34
[KERTAS PENERANGAN MPI 102/1] TAHUN 1 SEM 1 PROGRAM / PROGRAM PEMESINAN INDUSTRI MODUL / MODUL MPI 102 ENGINEERING MATERIAL NO DAN TAJUK MODUL/ MODULE NO AND TITLE PERFORM METALLURGY KOMPETENSI/COMPETENCY 1 Sifat-sifat fizikal logam 2 Ferus dan bukan ferus logam 3 Pembuatan logam ferus 4 Pengkelasan keluli OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIV 1. Mengenal pasti ciri-ciri fizikal logam mengikut jenis Besi dan keluli. 2. Mengenal pasti dan membezakan logam ferus dan bukan ferus dan kegunaannya mengikut spesifikasi. 3. Memahami proses di mana besi dan keluli adalah mengikut AISI spesifikasi standard 4. Mengenal pasti dan memahami proses membuat keluli mengikut spesifikasi pengeluar. 5. Mengenal pasti komposisi kimia dan unsur pengaloian pada keluli spesifikasi yang diperlukan. 6. Mengenal pasti sistem klasifikasi keluli mengikuti antarabangsa standard keluli seperti Institut American Iron Steel (AISI) /British Besi dan Keluli (BIS) NAMA PELAJAR 1 KOLEJ VOKASIONAL MIRI, JALAN JEE FOH, LORONG 10, KROKOP 98000 MIRI, SARAWAK KERTAS PENERANGAN

kertas penerangan 4.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

PROGRAM / PROGRAM PEMESINAN INDUSTRI

MODUL / MODUL MPI 102 ENGINEERING MATERIAL

NO DAN TAJUK MODUL/ MODULE NO AND TITLE

PERFORM METALLURGY

KOMPETENSI/COMPETENCY

1 Sifat-sifat fizikal logam2 Ferus dan bukan ferus logam3 Pembuatan logam ferus4 Pengkelasan keluli

OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIV

1. Mengenal pasti ciri-ciri fizikal logam mengikut jenis Besi dan keluli.

2. Mengenal pasti dan membezakan logam ferus dan bukan ferus dan kegunaannya mengikut spesifikasi.

3. Memahami proses di mana besi dan keluli adalah mengikut AISI spesifikasi standard

4. Mengenal pasti dan memahami proses membuat keluli mengikut spesifikasi pengeluar.

5. Mengenal pasti komposisi kimia dan unsur pengaloian pada keluli spesifikasi yang diperlukan.

6. Mengenal pasti sistem klasifikasi keluli mengikuti antarabangsa standard keluli seperti Institut American Iron Steel (AISI) /British Besi dan Keluli (BIS)

NAMA PELAJAR

KURSUS

TARIKH

NO KOD / CODE NO MPI 102/KP1 Muka : 1 Drp : 20

1

KOLEJ VOKASIONAL MIRI,JALAN JEE FOH, LORONG 10, KROKOP

98000 MIRI, SARAWAK

KERTAS PENERANGAN

Page 2: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

TAJUK : Pembuatan Logam Ferus

TUJUAN: Memahami proses di mana besi dan keluli adalah mengikut spesifikasi standard AISI. Mengenal pasti dan memahami proses membuat keluli mengikut spesifikasi pengilang. Mengenal pasti komposisi kimia dan unsur pengaloian pada keluli spesifikasi yang diperlukan. Sistem klasifikasi Mengenalpasti keluli ikut antarabangsa standard keluli seperti Amerika Besi Institut Steel (AISI) / British Besi dan Keluli (BIS)

PENERANGAN:

Besi jongkong dibuat dengan cara meleburkan bijih besi di dalam relau bagas. Bijih besi ditukar menjadi besi jongkong melalui proses Penurunan. Proses ini merupakan peringkat pertama, manakala jongkong yang dihasilkan menjadi bahan mentah utama untuk pengeluaran besi tuang, besi tempa dan keluli.

PENGENALAN

Sebagaimana kita ketahui besi merupakan logam utama dan paling banyak penggunaannya. Sifat-sifat fizikalnya seperti kekerasan, kekuatan dan ketahanan yang boleh diubahsuai menyebabkan ianya menjadi logam yang sangat berguna iaitu dari segi kejuruteraan mahu pun dari segi penggunaan secara am. Faktor lain seperti harganya murah dan mudah didapati serta merupakan sebab mengapa ianya sangat diminati. Besi yang digunakan kebanyakannya tidak berada dalam bentuk tulin, ini adalah kerana besi yang berada dalam keadaan tulin tidak mempunyai ketahanan yang memuaskan dan tidak sesuai untuk penggunaan kejuruteraan secara am.

Sifat Logam

sifat sesuatu logam akan menentukan logam itu terhadap persekitaran atau kerja yang dikenakan terhadapnya. Misalnya logam akan berkarat apabila terdedah kepada suhu yang lembap atau akan cair apabila mencapai tahap lebur. Ada logam yang boleh dimesin atau dibentuk da nada logam yang akan patauh atau pecah apabila dikenakan beban ke atasnya. Terdapat bermacam-macam lagi sifat logam, untuk memahaminya dengan lebih mendalam, sifat-sifat logam ini dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu :

1. Sifat fizik

2. Sifat kimia

3. Sifat mekanikal

Sifat Mekanikal

Sifat mekanikal ialah sifat yang menunjukkan perlakuan sesuatu logam dan kebanyakan sifat ini dapat diuji dengan menggunakan alat penguji tertentu. Sifat-sifat tersebut termasuklah kerapuhan, kemuluran, kekerasan, keteguhan, ketempaan, keanjalan dan kekuatan.

2

Page 3: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

Kerapuhan

Logam rapuh mempunyai sifat mudah retak atau pecah walaupun Cuma dikenakan ketukan atau hentakan yang lemah. Contoh gambarajah di bawah.

1. Kemuluran

Logam yang mempunyai sifat mulut boleh ditarik panjang dengan acuan tanpa pecah atau putus walaupun tegangan dikenakan ke atasnya. Contoh logam mulur ialah tembaga dan aluminium. Logam ini sangat sesuai untuk dibuat dawai atau rod. Lihat Gambarajah di bawah.

