KERTAS KONSEP KASTEK 2015.docx

  • View
    44

  • Download
    11

Embed Size (px)

Text of KERTAS KONSEP KASTEK 2015.docx

KERTAS KONSEPKARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI (KASTEK)PERINGKAT DAERAH SEMPORNA TAHUN 2015

TARIKH PELAKSANAAN:

PENGELOLA :

ANJURAN :PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA

DISEDIAKAN OLEH :BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIANUNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAANPEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA

PENGENALAN Karnival Sains & Teknologi (KASTEK) merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Semporna akan mengelolakan pelbagai aktiviti/program yang dipertandingkan dalam karnival tersebut di peringkat daerah Semporna yang melibatkan pertandingan-pertandingan seperti berikut:1. Solar Car2. Pelancaran Roket Air3. Efficient Energy Cooking4. Renewable Energy (RE) and Efficient Energy (EE) Beach House5. Bercerita Sains Tahap 1 (Bahasa Inggeris)

OBJEKTIF1.Meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan konsep sains dan teknologi di kalangan pelajar.

2.Membimbing murid kepada kaedah penyelesaian masalah dan membina keyakinan diri.

3.Mencetus budaya rekacipta dan inovasi berunsurkan terma suria di peringkat sekolah lagi.

4.Meningkatkan daya kreativiti, sikap berdaya saing dan cuba jaya di kalangan murid.

5.Mengembangkan bakat dan potensi murid selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan PPPM.

6.Menggilap minat murid ke arah bidang kejuruteraan, arkitek dan seni bina.

7.Memupuk kejelikitan, semangat kerjasama dan berpasukan di kalangan pelajar.

8.Menyediakan aktiviti atau program merentas kurikulum dengan penggabungjalinan di bidang Sains, Matematik, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni Visual dan ICT.

TARIKH PELAKSANAAN :

PENGELOLA :

ANJURAN :PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNAKARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2015SYARAT PERTANDINGAN SOLAR CAR COMPETITION

1.0TAJUK:PERTANDINGAN SOLAR CAR COMPETITION

2.0TEMA:PENGGUNAAN TENAGA SOLAR SEBAGAI SUMBER ALTERNATIF BARU TENAGA

3.0AKTIVITI:Pertandingan rekacipta model kereta yang dilengkapi dengan ciri-ciri kecekapan tenaga dengan menggunakan sumber tenaga solar secara optimum.

4.0SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:4.1Terbuka kepada semua murid sekolah menengah Tingkatan 1 dan 5 .4.2Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dengan seorang guru pembimbing. 4.3Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.4.4Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada pelajar dari sekolah yang sama.4.5Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.4.6Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang pendaftaran . Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada tarikh yang telah ditetapkan. 4.7Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz dan berat model Solar Car Competition adalah bebas.4.8Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakkan model Solar Car Competition, adalah tidak dibenarkan.4.9Kuasa maksima setiap rekabentuk model Solar Car Competition tidak boleh melebihi 1 watt.4.10Sel solar bagi penggunaan di peringkat daerah akan disediakan oleh pihak penganjur.4.11Peralatan lain seperti alat gantian dan aksesori kereta seperti soldering iron, screw driver, motor, tayar untuk kegunaan peringkat daerah juga akan disediakan oleh pihak penganjur.4.12Hanya 1 sahaja alat tambahan elektronik dibenarkan dipasang pada model Solar Car Competition. Jenis alat adalah bebas. Kit tambahan juga akan disediakan oleh pihak penganjur.4.13Rekabentuk asas kereta terbahagi kepada 3 komponen iaitu: a)binaan badan b)chasis c)tayar (mengandungi sekurang-kurangnya 4 unit) 4.14Pertukaran hanya dibenarkan untuk komponen tayar dan motor sahaja.4.15Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model Solar Car Competition turut diambil kira. 4.16Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu:a)Pembinaan dan pembangunan model kereta 4 jamb)Persediaan persembahan Multimedia Power Point 2 jamc)Persembahan multimedia 10 minitd)Pertandingan Kelajuan

5.0KAEDAH PENGHAKIMAN5.1Pembinaan dan pembangunan kereta haruslah memenuhi kriteria berikut:5.1.1Kemahiran Manipulatif5.1.2Kemahiran Proses Sains

5.2Persembahan dan Pembentangan:

Setiap pembentangan persembahan multimedia mestilah menggunakan format Power Point 2007 dan disediakan dalam Bahasa Inggeris. Format Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut:5.2.1Abstrak5.2.2Objektif5.2.3Inovasi5.2.4Teori Saintifik5.2.5Rekabentuk5.2.6Trial Result5.2.7Setiap pasukan dihadkan masa selama 10 minit sahaja (termasuk 3 minit sesi soal jawab)

