12
Johor Bahru, 22 Oktober - Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang meluas digunakan di seluruh dunia. Di setiap negeri Komanwel khasnya, hampir semua rakyat tempatan tahu berbahasa Inggeris. Ini lebih-lebih lagi dalam media cetak dan elektronik yang begitu banyak menggunakan medium bahasa Inggeris. Seperti titah ucapan Tuanku Canselor, DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-57, “Dalam era globalisasi kini, saya percaya penguasaan ilmu bahasa Inggeris amat penting sekali. Oleh yang demikian, bagi menjadikan seseorang graduan itu lebih menonjol dan menyerlah dalam dunia pekerjaan, mereka bukan sahaja dinilai melalui keputusan akademik yang diperoleh, namun kemahiran berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris yang baik turut diambil kira.” Kejayaan seseorang yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik memang tidak disangkal lagi. Kemahiran ini bukan sahaja memudahkan penerokaan ilmu baru tetapi juga menjadikan seseorang itu berkomunikasi dengan semua lapisan manusia. Tambah Tuanku Canselor lagi, “Justeru, saya amat berbangga apabila ramai anak-anak Malaysia yang berjaya menempa nama, kejayaan dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa, sekali gus berjaya menguasai bahasa lingua franca ini dengan fasih sekali. Saya juga mengesyorkan agar semua staf akademik dan staf pentadbiran dapat menguasai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris supaya semua urusan dengan pihak luar dapat disempurnakan dengan lancar. Syor bagi staf UTM sama ada staf Akademik mahupun pentadbiran, perlu menguasai bahasa Inggeris bukan cerita kosong. Untuk pengantarabangsaan dan hala tuju Universiti ke arah globalisasi, 100% memerlukan penguasaan bahasa Inggeris.” Tuanku Canselor turut berbangga dengan impak positif hasil penubuhan Kelab Bahasa Inggeris Canselor UTM. Ramai dalam kalangan mahasiswa khasnya berupaya ke hadapan kesan menguasai Bahasa Inggeris. Bil. 80/2016 22 MUHARAM 1438H 23 OKTOBER 2016 Sesi iI & III Konvokesyen Ke-57

Konvokesyen Ke-57 Sesi iI & III 23 OKTOBER 2016 22 MUHARAM ... · Kertas Matematik, SPM, manakala di peringkat antarabangsa pula turut dilantik sebagai ahli National Council of Teachers

  • Upload
    others

  • View
    14

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Konvokesyen Ke-57 Sesi iI & III 23 OKTOBER 2016 22 MUHARAM ... · Kertas Matematik, SPM, manakala di peringkat antarabangsa pula turut dilantik sebagai ahli National Council of Teachers

Johor Bahru, 22 Oktober - Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang meluas digunakan di seluruh dunia. Di setiap negeri Komanwel khasnya, hampir semua rakyat tempatan tahu berbahasa Inggeris. Ini lebih-lebih lagi dalam media cetak dan elektronik yang begitu banyak menggunakan medium bahasa Inggeris. Seperti titah ucapan Tuanku Canselor, DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-57, “Dalam era globalisasi kini, saya percaya penguasaan ilmu bahasa Inggeris amat penting sekali. Oleh yang demikian, bagi menjadikan seseorang graduan itu lebih menonjol dan menyerlah dalam dunia pekerjaan, mereka bukan sahaja dinilai melalui keputusan akademik yang diperoleh, namun kemahiran berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris yang baik turut diambil kira.”

Kejayaan seseorang yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik memang tidak disangkal lagi. Kemahiran ini bukan sahaja memudahkan penerokaan ilmu baru tetapi juga menjadikan seseorang itu berkomunikasi dengan semua lapisan manusia. Tambah Tuanku Canselor lagi, “Justeru, saya amat berbangga apabila ramai anak-anak Malaysia yang berjaya menempa nama, kejayaan dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa, sekali gus berjaya menguasai bahasa lingua franca ini dengan fasih sekali. Saya juga mengesyorkan agar semua staf akademik dan staf pentadbiran dapat menguasai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris supaya semua urusan dengan pihak luar dapat disempurnakan dengan lancar. Syor bagi staf UTM sama ada staf Akademik mahupun pentadbiran, perlu menguasai bahasa Inggeris bukan cerita kosong. Untuk pengantarabangsaan dan hala tuju Universiti ke arah globalisasi, 100% memerlukan penguasaan bahasa Inggeris.” Tuanku Canselor turut berbangga dengan impak positif hasil penubuhan Kelab Bahasa Inggeris Canselor UTM. Ramai dalam kalangan mahasiswa khasnya berupaya ke hadapan kesan menguasai Bahasa Inggeris.