3

Page 4: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

2. Kekerasan

merujuk kepada sifat bahan yang boleh menahan haus, perubahan bentuk, tusukan dan lelasan. Contoh produk ialah mata alat pemotong, roda dan rail keretapi serta bahagian mesin yang bergesel. Sifat kekerasan diuji menggunakan mesin penguji Brinnel, Rockwell atau Vikers

3. Keteguhan

Kemampuan logam mengekalkan kekuatannya setelah mengalami perubahan bentuk yang kekal distilahkan sebagai keteguhan. Logam ini boleh menahan hentaman, pukulan atau hentakan secara mengejut tanpa retak, pecah atau patah.

4

Page 5: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

4. Ketempaan

Sifat ketempaan menerangkan logam yang dibentuk boleh dibentuk dengan mudah apabila dikenakan daya mampat ke atasnya. Logam jenis ini biasa digunakan dalam kerja-kerja menempa seperti membuat kepala rivet. Gambarajah di bawah.

5. Keanjalan

Sifat logam yang boleh kembali semula kepada bentuk asal selepas dikenakan daya atau beban. Digunakan untuk membuat pegas.Contoh produk ialah pegas berlapis dan pegas bergelung. Sifat keanjalan diuji menggunakan mesin ujian tegangan.

5

Page 6: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

6. Kekuatan

Keupayaan menahan daya atau beban tanpa alah atau berubah bentuk. Kekuatan logam diuji dengan membengkok sekeping logam. Walaupun logam itu bengkok ( berubah bentuk ) tetapi tidak pecah ata retak.

a. JENIS - JENIS UTAMA BIJIH BESI

Bijih besi adalah merupakan bahan utama dalam pengeluaran besi jongkong. Ketika bijih besi dilombong ianya tidaklah berada dalam bentuk tulin. Ianya didapati bersama-sama dengan sebatian atau unsur-unsur lain seperti Oksida, Sulfida, Belerang, Silikon dan sebagainya.

b. Bijih Besi Hematit (Fe2O3).

Bijih besi hematit mempunyai 40% - 65% kandungan besi dan merupakan bijih besi yang terbanyak sekali didapati. Ianya mungkin akan berkurangan 25% ketika dilombong. Besi Hematit berwarna hitam coklat hingga kemerah-merahan. Ianya kadangkala dicampur dengan Sulfat Magnetit.

c. Bijih Besi Magnetit (Fe3O4).

Bijih besi magnetit mempunyai 72.4% kandungan besi dalam keadaan besi dan didapati dalam bentuk tanah atau batu- bata. Ia mempunyai sifat-sifat magnet dan berwarna kehitam-hitaman.

d. Bijih Besi Pirit.

Bijih besi pirit mempunyai kandungan besi sebanyak 50% dan 50% belerang. Warnanya agak keemasan dan didapati dalam bentuk hablur.

e. Bijih Besi Limonit.

6

Page 7: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

Bijih besi limonit mengandungi besi sebayak 20% - 55% dan kandungan air sebanyak 40%. Warnanya adalah kuning coklat, tetapi apabila air dikeluarkan ianya akan bertukar warna bijih Hematit. Ia berada dalam tanah gambut juga dikenali sebagai Hematit coklat.

f. Bijih Besi Takonit.

Bijih besi ini hanya mempunyai 25% hingga 30% kandungan besi. Warnanya kemerah-merahan atau kehitam-hitaman dan diperolehi dalam bentuk batu-bata.

g. Bijih Besi Berkarbonat.

Bijih besi ini mempunyai kandungan besi kurang daripada 30% dan selainnya kandungan karbon dan fosforus. Warna bijihnya kelabu dan dilombong dengan menggunakan kaedah `Gilchrist Thomas'.

h. Bijih Besi Sulfida.

Ia mempunyai kandungan sulfur sebanyak 50% dan berwarna keemasan. Bijih besi sulfida diperolehi dalam bentuk batu-bata. Ia juga terdiri daripada berbagai jenis iaitu Phyrito Phrite, Markasite dan Phynorite.

i. Bijih Besi Silikat.

Ianya mempunyai 50% kandungan silikon adalah merupakan bahan yang penting dalam pengeluaran besi. Bijih besi silikat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu Kamosite, Stillprunit, Gururite dan Minnesotite.

j. Bijih Besi Siderite (Karbonat Besi).

Ianya mempunyai kandungan besi sebanyak 30% dan berwarna coklat kekuning-kuningan serta terdapat berlapis-lapis dengan batu mendak yang lain, terutamanya dengan batu berkarban. Bijih besi boleh juga dikelaskan mengikut jenis `gauge' yang wujud iaitu sama ada `gauge' kaya dengan silika atau kaya dengan Kalsium Oksida (CaO).

1. Ciri-Ciri Bijih Besi

Ciri-ciri utama yang perlu dilihat pada bijih besi adalah seperti berikut :

i. GRED ia sepatutnya mengandungi sebanyak mungkin oksida besi.

ii. KEPADATAN ia sepatutnya tidak terlalu padat atau terlalu rapuh.

iii. KETULINAN ia sepatutnya mempunyai kandungan bahan asing yang serendah mungkin.

7

Page 8: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

iv. KESERAGAMAN ia sepatutnya mempunyai komposisi yang seragam dari sekelompok

ke sekelompok yang lain.2. Proses Pengeluaran Besi

Terdapat berbagai cara untuk menghasilkan besi dan keluli. Dalam proses menghasilkan besi terdapat tiga jenis relau yang digunakan untuk menghasilkan besi. Relau-relau tersebut ialah relau bagas, relau reduksi terus dan relau kupola. Dalam tajuk ini kita akan hanya membincangkan berkenaan relau bagas sahaja.

a. Relau Bagas (Blast Furnace)

Tahukah anda relau mempunyai bentuk seperti sebuah menara yang berbentuk kon. Tinggi menara ini lebih kurang 30 m tinggi dan berdiameter 7 m. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu kebuk pembakaran yang mana gas pancutan relau dipanaskan dan binaan batu-bata yang menyediakan permukaan yang luas untuk menerima dan membebaskan haba

Gambarajah Menunjukkan Sebuah Relau Bagas

b. Bahagian-Bahagian Sebuah Relau Bagas.