5.3Bahagian 2 Pertandingan Kelajuan

5.3.1Trek bagi tujuan pertandingan kelajuan akan disediakan oleh pihak penganjur.5.3.2Semua model Solar Car Competition akan disusun mengikut trek masing-masing sebelum memulakan perlumbaan.5.3.3Trek perlumbaan adalah berukuran 5m panjang X 45cm lebar.5.3.4Pertandingan kelajuan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:a)saringan b)separuh akhir c)akhir5.3.5Sebanyak 4 model Solar Car Competition akan diundi dan dikelompokkan dalam satu kumpulan.5.3.6Setiap kumpulan akan berpeluang berlumba sebanyak 3 pusingan. 5.3.7Masa akan dicatatkan bagi setiap perlumbaan.5.3.8Jika terdapat model Solar Car Competition yang tidak mengikut trek yang telah ditetapkan semasa perlumbaan, kereta berkenaan akan mengulangi semula perlumbaan dengan mengecualikan kereta yang telah mengalami pelanggaran.5.3.9Jika terdapat mana-mana model Solar Car Competition yang berlanggaran, catatan masa model berkenaan akan dibatalkan dan perlumbaan bagi pusingan berkenaan akan diulang semula tanpa melibatkan kereta yang telah berlanggaran itu.5.3.10 Perlumbaan akan dijalankan hanya setelah light intensity mencapai tahap 600-700 Lux.

6.0KAEDAH PERTANDINGAN6.1Semua peserta yang berdaftar akan diberikan kod kereta K1, K2,...K16.6.2Pertandingan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:

6.2.1 Saringan:a)Semua model Solar Car Competition akan dihakimi berdasarkan 2 justifikasi iaitu rekabentuk dan kelajuan.b)Penghakiman rekabentuk akan dijalankan terlebih dahulu diikuti dengan penghakiman kelajuan.c)Markah rekabentuk dan kelajuan akan dijumlahkan bagi memilih model Solar Car Competition yang terbaik untuk ke pusingan separuh akhir.

6.2.2Separuh Akhir:a)Hanya pertandingan kelajuan sahaja yang akan dihakimi.b)4 model Solar Car Competition paling laju akan terpilih ke pusingan akhir.

6.2.3Akhir:a)Hanya pertandingan kelajuan sahaja yang akan dihakimi.b)Masa yang paling laju akan dicatat dan disusun semula bagi menentukan pemenang iaitu johan, naib johan dan tempat ketiga.6.3Kuasa semua model Solar Car Competition yang berjaya akan diuji semula sebelum ke peringkat seterusnya bagi mengelakkan peserta membuat sebarang pengubahsuaian.

7.0BANTAHAN 7.1Keputusan hakim adalah muktamad.7.2Bantahan hanya boleh dibuat kepada pihak urus setia Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Daerah dalam tempoh 1 jam selepas pertandingan dengan melengkapkan yang telah disediakan oleh pihak penganjur7.3Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang cagaran berjumlah RM50.7.4Sebarang bentuk bantahan terus kepada panel hakim pertandingan tidak akan dilayani.

8.0 HAL-HAL LAIN8.1Guru pembimbing tidak dibenarkan sama sekali membantu pelajar sepanjang pertandingan dijalankan.8.2Para pelajar diwajibkan membawa komputer riba dan kamera digital bagi tujuan penyediaan persembahan Multimedia Power Point.8.3Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T, topi, seluar dan kasut sukan semasa pertandingan dijalankan.8.4Jika pertandingan bahagian kelajuan tidak dapat dijalankan akibat cuaca redup atau hujan, keputusan akan ditentukan oleh panel hakim.

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN SOLAR CAR COMPETITIONNama Sekolah :KRITERIAMARKAH PENUHMARKAH DITERIMA

1. Kemahiran Manipulatif (semasa pembinaan dan pembangunan model kereta dijalankan)

Menggunakan alatan yang betul dan bersesuaian2

Menggunakan alatan dengan cara yang betul2

Membersihkan dan menyimpan alatan dengan betul2

2. Persembahan Multimedia Power Point:

AbstrakObjektif2

Inovasi rekabentuk2

Kelajuan maksimum pada kecerahan tertentu3

ObjektifTujuan2

Objektif khusus2

Teori Saintifik Penjanaan elektrik oleh sel suria2

InovasiPenjelasan bergambar penyusunan sel suria2

Penjelasan bergambar rekabentuk aerodinamik2

Penjelasan pemilihan nisbah gear2

Penjelasan pemilihan bahan2

Penjelasan pemilihan tayar2

Rekabentuk PembuatanPenerangan bergambar pembuatan kereta suria2

Penerangan spesifikasi model kereta

a. tinggi2

b. lebar2

c. berat2

d. diameter tayar2

Cuba Jaya Jadual percubaan ( tarikh, masa, kecerahan, kelajuan )3

Perbincangan dan kesimpulan3

3. Rekabentuk Model

Badan3

Hiasan3

Kereta ringan3

Aerodinamik 3

Kesesuaian nisbah gear3

Kesesuaian tayar3

Memaksimumkan kuasa3

Nilai komersial (marketable)4

4. Kelajuan

Kelajuan30

JUMLAH MARKAH100

Tanda tangan hakim: . Disahkan oleh,Nama hakim :. . ( )Tarikh :. SENARAI KEPERLUAN PERTANDINGAN SOLAR CAR COMPETITION** Senarai berikut adalah bahan untuk setiap satu pasukan

BILPERKARAKUANTITI

1Berus inci1 unit

2Botol minuman2 unit

3Compress foam board (2 x 3)1