20
KONSEP FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Menurut Kamus Dewan, fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Bunyinya yang seakan-akan bunyi bahasa atau bunyi - bunyi lain. Selain itu, bahasa yang dihasilkan oleh bukan manusia tetapi bunyi itu menyerupai bunyi bahasa manusia iaitu bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia yang bukan daripada organ-organ. Mala, cara penghasilannya bukan yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan manusia. Ia mungkin dihasilkan oleh alat artikulasi tetapi tidak digunakan dalam pertuturan. Misalnya bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi sendawa, bunyi dehem, bunyi berdengkur dan yang seakan-akannya bukanlah dalam penelitian ilmu fonetik. Hal ini bererti fonetik meneliti bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia dalam pertuturan darisegi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Di samping bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia itu, bidang fonetik juga meneliti penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Aspek penelitian fonetik ada tiga iaitu, penelitian penghasilan bunyi bahasa yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan manusia dalam berkomunikasi itu dikenali sebagai pengkajian fonetik artikulasi. Penelitian yang kedua, penyampaian bunyi bahasa, iaitu bagaimana arus udara bergetar antara mulut penutur ke telinga sipendegar itu dikenali sebagai pengkajian fonetik akustik. Manakala yang terakhir penelitian penerimaan bunyi bahasa dalam proses pendengaran, iaitu bagaimana nada, kelantangan, kepanjangan dan kualiti bunyi serta tindak balas pendengar untuk mengetahui rangsangan fizikal yang didengarinya itu dikenali sebagai pengkajian fonetik auditori. SIMBOL DAN HURUF VOKAL BAHASA MELAYU - Jadual 1.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu

Konsep Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu (2)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

Citation preview

KONSEP FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUMenurut Kamus Dewan, fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Bunyinya yang seakan-akan bunyi bahasa atau bunyi - bunyi lain. Selain itu, bahasa yang dihasilkan oleh bukan manusia tetapi bunyi itu menyerupai bunyi bahasa manusia iaitu bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia yang bukan daripada organ-organ. Mala, cara penghasilannya bukan yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan manusia. Ia mungkin dihasilkan oleh alat artikulasi tetapi tidak digunakan dalam pertuturan. Misalnya bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi sendawa, bunyi dehem, bunyi berdengkur dan yang seakan-akannya bukanlah dalam penelitian ilmu fonetik.Hal ini bererti fonetik meneliti bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia dalam pertuturan darisegi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Di samping bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia itu, bidang fonetik juga meneliti penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Aspek penelitian fonetik ada tiga iaitu, penelitian penghasilan bunyi bahasa yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan manusia dalam berkomunikasi itu dikenali sebagai pengkajian fonetik artikulasi. Penelitian yang kedua, penyampaian bunyi bahasa, iaitu bagaimana arus udara bergetar antara mulut penutur ke telinga sipendegar itu dikenali sebagai pengkajian fonetik akustik. Manakala yang terakhir penelitian penerimaan bunyi bahasa dalam proses pendengaran, iaitu bagaimana nada, kelantangan, kepanjangan dan kualiti bunyi serta tindak balas pendengar untuk mengetahui rangsangan fizikal yang didengarinya itu dikenali sebagai pengkajian fonetik auditori.

SIMBOL DAN HURUF VOKAL BAHASA MELAYU Jadual 1.1: Simbol Vokal Bahasa MelayuHurufSimbol Fonetik

a[a]

e (pepet)[e]

e taling[]

i[i]

o[i]

u[u]

SIMBOL DAN HURUF KONSONAN SENGAUAN JADUAL 1.2 : Simbol Konsonan Bahasa Melayu

Bil.HurufSimbol Fonetik

1.b/b/

2.c/c/

3.d/d/

4.f/f/

5.g/g/

6.gh/x/

7.h/h/

8.j/j/

9.k/k/

10.kh/x/

12.l/l/

13.m/m/

14.n/n/

15.ng/n/

16.ny/n/

17.p/p/

18.q/q/

19.r/r/

20.s/s/

21.s/s/

22.t/t/

23.v/v/

24.w/w/

25.z/z/

Jadual 1.3: Simbol dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu

Konsonan RangkapSimbol Fonetik

gh[ ( ]

ny[ ]

ng[ ]

sy[ ]

th[ ( ]

dz[ ]

akh[ x ]

CARA PENGHASILAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN

VOKAL

BilBunyi BahasaHuraian dan Contoh

1Bunyi Vokal

Vokal Depan [ i ], [ e ], [ a ] Bahagian hadapan lidah berperanan menghasilkan bunyi vokal hadapan.

