2
Muka surat 1 daripada 2 Kenyataan Media LHDNM, 22 September 2015 KES PENGARAH SYARIKAT ELAK BAYAR CUKAI MASIH BELUM SELESAI Cyberjaya, 22 September - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memberikan penjelasan mengenai laporan media berkenaan kes saman yang difailkan oleh pihak LHDNM terhadap seorang pengarah syarikat yang didakwa mengelak membayar cukai pendapatan berjumlah RM459,475.50 hari ini di Mahkamah Majistret Pulau Pinang adalah tidak tepat. Sebagai makluman, kes tersebut masih belum selesai dan mahkamah telah memberikan satu tarikh sebutan baru iaitu pada 26 November 2015. Orang Kena Saman (OKS) Kun Beng Teik, 52 tahun, yang merupakan Pengarah Syarikat North Malaya Laboratory Sdn. Bhd. telah dituduh di bawah seksyen 114 (1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana tidak melaporkan pendapatan berjumlah melebihi RM 2.07 juta bagi tahun taksiran 2007 hingga 2012 yang melibatkan cukai terkurang lapor sebanyak hampir RM 0.5 juta. Peguam LHDNM, Puan Norzilah Abd Hamid memaklumkan pada mahkamah bahawa OKS memohon kes diselesaikan di luar mahkamah secara pembayaran kompaun dan OKS bersetuju untuk membuat bayaran bagi cukai terkurang dan penalti khas secara ansuran. Pihak LHDNM bersetuju untuk mempertimbangkan permohonan ini sekiranya kesemua bayaran ansuran tersebut berjaya dijelaskan sepenuhnya oleh OKS. Untuk siaran segera

KES PENGARAH SYARIKAT ELAK BAYAR CUKAI MASIH · PDF fileMuka surat 1 daripada 2 Kenyataan Media LHDNM, 22 September 2015 KES PENGARAH SYARIKAT ELAK BAYAR CUKAI MASIH BELUM SELESAI

  • Upload
    lamanh

  • View
    233

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Muka surat 1 daripada 2

Kenyataan Media LHDNM, 22 September 2015

KES PENGARAH SYARIKAT ELAK BAYAR CUKAI

MASIH BELUM SELESAI

Cyberjaya, 22 September - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin

memberikan penjelasan mengenai laporan media berkenaan kes saman yang difailkan

oleh pihak LHDNM terhadap seorang pengarah syarikat yang didakwa mengelak

membayar cukai pendapatan berjumlah RM459,475.50 hari ini di Mahkamah Majistret

Pulau Pinang adalah tidak tepat. Sebagai makluman, kes tersebut masih belum selesai

dan mahkamah telah memberikan satu tarikh sebutan baru iaitu pada 26 November 2015.

Orang Kena Saman (OKS) Kun Beng Teik, 52 tahun, yang merupakan Pengarah Syarikat

North Malaya Laboratory Sdn. Bhd. telah dituduh di bawah seksyen 114 (1)(a) Akta Cukai

Pendapatan 1967 kerana tidak melaporkan pendapatan berjumlah melebihi RM 2.07 juta

bagi tahun taksiran 2007 hingga 2012 yang melibatkan cukai terkurang lapor sebanyak

hampir RM 0.5 juta.

Peguam LHDNM, Puan Norzilah Abd Hamid memaklumkan pada mahkamah bahawa

OKS memohon kes diselesaikan di luar mahkamah secara pembayaran kompaun dan

OKS bersetuju untuk membuat bayaran bagi cukai terkurang dan penalti khas secara

ansuran. Pihak LHDNM bersetuju untuk mempertimbangkan permohonan ini sekiranya

kesemua bayaran ansuran tersebut berjaya dijelaskan sepenuhnya oleh OKS.

Untuk siaran segera

Muka surat 2 daripada 2

Kenyataan Media LHDNM, 22 September 2015

Sekiranya bayaran ansuran tersebut gagal dijelaskan oleh OKS, maka pihak LHDNM

akan meneruskan tindakan pendakwaan ke atas OKS seperti mana dalam pertuduhan.

Jika sabit kesalahan, OKS boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan

tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum 3 tahun atau kedua-duanya sekali dan

dikehendaki untuk membayar penalti khas sebanyak tiga kali amaun cukai terkurang

lapor.

OKS tidak hadir pada perbicaraan mahkamah hari ini dan diwakili oleh peguam Norazira

Ab. Rahman.

# # #

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh: Masrun Bin Maslim |Pegawai Perhubungan Awam (Media) Bahagian Komunikasi Korporat & Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat | Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia : 03-8313 8888 samb. 21326 / 21333 | : 03-8313 7836 Pusat Panggilan : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

Tarikh : 22 September 2015