8

Page 9: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

Bahagian Atas

Terdapat seperti loceng di bahagian atas yang bertugas untuk mengawal daripada pecah serta menjaga haba daripada keluar. Dinding luarnya diperbuat daripada kalis haba atau keluli haba di bahagian dalamnya juga disaluti dengan seramik yang juga kalis haba. Injap besar dan kecil pula bertugas untuk mengawal bahan-bahan cas dalam relau yang dibawa oleh gerabak khas yang dipanggil `SKIP'.

Bahagian Sokongan

Struktur ini disokong oleh tiga bahagian yang berlainan iaitu bahagian DANDANG atau HEARTH, BOSH dan STACK. Stack dilapisi dengan silika alumina manakala karbon untuk bahagian hearth.

Paip Saluran

Paip saluran keluar bagi mengeluarkan gas yang telah dibakar. Saluran tuyer pula membawa udara panas ke dalam relau dan 2 lubang penirusan di bahagian bawah yang berasingan untuk mengeluarkan besi lebur dan sangga.

Bahan Mentah

Bahan mentah yang padu digunakan dalam relau ini untuk dibawa ke bahagian atas relau dengan menggunakan kereta penangkut. Bahan mentah ini dimasukkan ke dalam relau melalui pengagih bergerak dan melalui penggunaan loceng kecil dan loceng besar. Kedua-dua loceng tersebut ini mengawal kehilangan beban gas. Udara panas yang berterusan akan disemburkan melalui sebilangan bukaan yang dipanggil `TUYER' di bahagian bawah dekat `bosh'.

Proses Peleburan

Tuyer diperbuat daripada tembaga dan disejukkan oleh air. Ketuhar pancutan udara panas digunakan untuk memanaskan udara sehingga 1 100 oC. Udara disejukkan dan gas panas yang dibakar mengalir secara berulang-ulang pada arah yang bertentangan melalui ketuhar. Dengan bantuan gas panas, binaan batu- bata itu menjadi panas dan akan membebaskan haba untuk memanaskan semula semburan udara yang telah disejukkan tadi. Kaedah ini dikenali dengan panggilan `REGENERATION'. Untuk membekalkan semburan panas yang berterusan, setiap relau mempunyai beberapa ketuhar yang bekerja secara bergilir-gilir . Besi dikeluarkan dari relau setiap 2 jam. Tanah liat menutupi lubang digerudi dan setelah semua kerja mengeluarkan selesai ianya ditutup semula dengan menggunakan `CLAY GUN'.

c. Tindakbalas Kimia Dalam Pengeluaran Besi Dari Relau Bagas

9

Page 10: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

Zon reaksi utama dalam Relau Bagas adalah seperti yang terdapat dalam gambarajah di bawah. Peleburan besi dalam Relau Bagas boleh diringkaskan seperti berikut:

Bijih besi + kok + batu kapur + udara -------------> besi + sangga + gas.

Tiga Proses Kimia Yang Penting Berlaku Di Dalam Relau Bagas.

Pembakaran karbon dalam arang kok dengan oksigen dalam semburan udara. Reduksi oksida kepada besi. Memfluskan `gauge' bijih besi dan abu daripada dengan menggunakan batu

kapur.

Keburukan Melebur Menggunakan Relau Bagas.

Modal dan kos operasi yang tinggi. Pengawalan komposisi besi adalah agak lemah. Relau kecil yang menggunakan kok adalah tidak cekap, manakala pengeluaran besar

relau dari relau besar adalah tidak diperlukan.

Pilihan Lain Selain Daripada Operasi Relau Bagas.

Penggunaan relau `small-stack' iaitu di mana bahan- bahan berkarbon. Meleburkan cara arka elektrik pada kawasan di mana bekalan tenaga elektrik adalah

murah.

Contoh Penghasilan Menggunakan Relau Bagas.

Untuk menghasilkan satu tan besi jongkong, kita memerlukan bahan mentah seperti berikut :

2 tan bijih besi + 1 tan arang kok. + 1/2 tan batu kapor Þ 1 tan besi

* Bahan mentah ini mestilah dicampurkan semua sekali.

Hasil Keluaran Relau Bagas.

Relau Bagas digunakan untuk melebur bijih besi untuk dijadikan besi jongkong. Besi jongkong tersebut mengandungi 93% besi tulin, 3% - 5% karbon, silika, belerang, fosforus dan manggan. Oleh

10

Page 11: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

kerana ia mengandungi berbagai kandungan, ini menyebabkan ia belum bersedia untuk digunakan. Besi jongkong adalah bahan utama untuk membuat besi tuang, besi tempa dan keluli. Selain daripada itu sangga dapat digunakan apabila ia telah diasingkan daripada besi cair dalam relau Bagas. Ia digunakan untuk membuat jalan raya dan blok bangunan.

PROSES PENGELUARAN KELULI

Terdapat berbagai cara untuk menghasilkan keluli. Dalam proses menghasilkan kekuli terdapat tiga jenis relau yang digunakan untuk menghasilkan keluli. Relau-relau tersebut ialah relau arka elektrik, relau asas oksigen , relau dedah dan relau bessemer. Dalam bab ini kita akan membincangkan hanya relau asas oksigen dan relau dedah sahaja.

Relau Asas Oksigen

Bentuk relau ini hampir sama dengan relau Bessemer. Ia menggunakan oksigen tulin manakala relau Bessemer menggunakan oksigen yang bercampur dengan nitrogen dan disalurkan dari bawah

Gambarajah: Menunjukkan sebuah relau asas oksigen.

Operasi Relau Asas Oksigen .

Proses ini adalah lebih baik daripada relau Bessemer. Ia boleh bergerak secara mengufuk dan menegak ditunjukkan dalam Gambarajah dibawah Semasa digunakan relau diisi dengan besi cair dan

11

Page 12: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

30% besi sekerap, semasa relau berada dalam keadaan condong, kemudian ia digerakkan ke kedudukan tegak. Pancutan oksigen dengan kelajuan tinggi dihala kepermukaan kandungan cairan seperti yang ditunjukkan dalan Gambarajah dibawah Oksigen ini disejukkan dengan menggunakan air.

Penghasilan Daripada Relau Asas Oksigen.

