boleh derhaka

    kepada Raja. Allah SWT berfirman yang bermaksud 42:

    Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu

    kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah

    dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa)

    dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-

    bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka

    kembalikanlah kepada Kitab Allah (al-Quran) dan

    (Sunnah) Rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman

    kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian itu

    adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula

    kesudahannya.

    Kedua : Tatasusila bermasyarakat iaitu berbudi bahasa,

    menghormati hak orang lain, peramah, tolong menolong, menegakkan

    kebenaran, tidak pendendam, adab pergaulan di kalangan keluarga 40 Jawawi Hj Ahmad, Brunei Darussalam Dalam Konteks Dunia Melayu dalam Dunia Melayu, kumpulan Kertas Kerja Seminar Dunia Melayu anjuran Universiti Utara Malaysia, 24-25 Januari 1988. 41 Pg Dr Hidop bin Pg Hj Samsuddin, Kajian Budaya dan Adat Istiadat dalam Karya-Karya Terpilih Kesusasteraan Melayu, Tesis PhD, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Brunei Darussalam, 2006, hlm. 116. 42 Al-Quran, an-Nisa : 59.

  • 13

    dan kerabat Diraja, adab pergaulan di kalangan orang kebanyakan,

    adab pergaulan di dalam majlis serta adab yang bersangkutan dengan

    kematian ahli keluarga dan sanak saudara ;

    Ketiga : Tatasusila dalam lingkungan keluarga iaitu hubungan

    kekeluargaan, hirarki penghormatan dan interaksi dalam keluarga.

    Masyarakat bangsa Melayu Brunei adalah masyarakat yang sentiasa

    mewujudkan kasih sayang dalam hidup berkeluarga. Setiap ketua

    keluarga sentiasa melaksanakan tanggungjawab selaku orang yang

    diharapkan di dalam sesebuah keluarga. Melalui budaya kehidupan

    seumpama ini, masyarakat Melayu Brunei sangat mengutamakan

    kehidupan yang berkonsepkan bedangan sanak, tua dituakan,

    bersopan santun, berawar galat dan bertanggungjawab.43

    6. Adat dan Cabaran

    Adat Istiadat Brunei merupakan komponen yang penting dalam

    mempertahankan survival bangsa dan budaya Melayu. Elemen ini

    melambangkan orang Brunei yang kaya dengan nilai-nilai murni yang

    harus disemai dan dipupuk agar tidak terhakis dan pupus dalam arus

    globalisasi sehingga ianya dapat dipertahankan menjadi warisan

    generasi kemudian. Sebagaimana yang dapat kita lihat pada hari ini,

    perubahan cara hidup telah melahirkan budaya baru yang menyisihkan

    tradisi muafakat dan kerjasama sejak turun temurun. Akhir-akhir ini

    amat jarang majlis kenduri-kendara dilakukan secara kerjasama dan

    bergotong-royong. Perubahan sistem ekonomi dan taraf hidup serta

    kekangan masa yang menyebabkan majlis kenduri dilakukan secara

    katering yang dilengkapi pelbagai pakej menarik.

    Dalam konteks Negara Brunei Darussalam juga tidak terkecuali

    dari menghadapi krisis kekaburan dan kejahilan budaya dan adat 43Pengiran Dr Hidop bin Pengiran Haji Samsuddin, Kajian Budaya dan Adat Istiadat dalam Karya-Karya Terpilih Kesusasteraan Melayu, Tesis PhD, hlm. 116-121.

  • 14

    istiadat khususnya di kalangan belia. Pengaruh new-media (media

    baru) dan kecanggihan teknologi tanpa sempadan menjadi cabaran

    kepada kita apabila ianya menjadi saluran interaktif bagi para belia

    untuk mendapatkan maklumat dengan mudah dan cepat tanpa menilai

    baik dan buruk, benar dan salah. Faktor ini juga menyumbang kepada

    kurang minat dan memandang remeh golongan muda akan

    kelangsungan adat dan warisan budaya yang telah diwarisi zaman

    berzaman.

    Keadaan ini diburukkan lagi dengan ketidak mampuan kita

    golongan dewasa untuk mengejar dan mengawal kepesatan teknologi

    maklumat baru ini serta kealpaan dan kelalaian kita dalam memupuk

    dan menerapkan nilai-nilai akhlak dan adat secara berterusan ke

    dalam jiwa mereka yang menyebabkan kita sekarang ini menghadapi

    pelbagai gejala sosial, moral dan akhlak yang semakin meruncing.

