15
KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA TAJUK TUGASAN TUGASAN 1 REFLEKSI PEMBELAJARAN KUMPULAN UPSI 02 (A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NORLIA BT ISMAIL D20102043530 0194370597 NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MOHD. FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH TARIKH SERAH: 7 OKTOBER 2012 PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 JUMLAH

Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

  • Upload
    nor-lia

  • View
    10.705

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

KRM 3043

ASAS PENGURUSAN DATA

TAJUK TUGASAN

TUGASAN 1

REFLEKSI PEMBELAJARAN

KUMPULAN

UPSI 02 (A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NORLIA BT ISMAIL D20102043530 0194370597

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MOHD. FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH

TARIKH SERAH: 7 OKTOBER 2012

PEMARKAHAN

1 TUGASAN 1

JUMLAH

Page 2: Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

ISI KANDUNGAN

1.0 UNIT 2 : SEJARAH DAN KEGUNAAN STATISTIK

1.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 2

1.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 2

1.3 Komentar tentang kandungan Unit 2 dalam konteks keguruan

2.0 UNIT 3 : PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DTA

2.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 3

2.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 3

2.3 Komentar tentang kandungan Unit 3 dalam konteks keguruan

3.0 UNIT 5 : PERWAKILAN DATA

3.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 5

3.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 5

3.3 Komentar tentang kandungan Unit 5 dalam konteks keguruan

4.0 UNIT 7 : SUKATAN KECENDURANGAN MEMUSAT

4.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 7

4.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 7

4.3 Komentar tentang kandungan Unit 7 dalam konteks keguruan

5.0 UNIT 9 : SUKATAN SERAKAN

5.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit 9

5.2 Konsep-konsep yang terdapat dalam Unit 9

5.3 Komentar tentang kandungan Unit 9 dalam konteks keguruan

6.0 BIBLIOGRAFI

Page 3: Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

1.0 TAJUK

UNIT 2 : SEJARAH DAN KEGUNAAN STATISTIK

1.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit

Statistik berasal daripada bahasa latin yang bermaksud ’status’ bermaksud negeri

dan ’statista’ bermaksud negarawan ( Folks, 1981 ). Statistik juga dapat ditakrifkan

sebagai satu disiplin yang menguruskan kesemua aspek dalam pengumpulan,

pemprosesan, perwakilan dan pentafsiran data.

Menurut folks ( 1981 ) dalam kajiannya pada zaman pemerintahan maharaja

Iskandar Zulkarnain pada zaman Yunani Purba bermulanya pengumpulan maklumat

deskriptif daripada158 negeri jajahannya untuk tujuan penguatkuasaan cukai. Ini

membuktikan sejarah kegunaan statistik telah diguna oleh manusia zaman dahulu

kala secara tak langsung. Namun terma statistik hanya muncul dalam bentuk

cetakan pada kurun ke 18 oleh ahli statistik yang pertama direkodkan iaitu John

Graunt, seorang berbangsa Inggeris. Beliau telah mengumpul, menyusun dan

menganalisis data. Maklumat dan data diterbit dalam buku Natural and Political

Obsevations on the Bills of Mortality pada tahun 1600.

Terdapat banyak kegunaan statistik dalam kehidupan seharian kita. Maklumat

kuantitatif yang terkumpul yang boleh membentuk carta-carta, graf-graf, jadual-

jadual, membolehkan kita memperolehi anggaran, purata, peluang dan seterusnya

membuat keputusan dalam pelbagai bidang dalam kehidupan seharian manusia

seperti dalam bidang pendidikan sains sosial, ekonomi, perubatan, politik dan dan

lain-lain.

Page 4: Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

1.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep Penjelasan

1. Statistik Satu disiplin yang menguruskan kesemua aspek dalam

pengumpulan, pemprosesan, perwakilan dan pentafsiran

data.

2. Ilustrasi Visual Piktograf, Carta pai, Graf garisan, Carta palang,

Histogram dan Poligon Kekerapan

3.

Graf .Gambaran data yang terkumpul

4.

Perkataan Statistik Purata (Min), kekerapan (mod), peluang, trend, korelasi,

anggran, skor tengah ( median) dalam susunan taburan

5.

Statistik inferensi Suatu pernyataan mengenai suatu populasi yang

didasarkan pada informasi dari sampel random yang

diambil dari populasi.