Ia dapat mengeluarkan keluli yang bermutu tinggi dengan cepat iaitu 80 tan sejam. Cecair keluli biasanya dijadikan jongkong keluli

Relau Arka Elektrik

Tahukah anda Relau Arka Elektrik ini mempunyai keupayaan yang tinggi serta mudah untuk dikendalikan berbanding dengan relau lain. Kadar oksigen yang rendah di dalam relau menyebabkan ianya sesuai untuk menghasilkan keluli aloi kerana logam yang dicampurkan tidak bertindakbalas dengan oksigen di dalam relau. Suhu yang tidak digunakan adalah kira-kira 3 000 oC. Relau ini digunakan secara meluas dan sangat sesuai untuk peningkatan gred bagi keluli serta menghasilkan keluli alat dan keluli aloi yang berkualiti tinggi tanpa bantuan bahan pembakar. Relau ini boleh mengeluarkan 120 tan keluli dalam masa 4 jam

Bentuk Relau Arka Elektrik

Relau arka elektrik mempunyai bentuk melekung seperti sebuah selinder cembung. Ia diperbuat daripada keluli dan disaluti dengan bata yang kalis haba. Penutupnya pula boleh dialihkan dan terdapat tiga laluan atau bukaan yang mana elektrod karbon boleh digerakkan dengan bebas. Tiga elektrod tersebut digunakan untuk membekalkan arka elektrik dan seterusnya dapat meleburkan bahan-bahan mentah semasa menjalani proses elektrolisis seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah: dibawah . Alat penggerak elektrik yang digunakan dalam relau ini mempunyai voltan yang tinggi bagi membantu peleburan. Ia menggunakan penyejuk yang melalui saluran tembaga di luar relau. Oksigen yang digunakan adalah oksigen asli yang dibekalkan secara jet.

12

Page 13: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

Operasi Relau Arka Elektrik

Operasi dalam Relau Arka Elektrik ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu pengecasan, peleburan, pengasingan dan pengakhiran.

Pengecasan

Bahan cas yang mengandungi sekerap keluli, pig iron, besi oksida dan kapur dimasukkan ke dalam relau. Arus elektrik dialirkan ke elektrod karbon untuk membekalkan arka elektrik yang ditunjukkan pada gambarajah 3.10.

Gambarajah Menunjukkan proses pengecasan

Peleburan

Arka elektrik yang haba yang tinggi akan meleburkan bahan cas beroksigen. Silikon, mangganes dan fosforus mula teroksid dan bercampur dengan kapur untuk membentuk sangga asas. Peleburan yang berlaku adalah peleburan tulin. Oleh kerana elektrod karbon yang terbakar, maka tiada logam yang hilang seperti gambarajah 3.11.

13

Page 14: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

Gambarajah menunjukkan proses peleburan

Pengasingan

Gambarajah 3.12 menunjukkan perpindahan fosforus bergantung kepada sangga asas dalam kalsium oksid. Kapur, flourospar dan besi oksida dicampur untuk membentuk sangga yang bertindakbalas dengan bendasing. Setelah tindakbalas berlaku, ia membentuk keluli berkomposisi yang dikehendakki. Kemasukan sulfur kepada sangga sebagai kalsium sulfida. Tindakbalas tersebut adalah seperti berikut ; FeS + CaO + C CaS + Fe + CO

Pengakhiran

Logam lebur adalah diperolehi dengan komposisi yang dikehendakki oleh penambahan aloi dan suhu diubahsuai seperti yang dikehendakki. Keluli dioksidakan menggunakan aluminium, Ferro-Silikon atau Ferro-Mangganes. Untuk mengambil keluli, sangga dikait atau dituang daripada permukaannya dahulu kemudian diasingkan atau dialirkan melalui lubang/saluran keluar dengan mencondongkan relau yang ditunjukkan pada gambarajah di bawah.

Gambarajah menunjukkan proses pengakhiran

14

Page 15: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

Kebaikan Relau Arka Elektrik

i. Perpindahan atau perubahan sulfur adalah bersesuaian.ii. Pembakaran dapat dikawal dan diatur dengan lebih berkesan.iii. Tiada gas pengoksidaan menghasilkan keluli berkualiti tinggi.iv. Suhu boleh dikawal dengan tepat.v. Penambahan elemen aloi boleh dibuat dengan betul.vi. Relau ini bebas dari kekotoran dan asap.

Keluli AloiKeluli aloi merupakan campuran dua atau lebih logam . Sifatnya berbeza daripada logam asal. Beberapa unsur lain turut di campurkan untuk mempertingkatkan sifat mekanikalnya. Unsur-unsur tersebut termasuklah cranium, kobalt, molibedenum, nikel, fosforus, silicon,tungtens, vanadium. Contoh keluli aloi ialah keluli tahan lasak, keluli tahan karat dan lain-lain lagi.

Jenis-jenis keluli Aloia. Keluli Nikel

Keluli ini mengandugi nikel. Fungsinya ialah untuk menambahkan kekuatan dan keteguhan, tahan karatnserta memberi sifat lebih anjal. Keluli nikel taha terhadap gegaran, hentakan, kejutan dan juga lambat haus

b. Keluli kromium atau keluli tahan karatKromium memberikan sifat kekerasan yang tinggi , keteguhan , tahan hentakan dan tahan karat. Keluli ini digunakan untuk membuat sink,peralatan dapur, peralatan pergigian, galas bebola, alat penguji dan pengukur dan lain-lain

c. Keluli krom-nikelCampuran krom dan nikel menambahkan lagi kekerasan dan kekuatan keluli ini. Ia sesuai digunakan untuk membuat plat perisai, bahagian-bahagian enjin, gear, pegas, spindal dan aci.

d. Keluli ManganMangan memberikan sifat keras, kuat , teguh, dan tahan haus.

e. Keluli MolibdenumKeluli ini mengandungi molybdenum berwarna putih perak. Unsur ini menambahkan kekuatan dan kekerasan sifat tahan panas. Keluli ini digunakan untuk membuat bahagian-bahagian kereta wayar halus yang bermutu tinggi.

f. Keluli Al ( Tungsten )Takat sulu lebur keluli ini adalah tinggi, ia bersifat keras dan boleh menahan haba yang tiggi,. Alat yang dibuat dengan keluli tungsten dikenali sebagai tungsten karbida.

g. Keluli Tahan KaratKeluli tahan karat terdiri daripada campuran berbagai-bagai unsur seperti kromium, vanadium, molybdenum dan tungsten. Kandungan karbonnya 0.7% - 1.5%, menyebabkan ia sangat keras dan tahan haus dan juga tahan terhadap suhu yang tinggi sehingga 593°C.Keluli ini digunakan untuk membuat gerudi, pelulas, mata alat pelarik, mata alat pengisar dan sebagainya.