    Walaupun bagaimanapun, kita bukanlah hendak mengasingkan

    diri daripada proses modenisasi ini. Kebudayaan luar yang baik dan

    sesuai, secocok dengan cita rasa masyarakat Brunei boleh diambil

    untuk mengganti sesuatu yang tidak sesuai supaya kita dapat

    bersama-sama beriring dan berinteraksi dengan masyarakat luar.

    Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan

    yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sultan 44 :

    kita masih sahaja terus terbuka, iaitu tidak

    menolak sebarang unsur atau nilai yang baik sama

    ada ia datang dari Asia ataupun dari Barat. Cuma

    ukuran kebaikan itu bagi kita ialah ukuran Brunei

    hanya menerima nilai-nilai yang sesuai dengan kita

    sahaja.

    44 Titah di Pertandingan Membaca al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan 14 Julai 1991.

  • 15

    7. Ketahanan Adat

    Dalam usaha mempertahankan sosio-budaya dan adat istiadat

    agar terjamin kesinambungannya dari satu generasi ke satu generasi,

    beberapa kaedah telah dilakukan45 :

    Pertama : Proses sosial yang berkesan iaitu menekankan

    tentang pentingnya ibu bapa dan golongan tua menyampaikan

    maklumat dan ilmu yang betul kepada golongan remaja dan kanak-

    kanak. Golongan pelapis ini harus didedahkan pada apa jua rupa

    bentuk adat dan budaya dengan gaya dan tahap sosial yang

    bersesuaian dengan kehendak semasa.

    Kedua : Golongan muda dipupuk dengan nilai-nilai untuk

    menghargai tradisi sebagai tanggungjawab dalam mempertahankan

    tradisi adat. Untuk menjaga adat agar tetap terpelihara adalah menjadi

    tanggungjawab bersama. Sesiapa yang tidak dapat mempertahankan

    tradisi ini dikira menyeleweng dan dikenakan tekanan yang berupa

    teguran.

    Ketiga : Tradisi budaya ini diberi nilai-nilai yang berkaitan

    dengan kepercayaan warisan. Menyeleweng atau tidak mematuhi

    tradisi dipercayai boleh membawa kesan buruk kepada individu.

    Berkaitan dengan itu, maka dalam banyak perkara terdapat pantang

    larang dan petua-petua sebagai usaha mempertahankan tradisi.46

    Selain itu, konsep Negara Zikir yang telah dipelopori oleh

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan merupakan suatu

    kaedah yang ideal dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam

    pembentukan sahsiah yang dapat mengawal dari berlaku

    45Wan Abdul Kadir Yussof, Tradisi Budaya Melayu Menghadapi Proses Kemodenan dalam Kebudayaan Melayu di Ambang Abad Baru : Satu Himpun Makalah, Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1995. 46 Seperti larangan keluar atau berjalan pada waktu Maghrib ditakuti mendapat gangguan dari makhluk halus, akan tetapi signifikan daripada larangan tersebut adalah untuk menghormati waktu Maghrib.

  • 16

    penyelewengan identiti dan kemusnahan survival bangsa Melayu.

    Konsep ini juga meliputi ciri-ciri yang diistilahkan sebagai Negara Adat

    atau Negara Beradat apabila adat istiadat yang mengatur aspek

    kehidupan individu, berbangsa dan bernegara disesuaikan dengan

    ajaran agama.47 Pernyataan ini telah ditegaskan dalam titah Kebawah

    Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-

    Pertuan Negara Brunei Darussalam48 :

    Beta, Insya-Allah akan terus berazam untuk

    menjadikan Brunei Darussalam sebuah Negara Zikir

    yang sentiasa mengagungkan Allah, supaya kita

    selalu berada perhatian dan pemeliharaan-Nya

    Sultan adalah wakil rakyat yang mutlak dan menjadi turus

    negara untuk mengawasi dan menjalankan pemerintahan negara yang

    terdiri dari empat bahagian iaitu : Kanun, Syara, Resam dan Adat

    Istiadat dengan berdasarkan istilah Negara Brunei.49

    Penekanan ini juga diserapkan melalui sistem pendidikan

    dengan menyusun kurikulum dengan berpandukan Melayu Islam

    Beraja sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

    Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam50 :

    Dari segi sosial dan budaya, objektif kita ialah

    mewujudkan suatu masyarakat yang seimbang, yang

    berilmu tetapi juga berakhlak mulia. Ukuran akhlak itu

    tidak lain ialah kepatuhan kepada ajaran-ajaran agama

    dan menghormati adat resam bangsa

    47 Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Negara Zikir Negara Adat dalam Seminar Adat Istiadat Brunei, 31 Mac-1 April 2009. 48 Petikan sempena Hari Raya Aidil Adha tahun 1428/2007. 49 P.M. Yusop, 1975, Adat Istiadat Diraja Brunei Darussalam dalam The Brunei Museum Journal, vol.3, no. 3, hlm. 43. 50 Titah di Majlis Persantapan yang disembahkan oleh Penuntut-Penuntut Brunei di United Kingdom dan Eire sempena Hari Keputeraan Baginda ke-46 tahun pada 23 Ogos 1992. 1`