1.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Unit ini membantu saya memahami tentang sejarah dan kegunaan statistik dalam

kehidupan seharian manusia. Untuk memudahkan sesuatu masalah yang timbul

dapat dikesan dengan cara yang lebih baik dan berdisiplin. Dalam konteks profesion

keguruan, pengumpulan data statistik sangat membantu memudahkan masalah

murid dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dengan lebih

cepat dan berkesan. Contohnya apabila sesuatu ujian telah dijalankan guru

mengumpulkan maklumat dari jawapan murid. Data dapat diperolehi dari jawapan

murid yang salah dan betul dari jawapan ini guru akan membuat analisis item soalan

manakah yang ramai murid salah iaitu tidak menguasai. Keseluruhannya peratus

kesukaran item dapat dikesan dari data yang diperolehi.

Page 5: Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

2.0 TAJUK

UNIT 3 : PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA

2.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit

Dalam unit ini dihuraikan bagaimana mengumpul dan mengklafikasikan data

mengikut jenisnya. Pembolehubah bermaksud satu ciri yang berbeza antara

seseorang atau sesuatu benda kepada yang lain. Pembolehubah kuantitatif adalah

melibatkan maklumat yang boleh dihitung manakala pembolehubah kualitatif ialah

nilai tidak boleh dihitung. Nilai-nilai pembolehubah dikenali sebagai data. Data

kualitatif terdiri daripada data yang tidak mempunyai nilai kuantiti. Data kuantitatif

adalah data yang terdiri daripada nilai berangka. Data kuantitatif diklasifikasikan

kepada data diskret ( nilai tetap dan nilai tepat ) dan data selanjar ( tiada nilai tepat ).

Dalam topik ini juga didedahkan bagaimana pengumpulan data dilakukan. Data

dikelaskan mengikut kategori tertentu. Teknik pengklasan data dengan kaedah

tanda gundal memudahkan kita membaca dan memahami data yang terkumpul. Dari

perolehan data, taburan kekerapan(bilangan data yang terkumpul dalam satu kelas )

dan taburan kekerapan relatif ( data dalam bentuk perpuluhan ) dapat diperolehi

dengan mudah.

Page 6: Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

2.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan

penjelasannya

Konsep Penjelasan

1. Pembolehubah Satu ciri yang berbeza antara seseorang atau sesuatu

benda kepada yang lain

2. Data Maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas

nilai-nilai satu pembolehubah

3.

Kelas Data Kategori untuk data terkumpul

4.

Kekerapan Bilangan data dalam satu kelas

5.

Kekerapan Relatif Nisbah kekerapan sesuatu kelas dengan jumlah bilangan

data.

2.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Dalam unit ini saya dapat memahami bagaimana data-data yang diberikan

dikelaskan mengikut kategori-kategori tertentu untuk memudahkan data tersebut

dibaca dan difahami. Pengetahuan tentang statistik memerlukan perancangan awal

sebelum sesuatu data diperolehi. Sampel data yang diperolehi akan disusun

mengikut tertib tertentu supaya maklumat dapat diringkaskan dan memperolehi hasil

terbaik dari data yang terkumpul. Dalam unit ini juga diterangkan maksud istilah-

istilah statistik yang digunakan. Contohnya taburan kekerapan relatif, data selanjar

dan sebagainya. Penggunaan statistik dalam kehidupan seharian memudahkan

maklumat diperolehi dan dibaca. Tindakan susulan dapat diambil untuk memperbaiki

atau untuk mengatasi setiap kajian data yang dijalankan.

Page 7: Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

3.0 TAJUK

UNIT 5 : PERWAKILAN DATA

3.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit

Dalam unit ini menerangkan peringkat-peringkat dalam perwakilan data yang terdiri

daripada permasalahan. Dari permasalahan ini, boleh dikemukakan

soalan(mengemukakan soalan) untuk memperolehi data (pengumpulan data).

Apabila data diperolehi, data dianalisis (analisis data) dan seterusnya membuat

keputusan interpretasi. Dalam unit ini cara memaparkan data secara gambar seperti

carta dan graf akan diperkenalkan. Ini adalah untuk memudahkan sesuatu data

dipersembahkan dan jelas difahami. Terdapat dua jenis pengumpulan data iaitu data

diskrit dan data selanjar (continuous). Data diskrit adalah data yang dikumpul

dengan mengira bilangan sebenar manakala data selanjar (continuous) adalah data

yang dikumpul melalui pengukuran dan nilai dari skala selanjar.