15

Page 16: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

h. Keluli VanadiumKeluli ini mengandungi vanadium, ia adalah rapuh, bagaimanapun tahan tahadap karat. Kegunaanya ialah untuk membuat pegas, gear dan lain-lain.

PROSES UTAMA PENGELUARAN KELULI

Keluli boleh dihasilkan melalui 5 cara :

1 Relau Bessemer2 Relau Oksigen Bes3 Relau mangkuk Pijar4 Relau Dedah5 Proses Elektrik

1 Relau Bessemer

Diasaskan oleh Sir Bessemer di England pada tahun 1856. Dijalankan dengan membakar besi jongkong untuk mengurangkan kandungan karbon dan memisahkan bahan asing yang terlalu banyak. Menggunakan oksigen bercampur dengan nitrogen yang disalurkan dari bawah.Kandungan karbon kurang daripada 3% hingga 5% kepada 0.02% hingga 1.4%. Berbentuk sebuah tempayan besar yang diperbuat daripada batu bata dan disalut dengan keluli. Tinggi antara 4 hingga 6 meter dan boleh memuatkan 30 tan logam. Relau ini disangga untuk membolehkan dikilas semasa keluli cair yang telah diproses dicurahkan ke dalamnya.Besi jongkong cair dari relau bagas dicurahkan ke dalam relau Bessemer.Oksigen yang dikenakan tekanan yang yang tinggi disalurkan melalui saluran udara yang terdapat dibahagian bawah relau.Apabila oksigen mengenai besi cair proses pembakaran berlaku dengan maraknya. Ia mengeluarkan asap putih dan meledak keluar dari bahagian mulut.Cecair keluli dituang ke dalam acuan segi 4 tepat dan disejukkan.Ia dinamakan jongkong keluli. ia digunakan untuk membuat paku, skru, dawai, spindal, dan bahan-bahan logam.

16

Page 17: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

2 Relau Oksigen Bes

Hampir sama dengan relau Bessemer. Bezanya ialah menggunakan oksigen tulen dan di salurkan dari atas, sementara kaedah relau Bessemer, menggunakan oksigen bercampur dengan nitrogen yang disalurkan dari bawah. Proses pembakaran lebih cepat kerana menggunakan oksigen tulen. Proses ini lebih baik dan keluli di hasilkan lebih baik.Batu kapur turut digunakan bagi mempercepatkan pembakaran bahan asing. Lebih cepat dan mampu menghasilkan 0 tan keluli dalam masa 1 jam.Cecair keluli biasanya dijadikan jongkon keluli

3 Relau mangkuk PijarSkrap keluli dan besi jongkong dimasukkan kedalam mangkuk pijar yang bergaris pusat 0.3 meter dan tingginya 0.2 meter. Karbon juga dimasukkan bersama-sama bahan mentah tadi ke dalam mangkuk pijar kemudian ditutup dengan kemas dan dimasukkan ke dalam relau yang telah dipanaskan. Apabila bahan ini telah lebur, ia akan bercampur dengan karbon dan dijadikan jongkong keluli

4 Relau DedahKebanyakan keluli ihasilkan dengan kaedah ini.Kandungan karbon dapat di kawal dengan tepat. Dengan menambah atau mengurangkannya semasa proses berjalan .Berbentuk seakan-akan sebuah dapur pembakar roti. Boleh memuatkan 200 tan logam.v Mempunyai 2 kebuk tempat meleburkan yang digunakan secara bergilir. Apabila salah satu kebuk digunakan kebuk satu lagi dipanaskan. Bahan api yang digunakan ialah udara dan gas panas. Bila bahan api lalu dibahagian atas bahan mentah gas bertindak memarakkan pembakaran dan terus meleburkan bahan mentah tersebut. Sebaik bahan mentah cair. Contoh bahan diambil untuk diuji kandungan karbonnya. Mutu keluli yang telah telah dicapai, bahan dikeluarkan dari relau dan disejukkan untuk dijadikan jongkong keluli. Keluli yang dihasilkan digunakan untuk membuat bahan binaan jambatan, landasan boit, skru, spinal dan sebagainya

5 Relau ElektrikKaedah yang lebih moden. Banyak kelebihannya berbanding relau lain, antaranya ialah suhu dan bahan campuran dapat dikawal dengan lebih cepat. Bebas daripada asap dan kotoran. Bahan mentah yang digunakan ialah besi jongkong dan skrap keluli terpilih. Bahan-bahan dileburkan oleh arka elektrik. Terdapat 3 batang elektrod yang membekalkan arka elektrik. Kedudukan elektrod hendaklah hamper kepada bahan mentah supaya arka mengenai bahan tersebut yang akhirnya menjadi cair dan dituangkan kedalam acuan untuk membentuk jongkong keluli. Sesuai menghasilkan keluli alat atau keluli aloi, kerana pembakaran dapat dikawal dan diatur dengan berkesan. Untuk membuat keluli aloi, unsur-unsur kromium, nikel, dan tungsten dicampurkan. Memakan masa antara 4 jam hingga 12 jam

17

Page 18: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

Kebaikan-kebaikan menggunakan relau berikut ialah :-

Relau Dedah

Kebanyakan keluli dihasilkan dengan kaedah ini. Kandungan karbonnya dapat dikawal dengan tepat dengan cara menambahkan atau menggurangkannya semasa proses dijalankan. Boleh memuatkan 200 tan logam. Mempunyai 2 kebuk tempat melebur yang digunakan secara bergilir-gilir . Apabila salah satu kebuk digunakan, kebuk satu lagi dipanaskan. Bahan api yang digunakan ialah udara dan gas panas. Sesuai digunakan untuk membuat bahan binaan jambatan, landasan boit (keretapi), skru, spindle dan sebagainya.