  • 17

    8. Penutup

    Tidak dapat dinafikan bahawa masa, tempat dan persekitaran

    turut menyumbang kepada beberapa perubahan dalam pelaksanaan

    agenda adat itu sendiri namun bagi masyarakat Brunei samada Adat

    Istiadat Diraja Brunei atau Adat Orang Kebanyakan (rakyat jelata)

    asas-asas adatnya tetap utuh terpelihara, dan perubahan itu tidak

    mencacatkan keindahan, kehalusan dan ketinggian sistem nilai adat itu

    sendiri.

    Tingkatan peradaban dan pengaruh modenisasi ternyata tidak

    dapat mengubah adat kebiasaan yang wujud dalam masyarakat Brunei

    bahkan adat tersebut diubahsuai sehingga boleh menyesuaikan diri

    dengan kehendak zaman dan akan terus dipertahankan dengan

    menjadikan Islam sebagai rujukan dan sarana pencerahan kepada

    adat istiadat tersebut.

    Kedudukan agama Islam yang dinamis, berkuasa dan definitif

    dalam masyarakat dan budaya Melayu memastikan bahawa nilai dan

    hukum Islam menjadi ukuran bagi semua aspek dalam masyarakat.

    Justeru itu setiap yang berbeza dari keperluan Islam dianggap bukan

    Islam.

    Perbezaan antara Islam dan sistem adat memang ada, namun

    pada tahap sistem konsep sosio-budaya Melayu telah berlaku

    rasionalisasi di mana hukum Islam syarak diberi keutamaan

    mengatasi hukum adat. Adat istiadat yang mengatur aspek-aspek

    kehidupan individu, berbangsa dan bernegara menserasikan dirinya

    dengan ajaran-ajaran Islam. Kata slogan adat bersendikan syara dan

    syara bersendikan Kitabullah adalah melambangkan bahawa adat itu

    terpakai selama ia tidak berlawanan dengan syara.

    Adat yang ditanai sebagai warisan bangsa adalah suatu

    kesinambungan tamadun Brunei yang berlandaskan ajaran Islam.

  • 18

    Sekiranya adat dan agama ini menjadi luntur dan kabur, kestabilan

    identiti, ideologi dan tamadun akan terjejas. Maka, tamadun itu akan

    mudah dipengaruhi dan seterusnya diambilalih oleh tamadun lain.

    Begitu juga adat yang menjadi identiti masyarakat Melayu jika tidak

    dijaga dan disuburkan, ia akan kabur, luntur dan akan hilang

    kelangsungannya.

    Oleh itu, apa pun cabarannya identiti orang Brunei yang

    terkandung dalam empat perkara iaitu Kesultanan, Keugamaan,

    Kesatuan bangsa dan Kebudayaan51 hendaklah terus dipertahankan

    dan diperkukuh dengan mensesuaikan dan menyulamnya mengikut

    kehendak syara serta diterapkan ke dalam jiwa anak bangsa untuk

    melahirkan modal insan rabbani bagi ketahanan negara dan bangsa,

    sebagaimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia

    Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei

    Darussalam dalam titah Baginda 52:

    Bagi pembentukan masyarakat yang mempunyai

    nilai-nilai yang positif untuk menjamin masa depan

    rakyat di negara ini, . khususnya bagi belia-belia

    latihan dan bimbingan yang menekankan ciri-ciri

    hidup berdisiplin, beradat-lembaga dan berugama,

    akan dapat melengkapkan lagi belia-belia dan

    generasi-generasi muda kita untuk menghadapi

    cabara-cabaran masa depan dan seterusnya untuk

    mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan

    bangsa dan negara serta kesucian agama.

    51 Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Dato Seri Utama Dr Haji Mohd Zain bin Haji Serudin, Brunei Darussalam : Persepsi Sejarah dan Masyarakatnya, Azza Publisher, Bandar Seri Begawan, 1997, hlm. 80. 52 Titah di istiadat Mengadap sempena Ulang tahun Hari Keputeraan Baginda ke-44 Tahun dibalai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Brunei pada 15 Julai 1990.