Melalui unit ini juga ditunjukkan cara-cara untuk memaparkan data dalam bentuk

gambar rajah dan dipersembahkan melalui jadual, senarai, gundalan, piktogram,

carta palang, poligon kekerapan, carta pai, histogram dan graf garisan. Carta palang

pula terdiri dari carta palang menegak dan carta palang melintang. Begitu juga

dengan graf garisan yang terdiri dari graf garisan berganda di mana ianya

mempunyai lebih dari satu garisan yang mewakili komponen yang berbeza.

Dalam unit ini juga menjelaskan langkah-langkah membina carta dan graf bagi

memudahkan maklumat data disampaikan dan menjadikan pembacaan lebih mudah

dan efektif. Dalam mempersembahkan maklumat data terdapat perbezaan dalam

setiap carta dan graf. Terdapat maklumat data yang dipaparkan melalui simbol yang

mewakili sesuatu benda, ada juga yang menggunakan palang atau bar menegak

dan melintang bagi mewakili setiap kekerapan, dan ada juga yang menggunakan

garisan bagi menunjukkan nilai yang berbeza. Selain itu, maklumat data juga dapat

dipaparkan melalui carta pai.

Page 8: Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

3.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan

penjelasannya

Konsep Penjelasan

1. Data diskrit Data yang dikumpul dengan mengira bilangan sebenar.

2. Data

selanjar(continuous)

Data yang dikumpul melalui pengukuran dan nilai dari

skala selanjar.

3.

Gundalan Kaedah mengira dalam kumpulan lima-lima.

4.

Histogram Satu bentuk paparan data bergambar khas untuk data

kuantitatif. Palang-palang dalam histogram bercantum

pada sempadan kelas di antara satu sama lain. Dilukis

secara menegak dan melintang.

5.

Carta Palang Graf khas yang menggunakan palang atau bar untuk

menunjukkan saiz data. Carta palang tidak bercantum

antara satu sama lain. Dilukis secara menegak atau

melintang.

3.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Berdasarkan unit ini saya dapat mengetahui dengan lebih jelas dan terperinci

tentang perwakilan data. Di samping itu, saya dapat mengetahui cara-cara

memaparkan data di dalam bentuk gambar rajah. Dalam unit ini juga diterangkan

cara-cara membina carta dan graf. Ini memudahkan para guru membimbing murid

membina carta dan graf dan juga cara bagaimana mendapat maklumat daripada

graf tersebut. Data dapat dibaca dengan mudah dengan paparan gambarajah yang

lengkap dengan maklumat-maklumat yang dikehendaki. Petunjuk-petunjuk bagi

setiap graf perlu jelas supaya pembacaan data lebih mudah dan tepat. Selain

daripada itu juga, perwakilan data yang dikumpul dapat membantu kita mengetahui

mengenai dunia sekeliling.

Page 9: Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

4.0 TAJUK

UNIT 7 : SUKATAN KECENDERUNGAN MEMUSAT

4.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit

Sukatan kecenderungan memusat ialah ukuran purata yang menunjukkan ukuran

pusat sesuatu taburan data dan merupakan asas pengukuran dalam statistik. Ianya

menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan titik tengah pada satu kumpulan

nombor.Terdapat tiga cara pengukuran atau statistik iaitu min, median dan mod.

Sukatan Kecenderungan Memusat bagi data tak terkumpul

Min – purata satu kumpulan data dan dikira dengan menjumlahkan semua nombor

dan membahagikannya dengan bilangan nombor tersebut. Min populasi ditandakan

dengan huruf mu (∑). Min sampel ditandakan dengan (X). N adalah bilangan nombor

didalam populasi. n adalah bilangan nombor didalam sampel. Definisi min adalah :

Mod – nilai atau fakta yang paling berulang dalam set data itu. Jika terdapat dua

atau lebih data yang tidak mempunyai kekerapan tertinggi, maka terdapat lebih mod

bagi set data tersebut. Sebaliknya, jika setiap data mempunyai kekerapan yang

sama, maka set data tersebut tidak mempunyai mod.

Median – titik tengah sesuatu kumpulan nombor yang disusun secara menaik. Jika

bilangan data adalah ganjil, median ialah nombor yang ditengah. Jika bilangan data

Page 10: Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

adalah genap, median ialah purata dua nombor yang terletak ditengah-tengah.

