k.kursus Abd. Ramli 10.3.12

Embed Size (px)

Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONNTAJUK TUGASAN

PENDEKATAN,KAEDAH,TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA (SEMESTER 2) BMM 3104NAMA NO. METRIK NO. KAD PENGENALAN KUMPULAN/OPSYEN : : : : 680625-01-5547 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (AMBILAN JUN 2011) BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN : : EN ABDUL RAMLI B. SANUSI 10 MAC 2012 RUBAIE BIN MAKSOM

1

PRAKATA Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tugasan ini dilampirkan sebagai menjelaskan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran kemahiran bahasa.Melalui tugasan ini dijelaskan secara terperinci bagaimana kaedah,teknik dan strategi menjadi perkara utama dalam merancang pembentukan rancangan pengajaran harian dan perlaksanaannya. Keampuhan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengetahuan sedia ada seseorang tenaga pengajaran dalam bidang ini. Dalam tugasan ini juga di lampirkan Rancangan Pengajaran Harian untuk panduan dalam membuat rph dan juga proses pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan dengan adanya tugasan ini akan menjadi panduan kepada penulis dan rakan guru dalam memahami konsep pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dengan lebih baik lagi. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah dan rakan rakan seperjuangan yang banyak memberikan panduan,nasihat dan dorongan untuk penulis melaksanakan tugasan ini dengan jayanya.

Sekian terima kasih, RUBAIE BIN MAKSOM, BMM2 PPG Ambilan Jun 2011, Kampus IPG Tun Hussein Onn, Batu Pahat.2

Mac 2012

BORANG REKOD KOLABORASI

IPGM NAMA PELAJAR ANGKA GILIRAN KUMPULAN MATA PELAJARAN

: Institut Perguruan Kampus Tun Hussein Onn : RUBAIE B. MAKSOM : : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) : BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

PENSYARAH PEMBIMBING

: EN.ABD. RAMLI BIN SANUSI

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANG

TANDATANGAN PENSYARAH PEMBIMBING

TANDA TANGAN PELAJAR

18/02/2012

Taklimat dan penyerahan Tugasan BMM 3104

24/02/2012

Perbincangan bersama rakan

6/03/2012

Perbincangan bersama pensyarah

29/02/2012

Perbincangan bersama rakan

3

10/03/2012

Penyerahan tugasan BMM 3104

ISI KANDUNGAN Muka surat

1.

Prakata

2

2.

Borang rekod kolaborasi 3

3.

Isi kandungan

4

4. Istilah Terdapat Dalam Tugasan 5

5.

Pengenalan 6

6.

Pendekatan 7

4

7.

Pendekatan Pengajaran 8-11

8.

Kaedah dan Teknik 12-18

9.

Strategi 23

19-

10. Jenis-jenis

Aktiviti Pengajaran 24-25

11. Rancangan

Mengajar Harian

26-41

12. Refleksi

42

12.Bibliografi 43

5

PENGENALAN Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri.Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara sesama mereka.Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal.Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi.Dalam mengajar bahasa di sekolah terdapat banyak teori yang boleh digunakan.Teori-teori yang digunakan perlulah

6

disesuaikan dengan kemampuan dan kesediaan murid untuk menerima pengajaran dari guru. Selain teori-teori yang digunakan, guru-guru juga perlu menggunakan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran kemahiran bahasa yang betul agar ilmu yang disampaikan menjadi menarik dan dapat diterima baik oleh murid-murid. Kemahiran Pengajaran Bahasa Melayu (Major) ini lebih memfokuskan kepada Kemahirankemahiran bahasa, pendekatan dan kaedah pengajaran kemahiran bahasa serta Teknik kemahiran bahasa. Hasil daripada kefahaman daripada tugasan ini, maka akan terbinanya Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) dan Bahan Bantu Mengajar yang menjadi panduan kepada guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih berkesan. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah satu transformasi

pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan

PENDEKATAN Pendekatan dalam kamus dewan edisi keempat bermaksud cara-cara atau langkahlangkah yang diambil bagi memulakan dan melaksankan tugas atau mengatasi sesuatu masalah. Secara mudahnya adalah arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagai jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.7

Untuk memahami lebih lanjut, pendekatan seseorang pemain badminton untuk mencapai kejayaan dalam pertandingan adalah menjalani latihan yang sistematik, dibantu jurulatih yang bertauliah di samping mempelajarai teknik-teknik permainan yang baru agar sentiasa kompetatif dan dapat bersaing dengan jaguh-jaguh badminton yang lain. Pendekatan yang digunakan boleh terbahagi kepada beberapa bahagian atau fasa untuk disesuaikan dengan musim pertandingan sepanjang tahun demi untuk mengekalkan prestasi agar sentiasa mantap dan tidak turun naik semasa mengikuti sesuatu pertandingan.

