17
TUGASAN INDIVIDU KURSUS: KKD 2063 ______________________________________________________________________ _______________ TAJUK TUGASAN: LAPORAN EXPERIENTIAL LEARNING ______________________________________________________________________ ________ NAMA PELAJAR: SITI HAZARIAH BINTI MAT DAUD NO. MATRIK: D20141066866 PENSYARAH: ENCIK ZULKIFLI BIN MAMAT 1

kkd..pembangunan sahsiah

  • Upload
    keysut

  • View
    232

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kkd 2063 (eksperiental learning)

Citation preview

Page 1: kkd..pembangunan sahsiah

TUGASAN INDIVIDU

KURSUS: KKD 2063

_____________________________________________________________________________________

TAJUK TUGASAN: LAPORAN EXPERIENTIAL LEARNING

______________________________________________________________________________

NAMA PELAJAR: SITI HAZARIAH BINTI MAT DAUD

NO. MATRIK: D20141066866

PENSYARAH: ENCIK ZULKIFLI BIN MAMAT

TARIKH HANTAR: 31 OKTOBER 2014

1

Page 2: kkd..pembangunan sahsiah

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 3

2.0 Latar Belakang Diri Anda Daripada Aspek Kekuatan dan Kelemahan 5

3.0 Kesedaran Kendiri Meliputi Kelebihan dan Kekurangan Diri 6

4.0 Hubungan Interpersonal Dengan Orang Lain Termasuk Ahli Keluarga, 7

Warga UPSI, Rakan-Rakan dan Masyarakat Sekitar

5.0 Memahami Tanggungjawab Menolong 8

6.0 Kecintaan Terhadap Profesion Perguruan (Meliputi Semangat 8

Untuk Mendidik Murid-Murid).

7.0 Pembinaan Kendiri Setelah Mengikuti Program 9

8.0 Rumusan 10

9.0 Lampiran 11

2

Page 3: kkd..pembangunan sahsiah

1.0 Pengenalan

Program experiential learning merupakan salah satu kerperluan tugasan yang wajib dihadiri

oleh setiap pelajar yang mengambil kursus kkd 2063 pembangunan sahsiah. Program ini adalah

berkonsepkan semangat berkumpulan. Setiap pelajar telah diaturkan dalam kumpulan masing-

masing. Program ini telah berlangsung selama satu hari satu malam iaitu pada hari jumaat 10

Oktober dan hari sabtu 11 Oktober 2014. Program ini di adakan di kawasan perkemahan yang

terletak di belakang kampus baru iaitu Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS). Antara aktiviti yang

dilakukan oleh setiap kumpulan adalah seperti water confident, jungle tracking, kitchen survival

dan macam-macam lagi yang terpaksa dilalui berdasarkan checkpoint yang telah ditetapkan.

Yang menariknya, aktiviti ini mengambil masa sehari untuk menamatkannya serta melaksanakan

tugasan yang diberi. Walaupun penat, kami gembira kerana adanya semangat kerjasama yang

kuat dalam kumpulan.

Program dimulakan apabila kami semua berjalan kaki ke tapak perkemahan sebelum

memasuki hutan yang terletak di dibelakang kampus baru. Tapak perkemahan tersebut

merupakan tempat permulaan setiap kumpulan berkumpul untuk membuat persediaan fizikal

sebelum memulakan aktiviti meredah hutan. Aktiviti ini memerlukan kekuatan fizikal dan daya

mental yang kuat untuk menghadapi 2 tugasan dalam satu masa iaitu mencari serta meredah

hutan mengikut laluan yang ditanda dan melaksanakan tugasan yang diberikan di setiap

checkpoint. Antara aktiviti utama kami adalah jungle tracking di mana mempunyai 6 checkpoint

kesemuanya. Setiap checkpoint tersebut akan dijaga oleh seorang atau 2 orang penjaga yang

terdiri daripada senior-senior kami juga. Di setiap checkpoint, setiap kumpulan akan diberikan

tugasan yang berbeza-beza mengikut checkpoint. Bagi mengukur sejauh mana semangat dalam

berkumpulan, kami akan dikenakan denda jika gagal menyelesaikan tugasan tersebut.