Bil. 80/201622 MUHARAM 1438H23 OKTOBER 2016Sesi iI & III Konvokesyen Ke-57

Page 2: Konvokesyen Ke-57 Sesi iI & III 23 OKTOBER 2016 22 MUHARAM ... · Kertas Matematik, SPM, manakala di peringkat antarabangsa pula turut dilantik sebagai ahli National Council of Teachers
Page 3: Konvokesyen Ke-57 Sesi iI & III 23 OKTOBER 2016 22 MUHARAM ... · Kertas Matematik, SPM, manakala di peringkat antarabangsa pula turut dilantik sebagai ahli National Council of Teachers

Profesor Dr. Ismail bin Kailani

Terima Profesor Emeritus

UTM sekali lagi memberi kepercayaan kepada beliau untuk melakukan perubahan dan menambahbaik Sekolah Pendidikan Berterusan dan Pendidikan Profesional (SPACE) dengan melantiknya sebagai Pengarah pada tahun 1998. Beliau berjaya memantapkan SPACE dengan mengadakan peraturan akademik pengajian separuh masa, membangunkan peraturan, sistem kewangan dan pengurusan berkomputer yang disepadukan.

Berdasarkan pengalaman dan keupayaan melakukan penambahbaikan dan mengutamakan kualiti, beliau dilantik sebagai Ketua Kumpulan Proses Majlis Kualiti UTM-Anugerah Kualiti Perdana Menteri. Hasil sokongan padu dan kerjasama lain-lain kumpulan proses, maka UTM telah berjaya menjadi universiti pertama di Malaysia menerima Anugerah Kualiti Perdana Menteri pada tahun 1999.

Dalam menerajui Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), beliau terlibat secara langsung dalam meningkatkan aktiviti penyelidikan, perundingan, pengkomersilan, serta dana penyelidikan. Di samping itu, pembangunan sistem dan fizikal Berjaya dirancakkan sehingga RMC berjaya mempunyai sistem pengurusan berkomputer (RADIS).

Semasa beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), beliau telah menerajui pembangunan berskala besar yang telah berjaya dilaksanakan di UTM, antaranya projek pembangunan fizikal Fasa 4 di bawah Rancangan Malaysia ke-9, iaitu pembinaan kluster baharu fakulti, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, dan juga Stadium UTM.

Di luar universiti pula, beliau adalah seorang yang aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, akademik, dan juga profesional. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua PIBG-SIGS (1990-2000), Yang Dipertua Persatuan Pendidikan Matematik dan Sains Negeri Johor (1991-2006), Pegawai Pemerintah Pasukan JPA3 - UTM (2004-2005), Supritenden Sukarelawan Polis, dan Timbalan Komanden SUKSIS - UTM (2006-2013). Di peringkat Negara, beliau terlibat sebagai Pemeriksa dan Ketua Pasukan Pemeriksa Kertas Matematik, SPM, manakala di peringkat antarabangsa pula turut dilantik sebagai ahli National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) Amerika Syarikat, serta ahli Kappa Delta Pi, sebuah Honors Society dalam Bidang Pendidikan di Amerika Syarikat.

Pencapaian lain yang diperoleh Dr. Ismail ialah Anugerah Jasa Bakti UTM (1995), Anugerah Kemasyarakatan UTM (1996), Anugerah Khidmat Cemerlang UTM (1997), Kesatria Mangku Negara (2002), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2004), dan Anugerah Jasa Setia UTM (2006).

Johor Bahru, 22 Oktober –

Bersempena dengan Majlis Konvokesyen Kali ke-57 UTM,

mantan Profesor Pendidikan UTM, Profesor Dr. Ismail bin Kailani telah dianugerahkan gelaran

Profesor Emeritus. Anugerah ini adalah sebagai penghargaan di atas sumbangan dan jasa beliau yang besar terhadap pembangunan pendidikan tinggi di UTM.

Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Muar dan Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dalam bidang Matematik dan Diploma Pendidikan, diikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di Ohio University, Amerika Syarikat.

Beliau telah berkhidmat di UTM selama 42 tahun sejak Jun 1974 hingga Mac 2015. Memulakan kerjaya di UTM sebagai Penolong Pensyarah Matematik di Pusat Pengajian Sains, beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan penting di UTM, antaranya Timbalan Naib Canselor (Pembangunan); Dekan Fakulti Pendidikan; Dekan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC); Timbalan Dekan (tiga kali); Pengarah Sekolah Pendidikan Berterusan dan Pendidikan Profesional (SPACE); dan Ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Teknik.