PENDEKATAN PENGAJARAN Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatanpendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau8

memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan

yang digunakan

untuk mengajar

beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama

9

dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu. Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teoriteori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA Terdapat 4 jenis pendekatan pengajaran bahasa iaitu: 1. Pendekatan Deduktif 2. Pendekatan Induktif 3. Pendekatan Elektif10

1. Pendekatan Deduktif Pendekatan pengajaran ini mengutamakan penguasaan undang-undang ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka dengan huraian undang-undang bahasa yang hendak diajar sebelum memberi contoh-contoh penggunaannya. Contohnya ,apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal , guru akan memberi takrif ayat tersebut sebelum menunjukkkan contoh-contoh penggunaanya . 2. Pendekatan Induktif Pendekatan ini pula mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undangundang atau peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undangundang bagi unsur tersebut. Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal. 3.Pendekatan Eklektif Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk menghasilkkan satu strategi pengajaran. Misalnya, guru memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar, ini ditambah dengan contoh-contoh murid-murid. Murid-murid dipandu untuk sampai kepada undang-undang bahasa. Murid-murid kemudiannya didorongkan untuk memberi contohcontoh lain dalam konteks yang hampir sama . Sebaliknya guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contoh-contoh.Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang itu digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.

11

4.Pendekatan Komunikatif Pendekatan ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sIstem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi, kecekapan yang pertama membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya. Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru . Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid- murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru.

KAEDAH DAN TEKNIK Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu,

12

sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak. Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza. Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

13

Dalam zaman atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik. Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti14

seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknikteknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi. Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah15

tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi. Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajaran kita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknikteknik yang tertentu. Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

Kaedah dan Teknik Pemusatan Guru

16

Bercerita

Berkumpula n Kaedah dan teknik pemusatan guru

Syarahan

Keseluruha n kelas

Demontrasi

Penerangan

17

Kaedah dan Teknik Pemusatan Murid

Kaedah dan Teknik Pemusatan Bahan18

STRATEGI

19

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya. Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelum menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan. Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak. Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu

20

dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan kemudian membunuhnya dengan lembing. Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara bertahan pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai maka ia akan kalah. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

21

STRATEGI PENGAJARAN Bagi mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Contohnya, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajarpelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintanganrintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

22

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain. Edward M. Anthony, merumuskan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran berhubung rapat dengan pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Ia merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik mengajar secara logikal dan sistematik untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Bagi seseorang yang baru mengorak langkah dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempatempat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah. Secara literalnya, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat memberi makna yang secara keseluruhannya dapat memberi pengertian yang berbeza antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik. Menurut Kamus Dewan, strategi membawa maksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan manakala pendekatan diberikan tafsiran cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti penyelesaian masalah.

23

STRATEGI PENGAJARAN Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya

menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajarpelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan sederhana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

24

JENIS-JENIS AKTIVITI UNTUK MENGAJAR KEMAHIRAN BAHASA Aktiviti latih tubi Aktiviti ini untuk pertuturan. Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakan alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-kad imbasan tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid. Aktiviti peniruan dan hafazan Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya adalah seperti dialog,seni kata lagu, dan petikan karangan. Aktiviti kemahiran komunikatif Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pitarakaman ini murid dapat mendengar contoh contoh sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Selain itu, murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan, kepala, mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan sesuatu maksud.

Aktiviti lawatan25

Aktiviti ini boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. Aktiviti lawatan boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti perbincangan. Antara lain,aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah, kawasan-kawasan perindustrian, kawasan melombong dan tempat-tempat peranginan. Di sampingitu, alat bantu mengajar dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklanboleh juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif.