Contoh : saya, itu

Vokal Belakang [ u ], [ o ] Bahagian belakang lidah berfungsi menghasilkan vokal belakang. Contoh : untuk, orang

Vokal Tengah [ e ]

Bahagian tengah lidah berfungsi menghasilkan vokal tengah Emak, emas, engkau, lemas

2Bunyi Konsonan

Terdapat 26 konsonan iaitu:

(b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, r, s, t, v, w, y, z, ng, ny, sy, kh, gh, dz, th) Terdapat 18 konsonan asli dan 8 konsonan pinjaman. 8 konsonan pinjaman ialah

(f, v, z, sy, kh, gh, dz, th) Konsonan-konsonan ini merupakan pinjaman dari bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Contoh : kakak, kami, baca, buku, jalan, zaman, syarikat dan sebagainya.

Bunyi- bunyi vokal Melayu

Kedudukan vokal Bahasa Melayu

Terdapat enam jenis vokal iaitu vokal depan [ i ], [ e ], [ a ], vokal tengah [ ] serta vokal belakang terdiri daripada vokal [ u ] dan [ o ].

Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah dan bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah.

Manakala garis yang melintang menunjukkan garis ketinggian lidah yang dinaikkan. Sebagai contoh, bagi menghasilkan bunyi vokal [ i ] dan [ u ] lidah haruslah dinaikkan setinggi mungkin manakala untuk menghasilkan bunyi vokal [ a ], kedudukan lidah terletak paling rendah.

Kesimpulannya, dapat kita rumuskan bahawa alat artikulasi lidah merupakan kriteria penting dalam pembahagian bunyi vokal.

Jenis vokalKeadaan bibirKedudukan lidahLelangit dan anak tekakPita suaraBunyi vokal

Vokal depan

SempitHampar.Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah gusi.Menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar.Pita suara dirapatkan supaya udara keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.[ i ]

Separuh sempitBibir dihamparkan separuh sempit.Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.Dinaikkan untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar.Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru- paru keluar.[e ]

Separuh luasHampar separuh luas.Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.Dinaikkan untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar.Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru- paru dapat keluar.[ ]

Depan luasHampar Depan lidah diturunkan serendah mungkin.Dinaikkan menutup rongga hidung.Pita suara dirapatkan supaya udara dapat keluar.[ a ]

Vokal belakang

Belakang sempitBundar.Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin kearah lelangit lembut.Dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar.Pita suara dirapatkan.[ u ]

Belakang separuh sempitBundar.Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi kearah lelangit lembut.Dinaikkan supaya menutup rongga hidung.Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru- paru keluar ke rongga mulut menggetarkan pita suara.[ o ]

Belakang separuh luasBundarBelakang lidah dinaikkan kearah lelangit lembut.Dinaikkan untuk menutup rongga hidung.Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru- paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.[ ]

Vokal tengahHamparTengah lidah dinaikkan sedikit kea rah lelangit keras.Dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar dari rongga hidung.Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dar paru- paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara.[ ]

Cara penghasilan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu yang terbahagi kepada tiga iaitu;

vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang

Maksud vokal menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ), menyatakan bahawa semua vokal bersuara dan apabila vokal itu dihasilkan udara dari paru- paru akan keluar secara berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Selain itu, bunyi vokal mempunyai ciri- ciri kelantangan dan kepanjangan. Simbol bagi kepanjangan ialah dengan tanda garis pendek di atas huruf vokal atau tanda titik bertindih di sebelah kanan vokal. Contoh ialah [ a: ] atau [ ], [ u: ] atau [ ] dan [ i: ] atau [ ]. Selain itu, kriteria yang menentukan jenis- jenis vokal ialah lidah sama ada di bahagian hadapan, tengah atau belakang lidah. Bahagian hadapan lidah untuk bunyi vokal hadapan, tengah lidah untuk bunyi vokal tengah manakala bahagian belakang lidah untuk bunyi vokal belakang. Terdapat empat kriteria yang boleh dirumuskan tentang bunyi vokal iaitu bahagian hadapan lidah memainkan peranan penting sama ada bahagian hadapan, tengah atau belakang.

Ketinggian lidah sama ada tinggi, separuh tinggi, rendah atau separuh rendah, keadaan bibir sama ada bibir hampar atau bundar dan yang terakhir ialah pembukaan rahang sama ada luas atau sempit.

Keadaan bibir ketika membunyikan vokal.

Cara membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.

i. vokal depan sempit [ i ]

Lidah, rongga mulut dan bibir merupakan alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi ini. Manakala lelangit keras merupakan daerah artikulasi.