Dr. Ismail adalah salah seorang daripada pengasas utama kepada penubuhan Fakulti Sains (FS), selain merupakan penggerak penting kepada tertubuhnya Fakulti Pendidikan (FP) di UTM. Di bawah kepimpinannya sebagai Dekan Fakulti Pendidikan, beliau telah berjaya mengembangkan program pengajian peringkat Ijazah Pertama serta melonjakkan program pengajian siswazah sehingga FP merupakan fakulti dengan bilangan pelajar siswazah yang ramai. Malah di bawah kepimpinan beliau ketika itu, pengurusan fakulti terus berjaya dimantapkan dan diurus dengan cemerlang sehingga berjaya menerima Anugerah Kualiti Naib Canselor.

Page 4: Konvokesyen Ke-57 Sesi iI & III 23 OKTOBER 2016 22 MUHARAM ... · Kertas Matematik, SPM, manakala di peringkat antarabangsa pula turut dilantik sebagai ahli National Council of Teachers

Johor Bahru, 22 Oktober - Penganugerahan ijazah kepada graduan menandakan satu fasa baru dalam kehidupan

seseorang insan lepasan menara gading. Dengan ijazah yang diperoleh, sudah tentu kemahiran mengikut bidang ijazah

mampu menjadikan graduan memberi khidmat kepada masyarakat mahupun bekerja sendiri.

Menurut YBhg. Datuk Naib Canselor UTM ketika berucap dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-57 baru-baru ini, “pada

hemat saya, menerima segulung ijazah adalah satu batu tanda (milestone) dalam kehidupan, bukan destinasi atau garis penamat dalam mencari ilmu. Dengan pengijazahan ini, anda

kini secara meritnya layak untuk diberi sesuatu peranan khusus mengikut disiplin ilmu yang dimiliki. Anda boleh ditugaskan

sebagai jurutera, arkitek, perancang, juruukur bahan, pendidik, pengurus dan sebagainya. Atau anda boleh memilih untuk menjadi usahawan. Bagi penerima ijazah yang lebih tinggi, iaitu Sarjana dan Ph.D, ruang lingkup tanggungjawab dan potensi anda pastinya lebih besar. Saudara-saudari boleh menjadi agen perubahan bukan sahaja kepada diri, malah

keluarga, masyarakat dan negara, malah boleh menjangkau ke peringkat global. Tanamlah azam untuk menjadi manusia yang

menyumbang kepada kebaikan dan kesejahteraan walaupun dengan peranan dan tindakan yang paling kecil.”

Sebagai agen kepada perubahan masyarakat, kemahiran berinovasi turut memainkan peranan. Kemahiran tersebut

memang ditanam dalam kalangan graduan UTM dan sentiasa digalakkan. Selain kemahiran akademik dan kepintaran inovasi,

kemantapan rohani turut memainkan peranan penting untuk menjadi agen perubahan cemerlang.

Tambah Datuk Naib Canselor lagi, “namun ilmu dan kemahiran teknikal semata-mata tidak memadai untuk

mencipta kejayaan dalam hidup anda dan seterusnya mencipta masa depan yang lebih baik untuk masyarakat dan negara.

Kita perlu melengkapkan diri dengan nilai-nilai yang baik dan memahami tujuan kita hidup di dunia ini. Antaranya memiliki

akhlak dan adab yang baik, berdisiplin, berintegriti, dan sentiasa ingat bahawa kita perlu bertanggungjawab atas apa saja

yang kita lakukan.Tanpa ciri-ciri ini ilmu yang kita miliki boleh mendatangkan bahaya besar. Banyak contoh dapat dilihat

betapa ada manusia berilmu boleh menjadi perosak kepada kesejahteraan, dalam skala yang amat besar. Ilmu disalah guna demi kepentingan diri. Amanah dan tanggungjawab dikesampingkan demi memuaskan nafsu sendiri. Oleh itu, saudara saudari perlu berhati-hati. Jauhkan daripada sifat

mementingkan diri (selfishness), sebaliknya sentiasa amalkan sifat tidak mementingkan diri sendiri (selflessness).”