Aktiviti pengumuman lisan Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan terbang, distesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu.Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripadasumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaanpelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid.

26

2.1Contoh sesi pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Mata Pelajaran Tahun Tema Tajuk Tarikh Masa Objektifi)

: : : : : : :

Bahasa Melayu 4 Usaha Kekeluargaan Keluarga Bahagia 5 Januari 2012 60 minit Pada akhir pembelajaran murid dapat : Murid dapat mendengar dan bertutur perkataan dan frasa.

ii)

Murid dapat membaca ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih sukukata.

iii)

Murid dapat menulis dengan betul dan kemas

Hasil Pembelajaran :

Fokus utama: 1.1 Mengemukakan maklumat dengan jelas dan tersusun 3.2.4 Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih sukukata,diftong,vokal berganding,digraf dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. 6.1 Menbaca kuat bahan sastera dan bukan sastera27

Kemahiran Bahasa

:

Kemahiran Mendengar dan kemahiran bertutur Kemahiran membaca dan kemahiran menulis

Sistem bahasa Ilmu Nilai

: : :

Ayat tunggal dan ayat majmuk Bahasa Melayu , Perhubungan Kasih sayang,taat,hemah tinggi,baik hati : ( KBT )

Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir Kemahiran Belajar Kecerdasan Pelbagai Pengetahuan sedia ada : : : :

Memberikan pendapat, menghubungkaitkan Menerima maklumat,memproses dan melaporkan Interpersonal,naturalis , emosi Murid dapat menceritakan pengetahuan dan

pengalaman mereka mengenai keluarga mereka BBB : Kad imbasan,buku tulis.alat tulis.

Langkah

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Langkah 1

Murid-murid di minta menonton adegan sebuah keluarga sedang berehat di halaman rumah.

Set Induksi ( 5 minit ) i) Ibu bapa sebuah keluarga sedang melayan anak-anak mereka di halaman rumah sambil minum petang ii)Guru bersoal jawab dengan murid28

KB : menyoal KB :Menghubungkait Kemahiran Kecergasan : 1. Verbal Linguistik,Interpersonal 2.Kinestetik

Adakah murid faham apa BBB: VCD maksud yang yang telah dapat ditunjukkkan

Apakah tersebut

dilihat di dalam drama 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran hari ini.

Langkah 2

Guru memberikan penjelasan

Langkah 1 ( 20 minit )

KB :Menyoal

1. Guru menjelaskan kepada ii)Mendengar aktif pelajar tentang definisi dan maksud kekeluargaan 2. Guru menerangkan langkah demi langkah. 3. Guru menyuruh murid BCB :mendengar dengan aktif KB : Pemikiran kreatif ii)Pemikiran Konstruktif

menyatakan sikap yang betul apabila melayan keluarga 4. Guru bertanya kepada murid mengapa perlu hubungan keluarga yang erat Langkah 3 Guru memberi latihan kepada murid-murid di papan tulis Langkah 2 ( 15 minit ) 1. Guru memulakan alat yang Langkah Kemahiran Belajar: aktiviti i)Menyoal bantu telah ii)Mendengar aktif

menggunakan mengajar disediakan.

aktiviti iii)Menulis

29

adalah seperti berikut : 2. Guru menunjukkan satu carta Kemahiran Kecerdasan gambar keluarga yang riang dan mesra. 3.Murid dikehendaki menulis arahan bagi setiap langkah mengikut langkah-langkah. 4.Murid boleh berbincang dengan rakan-rakan. 5. Murid diberikan lembaran kerja bergambar. Pelbagai: i)Visual ruang ii)Interpersonal

Langkah 5

Guru membuat rumusan pembelajaran hari ini. Guru menanyakan soalan kepada murid Guru menanyakan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Penutup( 5 minit ) Guru meminta murid membuat Rumusan tentang tajuk pelajaran Guru membuat rumusan p&p hari ini.

Murid

digalakkan

mengumpul maklumat tambahan berkaitan kebersihan.