  • 19

    Firman Allah SWT yang bermaksud 53:

    Bagi merekalah Syurga Darussalam (tempat tinggal

    yang aman dan sejahtera) di sisi Tuhan mereka dan

    Dialah Penolong mereka, disebabkan amal-amal

    (yang baik) yang mereka telah kerjakan.

    53 Al-Quran, al-Anam : 127.

  • 20

    Bibliografi

    Al-Quran al-Karim. Al-Hadith. Ahmad Amin, Prof Madya. 1977. Ethika (Ilmu Akhlak). Terjemahan. Jakarta :

    Bulan Bintang. Ahmad b. Mohd. Ibrahim. Islam Customary Law/Malaysia dalam Intisari. Jilid

    II. No. 2. Ampuan Brahim bin Ampuan Hj Tengah, Prof Madya Dr Haji. 2009. Adat

    Istiadat Brunei : antara Cabaran dan Identiti dalam Seminar Adat Istiadat Brunei. 31 Mac- 1 April 2009.

    Amran Kasimin. 1993. Adat Perkahwinan Melayu yang bukan daripada ajaran

    Islam. Kuala Lumpur : Dinie Publishing. Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Yang

    Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji. 2009. Negara Zikir Negara Adat dalam Seminar Adat Istiadat Brunei. 31 Mac 1 April 2009.

    Awang Mohd Jamil al-Sufri., Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Amar Diraja

    Dato Seri Utama Dr Haji. 1990. Tarsilah Brunei : Sejarah Awal dan Perkembangan Islam. Brunei : Pusat Sejarah.

    Awang Mohd Jamil al-Sufri., Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Amar Diraja

    Dato Seri Utama Dr Haji. 1997. Tarsilah Brunei : Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran. Brunei : Pusat Sejarah.

    Hanapi Dollah. 1995. Ketidakseimbangan Dalam Budaya Melayu : Dari

    Primitip kepada pasca-Modenisme dalam Peradaban Melayu. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Hashim bin Haji Abd Hamid, Prof Madya Dr Haji. 2003. Islam di Brunei

    Darussalam : Satu Analisis Sosio-Budaya. Universiti Brunei Darussalam : Jabatan Kesusasteraan Melayu.

    Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur : Dewan

    Bahasa dan Pustaka. Jawawi Hj Ahmad. 1988. Brunei Darussalam dalam Konteks Dunia Melayu

    dalam Dunia Melayu : Kumpulan Kertas Kerja Seminar Dunia Melayu. Malaysia : Universiti Utara Malaysia. 24-25 Januari 1988.

  • 21

    Kamus Dewan. 1996. Edisi ke-3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mohd Zain bin Haji Serudin, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Dato Seri

    Utama Dr Haji. 1992. Brunei Darussalam : Persepsi Sejarah dan Masyarakatnya. Bandar Seri Begawan : Azza Publisher.

    Pengiran Hidop bin Pengiran Haji Samsuddin, Dr. 2006. Kajian Budaya dan

    Adat istiadat Dalam KaryaTerpilih Kesusateraan Melayu. Tesis PhD. Universiti Brunei Darussalam : Jabatan Kesusasteraan Melayu.

    Pengiran Mohd Yusof bin Pengiran Haji Abd Rahim, Yang Amat Mulia

    Pengiran Setia Negara. 1975. Adat Istiadat Diraja Brunei Darussalam dalam The Brunei Museum Journal. Vol. 3 No. 3.

    Pengiran Mohd Yusof bin Pengiran Haji Abd Rahim, Yang Amat Mulia

    Pengiran Setia Negara. 2009. Adat Istiadat Diraja Brunei Untuk Ketahanan Bangsa dalam Seminar Adat Istiadat Brunei. 31 Mac- 1 April 2009.

    Rashidah binti Hj Mohd Hanifah, Hajah. 1998. Adat Istiadat Kebesaran

    Brunei : Pengurniaan Gelaran Menurut Perspektif Islam. Tesis Sarjana. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Saad Shukry H. Muda. t.th. Kamus Adat Istiadat Melayu. Perterchong

    Publications. Van Der Kroef. 1965. Indonesia in the world. Bandung : Masa Baru. Wan Abdul Kadir Yussof. 1995. Tradisi Budaya Melayu Menghadapi Proses

    Kemodenan dalam Kebudayaan Melayu di Ambang Abad Baru : Satu Himpun Makalah. Universiti Kebangsaan Malaysia : Jabatan Persuratan Melayu.

    Zainal Kling. Negeri Sembilan : Gemuk dipupuk, segar bersiram : Adat

    Merentas Zaman. Negeri Sembilan : Jawatankuasa Penyelidekan Budaya.