Page 5: Konvokesyen Ke-57 Sesi iI & III 23 OKTOBER 2016 22 MUHARAM ... · Kertas Matematik, SPM, manakala di peringkat antarabangsa pula turut dilantik sebagai ahli National Council of Teachers
Page 6: Konvokesyen Ke-57 Sesi iI & III 23 OKTOBER 2016 22 MUHARAM ... · Kertas Matematik, SPM, manakala di peringkat antarabangsa pula turut dilantik sebagai ahli National Council of Teachers

PRO-CANSELOR BARU UTMTAN SRI DATO’ DR. LIN SEE–YAN

Johor Bahru, 22 Oktober – Tan Sri Dato’ Dr. Lin See-Yan dimasyurkan sebagai Pro-Canselor UTM yang baru bersempena Majlis Konvokesyen kali ke-57, UTM. Tarikh pelantikan beliau berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 hingga 30 Jun 2019 adalah menggantikan Y.B. Dato’ Dr. Muhammad Ridzuan Haji Salleh yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada 15 Mac 2015.

Tan Sri Dato’ Dr. Lin See-Yan adalah seorang tokoh dan pakar Ekonomi yang sangat terkenal. Anak kelahiran Ipoh, Perak ini mendapat pendidikan awal dari Institut St. Michael Ipoh. Beliau dianugerahkan kelulusan tertinggi Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi (pengkhususan dalam Kewangan & Perbankan, dan Perdagangan Antarabangsa) pada tahun 1977 dari Universiti Harvard, selain Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi dari Universiti Utara Malaysia pada tahun 2000 dan Universiti Sains Malaysia pada tahun 2011.

Atas ketokohan serta kepakaran yang dimiliki Tan Sri, maka beliau pernah memegang beberapa

jawatan penting, iaitu sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Pasifik selama 14 tahun dan memegang jawatan sebagai Timbalan Gabenor, Bank Negara Malaysia di mana beliau telah berkhidmat sebagai seorang pegawai bank pusat itu bagi tempoh 34 tahun. Tan Sri juga merupakan British Chartered Scientist dan UK Chartered Statistician.

Tan Sri menjalani tiga program lepasan ijazah dari Universiti Harvard ketika menjadi Fellow Mason dan Ford Scholar. Beliau adalah Felo di Institusi Eisenhower dan Institut IMF di Washington DC; Felo Persatuan Statistik Diraja di London; Institut Bank-Bank Malaysia; Institut Insurans Malaysia; Institut Pengurusan Malaysia; dan Persatuan Ekonomi Malaysia. Beliau juga merupakan Felo Kehormat Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia. Tan Sri adalah Pro-Canselor & Profesor Penyelidik di Universiti Sunway dan Profesor Ekonomi (Adjung) di Universiti Utara Malaysia, selain merupakan Penasihat Ekonomi kepada Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia.

Tidak dinafikan dengan ketokohan Tan Sri sehingga kini, maka beliau terus mencurahkan khidmat bakti kepada Negara, iaitu sebagai ahli Ekonomi Kumpulan Majlis Kerja Perdana Menteri; Ahli Pertandingan Tribunal Rayuan, Pasukan Petugas Pengajian Tinggi Putrajaya, Kementerian Pengajian Tinggi; Jawatankuasa Naib Canselor di Bukan Universiti Penyelidikan; Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, dan Gabenor Asian Institute of Management, Manila; serta Pengarah Monash University Malaysia dan Universiti Sunway.

Tan Sri juga ialah pemegang amanah Tun Ismail Ali Foundation di PNB, Program Fellowship Exchange Perdana Menteri; Yayasan Jeffrey Cheah; Yayasan Persatuan Ekonomi Malaysia; dan Yayasan Kelab Harvard. Beliau menganggotai ahli Lembaga Pengarah Ancom Berhad, Genting Berhad; Wah Seong Corporation Berhad; IGB REIT Management Sdn Bhd; Sunway Berhad; Silverlake Axis Limited; dan beberapa syarikat swasta di Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Selain itu, beliau merupakan Pengerusi Emeritus Majlis Persatuan Siswazah Sekolah Alumni Universiti Harvard di Cambridge (Amerika Syarikat) dan Presiden Kelab Harvard di Malaysia. Beliau adalah pengarang The Global Economy in Turbulent Times, 2015 (Wiley) dan kolumnis di akhbar The Star dan Edge.