Program ini amat sesuai dijalankan bagi melatih serta mendisiplinkan diri terutamanya dalam

membuat sesuatu keputusan bersama-sama ahli kumpulan. Situasi ini dapat memberi peluang

kepada seseorang individu untuk menjadi pemimpin. Latihan seperti ini perlu di jalankan selalu

agar sifat-sifat kepimpinan dapat dikukuhkan dalam diri para pelajar. Kem-kem sebegini bukan

sahaja dapat mendisiplinkan seseorang, malah dapat mengajar seseorang itu erti tanggungjawab

dan erti kesusahan dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Program ini dibuat bagi

3

Page 4: kkd..pembangunan sahsiah

mewujudkan suasana pembelajaran pengalaman secara terus atau dengan kata lainnya ‘belajar

dari pengalaman’.

Program ini direka dengan teliti untuk membantu peserta memahami lebih banyak tentang

diri mereka serta berperanan sebagai salah seorang ahli kumpulan. Selain memperbaiki

keyakinan diri dan membina kepercayaan diantara rakan sekumpulan, para peserta akan

memperolehi kemahiran kepimpinan dan kemahiran bekerja secara berkumpulan serta

membolehkan mereka berdikari di tempat kerja. Peserta juga diajar persediaan dalam

menghadapi cabaran hidup yang mana mereka akan sentiasa berhadapan dengan cabaran dan

rintangan dalam kehidupan mereka yang sebenar. Melalui program ini, peserta akan mengetahui

bagaimana untuk menghadapi cabaran-cabaran ini dengan berfikir sendiri dan meletakkan diri

mereka dalam situasi tersebut. Peserta akan menjalankan tugas dan aktiviti yang akan membawa

mereka melalui pelbagai tahap sehingga boleh berdikari. Program ini bukan sahaja memberi

pengalaman kepada peserta malah dapat dijadikan pengalaman untuk meneruskan hidup di masa

yang mendatang.

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan terutama semasa melaksanakan tugasan

jungle tracking. Selain itu, pelajar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu sebanyak

20 buah kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai ahli seramai 18 hingga 20 orang. Kemudian,

setiap kumpulan pula diarahkan untuk mencipta nama kumpulan masing-masing dan membuat

satu ‘tagline’ serta sorakan untuk setiap kumpulan. Secara tidak langsung, setiap ahli kumpulan

akan berkenalan dengan sesama mereka dalam kumpulan tersebut agar lebih mesra lagi apabila

bekerjasama nanti. Selain itu, kami juga membuat beberapa aktiviti yang meningkatkan

semangat kami seperti bersorak-sorak untuk kumpulan dengan melaunkan ‘tagline’ kami

sekaligus dapat menjatuhkan emosi pihak lawan. Setelah semua program ini selesai, kami

dibenarkan pulang dan diberikan makanan.

4

Page 5: kkd..pembangunan sahsiah

2.0 Latar Belakang Diri Anda Daripada Aspek Kekuatan dan Kelemahan

Pada pendapat saya, program ini sedikit sebanyak telah mengajar saya untuk lebih bersabar

dalam menghadapi pelbagai masalah ketika bergelar seorang pelajar. Sebagai seorang pelajar,

banyak halangan dan rintangan yang boleh memesongkan niat sebenar kita untuk belajar ketika

mula-mula memasuki alam universiti ini. Persekitaran yang semakin membangun dan bertambah

maju juga banyak memberikan implikasi kepada para pelajar termasuk diri saya sendiri.

Berdasarkan keseluruhan program yang telah dijalankan, terdapat beberapa perkara yang

dapat dikelaskan iaitu kekuatan dan kelemahan diri. Di antara kelemahan yang dapat saya

kenalpasti sepanjang program ini berlangsung adalah sifat malu untuk berkomunikasi. Walau

bagaimanapun, saya merupakan seorang yang pemalu untuk memulakan sesuatu komunikasi.

Namun begitu, saya seorang yang mudah ramah apabila sudah memulakan komunikasi dengan

seseorang.