Relau Elektrik

Kaedah menggunakannya lebih moden. Suhu dan bahan campuran dapat dikawal dengan lebih cepat.Bebas dari asap dan kekotoran apabila menggunakannya. Bahan mentah yang digunakan ialah besi jongkong dan skrap keluli terpilih. Bahan-bahan dileburkan oleh arka elektrik. Sesuai menghasilkan keluli alat dan keluli aloi kerana pembakaran dapat dikawal dan diatur dengan berkesan.Digunakan untuk membuat keluli aloi, unsure-unsur kromium, nikel, dan tungsten dicampurkan.

Relau Oksigen Bes

Menggunakan oksigen tulen dan disalurkan dari atas. Proses pembakaran lebih cepat kerana menggunakan oksigen tulen, proses ini lebih baik kerana keluli yang dihasilkan adalah lebih baik mutunya Kandungan kimia dapat dikawal dengan lebih sempurna. Lebih cepat dan mampu menghasilkan 80 tan keluli dalam masa 1 jam. Cecair keluli biasanya dijadikan jongkong keluli. Digunakan untuk membuat pisau, jarum, peralatan acuan, spindal, mesin gear dan bahagian mesin.

18

Page 19: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

Kerencaman Kimia dan Pengaruhnya terhadap keluli

Besi dan karbon merupakan unsur utama yang terdapat di dalam keluli. Beberapa unsur kimia yang lain turut dicampurkan bagi mempertingkatankan lagi sifat-sifat mekanikal logam itu,unsur-unsur itu ialah :

1 Karbon Ia merupakan agen pengerasan, semakin banyak kandungan karbon yang dicampurkan maka semakin bertambah kekerasan keluli itu.

2 SilikonIa dijadikan sebagai bahan aloi bagi meningkatkan sifat-sifat kekuatan tegangan, keteguhan dan kekerasan keluli.

3 FosforusIa merupakan bahan asing yang tidak dikehendaki kerana kandungannya yang terlalu banyak, boleh mengakibatkan kerosakan kepada keluli apabila dikenakan gegaran dan kejutan.

4 SulfurFungsinya adalah untuk memudahkan logam dimesin. Jika sulfur dicampurkan terlalu banyak, ia boleh mengakibatkan keretakan semasa logam itu ditempa atau digelek.

5 ManganIa berfungsi untuk membantu menulenkan keluli kerana tindakan pengoksidaannya, Ia juga dijadikan bahan aloi dalam proses membantu keluli aloi iaitu dengan mencampurkan 1.5% hingga 2% mangan. Tujuannya untuk mempertingkatkan kekuatan dan keteguhan serta menahan kejutan.

19

Page 20: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

TAJUK : LOGAM FERUS

TUJUAN: Adalah perlu bagi pelatih mengetahui jenis-jenis dan kegunaan logam ferus dan bukan ferus dalamkerja-kerja kejuruteraan terutamanya dalam operasi menggegas dan memesin. Kertas Penerangan ini akan menerangkan dengan lebih lanjut lagi mengenai logam-logam ini.

PENERANGAN:

Terdapat berbagai-bagai jenis logam dalam kerja-kerja kejuruteraan. Ianya boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu logam ferus dan logam bukan ferus.

Logam ferus adalah adalah suatu logam yang mengandungi besi dalam kandungannya. Logam-logam jenis ini banyak didapati, mudah dihasilkan dan harganya lebih murah jika dibandingkan dengan logam-logam bukan ferus. Logam ferus juga mempunyai berbagai sifat mekanikal yang mana banyak bergantung pada jumlah kandungancampuran logamnya.

JENIS-JENIS LOGAM FERUS

1. Besi (Iron)

Besi yang didalam keadaan asalnya adalah berbentuk bahan galian yang dipanggil bijih besi. Ia dilombong dan kemudiannya diproses untuk mengasingkan bijih besi dari bahan-bahan yang tidak diperlukan.

2. Besi Jongkong (Pig Iron)

Besi dikeluarkan dari bijih besi melalui proses didalam relau “blast furnace”. Penghasilan besi yang pertama melalui proses ini dipanggil pig iron. Pig iron ini boleh diproses lagi untuk dijadikan berbagai jenis besi.

3. Besi Tuang (Cast Iron)

Besi tuang diperbuat dengan cara meleburkan pig iron bersama dengan besi skrap yang digredkan iaitu melalui proses direlau kupola. Besi tuang bersifat keras tetapi rapuh. Ia sangat sesuai digunakan untuk membuat landasan mesin dan meja penanda.

4. Besi Tempawan (Wrought Iron)

Besi tempawan dihasilkan dengan cara memproses pig iron melalui relau bagas (Blast Furnace) iaitu dengan mengeluarkan bahan kekotoran yang terkandung didalam pig iron. Besi tempawan merupakan besi tulen yang mempunyai sifat lembut dan mudah dibentuk seperti membengkok dan menggulung.

5. Keluli (Steel)

20

Page 21: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

Apabila besi dicampurkan dengan karbon ia akan menghasilkan suatu pancalogam (Alloy) yang dipanggil keluli.Sifat keluli banyak bergantung pada kandungan karbonnya dimana jumlah biasanya diantara 0.1% hingga 1.5%karbon. Keluli boleh dikatagorikan pada tiga kumpulan terbesar iaitu:

(a) Keluli berkarbon rendah.(Low carbon steel)

Ia juga disebut keluli lembut yang mengandungi kira-kira 0.05% hingga 0.3% karbon. Ia digunakan untuk membuat badan motor, bahagian-bahagian tertentu pada mesin, paku, ribet dan lain-lain lagi. Keluli ini dihasilkan dari relau Bessemer atau relau dedah.

(b) Keluli berkarbon sederhana (Medium carbon steel)

Ia dikenali juga dengan panggilan keluli alat (tool steel). Ia mengandungi kira-kira 0.6% hingga 1.5% karbon dan banyak digunakan untuk membuat gerudi, tap dan die, pahat, penebuk, kikir dan lain-lain lagi. Ianya susah untuk dibengkokkan atau dipotong. Keluli jenis ini dhasilkan didalam relau kawah atau relau letrik.