Page 7: Konvokesyen Ke-57 Sesi iI & III 23 OKTOBER 2016 22 MUHARAM ... · Kertas Matematik, SPM, manakala di peringkat antarabangsa pula turut dilantik sebagai ahli National Council of Teachers
Page 8: Konvokesyen Ke-57 Sesi iI & III 23 OKTOBER 2016 22 MUHARAM ... · Kertas Matematik, SPM, manakala di peringkat antarabangsa pula turut dilantik sebagai ahli National Council of Teachers

Johor Bahru, 22 Oktober – Selain usaha gigih dan berpegang teguh kepada tiga perkara, iaitu doa, restu ibu bapa, dan sentiasa menjaga solat adalah rahsia kejayaan bagi Mohd Anas Asalem, graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Petroleum) sehingga terpilih sebagai salah seorang graduan yang dikurniakan Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-57 UTM pada hari ini.

Anak kepada seorang penjual kuih ini juga adalah anak sulung daripada tiga orang adik beradik yang berasal dari Teluk Intan, Perak. Mohd Anas Asalem menerima anugerah tersebut daripada Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada hari ini.

Suasana pembelajaran yang sangat selesa dan kondusif memberi keselesaan kepada graduan ini yang merupakan seorang yang sangat aktif dalam aktiviti

berpersatuan. Mengakui cabaran utama adalah dari segi pengajian itu sendiri, iaitu untuk mengimbangi masa antara pelajaran dan persatuan selain dari segi kewangan kerana beliau merupakan pemegang biasiswa JPA. Walau bagaimanapun, beliau sangat bersyukur dapat menamatkan pengajian dalam tempoh empat tahun bermula 2012 dengan PNGK 3.67 sangat gembira dengan anugerah yang diraih pada hari ini. Kini, beliau telahpun bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Page 9: Konvokesyen Ke-57 Sesi iI & III 23 OKTOBER 2016 22 MUHARAM ... · Kertas Matematik, SPM, manakala di peringkat antarabangsa pula turut dilantik sebagai ahli National Council of Teachers

Johor Bahru, 22 Oktober – Pelajar yang

cemerlang bukanlah diukur dari segi

akademik, tetapi turut dilihat dari sudut aktiviti

luar bilik kuliah. Walau dalam kesibukan

menghadiri kuliah dan mengulang kaji

pelajaran, mahasiswa dan mahasiswi yang

bijak mengurus masa dengan baik masih

mampu untuk menyertai pelbagai aktiviti

lain yang boleh memberi manfaat untuk diri

mereka.

“Cabaran terbesar sebagai seorang

mahasiswa adalah masa. Memang masa

sebagai mahasiswa agak terhad tetapi kita

perlulah pandai membahagi masa untuk

seimbangkan kehidupan sebagai pelajar dan

pada masa yang sama mampu melakukan

aktiviti-aktiviti luar.”

Demikian kata Ooi

Ennie, 23, yang menerima

Anugerah Pelajaran Diraja

(Pingat Jaya Cemerlang)

bersempena dengan Majlis

Konvokenyen UTM ke-57.

Anak muda berasal dari

Pulau Pinang ini berjaya

menamatkan pengajiannya

dalam bidang Sarjana

Muda Psikologi dengan

Pembangunan Sumber

Manusia setelah

bertungkus lumus selama

empat tahun.

“Keluarga banyak membantu saya

sepanjang pengajian saya di sini. Mereka

memberikan saya kebebasan untuk memilih

pengajian saya sendiri tanpa sebarang

tekanan. Hal ini juga banyak membentuk

diri saya untuk menjadi individu yang lebih

berdikari”, ujar beliau.

Ditanya mengenai pandangan beliau

terhadap UTM, beliau menjawab, “Universiti

Teknologi Malaysia merupakan satu universiti

yang memberikan kebebasan kepada

mahasiswa untuk memilih aktiviti luar mereka

sendiri. Banyak kelab yang ditubuhkan untuk

disertai dan para pensyarah juga sangat

supportive tidak kira hal-hal berkaitan dengan

pelajaran atau perkara lain.”

Page 10: Konvokesyen Ke-57 Sesi iI & III 23 OKTOBER 2016 22 MUHARAM ... · Kertas Matematik, SPM, manakala di peringkat antarabangsa pula turut dilantik sebagai ahli National Council of Teachers

Johor Bahru, 22 Oktober – Seramai 25 orang graduan yang terdiri daripada Pegawai Tadbir Negeri di bawah tajaan Setiausaha Kerajaan Negeri

Johor (SUKJ) yang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Pentadbiran dan Pembangunan Tanah di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah turut

menerima Ijazah Sarjana mereka dalam konvokesyen kali ini. Mereka telah memulakan pengajian pada Februari 2014 dan telah tamat pada Mac 2016.