Bak kata pepatah melayu, “malu bertanya sesat jalan”. Ungkapan ini sering digunakan untuk

mereka yang dalam perjalanan. Namun, dalam aktiviti ini juga boleh digunapakai. Sebagai

contohnya, seseorang yang malu untuk menanyakan sesuatu pasti akan rugi kerana mereka tidak

akan memahami kehendak tugasan yang diberikan ketika berada di checkpoint tersebut malah

akan gagal dalam tugasan yang diberikan. Di sinilah perlunya semangat berkumpulan untuk

menerangkan apa yang perlu dilakukan agar semangat berkumpulan dapat diserapkan dalam diri

masing-masing. Perasaan malu ini telah menghalang seseorang untuk menyatakan kebenaran

atau hak serta menyatakan pendapat. Ianya membataskan seseorang daripada penilaian yang

positif daripada orang lain berhubung kekuatan personaliti seseorang, membuatkan seseorang

sangat sukar untuk berfikir secara jelas dan berkomunikasi secara efektif dan malu untuk

mewujudkan perasaan negatif sperti kemerosotan, kebimbangan dan keseorangan. Di akhir

program ini, saya akan cuba membina keberanian untuk berkomunikasi dengan orang ramai

supaya segala implikasi tersebut tidak berlaku kepada diri saya.

Kelebihan yang dapat dikenalpasti pula adalah sentiasa positif dan optimis terhadap masalah

yang dihadapi. Contohnya, kami hampir berputus asa ketika kami diberikan tugasan semasa

berada di checkpoint yang ke lima. Tugasan ini diberi nama kitchen survival di mana kami

5

Page 6: kkd..pembangunan sahsiah

terpaksa memasak menggunakan bahan yang telah disediakan. Namun, semasa tiba giliran kami

untuk memasak dan meyalakan api, hujan turun seolah olah menguji kesabaran kami yang ketika

itu sedang berperang menahan kelaparan. Pada masa itu, kami seolah-olah berputus asa dan

bertekad untuk meneruskan sahaja perjalanan kami ke checkpoint yang seterusnya tanpa mengisi

perut. Berkat kesabaran kami semua yang menahan lapar ini akhirnya kayu api dapat dinyalakan

dan dapatlah kami menjamah sedikit makanan sebagai alas perut. Hal ini mencerminkan bahawa

orang yang sentiasa bersabar akan memperoleh kejayaan.

3.0 Kesedaran Kendiri Meliputi Kelebihan dan Kekurangan Diri

Program sebegini bukan sahaja menguji kekuatan mental dan fizikal peserta malahan ianya

juga turut menguji dalaman kita sama ada dapat mengharunginya ataupun tidak sesuatu tugasan

yang diberikan. Kesedaran yang merangkumi aspek kekurangan diri adalah saya merupakan

seorang yang takut dan mudah berasa geli akan sesuatu yang lembik atau seumpamanya. Hal ini

terpaksa saya lalui ketika melakukan aktiviti water confident dimana kami terpaksa masuk ke

dalam tasik beramai-ramai untuk melengkapkan tugasan kami yang terakhir. Semasa berada

dalam tasik tersebut, saya dapat merasakan ada sesuatu yang menggelikan dibawah kaki ketika

berjalan sambil berpaut pada tali yang disediakan. Objek tersebut sungguh menggelikan dan

membuatkan saya berfikiran mengarut mengenai objek tersebut. Namun, demi tugasan yang

terakhir, saya kuatkan semangat untuk melupakan objek tersebut buat seketika dan cepat-cepat

menghabiskan tugasan yang diberikan. Hal ini menunjukkan bahawa sifat geli terhadap sesuatu

dapat diatasi ketika berada dalam keadaan keterpaksaan.

Seterusnya kelebihan yang ada pada diri saya adalah saya mudah mmbantu orang lain. Hal

ini dapat di lihat ketika kumpulan kami meneruskan perjalanan melalui cerun yang curam.

Disebabkan ramai diantara ahli kumpulan kami yang berbadan sedikit gempal agak

menyukarkan mereka untuk melalui curam tersebut sehinggakan ada diantara ahli kumpulan

kami yang tergelincir semasa menuruni curam tersebut kerana tanah basah dan licin akibat hujan.

Walaupun saya kepenatan, namun semangat saya masih lagi kuat untuk membantu rakan-rakan

yang tergelincir dan juga mereka yang tidak takut untuk melalui jalan tersebut. Berkat semangat

kerjasama dalam kumpulan, kami Berjaya melepasi saat genting tersebut walaupun terdapat

6

Page 7: kkd..pembangunan sahsiah

beberapa orang ahli kumpulan kami yang tergelincir. Hal ini menunjukkan bahawa kita perlu

menguatkan semangat untuk membantu orang lain dan bukannya kita dibantu orang lain.