(c) Keluli karbon tinggi (High carbon steel)

Kandungan karbonnya diantara 0.5% hingga 1.5%. Keluli karbon tinggi adalah sangat keras, oleh itu ia sangat sesuai digunakan untuk membuat alat pemotong seperti mataalat mesin larik, mesin kisar dan lain-lain lagi. High speed steel (HSS) adalah jenis keluli karbon tinggi yang mengandungi karbon lebih kurang 75% juga dicampurkan dengan logam jenis lain seperti tungsten 18%, chromium 4%, vanadium 1% dan lain-lain 2%.

6. Keluli Pancalogam (Alloy Steel)

Keluli ini dibahagikan kepada beberapa jenis:

(a) Keluli kilat (Stainless steel)

Ia adalah sejenis keluli berkilat yang diperbuat dengan campuran nikel, keromium dan besi. Ianya banyakdigunakan untuk membuat peralatan hospital, industri-industri pengeluaran makanan, alat-alat dapur dan peralatan-peralatan lain yang perlu tahan karat serta tahan pada suhu yang tinggi.

(b) Keluli tahan lasak (High speed steel)

Ia mengandungi karbon dan bahan-bahan lain seperti keromium , wolferam, mangganum dan molibdenum. Ianya dihasilkan dari relau kawah dan banyak digunakan untuk membuat pelbagai peralatan dibengkel kejuruteraan dan mataalat mesin untuk memotong logam pada kelajuan yang tinggi.

(c) Keluli wolferam (Tungsten)

21

NO KOD / CODE NO MPI 101/KP2 Muka : 3 Drp : 4

Page 22: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

Ianya adalah sejenis keluli yang keras dan dapat menahan suhu yang tinggi. Ianya banyak digunakan untuk membuat alat-alat dan mataalat pemotong logam pada kelajuan yang lebih tinggi.

(d) Keluli alat (Tool steel)

Ianya adalah sejenis keluli yang dikenakan suhu yang tinggi semasa proses heat treatment. Sifat-sifatnya bolehdiubahsuai dengan memasukkan bahan-bahan tertentu untuk kegunaan tertentu. Umpamanya ia boleh digunakan sebagai bahan untuk membuat pahat dan alat-alat pemotong yang lain.

TAJUK : LOGAM BUKAN FERUS

TUJUAN: Adalah perlu bagi pelatih mengetahui jenis-jenis dan kegunaan logam ferus dan bukan ferus dalam kerja-kerja kejuruteraan terutamanya dalam operasi menggegas dan memesin. Kertas Penerangan ini akan menerangkan dengan lebih lanjut lagi mengenai logam-logam ini.

PENERANGAN:

Terdapat berbagai-bagai jenis logam dalam kerja-kerja kejuruteraan. Ianya boleh dibahagikan kepada duabahagian iaitu logam ferus dan logam bukan ferus.Logam ferus adalah adalah suatu logam yang mengandungi besi dalam kandungannya. Logam-logam jenis inibanyak didapati, mudah dihasilkan dan harganya lebih murah jika dibandingkan dengan logam-logam bukanferus. Logam ferus juga mempunyai berbagai sifat mekanikal yang mana banyak bergantung pada jumlah kandungan campuran logamnya.

JENIS-JENIS LOGAM BUKAN FERUS

1. Aluminium

Permukaannya putih berkilat seperti perak yang dihasilkan daripada sejenis bijih yang dipanggil boksid. Bijih ini mula dilombong di Perancis ditempat yang bernama Les Bauz. Salah satu sifat aluminium ialah ringan jika dibandingkan dengan logam-logam yang lain, jadi ia sangat sesuai untuk pembinaan kapalterbang. Oleh kerana ia merupakan bahan pengalir elektrik serta haba yang baik serta tidak berkarat , jadi ia banyak digunakan dalam membuat dawai elektrik dan peralatan memasak. Ia juga digunakan untuk membuat berbagai-bagai benda melalui proses tekan (pressure) kerana sifatnya yang mulur dan mudah ditempa. Aluminium tulen adalah sangat lembut, tetapi apabila dicampurkan dengan logam lain sifatnya lebih keras dan sesuai untuk membuat peralatan-peralatan tertentu seperti omboh, kompenan-kompenan kapalterbang, kepala selinder, enjin, pintu dan tingkap.

2. Kuprum (Copper)

Ia mudah ditempa dan liat, bila dicampurkan dengan logam-logam yang lain sifatnya akan berubah dan sesuai untuk kegunaan tertentu. Logam ini merupakan pengalir haba yang baik dan banyak

22

Page 23: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

digunakan untuk membuat dawai elektrik, telefon, bahagian-bahagian tertentu pada alat elektronik, paip, radiator dan lain-lain lagi.

3. Loyang (Brass)

Ia adalah sejenis logam berwarna kekuningan diperbuat dengan campuran kuprum dan zink serta sedikit timah dan plumbum. Ia lebih keras daripada kuprum dan tidak mudah ditempa sepertinya. Warna logam ini tidak mudah luntur jika dibandingkan dengan kuprum. Loyang digunakan untuk membuat kepala paip air dan bahagian-bahagian pemasangannya, alat bunyi-bunyian, engsel pintu, peluru, peralatan jam, barangan perhiasan dan lain-lain lagi.

4. Gangsa (Bronze)

Ia adalah campuran kuprum dengan timah. Berwarna kekuningan bercampur coklat dan lebih keras daripada kuprum. Logam ini digunakan untuk membuat cenderamata, pingat-pingat loceng, kipas untuk motorbot, alas (bearing) untuk mesin dan lain-lain lagi. Terdapat tiga jenis gangsa:

i) Aluminium bronzeii) Berylium bronzeiii) Manganese bronze

5. Pewter

Ia dikenali sebagai logam brittania kerazamula dibuat di Britain. Ia terdiri daripada campuran timah,antimony dan kuprum. Logam ini bewarna putih seperti perak dan bersifat lembut. Digunakan untuk membuat bekas minuman, dulang dan lain-lain barang perhiasan.

6. Perak (Silver)

Ia adalah logam yang bewarna putih dan lembut serta bersifat mulur dan mudah ditempa. Logam ini boleh dikeraskan dengan mencampurkan dengan kuprum. Pancalogam ini dikenali dengan nama Perak Sterling dan digunakan untuk membuat barang-barang perhiasan dan barang kemas. Dikebanyakkan negara duit syiling diperbuat daripada logam ini.