Sehubungan itu, kumpulan kedua seramai 21 orang Pegawai Tadbir Negeri telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana di

Sekolah Perniagaan Antarabangsa (IBS).

Tawaran mengikuti pengajian di peringkat Sarjana di UTM adalah inisiatif Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin bagi

mencapai sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus Pegawai Tadbir Negeri memiliki Ijazah Sarjana bagi melahirkan penjawat awam yang berkelayakan

dan sekaligus mampu memantapkan perkhidmatan awam Johor.

Page 11: Konvokesyen Ke-57 Sesi iI & III 23 OKTOBER 2016 22 MUHARAM ... · Kertas Matematik, SPM, manakala di peringkat antarabangsa pula turut dilantik sebagai ahli National Council of Teachers

Johor Bahru, 22 Oktober – Konvokesyen UTM kali ke-57 merakamkan kenangan manis buat seorang penerima Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang Teknologi Pendidikan yang menderita penyakit cerebral palsy sejak kecil. Dr. Mohd Hisyamuddin bin Mohd Hashim, 30 tahun, yang berasal dari Johor Bahru merakamkan rasa terharu dan gembiranya kerana beliau telah berjaya menamatkan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi akademik. Anak bongsu daripada dua beradik ini hadir ke majlis konvokesyen ditemani ibunya, Faridah Atan, 60 tahun. Sebelum ini, Dr. Mohd Hisyamuddin telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Sains Komputer, UTM.

Ditanya mengenai cabaran yang dilalui, beliau berkata cabarannya sama sahaja seperti cabaran biasa yang dilalui oleh pelajar lain. Beliau turut merakamkan rasa syukur dan terima kasih kerana ramai pihak terutama keluarga, rakan-rakan serta para pensyarah yang banyak membantu dan memberi kata-kata semangat kepada beliau sepanjang mengikuti pengajian di UTM ini.

Berkongsi rahsia kejayaan, beliau menitikberatkan untuk belajar secara konsisten, rajin membaca, serta selalu melakukan perbincangan bersama pensyarah dan juga rakan kuliah adalah merupakan antara faktor kejayaan beliau.

Page 12: Konvokesyen Ke-57 Sesi iI & III 23 OKTOBER 2016 22 MUHARAM ... · Kertas Matematik, SPM, manakala di peringkat antarabangsa pula turut dilantik sebagai ahli National Council of Teachers

DR. MOHD SHAHRIZAL RUSLI (31 TAHUN)

“Terima kasih kepada keluarga yang banyak memberi

sokongan, nasihat, dan doa untuk kejayaan saya pada hari

ini. Tahniah diucapkan juga kepada semua graduan UTM

dalam konvokesyen kali ke-57.”

Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Elektrik

NUR AMALINA MAT ISA (23 Tahun)

“The whole experience in UTM was awesome. I have tasted

the bittersweet life as a student. Now I’m officially graduated.

Congratulation to all graduates.”

Sarjana Muda Senibina Landskap

NOR SHELA SALEH (25 tahun)

“UTM adalah teratak ilmu yang bukan sahaja membangunkan pengetahuan

dan kemahiran, tetapi membentuk akhlak dan sahsiah dalam menharungi cabaran sepanjang proses menuntut

ilmu. Saya cintakan UTM bukan kerana ia memberi penganugerahan

gelaran semata mata, tetapi disini saya mengenal erti pengorbanan dan

ketabahan dalam mencari permata ilmu”

Sarjana Pengurusan

BEH SOO CHIEN(24 Tahun)

“I had been through four years of happy

life in UTM. Best environment and

systematic education system.”

Sarjana Muda Sains Pembinaan

DR. OSMAN AYOP (32 TAHUN)

“Ucapan terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu

saya sepanjang pengajian di utm terutama kepada keluarga, para

pensyarah serta rakan-rakan. Semoga UTM akan terus cemerlang

pada masa akan datang.”

Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Elektrik

ANDREW OLOGBO (35 Tahun) – Nigeria

“UTM is a world class university. I have visited other universities in Australia, New Zealand and

eight countries in Europe, and by all standards, UTM ranks high in

research, innovation and academic structure.”

Doktor Falsafah Pengurusan

NUR EZZATI NABILAH SYAQILAH ABDUL HAMID

(23 tahun)

“ Saya berasa bangga dapat belajar di UTM, banyak ilmu dan kenangan

yang dipelajari di sini”

Sarjana Muda Sains (Fizik)