4.0 Hubungan Interpersonal Dengan Orang Lain Termasuk Ahli Keluarga, Warga UPSI, Rakan-

Rakan dan Masyarakat Sekitar

Program ini banyak membantu saya untuk memperbaiki diri terutamanya yang melibatkan

hubungan dengan ahli keluarga. Semasa program berlangsung, saya sering teringatkan ahli

keluarga ketika melakukan tugasan yang mencabar. Hal ini kerana, memandangkan saya

merupakan anak bongsu dalam keluarga, saya dimanjakan dan tidak pernah melakukan aktiviti

berat dan mencabar. Program ini telah mengajar saya untuk berdikari tanpa mengharapkan

pertolongan daripada orang lain. Dan selepas ini, saya ingin membuktikan kepada keluarga

bahawa saya bukannya anak manja yang tidak tahu erti berdikari dan akan terus menghormati

mereka walaupun saya boleh melakukan sesuatu dengan sendiri.

Secara peribadi, saya sangat menghormati seseorang tanpa mengira umur, jantina, mahupun

pangkat. Antara sedar dan tidak, terdapat ramai golongan yang berada di sekeliling kita. Tidak

kira samada individu tersebut tukang cuci, tukang kebun, para pelajar mahupun para pensyarah.

Mereka semua golongan yang berada di sekitar kita dan perlu dihormati. Tetapi berbeza ketika

menjalankan aktiviti tersebut, yang mana kami terpaksa menghormati masa untuk menyelesaikan

tugasan dengan lebih cepat. Hal ini kerana, sikap menghormati perlu disemai dalam diri setiap

pelajar agar menjadi insan yang akan dihormati suatu hari nanti.

7

Page 8: kkd..pembangunan sahsiah

5.0 Memahami Tanggungjawab Menolong

Sebagai salah seorang ahli kumpulan, kita perlulah menanam sikap tolong menolong sesama

ahli kumpulan ketika mereka memerlukan pertolongan samada dari segi bantuan fizikal

mahupun bantuan lain. Sikap sebegini yang ditanam dalam diri akan terus meresap kedalam diri

kita walaupun program ini telah berakhir. Sikap tolong menolong perlu ada dalam diri seseorang

supaya nanti kita boleh memanfaatkan kelebihan itu pada masa yang diperlukan.

Dalam kalangan ahli kumpulan pula, sikap tolong menolong ini sangat diperlukan bagi

menjayakan sesuatu misi ataupun tugasan. Sebagai contohnya, ketika tugasan kitchen survival

berlangsung, kami memerlukan pertolongan untuk memotong ayam, bawang, mencari kayu api

dan sebagainya. Di sinilah perlunya semangat tolong menolong agar segala urusan dapat

dilakukan dengan cepat dan sekaligus memudahkan urusan. Hal ini membuktikan bahawa sikap

tolong menolong dapat memudahkan sesuatu urusan itu dilakukan.

6.0 Kecintaan Terhadap Profesion Perguruan (Meliputi Semangat Untuk Mendidik Murid-

Murid).

Sesungguhnya para pendidik hari ini memmainkan peranan yang penting dalam

merealisasikan aspirasi Negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hari ini telah

membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang

menjamin keamanan dan kesejahteraan Negara.

Guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para

guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari

kaca mata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi

bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta hubungan,

komitmen dan hubungannya dengan Allah. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru

menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira

bangsa dan agama.

8

Page 9: kkd..pembangunan sahsiah

Pada pendapat saya, berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan, program ini masih

mengekalkan matlamat utama iaitu untuk melahirkan seorang graduan bakal guru yang

berkualiti. Contohnya, melalui aktiviti jungle tracking tersebut, kita perlu menerapkan nilai-nilai

murni dan semangat serta tanggunjawab yang diamanahkan perlu ada pada seseorang guru

terutama guru pendidikan khas yang perlu mendidik seseorang murid berkeperluan khas yang

mempunyai pelbagai kerenah yang luar biasa. Bagi saya, sebagai seorang pelajar yang

mengambil jurusan Pendidikan Khas perlu menetapkan matlamat bahawa kami mendidik kanak-

kanak berkeperluan khas ini adalah bukan untuk melihat mereka berjaya mendapat A

sepenuhnya di dalam peperiksaan, sebaliknya kami telah dilatih untuk mendidik mereka supaya

sekurang-kurangnya mmapu untuk menguruskan diri sendiri. Oleh itu, program ini dapat

memberikan sesuatu impak yang positif serta menyemarakkan lagi semangat untuk mendidik.