Sukatan Kecenderungan Memusat bagi data terkumpul

Min – nilai yang khusus tidak diketahui tetapi titik tengah bagi setiap jeda kelas

adalah digunakan untuk mewakili semua nilai di dalam jeda kelas tersebut. Titik

tengah akan diwajarkan dengan kekerapan nilai di dalam jeda kelas tersebut, min

bagi data terkumpul kemudiannya dikira dengan menjumlahkan hasil darab titik

tengah kelas dengan kekerapan kelas dan membahagikan jumlah tersebut dengan

bilangan kekerapan.

Formulanya adalah seperti berikut: μ = 𝒇𝒊 𝑿𝒊

𝒇𝒊 =

𝒇𝟏𝒙𝟏 +𝒇𝟐𝒙𝟐 + ……….𝒇𝟏𝒙𝟏 .

𝒇𝟏+ 𝒇𝟐+ …… + 𝒇𝟏

dimana ; i = bilangan jeda, f = kekerapan kelas, x = titik tengah

Mod – titik tengah kelas mod yang mempunyai kekerapan yang tertinggi, terdapat

dua kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan mod iaitu dengan kaedah

formula dan kaedah histogram. Kaedah formula mod data terkumpul :

𝑴𝟎 =𝑳𝑴𝟎 +

𝒅𝟏

𝒅𝟏 + 𝒅𝟐 𝑪

dimana ; 𝐿𝑀0 = sempadan bawah bagi kelas mod, 𝑑1 = perbezaan antara

kekerapan kelas mod dengan kekerapan bagi satu kelas sebelum kelas mod, 𝑑2 =

perbezaan antara kekerapan kelas mod dengan kekerapan bagi satu kelas selepas

kelas mod, c = saiz kelas mod.

Median – pengiraan median agak rumit dan nilai median juga merupakan nilai

penghampiran, andaian yang dibuat di dalam pengiraan ini adalah nilai sebenar

adalah jatuh secara seragam disepanjang jeda kelas median, formulanya seperti

berikut : m = L + 𝑵

𝟐 −𝑭

𝒇𝒎 𝑪

dimana ; L = sempadan bawah kelas median , N = jumlah kekerapan, F =

kekerapan longokkan sebelum kelas median, 𝑓𝑚 = kekerapan kelas median, C =

saiz kelas median.

Page 11: Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

4.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan

penjelasannya

Konsep Penjelasan

1. Sukatan

Kecenderungan

Memusat

Ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat sesuatu

taburan data dan merupakan asas pengukuran dalam

statistik. Menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan

titik tengah pada satu kumpulan nombor.

2. Min purata bagi semua nilai dalam populasi atau sampel

3.

Median nilai cerapan di tengah apabila semua cerapan tersebut

disusun mengikut urutan

4.

Mod cerapan yang kekerapannya adalah tertinggi dalam suatu

set data. Kelas mod ialah kelas yang mempunyai

kekerapan yang tertinggi.

5.

Jadual Kekerapan Satu cara yang sistematik jika data yang dikumpulkan

adalah banyak dan bernilai besar

4.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini telah menjelaskan kepada saya terdapat tiga jenis sukatan

kecenderungan memusat yang dibincangkan bagi data tak terkumpul dan terkumpul

iaitu min, median dan mod. Ianya banyak membantu saya dalam pengajaran dan

pembelajaran Matematik iaitu bagaimana untuk mencari sesuatu maklumat dalam

setiap data yang diberi. Penerangan yang diberikan begitu jelas dan lengkap beserta

dengan contoh-contoh dan cara penyelesaiannya, gambarajah dan formula yang

diberikan begitu lengkap dan jelas dapat dilihat di dalam modul ini. Latihan sumatif

juga disertakan bagi saya membuat latih tubi untuk menguji tahap pemahaman dan

dapat disemak dengan mudah kerana disertakan dengan jawapan sebagai rujukan.

Page 12: Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

5.0 TAJUK

UNIT 9 – SUKATAN SERAKAN

5.1 Ringkasan Isi Kandungan Unit

Sukatan serakan adalah amaun sebaran antara nilai-nilai dalam set data sukatan

serakan terdiri daripada beberapa jenis yang diistilahkan sebagai julat, sisihan

piawai dan varian yang berdasarkan kuarti dan persentil.