7. Magnesium

Ia adalah logam yang ringan dalam jenis-jenis logam yang digunakan. Kekuatan magnesium adalah rendah, tetapi apabila magnesium dicampurkan dengan logam-logam lain ia menghasilkan kekuatan yang tinggi dan banyak digunakan untuk membuat bahagian-bahagian tertentu pada kapalterbang, peluru, alat elektronik dan lain-lain lagi.

23

NO KOD / CODE NO MPI 101/KP3 Muka : 3 Drp : 4

Page 24: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

8. Plumbum (Lead)

Bijih plumbum dipanaskan untuk mengeluarkan belerang dan plumbum oxide dihasilkan. Ianya dicairkan berulang kali bagi mendapatkan plumbum tulen yang lembut(soft lead) dan boleh dipotong dengan pisau. Warnanya kelabu kebiru-biruan pada permukaannya dan ia tidak berkarat. Bila dicampurkan dengan antimony ia akan menjadi keras.

9. Zingkum (zinc)

Bijih zink adalah campuran zink dan belerang yang perlu dipanaskan untuk mengeluarkan belerang. Proses untuk mendapatkan zink tulen ialah dengan dua cara iaitu dengan cara basah dan dengan cara kering. Cara kering ialah dengan cara memanaskannya dalam dapur muffle pada suhu 1000 darjah celsius. Zink tulen akan cair dan akan turun kebawah. Cara basah pula ialah dengan menggunakan proses electrolysis dan ianya tahan pada karatdan boleh melekat pada keluli, selalunya digunakan dalam proses hot dop galvanizing. Ianya dibuat dalam kepingan, profile, tube, wire dan juga boleh dituang sebagai casting.

10. Timah (tin)

Bijih timah mengandungi 78% timah oxide. Untuk menghasilkan timah tulen, ianya perlu dicairkan dalam reverboratory furnace. Timah bersifat liat, lembut dan mudah dibentuk.Banyak digunakan dalam kerja-kerja membuat tinned sheet iron, tin lead solder dan juga bahan campuran lain. Ia juga digunakan untuk menyalut (costing) kepingan keluli. Ianya mudah cair pada takat suhu yang rendah.

MENGENAL KELULI

Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk mengenal pelbagai jenis keluli.

1. Kod WarnaKeluli daripada berbagai-bagai jenis dan gred biasanya diwamakan dengan wama tertentu di babagian hujunguya. Tetapi cara ini banyak kelemahannya kerana selain daripada wamanya mudah hilang (sebab terpotong), kandungan karbonnya tidak dapat diketahui

2. Memerhatikan dengan Mata KasarMelalui pengalaman, setengah-setengah keluli dapat dikenali dengan melihat dengan mata kasar sahaja, iaitu berpandukan sifat-sifat fizikalnya seperti kcluli hitam atau keluli kilat.

3. Ujian MagnetKebanyakan logam ferus tertarik kepada magnet, tetapi logam bukan ferus tidak tertarik langsung kecuali nikel.

4. Ujian Kekerasan

24

Page 25: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

Kekerasan keluli ditentukan oleh kandungan karbonnya. Alat penguji kekerasan seperti Rockwell, Brinnell dan Vickel digunakan untuk menguji kekerasan berbagai-bagai jenis logam sama ada logam ferus atau logam bukan ferus.

5. Ujian MengurisLogam lembut akan meninggalkan kesan calar apabila diguris.

6. Ujian MengikirApabila mengikir permukaan logam keras terutama sekali keluli yang dikeraskan, kikir akan menggelongsor tanpa memotong bahan.

7. Ujian Bunga ApiApabila mencanai sebarang logam, ia akan mengeluarkan bunga api. Setiap logam akan mengeluarkan bunga api yang berlainan bergantung pada kekerasannya.

Keluli berkarbon rendah

Bunga apinya berjalur panjang kuning cerah, percikan bunga apinya tidak banyak.

a) Keluli berkarbon sederhanaHampir sama dengan keluli berkarbon rendah, percikannya lebih banyak.

b) Keluli berkarbon tinggiPercikan bunga apinya kecil, pendek, banyak, berwarna kuning, memercik mengikut putaran roda.

c) Keluli tahan lasakBunga apinya panjang dan tidak pecah sebaliknya membalut di bahagian hujung.

25

Page 26: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

d) Besi tuangWarna bunga apinya bertukar daripada merah kepada kuning keemasan, berbentuk bulat seperti peluru di bahagian hujungnya.

Cara menentukan saiz logam.

1. Bar BulatTerdapat dua dimensi sahaja, iaitu panjang x diameter. ,Contoh: 9.75 mm diameter x 6m panjang.

2. Plat atau Segiempat TepatMempunyai tiga dimensi iaitu tebal x lebar x panjang.. Contoh: 6mm tebal x 25mm lebar x 6m panjang.

3. Segiempat SamaOleh sebab tebal dan lebarnya sama, maka dimensi untuk logam jenis ini adalah: 13mm persegi x 6m panjang.

4. Segienam dan SegilapanMempunyai dua dimensi iaitu across flat x panjang. Contoh: 13mm across flat x 6m panjang.

5. TiubDimensi tiub ialah diameter luar x tebal dinding x panjang.

26

Page 27: kertas penerangan 4.docx

[ ] TAHUN 1 SEM 1

Soalan

1. Terangkan dengan ringkas pengeluaran besi jongkong dengan menyatakan bahan mentah dan operasi relau yang digunakan .

2. Apakah yang dimaksudkan dengan keluli aloi berikan tiga contoh.3. Apakah kegunaan Relau Oksigen ?4. Nyatakan relau yang digunakan untuk menghasilkan pengeluaran keluli ?5. Nyatakan kebaikan relau dedah, relau elektrik dan relau oksigen bes ?6. Sebutkan 5 cara mengenal keluli7. Bagaimanakah biasanya keluli digredkan8. Apakah yang dimaksudkan dengan ujian bunga api9. Senaraikan 5 cara menentukan untuk menentukan saiz logam10. Terangkan dengan terperinci 2 cara untuk menentukan saiz logam

RUJUKAN:

1. TECHNOLOGY MATERIALS (BOOK 1)2. TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

27