1. Guru meminta murid membuat Murid dengan bantuan guru. 2. Guru memberikan rumusan pengajaran30

dibimbing

rumusan tentang tajuk pelajaran merumuskan kemahiran yang di ajar hari ini.

dan

pembelajaran

yang telah berlangsung pada hari Murid ini.

digalakkan

mengumpul maklumat tambahan yang dalam contoh lain. terdapat beberapa

31

2.2 Sesi Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU Mata Pelajaran Tahun Tema Tajuk Tarikh Masa Objektif i) : : : : : : : Bahasa Melayu 4 Usaha Minggu Kokurikulum Hari kantin 7 Mac 2012 60 minit Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Murid dapat mendengar intonasi dalam soalan tanpa kata tanya

ii)

Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menerima kawan baru.

iii)

Murid dapat membaca ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Hasil Pembelajaran :1.1Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan ungkapan,ayat,sebutan,intonasi dan nada yang sesuai. Aras 1 i) Mendengar dan mengecam intonasi dalam soalan tanpa kata tanya Aras 2 ( ii ) Mengemukakan maklumat dengan jelas dan tersusun.

32

Kemahiran Bahasa

:

Kemahiran Mendengar,Kemahiran bertutur, Kemahiran Membaca

Sistem bahasa Ilmu Nilai

: : :

Ayat tunggal, ayat majmuk, ayat arahan Bahasa Melayu , Kajian Tempatan Menghayati, menghormati dan menghargai : ( KBT )

Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir Kemahiran Belajar Kecerdasan Pelbagai Pengetahuan sedia ada : : : :

Memberikan pendapat Menerima maklumat,memproses dan melaporkan Interpersonal,naturalis dan emosi Murid dapat menceritakan pengetahuan dan

pengalaman mereka mengenai makanan kegemaran mereka. BBB : Kad imbasan,buku teks,buku tulis.alat tulis.

Langkah Langkah 1

Isi Kandungan Murid-murid di nama-nama makanan kegemaran masing-masing

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Set Induksi ( 5 minit ) menyebut makanan kegemaran masingmasing ii)Murid diminta menerangkan di mana boleh didapati makanan tersebut iii)guru menjelaskan33

Catatan KB : menghubungkait BCB : mendengar keterangan dari kawan-kawan BBB: Gambar

minta menyebut i)Murid diminta

tujuan aktiviti tajuk pengajaran yang akan Langkah 2 Guru menyuruh murid-murid membaca senyap petikan di dalam buku teks diajari pada hari itu Langkah 1 ( 15 minit ) i)Murid dikehendaki membaca petikan dalam buku teks ii) Murid diminta menyatakan arahanarahan yang terdapat dalam petikan iii)Murid-murid yang lain dikendaki mendengar arahan yang dibaca rakan mereka dan mengulang Langkah 3 Guru menyuruh murid-murid mengemukaka n arahan secara sepontan kepada rakan arahan tersebut Langkah 2 ( 15 minit ) i)Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan ii)Murid-murid melantik seorang ketua kumpulan iii)Setiap ketua kumpulan menerima arahan dari guru untuk disampaikan kepada ahli kumpulan secara giliran secara berbisik iv)Murid-murid terakhir setiap kumpulan akan34

KB :menjana idea BCB :mendengar dengan aktif BBB: -

melaporkan kepada guru arahan yang diterima. Langkah 4 Guru memberi latihan kepada murid-murid Aktiviti Pengayaan : Menulis ayat arahan berdasarkan ayat arahan dalam kumpulan Aktiviti Pemulihan : Mengisi tempat kosong Langkah 5 Guru membuat rumusan pembelajaran hari ini. Guru menanyakan soalan kepada murid Penutup ( 5 minit ) i)Murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka. ii)Murid menyatakan35

Langkah 3 ( 20 minit ) i)Guru menanyakan tahap pemahaman murid-murid terhadap pembelajaran pada hari tersebut ii)Guru memberi latihan kepada murid iaitu membina ayat menggunakan kata iii)Guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan

KB : Menjana idea Menghubungkaitkan,membuat inferens BCB : Mengumpul,memproses mencatat. KP : Intrapersonal,interpersonal,verballinguistik Nilai : kerjasama, menghargai BBB: Buku Latihan

yang digunakan arah yang sesuai

Guru menanyakan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari ini.

