48
Pensyarah : En. Teo Liong Chaw HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Nurhaimi Binti Abdul Rahman PISMP PK5 Jan 2010 Sem 3

Konsep-konsep Asimilasi Dll

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Pensyarah : En. Teo Liong

Chaw

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Nurhaimi Binti Abdul Rahman

PISMP PK5 Jan 2010Sem 3

Nurhaimi Binti Abdul Rahman

PISMP PK5 Jan 2010Sem 3

Page 2: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Tajuk Tutorial1)Jelaskan konsep Segregasi, Akomodasi, Akulturasi, Asimilasi & Amalgamasi beserta contoh yang sesuai.

2)Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada perpaduan & integrasi nasional.

Page 3: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Konsep Perpaduan dan Integrasi

Perpaduan : satu proses yang menyatupasukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk identiti dan nilai bersama.

Integrasi : satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah

Page 4: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Unsur-unsur Integrasi : Integrasi Wilayah : mengurangkan jurang

perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik & sosial antara wilayah

Integrasi Ekonomi : mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik

Integrasi kebudayaan : pembentukan satu kebudayaan kebangsaan

Page 5: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Integrasi Sosial : usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial (sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dll)

Integrasi Pendidikan : mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani & sosial.

Integrasi Politik : kerjasama & pembahagian kuasa politik

Page 6: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah dan integrasi ialah satu proses yang amat kompleks.

Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan yang berbentuk sebati iaitu amalgamasi.

Page 7: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Konsep Segregasi• Merupakan pemisahan & pengasingan

antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.

• Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan , pengangkutan & kemudahan awam.

• Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksanakan antara tahun 1948-1994.

Page 8: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Konsep Akomodasi• Merupakan proses yang menyebabkan setiap

kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yang lain & tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

• Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan/mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau untuk selama-lamanya

Page 9: Konsep-konsep Asimilasi Dll

• Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yang berasingan.

• Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi & pendidikan & mereka saling bergantung.

• Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni (penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama & kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik).

Page 10: Konsep-konsep Asimilasi Dll

• Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik.

• Kejayaan atau berkesannya “penyesuaian” sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintahan dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.

• Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

Page 11: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Konsep Asimilasi • Satu proses percantuman dan penyatuan di

antara kelompok /individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

• Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala individu/kelompok ke dalam kelompok lain.

• Satu proses yang berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.

Page 12: Konsep-konsep Asimilasi Dll

• Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.

• Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai.

• Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi.

• Namun, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Page 13: Konsep-konsep Asimilasi Dll

• Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama.

• Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting :

- Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka

- Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain.

- Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik.

Page 14: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Konsep AmalgamasiSatu proses penyatuan pelbagai kumpulan

etnik dari segi biologi.Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan

pelbagai kumpulan etnik dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu.

Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.

Page 15: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Syarat : kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian.

Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku)

Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asal mereka.

Page 16: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Konsep Akulturasi• Satu proses penyerapan unsur-unsur

kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain.

• Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yang berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yang berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut.

Page 17: Konsep-konsep Asimilasi Dll

• Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yang bakal terjadi terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal.

• Akulturasi lebih mudah dicapai dalam budaya yang bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian Barat.rima.

• Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima

Page 18: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Masalah Perpaduan Dan Integrasi Nasional

Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia.

Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum,berasaskan persamaan hak dan keadilan”

Page 19: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi ”Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum ,bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara’.

Page 20: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk ”Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang” iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja.

Page 21: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Perpaduan dan Integrasi Nasional

Rusuhan kaumPerbezaan agama dan budayaPendidikan (FPK,vernakular)Kestabilan politikPembasmian kemiskinanPenyusunan Semula Masyarakat

Page 22: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Rusuhan kaumPenjajahan British melalui dasar pecah dan

perintah serta mementingkan kuasa dan ekonomi menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaum dan wilayah.

Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan peluang yang sewajarnya.

Page 23: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik yang telah menimbulkan isu-isu sensitif yang menyentuh kaum tertentu.