Sebagai guru, saya juga berharap agar saya mampu mendidik kanak-kanak berkeperluan khas ini

dengan jayanya agar mereka tidak lagi dipandang rendah oleh sesetengah individu.

7.0 Pembinaan Kendiri Setelah Mengikuti Program

Melalui program ini, saya mendapati banyak kebaikan menyertai aktiviti ini kerana nilai-nilai

murni dan sikap yang diterapkan dalam kumpulan tersebut telah mendisiplinkan seseorang untuk

menjadi lebih baik berbanding sebelum menyertai aktiviti ini. Program ini juga telah

mengeratkan hubungan sesama rakan yang mana sebelum ini kita tidak pernah mengenalinya.

Pada saya, program ini sangat bermanfaat kerana saya dapat pengalaman yang sangat

berharga melalui aktiviti yang dijalankan. Yang mana sebelum ini saya tidak pernah pun

mencuba aktiviti sebegini. Terutama sekali aktiviti meredah hutan yang agak mencabar bagi saya

yang tidak pernah melakukannya ternyata melalui penyertaan aktiviti ini, saya dapat

menghilangkan rasa takut dan tidak yakin yang ada dalam diri saya. Melalui program ini, saya

dapat melepasi tahap ketakutan saya yang sering menghantui diri.

Program ini telah menambah senarai kenalan saya kerana jumlah ahli kumpulan yang ramai

dan kami berkawan rapat walaupun program ini telah berakhir. Keakraban kami semasa

berkumpulanlah yang mendorong kumpulan kami dapat menyiapkan tugasan lebih awal

9

Page 10: kkd..pembangunan sahsiah

berbanding kumpulan lain. Terdapat banyak pengajaran positif yang boleh diambil untuk

dijadikan pengajaran dalam kehidupan seharian.

8.0 Rumusan

program ini seterusnya dapat menerapkan nilai-nilai BITARA UPSI di dalam setiap

mahasiswa ataupun peserta program ini. Kesemua nilai Bitara Upsi iaitu berintegriti, profesional,

semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan

inovatif dapat diterapkan kepada peserta terutamanya apabila melaksanakan aktiviti

berkumpulan dan khidmat masyarakat

Untuk bahagian cadangan pula, saya mencadangkan agar masa progam ini dapat

dipanjangkan supaya lahir semangat berpasukan lebih mendalam lagi serta dapat mengeratkan

lagi hubungan antara ahli kumpulan walaupun progam ini telah berakhir. Cadangan yang

seterusnya adalah untuk melakukan program ini di luar kampus seperti di kawasan pedalaman

supaya mendapat pengalaman yang tidak boleh dilupakan atau kami dibawa ke rumah-rumah

kebajikan.

Harapan saya adalah untuk memperbanyakkan lagi program seperti ini di masa-masa akan

datang oleh pihak Universiti kerana sebagai pendidik anak bangsa kelak, pelajar terutamanya

bakal guru pelu mempersiapkan diri dengan sahsiah yang unggul dengan pegangan moral yang

tinggi. Sepanjang program ini berlangsung saya mendapat banyak input yang sangat berharga

dan sukar diperolehi di tempat lain. Segala ilmu yang saya dapat, saya akan praktikkan sepanjang

kerjaya saya sebagai seorang guru kelak malah sepanjang masa. Jelas sepanjang program ini,saya

telah mendapat pelbagai refleksi positif. Akhir kata, ucapan terima kasih kepada semua yang

terlibat dalam menjayakan program yang saya kira cukup bermanfaat dan berguna untuk semua

untuk dipraktikkan pada masa hadapan. Sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan

kepada pihak penganjur.

10

Page 11: kkd..pembangunan sahsiah

9.0 Lampiran

Sesudah menyelesaikan tugasan di checkpoint

11

Page 12: kkd..pembangunan sahsiah

Sebelum melakukan aktiviti water confident

12