Bibir dalam keadaan terhampar. Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongnga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongnga mulut sambil menggetarkan pita suara.awaltengahakhir

Ikan [ #ikan# ]Bila [ #bila# ]Tali [ #tali# ]

Iman [ #iman# ]Sila [ #sila# ]Padi [ #padi# ]

ii. vokal depan separuh sempit [ e ]

Bibir berada dalam keadaan terhampar. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongnga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongnga mulut sambil menggetarkan pita suara.

awaltengahAkhir

Ekor [ #ewkor# ]Sepet [ #sepet# ]Sate [ #sate# ]

Elok [ #ewlo# ]Leher [ #leher# ]Kole [ #wkole# ]

iii. vokal depan luas [ a ]

Bibir berada dalam keadaan terhampar. Depan lidah diturunkan serendah mungkin. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melaluo rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

awaltengahAkhir

Aku [ #aku# ]Saya [ #saya# ]Kita [ #kita# ]

Alam [ #alam# ]Hati [ #hati# ]Bila [ #bila# ]

iv. vokal tengah pendek [ ]

Bibir berada dalam keadaan hampar dan bundar. Tengah lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lalangit keras. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

awaltengah

Emak [ #mak# ]Lelah [ #llah# ]

Empat [ #mpat# ]Tenat [ #tnat# ]

v. vokal belakang sempit [ u ]

Bibir berada dalam keadaan bundar. Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Bagi menutup rongnga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya tidak keluar melalui rongnga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongnga mulut sambil menggetarkan pita suara.

AwaltengahAkhir

Ulat [ #ulat# ]Bulat [ #wbulat# ] Dadu [ #dawdu# ]

Ulam [ #ulam# ]Sulam [ #wsulam# ]Batu [ #bawtu# ]

vi. vokal belakang separuh sempit [ o ]

Bibir berada dalam keadaan bundar. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui hidung. Oleh itu, udara keluar melaui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

awaltengahAkhir

Ombak [ #omba# ]Sorak [ #wsora# ]Soto [ #wsowto# ]

Obor [ #owbor# ]Bola [ #wbola# ]Koko [ #wkowko# ]

KONSONAN

Konsonan ini terdiri daripada bunyi letupan, sengau, letusan, getaran, sisian dan separuh vokal.

Fonem Konsonan I. Konsonan letupan

Daerah sebutan

Cara sebutan1

Dua

bibir2

Gusi3

Gusi

Lelangit

keras4

Lelangit keras5

Lelangit

Lembut6

Pita suara

Letupan tidak bersuaraptk

Letupan bersuarabdg

Letusan tak bersuara

Letusan bersuara

Sengauanmn

Geseran tak bersuaraS

Geseran bersuaraH

Getaran

Sisiani

Separuh vokalwy/j

konsonan letupan tak bersuara berlaku di pangkal, tengah dan akhir perkataan. Konsonan letupan bersuara tidak berlaku pada akhir perkataan melainkan dalam kata pinjaman. Contoh:

FonemAwalTengahAkhir

/p/payabapaatap

/t/talambatasikat

/k/kolamlukaArak

Semua letupan bersuara boleh berlaku pada awal dan tengah perkataan.

Penggunaan letupan bersuara pada akhir perkataan hanya berlaku pada kata pinjaman sahaja. Fonem /k/ yang berlaku pada akhir perkataan itu sebenarnya adalah hentian glotis. Walau bagaimanapun hentian glotis ini tidak membezakan makna apabila dikontraskan dengan [k]. tidak ada perbezaan antara [ara] dan [arak]. Oleh sebab itu [k] dan [] bukanlah dua fonem yang berlainan, dan tidak diberi lambang huruf yang berlainan. Contohnya:

FonemAwalTengahAkhir

/b/bayarlababab (Arab)

/d/dua kudahad (Arab)

/g/getahragabeg (Arab)

II. Konsonan sengau

Ada empat bunyi konsonan sengau /m, n/ dan // berlaku pada:

awal, tengah dan akhir perkataan. Contoh:

FonemAwalTengahAkhir

/m/Mainlamamalam

/n/nasi sanaikan

//amantaa-

//aa buabua

III. Konsonan getaran

Hanya ada satu getaran /r/ yang boleh berlaku pada awal, tengah dan akhir kata.

FonemAwalTengahAkhir

/r/ratamarapasar

IV. Konsonan sisian

Hanya ada satu sisian /l/ yang boleh berlaku pada awal, tengah dan akhir kata.

FonemAwalTengahAkhir

/l/larigalibakal

V. Konsonan pinjaman

Ada sepuluh konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu. Semuanya dipinjam daripada bahasa Arab dan Inggeris. Bunyi konsonan yang kita pinjam ada sepuluh. Semuanya adalah fonem konsonan geseran. Fonem-fonem pinjaman ini berasal dari perkataan-perkataan pinjaman. Ada bunyi yang disesuaikan dengan bunyi bahasa Melayu dan ada yang bervariasi bebas dengan fonem-fonem asli. Daripada sepuluh fonem pinjaman ini, Sembilan dipinjam daripada bahasa Arab, dan satu daripada bahasa Inggeris, iaitu fonem /v/. fonem /f/ juga dipinjam daripada bahasa Inggeris, tetapi fonem ini terlebih dahulu sudah dipinjam daripada bahasa Arab.

HurufFonemContoh Penggunaan

f/f/filem

v/v/variasi

th//mithal (misal)

dh//dharab (darab)

z/z/zaman

sy//mesyuarat

kh/x/khat

gh/ghaib