Kehilangan dua pertiga majoriti parti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan beberapa pemimpin parti pembangkang dan penyokong mereka yang menimbulkan perasaan saling membenci dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Page 24: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Kemuncak manifestasi perkauman ini ialah peristiwa berdarah13 Mei 1969.

Kerajaan bertindak pantas dengan menubuhkan sebuah badan khas yang dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Majlis ini dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin, adil dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum.

Page 25: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan nasional sukar dicapai jika terdapat jurang perbezaan yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi, politik dan sosial antara rakyat pelbagai kaum.

Page 26: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Perbezaan Agama dan BudayaPerbezaan budaya dan agama merupakan

salah satu lagi punca berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia.

Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu.

Page 27: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Disamping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian.

Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia.

Page 28: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia yang menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain.

Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.

Page 29: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Kestabilan PolitikSelepas 13 Mei 1069, parti-parti politik

mula menyedari kepentingan bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum.

Penyatuan fahaman politik melalui sistem kerajaan campuran dicadangkan bagi mengurangkan perpecahan politik & sesuai dengan pindaan perlembagaan 1971.

Page 30: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Barisan Nasional ditubuhkan dengan dianggotai pertubuhan kebangsaan melayu bersatu(UMNO), Parti Islam se malaysia(PAS), Kongres india Malaysia (MIC) dan persatuan cina Malaysia (MCA) serta 6 lagi parti politik.

Rombakan politik ini berjaya kerana semua pihak mula memahami kepentingan perpaduan kaum.

Sehingga ke hari ini, Barisan Nasional masih kekal walaupun terdapat perpecahan pada struktur asal penubuhannya.

Page 31: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum (Dasar Ekonomi Baru)Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk

merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati antara satu sama lain.

Page 32: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah.

Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut:

a) Penyediaan infrastruktur parit dan tali air termasuk pemberian subsidi dan kredit bagi membolehkan pesawah melaksanakan penanaman padi dua kali setahun.

Page 33: Konsep-konsep Asimilasi Dll

b) Menyediakan skim penanaman semula yang menggalakkan penggunaan benih kacukan berhasil tinggi, termasuk pemberian kredit dan subsidi sara hidup serta bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yangditujukan kepada pekebun kecil.

c) Menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi kepada nelayan untuk membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan yang perlu dan lebih berguna

Page 34: Konsep-konsep Asimilasi Dll

d) Melaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang membolehkan penghuni desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya skim anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA).

e) Melaksanakan penyediaan kemudahan sosial seperti klinik, hospital, sekolah ,bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai peniaga kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah.

Page 35: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Penyusunan Semula Masyarakat

Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara.

Page 36: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990.

Page 37: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB:

i) Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan kurang berupaya.

ii) Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu

iii) Menyusun semula pemilikan ekuiti.

Page 38: Konsep-konsep Asimilasi Dll

iv) Melatih dan membentuk para usahawan dan pedagang baru di kalangan masyarakat bumiputera.

v) Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar Bumiputera.

vi) Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta.

Page 39: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Untuk memastikan DEB akan berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut menggembleng tenaga jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrumen DEB.

Antara perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan meningkatkan taraf ekonomi kaum Bumiputera ialah:

1. Permodalan Nasional Berhad (PNB).2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).

Page 40: Konsep-konsep Asimilasi Dll

3. Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).

4. Bank Negara.5. Bank Pembangunan Malaysia Berhad.6. Skim Amanah Saham Bumiputera.7. Majlis Amanah Rakyat (MARA).8. Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN).

Page 41: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara

Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu.

Page 42: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Page 43: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

Page 44: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.

Page 45: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan.

Page 46: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983.

Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat- sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.

Page 47: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Penutup

Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perkara yang amat penting untuk membentuk satu negara yang utuh.

Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah berusaha sehingga ke hari ini untuk membentuk perpaduan kaum di Malaysia meliputi segala aspek; ekonomi, politik dan sosial bagi memastikan Malaysia mampu maju seiring dengan negara lain di dunia.

Page 48: Konsep-konsep Asimilasi Dll

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu sentiasa berdoa semoga negara yang disayangi ini terus aman makmur, bersatu padu, maju dan yang pasti akan tetap kekal di tangan orang Melayu sebagai penerajunya.