Julat dihitung dengan mencari perbezaan antara nilai terbesar dan nilai terkecil

Nilai Julat = Besar – Nilai Kecil dalam senarai set data. Sisihan piawai bagi

satu-satu taburan kebarangkalian pembolehubah rawan atau populasi atau banyak

set nilai adalah ukuran serakan nilainya. Ia diwakili dengan huruf 𝜎 (huruf kecil

sigma). Ia ditakrif sebagai punca kuasa dua varians. Varians terdiri daripada varian

populasi dan varian sampel.

Rumus varian data tak terkumpul :

a) Varian Populasi 𝝈= 𝒙𝟐−

( 𝒙)𝟐

𝑵

𝑵

b) Varian Sampel 𝒔𝟐= 𝒙𝟐−

( 𝒙)𝟐

𝒏

𝒏−𝟏

Rumus Varian data terkumpul :

𝝈𝟐= 𝒇𝒙𝟐−

( 𝒇𝒙)𝟐

𝒇

𝒇 atau 𝝈𝟐=

𝒇−(𝒙−𝒙)𝟐

𝒇

Kuartil adalah suatu sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang

telah disusun. Rumus untuk mencari kuartil :

(Kuartil bawah) 𝑄1 = cerapan ke 1

4 ( 𝑛 + 1)

(Kuartil median) 𝑄2 = cerapan ke 1

2 ( 𝑛 + 1)

Page 13: Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

(Kuartil atas) 𝑄3 = cerapan ke 3

4 ( 𝑛 + 1)

dimana n adalah bilangan cerapan dalam set data.

Persentil adalah sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang telah

disusun mengikut tertib menaik kepada 100 bahagian yang sama. Rumus persentil

adalah 𝑷𝒌 = nilai cerapan 𝒌𝒏

𝟏𝟎𝟎 ( k mewakili nombor persentil dan n mewakili bilangan

cerappan dalam set data)

Julat Persentil = 𝒑𝟗𝟎 - 𝒑𝟏𝟎

5.2 Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan

penjelasannya

Konsep Penjelasan

1. Sukatan Serakan Amaun sebaran antara nilai-nilai set data yang

disenaraikan

2. Julat Perbezaan antara nilai terbesar dan nilai terkecil dalam

senarai set data tertentu

3.

Kuartil Sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data

yang telah disusun mengikut tertib menaik atau menurun

kepada empat bahagian yang sama.

4.

Persentil Sukatan kedudukan yang mebahagikan satu set data

yang telah disusun mengikut tertib menaik kepada 100

bahagian yang sama.

5.

Julat Persentil Perbezaan antara nilai persentil ke 90 dan nilai persentil

ke 10

Page 14: Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

5.3 Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Dalam unit ini saya didedahkan bagaimana cara untuk mengaplikasikan data-

data yang diberi untuk mendapat nilai-nilai tertentu, peratus data, kedudukan

tertentu, perbezaan nilai tertinggi dan nilai terendah dan sebagainya dengan

menggunakan rumus-rumus yang telah diberikan. Dengan adanya rumus-rumus dan

contoh pengiraan yang ditunjukkan ianya agak mudah untuk diaplikasikan. Kaedah

yang ditunjukkan memerlukan ketelitian agar kesilapan dapat dielakkan. Statistik

termasuk perancangan, meringkaskan dan memahami pemerhatian yang tidak

menentu. Tujuan statistik adalah menghasilkan maklumat terbaik daripada data yang

diberi. Oleh itu pengetahuan tentang data statistik sangat membantu dalam

kehidupan seharian kita kerana data yang diperolehi dalam sesuatu kajian amat

penting untuk diselidiki agar sesuatu tindakan dapat diambil untuk penambahbaikan

pada masa hadapan.

Page 15: Krm 3043 pengurusan data tugasan 1(norlia bt ismail) d20102043530

BIBLIOGRAFI

1. Jabatan Perangkaan Negara (2011). Diperolehi pada Sept 26, 2012 daripada

http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=

article&id= 113&Itemid=64&lang=bm

2. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mazlini Adnan, Marzita Puteh, Sazelli ab. Ghani

(2012), Modul Asas Pengurusan Data. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

3. Pengertian Statistik Inferensi (2011). Diperolehi pada Oktober 2, 2012 daripada

http://id.shvoong.com/writing-and-speaking/2122743-pengertian-statistika-

inferensi/

4. Rosinah Edinin (2011), Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Freemind

Horizons Sdn. Bhd.

5. Statistik (2012). Diperolehi pada Sept 26, 2012 daripada

http://ms.wikipedia.org/wiki/Statistik