2.3 Sesi Pengajaran Kemahiran Membaca dan Menulis RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) Mata pelajaran : Bahasa Melayu36

Tahun : 5 Orked Bilangan Murid : 32 orang Tema : Kebudayaan Tajuk : Perayaan di Malaysia Tarikh : 12 Februari 2012 Masa : 60 minit Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat; i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan. ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia. iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masing-masing dengan menggunakan ayat majmuk yang betul. Hasil Pembelajaran: 1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai. Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca. Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca. 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

37

Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar. Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi. lmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan Menghargai. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori. Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan. Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi. Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah. BBB : Power point, buku latihan dan alat tulis. ISI PELAJARAN Set Induksi (5 minit) AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN i)murid diminta untuk melihat salinan keratan ii)murid diminta untuk membezakan jenis perayaan mengikut kaum dan menceritakan pengalaman mereka. iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan38

CATATAN Murid diberi salinan keratan ganbar yang berkaitan terdapat di Malaysia.

akhbar dan menghayatinya. dengan satu perayaan yang

Guru memberi teks cerita yang bertajuk

diajari pada hari itu.

Perayaan Di Malaysia melalui akhbar.

Langkah 1 (15 minit)

i)murid dikehendak salah satu pautan yang disediakan. ii)murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul. iii)murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut. iv)kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut. i untuk mengelik salah satu pautan yang disediakan

Guru mengadakan perbincangan kumpulan antara murid-murid dan melakukan pembentangan melalui power point.

Langkah 2 (15 minit)

i)murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.39

Guru memberi latihan kepada murid-murid.

ii)murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. iii)murid dikehendaki membentangkan perbezaan antara perayaan yang terdapat di Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. iv)kemudian kumpulan yang berjaya menyiapkan dahulu akan membentangkan hasil perbincangan mereka dan mereka akan mendapat ganjaran. v)guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka. Langkah 3 (20 minit) i)guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih40

Aktiviti Pemgayaan: Menulis karangan pendek berdasarkan tajuk yang diberi. Aktiviti Pemulihan: Menyudahkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong.

Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang

tidak memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut. ii)guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan perayaan di Malaysia. iii)guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan teks cerita yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong. KB : menjana idea, Penutup (5 minit) i)murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahanbahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka. ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada41

telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari. Guru juga menayakan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -bekerjasama

hari tersebut.

BCB: menonton dengan

REFLEKSI Alhamdulillah pada akhirnya penulis dapat juga menyiapkan tugasan yang diberikan dengan mengikut ketetapan masa yang diberikan.Pada awalnya penulis amat tertekan42

terutama dalam mencari dan menghuraikan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran kemahiran bahasa.Namun dengan kerjasama rakan-rakan seperjuangan penulis dapat menghasilkan juga tugasan ni. Cabaran terbesar adalah kekangan masa kerana banyak tugas-tugas rasmi di sekolah dan masa bersama keluarga terpaksa dibahagi-bahagikan demi menyiapkan tugasan ini. Ditambah dengan pengumuman kerajaan untuk menaikkan gaji kaki tangan awam sebanyak 13% telah merentap semangat penulis kerana merasakan tiada sebab untuk meneruskan pengajian lantaran gaji yang naik mendadak. Namun berkat nasihat isteri tercinta yang menggalakkan penulis untuk belajar dan menyiapkan tugasan ini dengan niat untuk menghadiahkan segulung ijazah buat isteri yang banyak berkorban untuk penulis selama ini. Akhirnya penulis mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Pensyarah yang kami gelarkan abang kepada kami telah bersungguh-sungguh memberi bimbingan kepada kami semasa kami melaksanakan tugasan ini.Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang memberikan nasihat serta dorongan dalam menyapkan tugasan ini. Sekian. Rubaie bin Maksom, BMM2 PPG Ambilan Jun 2011. IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

Bibliografi Arbak Othman (1985)Mengajar Tatabahasa, Dewan Bahasa & Pustaka,Kuala Lumpur.43

Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.

Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London.

Rahimah Sabran & Rahim Syam (1985) Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Tang, Chee Yee (1988) "Panduan Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.

Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd., West Vancouver.

44

45

46